Docstoc

Tajuk 1 - FALSAFAH _ KONSEP

Document Sample
Tajuk 1 - FALSAFAH _ KONSEP Powered By Docstoc
					                                                                  PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




                FALSAFAH, KONSEP, OBJEKTIF DAN MATLAMAT
  Tajuk 1
                DALAM PENDIDIKAN LUAR



  Sinopsis

  Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi falsafah, konsep, definisi, matlamat dan
  objektif serta sejarah dalam Pendidikan Luar. Modul ini juga dibekalkan dengan
  soalan latihan dan senarai bahan rujukan.




HASIL PEMBELAJARAN

    1.       Menghuraikan falsafah dan konsep Pendidikan Luar
    2.       Menghuraikan objektif dan matlamat Pendidikan Luar




  Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini




                                 Falsafah, Konsep,
                                    Objektif dan
                                     Matlamat




         Falsafah, Konsep           Matlamat dan          Sejarah Pendidikan
            dan Definisi              Objektif                    Luar




                                                                                       1
                                                                 PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




             Sebelum kita meneroka bidang Pendidikan Luar dengan lebih
             mendalam, cuba terangkan falsafah dan konsep Pendidikan Luar,
             mengikut kefahaman anda sendiri.




1.1   Definisi, konsep dan falsafah


      1.1.1 Falsafah Pendidikan Luar


      Falsafah Pendidikan Kebangsaan menegaskan bahawa pendidikan di Malaysia
      adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
      individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
      seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan
      kepercayaan kepada Tuhan. Oleh yang demikian Program Pendidikan Luar dapat
      dijadikan media untuk memurnikan hasrat berkenaan.


             Pendidikan Luar merangkumi pelbagai tujuan dan amalan yang dapat
      memperkayakan dan memperkukuhkan pengalaman pendidikan formal
      dengan melihat alam semulajadi sebagai „makmal hidup‟. Pemanfaatan
      persekitaran dan alam semulajadi sebagai tempat pembelajaran secara terus
      akan menajamkan kepekaan individu apabila pengetahuan yang diperolehi
      melibatkan deria. Dalam hal ini Pendidikan Luar mengutamakan aspek
      penaakulan oleh individu dan perlakuan motor yang melibatkan semua deria
      umpamanya dalam mengenal alam flora dan fauna.


             Pendekatan Pendidikan Luar banyak tertumpu kepada kaedah penemuan,
      eksperimen dan kajian lapangan. Penekanan pembelajaran dalam Pendidikan
      Luar menggalakkan pelajar memperolehi pengalaman melalui sesuatu yang
      dilakukan sendiri. Konsep pendekatan yang sedemikian diamalkan kerana
      pegangan falsafah pendidikan luar yang mempercayai bahawa adalah sukar
      mengajar seseorang itu belajar tetapi lebih mudah menolong seseorang itu
      belajar.
                                                                                       2
                                                               PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




       Di samping itu, ianya juga adalah satu proses pembelajaran secara
langsung ( learning by doing so ). Ilmu, pengetahuan dan pengalaman diperolehi
dengan konsep „hands on’ / ‘first hand experience’. Pendedahan kepada kedua-
dua konsep ini secara tidak langsung akan melahirkan individu yang sempurna di
mana segala aspek yang diberi penekanan iaitu fizikal, mental, emosi, sosial dan
rohani dapat dimantapkan.


       Dengan melibatkan diri kepada corak pendidikan seperti ini potensi
individu   akan   dapat    dikembangkan      secara   menyeluruh.   Individu   dapat
meningkatkan       tahap     kreativitinya     dengan     menggabungjalin       dan
menggembelingkan segala ilmu pengetahuan dan fakta-fakta yang diperolehinya
bagi mencetuskana satu corak pemikiran kreatif.




