Latihan Jururawat

Document Sample
Latihan Jururawat Powered By Docstoc
					Latihan Jururawat
 Jantina:Lelaki dan Perempuan

 Tempoh Latihan:
 i)3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
 ii)1 tahun 6 bulan (bagi calon KPSL daripada Penolong Jururawat)
 iii)1 tahun (bagi calon KPSL daripada Jururawat Masyarakat)

 Biasiswa Semasa Latihan: RM621.21 sebulan

 Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

 Tempat Latihan:
  i)    Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
  ii) Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
  iii) Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
  iv) Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
  v) Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
  vi) Kolej Kejururawatan Klang, Selangor
  vii) Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
  viii) Kolej Kejururawatan Melaka
  ix) Kolej Kejururawatan Muar, Johor
  x) Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
  xi) Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
  xii) Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
  xiii) Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
  xiv) Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
  xv) Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
  xvi) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
  xvii) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak

b. Syarat Latihan:
   i)  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
       oleh Kerajaan;

  ii)    Kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain; dan

  iii)   Lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan
         Bahasa Inggeris.

c. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
   Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat dan
   Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat
   Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam
   perkhidmatan dan:

  i)     mempunyai kelayakan di para (i) di atas; dan
  ii)   berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

d. Perhatian:
   Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian
   Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat, Gred U29.



Latihan
Jururawat
Pergigian
  Jantina    : Perempuan sahaja
  Tempoh :
               3 tahun
  Latihan
  Biasiswa : RM621.21 sebulan
  Semasa
  Latihan
  Kem/Jab : Kementerian Kesihatan Malaysia
  Tempat     :
  Latihan
   i) Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang

b. Syarat Latihan:
   i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
      kerajaan; dan

   ii) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat
       Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
       kerajaan.

c. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
   Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan
   Pergigian adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara
   Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat Pergigian apabila telah disahkan
   dalam perkhidmatan dan:

   i) mempunyai kelayakan di para (i) di atas; dan

   ii) berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

d. Perhatian:
   Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian
   Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Pergigian, Gred U29.




Latihan Jururawat Masyarakat
Jantina :Perempuan sahaja
Tempoh :
           i) 2 tahun 6 bulan (bagi calon Lantikan Terus
Latihan
           ii)9 bulan (bagi calon KPSL)
Biasiswa :RM517.15 sebulan
Semasa
Latihan
Kem/Jab :Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat :
Latihan
 i) Kolej Jururawat Masyarakat, Pasir Mas, Kelantan.
 ii) Kolej Jururawat Masyarakat, Jerantut, Pahang
 iii) Kolej Jururawat Masyarakat, Kluang, Johor
 iv) Kolej Jururawat Masyarakat, Batu Pahat, Johor
 v) Kolej Jururawat Masyarakat, Segamat, Johor
 vi) Kolej Jururawat Masyarakat, Port Dickson, Negeri Sembilan
 vii) Kolej Jururawat Masyarakat, Kulim, Kedah
 viii) Kolej Jururawat Masyarakat, Alor Setar, Kedah
 ix) Kolej Jururawat Masyarakat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
 x) Kolej Jururawat Masyarakat, Serian, Sarawak
 xi) Kolej Jururawat Masyarakat, Tawau, Sabah.

Syarat Latihan:
 i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    kerajaan; dan

 ii)   lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat
       Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
       kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
 Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat dan Atendan
 Kesihatan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
 untuk mengikuti Latihan Jururawat Masyarakat apabila telah disahkan dalam
 perkhidmatan dan:

 i)    mempunyai kelayakan di atas; dan

 ii)   berumur kurang dari 52 tahun pada tarikh lantikan.

Perhatian:
 Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh
 Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Masyarakat,
 Gred U19.
a.Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  Jantina :Lelaki dan Perempuan
  Tempoh :
             3 tahun
  Latihan
  Biasiswa :RM621.21 sebulan
  Semasa
  Latihan
  Kem/Jab :Kementerian Kesihatan Malaysia
  Tempat :
  Latihan
   i) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh, Selangor

b. Syarat Latihan:
   i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
      kerajaan; dan

  ii) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat
      Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulus yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
      kerajaan.

c. Perhatian:
   Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat diploma akan diperakukan
   oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jurupulih
   Perubatan (Cara Kerja), Gred U29.




