Docstoc

PINDAAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1993

Document Sample
PINDAAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1993 Powered By Docstoc
					                                              1




UMNO     LUCUT     KEKEBALAN      RAJA-RAJA
MELAYU
(Berdasarkan Berita/ Rencana/Lidah Pengarang
Akhbar-Akhbar Arus Perdana 1992-1993)

Oleh
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim
Dato’ Menteri Besar Selangor.




29 Nov 2010; 23 Zulhijah 1431.
                                                  2




                   Senarai Kandungan



1.   Pendahuluan

2.   Latar Belakang

     a. Perlembagaan Malayan Union

     b. Perlembagaan Tanah Melayu

3.   Sistem Raja Berperlembagaan

     a. Yang di-Pertuan Agong

     b. Majlis Raja-Raja

     c. Raja-Raja Melayu

4.   Keperluan Mewujudkan Sistem Demokrasi
     Berparlimen dan Raja Berperlembagaan


5.   Liputan Media Massa


     a. Krisis Istana atau Krisis Perlembagaan?
                                                   3




     b. Hubungan Kerajaan dengan Sultan Kelantan
     c. Insiden Gomez

6.   Pindaan yang Dicadangkan


7.   Justifikasi Umno, Semangat ‟46, DAP dan PAS
     terhadap Pindaan Perlembagaan

8.   Akhirnya Pindaan Perlembagaan Diluluskan!


9.   Ulasan dan Penutup
     a. Ulasan
     b. Penutup
                                               4




1. Pendahuluan


Kajian ringkas ini memperkatakan rentetan
peristiwa yang akhirnya dilakukan pindaan dalam
Perlembagaan bertujuan menghapuskan kekebalan
dan keistimewaaan raja-raja Melayu dan kerabat,
dan diluluskan Parlimen Malaysia pada 9 Mac
1993.       Literatur   kajian     ini    adalah
berita/rencana/lidah pengarang dalam akhbar-
akhbar arus perdana – Utusan Malaysia/Mingguan
Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times,
berhubung dengan permasalahan ini, terbitan dari
Disember 1992 hingga Mac 1993. Beberapa buku
tertentu dirujuk untuk semakan fakta daripada
segi latar belakang.


2. Latar Belakang
Dalam kerajaan tradisional, masyarakat Melayu
yang awal bersifat sederhana dan feudal manakala
masyarakat Melayu di negeri-negeri Melayu
Semenanjung pada masa itu tergolong dalam
masyarakat petani. Sistem politik Melayu pada
                                                 5




awal abad ke-19 berbentuk hierarki. Di atas sekali
adalah raja atau sultan yang bertindak sebagai
ketua sistem politik, diikuti oleh pembesar atau
orang besar daerah (Muhammad Kamil Awang,
2001). Ia menunjukkan dalam masyarakat Melayu,
Raja      Melayu    merupakan      raja    mutlak.
Bagaimanapun,         disebabkan        berlakunya
transformasi, terutama dalam era penjajahan
British, sistem beraja mutlak ini berubah menjadi
raja berperlembagaan…apatah lagi apabila negeri-
negeri Melayu menerima perlembagaan bertulis
yang pertama pada tahun 1957.


 a. Perlembagaan Malayan Union
Selepas tamat Perang Dunia Kedua dan penjajah
Jepun di Tanah Melayu (Malaya) menyerah kepada
British pada tahun 1945, British kembali ke Tanah
Melayu pada September 1945 dan menubuhkan
Malayan Union yang mengandungi Sembilan negeri
Melayu, Pulau pinang dan Melaka, yakni tidak
melibatkan Singapura.
                                                6




Perlembagaan Malayan Union diluluskan pada
Januari 1946 dan diisytiharkan dengan rasminya
pada 14 April 1946.


Antara   ciri-ciri  terpenting,  gabenor British
merupakan ketua pentadbir Malayan Union yang
berpusat di Kuala Lumpur. Edward Gent dilantik
sebagai gabenor pertamanya. Gabenor dibantu
oleh   Majlis     Mesyuarat   Kerja  dan Majlis
Perundangan. Raja-raja Melayu hanya berperanan
sebagai penasihat gabenor sedangkan kedaulatan
mereka sebagai raja di negeri masing-masing
dihapuskan.


Raja hanya berkuasa dalam soal agama Islam dan
mengetuai    Majlis  Penasihat   Melayu.   Hak
kewarganegaraan pula adalah sama rata kepada
semua orang tanpa mengira bangsa atau asal
keturunan.


Bagaimanapun, pihak      Britiah dilihat    gagal
melaksanakan Malayan     Union kerana,     antara
                                               7




puncanya ia ditentang hebat oleh orang Melayu
dan raja-raja Melayu yang berpendapat ciri-ciri
dalam Malayan Union ternyata menghilangkan hak
dan keistimewaan orang Melayu sebagai penduduk
jati Tanah Melayu.


Pihak British juga tidak mendapat sokongan
daripada orang bukan Melayu bahkan mendapat
tentangan daripada mantan-mantan pentadbir
British sendiri di Tanah Melayu.


 b. Perlembagaan Tanah Melayu
Akhirnya, Malayan Union dibubarkan pada Julai
1946 dan satu jawatankuasa kerja ditubuhkan
untuk menggubal perlembagaan baharu yang
antara lain mencadangkan supaya kedaulatan dan
kuasa raja-raja Melayu dipelihara; syarat-syarat
kewarganegaraan yang lebih ketat bagi kaum yang
bukan Mlayu, dan kedudukan istimewa kaum
Melayu dijamin.
                                                 8




Walaupun British bersetuju menggantikan Malayan
Union dengan Persekutuan Tanah Melayu, namun
golongan bukan Melayu melalui Majlis Tindakan
Bersama Tanah Melayu (AMCJA) pimpinan Tan
Cheng Lock yang ditubuhkan pada Disember 1946,
menolak penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
dan cadangan perlembagaan yang baharu itu.


Alhamdulillah, British, dengan desakan dan
sokongan kuat orang Melayu dan mantan-mantan
pentabdir British, mengisytiharkan pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948
dengan satu Perlembagaan yang baharu.


