Memenangi Madu Yang Tahu Mahu

Document Sample
Memenangi Madu Yang Tahu Mahu Powered By Docstoc
					BENGKEL – TRAINING OF NUQABA’ PART 1 (TON1)                     CREATIVE SIFU – Perunding Aktiviti & Permainan




                             Nuqaba’
                    “Jadilah seorang yang membuat perubahan dalam hidup seseorang.”



      Menjadi naqib(ah) adalah satu anugerah pengalaman yang tidak ternilai dalam hidup kita. Ia juga
      menjadi salah satu perkara yang paling mencabar. Jika kamu mengendalikan sesi usrah tanpa
      panduan atau material sebagai Alat Bantu Usrah (ABU). Ia mungkin akan menjadikan usrah dirasakan
      susah atau mengecewakan.

      Bengkel ini direka bagi membantu kamu menjalin hubungan baik dengan adik-adik usrah yang
      diamanahkan kepada kamu. Bengkel disusun bagi membantu kamu memahami peranan kamu
      sebagai naqib(ah), Usrah Pertama & Menyusun Material Usrah. Semoga bengkel ini memberi
      manfaat kepada insan-insan yang tidak jemu-jemu mentarbiyah.




      1|Page
BENGKEL – TRAINING OF NUQABA’ PART 1 (TON1)                   CREATIVE SIFU – Perunding Aktiviti & Permainan



                                              Naqib(ah) ialah:

                      Penunjuk jalan                       Teman
                      Sahabat                              Guru dipercaya &
                      Ketua Penyorak                         berilmu
                      Pendengar                            Coach
                      Tempat mengadu                       Penghubung
                      Self-esteem booster                  Tutor
                      Abang/kakak                          Role Model




                                              Naqib(ah) bukan:

                                         Penyelamat
                                         Ibu bapa angkat
                                         Ahli terapi
                                         Pegawai parol
                                         Rakan yang boleh
                                           dimain-mainkan



      Hubungan: Asas kepada Usrah

      Segala impak yang ingin kamu berikan kepada adik-adik usrah kamu semuanya bermula dengan
      hubungan. Hubungan adalah asas kepada usrah yang berjaya. Menjalin hubungan yang kukuh
      mengambil masa dan menguji kesabaran. Hubungan yang baik bukan dibina atas dasar berkongsi
      rahsia, tetapi melalui empati dan memahami. Dalam hubungan ini, memerlukan saling mengambil
      berat, respect dan memahami. Ia menjadi fokus dalam menjamin pengendalian usrah yang berjaya.




      2|Page
BENGKEL – TRAINING OF NUQABA’ PART 1 (TON1)                     CREATIVE SIFU – Perunding Aktiviti & Permainan



                                                 Tingkap Johari

                                                 Kamu               Kamu Tidak
                                                 Tahu                 Tahu



                                                Open Pane              Blind Pane
              Orang Lain
                                              (Diri kamu yang   (Kamu tidak sedar, tetapi
                Tahu                            ditonjolkan)        orang lain sedar)




                                               Hidden Pane          Unknown Pane
              Orang Lain
                                        (Diri kamu yang tidak   (Kamu & orang lain tidak
              Tidak Tahu                      ditonjolkan)              sedar)




             Kunci bagi sesuatu hubungan terletak pada percaya. Jangan menganggap adik-adik
      usrah kamu begitu mudah untuk percaya kepada diri kamu pada perjumpaan pertama.
      Sepertimana hubungan yang lain, kamu perlu memberikan adik-adik usrah kamu masa bagi
      menanam kepercayaan kepada kamu dalam diri mereka. Umpama biji benih, memerlukan
      masa bagi bercambahnya akar untuk memegang tanah. Masa demi masa yang berlalu
      menguatkan lagi cengkaman akar kepada tanah. Tingkap Johari adalah model bagi
      menggambarkan proses ini.



      Tingkap Johari: Proses Pendedahan Diri dan Memahami Manusia dalam Perhubungan.

             Tingkap Johari merupakan salah satu model yang berguna dalam menjelaskan
      interaksi manusia. Ia memudahkan kita memvisualkan empat tahap yang wujud dalam
      hubungan kita. Dalam setiap tahap perhubungan, sesetengah maklumat boleh dikongsi atau
      dielakkan daripada dikongsi, terpulang kepada kebolehpercayaan kita terhadap seseorang.
      Maklumat berkenaan diri dan penafian berubah mengikut masa yang kita habiskan bersama-
      sama mereka. Peningkatan atau penurunan amaun kebolehpercayaan kita kepada seseorang
      dipengaruhi oleh hubungan. Apa yang kita peroleh mengenai diri seseorang sebahagian
      besar adalah daripada pendedahan diri dan komunikasi interpersonal.

