Docstoc

ibn rushd

Document Sample
ibn rushd Powered By Docstoc
					TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD




TOKOH FALSAFAH : IBN RUSHD

Latar belakang

Ibnu Rushd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Kardova
pada tahun 1126. Beliau ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah
Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga di kalangan
masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes.1

Ibn Rushd menerima pendidikan awal di Cordova. Fokus pendidikannya ialah falsafah,
undang-undang dan perubatan. Kebijaksanaan Ibn Rushd banyak dipengaruhi oleh
persekitaran hidupnya yang dikelilingi oleh orang bijak pandai

Bapanya dan datuknya             merupakan kadi di Cordova (sekarang Sepanyol). Beliau telah
dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.2

Beliau telah banyak menyumbangkan jasanya dalam bidang falsafah dan telah menyelesaikan
banyak masalah berkenaan dengan perdebatan antara ahli falsafah yang lain mengenai ilmu
Allah. Sumbangan Ibn Rushd bukan hanya setakat itu sahaja bahkan dalam pelbagai bidang
lagi antaranya, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kajian binatang, tatabahasa, dan
nahu. Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al-Taysir
yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul
Faclititation of Treatment.


Sumbangan

Menurut sumber Wikipedia beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu
dan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik,
kaji bintang, tatabahasa, dan nahu.




1
    http://sejarah2u.blogspot.com/2008/03/ibnu-rushd.html

2
    http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Rushd


                                                        1
TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD



Falsafah dan Ilmu Logik

Ibnu Rushd terkenal untuk terjemahan hasil kerja Aristotle yang dilupai barat. Melalui
terjemahan dari bahasa latin oleh Ibnu Rushd pada awal abad ke-12, pengetahuan yang
ditinggalkan oleh Aristotel mula diketahui ramai di barat.

Hujah Ibnu Rushd dalam The Decisive Treatise menjustifikasi pembebasan sains dan falsafah
dari aliran rasmi mazhab Ash'ari. Ini menyebabkan sebahagian sarjana menganggap Ibnu
Rushd sebagai bapa kepada fahaman sekularisme di Eropah barat.

Ibnu Rushd menterjemah dan memberi komen hasil kerja Aristotle selama hampir tiga dekad.
Beliau banyak mempengaruhi falsafah dunia Islam. Dalam hasil kerjanya Fasl al-Maqal (The
Decisive Treatise), beliau menekankan pentingkan berfikir secara analitikal untuk
menterjemah Quran dan ini bertentangan dengan pandangan konservatif ulama' Islam di
mana penekanan pentafsiran Quran diletakkan kepada sumber seperti hadith.

Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan
metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang bernas lagi jelas,
dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraianya mengenai perkara tersebut.

Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah
mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan
Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd, tetapi memperolehi
ilham daripada pembacaan karyanya.

Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga
merobah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat
Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya, sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.


Perubatan

Karya besar lain yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rushd adalah "Kulliyah fit-Thibb" yang
mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum. Buku "Kulliyah fit-Thibb" telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang Yahudi dari

                                              2
TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD



Padua. Buku itu kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul General
Rules of Medicine.

Hospital Les Quinze-Vingt yang juga merupakan hopital pertama di Paris didirikan oleh Raja
Louis IX berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang kaedah perubatannya
merupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rushd.

Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga
merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia. Ibnu Rushd memberi
penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan
dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan
bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja.


Kemasyarakatan

Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rushd turut menjangkau bidang yang berkaitan
dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepada
dua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat awam.

Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat
berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max
dan mereka yang sealiran dengannya.


Falsafah Ibnu Rushd

Salah satu sifat Allah yang menjadi perdebatan hebat antara Mutakallimin dengan ahli
falsafah muslim ialah sifat ilmu. Perdebatan mengenai ilmu Allah inilah menyebabkan Al-
Ghazali ( w.1111 M. ) mengkafirkan ahli falsafah yang mengatakan Allah itu hanya
mengetahui secara keseluruhan sahaja dan tidak mengetahui secara mendalam. Ibn Rushd
atau di kenali sebagai Averroes ( 1126-1198 M. ) cuba menyelesaikan polemic ini dengan
mengambil kira pemikiran falsafah dan teologi Islam. Beliau dengan jelas mengatakan
bahawa “Allah mempunyai ilmu kerana ilmu adalah salah satu daripada sifat kesempurnaan-
Nya. Seterusnya, ilmu Allah itu adalah abadi dan kekal selama-lamanya”. Beliau berkata
demikian kerana beliau tidak membezakan di antara zat Allah dengan sifat-Nya. Hal ini


                                             3
TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD



kerana Allah dan sifat ilmu-Nya itu adalah satu. Oleh kerana zat Allah itu qadim maka sifat-
Nya juga adalah qadim.

