KRITERIA KERJA KURSUS KHB PK

Document Sample
KRITERIA KERJA KURSUS KHB PK Powered By Docstoc
					               KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
                      KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
                   PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
                             TINGKATAN 1

               MODUL 1 : PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
Konstruk   :   Kemahiran Komunikasi
Aspek      :   1.1 Perkembangan perniagaan dan masa depannya
Aktiviti   :   a) menyatakan enam cara perniagaan masa kini dengan betul
               b) menyatakan tiga perbandingan perniagaan masa dahulu dengan sekarang
               c) meyenaraikan enam contoh alat pembayaran masa kini
               d) menerangkan tiga perubahan ciri perniagaan pada masa akan datang
Eviden     :   Produk
Catatan    :   ~ mencari maklumat perniagaan melalui internet, jurnal perniagaan, akhbar,
               majalah, dan rujukan lain yang berkaitan

Konstruk   :   Kemahiran Komunikasi
Aspek      :   1.2 Milikan perniagaan
Aktiviti   :   a) menyatakan lima jenis milikan perniagaan
               b) menyatakan satu contoh nama perniagaan bagi setiap jenis milikan
                   perniagaan
               c) menyatakan ciri bagi setiap jenis milikan perniagaan
               d) membezakan jenis milikan tunggal dengan syarikat sendirian berhad
Eviden     :   Produk
Catatan    :   ~ bagi kriteria (c) dan (d): ciri adalah berdasar bilangan pemilik, liabiliti dan
               modal

Konstruk   :   Kemahiran Komunikasi
Aspek      :   1.3 Langkah menubuhkan perniagaan kecil
Aktiviti   :   a) menyenaraikan langkah menubuhkan perniagaan kecil
               b) menyatakan dokumen yang terlibat dalam penubuhan perniagaan kecil
               c) mengisi borang pendaftaran perniagaan dengan lengkap
               d) menyatakan sumber modal
Eviden     :   Produk

Konstruk   :   Kemahiran Komunikasi
Aspek      :   1.4 Jenis dokumen perniagaan
Aktiviti   :   a) menyenaraikan kesemua jenis dokumen perniagaan
               b) mengkelaskan dokumen mengikut urutan
               c) menyatakan pihak yang mengeluarkan dokumen
               d) menerangkan maklumat penting dalam invois
Eviden     :   Produk
Catatan    :   ~ bagi kriteria (b): pengkelasan mengikut proses sebelum, semasa dan selepas
               ~ bagi kriteria (d): menerangkan maklumat penting dalam invois
Konstruk   :   Kemahiran Komunikasi
Aspek      :   1.5 Bidang pengeluaran
Aktiviti   :   a) menerangkan pengertian pengeluaran
               b) menyenaraikan empat bidang pengeluaran
               c) menerangkan maksud setiap bidang pengeluaran
               d) menyatakan contoh serta grafik bagi setiap bidang pengeluaran
Eviden     :   Produk
               KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
                     KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
                  PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
                            TINGKATAN 2

                MODUL 2 : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   2.1 Melakar reka bentuk projek
Aktiviti   :   a) melakar sekurang-kurangnya tiga reka bentuk projek berdasarkan tema dn
                   faktor reka bentuk
               b) menghasilkan satu lakaran reka bentuk terbaik yang dipilih dengan kemas
               c) menyatakan sekurang-kurangnya tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan
                   reka bentuk
               d) mendimensi lakaran reka bentuk yang dipilih
Eviden     :   Produk (lakaran)
Catatan    :   Contoh tema :- (a) peragaan (b) penyusunan (c) penyimpanan

Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   2.2 Penghasilan projek reka bentuk
Aktiviti   :   a) mengukur, menanda dan memotong menepati lakaran reka bentuk
               b) membentuk dan mencantum bahagi8an projek dengan kemas dan kukuh
               c) membuat kemasan yang sesuai
               d) mematuhi langkah keselamatan
Eviden     :   Proses dan produk (projek kayu)

Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   2.3 Menggunakan alatan tangan atau mesin
Aktiviti   :   a) memilih alatan tangan atau mesin yang betul
               b) menggunakan alatan tangan atau mesin dengan cara yang betul dan selamat
               c) menyenggara alatan tangan atau mesin yang digunakan
               d) menyimpan alatan tangan atau mesin
Eviden     :   Proses
Catatan    :   Menyenggara merangkumi proses mengurus dan mengendali alatan / mesin

Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   2.4 Membuat lukisan unjuran ortografik
Aktiviti   :   a) melukis mengikut konsep lukisan unjuran ortografik yang betul
               b) menggunakan jenis garisan yang betul dalam lukisan unjuran ortografik
               c) mendimensi (sekurang-kurangnya tiga) lukisan unjuran ortografik dengan
                   betul
               d) menghasilkan lukisan ortografik yang kemas dan bersih
Eviden     :   Produk (lukisan unjuran ortografik)
Catatan    :   ~ Pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi mengikut pandangan sudut
                  ketiga
               ~ Kemas – garisan sama tebal
Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   2.5 Etika makan
Aktiviti   :   a) mempersembahkn postur yang betul semasa makan
               b) mengamalkan tingkah laku yang sopan semasa makan
               c) menggunakan alatan dengan betul dan sesuai
Eviden     :   Proses
Catatan    :   ~ mengikut satu jenis hidangan yang dipilih sama ada cara Barat atau Timur
               ~ postur posisi atau sikap tubuh seseorang

