Contoh Soal Aliran Data by ofc24996

VIEWS: 579 PAGES: 20

More Info
									SENARAI KANDUNGAN
___________________________________________________


BIL.   TAJUK BAB                     MUKASURAT




 1.0   PENGHARGAAN                  TULISKAN NOMBOR



 2.0   PENDAHULUAN                  TULISKAN NOMBOR



 3.0   OBJEKTIF KAJIAN              TULISKAN NOMBOR



 4.0   KAWASAN KAJIAN               TULISKAN NOMBOR



 5.0   KAEDAH KAJIAN                TULISKAN NOMBOR



 6.0   DAPATAN KAJIAN               TULISKAN NOMBOR



 7.0   RUMUSAN KAJIAN               TULISKAN NOMBOR



 8.0   LAMPIRAN                     TULISKAN NOMBOR



 9.0   RUJUKAN                      TULISKAN NOMBOR
1.0 PENGHARGAAN
___________________________________________________

       Ucapan terima kasih ini ditujukan khususnya kepada ibu bapa saya yang telah banyak

memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan.



       Setinggi-tinggi penghargaan kepada _______________, guru geografi sekolah ini yang

telah memberikan tunjuk ajar dan panduan dan kepada Tuan Pengetua sekolah yang telah

memberi kebenaran untuk menjalankankan kajian ini.



       Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada responden-responden yang sudi ditemubual

dan memberi maklumat serta kerjasama sepenuhnya semasa kajian ini dijalankan.




                                          [1]
2.0 PENDAHULUAN
___________________________________________________

       Nama saya ………………………. . Saya adalah pelajar tingkatan ……………………..

di Sekolah _______________. Saya menjalankan Kerja Kursus Geografi bertajuk ‘Petempatan

di Kawasan ……………….. dan Perbandingannya Dengan Negara Singapura.



       Saya memilih kawasan ……………….. sebagai kawasan kajian saya adalah kerana saya

sudah biasa dengan kawasan ini. Selain itu, saya memilih negara Singapura. untuk dibandingkan

kerana saya mudah untuk mendapatkan maklumat tentang negara ini di internet.



       Saya telah mengambil masa selama 10 minggu untuk menyiapkan kajian ini. Ini

merupakan suatu pengalaman yang berguna dan menyeronokkan terutama semasa mengumpul

dan mendapatkan data serta maklumat untuk kajian ini.




                                           [2]
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
___________________________________________________

 Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:

 1. Mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan ………………..

    serta jenis dan pola petempatan terdapat di negara Singapura.

 2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan yang

    terdapat di kawasan ……………….. serta faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan

    pola petempatan terdapat di negara Singapura.

 3. Mengenalpasti fungsi petempatan yang terdapat di kawasan ……………….. serta fungsi

    petempatan terdapat di negara Singapura.

 4. Mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan ………………..

    serta masalah-masalah petempatan terdapat di negara Singapura.

 5. Mengenalpasti langkah-langkah mengatasi masalah petempatan yang terdapat di

    kawasan ……………….. serta langkah-langkah mengatasi masalah petempatan terdapat

    di negara Singapura.

 6. Menerapkan nilai-nilai murni seperti bersyukur dan cintakan kawasan tempat tinggal

    serta negara Malaysia.




                                          [3]
4.0 KAWASAN KAJIAN
___________________________________________________

PENERANGAN RINGKAS TENTANG KAWASAN KAJIAN

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

       Kawasan kajian saya ialah di ………………..……………….. yang terletak di Ipoh, Perak,

Malaysia. Saya telah tinggal di kawasan ini selama ……………….. tahun. Kebanyakan penduduk di

kawasan kajian saya adalah berbangsa ……………….. Terdapat banyak kawasan petempatan serta

taman-taman perumahan yang berdekatan kawasan kajian saya seperti ………………..……………

Terdapat ciri-ciri pandang darat fizikal di sekitar kawasan kajian saya seperti ………………………

Selain itu, terdapat juga banyak ciri-ciri pandang darat budaya di kawasan ini seperti ………………

………………..……….



