PANTANG LARANG DI SARAWAK

Document Sample
PANTANG LARANG DI SARAWAK Powered By Docstoc
					PANTANG LARANG DI
    SARAWAK
(KAUM BIDAYUH DAN MALANAU)
        NAMA KUMPULAN : P5E
        1. NOR IZZATI BINTI JOHARI
        2. RODZIAH BINTI ABD. RAHIM
        3. NURUL ATIKAH BINTI HASSAN
        4. SITI NORAZIRAH BINTI YA’ACOB
  SEMASA
MENGANDUNG
Semasa mengandung, si isteri serta suaminya dikehendaki
  mengamalkan pantang larang berikut:

   Tidak boleh mencuri, kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan
    menjadi pencuri.

   Tidak boleh memakan daging rusa kerana dikhuatiri anak yang bakal
    lahir itu akan menjadi gila dan akan menyukarkan proses bersalin.

   Tidak boleh keluar pada waktu senja kerana takut disampuk hantu
    atau umot sanja yang akan mengganggu anak dalam kandungan
    tersebut.

   Tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa saja yang berpenyakit
    kulit, kerana dikhuatiri akan menjangkiti anak dalam kandungan dan
    menyebabkannya lahir tidak cukup bulan.
PERSEDIAAN
MENYAMBUT
KELAHIRAN
   Tidak dibenarkan membuat atau membersihkan parit atau tali
    air kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir menjadi sumbing.

   Tidak dibenarkan memaku, mengikat dengan ketat atau
    menyumbat sebarang lubang, takut anak akan mati semasa
    dilahirkan.

   Tidak dibenarkan mengeringkan kolam, perigi atau sungai
    kerana dikhuatiri si isteri akan mengalami tumpah darah.

   Tidak boleh melipat balik tikar, lapisan lantai dan sebagainya,
    kerana takut kedudukan anak di dalam perut songsang dan ini
    boleh menyulitkan kelahirannya.
SELEPAS
BERSALIN
    Menyimpan dan Menanam Uri

   Uri bayi tersebut dimasukkan ke dalam kendi tanah yang
    kecil dan ditutup dengan abu dapur dan ditinggalkan di
    sudut tempat memasang api dalam bilik keluarga
    berkenaan sehingga bayi itu sudah boleh duduk dan
    berjalan sendiri. Mengikut adat masyarakat Bidayuh,
    kendi yang mengandungi uri tadi akan dipecahkan
    apabila si anak sudah mula belajar berjalan. Jika anak
    perempuan, kendi dipecahkan dengan kayu api dan
    sekiranya anak lelaki, kapak akan digunakan. Uri tadi
    juga akan ditanam ke dalam tanah dan masyarakat
    Bidayuh percaya perbuatan ini boleh menyebabkan si
    anak perempuan tadi pandai membuat kerja-kerja rumah
    dan anak lelaki pula pandai membuat kerja-kerja di
    sawah.
                      Menjaga Tali Pusat
Bilik kediaman anak itu dikenakan pantang selama tujuh hari
  tujuh malam.

   Membawa rebung, paku, kulat, pekasam daging dan ikan
    serta belacan ke dalam bilik, dikhuatiri ibu dan anaknya jatuh
    sakit.

   Naik ke siling atau memanjat pokok yang berdekatan kerana
    dikhuatiri si anak akan jatuh sakit.

   Merokok kerana bimbang si anak mendapat batuk.

   Nasi untuk si ibu hendaklah dibungkus dengan daun manah
    dan dimakan dengan garam nipah sahaja.
   Selain itu, ibu tersebut juga hanya dibenarkan meminum
    arak atau air halia yang sudah dijerang. Tuak tidak
    dibenarkan kerana perut akan menjadi kembung.

   Sesiapa yang melanggar pantang di atas terutamanya
    pantang pertama dan kedua akan dikenakan denda yang
    berat jika si ibu atau si anak jatuh sakit
                        Tidak boleh bersiul di waktu
                       malam, nanti hantu menjelma,
                          sebab bersiul itu seperti
                             memanggil hantu




. Tidak boleh menuding                            . Tidak boleh menyapu di
   jari ke arah pelangi                           dalam rumah pada waktu
  sewaktu hujan renyai                            malam, nanti rezeki tidak
renyai, nanti jari putus                                mahu datang




           Tidak boleh makan             Tidak boleh potong kuku
        menggunakan periuk, nanti       pada waktu malam, kerana
          nasi “ruak” dan rezeki        dipercayai menyumpah ibu
           tidak mahu datang                  bapa mati awal
                                  Bila menggunakan lesung
                                    batu, lesung batu mesti
Tidak boleh bercermin pada      dilapik dgn kain supaya bunyi
 waktu malam, takut nanti         menumbuk dalam lesungi
nampak hantu kat belakang          tidak terlalu kuat, takut
                                 nanti “ipuk” marah dan tuan
                                     rumah pendek rezeki


   . Bila mencuci pinggan
 mangkuk tidak boleh melaga
                                 Bila hari hujan lebat,guntur
 pinggan mangkuk tersebut,
                                dan petir, tidak boleh ketawa,
  nanti orang yang makan
                                  kalau ketawa kena bakar
   menggunakan pinggan
                                         rambut sikit
mangkuk itu akan menghidap
penyakit untut kaki atau gaut


                   Jangan ketok senduk kat
                 periuk sewaktu masak, nanti
                     orang yang memakan
                    makanan yang dimasak
                       dengan mengetuk
                  akan menghidap penyakit
                          untut kaki
MASYARAKAT
 MALANAU
WANITA HAMIL
 Tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau
  kuat seperti durian atau ulam dan petai kerana
  badan akan menjadi busuk.
 Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan
  pucuk paku kerana susu badan akan
  menjadi masam.
 Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak
  boleh diberikan kepada wanita hamil kerana
  diyakini anak dalam kandungan akan melecur
  seluruh badan.
SUAMI WANITA HAMIL
 Si suami tidak boleh memotong kayu yang
  bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri
  bibir anak akan menjadi sumbing.
 Si suami juga tidak boleh mengecat kerana
  dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi
  minyak.
 Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami
  tidak boleh melihat kerana anak di dalam
  kandungan akan mendapat penyakit.
 Suami juga tidak boleh memotong akar temalet
  kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab.
   SEKIAN
TERIM A KASIH

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:842
posted:2/4/2011
language:Malay
pages:15