Docstoc

Ekonomi Sistem Ekonomi Islam December 14 2006 by trimudilah Sistem Ekonomi

Document Sample
Ekonomi Sistem Ekonomi Islam December 14 2006 by trimudilah Sistem Ekonomi Powered By Docstoc
					                             Sistem Ekonomi Islam

December 14, 2006 by trimudilah

Sistem Ekonomi Islam Menurut Kehendak Tuhan

Sumber : Rufaqa Online

Sistem ekonomi Islam tidak sama dengan sistem-sistem ekonomi yang lain. Ia berbeda
dengan sistem ekonomi yang lain. Ia bukan dari hasil ciptaan akal manusia seperti sistem
kapitalis dan komunis. Ia adalah berpandukan wahyu dari Allah SWT.

Sistem ciptaan akal manusia ini hanya mengambil kira perkara-perkara lahiriah semata-mata
tanpa menitikberatkan soal hati, roh dan jiwa manusia. Hasilnya, matlamat lahiriah itu sendiri
tidak tercapai dan manusia menderita dan tersiksa kerananya. Berlaku penindasan, tekanan
dan ketidakadilan. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Ekonomi
Islam pula.sangat berbeza.

Di antara ciri-ciri ekonomi Islam ialah:

1. Melibatkan Tuhan
Orang Islam berekonomi dengan niat kerana Allah dan mengikut peraturan dan hukum-
hakam Allah Taala. Matlamatnya ialah untuk mendapat redha dan kasih sayang Allah. Syariat
lahir dan batin ditegakkan dan hati tidak lalai dari mengingati Tuhan. Aktiviti berniaga
dianggap zikir dan ibadah kepada Allah SWT. Ia adalah jihad fisabilillah dan menjadi satu
perjuangan untuk menegakkan Islam dan mengajak manusia kepada Tuhan. Sesibuk
manapun berniaga, Allah SWT tidak dilupakan. Berekonomi dan berniaga secara Islam
adalah di antara jalan untuk menambah bekalan taqwa.

2. Berlandaskan taqwa
Kegiatan ekonomi dalam Islam merupakan jalan untuk mencapai taqwa dan melahirkan
akhlak yang mulia. Ini adalah tuntutan Tuhan. Kalau dalam sistem ekonomi kapitalis,
modalnya duit untuk mendapatkan duit, tetapi dalam ekonomi Islam modalnya taqwa untuk
mendapatkan taqwa.
Dalam Islam, berekonomi adalah untuk memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan
syariat Tuhan. Ekonomi itu jihad dan ibadah. Oleh itu tidak boleh terkeluar dari konsep dan
syarat-syarat ibadah. Niatnya, perlaksanaannya dan natijahnya kena betul. Kegiatan ekonomi
atau perniagaan yang dibuat itu tidak haram dan tidak melibatkan perkara-perkara yang
haram. Ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya tidak boleh ditinggalkan. Kalau solat
ditinggalkan, ibadah berekonomi sepertimana juga ibadah-ibadah yang lain akan dengan
sendirinya tertolak.

Hasil dari ekonomi yang berlandaskan taqwa, akan lahir ukhuwah dan kasih sayang,
kemesraan, bertolong bantu, bersopan santun, mendahulukan kepentingan orang lain dan
berbagai-bagai lagi sifat-sifat yang luhur. Premis perniagaan berasaskan taqwa adalah pusat
bina insan yang cukup praktikal dan menguntungkan.

Semua yang terlibat dengan kegiatan ekonomi Islam ini akan menjadi tawadhuk dan rendah
diri. Akan terhapus penindasan, penekanan, penzaliman dan ketidakadilan. Tidak ada krisis,
pergaduhan dan jenayah. Ketakutan dan kebimbangan akan lenyap. Akhirnya masyarakat jadi
aman, damai dan hidup penuh harmoni.

Ekonomi Islam lebih mementingkan sifat taqwa daripada modal kewangan yang besar. Ilmu,
pengalaman, kemahiran, kekayaan alam semulajadi dan sebagainya. Orang bertaqwa itu
dibantu Tuhan seperti dalam firman-Nya maksudnya:

“Allah itu pembela bagi orang-orang yang bertaqwa” (Al Jasiyah: 19).

Orang yang bertaqwa itu, usahanya sedikit tetapi hasilnya banyak. Apatah lagi kalau
usahanya banyak. Kalau orang yang bertaqwa menghadapi masalah, Allah akan mengadakan
baginya jalan keluar dan dia diberi rezeki oleh Allah dari sumber-sumber yang tidak
disangka-sangka.