LATAR BELAKANG NEGARA BANDINGAN

       Negara bandingan kajian saya ialah           Singapura. Singapura ialah sebuah negara di Asia

Tenggara yang terletak di penghujung Semenanjung Malaysia, berhampiran dengan Negeri Johor

Darul Takzim (Malaysia) dan Kepulauan Riau (Indonesia). Negara yang seluas 692.7 km persegi ini

mempunyai penduduk yang berjumlah 4.16 juta, terdiri daripada bangsa Cina (76.8%); Melayu

(13.9%); India (7.9%) dan lain-lain (1.4%).




                                              [4]
PETA KAWASAN KAJIAN

TAJUK PETA       :   LOKASI KAWASAN KAJIAN DALAM PETA DAERAH

KAWASAN KAJIAN :     ………………………………………………………………………




    PETUNJUK :

              KAWASAN KAJIAN




                                [5]
PETA NEGARA YANG DIBANDINGKAN

TAJUK PETA    :   PETA NEGARA YANG DIBANDINGKAN.

NAMA NEGARA
      U       :   SINGAPURA




                              [6]
PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN

TAJUK PETA            :   PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN.

KAWASAN KAJIAN :          ………………………………………………




                                                             U




PETUNJUK :

             Petempatan                         Jalan Raya


             Bukit                              Kolam


             Sungai                             Hutan



                                     [7]
5.0 KAEDAH KAJIAN
___________________________________________________

      Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam

mencari dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara kaedah yang

telah saya gunakan adalah kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik serta kaedah rujukan

menggunakan internet.



   1. Kaedah Pemerhatian

             Saya telah memerhatikan jenis dan pola petempatan di kawasan kajian saya. Saya

              telah membuat catatan serta mengumpul data melalui pemerhatian yang saya

              lakukan selama 1 minggu.



   2. Kaedah Soal Selidik

             Saya telah menggunakan kaedah soal selidik untuk mengetahui masalah-masalah

              yang berlaku di kawasan kajian saya. Seramai 20 orang responden telah terlibat

              dalam soal selidik ini.



   3. Kaedah Rujukan Internet

             Saya telah menggunakan rujukan internet untuk mendapatkan data dan maklumat

              tentang negara yang saya bandingkan dalam kajian ini. Alamat laman web yang

              saya telah lawati terdapat dalam Bab Rujukan.




                                           [8]
6.0 DAPATAN KAJIAN
___________________________________________________

6.1. MENGENALPASTI JENIS DAN POLA PETEMPATAN YANG TERDAPAT DI
   KAWASAN ……………….. SERTA JENIS DAN POLA PETEMPATAN TERDAPAT
   DI NEGARA SINGAPURA


   Jenis Dan Pola Petempatan Yang Terdapat Di Kawasan ……………….
        Kawasan ………………… merupakan kawasan petempatan bandar / luar bandar .
   Kawasan kajian saya terdiri daripada banyak kawasan taman perumahan seperti
   ………………..……………….. Pola petempatan di kawasan kajian saya adalah petempatan
   terancang / berpusat / berjajar / berselerak. Kebanyakan rumah-rumah dibina secara rapat
   dan dihubungkan dengan jalan raya untuk memudahkan pergerakan penduduk.


   Jenis Dan Pola Petempatan Yang Terdapat Di Negara Singapura
        Singapura merupakan salah satu negara yang paling padat di dunia. 85% daripada
   rakyatnya tinggal di rumah pangsa yang disediakan oleh Majlis Pembangunan Perumahan
   Singapura. Kawasan perumahannya adalah jenis petempatan bandar dan rumah-rumah
   pangsa banyak dibina secara pola terancang. Bangunannya adalah rapat untuk menampung
   penduduk yang ramai seperti yang terdapat di sekitar Kawasan Toa Payoh dan Queenstown.
   Jumlah penduduk di Singapura amat padat dan tidak sesuai dengan keluasan negara
   Singapura yang agak kecil jika dibandingkan dengan Malaysia.


