Docstoc

Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

Document Sample
Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak Powered By Docstoc
					                                                   PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                          PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



1.0   PENGENALAN


      Bagi tugasan PRA 3111 ( Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-
kanak) ini, kami diminta membuat sebuah kerja kursus projek berkaitan penaksiran dan
penilaian. Dalam bahagian satu ini, kami akan membincangkan konsep penaksiran dan
penilaian kanak-kanak, objektif penaksiran dan penilaian kanak-kanak, prinsip-prinsip
penaksiran dan penilaian serta teknik-teknik atau instrumen-instrumen yang boleh
digunakan dalam penaksiran dan penilaian.


      Penaksiran dan penilaian merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam
pendidikan. Dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, penaksiran dan penilaian
membolehkan seseorang guru atau pendidik mendapatkan maklumat tentang
seseorang kanak-kanak, melihat keberkesanan pembelajaran, kurikulum, pentadbiran
dan mengenalpasti aspek-aspek yang boleh diperbaiki (Lihanna Borhan). Penaksiran
dan penilaian juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap pengajaran.


      Jika penaksiran dan penilaian yang sistematik hanya dilakukan pada satu-satu
aspek tertentu sahaja, contohnya aspek kognitif dinilai melalui ujian dan peperiksaan
bertulis, maka aspek itulah kelak yang akan menjadi fokus dan strategi pengajaran
(Meisels, 1995). Aspek yang tidak dinilai akan diberi perhatian „superficial‟ atau secara
tidak mendalam. Sekiranya ini berlaku, falsafah pendidikan yang seringkali merujuk
kepada perkembangan keseluruhan individu seperti yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan akan menjadi tidak relevan. Oleh itu, penaksiran dan penilaian
perlu diberikan perhatian yang serius sejak dari mula lagi, terutamanya ke arah
pembentukan insan yang seimbang dari semua aspek dapat dipenuhi.


1.1   KONSEP PENAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK.


      Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang
perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la

                                            1
                                                PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                       PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan
Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Secara keseluruhannya penaksiran dan
penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi
memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil penaksiran dan
penialain membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan
seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam
domain kognitif, afektif dan psikomotor.


      Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang
melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu
tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk
membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-
langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada
tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses kedua
melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod maklumat.


      Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah
diambil kira agar penilaian dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar
dan sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal pasti murid
yang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,
yang ketiga menentukan instrumen yang hendak digunakan, dan yang seterusnya
adalah menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa
pemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaian
hendak dijalankan.


      Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu
dititikberatkan. Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuan
yang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan perlu
diingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja.

                                           2
                                                   PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                          PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula,
perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian
dilaksanakan. Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat
dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap
segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam
konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang
sistematik untuk mengumpul data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat
kelak.


         Terdapat tiga langkah pemerhatian yang boleh digunakan dalam proses
penaksiran dan penilaian iaitu pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku murid,
pemerhatian melalui perbualan atau interaksi antara murid dengan guru atau murid
dengan murid dan yang ketiga pemerhatian terhadap hasil kerja murid. Untuk
pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru bolehlah membuatnya ketika
kanak-kanak melakukan aktiviti seperti menyusun blok bersama rakan-rakan, membuat
aktiviti kumpulan, mewarna atau melakukan aktiviti fizikal. Melalui interaksi lisan murid
pula bolehlah dinilai melalui aktiviti seperti main peranan, bersoal jawab, bacaan atau
nyanyian.


         Di antara contoh hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai oleh guru
adalah melalui lukisan, buku skrap atau kraf tangan yang dihasilkan oleh kanak-kanak.
Proses yang ketiga iaitu proses terakhir dalam penaksiran dan penilaian perkembangan
kanak-kanak adalah merekod maklumat yang diperoleh. Merekod adalah aktiviti
mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan
dan pencapaian murid. Antara contoh-contoh rekod yang boleh digunakan adalah
Senarai     Semak,    Skala   Kadar,   Rekod     Anekdot    dan    Rekod     Berterusan.




1.2      OBJEKTIF PENAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK.


                                           3
                                                  PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                         PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



        Tujuan atau objektif penaksiran dan penilaian haruslah difahami dengan jelas
oleh guru dapat memastikan bentuk penaksiran dan penilaian yang wajar digunakan.
Secara umumnya, Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian di prasekolah
betujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama,
membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan
pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan
kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan menolong
kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri.


        Secara khususnya, antara objektif penaksiran dan penilaian yang penting adalah
ianya dapat mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti
pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Ianya juga dapat digunakan untuk
mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke
semasa. Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajrannya melalui
proses penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran
dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan
pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat
umur mereka.


        Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan penaksiran dan penilaian berdasarkan garis
panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan prasekolah, dapatlah
disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis
bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap ini. Sebaliknya, guru prasekolah
seharusnya mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan sistem penilaian yang
lebih                                                                        autentik.


