Docstoc

jenis-jenis pengamatan

Document Sample
jenis-jenis pengamatan Powered By Docstoc
					                             JENIS-JENIS PENGAMATAN

Kebiasaannya guru cuma merangsangkan deria murid-muridnya dan merekalah yang
menerima, memproses kemudian menyimpan atau menyatakan sebagai gerak balas
dengan cara menjawab secara lisan, menulis ataupun melakukan apa yang diajar.
Harus diingat tidak ada dua orang murid yang memprose rangsangan (pengajaran)
dengan menghasilkan gerak balas yang sama kerana tidak ada dua orang murid yang
sama segalanya. Sesungguhnya kebolehan mengamati itu adalah sesuatu yang jati
atau semula jadi.


KOMPONEN DAN JENIS-JENIS PENGAMATAN


i. Penglihatan (Janet W Learner – Kepayahan seseorang khususnya kanak-kanak
disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta
mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Ianya melibatkan diskriminasi
penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi visual-motor dan visual kinestetik. Antara
masalah visual yang dapat dilihat, seperti perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentuk
huruf dan perkataan serta tentang pembalikan sesuatu objek.


ii. Pendengaran (Ball & Blachman, 1991:Lyon, 1998: Sthal & Murry, 1994 – Keupayaan
mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar. Kebanyakan mereka yang
mempunyai masalah dari aspek auditori, linguistik dan masalah phonologikal. Antara
aspek yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk
membezakan bunyi, bunyi phonological (diskriminasi pendengaran), mengingat apa
yang di dengar, mengingat urutan (ingatan pendengaran) dan membentuk perkataan
dari gabungan abjad (intergrasi visual pendengaran).


iii. Sensori- Motor ( Koordinasi pergerakan tubuh atau kawalan gerak visual, koordinasi
motor kasar dan motor halus, imej badan sisian arah penyelarasan badan).
Antara jenis pengamatan terdapat dua jenis pengamatan yang penting yang berkait
rapat dengan pembelajaran kanak-kanak hari ini, yakni pengamatan penglihatan dan
pengamatan pendengaran.


“…. Corret auditory and visual perception is the characteristic of a good reader
…..” Fred.J. Schnell dalam bukunya “ Backwardness in Basic Subjects”.


Dari kata-kata di atas bererti bahawa “hanya orang yang mempunyai pengamatan
dan pendengaran yang boleh membaca dengan baik”. Kita sebagai seorang guru
tidak akan menafikan bahawa dari pengalaman-pengalaman mengajar, kita dapat
mengesan kanak-kanak terutama kanak-kanak pemulihan yang mempunyai kesukaran-
kesukaran dalam satu aspek pengamatan tersebut.


CIRI-CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN – KOMPONEN PENGAMATAN


Penglihatan


1. Diskriminasi
- Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan.


2. Ingat Kembali
- Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati.


3. Orientasi Kedudukan
- Ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk, huruf dan nombor.


4. Turutan
- Ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan huruf-huruf dalam perkataan.
5. Menyudah atau Melengkapkan
- Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau Melengkap objek, nombor, perkataan
atau ayat.


6. Menyalin
- Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat.


7. Rajah Latar Belakang
- Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf atau nombor dari
latabelakang sesuatu gambar atau rajah.


8. Koordinasi Motor
- Ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan motor mata dan tangan.


9. Pertalian Jarak (Ruang)
- Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta hubungan antara
satu objek dengan objek yang lain.


10. Ketetapan Bentuk / Kedudukan dalam rajah
- Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk, huruf, atau nombor yang mempunyai
bentuk tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-mana keadaan.


11. Gambar Bersiri
- Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu babak ke satu babak yang lain.


12. Mazing atau Mencari Jalan Keluar
- Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah


13. Benda Tersembunyi
- Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak.




Pendengaran


Antara masalah dalam pengamatan pendengaran berpunca daripada kecacatan
organisma telinga.




Taktil dan Kinestetik


Juga dikenali dengan Pengamatan Sensori-motor. Ia melibatkan koordinasi pergerakan
tubuh badan, koordinasi motor kasar dan motor halus. Manakala psikomotor merujuk
kepada lateraliti dan dominan . Lateraliti ialah pergerakan seseorang itu dan dominan
ialah penguasaan satu bahagian otak ke atas bahagian kiri atau kanan badan.
Bahagian ini pula menguasai pergerakan otot-otot kiri atau kanan anggota (bahagian
kiri otak akan menguasai bahagian kanan anggota dan sebaliknya) Lateraliti dan
dominan ada kaitan dan saling pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:678
posted:1/21/2011
language:Malay
pages:4