Docstoc

Ekonomi Asas Ting 4 Bab 3 Isi Rumah sebagai Pengguna Nota

Document Sample
Ekonomi Asas Ting 4 Bab 3 Isi Rumah sebagai Pengguna Nota Powered By Docstoc
					Bab 3 Isi Rumah Sebagai Pengguna
A Isi Rumah
  1. Isi rumah ialah individu atau sekumpulan individu yang mendiami di bawah satu bumbung dan
     membuat keputusan ekonomi secara rasional dan bersama.
  2. Utiliti ialah kepuasan yang diperoleh daripada penggunaan suatu barang. Seorang pengguna
     yang rasional akan memilih sesuatu barang yang dapat memaksimumkan jumlah utiliti.
  3. Dua peranan utama isi rumah
          a. Pembekal faktor pengeluaran
                    i. Isi rumah membekalkan faktor buruh, tanah, modal dan usahawan kepada firma
                       bagi tujuan mengeluarkan barangan.
          b. Pengguna barang dan perkhidmatan
                    i. Isi rumah menggunakan ganjaran faktor pengeluaran (upah, sewa, faedah, dan
                       untung) untuk membeli barang dan perkhidmatan untuk memenuhi
                       kehendaknya.


B Permintaan
  1. Permintaan ialah keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk memiliki sejumlah
     kuantiti barang atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga dalam suatu tempoh masa tertentu
     dengan andaian ceteris paribus.
  2. Hukum permintaan menyatakan bahawa apabila harga adalah rendah, kuantiti permintaan
     adalah tinggi dan sebaliknya apabila harga adalah tinggi, kuantiti permintaan adalah rendah.
  3. Ciri-ciri keluk permintaan:
          a. Mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.
          b. Menunjukkan hubungan negatif antara harga (P) dengan kuantiti diminta.
  4. Penentu permintaan:
          a. Harga barang itu
                     i. Permintaan suatu barang akan turun jika harganya naik.
                    ii. Permintaan suatu barang akan naik jika harganya turun.
          b. Harga barang lain
                     i. Barang pengganti ialah barang yang boleh diganti dengan mudah oleh barang
                        lain. Contoh mentega dengan keju.
                    ii. Apabila harga mentega naik, permintaan keju akan naik. (hubungan positif)
                   iii. Barang penggenap ialah barang yang harus digunakan secara bersama untuk
                        melengkapkan antara satu sama lain dengan penggunaan. Misalnya kereta
                        dengan petrol.
                   iv. Apabila harga kereta naik, permintaan petrol turun. (hubungan negatif)
          c. Pendapatan pengguna
                     i. Jika pendapatan individu naik, permintaan akan naik kerana kuasa beli
                        meningkat.
                    ii. Jika pendapatan individu turun, permintaan akan turun kerana kuasa beli
                        menurun.
                   iii. Apabila pendapatan bertambah, permintaan untuk barang mewah naik, barang
                        mesti tetap dan barang bawahan turun.
        d. Cita rasa pengguna
                 i. Iklan, kesedaran kesihatan dan fesyen akan mengubah cita rasa –engguna.
                ii. Permintaan terhadap suatu barang akan bertambah jika terdapat perubahan
                    cita rasa terhadap barang itu.
        e. Jangkaan harga pada masa depan
                 i. Jangkaan harga petrol naik pada bulan depan, permintaan petrol akan naik
                    sekarang.
                ii. Jangkaan harga petrol akan turun pada bulan depan, permintaan petrol akan
                    turun sekarang.
        f. Musim
                 i. Musim persekolahan dan perayaan akan meningkatkan permintaan terhadap
                    pakaian.
        g. Dasar Kerajaan
                 i. Jika kerajaan menaikkan kadar cukai pendapatan, permintaan akan jatuh kerana
                    pendapatan jatuh.
                ii. Jika kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan, permintaan akan naik
                    kerana pendapatan naik.
  5. Perbezaan antara perubahan dalam kuantiti dimintan dengan perubahan permintaan:
        a. Perubahan dalam kuantiti diminta
                 i. Perubahan dalam kuantiti diminta merupakan pergerakan di atas keluk
                    permintaan yang sama. Ia disebabkan oleh faktor harga barang itu sendiri.
        b. Perubahan permintaan
                 i. Perubahan permintaan disebabkan oleh perubahan faktor-faktor selain harga
                    barang itu sendiri. Ia ditunjukkan oleh peraliah keluk permintaan sama ada ke
                    kiri atau ke kanan selari dengan keluk permintaan yang asal.


