Docstoc

Niat Dalam Islam

Document Sample
Niat Dalam Islam Powered By Docstoc
					PENDAHULUAN



     Sebagai roh, begitulah kedudukan niat dalam sesuatu amalan atau tindakan seseorang.
Inilah yang dinyatakan oleh Imam Abu Ishaq al-Shatibi, salah seorang fuqaha' agung mazhab
Maliki dalam kitabnya, Al-Muwafaqat. Disebabkan kepentingannya itu, maka niat menjadi
syarat bagi penerimaan sesuatu amalan atau ibadah yang dilaksanakan oleh seseorang hamba. Ini
sebagaimana dapat dilihat dalam firman Allah s.w.t. yang menggesa hamba-hamba-Nya supaya
menyucikan dan mengikhlaskan niat dalam menyembah serta beribadah kepada-Nya
(Surah al-Bayyinah, ayat 5).

     Malah dalam Hadith daripada `Umar r.a. yang berkaitan dengan hijrah, persoalan niat turut
ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya setiap amal disertai niat dan sesungguhnya
bagi setiap insan apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-
Nya, maka hijrahnya itu ialah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya itu untuk
harta dunia yang hendak diperolehnya ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikahwininya,
maka hijrahnya kepada sesuatu yang dimaksudkan dalam hijrahnya itu." (Muttafaq `Alaih)




                                                                                            1
KONSEP NIAT


       Menurut bahasa Arab, niat didefinisikan sebagai suara atau getaran hati terhadap sesuatu
        yang dihadapi sesuai dengan keinginan mendapat keuntungan atau menghindar kerugian
       Menurut ilmu syar’i, niat didefinisikan sebagai keinginan untuk melakukan amal
        perbuatan kerana mengharap redha Allah.
    
            
          
    
                                          
      Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan
ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus[1595], dan supaya mereka
mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus.(al-
Bayyinah : 5)
[1595] Lurus berarti jauh dari syirik (mempersekutukan Allah) dan jauh dari kesesatan.


ASPEK NIAT


Aspek niat itu ada 3 :

   1. Diyakini dalam hati.
   2. Diucapkan dengan lisan (tidak perlu keras sehingga dapat mengganggu orang lain atau
        bahkan menjadi ijma.)
   3. Dilakukan dengan amal perbuatan.

       Jadi niat akan lebih kuat bila ke tiga aspek diatas dilakukan semuanya, sebagai contoh
berniat untuk solat, hatinya berniat untuk solat, lisannya mengucapkan niat untuk solat dan
tubuhnya melakukan amal solat. Demikian pula apabila kita mengimani segala sesuatu itu
haruslah dengan hati yang yakin, ucapan dan tindakan yang berterusan.

       Niat baiknya seorang muslim itu tentu saja akan keluar dari hati yang khusyuk dan
tawadhu’, ucapan yang baik dan santun, serta tindakan yang difikirkan masak-masak dan tidak
tergesa-gesa. Karana dikatakan dalam suatu hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:


                                                                                                   2
  “Apabila yang diucapkan lain dengan yang diperbuat termasuk ciri-ciri orang yang munafik”

DALIL-DALIL IKHLAS DALAM NIAT



Pengertian Ikhlas

Dari segi bahasa : Bersih atau suci

Dari segi Istilah : Niat tulus murni kerana Allah dalam melakukan amalan dan pekerjaan



Ciri Sifat Ikhlas

       Ada prinsip dan matlamat jelas iaitu keredaan Allah
       Jadikan setiap pekerjaan sebagai ibadat
       Baiki mutu kerja dari semasa ke semasa
       Gigih kejar cita-cita dan tabah hadapi ujian
       Merendah diri
       Guna kelebihan untuk berkhidmat kepada orang ramai
       Ingat Allah dalam aktiviti yang dilakukan


Kelebihan Orang yang Bersifat Ikhlas

       Sentiasa bertaqwa
       Amalan diterima Allah
       Balasan berlipat ganda
       Ketenangan jiwa

Akibat tidak ikhlas

       Dalam perbuatan
        - Dipandang hina masyarakat
        - Tiada kesungguhan dan ketekunan
        - Lahir budaya negative

       Dalam ibadat
        - Tidak diterima Allah
        - Rosak dan tidak diberikan pahala
        - Syirik khafi



Perkara yang Boleh Merosakkan Amalan dan Pahala

       Mengungkit-ungkit kebaikan untuk harapkan balasan
       Menyakiti orang lain
       Riya: Menunjuk kebaikan untuk mendapat pujian orang ramai
       Tidak beriman dengan Allah dan akhirat

                                                                                              3
                       Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :

                   “Sesungguhnya setiap amal itu tergantung pada niatnya…”




   Terdapat sebuah kisah mengenai sebuku roti sebagai penebus dosa yang menceritakan
    tentang niat seorang insan yang tekun beribadah.