          Saya    berasa    amat    bersyukur    kerana    saya    tinggal   di   kawasan
   …………………………………………... kerana jika dibandingkan dengan perumahan di
   Singapura, kawasan tempat tinggal saya jauh lebih luas dan selesa. Negara kita mampu
   menampung jumlah rakyatnya yang jauh lebih tinggi serta kerajaan selalu memainkan
   peranan untuk memajukan kawasan perumahan di negara ini.




                                         [9]
6.2. MENGENALPASTI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN DI
   KAWASAN …………………….. DAN NEGARA SINGAPURA
   Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan Di Kawasan ……………………..
   a. Faktor Bentuk Muka Bumi
         Bentuk muka bumi yang terdapat di ……………………………………….. adalah
   kawasan tanah pamah. Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian, sebahagian besar
   bentuk muka bumi kawasan ini adalah luas dan rata. Keadaan muka bumi yang sedemikian
   telah mempengaruhi pola petempatan di kawasan ini. Rumah-rumah telah dibina di kawasan
   perumahan yang terancang dan sistematik.
   b. Faktor Darjah Ketersampaian
         Perkembangan ekonomi yang pesat di ……………………………… menyebabkan
   pembinaan jalan raya diperluaskan. Contoh jalan raya utama               di sini ialah
   ………………………….. ……………………………………… ……………………………
   Dengan adanya jalan raya ini, penduduk di sekitar kawasan kajian mudah untuk pergi dan
   sampai ke kawsan-kawasan lain.


   Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan Di Negara Singapura
   a. Faktor Bentuk Muka Bumi
         Singapura merupakan negara kota pulau yang kecil. Keluasan daratannya adalah 6927
   km². Bentuk muka bumi di Singapura juga adalah sama seperti di kawasan kajian saya iaitu
   bertanah pamah. Walaubagaimanapun, petempatan di Singapura adalah lebih padat.
   b. Faktor Darjah Ketersampaian
         Sistem pengangkutan yang efisien telah digunakan di negara Singapura. Antaranya
   adalah seperti penggunaan MRT (Mass Rapid Transit System). MRT digunakan secara
   meluas di Singapura. Ia memberikan perkhidmatan yang lengkap kepada seluruh negara
   Singapura.


            Saya mewakili penduduk di kawasan kajian saya merasa amat bersyukur kerana
   berpeluang menikmati keselesaan kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang terdapat
   di kawasan yang dikaji. Saya juga rasa amat berbangga menjadi rakyat negara Malaysia
   kerana kawasan petempatan di negara ini adalah sebanding dengan kawasan petempatan
   dengan negara maju seperti di negara Singapura.




                                         [ 10 ]
6.3. MENGENALPASTI FUNGSI PETEMPATAN DI KAWASAN ……………………..
  DAN NEGARA SINGAPURA
  Fungsi Petempatan Di Kawasan ……………………..                    PILIH 1 SAHAJA
  a. …………………………………………………………                                  Pusat Perniagaan
        Fungsi    petempatan     yang     terdapat   di      Pusat Perdagangan
  ……………………………………………….. adalah                                Kawasan Perindustrian
  ………………………………………………………..                                    Kawasan Pertanian
  Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian, terdapat       Kawasan Pelancongan
  banyak ……………………………………………...                                Pusat Pengangkutan dan
  seperti ………………………………………………..                               Perhubungan,
  Fungsi petempatan ini sangat penting kerana ia dapat       Pusat Pendidikan
  menjana kestabilan dan kemakmuran negara.                  Pusat Pentadbiran




  Fungsi Petempatan Di Negara Singapura
  a. Pusat Pelancongan
        Salah satu fungsi petempatan yang terdapat di Singapura adalah sektor pelancongan
  seperti yang terdapat di Pulau Sentosa. Pulau Sentosa merupakan sebuah pulau kecil yang
  mempunyai kawasan petempatan serta juga menjadi tarikan pelancong di negara Singapura.
  Antara tarikan utama yang terdapat di situ adalah seperti kawasan pantai buatan manusia
  yang indah serta taman-taman hiburan yang menarik. Terdapat ramai pelancong tempatan
  serta antarabangsa yang mengunjungi kawasan ini.