3. Penuh suasana kekeluargaan
Dalam premis perniagaan Islam di mana ada tuan punya atau pengurus dan pekerja, terjalin
kemesraan dan kasih sayang seperti dalam satu keluarga. Pengurus seperti ayah. Penyelia-
penyelia seperti kakak dan abang. Para pekerja seperti anak. Ayah menjaga keperluan lahir
batin anak-anak. Ini termasuk didikan agama, makan minum, keselamatan, kesihatan,
pakaian, tempat tinggal, kebajikan dan sebagainya.
4. Penuh kasih sayang
Islam menganggap berekonomi itu ibadah. yaitu ibadah menerusi khidmat kita kepada
sesama manusia. Manusialah yang Tuhan tuntut supaya kita berkasih sayang dengan mereka.

Justru itu, pelanggan dan ahli-ahli masyarakat tidak dilihat seperti orang lain bahkan saudara-
mara. Pelanggan yang datang kepada premis perniagaan dilayan sebaik mungkin seperti
tetamu. Mereka datang membawa rahmat dan kembalinya menghapuskan dosa. Pelangganlah
tempat mereka mencurah bakti dan khidmat. Pelanggan jugalah orang yang membantu
mereka memperbaiki dan mendidik hati. Oleh itu, pelanggan sungguh mahal dan sungguh
istimewa. Mereka diberi kemesraan dan kasih sayang. Berbakti dan berkhidmat bukan setakat
memberi pelanggan apa yang mereka mahu. Ia termasuk pembelaan dan kebajikan. Kalau ada
pelanggan yang memerlukan barangan dan khidmat tetapi nyata tidak mampu membayar
harganya, demi Tuhan yang mengurniakan kasih sayang, dia dibolehkan membayar ikut
sesuka hatinya. Kalau dia fakir dan miskin hingga tidak mampu bayar langsung, maka
menjadi tanggungjawab pihak yang berniaga pulalah untuk memberikan keperluannya itu
dengan percuma. Tuhanlah yang akan membayarkan untuknya. Inilah ekonomi taqwa dan
kasih sayang.

Dalam ekonomi kapitalis, tidak ada kasih sayang. Mereka hanya mahukan duit para
pelanggan. Jangankan hendak membantu manusia, bahkan mereka sanggup menyusahkan,
menekan, menindas dan menipu manusia demi untuk mengejar keuntungan.

5. Keuntungan perniagaan untuk masyarakat
Dalam ekonomi Islam, keuntungan ada dua bentuk. Satu adalah keuntungan maknawi dan
satu lagi keuntungan maddi (material). Islam mengajar ahli ekonomi dan peniaganya untuk
mengutamakan untung maknawi daripada untung material. Kalaupun ada keuntungan
material, ia perlu dihalakan semula dan diperguna untuk kepentingan masyarakat. Islam tidak
menganjurkan keuntungan material ditumpu kepada diri sendiri, keluarga, kelompok atau
golongan. Keuntungan boleh diambil sekadar perlu tetapi selebihnya mesti dikembalikan
kepada Tuhan melalui bantuan kepada fakir miskin dan masyarakat. Inilah apa yang
dikatakan bersyukur.

Ekonomi Islam lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat daripada mengumpulkan
keuntungan material yang besar. Keuntungan material kalaupun ada, perlu disalurkan semula
kepada masyarakat.
6. Tidak ada hutang berunsur riba
Islam tidak membenarkan riba. yaitu pinjaman berfaedah (berbunga) tetap untuk jangka masa
yang tertentu. Islam ada cara tersendiri untuk menjana model dan kewangan. Antaranya ialah
mudharabah, musyarakah, berkorban dan sebagainya.

Riba mencetus berbagai masalah dan krisis. Ia sangat menekan, menindas dan mencekik si
peminjam. Si peminjam boleh terjerat dalam satu ikatan yang dia tidak mampu ungkaikan
atau terjatuh ke dalam satu lubang yang dia tidak mampu keluar. Orang atau pertubuhan yang
memberi pinjaman riba menjadi kaya tanpa usaha. Dia menjadi kaya atas titik peluh orang
lain.