      3|Page
BENGKEL – TRAINING OF NUQABA’ PART 1 (TON1)                  CREATIVE SIFU – Perunding Aktiviti & Permainan


                   The Open Pane menunjukkan diri kamu yang terbuka. Ia
                   mengandungi maklumat tentang diri yang kamu tunjukkan atau
                   disedari. Pada pertemuan pertama, hanya sedikit sahaja yang
                   didedahkan.. Tetapi, semakin banyak masa yang diluangkan
                   bersama dan semakin mengenali antara satu sama lain, semakin
                   banyak perkara yang dikongsikan. Nama, ciri-ciri fizikal, umur,
                   bidang pengajian, kesukaan dan tidak suka adalah contoh maklumat
                   yang dikongsikan.

                   The Blind Pane menggambarkan bahagian diri kamu yang kamu
                   sendiri tidak sedar. Ia mengandungi maklumat tentang diri kamu
                   daripada pandangan orang lain. Ramai orang yang tidak sedar
                   kesalahan ataupun kelebihan mereka.

                   The Hidden Pane ialah pengetahuan diri yang terlindung daripada
                   orang lain. Ia mengandungi maklumat yang kamu tahu tentang diri
                   kamu, tetapi tidak mahu diketahui oleh orang lain. Kita sangat
                   memilih dalam berkongsi maklumat dalam perkara ini. Jika
                   hubungan semakin akrab, kita akan berkongsi lebih banyak
                   maklumat. Contoh perkara ialah saat memalukan, ketakutan, atau
                   peristiwa yang paling disesali.

                   The Unknown Pane ialah maklumat berkenaan diri yang kamu dan
                   orang lain tidak sedari. Pendidikan dan pengalaman hidup akan
                   membantu mengenalpasti misteri ini. Perkara yang kamu rasa tidak
                   mampu lakukan dan reaksi kamu pada insiden yang kamu tidak
                   pernah jangkakan.

      Apabila kita mendapat kepercayaan dari seseorang atau memberi kepercayaan kepada
      seseorang, kawasan yang digambarkan pada open dan hidden berubah. Apabila kesedian
      untuk pendedahan diri meningkat, manusia akan mendedahkan lebih banyak maklumat
      tentang diri, yang lebih menarik mereka menemui maklumat diri mereka daripada
      pandangan orang lain.




      4|Page
BENGKEL – TRAINING OF NUQABA’ PART 1 (TON1)                         CREATIVE SIFU – Perunding Aktiviti & Permainan



      Aktiviti 1 - Siapa yang kamu percaya? (20 minit)


      Fikirkan seseorang yang kamu percaya:




      Mengapa kamu percaya kepada mereka? (Senaraikan ciri-ciri yang dapat kamu kenalpasti
      pada orang yang kamu nyatakan di atas.)

          1. ...................................................
          2. ...................................................
          3. ...................................................
          4. ...................................................
          5. ...................................................
          6. ...................................................
          7. ...................................................
          8. ...................................................
          9. ...................................................
          10. ...................................................



      Kongsikan jawapan kamu bersama rakan-rakan dalam kumpulan.




      Aktiviti 2 – Rebah Bersambut (15-30 minit)


      Apa yang kamu dapat pelajari daripada aktiviti ini?



      Adakah kamu yakin untuk melakukan aktiviti bersama orang yang baru kamu kenali?



      Bagaimana kamu boleh percaya kepada rakan-rakan kamu?




      5|Page
BENGKEL – TRAINING OF NUQABA’ PART 1 (TON1)                CREATIVE SIFU – Perunding Aktiviti & Permainan



      Aktiviti 3 – Usrah Pertama (45 minit)
      Peserta dipecahkan kepada kumpulan yang terdiri daripada 5-8 orang.

      1 orang – Naqib

      3-6 orang – Anak usrah

      1 orang – Pemerhati



      “Arahan: Hari ini merupakan pertemuan usrah pertama. Kamu (yang dipilih) diberikan
      tanggungjawab sebagai naqib. Sila kendalikan usrah pertama dalam tempoh 15 minit.”

      10 minit berlalu.

      “Pemerhati diminta memberikan maklumbalas. Penambahbaikan, kesalahan dan cadangan.
      Peserta turut berkongsi pengalaman mereka sebagai ahli usrah. 10 minit diberikan”

      Trainer bertanya kepada pemerhati & anak usrah secara rawak.




