Docstoc

Teks Pengacara Majlis

Document Sample
Teks Pengacara Majlis Powered By Docstoc
					              Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

                  Buat ketupat bersama rendang
                  Jadi hidangan di waktu petang
                Kami mengucapkan selamat datang
              Ke majlis penutup Karnival Pembestarian

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan dif-dif kehormat, RADZIAH
para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutup
Karnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008
Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian,
majlis akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil
tempat. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta
hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit dan bersedia untuk
berdiri menyanyikan Lagu Negaraku sebaik sahaja Yang Berbahagia Tan
Sri Dr Zulkurnain bin Haji Awang serta dif-dif kehormat mengambil
tempat.

UCAPAN PENGUMUMAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulkurnain bin HASHIM
Haji Awang Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia ke
Karnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008.
    Silat Selamat Datang
    Pegawai Protokol akan mengiringi Yang Berbahagia Tan Sri
      KSU ke tempat duduk VIP
    Lagu Negaraku dimainkan.



Yang Berbahagia Tan Sri, dif-dif kehormat serta hadirin sekalian dijemput
duduk.

PERSEMBAHAN SELAMAT DATANG

Untuk makluman Yang Berbahagia Tan Sri,dif-dif kehormat, para RADZIAH
tetamu serta hadirin sekalian, persembahan silat selamat datang itu
tadi di persembahkan oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Serting
Felda.




                                                                              1
                   Terbang bebas si rama-rama
                 Teratai mekar di tengah lembah
                Menyusun langkah semerdu irama
                 Tarian Sewang kini dipersembah

Marilah kita sama-sama menyaksikan Tarian Sewang daripada murid-
murid Sekolah Kebangsaan Putra.

Majlis mengucapkan terimakasih di atas persembahan tarian itu tadi.



BACAAN DOA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan
limpah kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah
sempena Karnival Pembestarian Sekolah Tahun 2008.                   HASHIM

Majlis mempersilakan En. Mohd Aris bin Yusof, Pegawai Teknologi
Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....




                                                                             2
Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mohd Aris di atas   RADZIAH
bacaan doa itu tadi.


SENARAI VIP DAN JEMPUTAN


   1. Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Hj. Awang
      Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

   2. Yang Berusaha Dr. Haili b. Dolhan
      Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

   3. Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Adenan bin Deraman
      Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan

   4. Yang Berbahagia Dato’ Abdullah bin Mohammad
      Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

   5. Pengarah-pengarah      dan wakil-wakil    Bahagian    Kementerian
      Pelajaran Malaysia

   6. Ketua-ketua jabatan

   7. Ketua-ketua sektor

   8. Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran
      Negeri Sembilan

   9. Pegawai-pegawai dari Agensi-agensi luar

   10. Para jemputan, guru-guru, murid-murid serta hadirin dan hadirat
       sekalian




                                                                                     3
UCAPAN ALU-ALUAN

                     Sayang melukut ditepi gantang
                      Himpunan tikar padian huma
                     Tuan dijemput sudahlah datang
                      Berbesar hati kami menerima
                                                                               RADZIAH

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah
dan kurnianya dapat kita bersama-sama sekali lagi dalam majlis Penutupan
Karnival Pembestarian Sekolah Tahun 2008 Anjuran Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri, dif-dif
kehormat, serta para jemputan ke majlis ini.

Untuk makluman hadirin sekalian, Karnival Pembestarian Sekolah telah
diadakan selama 3 hari bermula dari 22 Ogos 2008 dan akan berakhir pada
petang ini 24 Ogos 2008.



UCAPAN ALU-ALUAN OLEH – PENGARAH BAH TEK PEND MALAYSIA

Hadirin yang dihormati,                                                        HASHIM

Majlis pada petangi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Hj.
Mohd Adenan bin Deraman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.


Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengarah di
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi....

UCAPAN PENUTUP – Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain bin Haji
Awang                                                                          RADZIAH

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya      menjemput Yang
Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain bin Haji Awang (Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia) untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya menutup secara rasmi Karnival Pembestarian Sekolah Tahun
2008. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.




                                                                                         4
Majlis merakamkan setinggi-tinggi    terima kasih di atas ucapan Yang
Berbahagia Tan Sri sebentar tadi.

Mohon Yang Berbahagia Tan Sri untuk terus berada diatas pentas bagi
majlis penyampaian hadiah.

