Docstoc

Ekonomi Asas Ting 4 Bab 5 Pasaran Nota

Document Sample
Ekonomi Asas Ting 4 Bab 5 Pasaran Nota Powered By Docstoc
					Bab 5 Pasaran.
A Konsep Pasaran
  1. Pasaran ialah suatu keadaan apabila para penjual dan pembeli bertemu secara langsung atau
     tidak langsung untuk menjalankan urus niaga.
  2. Pasaran secara langsung berlaku apabila penjual dan pembeli bertemu antara satu dengan lain
     di suatu tempat. Contoh kedai dan pasar raya.
  3. Pasaran tidak langsung berlaku melalui alat-alat perhubungan seperti telefon, teleks, faks,
     internet dan pos.
  4. Ciri-ciri pasaran:
          a. Terdapat barang atau perkhidmatan yang diurusniagakan.
          b. Wujudnya penjual dan pembeli.
          c. Terdapat suatu tingkat harga yang dipersetujui antara penjual dengan pembeli.


B Pasaran Barangan.
  1. Permintaan pasaran ialah jumlah kuantiti barang yang ingin dan mampu dibeli oleh para
     pengguna di pasaran pada suatu tingkat harga dan dalam suatu jangka masa tertentu.
  2. Penawaran pasaran pula merujuk kepada jumlah kuantiti barang yang sanggup dan mampu
     ditawarkan oleh para pengeluar di paaran pada suatu tingkat harga dan dalam suatu jangka
     masa tertentu.
  3. Keseimbangan pasaran bermaksud permintaan pasaran sama dengan penawaran pasaran pada
     suatu tingkat harga tertentu. Keseimbangan pasaran dicapai apabila keluk permintaan pasaran
     sama dengan keluk penawaran pasaran pada suatu tingkat harga tertentu. Keseimbangan
     pasaran dicapai apabila keluk permintaan pasaran bersilang dengan keluk penawaran pasaran.
  4. Lebihan permintaan berlaku apabila kuantiti permintaan pasaran melebihi kuantiti penawaran
     pasaran. Lebihan permintaan berlaku apabila harga pasaran diletakkan lebih rendah daripada
     harga keseimbangan.
  5. Lebihan penawaran berlaku apabila kuantiti penawaran pasaran melebihi kuantiti permintaan
     pasaran. Lebihan penawaran berlaku apabila harga pasaran diletakkan lebih tinggi daripada
     harga keseimbangan.


C Pasaran Faktor.
  1. Pasaran factor adalah pasaran yang menjalankan urus niaga jual beli factor-faktor pengeluaran
     seperti buruh, tanah, modal.
  2. Usahawan tidak diurusniagakan dalam pasaran faktor.
  3. Pasaran buruh:
        a. Dalam pasaran buruh, firma meminta faktor buruh manakala isi rumah menawarkan
             faktor buruh.
        b. Permintaan buruh merupakan permintaan berkait.
         c. Permintaan buruh dapat ditakrifkan sebagai jumlah kuantiti buruh yang mampu diambil
             oleh firma pada suatu tingkat upah tertentu dalam suatu tempoh masa tertentu.
         d. Semakin tinggi kadar upah, semakin rendah kuantiti buruh diminta. Hubungan negatif
             antara kadar upah dengan kuantiti buruh diminta dapat ditunjukkan oleh keluk
             permintaan buruh yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.
         e. Penawaran buruh ialah jumlah kuantiti buruh yang sanggup bekerja pada suatu tingkat
             upah dalam satu tempoh masa tertentu.
         f. Semakin tinggi kadar upah, semakin banyak kuantiti buruh ditawarkan. Hubungan
             positif antara kadar upah dengan kuantiti buruh ditawarkan dapat ditunjukkan oleh
             keluk penawaran buruh yang mencerun ke atas dari kiri ke kanan.
         g. Keseimbangan pasaran buruh dicapai apabila kuantiti buruh diminta sama dengan
             kuantiti buruh ditawarkan.
  4. Dalam pasaran tahah, urus niaga tanah dijalankan dan kadar sewa ditentukan oleh permintaan
     dan penawaran tanah di pasaran.
  5. Dakam pasaran modal, urus niaga modal kewangan dijalankan dan kadar faedah ditentukan
     oleh permintaan dan penawaran modal di pasaran.
  6. Perbezaan antara pasaran barangan dengan pasaran faktor:
         a. Pasaran Barangan:
                   i. Tempat menjalankan urus niaga barang dan perkhidmatan.
                  ii. Harga barangan ditentukan oleh permintaan dan penawaran barangan.
                 iii. Pembekal barangan ialah firma.
                 iv. Pengguna barangan ialah isi rumah.
         b. Pasaran faktor:
                   i. Tempat menjalankan urus naiga faktor, iaitu buruh, modal dan tanah.
                  ii. Harga faktor ditentukan oleh permintaan dan penawaran faktor.
                 iii. Pembekal faktor ialah isi rumah.
                 iv. Pengguna faktor ialah firma.


D Aliran Pusingan Pendapatan dalam Ekonomi Dua Sektor.
  1. Ekonomi dua sektor melibatkan sektor isi rumah dan sektor firma.
  2. Peranan sektor isi rumah:
         a. Pembekal input- membekalkan faktor pengeluaran (buruh, tanah, modal dan usahawan)
            kepada sektor firma.
         b. Pengguna output- membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma.
  3. Peranan sektor firma:
         a. Pembekal output- mengeluarkan barang dan perkhidmatan kepada sektor isi rumah.
         b. Pengguna input- Menggunakan faktor pengeluaran yang dibekalkan oleh isi rumah.
  4. Terdapat dua jenis aliran dalam aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor, iaitu:
         a. Aliran fizikal- aliran barang dan faktor pengeluaran antara isi rumah dengan firma.
         b. Aliran wang- aliran perbelanjaan penggunaan dan bayaran ganjaran faktor-faktor
            pengeluaran antara isi rumah dengan firma.
  5. Perbezaan antara aliran fizikal dengan aliran wang:
         a. Aliran Fizikal:
         i. Aliran fizikal melibatkan aliran barang dan perkhidmatan serta faktor-faktor
            pengeluaran.
        ii. Isi rumah membekalkan faktor pengeluaran seperti buruh, tanah, modal dan
            usahawan kepada firma melalui pasaran faktor.
       iii. Firma menawarkan barang dan perkhidmatan kepada isi rumah melalui pasaran
            barangan.
b. Aliran Wang
         i. Aliran wang melibatkan aliran ganjaran faktor-faktor pengeluaran dan
            perbelanjaan isi rumah.
        ii. Firma membayar ganjaran faktor pengeluaran seperti upah, sewa, faedah dan
            untung kepada isi rumah melalui pasaran faktor.
       iii. Isi rumah membuat perbelanjaan ke atas barang dan perkhidmatan kepada
            firma melalui pasaran barangan.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:6419
posted:12/19/2010
language:Malay
pages:3