Ibn Rushd dengan pendapatnya iaitu “Allah mempunyai ilmu” telah mengutarakan dua alasan
bagi menyokong pendapatnya itu. Alasan pertama yang diberikan beliau adalah sifat ilmu
yang dimiliki oleh Allah itu dinyatakan di dalam al-Quran dalam banyak ayat. Contohnya
ayat al-Quran yang bererti :

    
     
    
    
     
                                                                  
                                                                         

59. dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang
mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur
sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak
gugur Yang basah dan Yang kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang
                3
terang nyata.

Alasan kedua yang dikemukakan oleh Ibn Rushd ialah berdasarkan fenomena-fonomena yang
wujud di dunia ini yang boleh dilihat dengan mata kepala. Contohnya ayat al-Quran yang
bererti :

                                                                         
                        

14. tidakkah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? sedang ia Maha Halus
                                                             4
urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam PengetahuanNya!

Berdasarkan potongan ayat di atas Ibn Rushd menghubungkan pengalaman kita dengan alam
semesta ini, dan menggunakannya sebagai bukti bahawa Allah itu mempunyai ilmu. Beliau

3
    Surah Al-An’am 6:59
4
    Al-Mulk 67:14
                                                     4
TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD



berpendapat bahawa semua makhluk yang kita lihat mempunyai penyusunan dan kerjasama
yang wujud dalam semua bahagian. Hal ini menunjukkan bahawa perkara ini tidak berlaku
dengan sendirinya tetapi sebaliknya menunjukkan adanya seorang yang menyusun segalanya
itu, dan sudah semestinya orang itu mestilah yang berilmu. Oleh yang demikian Allah
sebagai pengarah semua yang wujud mestilah mempunyai ilmu, dan ilmu-Nya itu mestilah
yang paling sempurna seperti zat-Nya juga. Selain itu, Ibn Rushd memberi perbincangan
yang luas mengenai ilmu Allah dalam bukunya Tahafut al-Tahafut dan Tafsir Ma Bad al-
Tabiah. Dalam bukunya Ibn Rushd menyokong pendapat ahli falsafah yang menyatakan
bahawa Allah tidak mengetahui perkara lain selain daripada zat-Nya sahaja.           Beliau
memberikan beberapa alasan bagi menyokong pandangannya itu iaitu tidak ada potensi pada
zat Allah dan zat Allah itu adalah sesuatu yang ”wajib al-wujud” yang tidak sesekali
menerima sebarang perubahan.

Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan oleh Ibn Rushd di atas, kita mengetahui bahawa
Allah hanya mengetahui zat-Nya sahaja. Masalah ini melahirkan dilema dalam fikiran kita,
dan bagi menyelesaikan dilema ini Ibn Rushd menjelaskan hal ini secara teliti dan berhati-
hati sekali melalui ungkapan : “Prinsip pertama (Allah) tidak mengetahui perkara lain selain
zat-Nya”. Ungkapan itu bermaksud Allah mengetahui semua perkara kerana ilmu-Nya itu
adalah sebab kewujudan semua perkara.       Contohnya manusia dan kepanasan, di mana
manusia yang hanya mengetahui kepanasan api tidak boleh dikatakan dia jahil mengenai
tabiat kepanasan objek panas kerana ia mengetahui tabiat panas itu dengan sebab ianya panas.
Oleh yang demikian, melalui perspektif yang sama Zat Yang Pertama (Allah) mengetahui
sesuatu yang maujud dengan zat-Nya sendiri. Beliau menerangkan lagi bahawa Allah itu
bukanlah jahil tentang makhluk kerana Allah adalah sebagai sumber segala maujudat, dan
dengan mengetahui zat-Nya sendiri sudah cukup untuk Allah mengetahui objek lain.

