Docstoc

kementerian

Document Sample
kementerian Powered By Docstoc
					       BAB



       9              KEMENTERIAN



Pengenalan
Agensi pentadbiran tertinggi dalam sistem pentadbiran Kerajaan Persekutuan, berfungsi
menggubal dasar, merancang program pembangunan negara dan melaksanakan program di
bawah pengawasan Menteri berkenaan. Diketuai Menteri dan dibantu oleh seorang
Timbalan Menteri. Ketua Setiausaha menjadi penasihat pentadbiran kepada Menteri.
Dibahagi menurut fungsi iaitu di Peringkat Persekutuan dan berfungsi di peringkat
Persekutuan dan Negeri.
o Berikut merupakan peranan yang dijalankan oleh sesebuah kementerian :
      i.     Merancang dan Menggubal dasar-dasar, mengawal serta menyelaraskan
             program-program yang terletak di bawah portfolio Menteri
      ii.    Mengesan dan mengawal pelaksanaan program-program yang dijalankan
             oleh agensi-agensi pelaksana di bawah kawalannya.
o Kementerian yang membuat dan menyimpan akaun sendiri ialah:
      o Kementerian Pendidikan
      o Kementerian Pertahanan
      o Kementerian Kesihatan
o Kementerian yang tidak membuat akaun sendiri akan menyerahkan akaunnya kepada
   Jabatan Akauntan Negara
o Ketua Audit Negara akan memeriksa semua akaun kerajaan pusat dan kerajaan negeri,
   kemudian membuat Laporan Ketua Audit Negara yang akan dibahaskan di Parlimen.
o Carta organisasi sesebuah kementerian (sila lihat lampiran)



9.1 JENIS-JENIS KEMENTERIAN



Terdapat 28 buah kementerian di Malaysia:
1. Kementerian Kewangan
2. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
3. Kementerian Pertahanan
4. Kementerian Kerja Raya
5. Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan
6. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
7. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
8. Kementerian Luar Negeri
9. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
10. Kementerian Sumber Manusia
11. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
12. Kementerian Pelajaran Malaysia
13. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
14. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
15. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
16. Kementerian Pengangkutan
17. Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
18. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-ehwal Pengguna
19. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
                                                                                  62
20.      Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
21.      Kementerian Pengajian Tinggi
22.      Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
23.      Kementerian Kesihatan Malaysia
24.      Kementerian Belia dan Sukan
25.      Kementerian Penerangan
26.      Kementerian Wilayah Persekutuan
27.      Kementerian Pelancongan
28.     Jabatan Perdana Menteri


9.2 PERANAN KEMENTERIAN



9.2.1       Kementerian Pelajaran Malaysia

Sebuah kementerian yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang
berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara Malaysia.1

9.2.2 Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan
dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.2

9.2.3 Kementerian Pertahanan Malaysia

Sebuah kementerian yang bertujuan untuk memelihara kedaulatan, keutuhan, kepentingan
dan hak strategik negara Malaysia ke arah mewujudkan rantau yang aman dan makmur.
Kementerian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan Dasar Pertahanan Negara dan
segala pengurusan hal ehwal pertahanan, serta sumber-sumber yang diperuntukkan kepada
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan negara.




1
    Matlamatnya ialah untuk:


           melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
           melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
           menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
           memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

2
    Kementerian ini berfungsi untuk:


           Mengkaji, mengemaskini dan menggubal dasar, undang-undang dan peraturan serta sistem kerja di KHEDN serta
            jabatan-jabatan di dalamnya supaya selaras dengan kehendak dan kemajuan semasa;
           Dasar dan undang-undang imigresen dan pekerja asing dilaksanakan dengan jelas dan telus;
           Rekod kependudukan negara terpelihara, terkini dan sistematik;
           Dasar dan undang-undang berkaitan dipatuhi;
           Menjadikan perkhidmatan Pasukan RELA sebagai pasukan yang unggul dan berwibawa;
           Memastikan filem tidak mengandungi unsur-unsur negatif yang boleh menjejaskan kestabilan, perpaduan dan
            kepentingan negara; dan
           Meningkatkan kompetensi sumber manusia KHEDN.




