Docstoc

RP ai gunting rambut

Document Sample
RP ai gunting rambut Powered By Docstoc
					          Senarai Kandungan

1. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

2. BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN

3. LATAR BELAKANG KEY PERSONEL

4. ASPEK PERKHIDMATAN

  4.1    JENIS PERKHIDMATAN
  4.2    PRODUK & SERVICE
  4.3    PREMIS & LOKASI

5. ASPEK PEMASARAN

  5.1    KAWASAN / LOKASI PERNIAGAAN
  5.2    SASARAN PASARAN
  5.3    ANALISA PASARAN
  5.4    ANALISA PESAING
  5.5    STRATEGI PEMASARAN

6. PENGIKLANAN & PROMOSI

7. CADANGAN PEMBIAYAAN
   7.1   PERALATAN YANG DIPERLUKAN

8. AKAUN UNTUNG RUGI


9. LAMPIRAN
 1.   LATAR BELAKANG PERNIAGAAN


Kedai gunting rambut ini telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2006.
Walaupun kedai ini baru 5 bulan beroperasi namun sambutan yang
diberikan kepada pelanggan amat menggalakkan.

Faktor utama kedai gunting rambut ini mendapat sambutan adalah
kerana pekerjanya mempunyai kemahiran yang tinggi dan
berpengalaman luas disamping mengetahui citarasa pelanggan di
kawasan sekitar.
     2.    BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN



Syarikat                  :    Kedai Gunting Rambut
Usahawan                  :    Zakhir Shah bin Mohamad
No. K.P.                  :    700629-10-5481
Alamat Perniagaan         :    No.18 Peringkat 4
                               FELDA Bukit Rokan, 73200 Gemencheh
                               N. Sembilan.




     3.    LATAR BELAKANG KEY PERSONEL

i.        Nama            : Zakhir Shah bin Mohamad

          Zakhir Shah mempunyai kemahiran yang tinggi dan telah
          melibatkan diri dalam bidang ini selama lebih 10 tahun. Sebelum
          membuka perniagaan sendiri, beliau turut membantu adik-
          beradiknya dalam menjayakan kedai gunting rambut. Beliau
          merupakan anak tempatan di FELDA Bukit Rokan dan kerana itu
          juga ia dapat memahami kehendak atau citarasa penduduk
          setempat.
4.          ASPEK PERKHIDMATAN



                      PRODUK DAN SERVIS
     • GUNTING RAMBUT

     • BERCUKUR




                      LOKASI PREMIS
Lokasi merupakan salah satu faktor penting penentu kejayaan sesebuah
perniagaan. Dengan mengambil kira pelbagai aspek terutama yang
melibatkan kos, premis ini didirikan di hadapan rumah. Lokasi ini dipilih
atas faktor-faktor seperti berikut:-


     i.      Menjimatkan kos kerana tidak perlu membayar sewa tapak
     ii.     Waktu operasi kedai dapat dilanjutkan kerana kedai berada di
             dalam kawasan yang sama dengan kediaman.
     iii.    Tidak perlu berpindah ke kawasan lain akibat daripada tamat
             tempoh   sewaan.   Dan    penduduk   setempat   sudah    lama
             mengenali pengusaha kedai gunting kerana beliau adalah anak
             tempatan.
      PERALATAN & KELENGKAPAN
a.    Beberapa peralatan yang sedia ada :-
Bil          Peralatan                       Unit
1.           Cermin Panjang                  1
2.           Kerusi                          1
3.           Ketam Rambut                    1
4.           Gunting                         1
5.           Sikat                           2
6.           Pisau Cukur                     2
7.           Meja                            1
8.           Alas Baju                       2


b.    Bahan-bahan/peralatan yang digunakan:-
      i.       minyak rambut
      ii.      Krim pencukur
      iii.     Pisau cukur
5.   ASPEK PEMASARAN



