Docstoc

Implikasi falsafah pendidikan timur

Document Sample
Implikasi falsafah pendidikan timur Powered By Docstoc
					  Implikasi falsafah pendidikan timur, islam
     dan barat terhadap perkembangan
            pendidikan di Malaysia.

       Di Negara kita, Falsafah Pendidikan Malaysia telah difikirkan sejak awal
tahun 1980-an lagi. Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk
menterjemahkan konsep pembangunan kemanusiaan di dalam penggubalan
kurikulum. Justeru itu, satu Falsafah Pendidikan Negara telahpun diistiarkan
pada tahun 1988.


       Pembentukan Falsafah Pendidikan Negara sebenarnya diambil kira
daripada pelbagai aspek bagi menghasilkan bangsa yang maju, bertamadun,
berdaya saing dan tahan diuji baik dari segi metal mahupun emosi. Bagi
mencapai aspirasi dan visi tersebut, pihak yang merangka falsafah tersebut telah
berusaha bersugguh- sungguh agar perlaksanaan modal yang baru dan kemas
kini boleh menjauhkan anasir sosial yang tidak sihat dan boleh merosakkan
nama baik sesebuah Negara. Kita tidak mahu lagi pelajar-pelajar yang dibimbing
dan dibesarkan pada awal tahun 1990-an, bijak dari segi mental tetapi buruk dari
segi tingkah laku, sedangkan kedua-dua sifat ini adalah amat penting bagi
mewujudkan generasi baru yang berkemahiran, berilmu, bersepadu dari segi
amalan, sihat dan dihormati oleh seluruh masyarakat dunia. Berhubung dengan
kepentingan kemahiran dan pengetahuan, Adam Smith dalam karangannya the
wealth of nations ( 1776 ) menegaskan bahawa:


    Kemahiran dan pengetahuan rakyat adalah jentera paling berkesan dalam
menentukkan pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara.




Berhubung dengan kepentingan ilmu, al-quran ada menerangkan, seperti yang
berikut :
Katakanlah : tiada serupa orang yang berilmu pengetahuan dengan orang yang
tidak berilmu pengetahuan.
                                                     ( surah az- Zumar, ayat 9 )


       Jadi, pada masa kini, bolehlah dikatakan bahawa kita adalah bertuah dan
bernasib baik kerana sudah mempunyai sebuah falsafah yang boleh memberi
panduan yang berguna kepada semua bangsa di Malaysia, tanpa mengira
agama. Falsafah yang dimaksudkan itu antara lain berbunyi atau tercatat seperti
berikut :


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kea rah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan Negara.
                                       ( Pusat perkembangan kurikulum, 1989 )


       Berdasarkan kenyataan falsafah yang begitu padat dan jelas itu,
nampaknya terdapat juga unsur-unsur agama dan ketuhanan agar bangsa
Malaysia mempunyai ciri-ciri keagamaan yang kuat serta berhemah mulia jika
dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain khasnya barat. Kita harus sedar
bahawa bangsa barat hanya menekankan aspek intelek sahaja yang membawa
banyak kegagalan melalui sistem ini. Hal ini sudah diperjelaskan oleh penyair
islam yang terkenal dan pemikir yang dinamis, iaitu Mohammad Iqbal. Beliau
menyatakan bahawa sistem pendidikan barat itu tidak ubah suatu pakatan jahat
untuk merosakkan agama dan seluruh kehidupan Ummah. Keraguan tersebut
disokong oleh Frank Feather dalam bukunya Forces Restructing Our Future
( 1989 ). Dalam buku tersebut, beliau sendiri membuat satu tinjauan kritis
terhadap sistem pendidikan dan turut mengkritik kelemahan pendidikan barat.
( Dipetik dari Mohd Shah Abdullah, Berita Harian, 5 oktober 1993 ).


        Namun begitu, kita tidak menolak semua idea atau pengaruh barat dalam
sistem pendidikan Barat di Malaysia kerana ada sebahagiannya yang boleh
diambil, diikuti dan diubah suai agar serasi dengan kehendak masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai agama yang berlainan. Sebagai
contoh, sebahagian cebisan Falsafah Pendidikan Negara masih mengambil kira
seorang ahli pendidikan dan falsafah yang terkenal dari Amerika Syarikat pada
abad ke-20, iaitu John dewey. Beliau yang membawa fahaman Pragmatisme
mengatakan tujuan pendidikan ialah untuk melahirkan individu yang menyeluruh.
Ia menjadi salah satu elemen yang penting dalam falsafah pendidikan
kebangsaan untuk melahirkan manusia yang holistik dari segi JERIS.