C Keanjalan Harga Permintaan.
   1. Keanjalan harga permintaan mengukur darjah tindak balas dalam kuantiti yang diminta
      terhadap perubahan harga.
   2. Rumusnya ialah :
   3. Perbandingan antara ketiga-tiga jenis keanjalan harga permintaan:
         a. Anjal
                  i. Nilai keanjalan lebih daripada satu.
                 ii. Peratus perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada peratus perubahan
                     harga.
                iii. Keluk permintaan adalah landai.
                iv. Contoh; barang mewah atau barang yang mempunyai banyak barang
                     pengganti.
                 v. Strategi jualan: Menurunkan harga jualan.
         b. Tidak anjal
                  i. Nilai keanjalan kurang daripada satu.
                 ii. Peratus perubahan kuantiti diminta adalah kurang daripada peratus perubahan
                     harga.
                iii. Keluk permintaan adalah curam.
                iv. Contoh: Barang mesti.
                 v. Strategi jualan: Menaikkan harga jualan.
       c. Anjal uniti/anjal satu.
                 i. Nilai keanjalan sama dengan satu.
                ii. Peratus perubahan kuantiti diminta adalah sama dengan peratus perubahan
                    harga.
               iii. Kecerunan keluk permintaan adalah pernilai satu dan keluk permintaan
                    berbentuk hiperbola.
               iv. Contoh: Barang normal.
                v. Strategi jualan: tidak perlu mengubah harga jualan.
4. Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan harga permintaan:
       a. Jenis barangan
                 i. Barang mewah adalah lebih anjal. Ini bermakna sebarang perubahan harga
                    yang kecil akan menyebabkan perubahan kuantiti diminta yang besar.
                    (Pengguna sangat responsif terhadap perubahan harga). Sebaliknya, barang
                    keperluan asas seperti beras tidak anjal kerana sebarang perubahan harga yang
                    besar hanya akan menyebabkan perubahan kuantiti diminta yang kecil.
                    (Pengguna kurang responsif terhadap perubahan harga.)
       b. Bilangan barang pengganti
                 i. Barang yang mempunyai banyak barang pengganti di pasaran, keanjalan
                    permintaannya adalah anjal. Ini bermakna perubahan harga yang kecil akan
                    menyebabkan perubahan kuantiti diminta yang besar. Hal ini berlaku kerana
                    apabila harga barang itu naik, pengguna akan menggantikannya dengan barang
                    pengganti.
       c. Nisbah perbelanjaan dan pendapatan
                     i. Semakin besar bahagian pendapatan boleh guna dibelanjakan ke atas
                         sesuatu barang, maka permintaannya akan semakin anjal. Contohnya, jika
                         bahagian pendapatan boleh guna yang dibelanjakan oleh masyarakat ke
                         atas barang elektrik adalahh besar, maka apabila berlaku penurunan harga
                         yang kecil, permintaan masyarakat terhadap barangan tersebut akan
                         bertambah dengan banyak.
       d. Kegunaan barang tersebut
                 i. Jika sesuatu barang mempunyai pelbagai kegunaan maka permintaannya
                    adalah anjal. Jika kegunaan sesuatu barang adalah terhad, maka
                    permintaannya adalah tidak anjal.
       e. Faktor jangka masa
                 i. Dalam jangka masa pendek, permintaan barang biasanya tidak anjal. Ini kerana
                    dalam jangka masa ini, jika harga barang naik, permintaannya tidak banyak
                    berubah kerana sukar untuk mencari barang pengganti yang lain. Sebaliknya
                    dalam jangka masa panjang, permintaannya adalah anjal kerana jika harga
                    sesuatu barang itu naik, pengguna sempat mencari barang penggantinya.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:6124
posted:12/19/2010
language:Malay
pages:3