Dari tarikh tersebut, muncullah pelbagai peristiwa
yang digerakkan pelbagai pertubuhan dan parti
termasuk golongan ulama dan cendekiawan
Melayu muslim, yang memberi laluan terhadap
kemerdekaan Tanah Melayu, antaranya pilihan
raya pada 1955, perundingan kemerdekaan pada
1956 dan pembentukan Perlembagaan negara 15
Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 27 Ogos
1957.
                                                9




Perlembagaan    Persekutuan     Tanah    Melayu
berkonsepkan    raja   berperlembagaan      dan
demokrasi    berperlembagaan.         Asas-asas
permbagaan yang dipersetujui bersama adalah:


 (1) Ketua negara Tanah Melayu adalah Yang di-
     Pertuan Agong manakala raja-raja pula
     menjadi ketua di negeri masing-masing.
 (2) Kedudukan orang Melayu sebagai kaum
     bumiputera di Tanah Melayu diiktiraf dan hak
     istimewa mereka dijamin perlembagaan.
 (3) Bahasa     Melayu      dijadikan     bahasa
     kebangsaan.
 (4) Seseorang yang dilahirkan di Tanah Melayu
     pada atau selepas kemerdekaan, secara
     langsung menjadi      warganegara Tanah
     Melayu, dan
 (5) Walaupun Islam dijadikan agama rasmi
     Persekutuan     Tanah  Melayu, namun
     kebebasan beragama bagi orang bukan
     Islam adalah terjamin.
                                              10




3. Sistem Raja Berperlembagaan


Persekutuan Tanah Melayu merdeka dengan
rasminya pada 31 Ogos 1957.         Lima tahun
kemudian,    Malaysia   ditubuhkan    pada   16
September 1963 yang menggabung Persekutuan
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, dan
Singapura, tetapi ia kemudiannya keluar Malaysia
pada 1965.


Perlembagaan Persekutuan menakrifkan raja
sebagai “mana-mana orang yang mengikut
perlembagaan bagi negeri itu, menjalankan fungsi
seorang raja.” Malaysia hari ini mengamalkan
sistem    demokrasi  berparlimen     di   bawah
pentadbiran raja berperlembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
ketua negara.


Dalam sistem demokrasi berperlembagaan, kuasa
pemerintahan dibahagi tiga iaitu Perundangan,
                                             11




Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Daripada     sudut      raja berperlembagaan,
Perlembagaan memperuntukkan institusi Yang di-
Pertuan Agong, raja-raja Melayu di sembilan
negeri dan Majlis Raja-Raja.


 a. Yang di-Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri
Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan. Baginda juga adalah Kepala Utama
Negara    dan   baginda   Pemerintah  Tertinggi
Angkatan Tentera Negara. Baginda melaksanakan
tugas-tugas   menurut    Perlembagaan   dengan
nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.


 b. Majlis Raja-Raja
Walaupun tiada kuasa perundangan tetapi ia
merupakan badan rasmi yang paling luhur dan
tinggi martabatnya serta memainkan peranan yang
mustahak di negara ini. Ahli Majlis Raja-Raja
bertindak menurut budi bicara mereka mengenai
                                                12




tugas-tugas seperti memilih atau memecat Yang
di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan
Agong.


 c.   Raja-Raja Melayu
Raja diberi kuasa untuk melantik Menteri Besar,
memelihara adat istiadat orang Melayu dan
pentadbiran agama Islam di negeri masing-
masing. Raja-raja juga adalah Ketua Negeri
masing-masing     dan   melaksanakan        tugas
mengikut nasihat Menteri Besar atau Ketua
Menteri. Ia juga bermakna, setiap negeri
mempunyai Perlembagaan sendiri yang digubal
dalam    kerangka   Perlembagaan     Persekutuan.
Contohnya, Perlembagaan Negeri Selangor yang
digubal pada tahun 1959 (Abdul Aziz Bari, 2010).


Dalam setiap perlembagaan negeri, raja adalah
raja berdaulat negeri tersebut. Namun begitu,
baginda tidak mempunyai kuasa autokratik.
Kelayakan seseorang raja adalah baginda mestilah
seorang Melayu, lelaki daripada keturunan raja dan
beragama Islam. Menurut perlembagaan negeri,
                                               13




raja perlu bertindak menurut nasihat       Majlis
Mesyuarat Kerajaan atau Menteri Besar.


Dalam Dewan Negeri, raja merupakan konstituen
Dewan Negeri tetapi baginda tidak perlu
menghadiri mesyuarat Dewan Negeri kecuali
semasa bertitah dalam upacara pembukaan Sidang
Dewan Negeri.


Di setiap negeri raja mempunyai fungsi budi
bicara, misalnya untuk melantik Menteri Besar,
tidak memberi persetujuan untuk membubarkan
Dewan Negeri dan dalam soal pelantikan waris
atau pemangku raja.


Di semua negeri, raja dikenali sebagai sultan
kecuali Perlis, baginda dikenali sebagai raja. Di
Negeri Sembilan pula baginda dikenali sebagai
Yang Dipertuan Besar.
                                              14




     Raja adil raja disembah,
     raja zalim raja disanggah.




4.   Keperluan Mewujudkan Sistem Demokrasi
     Berparlimen dan Raja Berperlembagaan


Jawapan bagi soalan ini ada hubung kait dengan
sejarah pemerintahan raja-raja Melayu yang
semakin menurun prestasinya di negeri masing-
masing. Setelah ratusan tahun, sistem feudal,
iaitu “kuasa di tangan raja sepenuhnya” didapati
gagal mentadbir urus negeri terutama ketika
menentang kemaraan penjajahan kuasa-kuasa luar
selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada
tahun 1511.


Pemerintahan raja-raja di negeri-negeri Melayu,
contohnya   di  Perak,    Johor,  Pahang    dan
Terengganu didapati berada dalam keadaan kucar-
kacir dengan dipenuhi perebutan kuasa, dengki
                                               15




mendengki dan pembunuhan. Raja-raja Melayu
dilihat semakin gagal mewujudkan keamanan
apatah lagi untuk menguatkuasakan undang-
undang atau hukum kanun.


Akibatnya, sebilangan negeri Melayu ini terpaksa
meletakkan diri dalam naungan kuasa-kuasa asing
seperti Siam, China dan Barat. Keadaan ini
memberi laluan mudah bagi British untuk
menakluk semua negeri Melayu ini melalui
perjanjian dengan raja-raja Melayu yang lemah
dan pendek akal.


Tambahan pula, selepas Perang Dunia, di seluruh
dunia kuasa raja sudah dianggap “lapuk” lantaran
rakyat kurang berpuas hati kerana kuasa mutlak di
tangan raja sedangkan rakyat tidak diberi apa-apa
peranan dalam politik negeri/negara.


Natijahnya, ada kuasa raja yang dihapus sama
sekali manakala yang dikekalkan kuasa raja hanya
                                             16




dihadkan oleh perlembagaan. Contoh di Britain,
Jepun dan Thailand.


Justeru itu, Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka pada 1957 turut berhasrat untuk
mentadbir urus negara berkonsepkan demokrasi
berperlembagaan dan raja berperlembagaan.
Usaha ini, antara lain supaya raja-raja Melayu
terus berkuasa, iaitu menerusi konsep raja
berperlembagaan.


5. Liputan Media Massa



Sebenarnya      media     massa    pro-kerajaan
Persekutuan sudah kerap juga menyiarkan
pelbagai    berita    dan    rencana    tentang
penyalahgunaan kekebalan dan kestimewa dalam
kalangan raja (sultan) dan kerabat mereka.
Namun, pendedahan itu kurang mendatangkan
kesan yang besar.