     Abu Burdah bin Musa Al-Asya’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu
Musa pernah berkata kepada puteranya : “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang
seseorang yang mempunyai sebuku roti.

     Dahulu kala di sebuah tempat ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada
Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang 70 tahun. Tempat ibadahnya tidak
penah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah ditentukan. Akan tetapi pada suatu hari,
dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dengan pujuk rayunya dan bergelumang
di dalam dosa selama 7 hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami isteri.

     Setelah ia sedar, maka ia lalu berniat untuk bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu
ditinggalkannya, kemudian ia berniat dan melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil
disertai dengan mengerjakan solat dan sujud.

     Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang dimana dalamnya
sudah terdapat 12 orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang
bermalam disana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga
akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.

     Rupanya disamping pondok itu ada sebuah kedai yang terdapat seorang pendita yang
setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di
pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti setiap seorang. Pada waktu yang
lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada
di dalam pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga
mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.

                                                                                               4
     Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari
orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga orang fakir miskin itu berkata kepada orang
yang membahagikan roti tersebut “ Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku”.

     Orang yang membahagikan roti tersebut menjawab “ Kamu dapat melihat sendiri, roti yang
aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih dari
sebuku roti”.

     Mendengar ungkapan dari orang yang membahagikan roti tersebut, maka lelaki yang
sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikan
kepada orang fakir miskin yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya,
orang yang bertaubat itu meninggal dunia.

     Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang
bertaubat itu selama lebih kurang 70 tahun dengan dosa yang dilakukan selama 7 malam.
Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan lebih kurang 70 tahun itu
dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukan selama 7 malam. Akan tetapi ketika dosa yang
dilakukan selama 7 malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikanya kepada
fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan
perbuatan dosanya selama 7 malam itu.

     Kepada anaknya Abu Musa berkata : “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang
memiliki sebuku roti tersebut”




            Kesimpulannya seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :

          “Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa dan kekayaanmu, tetapi Allah sangat
                             memperhatikan hati & perbuatanmu”




                                                                                           5
BENTENGI IMAN DENGAN LIMA KEKUATAN




Daripada Imam Syafie berkata:

     “Iman     mempunyai    bentengnya      bagi   menghalang   segala   serangan   yang   cuba
merobohkannya. Oleh itu, bagi menguatkan benteng iman, perlulah di bajai keimanan dengan
perkara iaitu yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun
berdisiplin di dalam mengerjakan ibadah.”

LIMA BENTENG KEKUATAN

     Sebutir biji benih yang kita semai, kita harapkan ia tumbuh dan membesar dan berbuah,
mestilah dipagari bagi mengawalnya daripada serangan musuh. Tanpa pagar yang kukuh dan
sempurna, musuh-musuh tanaman akan merosakkan biji benih yang di semai itu. Kita pula tidak
akan memperoleh hasilnya lagi. Pada waktu itu janganlah disalahkan musuh-musuh itu, tetapi
salahkan diri sendiri yang tidak menjalankan tugas mengawal tunas yang tumbuh. Begitulah
ibaratnya yang dapat difahami bahawa iman itu selepas di usahakan mencari dan
menyuburkannya, wajib pula mengawalnya daripada serangan musuh-musuh yang merosakkan
iman. Tanpa pagar atau benteng yang kukuh, pasti iman terancam oleh musuhnya iaitu nafsu dan
syaitan. Antara benteng iman itu adalah:




   1. Yakin
   2. Ikhlas
   3. Mengerjakan amalan sunat
   4. Istiqamah beramal
   5. Betatasusila dan berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.




                                                                                              6
KEPENTINGAN NIAT


     Hadith daripada `Umar r.a. yang berkaitan dengan hijrah, persoalan niat turut ditegaskan
oleh Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya setiap amal disertai niat dan sesungguhnya bagi setiap
insan apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka
hijrahnya itu ialah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya itu untuk harta
dunia yang hendak diperolehnya ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikahwininya, maka
hijrahnya kepada sesuatu yang dimaksudkan dalam hijrahnya itu." (Muttafaq `Alaih)

     Dalam peristiwa Hijrah yang berlaku pada bulan September 622 M. itu, terdapat salah
seorang sahabat yang turut menyertainya semata-mata kerana keinginannya untuk mengahwini
seorang wanita, iaitu Ummu Qais. Baginda s.a.w. mengetahui maksud lelaki berkenaan (yang
kemudian digelar "Muhajir Ummi Qais") lalu memberikan peringatan sebagaimana yang jelas
dalam Hadith ini.

