Teks Ucapan Pembestarian Pendidikan by azierahman

VIEWS: 532 PAGES: 7

									Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Salam 1 Malaysia
Terima kasih saudari pengacara majlis...


Yang dihormati Tuan Abd Halim bim Abd Razak
(Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan)


Datin Dr Hjh Fawzia binti Othman
(Ketua Sektor Pembestarian Sekolah BTPKPM)


Tn Hj Sabbudin bin Hj Sani
(Pengetua Sekolah Menengah Sains Seremban)


(Pengarah Institut Perguruan Raja Melewar)


(Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Negeri Sembilan)


Ketua -ketua sektor
(Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan)


(Pegawai Pelajaran Daerah Seremban)


(Pegawai Pelajaran Daerah Jempol/Jelebu)


(Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah)


(Pegawai Pelajaran Daerah Tampin)


(Pegawai Pelajaran Daerah Rembau)


(Pegawai pelajaran Daerah Port Dickson)


Pengetua dan Guru Besar Cemerlang
Para Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah penerima sijil SSQS 2010
Para Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Daerah Seremban
Para Penolong Pengarah/ Pegawai Teknologi Pendidikan BTPNNS dan PKG
Seluruh Negeri Sembilan
Guru Penyelaras Bestari/ Guru Penyelaras ICT Sekolah–sekolah Penerima Sijil
SSQS 2010
Ahli Jawatankuasa Kerja
Para Hadirin dan Hadirat sekalian
Hadirin yang dihormati,


Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana
dengan rahmat dan izinnya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis
Penyampaian Sijil SSQS Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2010. Saya
mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerja yang terdiri
daripada Pegawai Teknologi Pendidikan dan seluruh warga BTPN dan PKG
Negeri Sembilan serta guru-guru Sekolah Menengah Sains Seremban yang
bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini. Saya juga ingin mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Tn Hj Sabbuddin bin Hj Sani   (Pengetua) Sekolah Menengah Sains Seremban
yang sudi menjadi tuan rumah kepada majlis yang diadakan pada petang ini.


Seterusnya saya juga mengucapkan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan dalam majlis yang diadakan bagi menghargai pencapaian sekolah
tuan-tuan   dan   puan-puan   dalam    penarafan   pencapaian   Smart   School
Qualification Standards atau lebih sinonim dengan singkatan SSQS.




Hadirin yang dihormati,


Dalam dunia ICT yang pesat membangun, kesan daripada momentum
globalisasi yang kian rancak, Malaysia perlu terus menggandakan kepakaran
sumber manusianya. Justeru itu, usaha mewujudkan suatu komuniti yang celik
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bukan lagi sesuatu yang baru.
Keperluan ICT dalam pendidikan dilihat semakin meluas apabila Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) dilancarkan. Salah satu daripada
isu utama PIPP ialah pembangunan modal insan yang melibatkan pendidikan
ICT sehingga ke kawasan luar bandar.
Selaras dengan itu, Bahagian Teknologi Pendidikan khususnya Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan memainkan peranan utama dalam
pembudayaan ICT di sekolah.


Bagi mencapai hasrat ini Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan
mempunyai unit ICT dan Media yang bertanggungjawab memastikan prasarana
ICT termasuklah makmal komputer, pusat akses, bahan-bahan digital dan
semua yang berkaitan dengan ICT dapat dimanafaatkan oleh pelajar, warga
pendidik dan masyarakat setempat. Dengan adanya kemudahan prasarana yang
lengkap dan berfungsi dengan baik, diharapkan ICT dapat membantu dalam
peningkatan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah khususnya.
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan juga menitikberatkan peranan
Unit ICT/Media sebagai unit yang bertanggungjawab dalam melaksana program
dan   aktiviti   berkaitan   pengajaran   dan   pembelajaran,   memantau   dan
meningkatkan penggunaan peralatan ICT serta melaksanakan penyenggaraan
peralatan ICT di semua sekolah di Negeri Sembilan.


Bahagian Teknologi Pendidikan turut menjalankan program dan aktiviti berkaitan
dengan ICT seperti Project Based-Learning atau Pembelajaran Berasaskan
Projek dan penerbitan bahan-bahan digital seperti Best Teaching Practices.
Bahan-bahan ini telah dicetak, diterbitkan dan akan diedarkan ke sekolah-
sekolah seluruh Negeri Sembilan. Selain itu, BTPNNS turut berkolaborasi
dengan pihak luar seperti program perkongsian pintar yang dijalankan oleh
Oracle ThinkQuest dan MDEC.


