Docstoc

perlembagaan malaysia

Document Sample
perlembagaan malaysia Powered By Docstoc
					            BAB



           7               PERLEMBAGAAN MALAYSIA


    Pengenalan
    Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat Undang-undang Laut Melaka dan Hukum
    Kanun Melaka. Sementara itu, setiap negeri mengamalkan adat tradisional iaitu Adat
    Temenggung dan Adat Perpatih. Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah
    Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan terbentuknya Persekutuan Malaysia
    pada tahun 1963.

    Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Kewujudannya
    adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu juga, ia berperanan
    sebagai garis panduan pembentukkan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau
    rakyat.


    7.1    BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN

    Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.
    Perlembagaan bertulis merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam
    satu surat. Perlembagaan bertulis mengandungi 3 sifat utama, iaitu :
    i.     Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan
           tersebut yang membolehkannya dipinda.
    ii.    Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang
           terkandung dalam perlembagaan, tetapi parlimen dilarang membuat undang-undang
           yang bertentangan dengan kebebasan asasi.
    iii.   Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi
           perlembagaan.

    Perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak
    terkumpul dalam satu surat. Contohnya, Akta Parlimen dan keputusan mahkamah. Malaysia
    mengamalkan perlembagaan bertulis iaitu Parlimen mendapat kuasa daripada perlembagaan.


    7.1.1 Tujuan Perlembagaan

    Carta 7.1.1   Tujuan Perlembagaan



      Mengawal pergerakan kerajaan                    Mewujudkan satu bentuk
              dan rakyat                              pemerintahaan yang adil




Alat untuk menyelesaikan                                         Mengelakkan penyalahgunaan
                                Tujuan Perlembagaan
         masalah                                                    kuasa oleh pemerintah



                                                        Menjamin keamanan dan
      Menjamin riwayat negara                              kestabilan negara
             bangsa
                                                                                        42
7.1.2       Kandungan Perlembagaan Persekutuan

Jadual 7.1.2 Kandungan Perlembagaan Persekutuan

Terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 perkara seperti yang diberikan di bawah :-

Bahagian                                   Butir-butir                           Perkara
        1         Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Persekutuan       Perkara 1-4
        2         Kebebasan Asasi                                          Perkara 5-13
        3         Kewarganegaraan                                          Perkara 14-31
        4         Persekutuan                                              Perkara 32-69
        5         Negeri-negeri                                            Perkara 70-72
        6         Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri      Perkara 73-95E
        7         Peruntukan-peruntukan kewangan                           Perkara 96-112D
        8         Pilihan raya                                             Perkara 113-120
        9         Kehakiman                                                Perkara 121-131A
       10         Perkhidmatan Awam                                        Perkara 132-148
       11         Kuasa-kuasa Khas menentang perbuatan Subversif dan       Perkara 149-151
                  kuasa-kuasa Darurat
        12        Am dan Pelbagai                                          Perkara 152-160
       12A        Perlindungan Tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan       Perkara 161-161H
                  Sarawak
       13         Peruntukan Sementara dan Peralihan                       Perkara 162-180
       14         Perkecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya    Perkara 181
       15         Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja   Perkara 182-183



7.1.3        Ciri-ciri Kerajaan Malaysia

i.          Jenis Kerajaan Persekutuan
ii.         Raja berperlembagaan
iii.        Demokrasi berparlimen dan bercorak Westminster
iv.         Dwidewan
v.          Ketinggian perlembagaan


7.1.4        Konsep Ketertinggian Perlembagaan

i.          Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia
ii.         Parlimen atau badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa masing-
            masing daripada perlembagaan
iii.        Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara juga menjalankan kuasa baginda
            mengikut Perlembagaan




                                                                                              43
  7.2    PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN PERLEMBAGAAN NEGERI

  Carta 7.2.1      Perlembagaan Persekutuan


                                   Perlembagaan Persekutuan




Malaysia sebuah               Demokrasi               Ketertinggian              Pengasingan
 Persekutuan                  Berparlimen             Perlembagaan                  kuasa



                     Raja                   Agama Islam                   Kebebasan
               Berperlembagaan              agama rasmi                 undang-undang



  Perlembagaan Persekutuan

  Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri-ciri yang khas dan ia telah menjadikan
  perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan
  rakyatnya. Perkara penting yang mencirikan perlembagaan ialah ia melambangkan Malaysia
  sebagai sebuah negara persekutuan, mempunyai raja berperlembagaan, mengamalkan sistem
  demokrasi berparlimen, menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain
  bebas diamalkan. Ini menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sikap
  tolak ansur dan menjaga kepentingan semua kaum dan bangsa.

