Persediaan Sebelum Solat

Document Sample
Persediaan Sebelum Solat Powered By Docstoc
					       PERSEDIAAN SEBELUM
             SOLAT




                         Oleh;
          Wan Ahmad Hasbi bin Wan Jusoh,
               Sektor Pendidikan Islam,
         Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
2010                 wahasbi@spijpnt           1
      
          MUQADDIMAH
      
       
          

    
     
    

    
                  (Ta-Ha 132)
  “ Dan suruhlah ahli kamu bersembahyang
2010
     serta bersabarlah padanya, Kami tidak
                    wahasbi@spijpnt          2
     minta rezeki kepada kamu, tetapi Kami
       
        

   
     
      
   

    
  
            manusia itu dijadikan dengan
Sesungguhnya  
  bersifat gelisah. Apabila ditimpa kejahatan,
                  (Al-Ma'arij 019-023)
     ia keluh kesah. Jika mendapat harta dia
     enggan bersedekah. Kecuali orang-orang
 yang mengerjakan solat. Mereka itu sentiasa
2010       mengerjakan solat mereka.”
                      wahasbi@spijpnt          3
       PERSEDIAAN SEBELUM SOLAT:
          SUCI DARIPADA HADAS

 Maksud Hadas: Hadas adalah kekotoran dari segi
        batin ataupun jijik dari segi syarak.

                   Bahagian Hadas:

       a.Hadas Besar                    b. Hadas Kecil
       Mandi wajib                   Berwuduk

2010                   wahasbi@spijpnt                   4
                              Info;
 Mandi wajib ialah dengan meratakan air ke seluruh
badan disertakan dengan niat selepas berlakunya hadas
besar, ataupun mati selain daripada mati syahid.
 Rukun mandi wajib ada dua:

     1) Niat




       “Sahaja aku mengangkat hadas besar, fardhu ke atas ku
       kerana Allah Taala”

       2)   Meratakan air ke seluruh badan.

2010                         wahasbi@spijpnt               5
        PERSEDIAAN SEBELUM SOLAT: SUCI DARIPADA HADAS




                  Sebab-sebab Hadas Besar
                        1.Keluar mani

                         2.Bersetubuh

                             3.Haid

                            4.Nifas

       5.Wiladah / Bersalin (termasuk perempuan yang
                          keguguran)
                  6.Mati (selain mati syahid)



2010                      wahasbi@spijpnt               6
                                Info;
        Air mani : Air yang terpancar daripada kemaluan
       seseorang selepas syahwatnya memuncak sama ada ia
       keluar semasa jaga atau lena, dengan perbuatan sendiri
       ataupun selainnya.
        Air mazi: Air yang berwarna putih jernih dan cair
       yang keluar semasa timbul keinginan tanpa memancut
       dan tanpa disedari. Hukumnya tidak wajib mandi,
       tetapi diwajibkan basuh sahaja kerana ia adalah najis.




2010                        wahasbi@spijpnt                 7
                              Info

      Bersetubuh atau berliwat )‫ ,)لواط‬samada dengan
       manusia atau binatang, dan sama ada keluar mani
       ataupun tidak.




2010                       wahasbi@spijpnt               8
           BAGAIMANA CARANYA
         MENGANGKAT HADAS BESAR
      Membuang najis / kekotoran / apa sahaja benda yang
       boleh menghalang air sampai ke anggota badan badan
       terlebih dahulu.
      Niat mengangkat hadas besar sebaik sahaja air
       mengenai mana-mana anggota badan
      Meratakan air ke seluruh badan (anggota yang zahir)
      Wajib bagi perempuan menyampaikan air ke farajnya
       yang zahir semasa duduk, kerana ia dikira sebagai
       anggota zahir.

2010                        wahasbi@spijpnt                  9
           SUNAT-SUNAT SEMASA
         MENGANGKAT HADAS BESAR
      Membaca Basmalah
      Membasuh kemaluan
      Berwuduk sebelum mandi
      Mendahulukan jirusan air pada sebelah kanan
       badan.
      Menggosok-gosok seluruh badan
      Meniga-niga pada menggosok
      Menyelati rambut / janggut

2010                      wahasbi@spijpnt            10
           SUNAT-SUNAT SEMASA
         MENGANGKAT HADAS BESAR
      Menyelati anak-anak jari kedua belah tangan dan
       kaki.
      Berturut-turut dari awal hingga akhir.
      Mandi dengan bertutup
      Berturut-turut
      Membaca doa wudhuk selepas mandi.