     Teguran dan peringatan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. ini disebabkan suasana yang
menyelubungi Baginda dan sahabat-sahabat ketika itu. Pada saat-saat yang genting itu, Nabi
s.a.w. dan sahabat-sahabat yang lain menyandarkan tujuan penghijrahan mereka dari kampung
halaman yang tercinta ke Madinah, kota yang terletak kira-kira 280 batu (320 km) ke utara
Makkah itu semata-mata hanya kerana Allah s.w.t. Dengan kata-kata lain, penghijrahan bagi
kepentingan, penyebaran dan kedaulatan agama Islam.

   Oleh sebab niatnya itu, tiadalah yang diperoleh oleh lelaki berkenaan kecuali apa yang
dihajatinya. Berbeza pula dengan sahabat-sahabat lain, yang sanggup menempuh segala kesulitan
dengan penuh ketulusan hati demi menyelamatkan i`tiqad mereka yang suci, bagi mereka, pahala
serta ganjaran yang besar. Ini kerana, hijrah yang disempurnakan oleh mereka semata-mata demi
mengharapkan keredaan Allah serta Rasul-Nya.

   Berasaskan Hadith yang menekankan kedudukan penting niat inilah juga `ulama' usul fiqh
membentuk salah satu kaedah fiqh asas, "Setiap urusan (perkara) bergantung pada niatnya".
Kaedah fiqh ini memberikan maksud bahawa hukum sesuatu perkara, iaitu perkataan atau
perbuatan ditentukan berdasarkan niat atau maksud individu yang melaksanakannya.



                                                                                           7
PERKARA YANG MEROSAKKAN NIAT



Antara perkara yang meragukan atau merosakkan niat :

1. Keinginan berhenti dari suatu amalan.
2. Ingin melakukan semula amalan-amalan yang buruk akibat pengaruh luar iaitu dalam istilah
   psikologi ialah ekstrinsik ( keadaan sekeliling yang mendorong kita untuk melakukan
   sesuatu). Maka kita haruslah memegang teguh pada ajaran Islam supaya diri tidak mudah
   terpedaya.
3. Muncul keraguan terhadap suatu amalan

 Justeru perlu sentiasa memperbaharui niat.

     Dalam kehidupan kita hari ini, niat kelihatannya tidaklah begitu dipentingkan dan yang
lebih diutamakan hanyalah matlamat atau hasil daripada usaha yang dilaksanakan. Sedangkan
pada hakikatnya yang diterima dan dinilai di sisi Allah ialah apa yang diniatkan dalam hati.
Maka dengan demikian, kita dapat melihat betapa sebahagian kita sanggup melakukan apa sahaja
meskipun melanggar batasan syarak, demi memperoleh keuntungan duniawi. Misalnya,
pemerolehan sumber pendapatan atau kekayaan tidak dihadkan hanya semata-mata melalui cara
yang digariskan oleh syarak dan diredai Allah s.w.t. Begitu juga dengan pangkat atau
kedudukan, kuasa, pengaruh dan sebagainya. Apa jua cara yang membolehkan ia diraih, akan
diusahakan sehabis daya, walaupun melalui penipuan, penindasan, kezaliman dan penganiayaan
terhadap orang lain. Malah, tanpa segan-silu diisytiharkan pula bahawa segala usaha yang penuh
kesungguhan itu hanya dengan tujuan serta niat yang besar; demi agama, bangsa dan negara.
Sedangkan jauh di sudut hati, diketahui tujuan dan matlamat sebenar yang dicita-citakan, iaitu
semata-mata demi kepentingan diri, kemasyhuran atau untuk meraih pujian.




                                                                                            8
     Disebabkan niat buruk itu menjadi paksi bagi segala tindakan kita, maka tidaklah
menghairankan sekiranya kita dapat melihat bagaimana kesan atau akibatnya juga sedemikian
sifatnya. Sebagai contoh, jika sumber pendapatan datangnya melalui usaha berasaskan niat yang
terpesong daripada landasan kebenaran, maka ia akan menyebabkan hilangnya keberkatan pada
rezeki yang diperoleh. Kehilangan keberkatan ini pula seterusnya akan menyebabkan jiwa
diselubungi sifat-sifat keji dan akhirnya ia mempengaruhi pula keperibadian dan tingkah laku.

