Kaedah Pengajaran by syliw

VIEWS: 2,124 PAGES: 32

									  Kaedah
Pengajaran
Sumbang saran                   Bercerita



                Kaedah/Teknik
                 Pengajaran
                                Penyelesaian
Perbincangan
                                  masalah



                  Demonstrasi
Sumbang saran
• Mengikut Orlich et al. (2007),sumbang saran
  merupakan satu teknik pembinaan kemahiran yang
  mudah dan berkesan jika satu tahap kreativiti
  tinggi diperolehi dalam pembelajaran yang diingini.

• Sumbang saran ialah satu teknik perbincangan
  yang kreatif untuk mendapatkan beberapa idea
  daripada sesuatu kumpulan dalam masa yang
  terkawal.
• Merupakan aktiviti perbincangan di mana ahli
  dalam kumpulan mengemukakan seberapa
  banyak idea dengan tujuan menyelesaikan
  masalah .

• Ketua kumpulan mengemukakan satu soalan,
  masalah, ataupun tajuk. Seterusnya, murid-murid
  akan memberi jawapan-jawapan, kata-kata dan
  idea-idea yang berkemungkinan. Sumbangan
  sedemikian diterima tanpa sebarang kritikan atau
  penilaian.
• Setiap ahli digalakkan untuk memberikan idea
  dan idea itu akan dikaji dengan teliti .Idea yang
  paling sesuai akan diterima sebagai rumusan
  perbincangan.     Keputusan     yang       dicapai
  merupakan keputusan kumpulan.

• Sumbang saran bertujuan untuk melatih pelajar
  mengemukakan idea atau pandangan yang
  bernas.Pelajar berpeluang untuk menyelesaikan
  masalah secara bersama.
Peraturan Sumbang saran
# Semua idea kecuali jenaka harus diterima dan dicatatkan .

# Tiada kritikan terhadap mana-mana idea atau cadangan.

# Ahli kumpulan harus menambah idea rakan-rakan.Pada analisis

  akhir, idea bukan kepunyaan individu, tetapi kepunyaan semua ahli.

# Ketua kumpulan harus         cuba mengalakkan semua ahli untuk

  mengemukakan idea serta memberikan peneguhan positif.

#Kualiti idea tidak begitu dipentingkan.Namun, ahli digalakkan untuk

  berfikir secara kreatif dan berintelek.
Kelebihan Sumbang saran
 Semua pelajar melibatkan diri dalam mengemukakan
  idea. Semua pelajar berpeluang untuk berkongsiu idea,
  pandangan, pengalaman, dan pengetahuan baru.

 Mengalakkan pemikiran kreatid dan kritis dalam
  kalangan pelajar.gerak balas yang spontan daripada
  pelajar boleh melahirkan idea-idea yang baharu dan
  kreatif.

 Nilai-nilai murni dipupuk dan wujudnya unsur hormat-
  menghormati idea atau ppendapat orang lain.Selain itu
  , wujudnya saling interaksi antara pelajar.
Bercerita
Bercerita
• Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan
  imaginasi pelajar, selain melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran
  dan kecekapan bahasa, terutamanya kemahiran lisan.

• Apabila bererita , pelajar dilatih untuk lebih mengenali masyarakat
  sekitar mereka dan kehidupan berdasarkan cerita-cerita yang
  didengar.Secara     langsungnya,      pelajar   dapat   memperluas
  pengalaman dan pengetahuan dalam pelbagai biddang jika cerita
  berkait dengan kehidupan seharian.