                                                                                       3
                                                                  PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




1.1.2. Konsep Pendidikan Luar

Modul konsep pendidikan luar yang dikemukan oleh MCRAE (1990) menyatakan
pendidikan luar adalah pembelajaran berlaku di luar bilik darjah keadaan ini
berlainan daripada bentuk tradisi. Pendidikan luar menggunakan alam sekitar
sebagai laluan atau tujuan mendidik. Pendidikan luar perlu dirancang dengan teliti
antara aspek perlu difikirkan oleh perancang kurikulum pendidikan luar ialah:




Aspek Kognitif

       Pembangunan          kognitif   melibatkan   pengumpulan   pengetahuan      dan
keupayaan berfikir serta menginterpretasi. Dengan kata lain pembangunan
kognitif melibatkan perangsang pemikiran yang terdiri              daripada elemen
penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.




       Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan Pendidikan
Luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti
Pendidikan Luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti
yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan
cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada
pelaksanaan aktiviti Pendidikan Luar yang lebih cekap dan berkesan.
Pengetahuan tentang disiplin Pendidikan Luar juga penting bagi menjadikan
aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program Pendidikan
Luar yang baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat
memberi kekuatan kognitif. Dengan kata lain Pendidikan Luar bukan sahaja
memberi latihan fizikal tetapi unsur kemahiran berfikir seperti penyelesaian
masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam
aktiviti Pendidikan Luar.



                                                                                         4
                                                            PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




Aspek kemahiran psikomotor

Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu
dipamerkan. Motor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan,
kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan
kelajuan.

Antara aspek kemahiran psikomotor yang perlu difokus dalam Pendidikan Luar
ialah:

        Imej tubuh

        Kawalan objek

        Orientasi spatial ( ruang )

        Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor

        Perkembangan kemahiran

        Kecergasan




Aspek afektif

         Matlamat utama yang diingini, dalam hampir kesemua program pendidikan
luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran
bersosial.    Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, aspirasi dan nilai
serta pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan
corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan
terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab
akan berlaku ketika menjalankan aktiviti Pendidikan Luar.




                                                                                  5
                                                                      PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




        Pendidikan Luar menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain,
mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa
lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati
orang lain dan pemimpin serta bekerjasama secara berkumpulan bagi
menjayakan aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting di dalam
perkembangan individu melalui penglibatan di dalam Pendidikan Luar. Aktiviti
Pendidikan Luar akan membentuk emosi yang stabil di kalangan pesertanya.
Contohnya          dengan    aktiviti   Pendidikan   Luar   peserta    akan   membentuk
persefahaman serta berperanan secara luaran dan dalaman diri.

        Pendidikan Luar adalah suatu medium yang dapat membantu di dalam
pembangunan sosial. Pendidikan Luar akan menolong individu menyesuaikan diri
dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan
teratur akan menjadikan Pendidikan Luar sebagai jambatan utama untuk
mencapai matlamat sosial.

        Penglibatan         pelajar di dalam aktiviti fizikal dapat memupuk integrasi
antara kaum. Melalui aktiviti-aktiviti fizikal adalah diharapkan negara dapat
melahirkan rakyat yang sihat serta menggalakkan integrasi kaum dan
mengelakkan daripada berlaku perselisihan faham. Penyertaan pelajar dalam
aktiviti fizikal     membolehkan mereka berinteraksi dengan rakan sebaya dan
mewujudkan perpaduan sesama mereka.




Aspek Sosial

        Dettmer ( 1997 ) mencadangkan satu domain khusus untuk hubungan /
tingkah laku sosial, iaitu Domain Sosial. Domain ini terdiri daripada lapan
peringkat objektif, iaitu: Berhubung, Berkomunikasi, Melibatkan Diri, Berunding,
Bekerjasama, Menghakim, Memulakan dan Menukar.




