Docstoc

Peranan Dan Tugas Guru Penasihat

Document Sample
Peranan Dan Tugas Guru Penasihat Powered By Docstoc
					                                         KOKURIKULUM

DEFINISI KOKURIKULUM

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerakerja yang terancang.
Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Oleh itu,aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari
di dalam bilik darjah. Gerakerja kokurikulum dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu:

          A. Unit Badan Beruniform          B. Persatuan/Kelab           C. Sukan/Permainan

RASIONAL GERAKERJA KOKURIKULUM

   1. Mengamalkan dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah

   2. Memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah              dengan
      masyarakat.

   3. Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah, disamping
      memelihara kesihatan fizikal dan mental.

   4. Membantu pelajar melengkapkan bidang akademik dengan memupuk kesedaran tentang
      pemilihan kerjaya.

   5. Memberi peluang kepada pelajar melengkapi bidang akademik dengan memupuk sikap yakin
      kepada diri sendiri dan berdikari

MATLAMAT GERAKERJA KOKURIKULUM

Memperkembangankan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meluputi
aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insane yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.

OBJEKTIF GERAKERJA KOKURIKULUM

Bagi mencapai matlamat tersebut, gerakerja kokurikulum bertujuan untuk membolehkan pelajar:-

1. Membentuk pelajar berkualiti, berdaya maju dan berani menghadapi cabaran.

2. Mempertingkatkan kecekapan kepimpinan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan

3. Mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif

4. Memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta dapat mengamalkan

  dalam kehidupan seharian

5. Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk memeliharanya.
TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM



Umum Meliputi Aktiviti-Aktiviti Sukan, Kelab dan Badan Uniform

1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah-Rancangan Jangka Panjang/Pendek

2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun

3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah

4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti

5. Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh

6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat …daerah/negeri
dan kebangsaan

7. Memastikan guru mematuhi jadual dan takwim sekolah

8. Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah dan kegiatan lain

9. Menilaikan aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan

10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah

11. Membuat anggaran pembelajaran dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan

12. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukan
prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.



Khusus Berhubung Dengan Sukan Dan Permainan

1. Menentukan objektif sukan sekolah tercapai

2. Merancang aktiviti sukan sekolah Jangka Panjang/Pendek

3. Mengenal pasti T.O.V(Take Of Value) dan merancang aktiviti sukan

4. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan

5. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah

6. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan

7. Menambah kepakaran untuk meningkatkan mutu sukan sekolah melalu kursus ….dalaman/luaran

8. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin ….keselamatan,

 kelancaran dan kelicinan perlaksanan.
TUGAS SU KOKURIKULUM

   1. Menyediakan surat jemputan mesyuarat.

   2. Menulis minit mesyuarat semasa mesyuarat kokurikulum.Menyediakan salinan minit mesyuarat
      yang lalu dan mengedarkannya kepada semua AJK.

   3. Mengemaskini maklumat-maklumat dalam fail induk kokurikulum.

   4. Mewakilkan PK Kokurikulum dalam majlis rasmi unit kokurikulum.

   5. Membantu PK Kokurikulum dalam urusan rasmi unit kokurikulum.

   6. Menyediakan laporan unit kokurikulum 2010.



TUGAS SETIAUSAHA SUKAN



1. Melaksanakan segala rancangan-rancangan Majlis Sukan Sekolah

2. Menyelaraskan semua permainan/olahraga

                    a. antara kelas

                    b. antara rumah

                    c. antara sekolah

3. Melaksanakan Rancangan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri

4. Setiausaha Sukan atas nasihat Guru Besar akan menetapkan tarikh rumah sukan mengadakan
mesyuarat.

5. Menyediakan jadual latihan untuk semua permainan dan olahraga

6. Menguruskan dan menentukan tempat-tempat dan alat-alatpermainan(gelanggang,padang,tiang,gol
dan lain-lain) adalah dalam keadaan selamat dan mengikut peraturan-peraturan pertandingan

7. Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan yang ada

8. Membantu menguruskan, menyemak dan menyelaraskan urusan-urusan kewangan dari guru-guru
permainan dan guru rumah

9. Memesan,menerima dan merekodkan segala pembelian alat-alat,tambang-
menambang,minuman,hadiah dan lain-lain

10. Bertanggungjawab menyimpan segala alat-alat sukan,membaiki dan membaharui mana-mana
yang perlu

11. Menyimpan serta menyelenggarakan stok sukan dengan sempurna dan kemaskini
12. Menyimpan rekod yang lengkap segala jenis perlawanan sama ada di peringkat sekolah, antara
sekolah atau Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri dan MSSM.Rekod ini patut mengandungi tarikh,
jenis permainan/pertandingan pasukan yang terlibat,tempat pertandingan,keputusan dan perkara-
perkara lain yang mungkin berlaku di tempat pertandingan