  Kandungan Ringkas Perlembagaan Persekutuan

         i.        Senarai Persekutuan :-
                   Meliputi perkara mengenai hal-ehwal luar negara, pertahanan, keselamatan
                   dalam negeri, undang-undang jenayah dan sivil, kewarganegaraan dan lain-lain.
         ii.       Senarai Bersama :-
                   Meliputi perkara yang membolehkan badan perundangan negeri membuat
                   undang-undang selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang
                   Persekutuan. Contohnya, perlindungan bagi binatang liar, biasiswa, perlindungan
                   kanak-kanak, perancangan bandar dan kampung, kesihatan awam dan lain-lain.
         iii.      Senarai Negeri :-
                   Meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri seperti hukum syarak,
                   undang-undang diri dan keluarga orang Islam, hari kelepasan negeri, jentera
                   kerajaan Negeri dan lain-lain.

  Ketertinggian Perlembagaan

  Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang menentukan perlembagaan bertulis. Menurut
  Tun Mohammed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara, Perlembagaan Persekutuan Malaysia
  ialah yang tertinggi. Ketertinggian Perlembagaan dapat dilihat pada peruntukkan berikut :

         i.        Parlimen
         ii.       Perlembagaan
         iii.      Kedudukan YDPA


                                                                                               44
         iv.    Kuasa perundangan
         v.     Kebebasan asasi
Pindaan Perlembagaan

Semenjak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali sehingga ke
akhir tahun 1982. Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen seperti
yang dijelaskan dalam perkara 159 dan perkara 161 (E) yang menjelaskan beberapa perkara
yang boleh dipinda, iaitu:

i.       Perkara 159 (4)-sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3 dalam tiap-
         tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar Majlis Parlimen.
ii.      Perkara 161 (E)-sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah dan
         Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen, jika ia
         dipersetujui oleh Yang Dipertua mana-mana negeri.
iii.     Sesetengah perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap dewan,
         dengan syarat ia telah mendapat persetujuan Majlis Raja-raja. Persetujuan Majlis Raja-
         raja diperlukan dalam membuat apa-apa pindaan terhadap perkara yang menyentuh
         kedaulatan raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan beberapa perkara
         yang dianggap sensitif dalam perlembagaan.
iv.      Perkara-perkara yang memerlukan suara majoriti dalam Parlimen.

Terdapat kritikan yang mengatakan perlembagaan sebagai sebuah dokumen yang suci dan
tidak patut dipinda. Orang ramai dikehendaki menghormatinya. Sememangnya, perlembagaan
tidak harus kerap dipinda. Perlembagaan Malaysia tidak sama dengan Perlembagaan Amerika
Syarikat yang mudah dan ringkas yang hanya mengandungi perkara penting sahaja.
Perlembagaan Malaysia adalah lebih kurang sama dengan Perlembagaan India yang panjang
dan terperinci.

2.     Perlembagaan Negeri

Perlembagaan Malaysia yang terbentuk sebenarnya hasil daripada perkongsian antara negeri
yang menganggotai Persekutuan Malaysia. Negara-negara yang bergabung dalam
Persekutuan Malaysia sememangnya diberi hak, kuasa dan tanggungjawab yang telah
diperuntukkan dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Negeri.

Kebanyakan negeri Melayu mengikut peruntukan tetap. Peruntukan tetap ini menggariskan
sesuatu negeri itu harus mengandungi:

i.       Raja/Yang Dipertua Negeri
ii.      Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
iii.     Pihak Berkuasa Perundangan Negeri
iv.      Dewan Undangan Negeri

Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan perhubungan antara kerajaan Persekutuan
dengan kerajaan Negeri. Ia mengandungi tujuh bab iaitu:-

i.       Pembahagian kuasa-kuasa perundangan
ii.      Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah
iii.     Pembahagian beban kewangan
iv.      Tanah
v.       Pembangunan negara
vi.      Agihan persekutuan kepada negeri
vii.     Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan




                                                                                            45
Pindaan Perlembagaan Negeri

Peruntukan Perlembagaan Negeri boleh dipinda oleh undang-undang negeri, tetapi tidak boleh
dipinda dengan cara lain. Antara peruntukan Perlembagaan Negeri yang tidak boleh dipinda:
i.     Warisan takhta kerajaan dan kedudukan para pembesar Melayu tidak boleh dipinda
       oleh Badan Perundangan Negeri.
ii.    Sesuatu rang undang-undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan
       Negeri selain;
       a)      apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undang-undang yang
               memperuntukkan bilangan ahli yang dilantik bagi badan perundangan negeri
       b)      apa-apa pindaan yang akan menyelaraskan Perlembagaan Negeri dengan
               mana-mana peruntukkan perlu yang dinyatakan dalam jadual 8 Perlembagaan
               Persekutuan Malaysia jika ia dibuat selepas Dewan Undangan Negeri dipilih
               mengikut sesyen 4, jadual tersebut.

Sesetengah Perlembagaan Negeri memerlukan persetujuan daripada kumpulan orang tertentu
terhadap pindaan mengenai:
i.     Pelantikan dan sifat-sifat waris taktha, permaisuri raja atau pemangku raja atau ahli-ahli
       Jemaah Pemangku Raja Negeri.
ii.    Pemecatan, penarikan diri, penurunan taktha raja atau warisnya.
iii.   Pelantikkan dan sifat-sifat para pembesar memerintah atau para pembesar adat Melayu
       dan ahli-ahli Majlis Penasihat mengenai agama atau adat dan badan seumpamanya.
iv.    Hal bagi mengadakan, mengatur, mengesah dan melucutkan pangkat gelaran,
       kehormatan, kebesaran dan kurniaan adat Melayu dan mengadakan peraturan
       mengenai balai raja dan istana.

Parlimen boleh meminda sesuatu Perlembagaan Negeri untuk sementara waktu atas alasan
keamanan negara seperti keadaan darurat.

Jadual 7.2.2 Agihan kuasa antara kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri

                        KUASA KERAJAAN PUSAT DAN KERAJAAN NEGERI
Mengikut perlembagaan, kuasa kerajaan dikongsi bersama antara kerajaan Pusat dengan kerajaan
Negeri. Menurut Fasal Kesembilan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, pembahagian kuasa adalah
seperti berikut :
                 Senarai Pusat                     Senarai Negeri            Senarai Bersama
1. Hal-ehwal luar negeri                     1. Undang-undang islam      1. Kebajikan sosial
2. Pertahanan                                2. Tanah                    2. Biasiswa
3. Keselamatan dalam Negeri                  3. Pertanian dan            3. Taman negara
4. Pentadbiran keadilan                           Perhutanan             4. Perancangan bandar
5. Kerakyatan negara                         4. Kerajaan tempatan            dan negara
6. Pilihan raya                              5. Perkhidmatan             5. Penjagaan haiwan
7. Kewangan                                       tempatan               6. Kesihatan dan
8. Perniagaan, perdagangan,dan               6. Kerajaan negeri              kebersihan awam
    perusahaan                               7. Hari cuti negeri         7. Parit dan tali air
9. Perkapalan, pelayaran dan perikanan       8. Undang-undang            8. Pemulihan
10. Perhubungan dan Pengangkutan                  negeri dan lain-lain   9. Perkapalan *
11. Kerja raya dan tenaga pusat              9. Kastam tempatan *        10. Air dan elektrik *
12. Jabatan ukur, penyelidikan dan lain-lain 10. Pelabuhan *             11. Derma
13. Pelajaran                                11. Jabatan ukur tanah *    12. Hiburan awam
14. Kesihatan                                12. Perpustakaan,
15. Keselamatan buruh dan sosial                  muzium dan lain-lain *
16. Orang Asli (kebajikan)
17. Hal-hal lain termasuk hari cuti
    kebangsaan, akhbar dan penapisan,
    amanah, kemajuan dan penempatan
    rumah pusat, syarikat-syarikat kerjasama
    dan lain-lain

* Sabah dan Sarawak

                                                                                              46
7.2.1 Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan (lingua franca) sejak abad ke-15 dengan
wujudnya Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa kini, bahasa Melayu merupakan bahasa
utama yang digunakan oleh pedagang-pedagang yang datang dari serata dunia. Dalam hal ini,
bahasa Melayu merupakan bahasa yang senang dipelajari dan dikuasai oleh sesiapa sahaja.