                                                                                                                 63
Kementerian Pertahanan dipimpin oleh Menteri Pertahanan, dengan dibantu oleh seorang
Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan mengandungi dua perkhidmatan
utama, iaitu Perkhidmatan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia.

9.2.4      Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi atau KTAK

Kementerian yang ditubuhkan pada 27 Mac, 2004 sejajar pembentukan struktur baru kabinet
Malaysia, justeru menggantikan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.

KTAK bertanggungjawab dalam mentadbir, mengawalselia serta mengurus hal-hal berkaitan
tenaga, komunikasi (infrastruktur), pos juga air di Malaysia

Peranan Kementerian telah berubah daripada sebuah kementerian yang menyediakan
perkhidmatan kepada kementerian yang menggubal dasar dan mengawalselia perkhidmatan
bagi sektor Tenaga, Air dan Komunikasi.

Dengan ini, teras utama peranan Kementerian adalah memudahkan juga mengawal
pertumbuhan industri di dalam sektor-sektor tersebut bagi memastikan perkhidmatan yang
diberi kepada pengguna seluruh negara adalah berkualiti tinggi, efisyen dan selamat
digunakan dengan harga yang berpatutan. Tugas-tugas kawalselia Kementerian
dilaksanakan oleh badan-badan kawalselianya iaitu Suruhanjaya Tenaga juga Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia.

9.2.5      Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Sebuah kementerian yang ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 untuk menggalak
pembangunan perdagangan yang beretika serta untuk meningkatkan keberkesanan
perlindungan pengguna di Malaysia. Menteri KPDNHEP terkini ialah Datuk Hj. Mohd. Shafie
bin Hj. Apdal.

Pengawalseliaan perdagangan dalam negeri adalah melalui:

          penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu; dan
          perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang
           perlu.3

9.2.6      Jabatan Perdana Menteri

Badan induk yang berfungsi menyelaraskan dasar-dasar kerajaan persekutuan dan
menentukan corak kepimpinan negara atau menentukan pelaksanaan dasar-dsar kerajaan
secara cekap dan berkesan menerusi kementerian-kementerian, diketuai oleh Perdana
Menteri, dan dibantu oleh Menteri-Menteri Kabinet. Perdana Menteri dilantik oleh Yang Di
Pertuan Agong atas dasar beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

9.2.7       Kementerian Kewangan
Menguruskan kewangan negara, merancang dan melaksanakan dasar perbelanjaan dan
percukaian, mengawal semua institusi kewangan.

9.2.8       Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan
Merancang dasar perumahan untuk memenuhi keperluan rakyat.

9.2.9       Kementerian Kerja Raya
Melaksanakan projek perhubungan, bangunan dan kejuruteraan.
3
    http://www.kpdnhep.gov.my/index?cpath=64_146&pub=fungsi_kpdnhep

                                                                                     64
9.2.10 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Merancang dan melaksanakan dasar perdagangan dan industri negara, memajukan
perdagangan luar dan perindustrian.

9.2.11 Kementerian Luar Negeri
Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara asing,                     menegakkan      dan
mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia.

Objektif

Melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang ke arah satu komuniti
antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi proaktif.

Fungsi

Kementerian Luar Negeri adalah sebuah agensi kerajaan yang diberi mandat dan
tanggungjawab untuk mengendalikan hubungan luar Malaysia dengan negara-negara asing.
Ini merangkumi perkara-perkara berhubung dengan politik, hal ehwal ekonomi, keselamatan
dan promosi sosial dan kebudayaan. Kementerian ini dipertanggungjawabkan untuk
menepati objektif-objektif tertentu iaitu :

      Menguruskan hubungan dua hala, hubungan serantau dan pelabagi hala dengan
       negara asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini merangkumi
       politik, ekonomi dan kebudayaan
      Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan negara-negara asing
      Menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan bagi mengunjur imej negara di luar negeri.
      Mengendalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan, pentabiran am,
       kewangan, konsular, keselamatan dan komunikasi.


9.2.12 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Memajukan sektor perladangan, perikanan dan penternakan, meningkatkan pengeluaran
makanan.

9.2.13 Kementerian Sumber Manusia
Membaiki kebajikan majikan dan para pekerja, memupuk hubungan baik antara majikan dan
pekerja, menjalankan perancangan tenaga manusia.