        Negara kita adalah sebuah negara yang stabil serta makmur. Kita seharusnya
   bekerjasama untuk memastikan kestabilan serta kemakmuran ini sentiasa kekal. Dengan
   membandingkan kawasan kajian saya dengan negara Singapura, saya merasakan negara
   kita juga setanding dengan negara-negara lain di luar sana.




                                         [ 11 ]
6.4. MENGENALPASTI MASALAH PETEMPATAN DI KAWASAN ……………………..
   DAN NEGARA SINGAPURA


   Masalah Petempatan Di Kawasan ……………………..
   Saya telah menjalankan kaedah soal selidik dengan memberikan borang soal selidik kepada
   20 orang responden. Saya telah mengenalpasti beberapa masalah petempatan di kawasan
   kajian. Hasil soal selidik ini dapat diihat dalam jadual di bawah.



   Jenis Masalah                                       Bilangan Responden Yang Menanda √


   Pencemaran sampah sarap                                                   16

   Kesesakan lalulintas                                                      15

   Kekurangan infrastruktur                                                   2

   Masalah sosial                                                             8

   Kekurangan tempat tinggal                                                  1

   Darjah ketersampaian yang rendah                                           0

   Banjir                                                                     4


       Jadual menunjukkan masalah-masalah petempatan di kawasan .........................
                        Sumber : Soal selidik 20 orangresponden.

   Masalah Pencemaran Sampah Sarap
   Melalui      pemerhatian,        saya     telah     mendapati        bahawa       petempatan        di     kawasan
   …………………………………… mempunyai beberapa kawasan longgokan sampah sarap.
   Penduduk di kawasan ini suka mengambil jalan mudah untuk membuang sampah secara
   longgokan di tepi-tepi jalan.


   Masalah Kesesakan Lalu Lintas
               Oleh disebabkan petempatan yang agak padat di kawasan kajian, pertambahan
   bilangan kenderaan juga turut menyumbang kepada kesan negatif. Kesesakan lalu lintas
   sering berlaku di Jalan ........................................................................ Ini telah menyebabkan
   kesesakan lalu lintas berlaku, lebih-lebih lagi ketika waktu pagi dan petang.




                                                     [ 12 ]
Masalah Petempatan Di Negara Singapura
Sebagai sebuah negara perindustrian yang paling maju, negara Singapura juga tidak terlepas
daripada memberi kesan terhadap alam sekitar. Antara kesan-kesan petempatan yang
dihadapi oleh negara Singapura termasuk masalah pencemaran sungai, serta juga masalah
kesesakan lalu lintas.


Masalah Pencemaran Sungai
Singapura turut mempunyai sungai-sungai yang tercemar akibat kegiatan manusia. Sungai
seperti Sungai Kallang, Sungai Whampoa dan Sungai Rochor di Singapura dikenalpasti
telah tercemar akibat aktiviti seperti pembuangan sampah, air dari kawasan pembentungan
serta aliran air dari kawasan penternakan babi serta itik. Sungai sungai tersebut telah
bertukar warna serta menjadi kotor akibat kegiatan manusia di sekitarnya.


Masalah Perubahan Landskap
Perubahan landskap juga turut berlaku akibat kegiatan manusia terhadap alam sekitar di
Singapura. Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Singapura telah menjalankan projek
penebusgunaan tanah dengan menambak laut di pingir pantai, projek tersebut sering kali
membawa bantahan daripada negara Malaysia kerana dikatakan projek-projek tersebut telah
mengubah arus laut di sekeliling pantai yang berdekatan dengan negara itu.