Riba dalam ekonomi membuatkan harga barangan dan khidmat menjadi tinggi kerana untung
lebih terpaksa dicari untuk membayar kadar faedah riba. Usaha ekonomi yang berasaskan
riba juga tertakluk kepada tekanan kerana lagi lama pinjaman tidak dibayar, lagi banyak
faedah atau bunganya

http://trimudilah.wordpress.com/2006/12/14/sistem-ekonomi-islam/
                                   KESIMPULAN
       Sistem Ekonomi Islam adalah sistem Ekonomi yang berpedoman kepada Al-qur’an
yang semua ciri-ciri dalam ekonomi islam mengandung nilai yangterdapat dalam Al-qur’an,
dari yang dilarang sampai studi kasus pun dibahas dalamhukum Al-qur’an.

Diantara ciri-ciri diatas dapat kita simpulkan :

   1. Melibatkan Tuhan.

       Arti dari kata tersebut adalah Umat islam berEkonomi dengan niat karena Allah
semata. Ber Ekonomi dan berniaga secara islam adalah jalan untuk menambah bekal taqwa
kepada Allah SWT.

   2. Berlandaskan Taqwa.

       Arti dai kata tersebut adalah Kegiatan ekonomi dalam Islam merupakan jalan untuk
mencapai taqwa dan melahirkan akhlak yang mulia. Dalam islam berekonomi adalah untuk
memperbesar, memperlebar, memperpanjang syariat Tuhan.

   3. Penuh Suasana Kekeluargaan.

       Arti dai kata tersebut adalah didalam Perekonomian islam diibaratkan seperti
keluarga. terdapat kepala keluarga yang diibaratkan seorang ayah dan anak-anaknya
diibaratkan sebagai pekerja. Dimana seorang ayah menyediakan makanan, keperluan sehari-
hari dan mendidik dengan Agama yang didalamnya banyak terdapat aturan-aturan yang
berpedoman dengan Agama.

   4. Penuh Kasihsayang.

       Arti dai kata tersebut adalah Islam menganggap berekonomi itu adalah beribadah.
Sesuai dengan ajaran islam bahwa sesama manusia kita harus saling menyayangi, bahkan
tidak hanya manusia saja dengan hewan, tumbuhan, alam kita juga harus saling menyayangi.
Didalam berekonomi kita juga harus saling menyayangi antara penjualdengan pembeli, antara
teller bengan nasabah.

   5. Keuntungan Perniagaan Untuk Masyarakat.
       Arti dai kata tersebut adalah Dalam ekonomi Islam, keuntungan ada dua bentuk. Satu
adalah keuntungan maknawi dan satu lagi keuntungan maddi (material). Islam mengajarkan
dalam berekonomi untuk mengutamakan untung maknawi daripada material. Kalaupun ada
keuntungan material itu harus dihalalkan dan digunakan untuk kepentingan masyarakat.




  6. Tidak Ada Hutang Berunsur Riba.

       Arti dai kata tersebut adalah islam melarang riba dalam perekonomian, yaitu pinjaman
yang menggunakan bunga dalam jangka waktu yang tertentu. Untuk mengantisipasi riba,
islam terdapat cara tersendiri yaitu dengan mudharabah, musyarakah, berkorban dan
sebagainya.
              SISTEM

    EKONOMI ISLAM
Dosen : Bpk Masyudi Muqorobin, M.Ec.,PhD.,Akt




               Disusun Oleh :

           Nama : Irvan Arief Wibowo

           NIM : 20090410014

           Kelas : C

UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH

           YOGYAKARTA
                           KATA PENGANTAR
       Segala puji hanya milik Allah SWT. Sholawat dan salam tak lupa kita haturkan
kepada Nabi Muhammad SAW. Berkat limpahan rahmatnya penyusun dapat menyelesaikan
Tugas Ilmu Ekonomi Islam berjudul Sistem Ekonomi Islam

       Dalam Tugas ini kami membahas masalah Ciri-ciri Ekonomi Islam yang banyak
orang awam yang belum mengetahui apakah ciri-ciri Ekonomi Islam itu.

       Semoga tugas ini bermanfaat untuk semua mahasiswa dan khususnya untuk
mahasiswa Fakultas Ekonomi Universitas Muhammadiyah Yogyakarta sebagai bekal acuan
untuk muamalah. Dan tentunya tugas makalah ini sangat jauh dari sempurna. Untuk itu
kepada Dosen pembimbing kami minta masukannya demi perbaikan pembuatan Tugas ini
dimasa yang akan datang.




                                                            Yogyakarta, 9 November 2010




                                                                       Penulis

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:577
posted:12/14/2010
language:Malay
pages:8
Description: sistem ekonomi, pengertian ekonomi, arti ekonomi, laju ekonomi, inflasi ekonomi, pergerakan ekonomi, dasar ekonomi, sistem ekonomi islam, ekonomi menurut islam, dasar ekonomi menurut islam