numerasi11

Document Sample
numerasi11 Powered By Docstoc
					                                            UNIT 11: BENTUK TIGA DIMENSI (3D)
                                                                              UNIT 11.1

  HASIL PEMBELAJARAN                     LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:              1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).
Mengenal pasti bentuk tiga
dimensi yang kelihatan       2. Imbas kembali bentuk-bentuk 3D yang telah dipelajari
secara keseluruhannya           pada Tahun 1.
 BAHAN BANTU MENGAJAR
                             3. Lekatkan pada papan tulis atau edarkan sekeping
Bagi sesi pengajaran &          gambar objek 3D kepada setiap kumpulan. Minta murid
pembelajaran:                   mencari dan memperihalkan bentuk-bentuk 3D yang
Gambar objek 3D                 terdapat dalam gambar tersebut.
(Rujuk BBM ms.)
                                Soal jawab:
                                  Apa bentuk 3D yang dapat kamu lihat?
                                  Bagaimana kamu tahu ini adalah ... (sebutkan nama
Bagi aktiviti pengukuhan:         bentuk 3D)?
Set bentuk 3D
                                  Bentuk ini (tunjuk pada satu bentuk 3D) berbeza dengan
                                  yang ini ... (tunjuk pada bentuk yang serupa tetapi pada
                                  gambar yang berbeza).
                                  Apa yang berbeza?

                             4. Bincang dan bandingkan dapatan murid.

                             5. Edarkan Lembaran Kerja 11.1.




                                                                                          193
                                      UNIT 11: BENTUK TIGA DIMENSI (3D)


 PERBENDAHARAAN KATA                      AKTIVITI PENGUKUHAN

Bentuk 3D              1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan set bentuk 3D
Kiub                      kepada setiap kumpulan.
Kuboid
Silinder               2. Minta murid memerhatikan setiap bentuk tersebut dari
Piramid                   sudut pandangan yang berbeza. Kaitkan dengan bentuk-
Kon                       bentuk 2D.
Sfera
Sisi                      Soal jawab:
Atas                        Cuba lihat pada bentuk ... (sebutkan nama bentuk 3D).
Bawah
Bentuk 2D                   Apa bentuk 2D yang kamu nampak jika kamu
Segiempat sama              melihatnya begini?
Segiempat tepat             (Tunjukkan bentuk tersebut dari sudut pandangan sisi)
Segitiga
Bulatan                     Apa bentuk 2D yang kamu nampak jika kamu
                            melihatnya begini?
                            (Tunjukkan bentuk tersebut dari sudut pandangan
                            bawah)

                            Apa bentuk 2D yang kamu nampak jika kamu
                            melihatnya begini?
                            (Tunjukkan bentuk tersebut dari sudut pandangan atas)

                       3. Sebagai contoh, kon boleh dilihat seperti berikut:
                           Apabila dilihat dari sudut pandangan sisi, ia kelihatan
                            seperti sebuah segitiga.




                           Apabila dilihat dari sudut pandangan bawah, ia
                            kelihatan seperti sebuah bulatan.




                           Apabila dilihat dari sudut pandangan atas, ia kelihatan
                            seperti sebuah bulatan dengan satu titik di tengah-
                            tengahnya.




                       4. Ulangi langkah 2 dengan bentuk 3D yang lain. Minta
                          murid memperihalkan bentuk yang kelihatan berdasarkan
                          pemerhatian mereka.

                                                                                 194
                                           UNIT 11: BENTUK TIGA DIMENSI (3D)
                                                                             UNIT 11.2

   HASIL PEMBELAJARAN                    LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:             1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Lekatkan kad
Membandingkan dan              imbasan bentuk 3D pada papan tulis. Imbas kembali ciri-
mengkelaskan bentuk tiga       ciri bentuk 3D yang telah dipelajari pada Tahun 1.
dimensi berdasarkan ciri-
cirinya                     2. Minta murid menuliskan lirik dalam buku latihan dan
                               menyanyikan lagu berikut (mengikut irama lagu „This Is
                               The Way...‟):

                                 Bentuk 3D ada sisi
                                 Ada sisi, ada sisi
 BAHAN BANTU MENGAJAR            Bentuk 3D ada sisi
                                 Kecuali sfera
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:                    Kubus, kuboid dan piramid
1. Kad imbasan bentuk 3D         Ada bucu, ada bucu
   (Rujuk BBM ms.)               Kubus, kuboid dan piramid
2. Lembaran Aktiviti             Kesemuanya ada bucu
3. Gunting
4. Gam                      3. Bincang tentang lirik lagu di atas.

                               Soal jawab:
Bagi aktiviti pengukuhan:        Bandingkan sfera dan bentuk 3D yang lain.
Set bentuk 3D                    Apa yang berbeza?

                                 Kubus, kuboid dan piramid kesemuanya ada bucu.
                                 Apa lagi persamaan mereka?