             Kita seharusnya peka kepada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran
kita. Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak
melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang dengan sewenang-wenangnya.
Bagi mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan seperti di atas, kita hendaklah sama-sama
menjaga alam sekitar kita agar tidak tercemar dan sebagainya. Kita seharusnya bersyukur
dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.




                                       [ 13 ]
6.5. LANGKAH-LANGKAH          MENGURANGKAN          MASALAH   PETEMPATAN          DI
   KAWASAN …………………….. DAN NEGARA SINGAPURA



        Langkah :                                               Langkah :
 Penguatkuasaan Undang-                                   Berkongsi Kenderaan /
         Undang                                          Menaiki Kenderaan Awam



        Masalah :                                               Masalah :
 Pencemaran Sampah Sarap                                  Kesesakan Lalu Lintas




                            Kawasan …………………………….




                                 LANGKAH-
                                 LANGKAH
                               MENGURANGKAN
                                 MASALAH
                                PETEMPATAN




                                 Negara Singapura




       Masalah :                                                Masalah :
   Pencemaran Sungai                                       Perubahan Landskap



        Langkah :                                              Langkah :
    Clean River Project                                   Mewartakan Kawasan
(Projek Membersih Sungai)                                 Warisan Alam Sekitar




                                      [ 14 ]
Langkah Mengurangkan Kesan Pencemaran Sampah Sarap di ...............................................
Kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar agar
alam sekitar semakin terjaga. Dengan menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat
lagi, masalah pembakaran terbuka yang berlaku boleh di tangangi oleh kita. Tong sampah
kitar semula juga haruslah lebih banyak disediakan oleh Majlis Pembandaran dan juga tapak
pelupusan sampah juga haruslah disediakan oleh kerajaan. Akhir sekali, untuk mengatasi
masalah ini, kita sebagai penduduk haruslah bertanggungjawab terhadap diri sendiri dengan
menjaga kawasan ini dengan baik.


Langkah Mengurangkan Kesan Kesesakan Lalulintas di ........................................................
Untuk mengurangkan kesan kesesakan lalulintas di kawasan kajian, penduduk di sekitar
kawasan ini boleh melaksanakan langkah berkongsi kereta. Kesesakan lalulintas yang
biasanya berlaku adalah disebabkan banyak orang menggunakan kenderaan masing-masing
untuk keluar walaupun arah dan tujuannya adalah sama, contohnya menghantar anak ke
sekolah. Jika berkongsi kenderaan, jalan raya akan menjadi lebih selesa. Selain itu,
menggunakan kenderaan awam seperti bas juga boleh boleh mengatasi masalah kesesakan
lalulintas di kawasan ini.


Langkah Mengurangkan Kesan Pencemaran di Singapura
Kerajaan Singapura telak melaksanakan Projek Membersih Sungai (Clean River Project) untuk
memastikan sungai sungai yang telah tercemar kembali menjadi bersih. Mereka telah
mengenalpasti kawasan yang menjadi punca pencemaran sungai ini seperti kawasan
perindustrian, ladang-ladang ternakan babi dan itik, penjaja jalanan serta kawasan pasar yang
sering menyalurkan bahan buangan terus ke sungai. Setelah itu, ada antara kawasan tersebut
telah dipindahkan ke kawasan baru dalam penstrukturan semula kawasan sekitar sungai. Projek
ini telah berjaya menjadikan sungai-sungai yang tercemar kembali manjadi bersih.


