KRITERIA KERJA KURSUS KHB(ERT) by wongmeihsia

VIEWS: 3,265 PAGES: 8

									               KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
                       KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
                         EKONOMI RUMAH TANGGA
                              TINGKATAN 1

                   MODUL 1 : EKONOMI RUMAH TANGGA
Konstruk   :   Kemahiran Komunikasi
Aspek      :   1.1 Pemilihan pakaian
Aktiviti   :   a) mempamerkan empat gambar stail dan corak pakaian mengikut bentuk
                   badan
               b) melabelkan ciri stail pakaian pada setiap gambar dengan betul
Eviden     :   Produk (carta/lukisan atau buku skrap)
Catatan    :   ~ jenis bentuk badan:-
                   i) tinggi dan langsing
                   ii) tinggi dan gempal
                   iii) rendah dan langsing
                   iv) rendah dan gempal
               ~ ciri stail pakaian:- garis leher, lengan, garisan cantuman

Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   1.2 Menjahit contoh jahitan
Aktiviti   :   a) menjahit contoh jahitan dengan betul
               b) menggunakan alatan yang betul
               c) menghasilkan contoh jahitan yang kemas
Eviden     :   Proses dan produk (contoh jahitan)
Catatan    :   ~ kemas:- hujung benang dikemaskan, ditekan rata/ diseterika
               ~ salah satu daripada contoh jahitan berikut:-
                 i) kelim
                 ii) penyudah tepi
                 iii) penghilangan gelembung

Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   1.3 Memanjang atau memendekkan pola skirt berkasing
Aktiviti   :   a) mengubahsuai pola mengikut ukuran skirt yang dikehendaki
               b) mengubahsuai pola mengkut langkah yang betul
               c) menggunakan alatan yang betul
               d) meletakkan tiga tanda pola dengan betul
Eviden     :   Proses dan produk (pola skirt)
Catatan    :   Pola mesti ada:-
                i) tanda lipatan
                ii) ira lurus
                iii) garisan pemadan
Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   1.4 Menjahit skirt berkasing
Aktiviti   :   a) menjahit skirt dengan betul
               b) menghasilkan skirt yang sesuai dengan ukuran yang dikehendaki
               c) menghasilkan skirt yang kemas dan bersih
Eviden     :   Produk (skirt berkasing)
Catatan    :   Kemas:-
                 kedut sama rata (kasing)
                 hujung benang dikemaskan
                 ditekan rata/ diseterika

Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   1.5 Menjahit hiasan pada skirt berkasing
Aktiviti   :   a) memilih hiasan yang sesuai dengan fabrik
               b) menjahit hiasan pada bahagian yang sesuai
               c) menghasilkan hiasan yang kemas
Eviden     :   Produk (hiasan pada skirt berkasing)
Catatan    :   ~ hiasan yang dicadangkan:-
                    renda
                    kun
                    jahitan sulaman
               ~ hiasan mesti sesuai dengan fabrik
                 contoh:- renda/kun kapas dengan fabrik kapas
               ~ kemas:-
                    mata jahitan tidak longgar
                    hiasan ditekan rata
               KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
                       KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
                         EKONOMI RUMAH TANGGA
                              TINGKATAN 2

                MODUL 2 : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   2.1 Melakar reka bentuk projek
Aktiviti   :   a) melakar sekurang-kurangnya tiga reka bentuk projek berdasarkan tema dn
                   faktor reka bentuk
               b) menghasilkan satu lakaran reka bentuk terbaik yang dipilih dengan kemas
               c) menyatakan sekurang-kurangnya tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan
                   reka bentuk
               d) mendimensi lakaran reka bentuk yang dipilih
Eviden     :   Produk (lakaran)
Catatan    :   Contoh tema :- (a) peragaan (b) penyusunan (c) penyimpanan

Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   2.2 Penghasilan projek reka bentuk
Aktiviti   :   a) mengukur, menanda dan memotong menepati lakaran reka bentuk
               b) membentuk dan mencantum bahagi8an projek dengan kemas dan kukuh
               c) membuat kemasan yang sesuai
               d) mematuhi langkah keselamatan
Eviden     :   Proses dan produk (projek kayu)

Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   2.3 Menggunakan alatan tangan atau mesin
Aktiviti   :   a) memilih alatan tangan atau mesin yang betul
               b) menggunakan alatan tangan atau mesin dengan cara yang betul dan selamat
               c) menyenggara alatan tangan atau mesin yang digunakan
               d) menyimpan alatan tangan atau mesin
Eviden     :   Proses
Catatan    :   Menyenggara merangkumi proses mengurus dan mengendali alatan / mesin

Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   2.4 Membuat lukisan unjuran ortografik
Aktiviti   :   a) melukis mengikut konsep lukisan unjuran ortografik yang betul
               b) menggunakan jenis garisan yang betul dalam lukisan unjuran ortografik
               c) mendimensi (sekurang-kurangnya tiga) lukisan unjuran ortografik dengan
                   betul
               d) menghasilkan lukisan ortografik yang kemas dan bersih
Eviden     :   Produk (lukisan unjuran ortografik)
Catatan    :   ~ Pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi mengikut pandangan sudut
                  ketiga
               ~ Kemas – garisan sama tebal
Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   2.5 Etika makan
Aktiviti   :   a) mempersembahkn postur yang betul semasa makan
               b) mengamalkan tingkah laku yang sopan semasa makan
               c) menggunakan alatan dengan betul dan sesuai
Eviden     :   Proses
Catatan    :   ~ mengikut satu jenis hidangan yang dipilih sama ada cara Barat atau Timur
               ~ postur posisi atau sikap tubuh seseorang

                          ATAU

Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   2.5 Penyediaan medium memasu
Aktiviti   :   a) menyediakan bahan memasu mengikut nisbah yang betul
               b) menggaul bahan memasu dengan sekata
               c) menggunakan alatan dengan cara yang betul dan selamat
               d) membersih dan menyimpan alatan
Eviden     :   Proses
Catatan    :   Nisbah medium 7:3:2 atau 3:2:1
               KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
                       KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
                         EKONOMI RUMAH TANGGA
                              TINGKATAN 2

                   MODUL 3 : EKONOMI RUMAH TANGGA
Konstruk   :   Kemahiran Komunikasi
Aspek      :   3.1 Merancang menu
Aktiviti   :   a) memilih menu yang seimbang
               b) memilih menu yang sesuai dengan sajian
               c) merancang menu dengan lengkap
               d) mempelbagaikan kaedah memasak
Eviden     :   Produk (Borang A)
Catatan    :   ~ pilihan menu berdasarkan :
                  i) hidangan makan tengah hari
                  ii) hidangan makan malam
                  iii) makanan bekal
               ~ Lengkap mengandungi :- i) pilihan masakan
                                          ii) bahan dan kuantiti
                                          iii) kaedah memasak

Konstruk   :   Mengorganisasi
Aspek      :   3.2 Menyedia susunan kerja
Aktiviti   :   a) menyediakan susunan kerja yang sistematik
               b) mengagihkan masa memasak dengan sesuai
               c) menyediakan susunan kerja yang lengkap
Eviden     :   Produk (Borang B)
Catatan    :   ~ menyediakan rancangan kerja untuk makanan bekal
               ~ hasil kerja lengkap mengandungi :- i) masa
                                                    ii) susunan kerja
                                                    iii) catatan

Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   3.3 Menydia dan memasak makanan
Aktiviti   :   a) menyedia dan memasak makanan mengikut langkah yang betul
               b) menggunakan alatan yang betul
               c) mematuhi peraturan keselamatan dan kebersihan
               d) menjimatkan penggunaan bahan masakan, api, elektrik dan air
Eviden     :   Proses (menyedia dan memasak)
Catatan    :   Boleh ditaksir:
               ~ hidangan makanan bekal
               ~ hidangan makan tengah hari
               ~ hidangan makan malam
Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   3.4 Menghidang makanan
Aktiviti   :   a) menggunakan alatan menghidang yang betul
               b) menggunakan bahan hiasan yang sesuai dengan makanan
               c) mengamalkan kebersihan
               d) menghidangkan makanan dengan persembahan yang menarik
Eviden     :   Proses
Catatan    :   Persembahan menarik meliputi :- i) aneka warna
                                               ii) kad menu
                                               iii) alas meja
                                               iv) gubahan bunga yang sesuai


Konstruk   :   Kemahiran Amali
Aspek      :   3.5 Menyusun atur pola blaus dan menggunting fabrik
Aktiviti   :   a) menyusun atur pola dengan betul
               b) menggunakan alatan dengan betul
               c) menggunting dengan cara yang betul
               d) menggunting fabrik dengan kemas
Eviden     :   Proses
               KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
                       KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
                         EKONOMI RUMAH TANGGA
                              TINGKATAN 3

                MODUL 4 : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
Konstruk   :   Kemahiran Mereka Cipta (Amali)
Aspek      :   4.1 Pengenalpastian masalah
Aktiviti   :   a) menyatakan masalah yang hendak diselesai dengan jelas
               b) menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga produk sedia ada di pasaran sesuai
                    dengan tema yang dipilih
               c) menyenaraikan kekuatan dan kelemahan produk yang diperolehi
               d) membuat sekurang-kurangnya tiga lakaran berlabel idea penyelesaian
                    masalah
Eviden     :   Produk
Catatan    :   ~ cadangan tema:-
                 (a) peragaan
                 (b) penyusunan
                 (c) penyimpanan
               ~ senarai produk sedia ada hendaklah mengandungi :-
                  (i) nama produk
                  (ii) gambar atau grafik
               ~ perlu ada:-
                1. Pernyataan masalah
                2. Senarai Produk : Kekuatan dan kelemahan
                3. Idea penyelesaian masalah

Konstruk   :   Kemahiran Mereka Cipta (Amali)
Aspek      :   4.2 Pembinaan projek
Aktiviti   :   a) membina projek mengikut lakaran yang dipilih
               b) menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan
               c) menghasilkan projek yang kemas dan menarik
Eviden     :   Produk

Konstruk   :   Kemahiran Mentaksir
Aspek      :   4.3 Pengiraan kos
Aktiviti   :   a) menyenaraikan kos bahan, kos upah dan kos overhed
               b) mengira kos bahan, kos upah dan kos overhed dengan betul
               c) mengira kos pengeluaran dengan tepat
Eviden     :   Produk
Catatan    :   ~ pengiraan kos berdasarkan 100 unit
               ~ mesti tuliskan sen (contoh : RM15.00)
Konstruk   :   Kemahiran Komunikasi
Aspek      :   4.4 Pendokumentasian
Aktiviti   :   mempersembahkan dokumen yang lengkap, tersusun dan kemas
Eviden     :   Produk
Catatan    :   Maksud lengkap ialah perlu ada:-
                1. Pernyataan masalah
                2. Senarai Produk : Kekuatan dan kelemahan
                3. Idea penyelesaian masalah
                4. Lakaran projek yang dipilih
                5. Senarai bahan
                6. Jadual kerja
                7. Pengiraan kos

Konstruk   :   Kemahiran Komunikasi
Aspek      :   4.5 Membaca dan menterjemahkan lukisan skematik kepada lukisan bergambar
Aktiviti   :   a) menterjemahkan litar dengan betul
               b) mengenalpasti kekutuban komponen dalam litar
               c) melabel semua komponen dengan betul
               d) lukisan bergambar kemas dan bersih
Eviden     :   Produk
Catatan    :   Lukisan skematik yang digunakan berdasarkan projek elektronik yang
               dicadangkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan Tiga

								
To top