      6|Page
BENGKEL – TRAINING OF NUQABA’ PART 1 (TON1)              CREATIVE SIFU – Perunding Aktiviti & Permainan



                                              USRAH PERTAMA
             Perkenalkan nama, asal, bidang pengajian, hobi, suka dan tidak suka.
             Golden Rule
             Penetapan masa perjumpaan
             Matlamat akhir – Naqib(ah) dan Ahli-ahli Usrah
             Pengenalan Usrah
             Perkongsian pengalaman berusrah – beri gambaran pada Ahli Usrah yang
              pertama kali mengikuti usrah



                                 MENYUSUN MATERIAL USRAH
      Pendahuluan:
             Recap atau
             Bacaan Al-Qur’an / Tafsir atau
             Tasmi’ Hafazan – ayat Al-Qur’an/Hadis atau
             Pengenalan tajuk atau
             Permainan atau aktiviti memperkenalkan tajuk

      Isi Kandungan:
             Bedah buku atau
             Diskusi isu atau
             Pembentangan tajuk atau
             Aktiviti & Games atau
             Dll.

      Penutup:
             Ulang kandungan perbincangan atau
             Assigment minggu hadapan atau
             Wasiat atau
             Motivasi untuk beribadah



      7|Page
BENGKEL – TRAINING OF NUQABA’ PART 1 (TON1)                    CREATIVE SIFU – Perunding Aktiviti & Permainan



      Aktiviti 4 – Menyusun Material Usrah (45 minit)
      Peserta dipecahkan kepada kumpulan.

      “Arahan: Kamu akan menjalankan usrah beberapa jam lagi. Sebagai persiapan kamu perlu
      menyediakan satu garis panduan usrah yang sesuai untuk usrah yang dijalankan selama
      sejam. Kamu diberikan selama 15 minit untuk menyiapkannya.

      15 minit berlalu.

      Perkongsian peserta secara rawak.

      Trainer menunjukkan pada slide atau salinan beberapa jenis Perancangan Usrah.




      Aktiviti 5 – Mengendalikan karektor pelbagai (1 jam)
      Peserta dipecahkan kepada kumpulan yang terdiri daripada 5 orang (Bertukar peranan).

      1 orang – Naqib

      3 orang – Anak usrah

      1 orang – Pemerhati

      “Arahan: Kamu diminta mengendalikan usrah selama 15 minit. Ahli usrah kamu akan
      memainkan karektor yang akan diberitahu oleh fasilitator.”

      Panggil ahli usrah 1, 2 & 3 berasingan. Bagi taklimat.

      Mula berbincang.

      15 minit berlalu.

      “Pemerhati diminta memberikan maklumbalas. Penambahbaikan, kesalahan dan cadangan.
      Ahli usrah akan berkongsi pandangan mereka berkaitan cara Naqib(ah) mengendalikan usrah
      dengan karektor pelbagai.”

      Maklumbalas peserta secara rawak.




      PENGGULUNGAN
           Re-view talk
           Perkongsian peserta


      8|Page
BENGKEL – TRAINING OF NUQABA’ PART 1 (TON1)                    CREATIVE SIFU – Perunding Aktiviti & Permainan


      Aturcara program:
      9.00pagi        Pendaftaran peserta

      9.30pg          Sesi Ta’aruf & Tag

      10.00pg         Talk Nuqaba’

                      Perbincangan m/s 1-4

      11.00pg         Rehat

      11.15pg         Aktiviti 1 – Siapa yang kamu percaya?

      11.35pg         Aktiviti 2 – Rebah bersambut

      12.05tgh        Aktiviti 3 – Usrah Pertama

      12.50tgh        Tayangan Video

      1.00ptg         Rehat, Makan tengahari & Solat Zuhur

      2.00ptg         Aktiviti 4 – Menyusun Material Usrah

      2.45ptg         Aktiviti 5 – Mengendalikan Karektor Pelbagai

      3.45ptg         Penggulungan

      4.00ptg         Bersurai



      Bilangan peserta:
      Tidak melebihi 50 orang



      Kawasan program:
      Bilik mempunyai kerusi boleh ubah, padang atau taman. Bilik kuliah tidak digalakkan.
      Penting untuk komunikasi dan aktiviti kumpulan.



      Bayaran Program:
      Percuma! (Bagi aktiviti di luar lembah kelang bayaran tol dan minyak ditanggung penganjur)



      9|Page

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:110
posted:1/26/2011
language:Malay
pages:9