Pada akhir tahun-tahun 1980-an dan pada awal
tahun 1990-an, dikatakan berlaku beberapa
                                                 17




insiden kontroversi yang melibatkan perilaku
melampau segelintir sultan dan kerabat. Hal
tersebut menimbulkan konflik kepentingan dengan
kalangan pemimpin politik Kerajaan Persekutuan,
yang mencetuskan keperluan untuk mengehadkan
kekebalan      raja-raja       Melayu      atau
menghapuskannya sama sekali!


Ternyata raja-raja Melayu sangat murka terhadap
usaha      kerajaan      Persekutuan     hendak
menghapuskan kekebalan undang-undang mereka,
dan lantaran itu mengambil sikap bermusuhan
dengan kerajaan Persekutuan.


Di antara tahun 1992 dan 1993 media massa pro-
Kerajaan    Persekutuan    kerap   memperincikan
pelbagai salah laku dan penyalahgunaan kekebalan
dalam kalangan raja dan kerabat. Pendedahan
bukan sekadar perilaku keluarga diraja Johor (“List
of criminal acts done by the Johor Sultan”, New
Straits Times, Jan. 20, 1993, pg 4) tetapi juga
melibatkan pembinaan istana oleh sultan-sultan di
negeri    lain,   gaya    hidup    mewah       dan
penyalahgunaan hak istimewa untuk mendapat
konsesi balak dan bisnes lainnya (“Union: Review
timber permits for royalty,” New Straits Times,
Dec. 15, 1992, pg 2).
                                                  18




   “It was alleged that between 1988 and July 1992,
   they were given 37,223.6 hectares of timber worth
   $270 million…Pahang royalty demands more timber
   concessions, says Minister..” (New Straits Times,
   Dec. 18, 1992, p 1, 2).


Mingguan Malaysia, 6 Disember 1992, ms.1,
melaporkan, PM Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
memberi jaminan akan melindungi mana-mana
individu yang tampil membuat laporan akibat
dianiaya oleh pihak istana.


Terdapat    beberapa    tuduhan   lagi  tentang
penyalahgunaan kekebalan undang-undang dan
keistimewaan oleh raja-raja Melayu dan kerabat.
Misalnya,    kerabat   diraja  Pahang   dituduh
memberikan tekanan kepada Kerajaan Negeri
Pahang dan pegawai-pegawai perhutanannya
supaya diberikan lebih banyak konsesi balak.
Sultan juga dituduh enggan membayar hutang.


Akhbar-akhbar  turut   menyiarkan   pandangan
kalangan pemimpin Islam, yang mengkritik amalan
hidup mewah dan membazir keluarga raja walhal
kedudukan mereka di sisi Allah adalah sama
                                                 19




dengan golongan rakyat biasa atau golongan
miskin (“Qualities worthy of a Ruler in light of
Islamic teachings,” New Straits Times, Dec. 15,
1992, pg 11; “Ulamas back constitutional change,”
New Straits Times, Jan. 1, 1993, pg 2; Zaleha:
“Action was against Islamic teachings,” New Straits
Times, Jan. 21, 1993, pg 2).


Berita Harian, 17 Januari 1993): melaporkan;
   “Pergerakan    Pemuda   Umno   mahu   raja-raja
   menggunakan kebijaksanaan bagi menentukan
   pendirian berhubung cadangan kerajaan meminda
   Perlembagaan untuk menghapuskan kekebalan
   mereka di segi undang-undang.

        “…Sehubungan itu, Najib meminta kerajaan
   berpendirian tegas dan tidak berganjak daripada
   sebarang pindaan, terutamanya prinsip kekebalan
   raja-raja, supaya matlamatnya dapat dicapai…”



Berita Harian, 19 Januari 1993 menyiarkan berita
seorang    Ahli   Parlimen     dari   Perak   yang
mengingatkan raja-raja supaya mengambil kira
suara rakyat jika tidak raja-raja tidak dapat kekal
lama “malah tahta mereka mungkin akan beralih
ke muzium…”
                                               20




Menteri Besar Johor dilaporkan mendesak supaya
para ulama dan ilmuan Islam menasihati raja-raja
Melayu tentang perlunya pindaan Perlembagaan
Persekutuan untuk memansuhkan kekebalan raja-
raja (Berita Harian, 16 Januari 1993).

Ahli Parlimen dari Rompin, Pahang dilaporkan
memberi tempoh 30 hari kepada raja-raja bagi
memikirkan semula pendirian mereka berhubung
pindaan tersebut. Pergerakan Pemuda Umno pula
mahu Kerajaan Persekutuan berpendirian tegas
dan tidak berganjak daripada sebarang pindaan,
terutamanya prinsip kekebalan raja-raja, supaya
matlamatnya dapat dicapai..” (Berita Harian, 17
Januari 1993):

Malahan, pada ketika itu kakitangan dan pegawai
kerajaan termasuk Datuk Bandar Kuala Lumpur
tidak lagi boleh berurusan dengan Istana Negara
kecuali dengan kebenaran Perdana Menteri. Para
pegawai     juga   dibenarkan   untuk   menolak
undangan ke istana untuk menghadiri majlis
bersama raja-raja Melayu (Berita Harian, 25
Januari 1993):
                                                                   21




     a. Krisis   Kesultanan                    atau         Krisis
        Perlembagaan?
    Bagi sesetengah tafsiran, beberapa peristiwa yang
    membawa       ke     beberapa     pindaan   dalam
    Perlembagaan       dianggap      sebagai    “krisis
    Perlembagaan”,      yang     bermaksud    Kerajaan
    Persekutuan, yang memerlukan pengesahan raja-
    raja Melayu untuk melaksanakan undang-undang
    tersebut, didapati enggan memberi perkenan, dan
    menyebabkan wujudnya pergeseran buat beberapa
    ketika antara dua pihak ini.

       “By some interpretations, these events leading up to the
       constitutional amendments was considered to be
       a constitutional crisis, given that the federal government,
       who needed the endorsement of the Sultans to implement
       the law, refused and subsequently led to a brief standoff
       between both sides. However, in most cases, the events
       leading up to the constitutional amendment was generally
       closely identified as a monarchy crisis rather than a
       constitutional crisis.” (New Straits Times, 18 January, 1993).


    Bagaimanapun, dalam banyak perkara, beberapa
    peristiwa   yang    membawa   kepada   pindaan
    Perlembagaan adalah secara umumnya lebih
    dikenal pasti sebagai krisis kesultanan bukan
    sebagai krisis Perlembagaan.

                                                22




  b. Hubungan Kerajaan dengan Sultan
      Kelantan
Pemimpin Semangat        46, Tengku      Razaleigh
Hamzah, adalah seorang kerabat diraja Kelantan
dan sangat dihormati oleh Sultan Kelantan, Sultan
Ismail Petra. Sultan Ismail Petra dilihat secara
terang-terang berkempen untuk Semangat 46
semasa     Pilihan   Raya      tahun 1990,   yang
menyebabkan Semangat 46 dan rakan sekutunya
Parti PAS bersaing untuk merampas Kerajaan
Negeri Barisan Nasional di Kelantan.


