Docstoc

Komponen Proses

Document Sample
Komponen Proses Powered By Docstoc
					                                  KOMPONEN PROSES

        Baiklah apa yang perlu tahu dalam komponen-komponen didalam komputer
tersebut. Antara komponen-komponen asas yang perlu ada pada sesebuah komputer
adalah “monitor”. Monitor adalah sebagai alat pemaparan maklumat ber skrin seperti TV.
Apa bila anda menaip, anda akan melihat perkataan yang anda taip melaui skrin
“monitor” komputer anda. Komponen lain adalah CPU yang juga di kenali sebagai
Control Processor Unit . CPU merupakan satu alat kecil iaitu gabungan beberapa chip.
CPU adalah sebesar tapak tangan sahaja. Walaupun kita sering mengangap sebesar kotak
itu sebagai CPU tetapi sebenarnya itu ialah chasing iaitu bingkainya sahaja. CPU tersebut
berada didalam chasing bersama-sama komponen lain. CPU merupakan otak kepada
komputer. Ia digunakan untuk mengawal proses yang berlaku seperti memasukkan data,
memproses data, menyimpan data serta mempamirkan data ke layar skrin monitor untuk
dilihat. Semakin tinggi Hz sesuatu CPU maka semakin pantas ia mengendalikan
maklumat dalam komputer tersebut. Contoh 300Mhz, 800Mhz dan yang sedang ada dan
paling laju sekarang ini ialah setinggi tidak kurang dari 1Ghz.

        Komputer yang terpantas merupakan satu perkara yang amat dinanti-nantikan
oleh setiap pengguna komputer. Makin bertambahnya tahun maka bertambahlah pula
teknologi-teknologi baru yang boleh mempercepatkan pemprosessan maklumat didalam
ruang komputer. Antara yang disebutkan tadi ialah CPU. Semakin tinggi nilai Hz CPU
tersebut maka semakin lajulah proses itu dilakukan. Walaubagaimanapun CPU tidak akan
dapat bekerja dengan pantas jika terdapat halangan tertentu. Antara halangan tersebut
ialah keupayaan komponen-komponen lain. Jika mahukan CPU bekerja dengan kelajuan
yang maksima mesti dipastikan komponen lain juga dapat menampung keperluan
kepantasan CPU tersebut. Ini akan menyenangkan laluan pengangkutan (maklumat) dan
sebagainya. Begitulah juga dengan komponen-komponen lain. Ram yang kecil akan
menyebabkan komputer sering memaparkan perkataan ini “system is busy”. Oleh itu
anda kenalah sesuaikan kelajuan komponen lain dengan kelajuan CPU.

      Dalam sebuah komputer komponen terutama ialah CPU dan komponen terdekat
dengan CPU ialah mikropemproses. Sebenarnya CPU hanyalah sebuah cip yang terletak
pada papan induk (motherboard). CPU atau Central Processing Unit dalam bahasa
Malaysia - Unit Pemprosesan Pusat adalah pusat segala kawalan dan kegiatan komputer.

       Berfungsi untuk:

      bertindak sebagai pengawal dalam melakukan segala
       operasi komputer

      memproses data di dalam sistem komputer.

      melaksanakan arahan-arahan pemprosesan data yang
      tersimpan di dalam Ingatan..

     menterjemahkan hasil-hasil pemprosesan kepada bentuk
     yang difahami dan boleh digunakan oleh manusia ataupun
     komputer-komputer lain.
                                                                                       1
Komponen Di dalam Unit Pemprosesan Pusat (CPU)


                                Mengawal dan mengkordinasikan
                                operasi-operasi seluruh sistem
                                komputer.

                                Mentafsirkan semua langkah-langkah
UNIT KAWALAN
                                program.
(Control Unit)
                                Mengeluarkan arahan-arahan kepada
                                unit-unit lain.

                                Mengawal aliran-aliran data semasa
                                 pemprosesan.

UNIT                            Melaksanakan pengiraan arithmetik
ARITHMETIK/LOGIK                (campur, tolak, bahagi dan darab)
(Arithmetic Logic Unit)

CPU : Unit pemprosesan pusat (central processing unit) adalah komponen yang terpenting sekali
di dalam komputer. Unit ini memproses data mentah dan menukarkannya menjadi maklumat
yang berguna. Kelajuan sesuatu CPU ditentukan oleh ciri binaan (kelas CPU) dan kelajuan
frekuensi (dalam unit Mhz atau GHz). 1 Hz = 1 / saat. 1 Ghz = 1000Mhz.




       Data dan arahan yang kita input melalui papan kekunci, tetikus, pengimbas bola
pengesan dan lain-lain alat input akan disalurkan ke Unit Pemprosesan Pusat (Central
Processing Unit- CPU). Unit Pemprosesan Pusat atau CPU ialah sebuah cip yang dinamai
mikropemproses. CPU merupakan otak komputer.