13. Lain-lain tugas yang diarahkan



TUGAS PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN



   1. Membuat perancangan aktiviti-aktiviti di bawah badan sukan dan permainan.

   2. Membuat pemantauan dan laporan terhadap perjalanan aktiviti-aktiviti di bawah badan sukan
      dan permainan

   3. Membantu PK Kokurikulum dalam urusan rasmi unit kokurikulum.

   4. Mengemaskini maklumat dipapan kenyataan badan sukan dan permainan dari masa
      kesemasa.

   5. Memastikan kesemua fail unit-unit di bawah jagaan dalam bilik fail sentiasa dikemaskini.

   6. Membuat laporan badan kelab/persatuan..



   TUGAS PENYELARAS UNIT UNIFORM



   1. Membuat perancangan aktiviti-aktiviti di bawah badan beruniform.

   2. Membuat pemantauan dan laporan terhadap perjalanan aktiviti-aktiviti di bawah badan
      beruniform

   3. Membantu PK Kokurikulum dalam urusan rasmi unit kokurikulum.

   4. Mengemaskini maklumat dipapan kenyataan badan beruniform dari masa kesemasa.

   5. Memastikan kesemua fail unit-unit di bawah jagaan dalam bilik fail sentiasa dikemaskini.

   6. Membuat kertas kerja untuk program perkhemahan unit beruniform dan menjadi penyelaras
      untuk program ini.

   7. Membuat pengagihan bantuan pakaian seragam unit beruniform kepada pelajar.

   8. Membuat laporan badan beruniform.
TUGAS PENYELARAS KELAB/ PERSATUAN

   1. Membuat perancangan aktiviti-aktiviti di bawah badan kelab/persatuan.

   2. Membuat pemantauan dan laporan terhadap perjalanan aktiviti-aktiviti di bawah badan
      kelab/persatuan.

   3. Membantu PK Kokurikulum dalam urusan rasmi unit kokurikulum.

   4. Mengemaskini maklumat dipapan kenyataan badan kelab/persatuan.dari masa kesemasa.

   5. Memastikan kesemua fail unit-unit di bawah jagaan dalam bilik fail sentiasa dikemaskini.

   6. Membuat laporan badan kelab/persatuan.



TUGAS GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB/B. UNIFORM

1. Membentuk jawatan kuasa persatuan / kelab / badan beruniform

2. Memastikan segala aktiviti selaras dengan objektif sekolah

3. Memastikan adanya peraturan/ perlembagaan

4. Memastikan jawatan kuasa menjalankan tugas seperti yang tercatat dalam perlembagaan

5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya kepada
….Penolong Kanan Kokurikulum untuk simpanan rekod

6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan

7. Merancang strategi untuk peningkatan persatuan/kelab/badan beruniform dengan yang sesuai

8. Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan

9. Menguruskan kewangan,harta benda dan peralatan persatuan/kelab/unit beruniform

10. Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan difailkan

11. Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/ Penolong Kanan Kokurikulum tentang …
perkembangan persatuan/kelab/badan beruniform

12. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti seperti Hari Guru, Hari Sukan dan
lain-lain

13. Menguruskan surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah

14. Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya

15. Memastikan tidak ada unsur subersif tersebar/disebarkan di kalangan ahli

16. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada …

   Jawatankuasa Kokurikulum.
TUGAS GURU RUMAH SUKAN



  1. Mendaftarkan pelajar-pelajar mengikut rumah, jantina dan tahun.

  2. Ketua Guru Rumah akan mempengerusikan mesyuarat rumah masing-masing

  3. Mematuhi jadual latihan yang ditetapkan dan memastikan kedatangan ahli-ahli dijalankan.

  4. Mengawasi keselamatan, kebajikan dan disiplin ahli-ahli rumah.

  5. Melatih pelajar dan menentukan semua ahli-ahli rumah diberi kesempatan melibatkan diri dalam
     setiap acara yang dipertandingkan.

  6. Memastikan kegunaan alatan sukan/permainan teratur dan terkawal.

  7. Memastikan alat-alat sukan/permainan dalam keadaan baik dan bilangannya mencukupi
     apabila dipulangkan.

  8. Melaporkan kepada Setiausaha Sukan sebarang kerosakan atau kehilangan alat-alat yang
     digunakan.

  9. Menyimpan rekod-rekod keputusan pertandingan antara Rumah Sukan.

  10. Menjalankan mesyuarat agung Rumah Sukan.

  11. Menguruskan latihan Rumah Sukan pada hari-hari yang telah ditetapkan.

  12. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan. Kehadiran dicatatkan.

