Docstoc

Ekonomi Asas Ting 4 Bab 4 Nota

Document Sample
Ekonomi Asas Ting 4 Bab 4 Nota Powered By Docstoc
					Bab 4 Firma Sebagai Pengeluar.
A Firma dan Pengeluaran.
  1. Firma ialah satu unit ekonomi produktif yang menggunakan input-input pengeluaran untuk
     menghasilkan barang dan perkhidmatan. Motif sebuah firma ialah untuk mencapai untung
     maksimum.
  2. Matlamat pengeluaran sesebuah firma ialah:
         a. Memaksimumkan keuntungan untuk memastikannya terus kekal di pasaran berkenaan.
         b. Memaksimumkan jualan di mana dengan jualan yang tinggi akan dapat mengekalkan
              keuntungan yang maksimum.
         c. Menjalankan tanggungjawab social dengan menjaga kebajikan pekerja dan menjaga
              hubungan yang baik dengan masyarakat.
  3. Pengeluaran ialah proses mengkombinasikan input pengeluaran untuk menghasilkan barang dan
     perkhidmatan. Juga dikenal sebagai proses penukaran bentuk input kepada output.
  4. Perbezaan antara input tetap dengan input berubah:
         a. Input Tetap
                    i. Input yang tidak berubah secara tidak langsung dengan tingkat pengeluaran.
                   ii. Wujud dalam jangka pendek sahaja.
                  iii. Mempunyai hayat yang panjang dan boleh digunakan secara berulangan.
                  iv. Contoh: mesin, jentera, tapak kilang, dan bangunan.
         b. Input Berubah
                    i. Input yang berubah secara langsung dengan tingkat pengeluaran.
                   ii. Wujud dalam jangka pendek dan jangka panjang.
                  iii. Tidak boleh digunakan secara berulangan.
                  iv. Contoh: bahan mentah, buruh, air, elektrik dan bahan api.
  5. Terdapat dua jenis jangka masa pengeluaran, iaitu:
         a. Jangka pendek ialah satu jangka masa yang tidak membolehkan sebuah firma mengubah
              semua inputnya. Jangka pendek mesti wujud sekurang-kurangnya satu input tetap,
         b. Jangka panjang ialah satu jangka masa yang membolehkan sebuah firma mengubah
              semua inputnya. Dalam jangka panjang semua input ialah input berubah dan tidak
              wujudnya input tetap.
  6. Jenis-jenis keluaran
         a. Jumlah keluaran ialah jumlah output yang dikeluarkan oleh sebuah firma. Jumlah
              keluaran=keluaran purata x Bilangan input berubah.
         b. Keluaran purata ialah keluaran per unit input berubah. Keluaran purata =


         c. Keluaran sut mengukur perubahan dalam jumlah keluaran kesan daripada pertambahan
             penggunaan satu unit input berubah. Keluaran sut =
B Kos Pengeluaran.
  1. Kos pengeluaran ialah jumlah perbelanjaan yang dibayar oleh sesebuah firma untuk penggunaan
     sejumlah input dalam proses pengeluaran.
  2. Perbezaan antara kos tetap dengan kos berubah:
         a. Kos Tetap
                  i. Pembayaran terhadap penggunaan input tetap.
                 ii. Wujud dalam jangka masa pendek sahaja.
                iii. Kos yang perlu dibayar walaupun aktiviti pengeluaran belum dijalankan atau
                     aktiviti dihentikan.
                iv. Tidak berubah mengikut tingkat output.
                 v. Contoh: Sewa bangunan, faedah atas pinjaman modal, dan insurans kilang.
         b. Kos Berubah.
                  i. Pembayaran terhadap penggunaan input berubah.
                 ii. Wujud dalam jangka pendek dan panjang.
                iii. Kos yang tidak perlu dibayar jika tiada output dikeluarkan.
                iv. Berubah secara langsung dengan perubahan tingkat output.
                 v. Contoh: Upah buruh dan kos bahan mentah.
     3. Jenis-jenis kos
         a. Jumlah kos ialah kos tetap campur kos berubah. Jumlah kos= kos tetap+ kos berubah.
         b. Kos tetap ialah kos yang tidak berubah dengan tingkat output. Kos tetap= Jumlah kos-
            kos berubah.
         c. Kos berubah ialah kos yang berubah dengan tingkat output. Kos berubah= Jumlah kos-
            kos tetap.
         d. Kos purata ialah kos seunit output. Kos purata=
         e. Kos sut mengukur perubahan dalam jumlah kos kesan daripada perubahan seunit
             output. Kos sut=