9.2.14 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menjamin bekalan tenaga yang cukup, memelihara alam sekitar dan hidupan liar.

9.2.15 Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
Membangunkan kebudayaan kebangsaan melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

9.2.16 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menjaga dan mempertahankan kepentingan kaum wanita, membendung keruntuhan akhlak
dan krisis sosial, membangunkan masyarakat orang asli, menjalankan program
kependudukan dan pembangunan negara.

9.2.17 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi



                                                                                         65
Mempergiat penyelidikan sains dan teknologi, memajukan dan menggalakkan piawaian bagi
menjamin kualiti barangan melalui SIRIM Berhad.

9.2.18 Kementerian Pengangkutan
Mengawal sistem pengangkutan udara, darat dan laut, penguatkuasaan undang-undang lalu
lintas melalui Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Maritim Negara.

9.2.19 Kementerian Pelancongan
Menggalakkan perkembangan industri pelancongan.
9.2.20 Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Memajukan penghasilan dan kegunaan komoditi utama, membantu untuk memasarkan
komoditi utama di pasaran Malaysia.

9.2.21 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Mengawasi aktiviti perdagangan dalam negeri, pendaftaran cap perdagangan dan hak cipta.

9.2.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Membangunkan kawasan luar bandar, meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dan
wilayah.



9.2.23 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Melaksanakan dasar pembangunan tanah, membantu perkembangan gerakan koperasi.

9.2.24 Kementerian Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Pada 15 Julai 2004,
Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat
Perbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
Misi kementerian ini ialah untuk membangun dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi
yang menggalakkan ke arah menghasilkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang
kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan
antarabangsa.


9.2.25 Kementerian Kesihatan Malaysia
Meningkatkan taraf kesihatan rakyat, menawarkan perkhidmatan kesihatan yang bermutu.

Objektif

Untuk membantu seseorang individu supaya dapat mencapai dan mengekalkan satu taraf
kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan sosial dan ekonomi yang produktif
dan dengan memberi tekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.
Menyediakan perkhidmatan kesihatan asas untuk rakyat bagi menunjukkan kehidupan yang
sihat dan bersih.

Fungsi

      Untuk merancang, menggubal, melaksana dan menilai dasar-dasar kesihatan negara
       samada dari segi promosi, pencegahan, rawatan dan rehabilitasi bagi memastikan
       kualiti hidup rakyat terjamin.


                                                                                       66
         Untuk mengadakan kemudahan-kemudahan perkhidmatan kesihatan asas untuk
          semua rakyat.
         Memperluaskan skop dan mutu perkhidmatan kesihatan dengan mengambil ingatan
          kepada perubahan-perubahan cara hidup, keperluan-keperluan dan
          kemudahankemudahan rakyat, juga tentang perubahan-perubahan jenis penyakit
          dan tentang perlunya dibuat pendekatan antara sektor dan juga penglibatan seluruh
          masyarakat dalam meninggikan taraf kesihatan mereka.




9.2.26 Kementerian Belia dan Sukan
Membina belia yang bersahsiah tinggi, melahirkan generasi muda yang sihat dan cergas.

9.2.27 Kementerian Penerangan
Memaklumkan, mendidik dan menghiburkan rakyat, menyebarkan aspirasi negara kepada
rakyat.

9.2.28 Kementerian Wilayah Persekutuan

Penubuhan KWP bertujuan untuk:

Melaksanakan tugas-tugas perancangan dan pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta Lembah Klang dan Hal Ehwal Kepulauan.

Menggubal, merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan fizikal dan insan
berteraskan nilai dan budaya Malaysia dengan fokus kepada :

     o    Wilayah Persekutuan menjadi bandaraya bertaraf dunia.
     o    Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi pusat pentadbiran kerajaan persekutuan
          yang utama.
     o    Wilayah Persekutuan Labuan menjadi pusat kewangan luar pesisiran antarabangsa,
          pulau pelancongan bebas cukai antarabangsa dan pusat pendidikan yang terkemuka.
     o    Pusat perancangan bagi pembangunan Wilayah Lembah Klang yang terancang dan
          terkawal.
     o    Hal Ehwal Kepulauan Luar Pesisir