Seterusnya Ibn Rushd menegaskan bahawa kekeliruan yang berlaku mengenai ilmu Allah ini
adalah di sebabkan berlakunya kesilapan qias antara ilmu qadim (ilmu Allah) dengan ilmu
baharu (ilmu manusia) dan qias seperti ini menurut beliau adalah salah. Beliau menjelaskan
bahawa kita tidak boleh kat bahawa Allah mengetahui sesuatu di alam ini sama ada dengan
ilmu baharu atau ilmu qadim, kerana ianya adalah bidaah dalam islam. Islam melarang
perbincangan mengenai ilmu Allah dalam bentuk dailektik (cara berfikir yang logik) kerana
di kuatiri akan menyimpangkan akidah seseorng itu. Beliau menyatakan lagi bahawa ilmu

                                             5
TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD



Allah dan ilmu manusia adalah berbeza kerana ilmu Allah sebab wujudnya maujudat
manakala ilmu manusia adalah disebabkan maujudat.Akibat daripada ini ialah ilmu manusia
itu relatif kerana ia dicapai melalui beberapa peringkat. Ianya bergerak daripada am kepada
khusus dan semua ilmu manusia adalah bersifat pasif dan kesan daripada maujudat. Ilmu
Allah menguruskan maujudat, dan maujudat menerima aktiviti ilmu Allah. Ilmu manusia itu
tidak sempurna dan mengikut objek yang diketahui, ianya berdasarkan pengalaman harian
yang mana ilmu yang kita terima daripada deria memberikan pengalaman yang menguruskan
maujudat. Manakala ilmu Allah pula adalah sempurna kerana perbuatan mengetahui itu
adalah zat-Nya sendiri dan ilmu-Nya tidak terlibat dengan masa, sama ada sebelum atau
selepas.

Secara kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa Ibn Rushd menerangkan secara teliti
berkenaan dengan ilmu Allah yang sebelum ini membawa kekeliruan kepada ahli falsafah
yang lain. Seterusnya, Ibn Rushd membuat ringkasan kesimpulan mengenai perbincangan
tentang ilmu Allah adalah seperti berikut.    Pertama, terdapat beberapa kekeliruan yang
kadang-kadang amat ketara jika ilmu Allah ditinjau dari sudut ilmu falsafah. Kedua, satu
jalan yang dapat mengatasi kekeliruan itu ialah umat Islam khasnya golongan massa, tidak
perlu membincangkan secara mendalam dan panjang lebar tentang ilmu Allah kerana di
kuatiri akan menyesatkan dan penyempangkan mereka hingga membawa kepada syirik. Ibn
Rushd menyatakan lagi bahawa cukuplah hanya sekadar apa yang diterangkan di dalam al-
Quran dan al-Hadith.


Agama dan Falsafah

Gagasan utama Fasl al-Maqal adalah penyatuan dua sumber kebenaran yang kerap
dipertentangkan para ulama ortodoks, yakni akal dan wahyu. Kitab ini dimulai dari
pertanyaan sederhana: apakah menggunakan akal-pikiran bertentangan dengan agama?
Apakah belajar Falsafah diharamkan Islam? Lewat analisa serta argumen yang kokoh, Ibn
Rushd menjawab bahwa tidak ada pertentangan antara agama dan akal, tidak ada larangan
dalam Islam untuk mempelajari Falsafah.

Dalil Ibn Rushd dalam mengemukakan jawaban ini adalah bahwa akal dan wahyu sama-sama
merupakan karunia Allah. Kedua-duanya tak bisa dipisah-pisahkan. Meminjam istilah Ibn
Rushd sendiri, akal dan wahyu bagaikan “saudara sesusuan” (ukht al-radi‟ah) yang tak
                                             6
TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD



mungkin dipisahkan. Akal memerlukan wahyu karena ada masalah-masalah di dunia ini,
khususnya yang berkaitan dengan alam gaib (metafisika), yang tak bisa dicapai akal.
Sementara wahyu juga memerlukan akal karena tanpa akal, wahyu tak bisa dipahami.