                                                                                           6
                                                                PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




                        Pengajaran dan Pembelajaran
                           Dalam Pendidikan Luar

                             • KOGNITIF

                             •PSIKOMOTOR

                             • AFEKTIF

                             • SOSIAL




   Pendidikan melalui alam sekitar             Pendidikan untuk alam sekitar


                 Rajah 1.1. Konsep Pendidikan Luar MCRAE (1990)



       Dalam     proses     pembelajaran   melalui    Pendidikan    Luar,      manusia
mempelajari tentang alam semula jadi dan menghormati serta menyesuaikan diri
demi mendapat kebaikan daripada aspek pembelajaran dan pengalaman.
Pendidikan Luar perlu berpaksikan ketuhananan ( terdiri daripada kepercayaan,
pegangan agama dan nilai sejagat ), kemanusiaan ( kemahiran, pengetahuan,
nilai-nilai murni dan sahsiah ) dan kenegaraan       ( mengenali negara, semangat
cintakan negara ).


       Dalam Pendidikan Luar pembentukan individu merupakan perkara penting
dan tidak boleh ditinggalkan. Adalah diharapkan individu yang terbentuk dari
Pendidikan Luar akan lebih mantap dari aspek mental, fizikal, emosi, kemahiran
dan sosial. Pembentukan individu yang mantap adalah merupakan asas kepada
pembentukan masyarakat dan negara.




                                                                                         7
                                                                  PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




       Antara aspek yang perlu diserapkan dalam aktiviti Pendidikan Luar bagi
membina konsep keseluruhan Pendidikan Luar ialah:


o Kekuatan, ketahanan, ketekalan mental, fizikal dan emosi
o Membentuk kemahiran dalam bidang Pendidikan Luar
o Penyampaian ilmu yang tersirat dan tersurat
o Penyerapan nilai dan sahsiah


1.1.3 Definisi Pendidikan Luar

       Pendidikan Luar merupakan salah satu daripada pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang amat menarik dan berkesan dilaksanakan
elektif dan bijaksana. Pendekatan, pemeringkatan, pengolahan dan pengisian
aktiviti secara teori dan praktikal akan membantu pelajar meneroka pengetahuan
dan pengalaman baru.

       Secara keseluruhan dalam mendefinisi Pendidikan Luar terdapat dua
pendapat yang berlainan. Kedua golongan tersebut ialah:

o Berdasarkan aktiviti
o Berdasarkan psikologi


   Golongan ini mendefinisikan Pendidikan Luar sebagai satu aktiviti fizikal tanpa
melihat Pendidikan Luar sebagai alat untuk membangun ciri-ciri pendidikan yang
tersirat. Dengan lain perkataan golongan ini melihat Pendidikan Luar sebagai
aktiviti yang tertumpu kepada psikomotor ( elemen tersurat ) tanpa menyatakan
aspek lain seperti aspek sosial, kognitif dan afektif ( elemen tersirat )




                                                                                       8
                                                             PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




Berdasarkan aktiviti

      Menurut Neill 2003, Pendidikan Luar berlaku apabila segolongan peserta
menyertai aktiviti lasak dalam keadaan alam semula jadi yang sebenar. Mereka
menggunakan sekitaran untuk menyelesaikan masalah. Menurut Kethies 1990,
Pendidikan Luar adalah keadaan di mana golongan peserta keluar ke alam
semulajadi   serta     menyelesaikan     masalah   di   sekitaran.      Priest     1990
menggambarkan        Pendidikan   Luar    merupakan     proses       ujikaji     dengan
menggunakan pancaindera sebagai alat dan alam semulajadi sebagai makmal.
Simon Priest, 1986, menyatakan Pendidikan Luar adalah pendidikan yang
berkaitan dengan hubungan simbiosis yang wujud dalam alam semulajadi.
Hubungan yang wujud ini bukan sahaja antara alam sekitar dengan manusia
tetapi antara manusia dengan manusia.




