Docstoc

TUJUAN DISYARIATKAN IDDAH

Document Sample
TUJUAN DISYARIATKAN IDDAH Powered By Docstoc
					                                        MASA IDDAH

A. Pengertian

           Iddah adalah masa menunggu (tidak boleh kawin) yang diwajibkan kepada
   perempuanyang dicerai oleh suaminya dan ia sudah dicampuri, atau perempuan yang
   ditinggal mati oleh suaminya, baik sudah dicampuri atau belum.

   Tidak ada masa ‘iddah bagi perempuan yang dicerai dan belum di campuri (dukhul) oleh
   suaminya. Ini didasarkan pada firman Allah dalam Al-Qur’an surat Al-Ahzab ayat: 49.

B. Macam-macam

   Ada 5 macam masa Iddah; yaitu:

   1. ‘Iddah istri yang dicerai dan ia masih haid, lama ‘iddahnya tiga kali suci (quru’). Dalilnya
      firman Allah dalam surat Al-Baqarah: 228.

   2. Iddah istri yang dicerai dan ia tidak haid, lama iddahnya tiga bulan. Dalilnya firman Allah
      surat At-Thalaq: 4.

   3. Iddah istri yang ditinggal wafat oleh suaminya. Lama iddahnya empat bulan sepuluh hari,
      bila tidak hamil. Dalilnya firman Allah surat Al-Baqarah: 234)

   4. Iddah istri yang dicerai dalam kondisi hamil. Masa iddahnya sampai melahirkan. Dalilnya
      firman Allah surat At-Thalaq: 4)

   5. Iddah istri yang ditinggal mati oleh suaminya dan dalam kondisi hamil. Masa iddahnya
      sampai melahirkan walaupun kurang dari empat bulan 10 hari. (menurut sebagian besar
      ulama).

C. Tujuan Disyariatkan 'Iddah

    1. Tujuan Islam mensyariatkan 'iddah ke atas kaum wanita ialah untuk memastikan rahim
       wanita tersebut suci dari air mani suaminya pada saat ia diceraikan dan juga
       memastikan ia tidak hamil daripada lelaki yang menyetubuhinya sebagai langkah
       mencegah percampuran nasab dan keturunan.
    2. Bagi wanita yang diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk, ini memberikan peluang
       kepada suaminya untuk memikirkan kembali saat-saat manis ketika mereka bersama
       dan kembali rujuk kepada isterinya setelah fikirannya kembali tenang.
    3. Masa menunggu yang agak panjang ini memberikan peluang kepada pasangan suami
       isteri untuk menginsafi kembali kesalahan masing-masing dan mencari punca
       perselisihan antara mereka dan semoga itu mereka dapat bersatu semula.
    4. Tujuan 'iddah juga supaya ikatan sesuatu perkahwinan itu dapatlah dipanjangkan
       waktunya dan pada tempoh itu adalah diharapkan kewarasan dan kematangan fikiran
       pasangan suami isteri yang berselisih dapat dipulihkan dan menghubungkan kembali
       persefahaman dan kasih sayang mereka.
    5. Sewaktu melalui proses 'iddah banyak peluang yang boleh direbut oleh wakil dari
       kedua-dua belah pihak suami isteri bagi mencari jalan keluar dan perdamaian antara
   mereka dari perselisihan dan semoga dengan cara ini diharapkan dapatlah
   mempersatukan mereka semula serta menjauhi dari berlakunya perceraian.
6. Agama Islam meletakkan institusi kekeluargaan adalah sesuatu yang tinggi dan mulia
   terutama bagi pasangan suami isteri dimana hubungan kelamin bagi pasangan suami
   isteri tetap mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Tuhan. Agama Islam amat benci
   kepada perceraian dan keruntuhan institusi kekeluargaan di mana ia boleh membawa
   kepada lebih banyak lagi permasalahan sosial.
7. Bagi perceraian yang berlaku kerana kematian suami, tujuan 'iddah ialah untuk isteri
   menjaga hak-hak suaminya, kaum kerabat, menzahirkan perasaan sedih dan dukacita,
   membuktikan kesetiannya kepada bekas suami serta menjaga ama baik dan maruah diri
   dan keluarga agar tidak diperkatakan oleh orang lain.
8. 'Iddah adalah anugerah dari Allah untuk hamba-Nya yang membuktikan kasih sayang
   dan kesungguhan bagi memelihara dan menjaga keutuhan institusi kekeluargaan dalam
   Islam.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1271
posted:12/15/2010
language:Indonesian
pages:2