                          ATAU

Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   2.5 Penyediaan medium memasu
Aktiviti   :   a) menyediakan bahan memasu mengikut nisbah yang betul
               b) menggaul bahan memasu dengan sekata
               c) menggunakan alatan dengan cara yang betul dan selamat
               d) membersih dan menyimpan alatan
Eviden     :   Proses
Catatan    :   Nisbah medium 7:3:2 atau 3:2:1
               KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
                     KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
                  PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
                            TINGKATAN 2

           MODUL 3 : PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
Konstruk   :   Kemahiran Komunikasi
Aspek      :   3.1 Perniagaan dalam negeri – Runcit
Aktiviti   :   a) menyatakan jenis perniagaan runcit kecil-kecilan yang dipilih
               b) menyenaraikan ciri utama perniagaan yang dipilih
               c) menyatakan empat jenis perniagaan runcit besar-besaran
               d) menyenaraikan ciri perniagaan runcit besar-besaran
Eviden     :   Produk
Catatan    :   ~ pilih sebuah perniagaan runcit setempat

Konstruk   :   Kemahiran Komunikasi
Aspek      :   3.2 Bantuan perniagaan
Aktiviti   :   a) menerangkan maksud perniagaan
               b) menyenaraikan enam jenis bantuan perniagaan
               c) menyenaraikan jenis bantuan perniagaan yang digunakan oleh perniagaan
                   yang dipilih
               d) menyatakan peranan bantuan perniagaan yang dipilih oleh peniaga tersebut
Eviden     :   Produk
Catatan    :   ~ pelajar dikehendaki membuat tinjauan sebuah perniagaan

Konstruk   :   Kemahiran Komunikasi
Aspek      :   3.3 Keusahawanan
Aktiviti   :   a) menyenaraikan lima ciri utama usahawan
               b) menyenaraikan lapan agensi kerajaan yang membantu usahawan
               c) menerangkan secara ringkas lima peranan kerajaan dalam membantu
                   usahawan
               d) menyatakan tiga bidang kegiatan yang diceburi oleh usahawan
Eviden     :   Produk

Konstruk   :   Kemahiran Komunikasi
Aspek      :   3.4 Merekod urus niaga
Aktiviti   :   a) merekod urus niaga ke dalam Akaun Tunai dan Akaun Bank
               b) merekod urus niaga kredit ke dalam akaun penghutang dan akaun
                   pemiutang
               c) membuat catatan bergu untuk urus niaga tunai dengan sistematik
               d) membuat catatan bergu untuk urus niaga kredit dengan sistematik
Eviden     :   Produk
Konstruk   :   Kemahiran Komunikasi
Aspek      :   3.5 Buku Tunai
Aktiviti   :   a) menyediakan format Buku Tunai dua ruangan
               b) merekod urus niaga dengan betul
               c) mengimbang Buku Tunai dengan betul
Eviden     :   Produk
               KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
                     KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
                  PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
                            TINGKATAN 3

                MODUL 4 : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
Konstruk   :   Kemahiran Mereka Cipta (Amali)
Aspek      :   4.1 Pengenalpastian masalah
Aktiviti   :   a) menyatakan masalah yang hendak diselesai dengan jelas
               b) menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga produk sedia ada di pasaran sesuai
                    dengan tema yang dipilih
               c) menyenaraikan kekuatan dan kelemahan produk yang diperolehi
               d) membuat sekurang-kurangnya tiga lakaran berlabel idea penyelesaian
                    masalah
Eviden     :   Produk
Catatan    :   ~ cadangan tema:-
                 (a) peragaan
                 (b) penyusunan
                 (c) penyimpanan
               ~ senarai produk sedia ada hendaklah mengandungi :-
                  (i) nama produk
                  (ii) gambar atau grafik
               ~ perlu ada:-
                1. Pernyataan masalah
                2. Senarai Produk : Kekuatan dan kelemahan
                3. Idea penyelesaian masalah

Konstruk   :   Kemahiran Mereka Cipta (Amali)
Aspek      :   4.2 Pembinaan projek
Aktiviti   :   a) membina projek mengikut lakaran yang dipilih
               b) menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan
               c) menghasilkan projek yang kemas dan menarik
Eviden     :   Produk

Konstruk   :   Kemahiran Mentaksir
Aspek      :   4.3 Pengiraan kos
Aktiviti   :   a) menyenaraikan kos bahan, kos upah dan kos overhed
               b) mengira kos bahan, kos upah dan kos overhed dengan betul
               c) mengira kos pengeluaran dengan tepat
Eviden     :   Produk
Catatan    :   ~ pengiraan kos berdasarkan 100 unit
               ~ mesti tuliskan sen (contoh : RM15.00)
Konstruk   :   Kemahiran Komunikasi
Aspek      :   4.4 Pendokumentasian
Aktiviti   :   mempersembahkan dokumen yang lengkap, tersusun dan kemas
Eviden     :   Produk
Catatan    :   Maksud lengkap ialah perlu ada:-
                1. Pernyataan masalah
                2. Senarai Produk : Kekuatan dan kelemahan
                3. Idea penyelesaian masalah
                4. Lakaran projek yang dipilih
                5. Senarai bahan
                6. Jadual kerja
                7. Pengiraan kos

Konstruk   :   Kemahiran Komunikasi
Aspek      :   4.5 Membaca dan menterjemahkan lukisan skematik kepada lukisan bergambar
Aktiviti   :   a) menterjemahkan litar dengan betul
               b) mengenalpasti kekutuban komponen dalam litar
               c) melabel semua komponen dengan betul
               d) lukisan bergambar kemas dan bersih
Eviden     :   Produk
Catatan    :   Lukisan skematik yang digunakan berdasarkan projek elektronik yang
               dicadangkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan Tiga

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:3189
posted:1/30/2011
language:Malay
pages:8