2010                       wahasbi@spijpnt               11
     ISU-ISU BERKAITAN MANDI WAJIB
       (MENGANGKAT HADAS BESAR)
1.     Orang-orang yang berjunub / berhadas besar
       walaupun pada siang hari tidak wajib disegerakan
       mandi wajib, bahkan ia disunatkan, kecuali apabila
       sampai masa hendak mendirikan solat.
2.     Makruh makan, minum ataupun tidur tanpa
       mengangkat hadas besar terlebih dahulu, tetapi
       disunatkan berwuduk terlebih dahulu.



2010                      wahasbi@spijpnt               12
     ISU-ISU BERKAITAN MANDI WAJIB (MENGANGKAT HADAS BESAR)


3.     Tidak perlu mengambil wuduk selepas
       mengangkat hadas besar, kecuali berlaku perkara
       yang membatalkan wudhuk.

4.     Diharuskan bagi suami mendatangi isterinya yang
       pertama kemudian mendatangi pula isterinya yang
       kedua/keempat-empat pada malam yang sama
       dengan hanya satu mandi sahaja, tetapi disunatkan
       berwuduk terlebih dahulu.



2010                       wahasbi@spijpnt                    13
     ISU-ISU BERKAITAN MANDI WAJIB (MENGANGKAT HADAS BESAR)


3.     Tidak perlu mengambil wuduk selepas
       mengangkat hadas besar, kecuali berlaku perkara
       yang membatalkan wudhuk.

4.     Diharuskan bagi suami mendatangi isterinya yang
       pertama kemudian mendatangi pula isterinya yang
       kedua/keempat-empat pada malam yang sama
       dengan hanya satu mandi sahaja, tetapi disunatkan
       berwudhuk terlebih dahulu.



2010                       wahasbi@spijpnt                    14
   ISU-ISU BERKAITAN MANDI WAJIB (MENGANGKAT HADAS BESAR)




                   Sabda Rasulullah (s):

        “Apabila seseorang daripada kamu mendatangi
              ahlinya (isterinya), kemudian hendak
           mengulanginya, maka eloklah berwudhuk
             antara keduanya dengan wudhuk yang
                            sempurna”




2010                     wahasbi@spijpnt                    15
 DIHARAMKAN KE ATAS ORANG YANG
          BERHADAS BESAR
(Dengan sebab bersetubuh / keluar mani)

   Solat (fardhu/sunat)
   Sujud tilawah / sujud syukur
   Tawaf di Kaabah (fardhu/sunat)
   Membaca, menyentuh, menanggung al-Quran
   Membaca Khutbah Jumaat
   Berhenti di dalam masjid atau berulang alik di
    dalamnya, tetapi dimaafkan jika melintas lalu sahaja.


2010                      wahasbi@spijpnt               16
    DIHARAMKAN KE ATAS ORANG YANG
             BERHADAS BESAR
      (Disebabkan haid / nifas / wiladah)

   Tambahan kepada perkara-perkara yang diharamkan
    disebabkan bersetubuh / keluar mani:
   Puasa (wajib diqada‟kan jika puasa fardhu)
   Bersetubuh atau berseronok-seronok / bersedap-
    sedap dengan suami di kawasan antara pusat dan
    lutut.




2010                   wahasbi@spijpnt            17
       MENGANGKAT HADAS KECIL:
           RUKUN WUDHUK
1.     Niat : Niat wudhuk / niat mengangkat hadas kecil
       – wajib diserentakkan ketika mula-mula
       membasuh muka.
               “Sahaja aku mengangkat hadas kecil
                      kerana Allah Taala.”
      Bagi orang yang sentiasa berhadas (air kencing
       selalu keluar), hendaklah dia berniat “Sahaja aku
       mengharuskan fardhu sembahyang kerana Allah
       Taala”
2010                     wahasbi@spijpnt               18
       MENGANGKAT HADAS KECIL:
           RUKUN WUDHUK
2.     Membasuh muka: Batasan muka adalah antara
       tempat tumbuh rambut (pada kebiasaannya) dan
       dagu, dan di antara dua anak telinga, termasuk
       semua anggota yang zahir pada kawasan tersebut.




2010                     wahasbi@spijpnt                 19
           MENGANGKAT HADAS KECIL: RUKUN WUDHUK



3.     Membasuh kedua tangan sampai ke siku dan wajib
       membasuh semua bahagian yang ada pada
       anggota tersebut seperti bulu dan kuku walaupun
       panjang.