Dalam buku ini, Ibn Rushd menggunakan istilah “hikmah” dan “syari‟ah.” Penggunaan dua
istilah ini sesungguhnya agak kurang populer dalam wacana ketegangan antara akal dan
wahyu dalam Islam. “Hikmah” adalah istilah al-Qur‟an yang tak pernah dipertentangkan oleh
para ulama, termasuk yang ortodoks. Begitu juga “syari‟ah” merupakan istilah al-Qur‟an.
Dilihat dari perspektif ini, memang tidak ada pertentangan antara “hikmah” dan “syari‟ah.”
Di sini, saya melihat kejelian dan kecerdikan Ibn Rushd dalam memilih istilah. Ia tidak
menggunakan kata “falsafah,” karena istilah ini memiliki konotasi negatif di kalangan ulama.
Ia menggunakan istilah “hikmah” terutama karena istilah ini berasal dari bahasa Arab dan
bisa ditemukan di dalam sumber utama Islam.

Al-Qur‟an menyebut kata “hikmah” sebanyak 20 kali. Secara umum, kata ini berarti
“pengetahuan” dan “kebijaksanaan.” Kata “hikmah” hampir selalu disandingkan dengan kata
“al-kitab,” dan mendapatkan perlakukan yang sama dengan kitab suci (al-Qur‟an). Hikmah
dihargai begitu tinggi sehingga ia setara dengan al-Qur‟an, Taurat, dan Injil (Q.S. 3:48;
5:110). Menurut al-Qur‟an, siapa saja yang menguasai hikmah, maka dia telah mendapatkan
kebaikan yang besar (Q.S. 2:269). Al-Qur‟an tidak pernah mempertentangkan hikmah dengan
kitab suci, atau hikmah dengan wahyu. Sebaliknya, hikmah selalu disebut secara
bersandingan.

Sebahagian besar ahli tafsir mengartikan “hikmah” sebagai pengetahuan atau kebijaksanaan.
Akar kata “h-k-m” sendiri berarti bijaksana. Ibn Rushd juga mengartikan hikmah dengan
pengetahuan, bahkan menurutnya, hikmah bukan sekadar pengetahuan biasa, seperti Fisika,
Matematika, atau Ilmu Alam. Tapi, hikmah adalah pengetahuan yang mendasar, yang
fundamental, yang asasi. Inilah yang oleh para sarjana klasik di Yunani disebut “falsafah.”
Bagi Ibn Rushd, hikmah adalah falsafah, sementara syari‟ah adalah ajaran-ajaran agama yang
terkandung dalam kitab suci. Jika doktrin-doktrin syari‟ah berasal dari kitab suci sementara
kitab suci selalu disebutkan secara bersamaan dengan hikmah, dengan demikian, menurut Ibn
Rushd, tidak ada pertentangan antara hikmah dan syari‟ah, antara agama dan falsafah.


                                              7
TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD



Ibn Rushd begitu menghargai falsafah dan akal, kerana tanpa akal, ayat-ayat al-Qur‟an dan
maksud penciptaan manusia secara umum tidak banyak memiliki arti. Akal dan al-Qur‟an
tidak bisa dipertentangkan. Jika kita menjumpai ayat-ayat al-Qur‟an yang seolah-olah
bertentangan dengan akal, menurut Ibn Rushd, ayat-ayat itu haruslah dita‟wilkan seperti dia
katakan secara tegas dalam Fasl al-Maqal:

fa in kana muwafiqan fa la qawla hunalika, wa idza kana mukhalifan thuliba ta’wiluhu (jika
di sana tak ada pertentangan antara wahyu dan akal maka tak ada yang perlu dikatakan.
Tapi, jika ada pertentangan, maka wahyu haruslah ditafsirkan). (Fashl al-Maqal, h. 97).

Ta‟wil atau tafsir adalah solusi terbaik untuk memahami wahyu. Jika kita menghadapi ayat-
ayat al-Qur‟an yang tampak bertentangan dengan semangat kemanusiaan atau bertentangan
dengan semangat dasar Islam, maka bukannya membuang ayat-ayat itu, atau sebaliknya
menyalahkan nilai-nilai kemanusiaan tersebut, tapi tugas kita adalah menafsirkannya dan
menta‟wilnya agar sesuai dengan nilai-nilai dasar agama dan kemanusiaan.