Berdasarkan psikologi

      Menurut the outdoor institute Pendidikan Luar didefinisikan sebagai
pendidikan yang bertujuan memberikan pengalaman dalam aktiviti-aktiviti di luar
kelas dan membangun insan secara keseluruhan. Menurut C. A. Lewis, 1975,
dalam pendidikan luar pelajar     akan menggunakan keseluruhan pancaindera
untuk memerhati dan membuat persepsi. Sementara Phyllis Ford, 1981
mendefinisikan pendidikan luar adalah pendidikan yang mempunyai tiga domain
utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang digabungkan untuk
membentuk pendidikan insan yang seimbang.


      D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman, menyatakan
pendidikan luar adalah gabungan berbagai disiplin dalam pendidikan untuk
mencapai matlamat dan objektif dalam kurikulum. Menurut Maznah Hassan,




                                                                                      9
                                                            PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




      Program Pendidikan Luar ( PPL ) adalah satu program yang akan
mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas serta memantapkan
kurikulum Pendidikan Jasmani. Menurut Edward Lappin, 2000


             “Outdoor education is...a means of curriculum enrichment,
      whereby the process of learning takes place out of doors. Outdoor
      education broadly includes environmental education, conservation
      education, adventure education, school camping, wilderness therapy,
      and some aspects of outdoor recreation”


Rumusan Definisi Pendidikan Luar


      Pendidikan Luar adalah aktiviti fizikal yang berlaku di luar kelas serta
mempunyai kurikulum yang terancang dengan rapi serta mengambil kira aspek
keselamatan dan pendidikan (Psikomotor, kognitif dan afektif) sebagai komponen
utama. Untuk mencapai objektif yang tersurat dan tersirat pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Luar menggunakan sumber luar bilik darjah.


      Alam semulajadi bertindak sebagai alat untuk memperkembangkan
pengetahuan, kemahiran dan sikap individu. Pendidikan Luar bertujuan
meningkatkan kefahaman terhadap alam sekitar, pertalian dan ekologikal serta
penghargaan dan tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar.


      Pendidikan L uar juga bertujuan membentuk insan yang mempunyai nilai
dan sahsiah yang teguh serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Pendidikan
Luar juga akan memupuk individu yang dapat menggunakan masa lapang yang
bijak melalui penglibatan dalam kegiatan rekreasi.




                                                                                 10
                                                                       PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




            Knap ( 1981 ) menyatakan “Pendidikan Luar sebagai alat untuk mencapai
      matlamat dan objektif organisasi” Apa yang dimaksudkan dari pernyataan
      tersebut   adalah    pendidikan   luar   boleh   dijadikan    satu   kaedah    untuk
      mengorientasikan individu atau kumpulan berdasarkan falsafah, pelaziman dan
      pengukuhan pembelajaran.


            Hammerman ( 1985 ), pula menyatakan “ Pendidikan Luar sebagai
      landasan untuk mengenalpasti pengalaman yang boleh dipraktikkan dalam
      situasi harian” Pendidikan luar adalah sebagai salah satu sub disiplin ilmu dalam
      pendidikan. Kemahiran-kemahiran ikhtiar hidup seperti berenang, memanjat,
      mendaki, menyelesaikan masalah dan tekanan banyak dipelajari dalam
      Pendidikan Luar.


            Ford ( 1981 ), menegaskan “Pendidikan Luar sebagai program yang
      meliputi   penggunaan    persekitaran    semulajadi    bagi   tujuan mengukuhkan
      pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum yang sedia ada” Ini merangkumi
      perkembangan       pengetahuan,   kematangan     dan    sikap. Khususnya       dalam
      penggunaan waktu senggang.