9.3 BIDANG KUASA KEMENTERIAN

9.3.1     Kementerian-Kementerian Dan Agensi-Agensi Kerajaan

1.        Jabatan Perdana Menteri

         Jabatan    o    Badan Pencegah Rasuah (BPR)
         dan        o    Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
                    o    Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
         Agensi:    o    Bahagian Kabinet Perlembangan dan Perhubungan Antara
                          Kerajaan
                    o    Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan
                          Lembah Klang
                    o    Bahagian Keselamatan Negara
                    o    Bahagian Pengurusan Hartanah
                    o    Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia
                    o    Biro Bantuan Guaman

                                                                                          67
                 o    Biro Pengaduan Awam
                 o    Biro Tatanegara
                 o    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
                 o    Istana Negara
                 o    Institut Diplomasi dan Hal Ehwal Luar Negeri (IDHL)
                 o    Institut Kefahaman Islam Malaysia
                 o    Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)
                 o    Institut Tadbiran Awam Negara - INTAN
                 o    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
                 o    Jabatan Audit Negara Malaysia
                 o    Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) [Department of Islamic
                      Development]
                 o    Jabatan Parlimen Malaysia
                 o    Jabatan Peguam NegaraBahagian Penyelidikan
                 o    Jabatan Perangkaan (JP) [Department of Statistics]
                 o    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) [Public Service
                      Department]
                 o    Jabatan Setiausaha Persekutuan Sarawak
                 o    Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
                 o    Lembaga Penasihat
                 o    Lembaga Tabung Haji
                 o    Mahkamah Persekutuan
                 o    Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
                 o    Majlis Perbandaran Wilayah Persekutuan Labuan
                 o    Majlis Tindakan Ekonomik Negara (MTEN) [National
                      Economic Action Council]
                 o    Masjid Negara
                 o    Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
                 o    Pejabat Ketua Setiausaha Negara
                 o    Pejabat Perdana Menteri
                 o    Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
                 o    Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak
                 o    Penasihat Sains
                 o    Perbadanan Putrajaya
                 o    Perpustakaan Kuala Lumpur
                 o    Suruhanjaya Perdagangan Komoditi
                 o    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) [Public Services
                      Commission]
                 o    Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) [Education
                      Service Commission]
                 o    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) [Election Commission]
                 o    Tribunal Perkhidmatan Awam
                 o    Unit Khas Teknologi Tinggi (MIGHT)
                 o    Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
                      Malaysia (MAMPU)
                 o    Unit Perancang Ekonomi (UPE)
                 o    Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)


2.   Kementerian Belia Dan Sukan

3. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

     Jabatan:    o    Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)
                 o    Jabatan Imigresen Malaysia
                 o    Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
                 o    Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

                                                                              68
                 o    Lembaga Penapisan Filem


4.   Kementerian Kerja Raya

     Jabatan:    o    Jabatan Kerja Raya (JKR)

     Agensi:     o    Lembaga Lebuhraya (LLM)
                 o    Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)
                 o    Lembaga Jurutera Malaysia (LJM)
                 o    Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)
                 o    Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM)
                 o    Pusat Pembangunan Perkhidmatan Profesional (PSDC)


5.   Kementerian Keselamatan Dalam Negeri

     Jabatan:    o    Agensi Antidadah Kebangsaan
                 o    Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
                 o    Jabatan Penjara Malaysia
                 o    Jabatan Pertahanan Awam
                 o    Percetakan Nasional Malaysia Berhad
                 o    Polis Diraja Malaysia
                 o    Suruhanjaya Pasukan Polis


6. Kementerian Kesenian, Kebudayaan Dan Warisan



     Jabatan:    o    Arkib Negara




7. Kementerian Kesihatan

8. Kementerian Kewangan

     Jabatan:    o    Perbendaharaan Malaysia
                 o    Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
                 o    Jabatan Akauntan Negara


     Agensi:     o     Bank Negara Malaysia
                 o    Lembaga Hasil Dalam Negeri
                 o    Suruhanjaya Sekuriti


9. Kementerian Luar Negeri

10. Kementerian Pelajaran

     Jabatan:    o   Bahagian Matrikulasi
                 o   Dewan Bahasa Dan Pustaka