C Penawaran.
  1. Penawaran ialah kesanggupan seorang pengeluar untuk menawarkan sesuatu barang pada
     suatu tingkat harga dalam suatu jangka masa tertentu.
  2. Hukum penawaran menyatakakan bahawa apabila harga adalah rendah kuantiti penawaran
     adalah rendah dan apabila harga adalah tinggi kuantiti penawaran adalah tinggi.
  3. Ciri-ciri keluk penawaran:
     a. Mencerun ke atas dari kiri ke kanan.
     b. Menunjukkan hubungan positif antara harga (P) dengan kuantiti ditawarkan (Q).
  4. Penentu penawaran:
          a. Harga barang itu
                    i. Penawaran barang akan naik jika harganya naik.
                   ii. Penawaran barang akan turun jika harganya turun.
          b. Harga barang lain.
                  i. Penawaran jagung akan turun jika harga sayur naik kerana kos lepas untuk
                     mengeluarkan jagung semakin tinggi.
          c. Harga faktor pengeluaran.
                  i. Apabila harga faktor pengeluaran jatuh, kos pengeluaran turun, untung firma
                     meningkat, penawaran meningkat.
                 ii. Apabila harga faktor pengeluaran naik, kos pengeluaran naik, untung firma
                     jatuh, penawaran jatuh.
          d. Tingkat teknologi
                  i. Penawaran sesuatu barang akan naik jika terdapat kemajuan teknologi dalam
                     pengeluaran barang itu.
          e. Jangkaan Harga pada masa depan
                  i. Jika harga kereta dijanka naik pada bulan depan, kuantiti penawaran kereta
                     sekarang jatuh.
                 ii. Jika harga kereta dijagnka turun pada bulan depan, kuantiti penawaran kereta
                     sekarang meningkat.
          f. Cuaca
                  i. Pada musim tengkujuh, penawaran ikan akan turun.
                 ii. Pada musim kemarau, penawaran sayur-sayuran akan turun.
          g. Matlamat pengeluar
                  i. Jika tujuan pengeluar ialah menambahkan output, penawaran akan bertambah.
          h. Dasar Kerajaan.
                  i. Jika kerajaan memberi subsidi untuk suatu barang, penawaran untuk barang itu
                     akan naik.
                 ii. Jika kerajaan mengenakan cukai untuk suatu barang, penawaran barang itu
                     akan turun.
5. Perbezaan perubahan dalam kuantiti ditawarkan dengan perubahan penawaran:
          a. Perubahan dalam kuantiti ditawarkan
                  i. Disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri. Melibatkan pergerakan di
                     sepanjang keluk penawaran yang sama.
          b. Perubahan penawaran
                  i. Disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti tingkat teknologi, dasar kerajaan,
                     harga faktor pengeluaran, dan sebagainya. Melibatkan peralihan keluk
                     penawaran.


D Keanjalan Harga Penawaran.
   1. Keanjalan harga penawaran mengukur darjah tindak balas dalam kuantiti yang ditawarkan
      terhadap perubahan harga.
   2. Rumus:                                   ,   =
   3. Perbandingan antara ketiga-tiga jenis keanjalan harga penawaran
         a. Anjal
                 i. Nilai keanjalan melebihi satu.
                  ii. Peratus perubahan kuantiti ditawarkan melebihi peratus perubahan harga.
                 iii. Keluk penawaran adalah landai.
                 iv. Contoh: barang perkilangan.
       b. Tidak anjal
                   i. Nilai keanjalan kurang daripada satu.
              ii. Peratus perubahan kuantiti ditawarkan kurang daripada peratus perubahan harga.
             iii. Keluk penawaran adalah curam.
             iv. Contoh: Barang pertanian.
       c. Anjal uniti
                   i. Nilai keanjalan sama dengan satu.
                  ii. Peratus perubahan kuantiti ditawarkan sama dengan peratus perubahan harga.
                 iii. Keluk penawaran berasal dari pusat origin.
4. Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan harga penawaran:
       a. Kos Pengeluaran
                   i. Penawaran adalah tidak anjal sekiranya penambahan kuantiti sesuatu barrang
                      memerlukan tambahan kos pengeluaran yang sangat besar. Manakala
                      penawaran yang anjal adalah apabila penambahan dalam pengeluaran
                      memerlukan tambahan kos yang sedikit.
       b. Corak penggunaan faktor pengeluaran.
                   i. Penawaran adalah tidak anjal sekiranya pengeluaran sesuatu barang itu
                      memerlukan faktor pengeluaran tertentu yang sukar diperoleh. Sebaliknya,
                      penawaran yang anjal pula adalah apabila faktor pengeluaran mudah diperoleh
                      dan ditambahkan.
       c. Faktor masa
                   i. Dalam jangka masa pendek, penawaran adalah terhad kerana sesetengah faktor
                      pengeluaran tidak dapat ditambahkan dengan mudah. Manakala dalam jangka
                      masa panjang, penawaran adalah anjal sebab semua faktor pengeluaran boleh
                      diubah dengan mudah.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:2306
posted:12/19/2010
language:Malay
pages:4