Pada Mac 1992, akhbar-akhbar melaporkan
pendedahan pegawai-pegawai kastam bahawa
Sultan Ismail Petra berhutang dengan kerajaan
sebanyak RM$2.1 juta dalam entuk cukai import
kerana     baginda  membeliu      sebanyak    20
buah kereta Lamborghini Diablo yang diterbangkan
terus dari London.


Sultan   Kelantan   dilaporkan   dengan   tegas
menafikan melakukan apa-apa kesalahan, dan
seterusnya        mengeluarkan        kenyataan
mengisytiharkan sokongan bagi melaksanakan
undang-undang Islam di Kelantan. Laporan akhbar
itu    menimbulkan       kemarahan     Kerajaan
Persekutuan.
                                                23




 c.   Insiden Gomez
Bagaimanapun, pemangkin yang menyebabkan
tuduhan penyalahgunaan kekebalan oleh raja-raja
dan kerabat menjadi pengetahuan umum dan
merangsang pihak kerajaan untuk menyegerakan
usaha menghapuskan kekebalan undang-undang
raja-raja Melayu, adalah insiden Douglas Gomez.


Gomez adalah jurulatih pasukan hoki Maktab
Sultan Abu Bakar di Johor Bharu. Pasukan itu
berjaya ke separuh akhir Perlawanan Hoki Piala
Milo   Antara    Sekolah-Sekolah.      Perlawanan
sepatutnya diadakan pada Rabu, 25 November
1992. Beberapa jam sebelum perlawanan Gomez
diarahkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Jodor
supaya   pasukannya    menarik    diri    daripada
perlawanan itu.


Ia merupakan     antara penarikan pasukan hoki
Johor daripada perlawanan, beberapa bulan
sebelum kejadian pada 25 November itu. Gomez
lantas bertindak dengan mendesak semua ahli
jawatankuasa utama Persatuan Hoki Johor meletak
jawatan      dan   beliau   lantas   mengkritik
kepemimpinan kerana “merosakkan” pasukan hoki
di negeri Johor.
                                                  24




Sebenarnya, insiden Gomez itu tidak begitu
penting atau mempengaruhi kedudukan mana-
mana raja-raja Melayu. Api pergeseran rakyat dan
raja itu tercetus apabila Gomez dipanggil ke Istana
Bukit Serene di Johor Baru pada Isnin, 30
November. Beliau di situ kira-kira empat jam.


Jam pertama beliau diberi taklimat tentang etiket
istana dan bagaimana memohon maaf sekiranya
dia membuat salah dalam perilakunya semasa
berkomunikasi      dengan      Sultan.   Berikutnya,
menurut Gomez, Sultan Johor            tiba dengan
dikelilingi enam lelaki berselur jeans dan berbaju-
T beserta 10 ke 12 orang pasukan tentera
peribadi.


Pada    Selasa,   1   Disember    1992,    Gomez
mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana luka
dan lebam di muka dan perutnya. Pada Ahad, 6
Disember, dia membuat aduan di balai polis
dengan    mengatakan      dia  menjadi    mangsa
keganasan semasa berada di istana, dan walaupun
terdapat beberapa orang pada ketika itu, namun
hanya seorang yang melakukan kecederaan
kepada dirinya, iaitu Sultan sendiri! (New Straits
Times, 8 Dec., 1992)
                                             25




Perkaitan antara kisah Sultan Johor, Dauglas
Gomez dan padang hoki adalah peristiwa yang
terjadi pada Julai 1992. Putera Sultan, Tengku
Abdul Majid Idris dikatakan dicederakan oleh
penjaga    gol  pasukan  hoki    Perak  selepas
perlawanan akhir kejuaraan dan pasukan Perak
menang menerusi pukulan penalti.


Persekutuan Hoki Malaysia memutuskan tidak ada
bukti kukuh yang menunjukkan berlakunya
kecederaan dan mengharamkan Tengku Majid
daripada bermain selama lima tahun. Maka,
keputusan oleh Persekutuan Hoki Malaysia ini
menimbulkan kemurkaan Sultan Johor dan
menjadi sebab penarikan semua pasukan hoki
Johor daripada menyertai perlawanan kebangsaan
New Straits Times, 7 Dec., 1992, p. 13).


Insiden Gomez kemudian disusuli beberapa hari
liputan akhbar yang mendedahkan kekasaran
Sultan kepada Dauglas Gomez. Beberapa laporan
pada minggu-minggu seterusnya mengandungi
tuduhan tentang penyalahgunaan kekebalan oleh
Sultan Johor dan kerabat diraja Johor. Laporan-
laporan akhbar tentang kecederaan Gomez oleh
tindakan melampau Sultan Johor itu menimbulkan
                                                  26




kemarahan orang ramai (New Straits Times, 7
Dec., 1992, p. 4).



6. Pindaan yang Dicadangkan


Satu sesi khas Parlimen diadakan pada 10
Disember 1992 yang menunjukkan kesemua 96
ahli   Dewan    Rakyat    yang   hadir bersetuju
meluluskan resolusi untuk mengehadkan kuasa
raja-raja Melayu sekiranyanya perlu.


Murka terhadap cadangan penghapusan kekebalan
itu, Utusan Malaysia, 31 Disember 1992, ms 1,
melaporkan, “Sultan Johor meminta rakyat
berhimpun” untuk mengemukakan bantahan
kepada cadangan kerajaan hendak menghapuskan
kekebalan raja-raja Melayu.


Pada muka surat yang sama, Utusan Malaysia
melaporkan,
   “Perdana Menteri, Dato‟ Sri Dr. Mahathir Mohamad
   meminta rakyat Johor supaya tidak mengambil
   bahagian dalam perhimpunan menghadap Sultan
   Johor di Istana Besar Johor Baharu pada 8 Januari
   1992.
                                                   27




        “Dr. Mahathir meminta Menteri Besar Johor Tan
   Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak campur tangan
   dalam perhimpunan tersebut kerana terdapat bukti
   parti Semangat 46 turut terlibat menganjurkannya…”



Kerajaan Persekutuan dilihat menggunakan dua
pendekatan;   berlembut   dan     berkeras   bagi
mendapatkan    perkenan    raja-raja   berhubung
mengehadkan kekebalan itu.


Sebelum pindaan dibuat, Perlembagaan menjamin
bahawa mana-mana raja yang melanggar undang-
undang tidak boleh didakwa oleh mahkamah
jenayah melainkan baginda secara sukarela
menyerah diri untuk dibicarakan. Oleh sebab itu,
pindaan beberapa Artikel dalam Perlembagaan
menimbulkan    keadaan     tegang   dalam    hal
perhubungan antara istana dengan kerajaan
Malaysia.