                                 Namakan bentuk 3D yang mempunyai ... (sebutkan
                                 satu ciri bentuk 3D).

                            4. Bincang tentang persamaan dan perbezaan antara
                               bentuk 3D yang lain, contohnya, silinder dan kon kedua-
                               duanya mempunyai permukaan rata, permukaan
                               melengkung dan sisi melengkung tetapi silinder tiada
                               bucu.

                            5. Edarkan gunting dan gam kepada setiap kumpulan dan
                               lembaran aktiviti kepada setiap murid.

                            6. Murid perlu menggunting gambar bentuk 3D tersebut.
                               Kemudian secara berkumpulan, mereka berbincang
                               untuk mengkelaskannya mengikut ciri-ciri berkenaan serta
                               melekatkannya di dalam jadual.

                            7. Bincang dan bandingkan dapatan murid. Minta murid
                               melekatkan lembaran tersebut dalam buku latihan.

                            8. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu di atas.
                               Kaitkan lagu tersebut dengan lembaran aktiviti.

                            9. Edarkan Lembaran Kerja 11.2.

                                                                                         195
                                     UNIT 11: BENTUK TIGA DIMENSI (3D)


 PERBENDAHARAAN KATA                      AKTIVITI PENGUKUHAN

Bentuk 3D              1. Edarkan satu bentuk 3D kepada setiap murid.
Kiub
Kuboid                 2. Berikan arahan seperti berikut. Murid yang memegang
Silinder                  bentuk 3D dengan ciri yang disebutkan hendaklah berdiri
Piramid                   dan menunjukkan bentuk 3Dnya.
Kon
Sfera                       Tunjukkan ...
Ciri-ciri                   (Ulangi ayat ini sebelum setiap pembayang)
Permukaan melengkung
Permukaan rata              … bentuk yang mempunyai permukaan rata.
Bucu
Sisi melengkung        3. Ulangi langkah 3 bagi pembayang yang lain seperti:
Sisi lurus
Sama                        Bentuk yang mempunyai permukaan melengkung.
Berbeza
Bandingkan                  Bentuk yang mempunyai permukaan rata SAHAJA.
Kelaskan
                            Bentuk yang    mempunyai      permukaan     melengkung
                            SAHAJA.

                            Bentuk yang mempunyai bucu.

                            Bentuk yang mempunyai permukaan melengkung DAN
                            sisi.

                            Bentuk yang mempunyai permukaan rata DAN bucu.

                            Bentuk yang mempunyai bucu DAN sisi lurus.

                            Bentuk yang mempunyai permukaan rata DAN
                            permukaan melengkung.

                            Bentuk yang mempunyai sisi.

                            Bentuk yang mempunyai sisi lurus SAHAJA.

                            Bentuk yang mempunyai sisi melengkung SAHAJA.

                       4. Minta murid bertukar-tukar bentuk 3D sesama mereka.
                          Ulangi aktiviti ini.




                                                                                196
                                            UNIT 11: BENTUK TIGA DIMENSI (3D)
                                                                               UNIT 11.3

   HASIL PEMBELAJARAN                    LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:              1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan gam
Melabelkan bahagian-            kepada setiap kumpulan.
bahagian pada bentuk tiga
dimensi                      2. Sediakan enam stesen. Di setiap stesen, sediakan sampul
                                surat mengikut bilangan kumpulan yang berisi satu set
                                kad perkataan dan lembaran aktiviti yang berikut:
                                 Stesen A - Kubus
                                 Stesen B - Kuboid
                                 Stesen C - Sfera
                                 Stesen D - Silinder
 BAHAN BANTU MENGAJAR            Stesen E - Kon
                                 Stesen F - Piramid
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:                3. Di setiap stesen, setiap kumpulan perlu mengambil
1. Gam                          sampul surat yang disediakan dan melekatkan kad
                                perkataan yang betul pada bahagian-bahagian tertentu
2. Sampul surat
                                pada bentuk 3D berkenaan.
3. Set kad perkataan
   (Rujuk BBM ms.)           4. Setiap kumpulan perlu bergerak ke stesen berikutnya
4. Lembaran Aktiviti            apabila guru meniup wisel.
   (dicetak pada kertas A4
   mengikut bilangan         5. Teruskan aktiviti hingga kesemua stesen telah selesai.
   kumpulan dan diletakkan
                             6. Pada akhir permainan semua kumpulan     perlu
   di stesen yang telah
                                menyerahkan jawapan (dalam enam sampul surat).
   ditetapkan)                  Kumpulan yang berjaya menamatkan permainan
   (Rujuk BBM ms.)              dengan jawapan betul yang paling banyak dikira
                                pemenang.