Langkah Mengurangkan Kesan Perubahan Landskap di Singapura
Untuk mengurangkan kesan perubahan landskap di kawasan penambakan tanah di sekitar
pinggir laut di Singapura, mereka boleh mewartakan kawasan pinggir laut mereka sebagai
tapak warisan alam yang harus dipelihara. Pembangunan yang pesat adalah perlu namun
kita juga harus menjaga alam sekitar supaya tidak dirosakkan. Kawasan yang diwartakan
sebagai tapak warisan alam tidak boleh diganggu oleh sebarang pembangunan yang akan
merosakkan landskap kawasan tersebut. Oleh yang demikian, kawasan tersebut akan
sentiasa terpelihara keaslian landskapnya.

                                              [ 15 ]
    Setelah menghuraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan
kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kedua-dua kawasan, saya berpendapat kita
sebagai anggota masyarakat seharusnya peka dengan isu-isu yang melibatkan alam sekitar.
Kita juga harus memainkan peranan yang aktif dalam memastikan alamsekitar kita terjaga
dan terpelihara. Selain itu, kita juga harus menyokong usaha-usaha kerajaan dalam
kempen-kempen penjagaan alam sekitar dan sentiasa berganding bahu memastikan negara
yang tercinta ini kekal sebagai warisan alam selama-lamanya.




                                      [ 16 ]
7.0 RUMUSAN KAJIAN
___________________________________________________

     Sesungguhnya, kajian ini telah memberikan banyak kesan yang positif. Melalui kajian ini,

saya telah lebih mengetahui tentang jenis dan pola petempatan di kawasan kajian serta di negara

Singapura. Kajian ini juga memberi saya maklumat tentang faktor mempengaruhi petempatan di

kawasan kajian serta di Negara Singapura. Selain itu saya juga dapat mengenalpasti fungsi

petempatan di kawasan kajian dan juga di Negara Singapura. Akhir sekali saya turut mengetahui

masalah petempatan di kawasan kajian serta serta di Negara Singapura dan juga dapat

mengenalpasti langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di kawasan Gunung Rapat

serta di Negara Singapura.



     Kajian ini juga telah menyedarkan saya bahawa kita seharusnya merasa bersyukur terhadap

persekitaran kita. Jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan yang kurang bernasib baik,

kawasan tempat tinggal saya serta negara kita adalah jauh lebih bertuah kerana mempunyai

kegiatan ekonomi yang amat baik serta kemudahan yang sempurna serta penduduk yang

harmoni. Oleh yang demikian kita seharusnya menghargai apa yang ada dan menyayangi negara

kita sedalam-dalamnya. Persekitaran yang terpelihara mencerminkan penduduknya yang

sentiasa menghargainya.




                                           [ 17 ]
8.0 LAMPIRAN
___________________________________________________

 -   Surat kebenaran menjalankan kajian.
 -   Surat pengenalan diri untuk menjalankan kajian.
 -   Borang soal selidik.
 -   Borang temubual
 -   Panduan Penulisan Kerja Kursus Geografi
 -   Rujukan-rujukan yang difotostat atau dicetak dari internet




                                           [ 18 ]
9.0 RUJUKAN
___________________________________________________

Rujukan dari Buku Teks / Buku Ilmiah
Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Vincent De Selva Santhanasamy, Lim Jin Fou, 2006.
      Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn.
      Bhd.
Goh Cheng Leong, 2000. Atlas Eksplorasi Geografi KBSM. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar
      Bakti Sdn. Bhd.
Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tah Koh Lim, 2004. Buku Teks Geografi Ting. 3. Kuala
      Lumpur : PTS Publications And Distributors Sdn. Bhd.


Laman Web
http://www.scribd.com/doc/3104555/Folio-Geografi-PMR-2008-Jaringan-Pengangkutan
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=GEO&b=FEB&m=1&r=m&i=NOTA
http://kudeed.tblog.com/post/1969953506
http://www.scribd.com/doc/3295505/Langkahlangkah-mengurangkan-Kesan-Kegiatan-Ekonomi
http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/alam_pencemaran.asp
http://www1.moe.edu.sg/learn@/singaporerivertrail/sec/G041_Dunman_Sec/river_cleaning.htm




                                          [ 19 ]

								
To top