1.2   Matlamat dan objektif


            Program Pendidikan Luar perlu dirangka dengan teliti dan mempunyai
      matlamat yang jelas. Contoh matlamat dan objektif pendidikan luar bagi peserta
      Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ( KPLI ) dan Kursus Diploma Perguruan
      Malaysia ( KDPM ) yang mengambil matapelajaran Pendidikan Jasmani ialah :


       1.   Pelajar dapat merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti – aktiviti
            Pendidikan Luar
       2.   Pelajar dapat menguasai kemahiran–kemahiran asas kegiatan luar
            mengikut kemampuan diri




                                                                                           11
                                                             PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




3. Pelajar dapat menunjukkan kepekaan dan keperihatinan terhadap keindahan
    dan kekayaan alam semulajadi termasuk isu alam sekitar
4. Pelajar     dapat   meningkatkan   pembelajaran    menerusi     pengalaman–
    pengalaman yang menyeronokkan dan selamat dalam persekitaran yang
    berbeza–beza
5. Pelajar dapat membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri dalam
    menghadapi cabaran-cabaran semasa
6. Pelajar dapat menunjukkan sikap positif, semangat kewarganegaraan,
    kesedaran sivik yang tinggi dan memupuk semangat patriotisme
7. Pelajar dapat mengembangkan sifat–sifat kreatif dan inovatif serta membuat
    keputusan yang bijak terutama dalam keadaan segera atau cemas.


Menurut Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, ( 2000 )
matlamat Pendidikan Luar secara am boleh dibahagikan kepada tiga komponen
besar iaitu:


 ketuhananan ( terdiri daripada kepercayaan, pegangan agama dan nilai
   sejagat )


       o   Memahami dan menyaksikan kebesaran pencipta
       o   Meningkatkan kepercayaan kepada agama
       o   Menyakinkan kebesaran pencipta
       o   Mensyukuri kurniaan pencipta kepada kita
       o   Memberi pendidikan kepada pelajar untuk merancang, mengelola
           program pendidikan luar




                                                                                 12
                                                                 PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




 Kemanusiaan ( pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan sahsiah )


          o   Meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dengan menjadikan alam
              sekitar sebagai perantara
          o   Memberi kesedaran terhadap keperluan memilihara alam sekitar
          o   Meningkatkan sensitiviti serta kesedaran terhadap alam sekitar
          o   Menyerapkan nilai dan sahsiah kepada pelajar
          o   Meningkatkan disiplin di kalangan pelajar
          o   Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam aktiviti luar
          o   Memberi ruang kepada pelajar belajar berinteraksi, bekerjasama dan
              mengeratkan perhubungan sesama mereka atau orang yang lebih
              dewasa
          o   Menggalakkan pelajar menjalankan aktiviti riadah yang lebih berfaedah
          o   Memberi ruang kepada pelajar muhasabah diri
          o   Memberi peserta rasa keseronokan menyertai aktiviti Pendidikan Luar


 Kenegaraan ( semangat cintakan Negara )


          o   Menanamkan sikap cinta dan sayangkan Negara
          o   Membina kefahaman terhadap masyarakat majmuk
          o   Merangsang untuk mengurangkan polarisasi kaum


1.2.1 Tujuan Pendidikan Luar


          Tujuan Pendidikan Luar bergantung kepada kehendak penganjur.
Terdapat berapa kategori kenapa pendidikan luar diadakan. Antara kategorinya
ialah :




                                                                                      13
                                                               PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




 Pendidikan Luar bertujuan membina ketahanan fizikal. Pendidikan Luar ini di
   laksanakan bagi melihat keupayaan fizikal pesertanya. Dengan menyertai aktiviti
   ini peserta akan dapat membina kekuatan motor serta kemahiran dalam aktiviti
   fizikal. Program Pendidikan Luar ini biasanya dianjurkan oleh badan-badan atau
   persatuan-persatuan outdoors sama ada di peringkat daerah atau negeri.