• Pelajar digalakkan untuk mendengar cerita secara kritis supaya
  berfikiran matang dan berketrampilan.Dalam proses penceritaan,
  pelajar dapat menghayati nilai-nilai murni melalui pemodelan watak-
  watak baik yang ditonjolkan dalam cerita.
Teknik bercerita
• 1)Guru boleh berceritakeseluruhan cerita dan
  pelajar mencatat urutan peristiwa.
• 2)Guru bercerita keseluruhan cerita dan pelajar
  menceritakan semula.
• 3)Guru menceritakan awal cerita dan pelajar
  meramalkan kesudahan cerita.
• 4)Guru juga boleh menceritakan bahagian akhir
  cerita dan pelajar membina permulaan cerita.
• 5)Pelajar diminta untuk mendengar rakaman
  cerita dan pelajar menceritakan semula cerita
  tersebut.
• Teknik bercerita membawa manfaat kepada
  pelajar dan sesuai digunakan untuk pelajar
  sekolah rendah.
• Selain memberikan peluang kepada pelajar
  mendengar dengan teliti dan bertutur dengan
  baik, ia dapat meningkatkan kemahiran
  membaca dan menulis.
• Guru juga dapat mengalakkan pelaar
  berkomunikasi dengan berkesan di samping
  membanu pelajar meningkatkan penguasaan
  perbendharaan kata dalam kalangan pelajar.
Perbincangan
Perbincangan
Mengikut Gauthier (2001), perbincangan
  merupakan satu pproses aktif yang melibtkan
  guru     dan     pelajar   dalm    persekitaran
  pembelajaran.
Perbincangan bukan sahaja merangsang
  interaksi antara pelajar secara bermakna, juga
  mengalakkan pelbagai pembelajaran yang
  merangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan
  proses-proses pembelajaran.
• Orlich et al. berpandangan bahawa
  perbincangan merupakan teknik yang boleh
  meningkatkan kemahiran pemikiran dan
  pertuturan pelajar.
• Perbincangan digunakan oleh guru untuk
  mencapai tiga objektif pengajaran , iaitu
  1)meningkatkan pemikiran dan membantu
  pelajar membina kefahaman kandungan
  2)merangsang penglibatan
  3)membantu pelajar menguasai kemahiran
  komunikasi dan proses pemikiran ( Arends,
  2001).
Jenis perbincangan
1)Perbincangan Terbuka :
 - Kemukakan satu soalan terbuka atau benarkan murid-murid
  berbuat demikian;
 - Semua murid pertimbangkan soalan tersebut ;
 - Benarkan hentian antara respon mereka bagi menggalakkan
  respon lanjutan atau yang berbeza;
 - Bina dialog murid-dengan- murid semasa perbincangan;
 - Hormati soalan-soalan dan respon-respon mereka;
 - Mainkan peranan sebagai pendengar yang peka,
  mediator,penggalak,rakan kongsi pembelajaran dan penyoal.
2)Perbincangan Terbimbing
- Kemukakan satu soalan yang menggalakkan penerokaan
  satu tema,topik atau isu;
- Peruntukan masa untuk menyoal;
- Setelah satu tempoh masa tertentu, galakkan murid-murid
  untuk mengadakan perbincangan sesama mereka dengan
  membentuk dan bertanya soalan-soalan yang relevan
  dengan topik yang berkenaan.
3)Bulatan atau Perbincnagan Jenis ‘Kayu Bercakap ’
- Digunakan    untuk    murid-murid    membuat   refleksi   terhadap
  pengalaman mereka atau membincangkan perasaan masing-masing:

- Kumpulkan mereka dalam bulatan;

- Ahli yang memegang satu objek atau ‘kayu bercakap’mempunyai
  opsyen untuk berkongsi komen dn pendapat, manakala ahli-ahli yang
  lain dalam bulatan tersebut hanya mendengar sahaja;

