kanak-kanak pekak _lina_ by iena_circle

VIEWS: 296 PAGES: 2

									        (iv) Murid-murid pekak: Frasa ini merujuk kepada murid-murid ‘pekak’, ‘cacat
pendengaran’, ‘bermasalah pendengaran’ dan ‘tuna dengar’, yang mana penggunaan
istilah bagi merujik kumpulan pelajar ini tidak konsisten dalam sistem pendidikan
negara. Namun begitu, walaupun istilah-istilah tersebut berbeza, frasa ini merujuk
kepada seseorang yang mengalami kurang pendengaran (lebih 40 dB) sehingga
bermasalah untuk memahami pertuturan biasa. Selalunya, masalah pendengaran akan
membawa kepada masalah pertuturan (tidak dapat bertutur dengan jelas atau bisu),
yang membawa masalah kepada seseorang untuk menguasai kemahiran-kemahiran
berbahasa yang lain (lisan, kefahaman, membaca dan menulis).



1.3    Pemerolehan Bahasa Melayu Kanak-kanak Pekak Dalam Keluarga Tidak
      Pekak

Pengkaji-pengkaji yang membuat kajian terhadap kanak-kanak pekak
bersepakat menyatakan bahawa lebih-kurang 90 peratus kanak-kanak pekak
mempunyai ibu bapa berpendengaran biasa (Paul, 1998). Data terhadap
status ibu bapa murid-murid pekak yang dikaji Abdullah (dlm persiapan)
memperlihatkan angka yang sama. Kebanyakan ibubapa berpendengaran
biasa yang mempunyai anak pekak (di Malaysia) tidak berpendidikan tinggi,
tinggal di luar bandar dan tidak mengambil berat tentang kepentingan
komunikasi menyebabkan mereka tidak pasti apakah bentuk bahasa (lisan,
isyarat, tulisan) yang patut digunakan bagi tujuan komunikasi. Kanak-kanak
ini dibesarkan dalam persekitaran berbahasa lisan yang digunakan oleh
orang-orang di persekitaran mereka. Natijahnya, mereka tidak memperoleh
BM dengan natural. Sepertimana bahasa-bahasa lain, BM ada tatabahasanya
tersendiri dan kanak-kanak ini juga tidak dapat menguasai tatabahasa
tersebut.



HPP12 (masalah pendengaran dan autisme)
PENGENALAN


Masalah Pendengaran

Tinjuan literature menunjukkan bahawa kanak-kanak pekak mempunyai kebolehan kognitif sama
dengan kanak-kanak biasa(Moores,2001).Bagaimanapun didapati kebanyakan kanak-kanak pekak
menunjukkan pencapaian akademik yang rendah(Gargiulo,2003;Easterbooks & Baker,2002;
moores,2001).

Kerosakan deria menyebabkan mereka sukar untuk belajar bahasa dengan sempurna.Masalah
dalam menguasai bahasa menyukarkan kanak-kanak masalah pendengaran untuk menerima ilmu
dengan baik. Kekurangan yang dialamai oleh kanak-kanak masalah pendengaran ini sedikit
sebanyak mempengaruhi pencapaian akademik mereka.Ibubapa,guru dan masyarakat merupakan
factor penting dalam membentuk pencapaian akademik yang baik bagi kanak-kanak masalah
pendengaran


KANAK-KANAK MASALAH PENDENGARAN

Persekitaran keluarga, jangkaan ibubapa dan penglibatan ibu bapa berperanan menentukan
kejayaan dan kegagalan kankank pekak dalam bidang akademik.Kajian juga menunjukkan bahawa
jika ibubaoa melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak,pencapaian akademik anak menjadi
bertambah baik(Luchuck,1998;Simon 2000;Kim 2002; Shumow & Miller,2001).

Ibubapa perlu menekankan kepada pengajaran berbentuk bacaan dan penulisan terhadap kanak-
kanak ini.Kaedah ini telah menunjukkan bahawa mereka boleh menulis dan membaca sebelum
mereka mula bersekolah.Kanak-kanak pekak ini juga turut dilibatkan dalam perbualan harian dan
aktiviti keluarga.

Intervensi awal sebagai satu cara usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik kanak-kanak
msalah pendengaran.antaranya ialah memakai alat bantuan pendengaran,menyediakan latihan
komunikasi dan mengjar anak membaca dan menulis.Toscano et al. (2002) menegaskan bahawa
pencapaian kanak-kanak bergantung kepada intervensi awal yang diterima.

Ibubapa yang telah mula mengajar anak sejak kecil,mempelajari komunikasi yang digunakan anak
pekak,mengambil bahagian dalam pendidikan anak-anak disekolah atau dalam komiti dapat
membantu anak untuk cemerlang.

								
To top