Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

pembentukan malaysia

VIEWS: 9,615 PAGES: 9

									           BAB

           6                PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pengenalan
Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 setelah lebih 400 tahun
dijajah oleh pelbagai kuasa luar. Malaysia lahir enam tahun selepas Tanah Melayu
merdeka. Negara baru ini hasil gabungan Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah (Borneo
Utara) dan Sarawak.
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh
Perdana Menteri Perselutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman.

1.1       FAKTOR PEMBENTUKAN

          Rajah4.1 Faktor-faktor penubuhan Malaysia

                                               Mengelakkan ancaman dan pengaruh komunis

                                                   Memberi kemerdekaan kepada Sabah,
                                                   Sarawak, Singapura dan Brunei

      Faktor
      Penubuhan
      Malaysia                                     Perkongsian faedah ekonomi

                                                     Membela masyarakat
                                                     Bumiputera di Sabah dan
                                                     Sarawak

                                                              Menjaga hak
                                                              dan
                                                              kepentingan
                                                              kaum
                                                              Bumiputera

1.1.1     Mengelakkan Ancaman dan Pengaruh Komunis
Di Singapura, Parti Tindakan Rakyat (People Action Party – PAP) di bawah pimpinan Lee
Kuan Yew mengalami kemerosotan. Fenomena ini jelas apabila PAP kalah dalam pilihan
raya kecil di kawasan Hong Lim pada bulan Mei 1961 dan kawasan Anson pada bulan Julai
19611. PAP juga telah dipengaruhi oleh anasir-anasir komunis sehingga mereka telah
berpecah dan membentuk Barisan Sosialis.          Banyak pihak yang khuatir dengan
perkembangan ini kerana takut pemerintahan PAP akan diambil alih oleh Barisan Sosialis
yang dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin berideologi komunis. Persekutuan Tanah
Melayu juga tidak mahu PAP digulingkan kerana hubungan baiknya dengan Singapura yang
meliputi urusan-urusan politik dan ekonomi akan terjejas.         Untuk membendung

1
 PAP kalah ditangan Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura di Hong Lim dan Parti Buruh di
Anson.
                                                                                              35
perkembangan ini dari terus menjadi buruk, kerajaan Perikatan berusaha untuk
menggabungakan Singapura, Sabah, Sarawak dan juga Brunei dalam satu negara.

Pengaruh komunis yang aktif sejak tahun 1950-an telah merebak ke Sarawak. Misalnya,
Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut dan Persatuan Belia Maju Sarawak dipengaruhi
oleh anasir-anasir komunis. Mereka telah dihasut untuk menentang British2. Selain itu, Parti
Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) juga telah terpengaruh dengan ideologi komunisme.

1.1.2     Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan
mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Dalam perancangan
penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh lebih kurang
dua tahun.

Kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk memberi kemerdekaan
kepada tanah-tanah jajahanya. Namun Sabah dan Sarawak merupakan wilayah jajahan
British yang belum bersedia untuk merdeka kerana suasana ekonomi dan politiknya yang
kurang memuaskan. Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak dalam
gagasan Malaysia akan mempercepatkan lagi kemerdekaan kedua-dua negeri ini.

Selain itu, pemberian kemerdekaan yang lebih cepat akan mengelakkan penyebaran
ideologi komunis. Ini kerana sekiranya kemerdekaan tidak diberikan dengan cepat, pihak
British khuatir negara tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan
British akan hilang kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang. Di samping itu,
terdapat juga pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia yang berminat terhadap
Sabah, Sarawak dan Brunei.

1.1.3     Perkongsian Faedah Ekonomi

Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama
ekonomi dan perdagangan. Negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi
boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi. Ini
bermaksud Sabah dan Sarawak yang belum maju dari segi ekonomi akan dibantu oleh
Tanah Melayu, Singapura dan Brunei.

1.1.4     Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak
Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di Sabah dan Sarawak dipegang oleh bangsa
asing. Manakala penduduk peribumi hanya terlibat dalam sektor pertanian.

1.1.5     Menjaga hak dan kepentingan kaum Bumiputera
Pembentukan persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei
dan Singapura adalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum Bumiputera.
Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan
wilayah-wilayah Borneo kerana percantuman di antara Tanah Melayu dengan Singapura
sahaja akan menghilangkah majoriti penduduk Melayu. Ini kerana singapura mempunyai
80% penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan ini akan menghlangkan majoriti
penduduk Melayu.

