Docstoc
EXCLUSIVE OFFER FOR DOCSTOC USERS
Try the all-new QuickBooks Online for FREE.  No credit card required.

Sekolah Menengah Pasir Ris

Document Sample
Sekolah Menengah Pasir Ris Powered By Docstoc
					                           Sekolah Menengah Pasir Ris
                                Unit Bahasa Melayu
                         Latihan 1 Bahasa Melayu Lanjutan
                               Menengah 1 Ekspres

Nama : _________________________                               Masa : 1 Jam 30 Minit
Kelas    : 1E/___                                              Tarikh : ____________
    Bawa kertas soalan dan jawapan apabila kamu datang ke sekolah nanti.

                               LATIHAN IMBUHAN
Arahan:        Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat sepuluh patah
perkataan yang memerlukan imbuhan.       Kenal pasti perkataan-perkataan itu dan
bubuh imbuhan yang sesuai.      Tulis jawapan kamu mengikut susunan perkataan
dalam petikan karangan ini di ruangan yang disediakan.

        Enam rakyat Britain yang terperangkap selama 11 hari dalam gua di Mexico
dapat diselamatkan para penyelam kelmarin. Kumpulan ekspedisi itu terpaksa undur
ke kawasan lebih selamat dalam gua selepas hujan lebat sebab pintu gua yang
mereka masuk pada 17 Mac lalu ditenggelami air. Meskipun mempunyai bekal
makanan, beg tidur dan peralatan lain, pasukan itu tidak punya alat skuba yang
cukup untuk renang keluar dan terpaksa diselamatkan para penyelam khas. Dua
penyelam rakyat Britain dan beberapa pakar gua Mexico tungkus-lumus selama
enam jam untuk bawa mereka yang terperangkap satu persatu keluar dari rangkaian
terowong dan gua bawah tanah di pergunungan Alpazat, dalam wilayah Puebla, di
tengah Mexico, jelang malam kelmarin. Sebaik saja diselamatkan, mereka
dikerumuni lebih 200 wartawan. Mereka kemudian dibawa dengan kenderaan tentera
Mexico ke sebuah hotel berhampiran.

                                      (Dipetik dan diubahsuai daripada Berita Harian, 27 Mac 2004.)

1.      ________________________              6.        ________________________

2.      ________________________              7.        ________________________

3.      ________________________              8.        ________________________

4.      ________________________              9.        ________________________

5.      ________________________              10.       ________________________

                                         1
                                 LATIHAN PERIBAHASA
Arahan:         Gantikan keterangan-keterangan yang bergaris bawah dalam petikan
karangan berikut dengan peribahasa yang sesuai mengikut jalan ceritanya. Tulis
jawapan kamu mengikut susunan peribahasa dalam petikan karangan ini.

       Peperiksaan pertengahan tahun bakal menjelang. Akmal sibuk mengulang
kaji pelajarannya. Dia takut gagal. Ayahnya yang (11) sangat bengis dan garang itu
sering membanding-bandingkannya dengan adik-beradiknya yang lain.
       Katanya, Akmal tidak sepandai mereka. Akmal tahu yang dia kurang
berkemampuan dalam pelajaran kalau dibandingkan dengan adik-beradiknya yang
lain. Namun, dia percaya (12) walau bagaimana bodoh diri seseorang itu
sekalipun, jika diajar betul-betul, tentulah akan menjadi pandai. Akmal telah
meminta bantuan temannya, Shafiq, untuk menerangkan hal-hal pelajaran yang dia
kurang pasti.
       Kesediaan Shafiq untuk membantunya itu amat bermakna bagi Akmal,
seperti (13) memperoleh sesuatu yang sangat diharapkan. Walaupun Shafiq
seorang yang pendiam dan jarang bersuara di dalam kelas, namun dia berupaya
mengikuti setiap pelajaran dengan baik, dan dapat menjawab setiap soalan yang
diutarakan oleh guru. Bak kata pepatah (14) diam seseorang yang berilmu itu
berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.
       Sejak dulu lagi, Shafiq sering membantu teman-teman dan guru-guru
sekolahnya bila-bila masa sahaja mereka memerlukan bantuannya. Semua orang di
sekolahnya suka kepada Shafiq dan tahu akan perawakannya yang baik budi dan
suka membantu orang lain kerana (15) daripada tingkah laku seseorang itu, kita
dapat mengenali watak seseorang. Akmal yakin dengan bantuan Shafiq, dia akan
berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam pepeiksaannya.