                                                                          69
            o   Institut Aminuddin Baki
            o   Institut Terjemahan Negara
            o   Lembaga Akreditasi Negara
            o   Lembaga Peperiksaan
            o   Jemaah Nazir Sekolah
            o   Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
            o   Majlis Peperiksaan Malaysia
            o   Jabatan Sekolah
            o   Jabatan Pendidikan Teknikal
            o   Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
            o   Jabatan Pendidikan Swasta
            o   Jabatan Pendidikan Khas
            o    Perpustakaan Negara Malaysia
            o    Pusat Perkembangan Kurikulum
            o    Yayasan Tunku Abdul Rahman


11. Kementerian Pelancongan

Agensi:     o    Perbadanan Penggalakan Pelancongan Sabah
            o    Lembaga Pelancongan Sarawak
            o    Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia


12. Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah

Agensi:     o    FELCRA
            o    INFRA
            o    KEDA
            o    KEJORA
            o    KEMAS
            o    KESEDAR
            o    KETENGAH
            o    PERDA
            o    RISDA


13. Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

Agensi:     o    Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB)
            o    Credit Guarantee Corporation (CGC)
            o    Majlis Amanah Rakyat (MARA)
            o    Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
            o    Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
            o    Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
            o    Uda Holding Berhad (UHB); Yayasan Tekun
            o    Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA)
            o    Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
            o    Federal Land Development Authority (FELDA)


14. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Agensi:     o    Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
            o    Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM)
            o    Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

                                                                              70
                        o         Institut Sosial Malaysia (ISM)


    15. Kementerian Penerangan

     Jabatan:           o         Filem Negara Malaysia
                        o         FINAS
                        o         Jabatan Penerangan Malaysia
                        o         Jabatan Penyiaran (Radio Television Malaysia)

     Agensi:            o         BERNAMA (Berita Nasional Malaysia)


    16. Kementerian Pengajian Tinggi

    o    Terdiri daripada dua jabatan dan agensi:-
    o    Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT) dan Jabatan Pengurusan Politeknik & Kolej
         Komuniti .
    o    JPIPT pula terdiri dari dua sektor pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor
         Pengurusan IPTS.
    o    Sementara agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN,
         PTPTN, Yayasan TAR dan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA):4

    17. Kementerian Pengangkutan

     Jabatan:            o          Jabatan Penerbangan Awam
                         o          Jabatan Pengangkutan Jalan
                         o          Jabatan Laut Malaysia

        Agensi:          o          Malaysia Airline
                         o          Kuala Lumpur International Airport
                         o          KTM
                         o          Northport
                         o          Westport Malaysia
                         o          Bintulu Port
                         o          Penang Port
                         o          Johor Port

     Lembaga:                o       Perbadanan Aset Keretapi
                             o       Lembaga Pelabuhan Klang
                             o       Pelabuhan Bintulu
                             o       Pelabuhan Johor
                             o       Pelabuhan Kemaman

4
    Universiti Malaya (UM)       Universiti Sains Malaysia (USM)   Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    Universiti Putra Malaysia (UPM)       Universiti Teknologi Malaysia (UTM)    Universiti Utara Malaysia (UUM)
    Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)         Universiti Malaysia Sabah (UMS)
    Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)     Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)        Universiti Darul Iman (UDM)
    Universiti Malaysia Kelantan (UMK)       Universiti Malaysia Pahang (UMP)
    Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)      Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)         Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
    Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)       Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)


                                                                                                                   71
                 o    Pelabuhan Kuantan
                 o    Pelabuhan Pulau Pinang


18. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

 Agensi:         o    Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
                 o    Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
                       (SMIDEC)
                 o    Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
                       (MATRADE)
                 o    Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC)
                 o    Perbadanan Produktiviti Negara (NPC)
                 o    Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDF)


19. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

20. Kementerian Pertahanan

 Jabatan:    o       Angkatan Tentera Malaysia
             o       Tentera Udara DiRaja Malaysia
             o       Tentera Laut DiRaja Malaysia
             o       Tentera Darat


21. Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

 Jabatan:    o       Jabatan Pertanian
             o       Jabatan Perikanan
             o       Jabatan Haiwan

 Agensi:     o       Lembaga Pertubuhan Peladang
             o       Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
             o       Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
             o       Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
             o       Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
             o       Bank Pertanian Malaysia
             o       Lembaga Pembangunan Pertanian Muda (MADA)
             o       Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)


22. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Jabatan:     o       Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
             o       Jabatan Perancangan Bandar dan Desa


23. Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

 Badan-badan o       Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
 berkanun:   o       Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
                 o   Lembaga Getah Malaysia (MRB)
                 o   Lembaga Koko Malaysia (MCB)
                 o   Lembaga Tembakau Negara (NTB)

                                                                                     72
                     o   Malaysian Pepper Marketing Board (MPMB)

 Industri:           o   Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC)
                     o   Majlis Promosi Minyak Sawit Malaysia (MPOPC)
                     o   Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC)
                     o   Majlis Promosi Perabot Malaysia (MFPC)
                     o   Malaysian Timber Certification Council (MTCC)


24. Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi

 Jabatan:            o   Jabatan Kimia Malaysia (JKM)
                     o   Jabatan Standard Malaysia (DSM)
                     o   Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia (MMS)
                     o   Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT)
                     o   Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)
                     o   Agensi Angkasa Negara (NSA)
             o           Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) (menunggu Kelulusan
                         JPA untuk digabung dengan AAN)
                     o   Pejabat Penasihat Sains

Bahagian:            o   Pusat Remote Sensing Negara (MACRES)
                     o   Pusat Sains Negara (PSN)
                     o   Bahagian Sains dan Teknologi (S&T)
                     o   Direktorat Oseanografi Kebangsaan (NOD)
                     o   Direktorat Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK)
                     o   Pusat Maklumat Sains & Teknologi Malaysia (MASTIC)


   Syarikat Milik Kerajaan-(Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan)

   o   SIRIM Berhad (SIRIM)
   o   MIMOS Berhad (MIMOS)
   o   Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. (TPM)
   o   Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB - di bawah AAN)
   o   Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC)

   Syarikat Kerajaan di bawah Khazanah Nasional Berhad

   o   Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia Sdn. Bhd. (MTDC)

 Badan Berkanun:            o   Akademi Sains Malaysia (ASM)

 Badan Bukan                o   Kumpulan Industri Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT)
 Kerajaan:                  o   Centre For Intellectual Promotion and Technological
                                Advancement (CIPTA)

 Majlis dan                 o   Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM)
 Sekretariat:               o   Sekretariat National Information Technology Council


25. Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar

 Jabatan         o       Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
                 o       Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia

                                                                                       73
                 o    Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
                 o    Jabatan Alam Sekitar (JAS)
                 o    Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
                 o    Jabatan Mineral dan Geosains
                 o    Jabatan Pembangunan Koperasi
                 o    Jabatan Pengairan dan Saliran
                 o    Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
                 o    Jabatan Perlindundungan Hidupan Liar dan Taman Negara
                 o    Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)


26. Kementerian Sumber Manusia

Jabatan:         o    Jabatan Tenaga Manusia
                 o    Jabatan Tenaga Kerja (Semenanjung Malaysia)
                 o    Jabatan Tenaga Kerja (Sabah)
                 o    Jabatan Tenaga Kerja (Sarawak)
                 o    Mahkamah Perusahaan
                 o    Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja
                 o    Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
                 o    Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

Badan            o    Pertubuhan Keselamatan Sosial
Berkanun:        o    Pembangunan Sumber Manusia Berhad

Syarikat:        o    Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negara

Majlis           o    Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan
Penasihat:       o    Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
                 o    Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
                 o    Majlis Penetapan Gaji


27. Kementerian Tenaga, Air Dan Komunikasi

Agensi:          o    Pos Malaysia Berhad
                 o    Telekom Malaysia Berhad
                 o    Tenaga Nasional Berhad


28. Kementerian Wilayah Persekutuan

   o   Bertanggungjawab untuk mengawal selia :

                    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
                    Perbadanan Putrajaya.
                    Perbadanan Labuan




                                                                               74
Lampiran 1

                       Carta Organisasi Sesebuah Kementerian

                                         Menteri


                                     Timbalan Menteri


                                 Setiausaha Parlimen


                             Ketua Setiausaha Kementerian



                              Timbalan Ketua Setiausaha


                                     Pengarah Bahagian


                                      Pegawai Kerajaan



     Menteri               Menteri                          Menteri                 Menteri



                          Agensi-agensi Pelaksana Di bawah Kementerian



     Jabatan-jabatan                                           Agensi-agensi Awam


                                         Badan Berkanun                   Badan Tidak Berkanun




                                                                                     75
Lampiran 2




             76
77

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:4383
posted:2/5/2011
language:Malay
pages:16