     Terdapat juga keadaan, iaitu niat atau matlamat dipergunakan pula bagi menghalalkan cara
atau kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu. Misalnya seseorang mengatakan bahawa
pembabitannya dalam pekerjaan yang tidak halal atau yang diragui kedudukannya disebabkan
percampuran antara unsur halal dengan haram, adalah semata-mata dengan niat yang suci, iaitu
bagi menyara keluarga. Atau juga seseorang menggunakan wang daripada hasil rompakan untuk
menunaikan ibadah haji atau juga bagi menunaikan tujuan mulia yang lain dengan niatnya
melaksanakan kewajipan terhadap Allah s.w.t. Jelas di sini bahawa niat tersebut tidak sama
sekali dapat menghalalkan cara atau kaedah yang digunakan bagi melaksanakan tujuan
berkenaan dan inilah yang dapat dilihat dalam kaedah shar`iyyah yang menetapkan "matlamat
tidak menghalalkan cara".

     Tidak dinafikan bahawa wujud sebilangan anggota masyarakat yang benar-benar tulus dalam
usaha dan perjuangan mereka. Apa yang menjadi sandaran harapan mereka ialah keredaan Allah
s.w.t. dan kejayaan dalam memakmurkan kehidupan masyarakat serta ummah. Malah, mereka berasa
bimbang sekiranya nikmat yang dikecapi merosakkan diri serta mencemarkan niat atau keikhlasan
mereka dalam berusaha. Selain itu, perjuangan kumpulan kecil insan seperti ini juga menghasilkan
kesan yang berbeza dengan apa yang dikecapi oleh golongan yang mendasarkan usaha mereka atas
niat serta matlamat yang tertumpu pada kepentingan diri atau untuk mendapatkan kemasyhuran atau
pula demi keuntungan duniawi semata-mata. Usaha mereka yang ikhlas itu dilimpahi keberkatan,
misalnya melalui kemajuan perniagaan serta pelaburan yang dijalankan dan sentiasa memperoleh
jalan keluar bagi setiap kesulitan yang ditempuh. Selain itu, kegigihan mereka demi membawa
kesejahteraan dalam kehidupan masyarakat, pasti dipermudah, sesuai dengan niat dan matlamat yang
diharapkan. Ternyata, kejayaan dan lebih penting lagi, kelangsungan usaha serta perjuangan mereka
ini hanyalah disebabkan asasnya yang teguh lagi utuh, iaitu ketulusan niat dan kesucian matlamat
yang disasarkan.

                                                                                                9
KESIMPULANNYA



     Kesimpulannya, sesuai dengan kedudukan niat sebagai salah satu daripada tiga bahagian
Islam, sebagaimana dikatakan oleh Imam Shafi`e dan imam-imam yang lain, maka ia perlulah
diberikan perhatian yang sebaik-baiknya dalam setiap amal, perbuatan dan tindakan yang
dilaksanakan. Ini penting bagi memastikan setiap usaha dan amalan yang dilaksanakan bukanlah
dengan sia-sia sahaja, yakni tidak dinilai di sisi Allah serta hanya menepati apa yang diingini
atau diniatkan sahaja.

     Begitu besarnya peranan niat turut dapat dilihat dalam sebuah lagi Hadith, khususnya
apabila ia digandingkan dengan jihad. "Tiada lagi hijrah sesudah pembebasan (Makkah) tetapi
yang ada ialah jihad serta niat dan apabila diperintahkan supaya kamu keluar, maka keluarlah."
(Muttafaq `Alaih)

     Dalam menjelaskan maksud Hadith ini, Imam Nawawi mengatakan, "Keburukan yang
tamat dengan terhapusnya hukum hijrah dapat dihasilkan dengan jihad dan niat yang baik.
Apabila kamu diperintahkan oleh pemimpin kamu supaya keluar untuk berjihad dan
melaksanakan amal yang baik, maka hendaklah kamu keluar."




                                                                                            10
BIBLIOGRAFI



1. Al Ustaz Abu Khaulah Zainal (2008) : Yang Penting Niat , Penerbitan Ilmuan Sdn.Bhd.
   Kuala Lumpur.

2. http:// info@ikim.gov.my /Niat : Paksi Segala Amalan/utama info korporat Akademi
   Pentadbiran Radio IKIM.fm/14 Muharram 1432 bersamaan 21 Disember 2010/Wan Roslili
   Binti Majid Pegawai Penyelidik/.

3. http://www.primopdf.com/Niat Ikhlas Hapus 4 Perkara Halang Manusia Beribadah/Abdul
   Rahman Sulaiman/10 Januari 2010/.




                                                                                         11

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:492
posted:2/5/2011
language:Malay
pages:11