11. ________________________________________________________________

12. ________________________________________________________________

13. ________________________________________________________________

14. ________________________________________________________________

15. ________________________________________________________________

                                        2
                              LATIHAN BINA AYAT

Arahan:         Bina dua potong ayat bagi setiap perkataan yang diberi untuk
menjelaskan perbezaan maknanya tanpa mengubah bentuk perkataan asalnya.

16.   halaman

i)    ______________________________________________________________

      ______________________________________________________________

ii)   ______________________________________________________________

      ______________________________________________________________

17.   bangkit

18.   lalu

                                       3
                             LATIHAN PROSEDUR CLOZE

Arahan:         Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat 10 tempat kosong. Isi
tempat-tempat kosong ini dengan sepatah perkataan yang sesuai mengikut konteks
petikan karangan. Tulis jawapan kamu mengikut susunan perkataan dalam petikan
karangan di ruangan yang disediakan.

       Sebelum memakan sesuatu jenis makanan, kita hendaklah mengetahui isi
kandungan makanan dan kegunaan yang terdapat di dalamnya. Kandungan dalam
sesuatu jenis    (19)     juga perlulah memenuhi keperluan        (20)    manusia. Proses
kehidupan dapat     (21)_ melalui makanan yang seimbang.           (22)   memerlukan zat
makanan sejak      (23)    berada di dalam rahim       (24)   lagi. Zat makanan ini   (25)
oleh tubuh melalui dua      (26)   utama iaitu melalui sintesis   (27)    dalam tubuh dan
sumber (28) luar tubuh. Sebagai contohnya, kolestrol dihasilkan oleh tubuh secara
semula jadi dan juga boleh diperolehi daripada makanan haiwan.

19.    ______________________                    24.      ______________________

20.    ______________________                    25.      ______________________

21.    ______________________                    26.      ______________________

22.    ______________________                    27.      ______________________

23.    ______________________                    28.      ______________________

                                             4
                         LATIHAN KEFAHAMAN SUBJEKTIF

Arahan:        Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

         Identiti seseorang secara umum amat mudah untuk dikenali menerusi gaya
kehidupan, pakaian, cara pertuturan dan muzik yang diminatinya. Muzik bukan sekadar
irama dan alunan suara malah meliputi semua aspek kehidupan sama ada negatif
ataupun positif. Ternyata muzik bukan sebagai hiburan sahaja tetapi juga satu perilaku
atau tertib kehidupan.                                                                   5

         Ramai yang berpendapat muzik mampu mengubat kekecewaan seseorang.
Untuk mendapatkan kepuasan yang tersendiri, adakalanya manusia cuba untuk
mencipta muzik dan lagu sendiri. Mereka digelar sebagai pemuzik underground.
Mereka menghasilkan muzik bukan hanya untuk hiburan tetapi sebagai salah satu            10
alternatif untuk mencurahkan dan melepaskan segala tekanan, perasaan marah dan
rasa tidak puas hati yang terpendam di hati mereka.

         Kebanyakan pemuzik underground tidak menjadikan muzik sebagai sumber
pendapatan. Mereka mempunyai kerjaya tersendiri. Muzik hanya menjadi alat untuk
melepaskan geram. Sesetengahnya pula mengetepikan nilai-nilai seni yang terdapat         15
dalam sesuatu jenis muzik.

         Oleh itu kadangkala karya-karya mereka hanya difahami oleh mereka. Mereka
tidak peduli sama ada orang lain memahami muzik dan lagu yang dinyanyikan oleh
mereka. Mereka juga sering bereksperimen dengan menghasilkan muzik dan bunyi-
bunyian yang pelik. Kepelbagaian dan gabungan beberapa jenis muzik walaupun              20
nampak kreatif, ada juga yang amat buruk hasilnya.