        Dalam masyarakat moden dan bergerak pantas ini, unsur-unsur ilmu dan
juga perkara yang berkaitan dengan agama tidak boleh diabaikan langsung. Ia
banyak memberi       kekuatan dan petunjuk kepada sesiapa sahaja. Bagi
mengukuhkan hakikat      tersebut, idea-idea yang disarankan oleh tokoh-tokoh
islam seperti Mohammad iqbal di selitkan di dalam ciri-ciri Falsafah Pendidikan
Negara. Menurut beliau, ilmu mestilah bertujuan kerohanian dan manusia harus
menyembah tuhan dan percaya akan dirinya sendiri. ( Dipetik dari Tajul Ariffin
dan Nor Aini, 1992 ). Kepentingan ilmu dan hubungan dengan kepercayaan
kepada tuhan sebenarnya tercatat dalam falsafah tersebut. Selain itu, falsafah
islam juga menekankan pengamalan nilai- nilai murni dalam kehidupan yang
menjadi pedoman hidup seseorang insan. Berasaskan kepada keperluan
tersebutlah, secara tidak langsung nilai-nilai atau falsafah keislaman terdapat di
dalam    Falsafah   Pendidikan   Negara    dan   sedang    diamalkan    mengikut
pemerhatian saya semasa PBS. Semasa menjalankan PBS saya mendapat tahu
bahawa murid- murid diterapkan dengan nilai- nilai murni malalui pendidikan
moral dan ceramah. Bukan sekadar menerapkan sahaja, malah mewajibkan
mereka untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seperti tidak membuang
sampah dimerata- rata tempat, menolong guru, mengucapkan selamat sejatera
kepada kawan dan sebagainya. Hadiah juga diberikan kepada pelajar yang
mengamalkan     budi pekerti   yang   mulia   sepanjang   bulan   seperti   rajin,
bertanggungjawab, menjaga kebersihan diri dan lain- lain lagi. Bukan itu sahaja,
sekolah itu juga telah mengadakan kelas agama bagi menyedarkan murid
bahawa tiada kuasa yang lebih besar daripada tuhan. Ekoran daripada ini, setiap
majlis yang dijalankan akan bermula dengan bacaan doa dan pelajar juga
diwajibkan untuk berdoa sebelum makan.


      Selain itu, ”Falsafah pendidikan islam bukan sahaja menekankan aspek
kerohanian malah ia juga memberi perhatian kepada aspek intelek. Menurut al-
Syaibani   Falsafah pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan manusia
dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya
serta tugas dan tanggungjawabnya.”       Hal ini dapat dilihat dalam Falsafah
Pendidikan Negara iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan dan
berketerampilan. Melalui unsur ini, rakyat dapat berfikiran luas dan terbuka,
berpandangan jauh dan mempunyai kebolehan untuk menjalankan tugas dengan
sempurna. Aspek ini tidak sepenuhnya mencapai matlamat sepertimana yang
terkandung dalam FPK. Hal ini adalah kerana, guru- guru yang mengajar di
sekolah hanya memberi ilmu yang terdapat dalam buku teks sahaja. Mereka
tidak mengambil inisiatif yang lebih seperti membawa mereka ke makmal
komputer atau perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang berlebihan
kepada sesuatu topik yang menambahkan ilmu pengetahuan mereka.


      Seterusnya mari kita membincangkan tentang Falsafah Pendidikan Timur.
Falsafah ini berasaskan falsafah cina dan india. Falsafah Pendidikan Timur
hanya menekan aspek intelek dan rohani sahaja. Hal ini dapat diperhatikan
dalam prinsip Falsafah Pendidikan Timur. Penekanan tidak diberikan kepada
unsur jasmani sepertimana di negara kita. Di negara kita, pendidikan jasmani
dan kesihatan merupakan salah satu subjek yang penting di sekolah. Pelajar
juga diwajibkan supaya mengambil bahagian dalam pertandingan seumpama
olaraga pada peringkat sekolah, daerah dan negara. Melalui ini, pelajar dapat
sihat dari segi fizikal dan mental serta menyumbang sesuatu kepada negara.
Tetapi banyak sekolah tidak mengikutnya sepertimana yang disarankan oleh
kerajaan.   Matapelajaran   pendidikan   jasmani   selalunya   diabaikan   oleh
kebanyakkan sekolah dan digantikan dengan matapelajaran teras kepada pelajar
tahun 6. Ada sekolah pula yang tidak menggunakan prosedur yang betul semasa
mengajar pendidikan jasmani seperti memanaskan badan sebelum memulakan
aktiviti dan menyejukkan badan selepas menghabiskan aktiviti. Guru juga tidak
menggunakan kaedah ansur maju semasa memberi pendedahan tentang
sesuatu permainan. Bukan itu sahaja, ada juga guru yang turun ke padang
dengan pakaian formal untuk mengajarkan pendidikan jasmani. Hal ini telah
dicontohi oleh murid seperti memakai uniform atau berkaki ayam semasa
bermain di padang. Dengan ini, negaea kita tidak dapat mencapai matlamat FPK
dengan sepenuhnya.


      Falsafah Pendidikan Confucius mengatakan bahawa pendidikan adalah
untuk semua, tanpa mengira status sosio- ekonomi atau kedudukan sosial
seperti yang disarankan oleh pendidikan negara kita. Di negara kita, pendidikan
diberikan kepada semua orang walaupun mereka adalah orang yang kurang
berupaya. Pada masa kini, banyak sekolah Pendidikan Khas telah dibina untuk
memberikan pendidikan yang sama kepada warga istimewa supaya mereka
boleh berdikari pada masa hadapan dan tidak tersisih.

       Kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai implikasi falsafah pendidikan
timur, islam dan barat terhadap perkembangan pendidikan dari segi positif
mahupun negatif, kita perlulah bekerjasama dan berganding bahu dalam
melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan
insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif
dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan Negara bagi bertanding
dengan dunia globalisasi.


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:5313
posted:12/26/2010
language:Malay
pages:5