Tuan-tuan yang dihormati,


Seterusnya pengisian data penerimaan, penggunaan peralatan ICT dan bahan
digital daripada KPM amat penting kepada BTPNNS untuk membuat penilaian
dan pemantauan dalam menilai keberkesanan program-program yang di arahkan
oleh KPM terutama di Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam merangka aktiviti dan peruntukkan. Pihak pengurusan sekolah
diminta memastikan semua Guru Penyelaras Bestari/ Guru ICT termasuk juga
Guru Penyelaras Media mengisi secara atas talian melalui SPPICTS, SSQS,
STS, IQPSS dan i-NILAM. Ini adalah untuk memastikan rekod dan data yang
berkaitan, dapat dikumpulkan secara lebih tersusun dan teratur serta mudah
diakses apabila maklumat tersebut diperlukan samada diperingkat PKG, BTPN
atau KPM.


Bagi memastikan peranan ini berfungsi secara efisyen dan sistematik pada tahap
maksimum, Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
menjalankan pemantauan secara online melalui SPPICTS sebanyak 3 kali dalam
setahun dan penarafan 5 bintang melalui System Smart School Qualification
(SSQS). Pada tahun 2010 sebanyak 455 buah sekolah menengah dan rendah di
Negeri Sembilan telah menjalankan penarafan pencapaian SSQS secara online.
Hasil daripada penarafan ini sebanyak 35 buah sekolah berjaya mencapai 5
bintang berbanding hanya 6 buah sekolah sahaja yang mencapai tahap 5
bintang pada tahun 2009.




Di sini saya mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah mencapai
tahap 5 bintang dalam pentarafan SSQS 2010. Sekolah-sekolah yang mencapai
tahap 5 bintang ini akan menjadi sekolah pemangkin kepada sekolah-sekolah
kelompok dan membantu sekolah kelompok ini mencapai sekurang-kurangnya 3
bintang. Pada tahun 2011, BTPNNS mensasarkan 150 buah sekolah akan
mencapai 5 bintang berdasarkan pencapaian yang baik semasa penarafan 2010.


Oleh itu kami berasakan perlu ada satu majlis seperti ini untuk memberi
pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang berjaya. Diharapkan dengan adanya
pengiktirafan ini akan memberi semangat dan perangsang kepada sekolah,
terutama kepada pengetua/guru besar dan GPB dan guru penyelaras ICT dalam
meningkatkan pengupayaan dan penggunaan ICT di sekolah masing-masing.


Hadirin yang dihormati,


Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa teknologi pendidikan adalah
penting dalam usaha mencapai pendidikan berkualiti. Namun dengan kewujudan
pelbagai perkembangan dalam teknologi komunikasi maklumat, profesion
keguruan terpaksa berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran pendidikan.
Cabaran-cabaran tersebut bukan sahaja menuntut kegigihan para pendidik tetapi
juga harus berupaya menampilkan diri dengan beberapa ketrampilan baru dalam
aspek teknologi moden serta ketinggian ilmu dalam mendidik dan membimbing
generasi muda bagi memperkukuhkan domain modal insan dalam pelaksanaan
sekolah bestari.


BTPKPM     dan     BTPNNS   sebagai     pemacu   transformasi   dan   kelestarian
pembestarian pendidikan akan mengambil proaktif dan dinamik bagi memastikan
membangunkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran abad ke 21,
bertanggungjawab, berdaya tahan, mampu bersaing di pasaran kerja global di
samping dapat berfungsi secara berkesan dalam masyarakat maju berasaskan
maklumat dan pengetahuan menjadi satu realiti.
Oleh itu saya berharap semua pihak terutama daripada Jabatan Pendidikan
Negeri Sembilan, IPGM, Jemaah Nazir, PPD dan sekolah-sekolah seluruh
Negeri Sembilan dapat memberi kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya
dalam pelaksanaan Pelan Strategik Pembestarian 2011 -           2015 yang akan
dilancarkan sebentar nanti oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pelajaran
Negeri Sembilan, Darul Khusus.


Tuan-tuan dan hadirin yang dihormati,
Akhir kata , sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
pihak khususnya kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, BTPKPM, IPGM,
Jemaah Nazir, sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan, jawatankuasa kerja
dan semua para tetamu yang bersama-sama menjayakan majlis pada petang ini.
Sekian....wassalam..... wbt.

								
To top