 Pendidikan luar yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang ilmu
   pengetahuan dan membentuk displin dalam badan beruniform. Dalam pendidikan
   bercorak ini peserta kursus akan didedahkan dengan ilmu perkhemahan, disiplin
   dan cara menghormati uniform. Pendidikan Luar ini dianjurkan oleh badan-badan
   beruniform contohnya pengakap, putri islam, persatuan bulan sabit merah



 Pendidikan luar bertujuan untuk mengubah corak pembelajaran tradisonal di
   kelas kepada corak pembelajaran di luar kelas supaya pelajar tidak menjadi
   bosan dan berkebolehan berinteraksi dengan alam sekitar sebenar. Pelajar akan
   dapat berinteraksi dengan bahan dan keadaan sebenar. Contohnya Pendidikan
   Luar bagi subjek geografi. Pendidikan Luar ini lebih menumpu kepada aktiviti
   akademik



 Pendidikan Luar juga digunakan sebagai medium yang penting untuk membentuk
   perpaduan di kalangan pesertanya. Pendidikan Luar yang bermatlamat untuk
   membentuk perpaduan di kalangan ahlinya tanpa mengira kaum lebih memberi
   tumpuan kepada aktiviti kerjasama dan berkumpulan. Pendidikan Luar ini selalu
   dianjurkan oleh badan-badan belia dan perpaduan




                                                                                     14
                                                                     PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




  Pendidikan Luar yang bertujuan untuk melihat dan mengasah kepimpinan pelajar.
    Dalam setiap aktiviti Pendidikan Luar pelajar akan dipimpin atau terpimpin. Oleh
    sebab itu aktiviti Pendidikan Luar akan dapat memupuk dan merangsang sifat
    kepimpinan dan mempelajari cara kepimpinan. Aktiviti Pendidikan Luar adalah
    tempat terbaik bagi pelajar mengasah bakat kepimpinanan mereka.


  Pendidikan Luar juga boleh meneguhkan lagi kepercayaan tentang wujudnya
    pencipta alam. Melalui pemerhatian tentang keindahan serta sifat alam semula
    jadi ini akan meneguhkan lagi kepercayaan serta rasa kesyukuran terhadap
    pencipta. Pendidikan Luar ini biasanya dianjurkan oleh persatuan-persatuan
    agama.


  Dewasa ini Pendidikan Luar juga dilihat sebagai jalan terbaik untuk berekreasi.
    Peserta yang menyertai pendidikan luar dapat mengurangkan rasa tertekan
    dengan menyertai aktiviti fizikal yang mencabar. Bagi pelajar pula aktiviti
    Pendidikan Luar ini dapat mengubah suasana bilik darjah dan rumah kepada
    suasana lapang dan bebas.


  Pendidikan Luar juga dapat merangsang pembentukan sahsiah yang baik di
    kalangan pelajar. Dalam setiap aktiviti Pendidikan Luar, pelajar akan ditanam
    dengan sifat-sifat serta nilai-nilai terpuji. Oleh itu Pendidikan Luar boleh bertujuan
    untuk menanam sifat-sifat terpuji serta membentuk sahsiah yang cemerlang.



Latihan


Berdasarkan pemahaman anda, buat rumusan dan catatan ringkas berkenaan
Konsep Pendidikan Luar yang dikemukakan oleh MCRAE (1990)




                                                                                         15
                                                                PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




1.3   Sejarah Pendidikan Luar

            Dalam melihat sejarah Pendidikan Luar pengkaji perlu melihat dua era
      iaitu Pendidikan Luar di zaman purba dan zaman moden.




      1.3.1 Pendidikan Luar Di Zaman Purba

            Tidak dapat dipastikan bilakah PendidikanLuar bermula. Namun menurut
      Shivers ( 1989 ) Pendidikan Luar telah pun dijalankan sejak zaman kuno lagi,
      yang banyak melibatkan aktiviti alam semula jadi. Penglibatan manusia dengan
      alam semula untuk     mendapat makanan amat penting sejak zaman awal
      kewujudan manusia.

            Manusia di zaman purba perlu memburu haiwan untuk mendapat bahan
      makanan. Mereka juga tinggal di gua dan kemudian menggunakan sumber
      daripada alam semula jadi untuk membina habitat. Kanak-kanak zaman purba
      perlu dilatih untuk membina kehidupan mengikut zaman itu. Corak latihan zaman
      purba dalam bentuk cara memburu, membina tempat tinggal, menjaga
      keselamatan dan memasak dilihat merupakan permulaan Pendidikan Luar.