Sesi Parlimen berikutnya pada 27 Disember 1992
menunjukkan perbahasan untuk menghapuskan
kekebalan undang-undang dalam kalangan raja
Melayu dan kerabat masing-masing.
                                                28




Pindaan Perlembagaan Malaysia yang bakal
diluluskan oleh Parlimen Malaysia bertujuan
mengehadkan kekebalan (legal immunity) undang-
undang raja-raja Melayu. Perubahan tersebut,
dapat dilihat pada pindaan artikel (fasal) 32, 38,
42, 63, 72 dan 181 .


Seterusnya, pindaan itu membolehkan raja-raja
Melayu didakwa di Mahkamah Khas sekiranya
melakukan kesalahan jenayah dan sivil (Mingguan
Malaysia 7 Mac, 1993).


Ahli-ahli  Parlimen     pembangkang,   terutama
Semangat „46,         dikatakan memperlihatkan
pendirian yang tidak sekata terhadap cadangan
kerajaan Persekutuan. Sesi perbahasan dalam
kalangan raja dan kerabat pula diadakan pada 16
Januari 1993, yang meminta masa tambahan
daripada kerajaan Persekutuan untuk menimbang
keputusan kerajaan itu.


Utusan Malaysia, 17 Disember 1992, melaporkan
   “Sultan Terengganu menyambut baik cadangan
   Kerajaan Pusat untuk meminda perlembagaan yang
   bertujuan menamatkan kuasa kekebalan raja-raja.
   Namun, baginda dilaporkan menolak pindaan
                                                    29




   tersebut kerana mungkin untuk saling menghormati
   di kalangan raja (Utusan Malaysia, 21 Januari 1993.


       Sultan Selangor pula awal-awal lagi menyatakan
   persetujuan dan sokongan terhadap usaha kerajaan
   bagi meminda perlembagaan kerana menurut
   baginda sesiapa sahaja mesti mematuhi undang-
   undang…”


Datuk panglima membawa kandil,
   Di hujung taman berhenti singgah;
Sultan Sharafudin raja nan adil,
   Kesultanan Selangor dijunjung megah.


Cadangan pindaan juga ditimbulkan berikutan
undang-undang untuk membenarkan orang awam
mengkritik Sultan, termasuk Yang di-Pertuan
Agong tanpa khuatir dituduh menurut Akta
Hasutan, tetapi tidak dibenarkan mempersoalkan
kesahihan pemerintahan beraja (New Straits
Times, 19 January, 1993, p. 2). Sebagai
tambahan, cadangan pindaan bakal mengehadkan
kuasa    raja-raja   mengampunkan    kesalahan
kerabat raja.
                                                 30




Kritikan orang awam terhadap raja-raja juga
dibenarkan dalam pindaan terhadap Akta Hasutan,
iaitu tidak lagi menjadi kesalahan untuk mengkritik
keluarga diraja melainkan bahagian-bahagian yang
menjurus pada kesahihan kewujudan mereka.



7. Justifikasi Umno, Semangat ’46, DAP dan
PAS Terhadap Pindaan Perlembagaan


Umno berpendirian pindaan itu penting bagi
melindungi raja-raja Melayu dan mempertahan
institusi raja berperlembagaan (Utusan Malaysia,
17 Disember, 1992). Cadangan pindaan itu
bertujuan     mengelak    atau  memberhentikan
kebencian yang meningkat dalam kalangan rakyat
terhadap raja-raja dan kerabat yang jika tidak
dibendung boleh menghapuskan sama sekali
kekuasaan raja-raja Melayu.


Sebagai respons terhadap dakwaan bahawa
pindaan   itu   merupakan    langkah   pertama
pembentukan       sebuah     republik,    Umno
memaklumkan pindaan itu merupakan hasutan
yang membolehkan seseorang itu dituduh di
mahkamah jika dia terus-menerus mengeluarkan
kenyataan    bagi   penghapusan    pemerintahan
                                                      31




beraja, di Parlimen atau dalam Sidang Dewan
Negeri.


PM Dr. Mahathir Mohamad,           dalam ucapan
pengenalan terhadap pindaan itu di Dewan Rakyat,
antara lain beliau berkata;

   “…the actions of the rulers and those hiding behind
   who exceed their rights and privileges, ara becoming
   serious with the passage of time. It is possible that
   this could become more serius in the future. If the
   law is not amended, as proposed, it is certain that
   worse things could happen to cause the institution of
   the monarchy to be hated by the people. It s not
   ompossible that, some days, representations may be
   made to abolish the system of monarchy, whatever
   the provisions of the constitution,”


(Teks ucapan ini disiarkan penuh dalam New
Straits Times, 19 January, 1993, p. 10, 11).


Semangat ‟46, iaitu parti pembangkang daripada
serpihan Umno, berpendirian menentang pindaan
itu, dan sebaliknya menyokong kuat mana-mana
pihak yang memihak kepada raja-raja Melayu.
Walaupun Semangat ‟46 bersimpati terhadap
rakyat yang dianiaya oleh segelintir raja dan
                                               32




kerabat raja, namun mereka berpendapat pindaan
itu mencampuri kedaulatan raja-raja Melayu dan
merupakan langkah awal terhadap pembentukan
sebuah republik (the Star, 17 December, 1992;
New Straits Times, 19 January, 1993).


Mereka juga mempersoal kesan penghapusan raja-
raja akhirnya turut melenyapkan aspek budaya,
tradisi Melayu dan lambang penyatuan umat
Melayu.


Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti
yang majotiti ahlinya orang Cina, adalah gabungan
pembangkang bersama Semangat ‟46, yang pada
mulanya menyokong usaha kerajaan itu pada
Disember apabila mereka menyatakan keperluan
mengenakan tindakan kepada Sultan ekoran
insiden Douglas Gomez. Bagaimanapun, DAP
berkecuali daripada mengundi apabila cadangan
pindaan itu dibentangkan di Parlimen pada Januari
1993 New Straits Times, 21 January, 1993).


Alasannya, Perlembagaan memerlukan perkenan
raja-raja terhadap pindaan yang menyentuh
keistimewaan mereka. Menurut DAP perkenan itu
diperlukan sebelum cadangan pindaan dibentang di
Parlimen. Lantas, DAP dituduh mengorbankan
                                                33




prinsipnya demi memelihara gabungan dengan
Semangat ‟46.


Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti Melayu
pro-Islam dan rakan campuran pembangkang,
menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan
dan cadangan menghapuskan keekbalan raja-raja
Melayu ekoran insiden Gomez (New Straits Times,
11 December, 1992) tetapi kemudian berkecuali
mengundi pindaan pindaan yang dibentangkan di
Parlimen pada Januari 1993.