2010                     wahasbi@spijpnt            20
           MENGANGKAT HADAS KECIL: RUKUN WUDHUK


4.     Menyapu sebahagian dari kepala: Had paling
       sedikit ialah sampai ke ubun-ubun. Imam Abi
       Hanifah; wajib menyapu ¼ daripada kepala.




2010                     wahasbi@spijpnt             21
             MENGANGKAT HADAS KECIL: RUKUN WUDHUK


5.     Membasuh dua kaki sehingga buku lali: Wajib
       membasuh dalam lubang dan tempat-tempat
       pecah pada anggota wudhuk.
          Apabila termasuk duri pada kaki dan sebahagiannya
           berada di luar, maka wajib mencabut duri itu dan wajib
           membasuh bekas duri itu, termasuk juga tempat luka /
           bekas luka sehinggalah ia bertangkuk kembali. Ianya
           adalah hukum zahir.
          Jika duri itu masuk ke dalam seluruhnya, maka jadilah
           ia hukum batin, sah dengan hanya membasuh di
           bahagian luar sahaja.


2010                         wahasbi@spijpnt                    22
            MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI




       6. Tertib

2010                 wahasbi@spijpnt    23
PERKARA SUNAT SEMASA WUDHUK
1.     Mengadap Qiblat
2.     Sederhana / tidak boros dalam penggunaan air.
3.     Membaca Basmalah dipermulaan hendak
       berwudhuk. Sunat bagi orang yang terlupa /
       meninggalkan membaca Basmalah pada
       permulaannya, bacalah ketika teringat, ketika
       masih lagi sedang berwudhuk:
                   ُ َ ‫بس ِ اهلل أ ََ ُ ّوآخ‬
                   ‫م ِ ّوله ِره‬
          ** (Tidak disunatkan selepas berwudhuk)

2010                      wahasbi@spijpnt              24
PERKARA SUNAT SEMASA WUDHUK
4.     Membasuh kedua-dua tangan hingga ke
       pergelangan tangan.




5.     Disunatkan bersugi. Sabda Rasulullah (S):
       “Dua rakaat dengan bersugi adalah lebih afdhal
          daripada tujuh puluh rakaat tanpa bersugi”


2010                      wahasbi@spijpnt               25
PERKARA SUNAT SEMASA WUDHUK
6.     Berkumur-kumur; sebaik-baiknya ialah air sampai
       ke kerongkong, kemudian mengeluarkannya dari
       mulut.

7.     Menyedut/menghisap air ke dalam hidung;
       sebaik-baiknya sampai ke rongga hidung
       kemudian dihembuskan kembali.




2010                     wahasbi@spijpnt             26
PERKARA SUNAT SEMASA WUDHUK
8.     Menyapu air ke seluruh kepala;
          Jika menyapu sebahagian sahaja, yang afdhalnya di atas
           ubun-ubun
9.     Menyapu air kepada semua bahagian telinga zahir
       dan batinnya dan kedua lubangnya.




2010                         wahasbi@spijpnt                    27
PERKARA SUNAT SEMASA WUDHUK
       10.   Menggosok-gosok anggota wudhuk.
       11.   Berturut-turut
       12.   Meniga-nigakan basuhan dan sapuan.
       13.   Menyelati janggut yang tebal ;
             Afdhalnya ialah menggunakan jari-jari tangan
             kanan dimulai dari bawah dengan
             menguraikannya menggunakan air yang lain
             dari basuhan muka. Makruh jika tidak
             menyelat-nyelati janggut yang tebal.


2010                         wahasbi@spijpnt                28
PERKARA SUNAT SEMASA WUDHUK
       14.   Menyelati celah jari tangan / kaki.
            Sekiranya pakai cincin; hendaklah menggerak-
             gerakkan cincin yang dipakai. Sekiranya air
             tidak dapat masuk dengan sendiri kerana
             terlampau ketat, maka wajib digerak-gerakkan
             cincin itu kerana ia menghalang air sampai ke
             anggota wudhuk kalau tidak dibuat begitu.




2010                         wahasbi@spijpnt                 29
PERKARA SUNAT SEMASA WUDHUK
       15.   Melebihkan sedikit had / kawasan basuhan /
             sapuan anggota daripada batas fardhunya.
                            Sabda Rasulullah (s):
               Sesungguhnya ummatku akan dipanggil pada hari
                 qiamat dalam keadaan mereka itu memancarkan
                 banyak cahaya, maka sesiapa dari kalangan kamu
                yang boleh memanjangkan basuhannya, hendaklah
                                ia melakukannya.