Analisa Pemasaran
Dalam mencapai objektif perniagaan, aspek pemasaran perlu diberi
perhatian terutama syarikat yang berorentasikan perkhidmatan, hasil
yang dikeluarkan perlu mempunyai kualiti yang tinggi untuk berjaya
dalam pasaran. Untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan
mendapat tempat, pihak kami peka terhadap aspek pemasaran seperti
barangan, harga, promosi di samping penyelidikan yang boleh
menentukan khalayak sasaran.


a.   Khalayak Sasaran
Khalayak sasaran bagi perkhidmatan ini adalah seperti berikut:-


1. Penduduk setempat        - FELDA Bukit Rokan
2. Penduduk kawasan jiran - FELDA Bukit Rokan Utara
                            - FELDA Bukit Rokan Barat
                            - Kg Ulu Rokan


b.   Persaingan
Adalah menjadi kelaziman setiap bidang perniagaan mempunyai
pesaingnya. Bagaimanapun pesaingan bukanlah menjadi masalah utama
yang boleh menjejaskan pendapatan syarikat sekiranya pihak syarikat
mengetahui keistimewaan-keistimewaan yang terdapat pada pesaingnya
disamping kelemahan-kelemahan mereka.
Dengan kemahiran yang mendalam dan sentiasa peka terhadap
perubahan citarasa pelanggan, kami berkeyakinan kedai gunting rambut
ini mampu berdaya saing.


Secara umunya terdapat lebih 2,000 penduduk di FELDA Bukit Rokan
dalam pelbagai lapisan masyarakat. Walau bagaimanapun hanya
terdapat 3 buah kedai gunting sahaja di dalam FELDA ini.




6.   PENGIKLANAN & PROMOSI


Pengiklanan dan promosi memainkan peranan yang penting untuk
memastikan perkhidmatan yang diberikan menjadi keperluan kepada
pelanggan dan sekaligus mendapat tempat di hati mereka. Kunci kepada
suatu kempen pemasaran yang berjaya ialah mengenali para pelanggan,
mewujudkan imej perniagaan yang kukuh dan menyelidik opsyen-
opsyen pengiklanan dan promosi yang sedia ada.


Pada peringkat permulaan ini, kami mengandaikan dengan memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan ia sekaligus akan menjadi
promosi kepada kami apabila pelanggan ini bercerita atau memberitahu
kepuasan mereka menggunakan perkhidmatan kami kepada rakan-rakan
mereka.
Alat-alat promosi lain yang kami gunakan adalah seperti menampal
poster dan mengedarkan broshure. Ia lebih menjimatkan dan lebih
efektif kerana terus ditujukan kepada khalayak sasaran.
7.         CADANGAN PEMBIAYAAN


Bagi mengemaskini dan mengembangkan perniagaan ini dianggarkan
kos projek ini adalah sebanyak RM3370.00. Ini melibatkan kos-kos
seperti berikut:-
     Bil                  Peralatan            Unit           RM
     1         Kerusi                           1           1500.00
               Kerusi panjang                                150.00
     2                                          1
               - tempat menunggu giliran
     3.        Ketam rambut                      2          450.00
     4.        Gunting                           1          200.00
     5.        Cermin panjang                    1          120.00
     6.        Cermin muka                       1           70.00
     7.        Sikat & eksesori                 na           50.00
     8.        Ubahsuai premis                  na
               - Atap/owning                                 300.00
               - mengecat                                    120.00
               - batu                                        200.00
               - pasir                                        90.00
               - simen                                       120.00
                                                            3370.00




Rancangan Perlaksanaan Projek


           Bil Perkara                          Jangkamasa
           1     Membaiki bumbung dan           1 minggu
                 mengubahsuai premises
           2     Membuat pesanan dan            1 minggu
                 pembelian peralatan
           3     Mengubah kedudukan &           3 hari
                 menambahperalatan
8.   AKAUN UNTUNG RUGI (ANGGARAN)
9.   LAMPIRAN

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:1390
posted:12/31/2010
language:Malay
pages:10