Latihan
Jurupulih
Perubatan
(Anggota)
 Jantina :     Lelaki dan Perempuan
 Tempoh :
               3 tahun
 Latihan
 Biasiswa :    RM621.21 sebulan
 Semasa
 Latihan
 Kem/Jab :     Kementerian Kesihatan Malaysia
 Tempat :
 Latihan
  i) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh, Selangor

b. Syarat Latihan:
   i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
      dengannya oleh kerajaan; dan

  ii) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada
      peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulus yang diiktiraf setaraf
     dengannya oleh kerajaan.

c. Perhatian:
   Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat diploma akan
   diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke
   jawatan Jurupulih Perubatan (Anggota), Gred U29.



a.Latihan Juru X-Ray
  Jantina :Lelaki dan Perempuan
  Tempoh :
              3 tahun
  Latihan
  Biasiswa :RM621.21 sebulan
  Semasa
  Latihan
  Kem/Jab :Kementerian Kesihatan Malaysia
  Tempat :
  Latihan
   i) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh, Selangor
   ii) Kolej Radiografi Johor Bahru, Johor

b. Syarat Latihan:
   i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
      kerajaan; dan

  ii) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat
      Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulus yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
      kerajaan.

c. Perhatian:
   Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat diploma akan diperakukan
   oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Juru X-Ray, Gred
   U29.




 a.Latihan Juruteknologi Pergigian
   Jantina :Lelaki dan Perempuan
   Tempoh :
             3 tahun
   Latihan
   Biasiswa :RM621.21 sebulan
   Semasa
   Latihan
   Kem/Jab :Kementerian Kesihatan Malaysia
   Tempat :
   Latihan
    i) Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang
 b. Syarat Latihan:
    i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
       kerajaan; dan

   ii) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat
       Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
       kerajaan.

 c. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan
    Pergigian adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara
    Lantikan untuk mengikuti Latihan Juruteknologi Pergigian apabila telah disahkan
    dalam perkhidmatan dan:

   i) mempunyai kelayakan di para (i) di atas; dan

   ii) berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

 d. Perhatian:
    Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian
    Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Juruteknologi Pergigian, Gred U29.


Portal Rasmi SPA > Iklan > Sepanjang Masa > Latihan Separa Perubatan


 LATIHAN                                                                 BIASISWA

 LATIHAN JURURAWAT                                                       RM621.21
 LATIHAN JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN                                  RM621.21
 LATIHAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN                         RM621.21

 LATIHAN JURU X-RAY                                                      RM621.21

 LATIHAN JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN                                         RM621.21
 LATIHAN JURURAWAT PERGIGIAN                                             RM621.21
 LATIHAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI                                        RM621.21
 LATIHAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN                                      RM621.21

 LATIHAN JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA)                                   RM621.21

 LATIHAN JURUPULIH PERUBATAN (CARA KERJA)                                RM621.21

 LATIHAN JURURAWAT MASYARAKAT                                            RM517.15

 LATIHAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN                                   RM517.15

 LATIHAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM                                         RM517.15



 Pengumuman Latihan Separa Perubatan

   Bagi calon yanglaman web SPA. surat untuk menduduki ujian atau
    boleh semak di
                    layak akan di beri
  Tempoh
   Internet
             sahlaku permohonan calon yang telah memohon melalui
              (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi
     semula permohonan selepas tempoh tersebut.



  Untuk calon KPSL , boleh melanjutkan tempoh permohonan KP dan
   hanya menulis surat kepada SPA dengan menyatakan No
                                                          dengan

     nama bagi tujuan perlanjutan tersebut.




SYARAT KELAYAKAN

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan ke Perkhidmatan Awam

Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-
skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan
tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum
pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.

a)    lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran
      adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

b)    lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di
      peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan
      dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

c)    memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu
      seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Umur Calon Untuk Mengikuti Latihan Separa Perubatan

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada
tarikh tutup permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah berumur
kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam perkhidmatan
Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah
berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

LATIHAN BERTARAF SIJIL

Sila klik di bawah untuk maklumat lanjut

i) Latihan Jururawat Masyarakat
ii) Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
iii) Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Syarat Kelayakan

Lulus Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia pada peringkat PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.

Bagi Latihan Jururawat Masyarakat calon harus memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus Bahasa
Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.

Umur Calon Untuk Mengikuti Latihan Separa Perubatan

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada
tarikh tutup permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari
51 tahun pada tarikh permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan
Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah
berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Alamat Surat-Menyurat:

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA
tel: 03 - 8885 6000

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1586
posted:1/17/2011
language:Malay
pages:8