7.2.2   Agama

Agama Islam telah bertapak di Tanah Melayu sejak awal abad ke-13 melalui penemuan batu
Bersurat Terengganu yang bertarikh 129 Masihi dan berkembang maju pada zaman
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Perkara 3(1) Perlembagaan
Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi
perlembagaan Persekutuan juga memberi kebebasan kepada semua individu untuk
mengamalkan agamanya sendiri dengan cara aman dan harmoni di mana-mana bahagian
Persekutuan.

Pada 17 Oktober 1968, bagi menyelaraskan pentadbiran hal-ehwal agama Islam di peringkat
Persekutuan, sebuah Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Agama Islam telah ditubuhkan oleh Majlis
Raja-raja. Anggotanya terdiri daripada :
i.     Seorang Pengerusi (biasanya Perdana Menteri)
ii.    Seorang wakil dari setiap negeri Semenanjung Malaysia yang dilantik oleh raja negeri
       masing-masing. Sementara bagi Pulau Pinang dan Melaka, wakil dilantik oleh YDPA
       dan Sabah oleh Yang Di-pertua Negeri Sabah serta Sarawak oleh Yang Di-pertua
       Negeri Sarawak.
iii.   Lima orang ahli yang dilantik oleh YDPA dengan persetujuan daripada Majlis Raja-raja.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, agama Islam terletak dalam Senarai Negeri.
Terdapat beberapa perkara yang berada di bawah kuasa perundangan negeri mengenai agama
Islam, iaitu :
        a)     Hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga
        b)     Adat istiadat Melayu
        c)     Wakaf
        d)     Fitrah
        e)     Zakat
        f)     Baitumal
        g)     Masjid
        h)     Mengadakan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam
               terhadap rukun Islam
        i)     Mahkamah Syariah
        j)     Mengawal iktikad dan kepercayaan di kalangan orang Islam


7.2.3   Kewarganegaraan

Peruntukan pemerolehan kewarganegaraan disenaraikan dalam Bahagian 3, perkara 14 hingga
Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Seseorang                 boleh mendapatkan
kewarganegaraan melalui empat cara iaitu :
i.     Secara kuat kuasa undang-undang – terdapat dua golongan iaitu :
       a)     Individu yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan menjadi
              warganegara Persekutuan yang akan menjadi warganegara secara automatik.
       b)    Individu yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia dan menjadi
             warganegara atas peruntukan kelayakan yang telah ditetapkan.
ii.    Secara pendaftaran /permohonan :
       a)     Isteri dan anak warganegara
       b)     Seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun


                                                                                         47
       c)      Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan lahir di Persekutuan sebelum
               hari merdeka
       d)      Seseorang yang berumur 18 tahun dan bermastautin di Sabah dan Sarawak
               pada Hari Malaysia
iii.   Kewarganegaraan secara kemasukan :
       a)      Individu tersebut telah menetap di Persekutuan Malaysia 10 daripada 12 tahun
               sebelum tarikh permohonan.
       b)      Berniat menjadi permastautin tetap Persekutuan Malaysia
       c)      Tingkah laku baik
       d)      Berpengetahuan dalam bahasa Melayu
iv.    Kewarganegaraan secara percantuman wilayah
       ini merupakan cara termudah untuk menjadi warganegara Persekutuan. Contohnya,
       penduduk Singapura, Sabah dan Sarawak mendapat taraf kewarganegaraan apabila
       ketiga-tiga wilaayah ini menganggotai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

1. Kehilangan kewarganegaraan
Seorang warganegara boleh kehilangan kewarganegaraan melalui dua cara iaitu, :
1.    Pertama, individu tersebut menolak kewarganegaraannya.
ii)   Kerajaan negara melucutkan kewarganegaraannya atas sebab berikut :-
      a)     Seseorang individu telah menjadi warganegara asing
      b)     Seseorang warganegara membuktikan dia tidak setia melalui percakapan atau
             tindakannya
      c)     Seseorang warganegara telah menderhaka terhadap kerajaan semasa
             peperangan atau menjalinkan urusan dengan musuh negara
      d)     Seseorang warganegara memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran,
             telah dihukum penjara tidak lebih daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang
             daripada RM 5000 tanpa pengampunan bagi kesalahannya
      e)     Seseorang warganegara yang bermastautin di negara asing melebihi lima tahun
             secara berterusan tanpa mendaftar diri di Pejabat Konsul Persekutuan

2. Proses Perlucutan Kewarganegaraan
Proses atau prosedur perlucutan kewarganegaraan seseorang individu adalah seperti yang
berikut:
        a)   Diberitahu secara bertulis dengan alasan kepada individu yang dikenakan
             perintah perlucutan
        b)   Individu berkenaan boleh merujuk kesnya kepada satu jawatankuasa siasatan
        c)   Kerajaan menerusi laporan daripada jawatankuasa siasatan menentukan sama
            ada seseorang akan dilucutkan kewarganegaraanya atau tidak.