Bagi aktiviti pengukuhan:    7. Edarkan Lembaran Kerja 11.3.
1. Papan tulis individu
2. Pen marker
3. Set bentuk 3D




                                                                                           197
                                     UNIT 11: BENTUK TIGA DIMENSI (3D)


 PERBENDAHARAAN KATA                     AKTIVITI PENGUKUHAN

Bentuk 3D              1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada
Kiub                      setiap murid.
Kuboid
Silinder
                       2. Pamerkan satu bentuk 3D. Seterusnya tunjuk pada satu
Piramid
Kon                       bahagian (bucu, sisi melengkung, sisi lurus, permukaan
Sfera                     melengkung atau permukaan rata) pada bentuk
Ciri-ciri                 tersebut. Minta murid menuliskan nama bahagian
Permukaan melengkung      tersebut pada papan tulis dan menunjukkan jawapan
Permukaan rata            mereka.
Bucu
Sisi melengkung        3. Ulangi langkah 2 dengan bentuk 3D yang lain.
Sisi lurus
Labelkan

                       Nota: Aktiviti ini juga boleh dijalankan secara berpasangan.
                             Murid pertama akan tunjuk pada satu bentuk 3D dan
                             rakannya akan menyebut nama bahagian tersebut.




                                                                                 198
                                             UNIT 11: BENTUK TIGA DIMENSI (3D)
                                                                             UNIT 11.4

  HASIL PEMBELAJARAN                       LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:               1. Adakan permainan „Lima Soalan Sahaja‟.
Mengenal pasti bentuk tiga
dimensi berdasarkan huraian   2. Lekatkan set kad imbasan bentuk 3D pada papan tulis.

                              3. Beritahu murid bahawa anda sedang memikirkan suatu
                                 bentuk 3D.

                              4. Murid hanya boleh menanyakan, paling banyak, lima
                                 soalan dan anda hanya boleh menjawab “Ya” atau
                                 “Tidak” bagi soalan tersebut, bergantung kepada bentuk
 BAHAN BANTU MENGAJAR            yang difikirkan.

Bagi sesi pengajaran &        5. Murid perlu menggunakan pembayang bentuk 2D dan
pembelajaran:                    ciri-cirinya sahaja ketika menanyakan soalan. Sebagai
Set kad imbasan bentuk 3D        contoh, soalan yang mungkin ditanyakan oleh murid bagi
(Rujuk BBM ms.)                  „silinder‟ adalah seperti berikut:

                                   Adakah bentuk itu mempunyai permukaan rata?
Bagi aktiviti pengukuhan:          (Jawapannya adalah “Ya”. Maka ianya mungkin kiub,
1. Set bentuk 3D                   kuboid, kon, silinder atau piramid)
2. Kotak/uncang berwarna
   gelap                           Adakah        bentuk    itu mempunyai permukaan
                                   melengkung?
                                   (Jawapannya adalah “Ya”. Maka ianya mungkin
                                   silinder, sfera atau kon)

                                   Adakah bentuk itu mempunyai bucu?
                                   (Jawapannya adalah “Tidak”. Maka ianya bukan kon
                                   atau sfera. Murid seharusnya boleh meneka ianya
                                   silinder tetapi mereka juga boleh menanyakan dua lagi
                                   soalan)

                                   Ia adalah silinder!

                              6. Setelah lima soalan itu diajukan, murid perlu meneka
                                 bentuk 3D apa yang sedang difikirkan oleh guru mereka.
                                 Murid boleh merujuk kepada set kad bentuk 3D pada
                                 papan tulis tadi.

                              4. Ulangi langkah 3 hingga 6 dengan bentuk 3D yang lain.

                              7. Edarkan Lembaran Kerja 11.4.


                              Nota: Jika perlu, tunjukkan cara permainan ini bersama
                                    beberapa murid.




                                                                                         199
                                     UNIT 11: BENTUK TIGA DIMENSI (3D)


 PERBENDAHARAAN KATA                     AKTIVITI PENGUKUHAN

Bentuk 3D              1. Masukkan satu set bentuk 3D ke dalam kotak/uncang
Kiub                      berwarna gelap.
Kuboid
Silinder               2. Masukkan kedua-dua tangan ke dalam kotak/uncang
Piramid                   tanpa melihat. Pegang suatu bentuk 3D tanpa
Kon                       mengeluarkannya daripada uncang.
Sfera
Ciri-ciri              3. Perihalkan bentuk 3D tersebut dengan menggunakan
Permukaan melengkung      pembayang bentuk 2D dan ciri-cirinya sahaja. Murid
Permukaan rata            perlu meneka nama bentuk 3D tersebut.
Bucu
Sisi melengkung        4. Kemudian pilih beberapa murid untuk mengulangi aktiviti.
Sisi lurus
Bentuk 2D
Segiempat sama
Segiempat tepat
Segitiga
Bulatan
Sama
Berbeza




                                                                                200

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags: tahun
Stats:
views:1322
posted:1/14/2011
language:Malay
pages:8