      1.3.2 Pendidikan Luar Era Moden

            Pada tahun 1907 Lord Baden Powell yang merupakan pengasas
      pergerakan pengakap dunia telah membawa 12 orang remaja ke Pulau
      Brownsea. Selepas itu beliau telah menganjurkan banyak program Pendidikan
      Luar. Di peringkat awal program Pendidikan Luar lebih tertumpu kepada
      kekuatan fizikal, kemahiran perkhemahan dan disiplin dalam persatuan serta
      sebagai ahli persatuan. Di peringkat awal juga program Pendidikan Luar
      dianjurkan oleh badan-badan beruniform contohnya pengakap dan pandu puteri.




                                                                                    16
                                                              PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




      Bermula daripada 1980an terdapat perubahan dalam aktiviti Pendidikan
Luar. Disiplin pendidikan tidak tertumpu kepada aktiviti berteraskan fizikal saja
tetapi telah diluaskan kepada elemen kognitif dan afektif. Unsur-unsur nilai murni
serta pembangunan sahsiah mula diserapkan dengan lebih jelas ke dalam aktiviti
Pendidikan Luar. Pengajur Pendidikan Luar bukan lagi terdiri daripada persatuan
berunifom malah persatuan-persatuan akedemik seperti persatuan matematik,
persatuan sains, persatuan agama islam dan lain-lain lagi.


      Bermula tahun 1990an program Pendidikan Luar mula dikomersialkan
secara meluas. Kewujudkan konsep adventure travel dan eco pelancongan telah
merancakkan lagi aktiviti Pendidikan Luar. Dalam bidang pendidikan program
Pendidikan Luar masa cuti atau kem motivasi diperkenalkan oleh syarikat swasta.
Atas kepercayaan alam sekitar yang segar boleh membantu menyembuhkan
penyakit dewasa ini Pendidikan Luar digunakan dalam industri kesihatan.


      Di Institut perguruan pada tahun 1993 semua Guru Pelatih Kursus
Perguruan Asas ( KPA ) dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah ( KPLI ) diwajibkan
mengikuti Program Pendidikan Luar ( PPL ). Setiap maktab perguruan perlu
mewujudkan Jawatankuasa Pendidikan Luar khusus untuk menyediakan
perancangan dan penyelarasan.


      Program Pendidikan Luar.Program tersebut telah dihentikan pada tahun
1996. Guru pelatih yang mengambil pengkhususan Pendidikan Jasmani sahaja
diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar.Bagi pelatih ( KDPM ) Kursus
Diploma Perguruan Malaysia dan KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan Ijazah)
major atau minor Pendidikan Jasmani ( PJ ) , Program Pendidikan Luar
merupakan sebahagian daripada kurikulum mata pelajaran Pendidikan Jasmani (
PJ ). Semua guru pelatih Major dan minor PJ dikehendaki menjalani Program
Pendidikan Luar. Program tersebut mengintegrasikan pelbagai komponen
akademik dan ikhtisas bagi memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Jasmani
guru pelatih KDPM-PJ.


                                                                                  17
                                                             PJM3108 PENDIDIKAN LUAR




           TUGASAN TERARAH
           Dengan merujuk daripada bahan daripada buku dan internet,
           jelaskan perkaitan dan kepentingan Pendidikan Luar dalam
           KBSR.




           LAMAN WEB
           www.en.wikipedia.org/wiki/outdoor

           www.outdoor.com




           PORTFOLIO
           Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan
           diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk „soft‟ dan „hard‟ copy.




            RUJUKAN


Modul Pendidikan Luar (1993 ), Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pendidikan Malaysia,

C. A. Lewis, 1975, The Administration of Outdoor Education Programs.
Dubuque, IA: Kendall-Hunt

D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman, 1985, Teaching
in the Outdoors, Danville, IL: Interstate)




                                                                                 18

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:931
posted:12/19/2010
language:Malay
pages:18