3. Cara mendapatkan kewarganegaran
Ada empat penentu membolehkan seseorang mendapatkan taraf kewarganegaraan di
Malaysia, iaitu berdasarkan faktor berikut :-
i.     Jus soli
ii.    Jus sanguinis
iii.   Perkahwinan
iv.    Naturalisasi


7.3    HAK ASASI WARGANEGARA

Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak asasi berikut :-

            i.   Tidak boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut
                 undang-undang.

                                                                                            48
         ii.        Tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa
                    kehadapan seorang majistret/pegawai daerah untuk mendapatkan perintah
                    tahanan
         iii.       Berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak
                    berkuasa dan dibela oleh peguam dalam perbicaraan yang diadakan secepat
                    mungkin
         iv.        Tiada siapa yang boleh ditahan sebagai abdi kecuali bagi perkhidmatan
                    kerahan (kerja paksa) yang mengikut undang-undang
         v.         Berhak mendapat perlindungan undang-undang dan seorang yang telah
                    dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa lagi atas
                    kesalahan yang sama
         vi.        Berhak memohon habeas corpus apabila seseorang ditahan secara tidak sah
         vii.       Berhak menikmati kesamarataan, iaitu seseorang tidak boleh
                    didiskriminasikan dari segi agama, keturunan dan budaya
         viii.      Seseorang warganegara bebeas bergerak dan bermastautin di mana-mana
                    bahagian Persekutuan
         ix.        Kebebasan bercakap, berhimpun, dan menubuhkan persatuan
         x.         Kebebasan beragama
         xi.        Kebebasan pemilikan harta


Jadual 7.3.1      Sekatan-Sekatan Terhadap Kebebasan Hak Asasi

No.            Jenis Undang-undang                           Ringkasan
 1.       Undang-undang Subversif              Kerajaan berkuasa untuk menahan dan
                                                menghukum mereka yang mengancam
                                                keselamatan negara
 2         Undang-undang Darurat               Kerajaan berkuasa untuk mengenakan
                                                perintah berkurung dan menembak serta
                                                membunuh seseorang yang mengingkari
                                                undang-undang darurat tanpa
                                                perbicaraan
 3     Akta Keselamatan Dalam Negeri           Seseorang boleh ditahan tidak melebihi 2
                   (ISA)                        tahun tanpa perbicaraan jika pada
                                                pandangan Kerajaan, orang itu
                                                mengancam keselamatan negara
 4    Akta Universiti dan Kolej Universiti     Para pelajar dilarang bergerak aktif dalam
                                                politik
 5               Akta Rahsia Rasmi             Tidak boleh membocorkan rahsia rasmi
                                                kerajaan
 6               Akta Mesin Cetak              Badan-badan penerbitan dan media
                                                elektronik tiada kebebasan untuk
                                                mengungkitkan isu-isu sensitif yang boleh
                                                mengancam keselamatan negara
 7                 Akta Hasutan                Rakyat dilarang menabur fitnah dan
                                                mengungkitkan isu-isu sensitif iaitu hak-
                                                hak istimewa orang Melayu, bahasa,
                                                kuasa raja dan kewarganegaraan
 8      Hak Keistimewaan Sabah dan             Berkuasa untuk mengawal kemasukkan
                  Sarawak                       rakyat dari Semenanjung Malaysia ke
                                                Sabah dan Sarawak




                                                                                             49
7.4   KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG-ORANG MELAYU SERTA HAK KAUM LAIN

Menurut perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan
sebagai :
i)    Seorang yang beragama Islam
ii)   Bertutur bahasa Melayu
iii)  Mengamalkan adat istiadat Melayu
iv)   Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari
      merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau Singapura