Walaupun      PAS     menyokong      penghapusan
kekebalan raja-raja yang didakwa bertentangan
dengan ajaran Islam, namun mereka berpendapat
pindaan itu “belum tuntas” dan malah mereka
tidak setuju perilaku raja-raja Melayu didedahkan
di Parlimen. Tambahan pula PAS berada dalam
kedudukan serba salah berikutan Sultan dan
kerabat Kelantan menyokong kedudukan PAS
untuk mempertahankan kuasa di Kelantan.
                                                34




8. Akhirnya Pindaan Perlembagaan
   Diluluskan!


Utusan Malaysia, 19 Januari 1993, melaporkan,
pada   Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 18
Januari 1993, raja-raja Melayu “berpandangan
bahawa pindaan undang-undang dalam bentuknya
sekarang seperti mana yang dipersembahkan
kepadanya,   sekiranya  dikuatkuasakan,   akan
membawa perubahan yang radikal kepada
kedaulatan, kedudukan dan martabat raja-raja
Melayu.”


Maka, beberapa orang raja membuat keputusan
untuk menolak daripada menyetujui beberapa
cadangan     pindaan    kepada    Perlembagaan
Persekutuan, malah selepas tawaran diadakan
Mahkamah Khas untuk mendakwa raja-raja (New
Straits Times, 18 January, 1993), yang mereka
dakwa pelaksanaan mahkamah khas boleh
mendatangkan     kesukaran   dalam     teknikaliti
perundangan (New Straits Times, 19 January,
1993).


Walaupun raja-raja Melayu menentang pindaan
tersebut, namun sesi parlimen pada hari-hari
berikutnya  menunjukkan   PM  Dr.   Mahathir
                                              35




Mohamad membentangkan cadangan pindaan
di Dewan Rakyat , dengan pernyataan bahawa
mereka tidak perlu mendapat perkenaan raja
untuk melaksanakan undang-undang (New Straits
Times,, January 19, 1993, pg 1,4).


Sejurus sebelum berakhir sesi Dewan Rakyat,
seramai 133 daripada 180 ahli-ahli Parlimen
bersetuju meluluskan pindaan cadangan walaupun
parti-parti pembangkang berkecuali daripada
mengundi kerana       perbezaan pendirian (New
Straits Times, 19 January, 1993, p. 12).
Keesokannya, Dewan Negara pun meluluskan
cadangan pindaan dengan sebulat suara (Utusan
Malaysia, 20 Januari 1993, ms 5.


Tiga sultan (Johor, Kedah, Kelantan) meneruskan
tindakan menangguh memberi perkenan terhadap
pindaan itu. Pihak kerajaan lantas mengancam
untuk menarik semua keistimewaan di samping
meneruskan pendedahan menerusi media arus
perdana berhubung gaya hidup mewah sultan-
sultan dan para kerabat diraja.


Berita Harian, 19 Januari 1993, melaporkan;
                                                     36




   “Majlis Raja-Raja diminta menggunakan tempoh 30
   hari selepas Rang Undang-Undang Perlembagaan
   diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara
   bagi    memikirkan    semula   pendirian mereka
   berhubung pindaan tersebut.

       Ahli Parlimen Rompin, Dato‟ Dr. Jamaludin Jarjis
   berkata, raja-raja harus mengambil masa itu untuk
   bertanya kepada hati kecil dan naluri masing-masing
   hasrat murni undang-undang tersebut…”


Tindakan kerajaan Persekutuan itu malah dilihat
memungkinkan menamatkan pemerintahan beraja
di Malaysia seperti penerbitan rencana-rencana
tentang penghapusan sistem beraja di beberapa
negara di dunia selepas tamat Perang Dunia
Kedua.


Berita Harian, 19 Januari 1993, melaporkan;
   “Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, hari ini
   mendedahkan insiden raja menganiaya rakyat
   menyalahi undang-undang sivil satu jenayah,
   menyalahgunakan wang, harta kerajaan dan negara
   serta menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.

      PM berkata apa yang tidak pernah dibuat di
   zaman British dan pada tahun-tahun awal Malaysia
                                               37




   merdeka dilakukan dengan semakin ketara‟ dan
   meluas…”


Seterusnya, rencana pengarang Utusan Malaysia,
20 Januari 1993, mengulas keperluan mencari
proses perundangan sekiranya raja-raja masih
menolak pindaan yang dicadangkan. Malah kalau
perlu sebagai pilihan terakhir kerajaan membuat
pungutan suara.


Satu tinjauan umum oleh Bernama mendapati,
76% orang Melayu menyokong pendirian Kerajaan
Pusat terhadap raja berperlembagaan; hanya 47%
rakyat Kelantan yang menyokong pendirian
Kerajaan Pusat (New Straits Times, January, 14,
1993, p 1,2.


Akhirnya, satu kompromi dicapai dengan Yang di-
Pertuan    Agong  apabila    kerajaan    bersedia
menerima penangguhan perkenan sultan-sultan
dalam tempoh 60 hari tertakluk pada syarat-syarat
tertentu.


Maka, pada 9 Mac 1993, Dewan Rakyat pun
meluluskan pindaan tersebut manakala Dewan
Negara meluluskan pindaan tersebut pada 30 Mac
                                                38




1993. Satu tambahan Fasal baharu diisytiharkan,
iaitu   Bahagian  15  Perlembagaan     bertajuk
“Prosiding kepada Yang di-Pertuan Agong dan
Raja-Raja”.
Bagaimanapun, New Straits Times, March, 10,
1993, p 1, 4 melaporkan tidak semua Ahli Parlimen
mengundi menyokong. Akhbar itu melaporkan;
   “PAS members abstained. One PAS and six
   Semangat ‟46 members were absent. DAP, Parti
   Bersatu Malaysia and four independents voted in
   favour of the amendments…”




9. Ulasan dan Penutup


Demikianlah, akhirnya, pada 9 Mac 1993 raja-raja
Melayu      pun memberi perkenan terhadap
cadangan     meminda       Perlembagaan      yang
menghapuskan kekebalan mereka dan beberapa
penyesuaian terhadap keistimewaan lain. Media
massa pro-Kerajaan Pusat dilihat memainkan
peranan    penting   dalam     usaha    membantu
mempercepat      usaha     meluluskan     pindaan
Perlembagaan yang antara lain mengehadkan
kekebalan raja-raja Melayu dan kerabat.
                                                    39




Gaya pemberitaan dan persembahan teks akhbar-
akhbar     pro-Kerajaan    Persekutuan    didapati
menampilkan dan mengukuhkan apa-apa pendapat
daripada para pemimpin kerajaan Persekutuan,
khususnya perdana menteri, menteri-menteri
besar dan pemimpin Umno. Segala cadangan
pindaan perlembagaan untuk menghapuskan
kekebalan undang-undang raja-raja Melayu dan
kerabat berjaya dimanifestasi sedemikian rupa
oleh tiga media cetak pro-kerajaan Persekutuan ini
sehingga menimbulkan tarikan sokongan yang
cepat dalam kalangan rakyat, sekali gus
menentang perilaku raja-raja Melayu.