2010                          wahasbi@spijpnt                 30
PERKARA SUNAT SEMASA WUDHUK
       16.   Mendahulukan sebelah kanan
       17.   Dimulakan dengan membasuh bahagian teratas
             daripada muka, dari hujung jari tangan / kaki
             walaupun air dituang oleh orang lain.
       18.   Meninggalkan bercakap-cakap semasa
             berwudhuk, kecuali dengan hajat.
       19.   Tidak mengeringkan air pada anggota wudhuk
             tanpa keuzuran.
       20.   Membaca doa selepas berwudhuk.

2010                        wahasbi@spijpnt              31
 (Sesiapa berwudhuk kemudian berdoa selepasnya, maka dibukakan
   baginya lapan pintu syurga yang ia boleh masuk mana-mana
                       pintu yang ia suka)

                     – Hadis Riw. Muslim-
2010                       wahasbi@spijpnt                   32
       YANG MEMBATALKAN WUDUK

         Sebab-sebab seseorang itu berhadas kecil:
1.     Keluar sesuatu dari dua kemaluan (qubul dn
       dubur), selain air mani. Dalam apa-apa bentuk
       sekalipun.
2.     Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak
       tangan ataupun perut-perut anak jari, sama ada
       qubul atau dubur, dengan sengaja atau terlupa,
       kemaluan sendiri atau orang lain tanpa berlapik,
       walaupun kemaluan orang mati.

2010                      wahasbi@spijpnt                 33
                       HADAS KECIL



3.     Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan
       mahram tanpa berlapik (kecuali rambut, gigi dan
       kuku)

4.     Tidur dalam keadaan tidak tetap papan punggung

5.     Hilang akal sama ada disebabkan gila, mabuk
       ataupun pitam dan sebagainya.



2010                     wahasbi@spijpnt             34
                            Info
      Yakin keluar sesuatu daripada Qubul / Dubur,
       sama ada benda „ain atau angin,
      basah atau kering,
      yang biasa berlaku atau jarang-jarang berlaku,
      yang bercerai atau tidak (seperti cacing yang
       mengeluarkan kepalanya kemudian masuk kembali.
      Keluar buasir atau ia bertambah keluar selepas
       berwudhuk.


2010                     wahasbi@spijpnt                35
                                 Info
        Disunatkan berwudhuk setelah melakukan
        perkara berikut walaupun wudhuk tidak batal:
       1.   Menyentuh ari-ari, tempat bertangkuk punggung
            (diwaktu berdiri), batu kemaluan lelaki, bulu yang
            tumbuh pada kemaluan lelaki, dan pangkal paha
            (bahagian dalam)
       2.   Menyentuh Kanak-kanak perempuan yang kecil
            (yang kebiasaannya tidak menarik keinginan dan
            kanak-kanak lelaki yang belum baligh.


2010                          wahasbi@spijpnt                    36
                          Info
3.     Menyentuh orang berpenyakit kusta dan orang
       Yahudi/Kafir.
4.     Melihat wanita / lelaki dengan keinginan
       walaupun kepada isteri / suami.
5.     Bercakap tentang maksiat
6.     Marah
7.     Menanggung mayat / menyentuh mayat.
8.     Memotong kuku, mengandam misai, mencukur
       rambut kepala.

2010                   wahasbi@spijpnt           37
         YANG DIHARAMKAN KETIKA
             BERHADAS KECIL
      Solat
      Sujud tilawah / sujud syukur
      Tawaf
      Menyentuh / membawa / menanggung al-Quran,
       kecuali kerana terpaksa untuk memelihara
       kesuciannya.
      Membaca khutbah Jumaat.



2010                    wahasbi@spijpnt             38
              Info: Sabda Rasulullah (s)

        “Sesiapa yang berwudhuk lalu menyempurnakan
       wudhuknya, segala kesalahan akan keluar daripada
         badannya termasuk dosa dari bawah kukunya”

 “Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat nanti
    dalam keadaan cantik berseri serta bercahaya muka dan
      tangannya kerana kesan-kesan daripada wudhuk..”




2010                     wahasbi@spijpnt                  39
        Sekian…. Terima kasih!
       Rujukan utama dalam penyediaan modul ini:
                      1.

             2.



        3.    Menjawab Persoalan Fekah Harian
                 (Dato’ Dr. Haron Din)

                  Wanahmadhasbi.wordpress.com

2010                       wahasbi@spijpnt         40

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:292
posted:12/14/2010
language:Malay
pages:40