Manakala, Bumiputera di Sabah dan Sarawak (termasuk bukan Melayu) tergolong menerima
keistimewaan seperti mana yang diperoleh orang Melayu di Tanah Melayu. Dalam hal ini,
walaupun sesuatu keistimewaan diberikan kepada orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan
Sarawak, kepentingan kaum lain juga hendaklah dilindungi. Berikut merupakan soal hak
keistimewaan seperti berikut :-
       a)    Perkhidmatan awam
       b)    Ekonomi
       c)    Pendidikan


7.5     PROSES PILIHAN RAYA

Pilihan raya merupakan satu cara untuk menentukan pemindahan kuasa kerajaan tanpa
kekerasan dan tumpahan darah. Ia merupakan satu ciri penting dalam sistem demokrasi
berparlimen.
Kelayakan calon untuk bertanding adalah seperti yang berikut :-
i.      Warganegara dan pemastautin kawasan yang berkenaan
ii.     Berumur 21 tahun ke atas
iii.    Bukan seorang muflis
iv.     Sempurna akal (kelemahan fizikal bukan penghalang)
v.      Boleh merupakan calon bebas
vi.     Tidak pernah dipenjarakan melebihi satu tahun (boleh bertanding jika diampuni atau
        lima tahun selepas tamat hukuman penjara)
vii.    Tidak pernah didenda RM 2,000 ke atas (boleh bertanding jika diampuni)
viii.   Tidak memegang jawatan bergaji


7.5.1 Pilihan raya: Proses

Carta    7.5.1 Proses Pilihan Raya


                                     Parlimen Bersidang
                              (dalam tempoh 120 hari dari tarikh
                                   pembubaran Parlimen)



                                    Kerajaan Dibentuk
                           (Perdana Menteri dan Kabinet dibentuk)


                             Pengumuman Keputusan Pilihan Raya



                                       Pengiraan Undi
                                 (Pada Malam hari mengundi)                                  50
                                       Hari Mengundi
                                  (8 pagi hingga 5 petang)


                                    Hari Penamaan Calon
                             (10 hari sebelum tarikh pilihan raya)


                            Penetapan Tarikh Pilihan Raya Umum
                               (dalam tempoh 60 hari/90 hari)


                                   Pembubaran Parlimen


                              Semakan Semula Daftar Pemilih


                                  Pendaftaran Pemilih Baru


                           Semakan Daftar Pemilih Yang Sedia Ada



7.6 KOMPONEN PARLIMEN

Carta 7.6     Komponen Badan Perundangan dalam Sistem Kerajaan Malaysia


                            Yang di-Pertuan Agong


                             Badan Perundangan


                                   Parlimen




            Dewan Rakyat                                  Dewan Negara



7.6.1 Yang Di-pertuan Agong

Dalam badan legislatif, YDPA bertindak sebagai Ketua Negara dan secara tidak langsung juga
bertindak sebagai ketua kepada tiga cabang kerajaan, iaitu badan perundangan, badan
kehakiman dan badan eksekutif.



                                                                                       51
YDPA dilantik lima tahun sekali daripada kalangan sembilan orang raja Melayu yang dipilih oleh
Majlis Raja-raja. Antara tugas YDPA ialah:

1. Merupakan raja berperlembagaan yang memerintah mengikut kuasa yang diberi oleh
   Perlembagaan.
2. Merupakan Ketua Negara Malaysia dan lambang perpaduan serta kedaulatan negara.
3. Merupakan pemerintah tertinggi angkatan bersenjata dan ketua agama Islam bagi negeri
   Melaka, Pulau Pinang,Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan negeri baginda sendiri.
4. Bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di
   Sabah dan Sarawak.
5. Berkuasa melantik Perdana Menteri, menteri Kabinet, Peguam Negara, Ketua Polis Negara
   dan Hakim-hakim Mahkamah.
6. Mempunyai kuasa mengampun, meringan dan menangguh hukuman bagi orang bersalah.
7. Mengisytiharkan undang- undang tentera atau darurat.
8. YDPA tidak boleh didakwa atas sifat peribadinya kecuali di Mahkamah Khas.

Antara perkara yang tidak boleh dilakukan oleh YDPA menurut Perkara 34 Perlembagaan
Persekutuan Malaysia ialah :
i)   Baginda tidak boleh menjalankan tugasnya sebagai raja di negeri baginda, kecuali tugas-
     tugas baginda sebagai ketua agama Islam
ii)  Baginda tidak boleh memegang sesuatu jawatan yang baginya ada apa-apa saraan
iii) Baginda tidak boleh mengambil bahagian yang aktif dalam apa juga perusahaan

7.6.2 Parlimen

Perkara 44 Bahagian 4, Bab 4, Perlembagaan Persekutuan Malaysia: Parlimen adalah badan
perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh
dikuatkuasakan di seluruh negara.

Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang
persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan
dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

Parlimen juga menjadi forum kritikan dan mendengar pendapat awam mengenai perkara-
perkara nasional.

Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan dengan
lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang
dipanggil “Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen” di dalam Dewan. Keistimewaan ini terpakai bagi
kedua-dua Dewan secara keseluruhannya, dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individu.

Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, mempunyai kuasa
mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-
mana mahkamah, dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak
keistimewaan atau “contempt” di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali dari
tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di
dalam Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu.


Sebagai satu badan perundangan, Parlimen terdiri daripada Yang Di-Pertuan Agong, Dewan
Rakyat (dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih melalui pilihanraya), dan Dewan Negara
(dianggotai oleh ahli-ahli Dewan Negeri dan ahli-ahli yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong)

Tempoh Parlimen hanya kekal selama lima tahun dan dipanggil, ditangguh dan dibubarkan oleh
Yang Di-Pertuan Agong


                                                                                            52
Parlimen Malaysia terdiri daripada dua buah dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Tugas utama Dewan Rakyat adalah untuk meluluskan undang-undang, menentukan
belanjawan negara dan mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan.


7.6.3 Dewan Negara

Keanggotaan Dewan Ngara telah dperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45. Melalui peruntukan ini, Dewan Negara Dewan Negara
terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori seperti
berikut:-

      26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap
       negeri diwakili oleh dua orang ahli).
      44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
       Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu
       ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.

Tugas utama ialah membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh
Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan
umum. Menurut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai
kuasa menolak undang-undang tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-
undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang Di
Pertuan Agong untuk diperkenankan, contohnya Rang Undang-Undang Kewangan. Tempoh
penangguhan oleh Dewan Negara ialah 30 hari, bagi rang undang-undang yang lain tempohnya
ialah setahun.

Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-

      warganegara Malaysia
      tidak kurang dari 30 tahun
      waras fikiran
      bukan seorang muflis
      tidak mempunyai rekod jenayah

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung
sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan
pada peringkat negeri.

Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan
Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang
atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan,
industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil
kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli
tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-
tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta
mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.

7.6.4 Dewan Rakyat

Keanggotaan Dewan Rakyat ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada
Bahagian 4, Bab 4 Perkara 46. Dalam peruntukan ini, Dewan Rakyat mempunyai seramai 219
ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan


                                                                                            53
ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun,
dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.

Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-

      warganegara Malaysia
      tidak kurang dari 21 tahun
      waras fikiran
      bukan seorang muflis
      tidak mempunyai rekod jenayah

Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara
dalam satu masa.

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat
sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah
atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan
sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan
mempertahankan Perlembagaan.

Antara perkara yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan untuk memegang jawatan
dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat ialah:
i.   Kurang siuman
ii.  Bankrap atau muflis
iii. Memegang jawatan bergaji
iv. Mungkir untuk menghantarkan penyata perbelanjaan Pilihan raya bagi Parlimen/Dewan
     Negeri dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu 33 hari selepas keputusan pilihan raya
     disiarkan.
v.   Disabitkan melakukan kesalahan jenayah
vi. Memperoleh kewarganegaraan asing dengan kerelaan sendiri




                                                                                         54
Sumber/rujukan:
http://www.parlimen.gov.my/dN-maklumatumum.htm
http://www.parlimen.gov.my/pengenalan-fungsi.htm


Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh
Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat
selama lima tahun.

Sistem ini adalah berdasarkan Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan
Britain. Kuasa pemerintahan lebih banyak dipegang oleh cabang eksekutif berbanding
perundangan. Pilihan raya umum pula perlu diadakan setiap lima tahun sekali.

Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan
perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada
pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala
kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Parlimen terbahagi kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70
orang senator (iaitu panggilan yang diberikan kepada ahli Dewan Negara). Pemilihan ahlinya
boleh dibahagikan kepada dua:

   1. 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri
      diwakili oleh dua orang ahli).
   2. 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
      Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu
      ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 219 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan
raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat
memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kuasa perundangan dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia#Politik




                                                                                              55

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:8628
posted:2/5/2011
language:Malay
pages:14