Islam dan Barat

Ibn Rushd adalah seorang ulama yang mengagumi falsafah Yunani. Tidak seperti al-Ghazali
yang cenderung memperkecilkan falsafah demi untuk membela “ilmu-ilmu agama” („ulum
al-din), Ibn Rushd tidak pernah mengecilkan ilmu pengetahuan. Baginya, ilmu agama dan
ilmu umum (falsafah) sama pentingnya. Di tengah permusuhan dan sikap antagonis kaum
Muslim yang terus meningkat terhadap falsafah dan ilmu-ilmu klasik („ulum al-awail), Ibn
Rushd malah memutuskan menekuni disiplin ini.

Ketika para ulama sibuk menafsirkan al-Qur‟an dan membuat puluhan jilid penjelasan
(syarh) atas buku-buku hadis, Ibn Rushd memutuskan untuk menulis tafsir Metafisika,
sebuah karya penting Aristotle. Tentu saja, dia bukan tidak mampu menulis kitab tafsir al-
Qur‟an atau kitab syarah hadis. Tapi, dia memandang terlalu banyak buku-buku jenis ini,
sementara ada kekosongan dalam kajian falsafah dalam tradisi keilmuan Islam.

Kajian Ibn Rushd terhadap falsafah Yunani cukup banyak. Dia mengambil Aristotle, puncak
falsafah Yunani, sebagai objek kajiannya. Ini berbeza dari pengkaji sebelumnya, seperti Al-
Farabi dan Ibn Sina, yang memilih Plato sebagai fokus kajian mereka. Ibn Rushd memilih

                                             8
TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD



Aristotle bukan tanpa alasan. Selain sebagai puncak dari pemikiran Yunani, Aristotle juga
dikenal sebagai seorang “realis” yang percaya sepenuhnya pada fungsi akal. Berbeza dari
Plato yang “idealis” (dalam pengertian meyakini eternalitas ide di alam metafisika), Aristotle
lebih meyakini sistem dan cara kerja akal-pikiran. Aristotle adalah seorang rasionalis sejati
yang meletakkan dasar-dasar Ilmu Logika.

Pilihan Ibn Rushd terhadap Aristotle membuatnya menjadi filosof besar yang menentukan
masa depan karier dan namanya. Tambahan lagi di dunia Islam sendiri dia kurang
mendapatkan penghargaan, di dunia Barat, sejak abad ke-12, namanya berkibar di pusat-pusat
pengajian dan lembaga-lembaga ilmu pengetahuan. Di Universiti Paris, karya Ibn Rushd
dipelajari secara serius dan pandangan-pandangannya didiskusikan secara luas. Beberapa
sarjana di sana, seperti Siger of Brabant, Boëthius of Dacia, dan Goswin of La Chapelle
bahkan mendirikan kelompok kajian khusus tentang Ibn Rushd (Renan, Averroès et
L’averroïsme, 1986).

Ibn Rushd dipandang sangat berjasa bagi dunia intelektual Eropah kerana dialah orang yang
secara sangat meyakinkan memberikan argumen pentingnya independensi dunia akademi dari
kuasa Gereja. Pada abad pertengahan, ketika Gereja Katolik masih sangat berkuasa, ilmu
pengetahuan harus tunduk pada kebijakan agama. Dunia akademi tidak lain kecuali
perpanjangan dari misi Gereja yang lebih luas. Kerana itu, para birokrat dan sarjana yang
menguasai pusat-pusat pendidikan tinggi, umumnya, adalah para penguasa agama yang
diresmikan oleh Gereja. Kekangan agama begitu kuat di dalam dunia akademis. Para petinggi
agamalah yang menentukan sebuah kurikulum perguruan tinggi dan apa saja yang patut
diajarkan di sana.

Para pengikut ajaran Ibn Rushd atau yang biasa disebut Latin Averroists adalah orang yang
merasa paling tidak nyaman dengan kondisi dunia akademis pada masa itu. Mereka mulai
mempertanyakan aturan-aturan yang mengekang dan mempertanyakan independensi ilmu
pengatahuan. Di tengah dominasi Gereja yang begitu kuat, sangatlah sulit melawan otoritas
agama yang menganggap bahwa wayu dan kitab suci berada lebih tinggi di atas segalanya,
dan fungsi manusia adalah melayani dan menjalankan apa yang dikatakan wahyu atau kitab
suci itu.