Usaha tiga media cetak ini dalam usaha
„menelanjangkan‟ peribadi dan perilaku melampau
segelintir raja dan kerabat seperti „kaki judi‟, „kaki
minum‟ dan „kaki perempuan‟, di samping
penyiaran berita-berita tentang        penghapusan
institusi raja-raja sebagaimana dilakukan di
negara-negara lain sekiranya raja-raja Melayu
tidak menghormati kehendak rakyat terbanyak,
pada ketika itu, tidak dinafikan, semuanya berjaya
„memaksa‟ raja-raja Melayu untuk memberi
perkenan        terhadap      cadangan       pindaan
perlembagaan yang mengehadkan kekebalan
undang-undang raja-raja Melayu dan beberapa
keistimewaan lainnya.
                                              40




         a. Ulasan


Perkara yang penting, Kerajaan Persekutuan sejak
Disember 1992 awal hingga Mac 1993 dilihat
begitu   beriya-iya    benar  mahukan    supaya
kekebalan raja-raja Melayu dihapuskan dan malah
terdapat beberapa pemimpin Umno seolah-olah
mahu raja-raja Melayu dinyahkan daripada tahta
dan dihalau daripada istana!


Namun, secara tiba-tiba, sejak awal tahun 2009,
setelah 17 tahun, kini pihak yang berusaha dan
berjaya “menghapuskan kekebalan dan beberapa
keistimewaaan    raja-raja   Melayu”,   kembali
bermuka-muka dengan seruan supaya orang
Melayu menghormati raja dan sultan serta
mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu
sebagaimana termaktub dalam prinsip kedua
Rukun Negara.


Baguslah, parti dan para pemimpin Kerajaan Pusat
bersikap penuh takzim kembali kepada tuanku
kerana raja-raja Melayu merupakan lambang
penyatuan umat Melayu. Terhapus institusi raja
                                               41




bermakna terpupuslah aspek budaya dan tradisi
Melayu!


Tetapi, apakah yang bakal terjadi sekiranya
golongan petualang atau ‘si kitul’  ini kembali
memperalatkan raja atau sultan demi kepentingan
politik mereka?


Antara catatan yang menjadi sejarah, laporan
dalam New Straits Times, 18 January, 1993, p. 1
dan 2, tentang Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad, yang menyatakan rasa tidak
senangnya terhadap sikap dan pendirian kerabat
raja Kelantan memberikan sokongan terbuka
kepada Semangat 46, dan menuduh ia melanggar
peraturan   berkecuali     dalam     politik yang
semestinya dipatuhi oleh raja berperlembagaan.


Walhal sekarang, semakin ramai pemimpin Umno
kembali “memuja raja, sultan dan kerabat istana”.
Pelbagai acara yang melibatkan pertemuan raja
dan pemimpin kerajaan Pusat semakin kerap
diadakan, termasuk pelancaran buku untuk
membuktikan semakin akrabnya hubungan raja
dengan rakyat. Namun, bolehkah dibuktikan tidak
“ada udang di sebalik batu” terutama menjelang
                                               42




Pilihan Raya Ke-13? Atau, golongan yang
dahulunya menghapuskan kekebalan istana ini
bersikap “telunjuk lurus kelengkeng berkait”?


Jika menyorot rentetan peristiwa sebelum pindaan
perlembagaan yang menghapuskan kekebalan
raja-raja Melayu, diluluskan pada 9 Mac 1993 itu,
terbukti betapa hambarnya hubungan rakyat
dengan raja-raja Melayu, yang kebanyakannya
diapi-apikan oleh kalangan pemimpin Kerajaan
Pusat dan disebarluaskan menerusi media massa
arus perdana.


Contoh jelas, Utusan Malaysia, 31 Disember 1992,
melaporkan, Perdana Menteri, Dato‟ Sri Dr.
Mahathir Mohamad meminta rakyat Johor supaya
tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan
menghadap Sultan Johor di Istana Besar Johor
Baharu pada 8 Januari 1992 untuk menyokong
Sultan      menentang      cadangan      pindaan
Perlembagaan yang menghapuskan kekebalan
raja-raja Melayu.


PM Datuk Seri Dr. Mahathir meminta Menteri Besar
Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak
campur tangan dalam perhimpunan tersebut
                                                  43




kerana terdapat bukti parti Semangat 46 turut
terlibat menganjurkannya.


Ternyata, mantan Menteri Besar Johor itu, yang
kini menjadi Timbalan Perdana Menteri, dilaporkan
dalam peringkat sering “merapati Istana Besar
Johor Baharu” untuk mendapat restu bagi
memastikan tali hayat tidak putus pada Pilihan
Raya Ke-13.


Tidak beberapa lama dahulu, seorang sultan di
negeri yang menempatkan pusat perjudian
berlesen yang terkenal, sudah secara terang-
terangan menyatakan sokongan kepada Umno…
Inilah antara Sultan yang didedahkan oleh media
massa pro-Kerajaan Pusat kerana keengganan
baginda membayar hutang (New Straits Times,
December 15, 1992).


Terkini, Parti Islam SeMalaysia (PAS) pula kesal isu
gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja
Melayu sering dibangkitkan di dalam negara ini.
Tindakan Datuk Seri Najib Razak mengingatkan
pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah
perlembagaan negara supaya tidak bersikap
seperti „tikus membaiki labu‟.
                                                   44




PAS berpandangan bahawa isu ini dibangkitkan
adalah untuk menimbulkan ketakutan dalam
kalangan orang Melayu supaya jangan berjinak
dengan Pas dan Pakatan Rakyat. Tegasnya, akhir-
akhir ini isu Melayu dan kedaulatan Raja-Raja
Melayu dibangkitkan sebagai usaha untuk menarik
sokongan orang Melayu kepada Umno, kononnya
Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat
di bawah umno, setelah isu pembangunan sudah
lapuk, kerana dunia semakin maju.


Kekesalan PAS itu ada logiknya, lantaran Datuk
Seri Najib sewaktu menerajui Pergerakan Pemuda
Umno, begitu lantang mendesak raja-raja Melayu
supaya     menerima   pindaan     menghapuskan
kekebalan raja-raja.


   Berita Harian, 17 Januari 1993, melaporkan;
   “Ketuanya, Dato‟ Seri Mohd Najib Tun Razak berkata
   Pemuda Umno berpendirian bahawa raja-raja perlu
   menerima sepenuhnya prinsip dan semangat
   pindaan…“

   “…Sehubungan     itu, Najib  meminta   kerajaan
   berpendirian tegas dan tidak berganjak daripada
                                                45




   sebarang pindaan, terutamanya prinsip kekebalan
   raja-raja, supaya matlamatnya dapat dicapai..”


         b. Penutup


Kita sewajarnya jangan lupa bahawa Tanah Melayu
(sejak 1963, Malaysia) merdeka setelah bersetuju
meletakkan     perlembagaan       negara     yang
berkiblatkan British sebagai tukaran untuk
merdeka. Perlembagaan tahun 1957 itulah yang
terus diterima pakai hingga ke hari ini dengan
hanya    melakukan    beberapa    pindaan   kecil,
termasuk     mengehadkan        kekebalan     dan
keistimewaan raja-raja Melayu (Ishak Saat, 2009).