- Kemudian ‘kayu bercakap’tadi akan diserahkan kepada ahli yang
  duduk di sebelah;
- Sesuai digunakan untuk kumpulan besar atau kecil, ataupun dengan

  bulatan berbentuk balang ikan (fishbowl).
4) Perbincangan Balang Ikan
- Murid-murid membentuk dua bulatan;
- Mereka yang berada di luar hanya jadi
  pendengar      manakala     dalam       bulatan
  dalaman akan mengadakan perbincangan
  antara satu sama lain berdasarkan satu
  topik yang telah dikenalpasti terlebih dahulu;
- Selepas      satu   tempoh      masa      yang
  diperuntukkan, ahli-ahli kedua-dua bulatan
  ini bertukar tempat dan peranan.
  Kaedah
Demonstrasi
Kaedah Demonstrasi
- Demonstrasi merupakan satu cara untuk
  melatih pelajar memerhati dan melakukan
  sesuatu aktiviti mengikut prosedur.
- Demonstrasi melibatkan guru atau seseorang
  individu menunjuk cara di hadapan kelas untuk
  menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur
  atau     langkah.Pelajar-pekajar    lain akan
  memerhati, mendengar penerangan dan
  melihat sebelum aktiviti yang sama dilakukan
  oleh mereka.
• Demonstrasi,      sebagai  teknik   pengajaran
  bertujuan untuk memberikan peluang kepada
  pelajar agar benar-benar memahami perkara
  yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur
  yang ditunjukkan.
• Ia dapat meningkatkan ingatan pelajar terhadap
  langkah-langkah sesuatu pelaksanaan atau
  eksperimen.
• Proses melibatkan diri dalam demonstrasi
  setelah memerhati contoh dapat meningkatkan
  keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu
  aktiviti atau eksperimen.
                                   Mendemonstrasi cara
Menjalankan uji kaji tentang       menyediakan rak kasut
pernafasan tumbuhan ( Sains)       ( Kemahiran Hidup)




                                   Mendemonstrasi cara
Menunjuk cara –cara membuat
                                   menyediakan
kuih lapis( Ekonomi Rumah
                                   bakul/tikar(Pendidikan Semi/kraf
Tangga)
                                   Tangan)



                  Mendemonstrasi cara lompatan
                  atau lontar peluru ( Pendidikan
                  Jasmani)
Penyelesaian
  Masalah
Penyelesaian Masalah
 Penyelesaian masalah merujuk kepada sesuatu proses
  pembelajaran inkuiri di mana pelajar mencari jawapan
  untuk soalan yang relevan kepada mereka.



 Teknik ini berasakan falsafah konstruktivisme di mana
  pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses
  pembelajaran.

 Peranan guru adalah untuk mewujudkan persekitaran
  yang membolehkan pelajar mengambil bahagian dan
  berinteraksi dalam aktiviti bilik darjah atau npenerokaan
  melalui internet.
Proses dalam penyelesaian masalah merangkumi :
a)Pelajar mengenal pasti masalah
b)Menjelaskan isu-isu
c) Mencadangkan cara untuk memperoleh
   maklumat yang diperlukan.
d)Menilai idea-idea dan rumusan.

  Sepanjang proses ini, guru perlu
 memberikan maklum balas kemajuan
 daripada    pelajar terhadap proses
 penyiasatan mereka.
• Penyelesaian masalah memberikan kebebasan kepada
  pelajar     untuk       menyiasat  masalah     dan
  bertanggungjawab untuk mencapai penyelesaian.
• Contoh P&P yang menggunakan penyelesaian masalah
  harus terdiri daripada masalah autenik atau isu-isu
  terdekat dengan pelajar:
 a)Aktiviti menjawab soalan dan perbincangan
  berdasarkan bahan kesusasteraan yang memerlukan
  daya pemikiran kritis dan kreatif.
  b)Aktiviti pengayaan di mana persoalan dan
  permasalahan sesuatu bahan latihan secara lisan,
  bacaan atau penulisan.
• Aktiviti geografi seperti masalah persekitaran sekolah,
  iaitu pencemaran bunti, bilik darjah sempit dan sesak
  serta tempat meletak kereta yang terhad.

• Aktiviti kajian tempatan di mana pelajar menyelesaikan
  masalah lalu lintas di luar sekolah.