                                              9
TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD



Tepat di sinilah karya Ibn Rushd, Fasl al-Maqal, memainkan perannya. Para pengikut Ibn
Rushd mengerti betul bahwa argumen agama haruslah dilawan dengan agama. Kendati Injil
tidak persis memuat ayat-ayat yang dikutip Ibn Rushd, penjelasan Ibn Rushd tentang
sejajarnya posisi falsafah dengan agama –dengan mengutip sumber-sumber agama sendiri-
sangatlah membantu mereka membuka jalan melawan hegemoni Gereja.


Penutup
Dunia Islam modern sangat memerlukan tokoh seperti Ibn Rushd, yang mampu menguasai
tradisi Islam dan tradisi Barat sekaligus. Pada zaman Ibn Rushd, “Barat” yang dimaksud
adalah Yunani, sedangkan pada masa modern, “Barat” adalah Eropah dan perluasannya
seperti Amerika dan Australia. Di tengah ramainya orang yang mempertentangkan antara
Islam dan Barat akhir-akhir ini, figur Ibn Rushd sangatlah penting. Islam dan Barat bukanlah
sesuatu yang harus dipertentangkan, tapi justru harus diharmonisasikan. Kaum Muslim harus
belajar dari Barat dan bersikap terbuka pada kemajuan dan pencapaian-pencapaian yang telah
dihasilkan peradaban Barat. Tentu saj, tanpa harus dikatakan, tidak semua yang datang dari
Barat harus diterima dan ditelan begitu saja. Sikap kritis dan selektif harus tetap
dipertahankan.

Bagi Ibn Rushd, kata kuncinya adalah “kritis” dan “selektif,” dalam hal ini bukan hanya
kepada peradaban dan pencapaian Barat, tapi juga kepada tradisi dan khazanah intelektual
Islam sendiri. Sebagai orang yang lahir dan dibesarkan dalam lingkungan agama yang kuat,
Ibn Rushd berhasil memperlihatkan kepada kita bahwa ia tidak tertarik arus untuk ikut-ikutan
“menghidupkan ilmu-ilmu agama” dan membelanya secara membabi-buta, seperti dilakukan
al-Ghazali. Baginya, kebenaran tidak hanya ada dalam ilmu-ilmu agama, tapi juga pada
falsafah dan „ulum al-awail yang datang dari luar Islam. Jika kaum Muslim mau maju,
mereka haruslah mampu membuka diri dan mengambil kebaikan-kebaikan yang ada di luar
sana.




                                            10
TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD




Rujukan


Awang Sariyan. 2008. Falsafah dan logika Melayu. Selangor: Synergate Sdn. Bhd.


Fuad moh. Facahruddin (terj). 1970. Dialektika Islam: Alam Pikiran Islam. Bandung: C.V.
Diponegoro Bandung.


Hashim Haji Musa. 2001. Falsafah, logik, teori nilai, dan etika Melayu. Selangor: Akademi
pengajian melayu.


Ibrahim Abu Bakar (peny.). 1994. Spektrum Falsafah Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.


Mahmud Hamdi Zaqzuq. 1993. Antara Falsafah Islam dan Falsafah Barat :Suatu
perbandingan antara Al-Ghazali dan Descartes. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.


Syed Muhamad Dawilah Al Edrus. 1993. Episternologi Islam: Teori Ilmu dalam       al-Quran.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Zakaria Stapa. 1996. Tasawuf dan Empat Tokoh Sufi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Abul_Waleed_Muhammad_Ibn_Rushd
http://www.assyaukanie.com/articles/ibn-rushd-sebagai-model-peradaban-islam
http://www.tutor.com.my/tutor/estidotmy/index.asp?y=2002&dt=1127&pub=estidotmy&sec
=saintis_islam&pg=si_01.htm&arc=hive

http://sklaloh.kelantan.edu.my/tokoh2.htm#rushid




                                            11

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:644
posted:12/16/2010
language:Malay
pages:11