Perlu disedari bahawa penjajah tidak mungkin
menyerahkan secara percuma tanah jajahan
mereka kepada anak watan melainkan dimeterai
beberapa perjanjian atau anak watan yang pernah
menerima pendidikan Barat bersedia meneruskan
aspirasi penjajah. Situasi ala penjajahan itulah
yang terus menyelubungi pemikiran dan tindakan
kalangan pemimpin di negara kita sekarang.
Adakah sesiapa yang berani menafikan?
                                               46




Akhirulkalam, apakah yang bakal terjadi sekiranya
golongan petualang atau „si kitul‟   ini kembali
memperalatkan raja atau sultan demi kepentingan
politik mereka?


   Pantang Melayu mengundur pasti,
   Raja Melayu mahkota negeri,
   Agama Islam tiang seri,
   Tonggak negeri agama rasmi.


   Melayu itu pusakaku,
   Tanah bertuah bumiku,
   Dari dahulu penuh berliku,
   Dirgahayu tuanku raja Melayu.


Namun, „manusia hanya boleh merancang tetapi
hanya Allah yang menentukan‟…


Daulat Tuanku!
                                                                         47




RUJUKAN

Buku


Abdul Aziz Bari, 2010. “Understanding Selangor‟s Constitution‟
dalam The Road to Freedom, Tricia Yeoh (ed), 2010, p. 27-34.
Petaling Jaya: Strategic Information and Research Developmnet
Centre (SIRD).



Ishak Saat, 2009. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Shah
Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.



Muhammad Kamil Awang, 2001. Sultan & Perlembagaan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.




Surat Khabar



UTUSAN MALAYSIA/MINGGUAN MALAYSIA

“Tindakan istana: PM jamin perlindungan,” Utusan Malaysia, 6 Disember
1992, ms 1.

“Agenda Baru untuk Pemuda Umno,” Utusan Malaysia, 7 Disember 1992,
ms 12.

“Tentang tahta dan kebajikan rakyat: akan berpindahkah tahta ke muzium
seni?,’’ Utusan Malaysia, 11 Disember 1992, ms12.
                                                                           48




“Institusi Beraja Di Zaman Moden”, Utusan Malaysia, 14 Disember, 1992,
ms 12.

“Isu Raja: Mencari Kebijaksanaan Baru”, Utusan Malaysia, 15 Disember,
1992, ms 12.

“Umno akan jumpa raja-raja untuk dapat persetujuan,” Utusan Malaysia, 17
Disember 1992, ms 3.

“Suara Rakyat Suara Keramat”, Utusan Malaysia, 30 Disember, 1992, ms
12.

“Pindaan baru: Raja tidak boleh ampun diri sendiri,” Utusan Malaysia, 31
Disember 1992, ms 1.

“PM: Jangan sertai perhimpunan istana”, Utusan Malaysia, 31 Disember
1992, ms 1.

 “PM: Jangan sertai perhimpunan istana”, Utusan Malaysia, 31 Disember
1992, ms 1.

“Mencari Persefahaman Raja-Rakyat,” Utusan Malaysia, 8 Januari 1993,
ms 8.

“Harapan Rakyat,” Utusan Malaysia, 16 Januari 1993, ms 1.

“Apabila Suara Rakyat Diketepikan,” Utusan Malaysia, 19 Januari 1993,
ms 8.

“Mencari Penyelesaian Cara Rakyat,” Utusan Malaysia, 20 Januari 1993,
ms 8.


“Tindakan Istana: PM Jamin Perlindungan,” Mingguan Malaysia, 6
Disember 1992, ms 1

Mingguan Malaysia 7 Mac, 1993).
                                                                             49




BERITA HARIAN



“Gunalah kebijaksanaan,” Berita Harian, 17 Januari 1993.


“Annuar Musa Larang Sultan Berpolitik,” Berita Harian, 18 Januari 1993.

“Perilaku sultan makin ketara,” Berita Harian, 19 Januari 1993.


“Guna Tempoh 30 Hari Ubah Sikap – Dr. Jamaludin, (Berita Harian 19
Januari 1993).

“Larangan Berurus Dengan Istana Negara,” Berita Harian, 25 Januari 1993.




NEW STRAITS TIMES

“Gomez lodges police report, Zaman: “We will seek A-G's direction to
investigate case,” New Straits Times, Dec . 7, 19 92, p 1, 4

 “Crux of the problem lies with the JHA,” New Straits Times, Dec. 7, 1992,
p. 13

“Vijayan, Gomez: Sultan beat me,” New Straits Times, Dec. 8, 1992, pg 1,
3

“Abdullah: Rakyat ashamed and angry,” New Straits Times. December 7,
1992. p 4.
                                                                            50




“Time to redefine powers of Rulers,” New Straits Times. December 8, 1992.
p 13.

“Union: Review timber permits for royalty,” New Straits Times, Dec. 15,
1992, p 2

“Qualities worthy of a Ruler in light of Islamic teachings,” New Straits
Times, Dec. 15, 1992, p 11

“Ulamas back constitutional change,” New Straits Times, Jan. 1, 1993, p 2

“Amendments made to proposal to remove legal immunity: Six Rulers say
'yes',” New Straits Times, Jan. 18, 1993, p 1, 2

“Decision of the Special Meeting of the Conference of Rulers on Jan. 18,
1993,” New Straits Times, Jan. 19, 1993, p 2

“Rulers: Closer study of draft Bill Needed,” New Straits Times, Jan. 19,
1993, p 1.

“PM tables amendment Bill despite Rulers' disagreement, New Straits
Times,” Jan. 19, 1993, at 1, 4.

“133 MPs vote to remove legal immunity of Rulers: Amendment Bill
passed,” New Straits Times, Jan. 20, 1993, p 1, 2

“List of criminal acts done by the Johor Sultan,” New Straits Times, Jan.
20, 1993, p 4

“Senate passes Bill unanimously,” New Straits Times, Jan. 21, 1993, p 1, 2

 “Zaleha: Action was against Islamic teachings,” New Straits Times, Jan.
21, 1993, p 2

“Istana become a casino for a birthday party,” New Straits Times, Jan. 27,
1993, p 2
                                                                           51




“Kelantan Ruler voiced support for the Bill, says statements: Kedah Sultan
stands firm, “ New Straits Times, March, 5, 1993, p 1, 2

“Sultan to stop his statements,” New Straits Times, Marrch, 7, 1993, p 2




Ahad, 28 Nov 2010.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:5247
posted:1/6/2011
language:Malay
pages:51