• Penyelesaian masalah dapat mewujudkan proses
  pembelajaran   yang     berpusatkan   pelajar   dan
  memerlukan    penglibatan    aktif  pelajar   dalma
  pembelajaran.

• Guru memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar
  dengan bebas tanpa sekatan, menyiasat, membina idea
  dan meneroka idea dengan cara yang tersendiri.
•  Satu lagi perspektif daripada pengajaran berasaskan
  penyelesaian masalah ialah TOC(Theory Of Constraints)yang
  boleh digunakan secara berasingan atau digandingkan dengan
  kaedah lain untuk membentuk sistem penyelesaian masalah
  dan pengurusan perubahan yang sesuai.
• Cara ini digunakan untuk penyelesaian masalah, di samping
  memudahkan komunikasi, kerjasama dan persetujuan dalam
  kalangan mereka yang terlibat dalam penyelesaian masalah
  tersebut.
• TOC merupakan satu alat berfikir dan komunikasi yang amat
  efektif (Vishalache Balakrishnan, 2002).
• Alat-alat ini membolehkan pelajar menerangkan masalah dan
  mencipta penyelesaian yang kreatif, menganalisis secara
  berkesan, berfikir melalui akibat terhadap tindakan dan idea-
  idea serta mengaplikasi apa-apa yang dipelajari sehingga
  mencapai keputusan dalam satu cara yang bertanggungjawab.
• TOC berpaksikan aplikasi prinsip-prinsip saintifik dan
  penaakulan logik untuk membimbing organisasi
  berasaskan manusia untuk mencapai matlamat secara
  berterusan.


• Menurut TOC,setiap organisasi sama ada koprat atau
  awam, perniagaan atau pendidikan mempunyai sekurang-
  kurangnya satu konstrain( perkara yang menghalang atau
  menjejaskan     pencapaian     matlamat   yng    telah
  ditetapkan)pada satu-satu masa.

• Sebagai langkah mengurus prestasi organisasi tersebut
  ,maka konstrain harus dikenalpasti dahulu sebelum
  ditangani dengan betul.
 Goidratt mengesyorkan lima langkah
  menyelesaikan masalah iaitu:
Langkah 0 (sifar):Lafazkan matlamat organisasi.
Langkah 1: Kenalpasti konstrain.
Langkah 2:Putuskan bagaimana konstrain boleh
          ditangani.
Langkah 3: Selaraskan usaha dan kerjasama
           semua pihak yang berkenaan untuk
           mengatasi konstrain ini.
Langkah 4 :Atasi konstrain tersebut.
Langkah 5:Sekiranya didapati ada pergerakan
          pada konstrain tersebut, kembali ke
           langkah 1.
• Antara alat yang digunakan untuk memperkatakan intuisi
  peserta terdiri daripada awan, cabang pokok dan pohon
  sasaran.

• Alat-alat ini bukan sahaja sesuai untuk pemikiran kognitif
  atau moral, tetapi alat ini membolehkan pelajar berfikir
  secara sistematik pada awalnya apabila menghadapi
  dilema moral sebelum bertindak terhadapnya.
             Analisis PMI dalam Teori Behavioris
       Plus                   Minus       Interesting
   (Kelebihan)             (Kekurangan) (keistimewaan)
Hasil tingkah laku yang   Hanya akan berkesan       Dapat mengesan tahap
diingini diperolehi       pada tahap-tahap          kognitif subjek.
dengan cepat.             kognitif tertentu.

Kesan tingkah laku         Tahap umur               Pelaksanaan bergantung
positif boleh dipupuk     (Hanya berkesan pada      pada pengalaman
dari awal.                tahap umur tertentu).     individu.

Hasil pembelajaran yang   Tindakan memerlukan       Proses Pengajaran dan
berkesan                  tahap persekitaran yang   pembelajaran lebih
                          sesuai.                   menarik dan kreatif.

								
To top