PENYAMPAIAN HADIAH
                                                                        HASHIM
Untuk menyempurnakan acara, dijemput semua dif-dif kehormat naik ke
pentas bagi mengiringi Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Penyampaian hadiah dimulakan dengan :

Pertandingan Intergrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
kategori Sekolah Menengah.

Tempat Ketiga dimenangi oleh : Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir   HASHIM
Tempat Kedua                : Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku
                              Besar Tampin
Tempat Pertama               : SMK Puteri, Seremban

Pertandingan Intergrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
kategori Sekolah Rendah.

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SK Bongek                                HASHIM
Tempat Kedua                   SJKC Chung Hua, Lukut
Tempat Pertama                 SJKT Ldg Bt Hampar

Pertandingan Laman Web Sekolah kategori Sekolah Menengah:

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SMK Pasoh 2                              RADZIAH
Tempat Kedua                 : SMK Seri Ampangan
Tempat Pertama               : Kolej Tunku Kurshiah

Pertandingan Laman Web Sekolah kategori Sekolah Rendah:

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SK Rompin                                RADZIAH
Tempat Kedua                : SK Undang Rembau
Tempat Pertama              : SK Petaseh

Pertandingan Laman Web Pusat Sumber Sekolah kategori Sekolah
Menengah :

Hanya satu penyertaan sahaja...dimenangi oleh Kolej Tunku Kurshiah      HASHIM

Kategori Sekolah Rendah :

Tiada penyertaan


                                                                                  5
Pertandingan Video Klip Pembelajaran Kategori Sekolah Menengah :

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SMK Dato Klana Putra Lenggeng
Tempat Kedua                 : SMK KGV Seremban                       HASHIM
Tempat Pertama               : SMK Bukit Mewah, Seremban

Pertandingan Video Klip Pembelajaran Kategori Sekolah Rendah :

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SJKT Ldg Sialang, Bahau
Tempat Kedua                : SK King George Seremban                 RADZIAH
Tempat Pertama              : SK King George Seremban

Pertandingan Profil Pembelajaran (Folio Digital) Kategori Sekolah
Menengah:

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SMK Bukit Jalor                        RADZIAH
Tempat Kedua                : SM Chan Wa, Seremban
Tempat Pertama              : SMK Undang Rembau

Pertandingan Profil Pembelajaran (Folio Digital) Kategori Sekolah
Rendah :

Tempat Kedua dimenangi oleh : SK Astana Raja, Rembau                  HASHIM
Tempat Pertama              : SK Tampin


Pemenang Oracle Think.com Future Scientist Contest:

                                                                      HASHIM




      Rujuk En Suhaimi dan Puan Mashitah


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri atas
kesudian itu tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Adenan bin HASHIM
Deraman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dr.
Zulkurnain, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis
mempersilakan.




                                                                                6
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri.

LAWATAN KE TAPAK PAMERAN KARNIVAL

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sempurnalah sudah majlis penutupan Karnival Pembestarian Sekolah
Tahun 2008 pada petang ini. Semoga kecemerlangan teknologi pendidikan
mewarnai kegemilangan pelajar, guru, institusi pendidikan, masyarakat dan RADZIAH
negara. Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia Tan Sri diiringi
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia, dif-dif kehormat, para
jemputan serta hadirin sekalian untuk sesi lawatan ke Pameran Karnival dan
seterusnya ke Majlis Jamuan Ringan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Dengan berakhirnya majlis itu tadi, maka Karnival Pembestarian Sekolah HASHIM
bagi tahun 2008 menutup tirainya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang telah menjayakan dan menghadiri Karnival Pembestarian Sekolah pada
tahun ini dan majlis ini diakhiri dengan tiga rangkap pantun.

                       Kalau ada jarum yang patah                       RADZIAH
                      Jangan disimpan didalam peti
                     Majlis penutupan selesailah sudah
                            Jumpa lagi di lain kali

                         Tuan puteri pergi ke Rasah                     HASHIM
                          Pulang semula sebelah pagi
                       Kita bertemu akhirnya berpisah
                            Diizin Tuhan bersua lagi

                         Kiri jalan kanan pun jalan
                      Tengah-tengah pohon mengkudu                      RADZIAH
                        Selamat jalan kami ucapkan
                        Berhati-hati ketika memandu




                                                                                    7

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:13179
posted:1/26/2011
language:Malay
pages:7