Apabila percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura berlaku bilangan masyarakat
Cina ialah 43.5% dan Melayu 43%3. Apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira,
bilangan bumiputera (Termasuk Melayu) akan menjadi 46.3% sementara Cina 42.4%.

2
    Merupakan pelajar dan kesatuan sekerja.
3
    Pada tahun 1960, penduduk Melayu dianggarkan berjumlah 50% manakala orang Cina ialah 36.9%.
                                                                                             36
1.2       REAKSI SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA
1.2.1     Sabah
Wujud banyak penentangan pada peringkat awal sehingga lahir bebrapa buah parti politik
yang meluangkan penubuhan atas sentimen pro atau anti-Malaysia. Parti politik pertama di
Sabah lahir pada bulan Ogos 1961 dengan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Sabah
Bersatu (United National Kadazan Organization-UNKO) yang dipimpin oleh Donald
Stephens.    Parti ini secara jelas menentang pembentukan Malaysia, malah mula
memperjuangkan kemerdekaan Sabah. Pada bulan Jun 1962 Pasok Momogun Kebangsaan
Borneo Utara yang dipimpin oleh G.S. Sundang telah ditubuhkan untuk memperjuangkan
kemerdekaan Sabah.

Hanya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United Sabah National Organization –
USNO) yang dipimpin oleh Tun Mustapha Datu Harun sahaja yang menyokong idea
penubuhan ini.4 Namun menjelang lewat tahun 1962 dan awal 1963, sebahagian besar
penduduknya mula berubah fikiran setelah menerima penerengan mengenai pembentukan
Malaysia.

1.2.2     Sarawak
Parti Negara Sarawk (Sarawak United People’s Party – SUPP) dan Parti Kebangsaan
Sarawak (Sarawak National Party – SNAP) secara jelas menentang cadangan peggabungan
ini. SUPP ditubuhkan pada 12 Jun 1959 dan dipimpin oleh Ong Kee Hui. Manakal SNAP
diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan. Hanya Barisan Rakyat Jati Sarawak (Berjaya)
sahaja yang menyokong cadangan tersebut.

1.2.3     Brunei
Secara peribadi Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong pembentukan
Malaysia. Rakyat Brunei juga pada peringkat awalnya berminat untuk menyertai gabungan
ini. Tetapi mereka berpendapat akan menyertai gabungan ini selepas mereka mencapai
kemerdekaan terlebih dahulu.

Namun Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari telah menentang cadangan
tersebut kerana beliau lebih berminat untuk menggabungkan Brunei, Sabah, Sarawak dan
Kalimantan Utara ke dalam satu kesatuan.          Ini keran A.M. Azahari berpendapat,
pembentukan Malaysia merupakan satu cara kerajaan British untuk mengekalkan
pengaruhnya supaya mereka dapat menguasai ekonomi dan dapat menjamin keselamatan.
Selain itu, mereka juga khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaanya jika
menyertai gabungan ini.

1.2.4     Singapura
Penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia. PAP yang dipimpin
oleh Lee Kuan Yew menyambut baik rancangan ini kerana mendapati partinya terancam dan
kurang mendapat sambutan daripada rakyat Singapura sendiri. Sementara parti-parti lain
seperti Parti Buruh Singapura bersetuju dari segi prinsip tetap menganggap sebagai suatu
yang sukar untuk dilaksanakan. Parti Rakyat Singapura juga menentang gagasan Malaysia
kerana berpendapat ia merupakan rancangan British untuk mengekalkan pengaruhnya.

1.3       REAKSI NEGARA ASEAN – INDONESIA DAN FILIPINA
1.3.1     Indonesia
Pada peringkat awal, Indonesia menyokong pembentukan Malaysia asalkan ianya tidak
melibatkan negaranya. Menteri luar Indonesia, Dr. Suhandiri (New York Times – 13 Nov
1961) pernah menyatakan bahawa Indonesia tidak akan menghalang penubuhan ini

4
    Parti ini ditubuhkan pada bulan Disember 1961.
                                                                                     37
sebaliknya mendoakan supaya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berjaya dalam
rancangannya.