                                                                                           2
                            CONTOH DAN KETERANGAN

        Pada mulanya CPU yang dihasilkan ialah 8088 dan 8086 iaitu komputer yang
menggunakan cip Intel 8088 dan Intel 8086. Keupayaan pemprosesan yang dihasilkan
ialah 8 bit dan keupayaan ingatan yang tertinggi ialah 4 MB RAM. Cip Intel 8088 dan
Intel 8086 berfungsi pada kelajuan 8MHz dan 16MHz.

        Cip Intel 8088 dan Intel 8086 berfungsi pada kelajuan 8MHz dan 16MHz. Tetapi
kini Pentium 100 yang berfungsi pada 100MHz dengan 32MB RAM dengan keupayaan
memegang RAM maksium sebanyak 132M atau lebih. Manakala storan cakera keras
pada 8088 pula adalah diantara 20MB dan 80MB dengan kelajuan capaian yang rendah.
Kini storan adalah melebihi 850MB atau 1.0 GB dengan kadar capaian yang lebih tinggi.
Itulah evolusi komputer.

       CPU yang digunakan juga bergantung kepada kegunaan dan kehendak pengguna.
Jika memerlukan komputer di pejabat dan digunakan untuk menaip surat atau memo
komputer 486DX4/100 atau Pentium 75 dengan 8MB RAM dan 1.0GB cakera keras
adalah baik. Manakala untuk rangkaian pula komputer yang seusai adalah Pentium 100
atau 133 dengan 32MB RAM dengan 2GB cakera keras. Dan jika digunakan untuk
komputer grafik atau CAD dan DTP komputer terbaik adalah Pentium 133 atau 166
dengan 32MB RAM dan 2GB cakera keras berserta 2MB kad paparan grafik. Komputer
yang anda lihat di pasaran hanyalah komputer biasa yang berasaskan mikropemproses
Intel, AMD, Cyrix atau NexGen (tetapi majoritinya Intel). Komputer yang berkuasa
tinggi tidak menggunakan Intel atau seumpamanya tetapi menggunakan cip RISC,
contohnya komputer Silicon Graphics (digunakan untuk Jurassic Park), IBM AS/400,
Digital Alpha, Sun Sparcstation digunakan sebagai komputer stesyen kerja yang
mampu menghasilkan pemprosesan yang tinggi dan pengendalian beban kerja yang berat.
Komputer yang lain daripada kedua-dua kategori di atas ialah Macintosh dan PowerPC
yang menggunakan teknologi RISC tetapi mempunyai rekabentuk yang berbeza
daripada Intel dan komputer-komputer RISC.

       Kaitan perisian dan sistem pengoperasian dengan mikropemproses juga adalah
amat rapat di mana ianya bergantungan antara satu dengan yang lain. Windows 95 dan
OS/2 hanya boleh digunakan dalam mikropemproses Intel, AMD, Cyrix dan NexGen.
Manakala System 7.5 hanya sesuai untuk Apple Macintosh dan PowerPC. Perisian terkini
tidak boleh digunakan dalam komputer terdahulu seperti 8088 hinggalah ke komputer
386 kerana perisian terkini menggunakan 32 bit dalam pemprosesan dan pencapaian data.
Contohnya Windows 95 tidak boleh digunakan dalam komputer 386 atau sebelumnya
kerana ia tidak mempunyai mikropemproses yang mempunyai keupayaan ingatan
simpanan 512 KB atau lebih.

       Sepuluh tahun lalu Intel 1088 dicipta untuk memberikan komputer peribadi yang
sesuai pada masa itu. Pada masa yang sama Macintosh juga mengendalikan komputer
peribadi yang tidak mempunyai rekabentuk yang sama dengan Intel.

        Setahun kemudian lahir pula Intel 286 dan disusuli pula oleh Intel 386 pada tahun
1989. Ia telah mengubah rupabentuk komputer dan mengubah teknologi komponen lain
seperti cakera keras dan pemacu. Pada tahun 1991 lahir pula 486 yang lebih maju dan
                                                                                       3
lebih baik daripada 386 daripada pemprosesan serta pengendalian data. Dengan 486 juga
satu dimensi baru dalam perisian muncul dan perisian 32 bit dalam pembikinan oleh
syarikat perisian. Dengan siri 486 terakhir iaitu 486DX4/100 cip 486 akan ditamatkan
pengeluarannya pada 486 terakhir iaitu 486DX4/100 cip 486 akan ditamatkan
pengeluarannya pada awal 1996 dan digantikan dengan Pentium. Pentium mempunyai
kelajuan pemprosesan yang terdiri daripada 60MHz hinggalah 166MHz memberikan satu
kuasa yang diimpikan ke dalam rumah pengguna biasa dan tidak lagi hanya digunakan
oleh pengguna pejabat sahaja. Dengan kehadiran perisian yang lebih canggih, perisian
komunikasi dan kelahiran video memerlukan sebuah komputer yang mampu melakukan
segalanya dalam satu masa. Internet juga memerlukan sebuah komputer yang canggih
dengan kehadiran Java dan keupayaan capaian yang lebih tinggi dalam internet. Maka
kelahiran Pentium Pro memberikan satu lagi kelebihan ke dalam komputer peribadi biasa.
Pentium Pro dengan kelajuan 150MHz, 166MHz, 180MHz dan 200MHz adalah
komputer yang mampu menyaingi keupayaan komputer RISC. Bagaimanakah bentuk
komputer peribadi dalam tahun yang mendatang? Pentium Pro hanya mampu bertahan
dalam 2 atau 3 tahun. Mungkinkah kita akan mampu menggunakan komputer RISC
kerana keupayaan komputer seperti Pentium Pro hampir menyaingi RISC. Intel
mempunyai sebuah gabungan dengan Hewlett Packard untuk menghasilkan sebuah cip
baru ini kerana Hewlett Packard banyak menghasilkan komputer RISC selain IBM dan
Sun Microsystems. Jadi kita kenalah tunggu dari tahun ke tahun melihat apa yang
dihasilkan oleh mereka.