         Namun, ada juga pemuzik underground yang serius dalam menghasilkan karya.
Mereka     mementingkan    aspek   berdikari   dan    persefahaman.   Mereka   mampu
merakamkan lagu dengan biaya sendiri dan menjual karya mereka kepada rakan-
rakan.
                                                                                         25
         Mereka juga tidak glamor dan tidak popular seperti artis lain serta tidak
mendapat publisiti daripada media massa. Tetapi, atas usaha gigih mereka, tetap
mendapat tawaran untuk mengadakan persembahan atau merakamkan album
bersama artis underground antarabangsa.

                                          5
           Sesetengah daripada mereka juga kini menjadi artis popular apabila syarikat                 30
rakaman mula menyedari akan potensi yang ada pada diri mereka. Dalam hal ini,
muzik yang pada mulanya hanya menjadi hobi telah bertukar menjadi kerjaya
sampingan.

           Di Barat, golongan skinhead, punk dan pemuzik black metal merupakan antara
golongan yang mengaitkan perilaku kehidupan dengan muzik. Setiap irama, lirik dan                      35
mesej yang dihasilkan membawa maksud yang tersendiri. Karya-karya mereka
selalunya mengajak pengikut agar melakukan sesuatu yang di luar batasan.

           Penampilan remaja skinhead ini amat mudah untuk dikenali menerusi imej diri
mereka seperti memakai kemeja, berkepala botak, menunggang motor skuter,
memakai seluar senteng dan kasut but. Hal ini menunjukkan muzik yang diminati oleh                     40
mereka dapat mempengaruhi kehidupan mereka.
           Namun, ada sesetengah golongan ini yang mempraktikkan gejala negatif yang
berasal dari Barat. Mereka menggunakan muzik sebagai landasan untuk menarik
seberapa ramai pengikut. Apabila mempunyai bilangan pengikut yang banyak, mereka
mula melakukan kegiatan jenayah seperti pergaduhan dan peras ugut. Apa yang
dikesalkan ialah sikap mereka menunjukkan lagak samseng terhadap bangsa Melayu                         45
sendiri.
                                      (Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Kosmik, Disember 2003.)

Arahan:          Berdasarkan petikan karangan di atas, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat-ayat kamu sendiri.

29.        Apakah peranan muzik dalam kehidupan manusia?

           ______________________________________________________________

           ______________________________________________________________

           ______________________________________________________________

           ______________________________________________________________

                                            6
30.   Apakah tujuannya muzik underground dihasilkan?

      ______________________________________________________________

      ______________________________________________________________

      ______________________________________________________________

      ______________________________________________________________

31.   Mengapakah sukar bagi seseorang pendengar untuk menghargai muzik
      underground?
      ______________________________________________________________

      ______________________________________________________________

      ______________________________________________________________

      ______________________________________________________________

32.   Mengapakah remaja skinhead sering dipandang serong?

      ______________________________________________________________

      ______________________________________________________________

      ______________________________________________________________

      ______________________________________________________________

                                     7
33.   Pada pendapat kamu, mengapakah para remaja terlalu terikut-ikut gaya
      hidup skinhead?

      ______________________________________________________________

      ______________________________________________________________

      ______________________________________________________________

      ______________________________________________________________

34.   Terangkan maksud perkataan-perkataan yang berikut menurut konteks
      petikan yang disediakan:

      i)     alternatif    ( baris 10)

      ______________________________________________________________

      ii)    potensi       ( baris 30)

      ______________________________________________________________

      iii)   senteng       ( baris 39)

      ______________________________________________________________
      iv)    gejala        ( baris 41)

      ______________________________________________________________

      v)     landasan      ( baris 42)

      ______________________________________________________________

                                  ~SELESAI~

                                         8

DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:451
posted:12/31/2010
language:Malay
pages:8
Description: Sekolah Menengah Pasir Ris