Walau bagaimanapun, sokongan ini tidak tahan lama apabila Indonesia telah menentang
keras dan mengecam pembentukan ini. Malah mereka juga telah menyokong tindakan Parti
Rakyat Brunei menentang Pembentukan Malaysia pada 8 Disember 1962. Pada 20 Januari
1963, Indonesia telah menyuarakan tentangan dan mengumumkan konfrontasi dengan
melaungkan slogan ‘Ganyang Malaysia’.

Pada 11 Februari 1963, Dr. Subandrio mengisytiharkan dengan rasmi penentangan kerajaan
Indonesia terhadap pembentukan Malaysia. Mereka mendakwa bahawa tujuan penubuhan
Malaysia adalah untuk menyelamatkan getah, bijih timah dan minyak untuk British. Faktor-
faktor pencetus penentangan ialah:

        a) Sukarno berasa Tunku Adbul Rahman membelakangi jirannya apabila membuat
           pengumuman tanpa berunding dengannya terlebih dahulu.
        b) Penubuhan Malaysia dipercayai mengagalkan rancangan Sukarno untuk
           menubuhkan empayar Indonesia Raya (Melayu Raya)
Namun penentangan Indonesia berakhir pada tahun 1965 apabila Sukarno digulingkan dan
tematnya diganti oleh Jeneral Suharto.

1.3.2   Filipina
Presiden Macapagal dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan Filipina menuntut hak Filipina ke
atas Sabah. Mereka juga sebenarnya pernah menuntut Sabah dari pada Kerajaan British
dengan menghantar sepucuk surat rasmi pada 22 Jun 1962. Tuntutan ini dibuat kerana
mereka mendakwa bahawa Sabah terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu suatu
ketika dulu. Bagaimanapun, kerajaan British tidak melayan tuntutan ini dan malah
mengingatkan Filipina bahawa sebarang tuntutan mereka ke atas Sabah             sama ada
daripada kerajaan Filipina atau orang perseorangan akan ditentang oleh kerajaan British.

Presiden Macapagal telah membuat kecaman secara terbuka terhadap penubuhan ini
semasa kongres Filipina pada 28 Januari 1963. Fenomena ini menyebabkan hubungan
diplomatik anatara Persekutuan Tanah Melayu dengan Filipina terjejas. Walaupun Filipina
meneruskan tuntutan mereka selepas penubuhan Malaysia, tuntutan ini gagal keran tinjauan
dan siasatan membuktikan penduduk Sabah sendiri rela untuk menyertai pembentukan
Malaysia.

1.4     PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukan Malaysia sebenarnya sangat
panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum
cadangan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil kira bagi
memastikan pembentukan ini memuaskan hati semua pihak. Di bawah merupakan jadual
proses Pembentukan Malaysia.

        Jadual 4.2 Proses Pembentukan Persekutuan Malaysia
 Jawatankuasa              Peranan
 1 Jawatankuasa          - Dipengerusikan oleh Donald Stephens
    Perundingan          - Dianggotai oleh wakil-wakil dari semua wilayah terlibat
    Perpaduan   Malaysia - Berfungsi untuk menerangkan konsep pembentukan
    (JPPM)                 Malaysia, khususnya kepada penduduk Sabah, Sarawak
                           dan Brunei.
                         - Penggunpul idea dan pendapat-pendapat mengenai
                           rancangan pembentukan Malaysia.
                                                                                     38
 2   Suruhanjaya Cobbold  - Diketuai oleh Lord Cobbold. Ahli lain ialah Anthony Abell,
                            David Waterson, Dato’ Wong Pow Nee dan Tang Sri Mohd
                            serta Ghazalie Shafie.
                          - Bertujuan untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan
                            Sarawak
                          - Suruhanjaya ini mendapati 80% penduduk Sabah dan
                            Sarawk menyokong pembentukan Malaysia yang
                            kebanyakannya terdiri daripada kaum Bumiputera
 3   Jawatankuasa Antara - Diketuai oleh Lord Landsdowne.        Tunku Abdul Razak
     Kerajaan (JAK)         Hussein, wakil kerajaan British dan wakil dari Sabah,
                            Sarawak dan Singapura.
                          - Membentuk satu perlembagaan Persekutuan Tanah
                            Melayu 1957, Laporan Suruhanjaya Cobbold dan
                            Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
                          - Perkara utama dalam perlembagaan ini ialah agama Islam,
                            bahasa Melayu, kawalan imigresen, pendidikan dan
                            perwakilan bagi Sabah, Sarawak dan Brunei
 4   Referendum Singapura - Untuk meninjau pendapat penduduk Singapura
                          - Laporan ini mendapati 71% penduduk Singapura
                            menyokong pembentukan Malaysia melalui pilihan A.
                            Mereka bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat
                            yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan
                            Persekutuan Tanah Melayu