CPU mempunyai beberapa jenama, model dan kelajuan

    1. Jenama : INTEL, AMD ,CYRIC & NexGen

    2. Model   : Katrij - dipasang pada slot 1 atau slot A   PPGA - dipasang pada soket 370,
                                                                    soket PPGA

 3. Kelajuan : Lebih besar nilainya, lebih laju dan bergantung kepada CPU dan jenisnya (Cth: 866
MHz)

       Terdapat beberapa mikropemproses yang telah digunakan di dalam ikrokomputer.
Antaranya ialah cip Intel 8088,8086, 80826,80386,80386SX,80486,80486SX,68000.
Umpannya cip 8088 telah digunakan di dalam mikrokomputer IBM yang pertama iaitu
komputer IBM PC/AT.

      Dalam mikropemproses atau CPU, komputer akan memproses permintaan
pengguna. Unit Pemprosesan Pusat mempunyai dua bahagian kecil.

         Unit Kawalan

      Unit Kawalan yang mengawal langkah-langkah memproses supaya komputer
membuat tugasnya dengan berjaya. Aktiviti yang dilakukan di unit ini ialah mengecam
arahan komputer dan mengarahkan perkakasan tertentu supaya mematuhi segala
kehendak yang ditulis pada arahan berkenaan. Di samping itu, unit kawalan juga
                                                                                               4
menentukan arahan mana yang dipastikan oleh unit ini , diambil dari ingatan utama dan
dilaksanakan, seterusnya disempurnakan dengan bantuan komponen-komponen lain.

      Unit Aritmetik dan logik.

        Unit ini akan membuat kiraan dan perbandingan logik. Oleh itu Unit Arimetik dan
Logik menyelesaikan masalah matematik dan /atau logik. Masalah matematik yang boleh
diselesaikan oleh komputer adalah dari yang mudah kepada yang kompleks. Bagi kita
mencari jawapan kepada masalah yang kompleks mungkin agak rumit dan memakan
masa berjam-jam atau berhari-hari.




               Keupayaan Dan Perbezaan CPU


Spesifikasi            8086         8088        80286        80386 DX         80386 SX

No. Model Pengeluar    Intel        Intel       Intel        Intel            Intel 80386SX
                       8088         8086        8086         80386DX

Tahun Diperkenalkan    Jun 1978     Jun 1979    Feb 1982     Okt. 1985        Jun 1988

Kelajuan (MHz)         4.77,8,10    4.77,8      6,8,10,12    20,25,33         16,20,25,33

RAM Boleh Alamat       1 MB         1 MB        16 MB        4 GB             16 MB

Ingatan Maya           -            -           1 GB         64 TB            64TB

Jumlah Transistor      29 000       130 000     130 000      275 000          275 000

Lebar Bas Dalaman      16 bit       16 bit      16 bit       32 bit           32 bit

Lebar bas Luaran       16 bit       16 bit      16 bit       32 bit           16 bit




                                                                                       5
Spesifikasi          80486      80486             80486         80486         PENTIUM
                     DX         SX                DX-2          DX-4

No.       Model      Intel      Intel 80486       Intel 80486   Intel 80486   Intel Pentium
Pengeluar            80486
                                SX                DX-2          DX-4
                     DX

Tahun                April      April 1991        Mac 1992      1993          1994
Diperkenalkan        1989

Kelajuan (MHz)       33,50,66   20,25,33          25/50,33/66   25/75,33/10   60,66,75,90,10
                     .                                          0             0,120,130

RAM          Boleh   4 GB       4 GB              4 GB          4 GB          4 GB
Alamat

Ingatan Maya         64 TB                    6 64 TB           64 TB         64TB
                                              4

                                              T
                                              B

Jumlah               1.2 Juta   900 000           1.2 Juta      1.2 Juta      3.1 Juta
Transistor

Lebar         Bas    32 bit     32 bit            32 bit        32 bit        64 bit
Dalaman

Lebar bas Luaran     32 bit     32 bit            32 bit        32 bit        32 bit




Disediakan oleh Kumpulan 4:

Fauzi (K)
Mohd Syamsuhada
Yusuf
Suhaimi




                                                                                       6

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:183
posted:1/14/2011
language:Malay
pages:6