  13. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil Rumah/Sekolah.

  14. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.

  15. Mengurus surat kebenaran ibubapa/penjaga ke pertandingan luar.

  16. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
      mempertingkatkannya.
TUGAS GURU PERMAINAN



1. Memajukan kemahiran dan minat pelajar-pelajar dalam permainan yang dijaganya dengan

        a. melatih mereka mengikut jadual yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Sekolah
        b. Mengatur seberapa banyak perlawanan persahabatan boleh bagi meningkatkan kemahiran
           pelajar
        c. Membentuk pasukan sekolah dan rumah mengikut peringkat umur
        d. Mengadakan pemilihan dan latihan

2. Menguruskan pengangkutan untuk pasukannya di mana perlu dan juga menguruskan para
penyokongnya.

3. Mengiringi dan menjaga disiplin pemain-pemain pada masa latihan ataupun semasa perlawanan.

4. Menyediakan segala peralatan kecemasan yang perlu jika berlakunya kecederaan (seperti
plaster,ubat luka,kain balut dan lain-lain).

5. Menguruskan pengangkutan dan surat-surat izin daripada penjaga bagi pelajar-pelajar yang
mewakili pasukan sekolah

6. Membahagi dan mengumpulkan semua alat-alat sukan yang diberi kepada pemain-pemain
danbertanggungjawab di atas keselamatan segala peralatan tersebut.

7. Menyimpan rekod-rekod pertandingan di semua peringkat dan melaporkannya kepada setiausaha
sukan atau Ketua Guru Rumah selepas pertandingan.
PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

1. Pelaksanaan aktiviti

  1.1. Mesyuarat Agung persatuan/kelab/BB akan diadakan awal sesi untuk pendaftaran
       .ahli,pemilihan pengerusi setiausaha,bendahari dan AJK

  1.2 Perjumpaan BB dan persatuan/kelab akan dijalankan pada setiap hari Rabu atau
      (sila rujuk takwim sekolah).

  1.3 BB dan persatuan digalakkan mengadakan perjumpaan tambahan pada masa-masa
      lain yang sesuai.

2. Perkara yang perlu dihantar kepada Penyelaras Persatuan dalam tempoh 2 minggu selepas
……mesyuarat agung dijalankan.



   2.1 Carta Organisasi yang ditulis di atas manila kad berukuran _____X______
   2.2 Organisasi persatuan dan aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang semester dan 2 ditaip di
       atas kertas A4.


3. Langkah-langkah untuk mengadakan aktiviti.

     3.1 Aktiviti di dalam sekolah

       3.1.1 Perlu dihadari bersama oleh Guru Pemimpin masing-masing.

       3.1.2 Bilik/tempat perjumpaan perlu dikemaskan selepas aktiviti dijalankan

       3.1.3 Mencatat kehadiran ahli-ahli dan menulis laporan bagi setiap perjumpaan

            ..yang dijalankan



   3.2 Aktiviti di luar sekolah(Maklumat lanjut-sila rujuk no7)



       3.2.1 Perlu mendapatkan kebenaran Guru Besar/Pengetua terlebih dahulu dan

            .memaklumkan kepada PK (HEM) mengenai aktiviti yang hendak dibuat

       3.2.2 Mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga meggunakan borang

            .yang didapati di pejabat sekolah.

       3.2.3 Guru yang menyertai sebarang aktiviti luar bertanggungjawab sepenuhnya

            ..terhadap keselamatan serta segala tindak-tanduk pelajar dalam rombongannya.

       3.2.4 Menulis dan menyerahkan laporan(gambar jika ada) kepada Penyelaras

            Persatuan selewat-lewatnya 2 minggu selepas aktiviti dijalankan.

4. Surat-menyurat
 Semua surat-menyurat perlu dituliskan nombor rujukan masing-masing dan di buat melalui Guru
Besar/Pengetua sekolah.Surat hendaklah ditulis dalam 3 salinan,satu salinan diposkan,satu untuk fail
persatuan dan satu salinan untuk PK HEM/Penyelaras.

5. JEMPUTAN ORANG LUAR

Sebelum menjemput orang luar,guru-guru pemimpin diminta berjumpa dengan Pengetua/Guru Besar
untuk memberi maklumat dan berbincang tentang penceramah /jurulatih luar seperti berikut:

Nama penuh: ________________

No. K/P: ___________________

Pekerjaan: _________________

Alamat(R/Pej.): _____________

No.Tel: ____________________

6. Pendaftaran Badan Beruniform dengan pertubuhan luar

Selepas mengadakan mesyuarat agung badan beruniform perlu mendaftarkan pertubuhan mereka
dengan Unit Beruniform( daerah/Malaysia)mengikut zon atau daerah/kawasan-kawasan
tertentu.(Contohnya Perangkap perlu mendaftar dengan Pertubuhan Pengakap Malaysia) Sila rujuk
pihak pentadbir sekolah.