1.4.1   Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
Pada bulan Julai 1961, mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah
Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura. Dalam mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin
Tanah Melayu dan Singapura telah menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan
daripada Sabah, Sarawak dan Brunei. Penerangan ini telah mengurangkan salah faham
tentang penubuhan Malaysia. Hasilnya mesyuarat bersetuju menubuhkan JPPM yang
dianggotai oleh semua perwakilan dan Donald Stephens telah dilantik sebgai pengerusinya.
Brunei tidak menggangotai perwakilan dan hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja
kerana ketidaksedian Brunei menyertai pembentukan Malaysia.
Fungsi-fungsi JPPM ialah:
    a) Menerangkan dengan lebih jelas konsep Malaysia kepada orang ramai.
    b) Berusaha untuk mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di
       semua daerah terbabit.

Semenjak pembentukan jawantankuasa ini, mereka telah mengadakan perjumpaan
sebanyak empat kali iaitu:
   a) Jesselton (Kota Kinabalu) - 21 Ogos 1961
   b) Kuching                   - 18 Disember 1961
   c) Kuala Lumpur              - 06 Januari 1962
   d) Singapura                - 01 Februari 1961

1.4.2   Suruhanjaya Cobbold
Ditubuhkan pada bulan November 1961 setelah rundingan di antara Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu dengan kerajaan Btirish. Suruhanjaya ini ditubuhkan secara rasmi pada 16
Januari 1962 dan Lord Cobbold telah dilantik sebagai pengerusinya. Suruhanjaya ini
dianggotai oleh
    a) Lord Cobbold (Bekas gabenor Bank England)
    b) Anthony Abell dan David Waterson (Wakil kerajaan British)
    c) Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie (Wakil kerajaan Persekutuan
       Tanah Melayu)

Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk:
                                                                                     39
   a) Menyiasat fikiran rakyat Borneo utara dan Sarawak berkenaan pembentukan
      Malaysia
   b) Membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu

Suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari
1962 dan berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh suruhanjaya telah
   a) Mengadakan 50 perjumpaan di 35 tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah.
   b) Menemui lebih 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan.
   c) Mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang ramai
      untuk menyuarakan pandangan mereka.

Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian
mengemukakan sebuah laporan penyiasatannya keada kerajaan British dan Tanah Melayu.
Dalam laporan ini, 80% penduduk Sabah dan Sarawak ingin menyertai pembentukan
Malaysia. Secara keseluruhannya, bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak
terbahagi kepada tiga, iaitu:
    a) ⅓ menyokong penuh penggabungan tanpa syarat.
    b) ⅓ menyokong tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu
    c) ⅓ mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai gabungan dan
       separuhnya menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan Brtish (20%).

1.3 JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

JAK dibentuk untuk merangka syarat-syarat Persekutuan. JAK dianggotai oleh
       a) Lord Landsdowne (Pengerusi)
       b) Tun Abdul Razak Hussein (Tim. Pengerusi)
       c) Wakil-wakil kerajaan British
       d) Wakil-wakil Sabah, Sarawak dan Brunei.

Laporan yang dibuat menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan
laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan JPPM. Perlembagaan yang dibentuk telah
disahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963 (Rujuk lampiran). Antara perkara yang
menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah:

      a) Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali
         Sabah dan Sarawak.
      b) Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran
         diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris
         dalam perkara-perkara rasmi selama 10 tahu selepas kemasukan ke dalam
         persekutuan.
      c) Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada
         kerajaan negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan
         kerajaan pusat.
      d) Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
      e) Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura
         15 buah kerusi.

1.3.1 Referendum Singapura
Dibuat untuk meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan
pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Kerajaan Singapura membuat
keputusan ini keran yakin sebahagian besar parti politik di Singapura menyokong cadangan
Malaysia, Cuma pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambil kira. Dalam pungutan
suara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu:

      a) Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah
         ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui
         Kertas Putih pada bulan November 1961.
                                                                                     40
       b) Pilihan B – rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan
           Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam Persekutuan
           Tanah Melayu.
       c) Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang
           hampir sama seperti yang diperolehi wilayah-wilayah Borneo dengan menyertai
           gabungan ini.
Referendum Singapura telah diadakan pada 1 November 1962. barisan Sosialis dan pihak
Komunis yang tidak bersetuju dengan gabungan ini telah memulau pungutan suara dengan
membuang undi kosong. Namu selepas referendum ini selesai, laporan menunjukkan 71%
pengundi menyokong pembentukan Malaysia. Secara keseluruhannya, rakyat Singapura
bersetuju untuk menyertai Malaysia dengan memilih syarat A, iaitu pilihan yang dicadangkan
oleh kerajaan Singapura sendiri.

1.4 PEMISAHAN SINGAPURA

Selepas pembentukan Malaysia, Lee Kuan Yew menegaskan bahawa walaupun Singapura
bersetuju untuk menyertau Malaysia, namun hal-hal yang terkandung di dalam percantuman
tersebut mestilah ditentukan bersama-sama dengan rakyat Singapura.

Pada 23 Ogos 1961, satu mesyuarat telah diadakan di antara Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Dalam mesyuarat ini persetujuan telah dicapai berhubung
beberapa perkara. Persetujuan yang termaktub di dalam Kertas Putih5 ini menyatakan
bahawa
      a) Aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan akan menjadi tanggungjawab
          Persekutuan.
      b) Soal pendidikan dan tenaga buruh adalah di bawah bidang kuasa kerajaan
          Singapura.
      c) Jumlah perwakilan Singapura dalam Dewan Rakyat ialah seramai 15 orang.

Setelah dua tahun berada dalam Malaysia, hubungan Tanah Melayu dengan Singapura
mula retak. Banyak perselisihan mula timbul. Antara isu yang menjadi perdebatan hangat
ialah soal ekonomi, parti dan perkauman.
        a) Tanah Meayu, Sabah, dan Sarawak bersetuju untuk memajukan sektor
            perindustian dan perkilangan bersama. Barang-barang yang dihasilkan akan
            digunakan dalam negeri dan bukannya untuk dieksport. Keuntungan ekonomi
            akan dikongsi bersama. Tetapi apabila Malaysia ditubuhkan tidak banyak
            kemajuan ekonomi dicapai. Ini telah menyebabkan Singapura berasa kecewa.
        b) Parti Tindakn Rakyat cuba untuk untuk bertanding dengan Parti Perikatan. PAP
            cuba menarik perhatian orang Cina bahawa MCA tidak mampu untuk
            membangun dan memajukan orang Cina.
        c) Singapura memperjuangkan persamaan hak dan melancarkan kempen ‘Malaysia
            untuk Orang Malaysia’. Singpura telah ,e,bentuk United Opposition Front yang
            kuat untuk memperjuangkan konsep persamaan hak dan Malaysia untuk Orang
            Malaysia.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuk meredakan keadaan,
tetapi tidak berjaya. Akhirnya pada bulan Ogos 1965, Singapura telah dikeluarkan dari
Malaysia.

KESIMPULAN
Rancangan menubuhkan persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu,
Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei akhirnya telah berjaya dilaksanakan pada 16
September 1963 tanpa kemasukan Brunei.      Namun Singapura telah keluar daripada
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1965. penubuhan Malaysia telah memberikan
banyak faedah kepada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

5
    Kertas Putih diisytiharkan secara rasmi pada bulan November 1961.
                                                                                       41
Kemasukan Sabah dan Sarawak dan Pembentukan Malaysia telah mempercepatkan
kemerdekaan kedua-dua buah negeri ini. Bincangkan.
__________________________________________________________________________

                                                                        42

________________________________________________

                                                                        43

To top