7. Panduan Menguruskan Lawatan.

 Guru Pemimpin hendaklah menentukan langkah-langkah berikut diambil sebelum mengadakan

 sesuatu lawatan:

7.1 Mengadakan perbincangan dan mendapat persetujuan Pengetua/G.B.

7.2 Mendapat persetujuan bertulis daripada ibubapa/penjaga pelajar dengan

   menggunakan boring yang didapati dari pejabat sekolah.

7.3 Mengemukan permohonan ke PPD/JPN tidak kurang dari 3 minggu sebelum tarikh

   lawatan/melancong dengan mengemukakan borang-borang PS1,PS2 dan PS3 seperti

   yang dilampirkan.Permohonan yang kurang dari masa yang ditetapkan tidak akan

   dipertimbangkan.

Borang-borang yang diperlukan adalah seperti berikut:-

     7.3.1 Borang PS1-5 salinan dan ditambah satu salinan untuk tiap-tiap negeri yang

           dilalu(contoh Lawatan Ke Kelantan melalui Pahang dan Terengganu)Jumlah yang

           perlu dihantar 5+2 salinan
      7.3.2 Borang PS 2-sama seperti di atas

      7.3.3 Borang PS 3-2 salinan(Untuk permit bas)

7.4 Peraturan keselamatan hendaklah diuruskan dan diterangkan kepada pelajar dengan teliti

     sebelum lawatan itu dibuat.

7.5 Sekurang-kurang seorang guru pengiring hendaklah berada bersama bukan sahaja menjaga

     tertib bahkan juga ntuk menntukan langkah-langkah keselamatan dituruti.

7.6 Alat pertolongan cemas hendaklah dibawa di dalam sebarang lawatan.

7.7 Langkah-langkah lain yang difikirkan munasabah dan praktik dalam sesuatu keadaan perlulah

     diambil .kira untuk menjaga dan menjamin keselamatan pelajar.




        PANDUAN PENGURUSAN KWANGAN BADAN BERUNIFROM PERSATUAN/KELAB

1.   Yuran

   1.1 Yuran keahlian badan Beruniform persatuan/kelab adalah mengikut perlembagaan
…………….masing-masing.

   1.2 Yuran Khas(kuhsus untuk badan beruniform)bagi pendaftaran dengan pertubuhan-
……………..pertubuhan luar hendaklah dinyatakan dalam perlembagaan.

   1.3 Semua yuran yang dikutip hendaklah dimaklumkan kepada pelajar melalui
…………….persatuan/kelab/badan beruniform masing-masing dengan menghantar surat kepada

             ibu bapa/penjaga.

2. Pengurusan Kewangan Oleh Guru Pemimpin

  2.1 Memberi maklumat yang betul kepada semua ahli mengenai jumlah yuran mengikut
………….perlembagaan.

  2.2 Mengedarkan pekeliling kepada ibu bapa/penjaga untuk memaklumkan kepada mereka
………….mengenai jumlah kutipan yuran dan tujuannya.Pekeliling mestilah ditandatangani oleh
………….Guru Besar dan mempunyai nombor rujukan masing-masing.

  2.3 Mengawasi dan membimbing Bendahari menjalankan tugas mengutip yuran dan mengisi
…………borang-borang Kew.1 dan Kew.2(diisi dalam 2 salinan-satu salinan untuk ahli dan satu
…………salinan untuk fail.)

  2.4 Menyimpan wang dengan baik ditempat yang selamat-elakkan meminta bendahari
…………menyimpannya.
  2.5 Menyerahkan wang baki pada akhir tahun kepada PK HEM/ GPK KOKU untuk
…………disimpan.Guru pemimpn hendaklah mengisi boring Kew.2 apabila menyerahkan wang
………….tersebut.

3. Pengurusan Kewangan Oleh Bendahari

    3.1 Menulis nama dan tingkatan semua ahli d dalam Buku Akaun

    3.2 Mengisi Borang kew.1 apabila menerima wang yuran daripada ahli.

  3.3 Menyerahkan wang kutipan yuran kepada Guru Pemimpin dan mengisi boring Kew.2
…………..sebagai penyerahan wang.

  3.4 Borang Kew.1 dan Kew.2 hendaklah disemak oleh Guru Pemimpin dan selepas itu
…………..menyimpannya di dalam fail masing-masing.

  3.5 Semua resit dan bil-bil hendaklah dimasukkan ke dalam fail yang perlu disimpan
………….dipejabat.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1755
posted:1/20/2011
language:Malay
pages:11