1.3     PRINSIP PENAKSIRAN DAN PENILAIAN.
        James H. McMillan (2000) telah menyatakan terdapat tiga utama prinsip
penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang pertama adalah
maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai

                                           4
                                                 PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                        PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan
penilaian seharusnya boleh dipercayai dan konsisten. Prinsip yang terakhir pula adalah
penilaian haruslah inklusif dan adil.


       Surayah dan Haslinda (2009) pula menyatakan terdapatnya enam prinsip
penaksiran dan penilaian. Prinsip yang pertama adalah penaksiran dan penilaian
seharusnya dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan
kanak-kanak. Hal ini adalah selari dengan sifat perkembangan kanak-kanak itu sendiri
iaitu perkembangan adalah satu proses yang berterusan. Oleh itu, guru tidak
seharusnya menjalankan proses penaksiran dan penilaian hanya sekali atau dua
sahaja. Ini adalah supaya maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian
perkembangan kanak-kanak itu jelas, boleh dipercayai dan telus (James H. McMillan).


       Prinsip yang kedua adalah penaksiran dan penilaian haruslah mempunyai
perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan
setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran. Prinsip ini adalah menepati langkah
melaksanakan penaksiran dan penilaian yang iaitu langkah yang pertama adalah
proses merancang, langkah kedua melaksanakan penaksiran dan langkah yang ketiga
adalah merekod maklumat ke dalam instrumen peaksiran dan penilaian yang
bersesuaian dengan aspek perkembangan yang ingin dikaji. Sebagai contoh, Rekod
Berterusan dapat digunakan untuk merekod perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
Senarai Semak pula merupakan instrumen yang terbaik digunakan kerana ianya mudah
dan praktikal untuk dikendalikan di samping banyak kemahiran-kemahiran lain yang
boleh dimasukkan secara serentak.


       Prinsip penaksiran dan penilaian yang ketiga adalah ia perlulah mempunyai
kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran.
Prinsip yang seterusnya adalah ianya harus memberikan manfaat dan bermakna dalam
pengalaman harian kanak-kanak. seterusnya, penaksiran dan penilaian juga hendaklah
dilaksanakan secara tidak formal, iaitu semasa kanka-kanak mengalami proses

                                          5
                                                 PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                        PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



pembelajaran. Ini adalah untuk mendapatkan hasil yang autentik dan tidak hanya
seperti sebuah sandiwara. Prinsip yang terakhir pula adalah proses penaksiran dan
penilaian perlu dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan
kesasihannya.


1.4   TEKNIK PENAKSIRAN DAN PENILAIAN.

      Segala maklumat yang diperolehi hasil daripada proses penaksiran dan penilaian
perkembangan kanak-kanak perlulah dicatat dan direkod dengan jelas dan sistematik.
Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh secara sistematik
berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid iaitu dengan
menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga Rekod
Berterusan.


      Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai
item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau
ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan
sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil
perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan
penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal
sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan
dengan ringkas dan jelas.


      Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks
semula jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan
tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali
untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal. Terdapat
beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak
iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan
                                          6
                                                 PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                        PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



menilai juga dapat menggunakannya dengan selesa. Ianya dapat digunakan di
hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan hanya mengingati
tingkah laku yang sudah diperlihatkan. Selain itu, dengan menggunakan Senarai
Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu
masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang kurikulum untuk
kanak-kanak.


      Di sebalik kebaikan-kebaikan yang telah dinyatakan, terdapat juga beberapa
kelemahan penggunaan Senarai Semak. Di antaranya adalah ianya mengandungi
kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan
tingkah   laku   atau   kemahiran   yang   dipamerkan   kanak-kanak.    Pemerhatian
menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu
shaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang
daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan. Selain itu juga,
data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang dipamerkan oleh
kanak-kanak sahaja.


      Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan
pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan murid
berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.
Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan
Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang.


      Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah
laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot
ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu
peristiwa itu berlaku. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk
membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku,
mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan
murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu

                                           7
                                                    PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                           PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif. Dalam Rekod Anekdot,
maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkan
tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran
menyelesaikan masalah murid.


       Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau "narrative"
yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu
peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang
pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga
hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu
sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit.


       Prosedur –prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya
guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang
akan difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan
merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat
hendaklah tepat dan padat. Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah
mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.


       Antara kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi
gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang
ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan yang
turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai              aspek
perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan
menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua
situasi dan tujuan.
       Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia dapat
menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu juga,
penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang gruru itu perlu
memberi lebih tumpuan pada proses perekodan.

                                            8
                                                  PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                         PERKEMBANGAN KANAK-KANAK




      Tugasan dlam bahagian seterusnya pula akan menghuraikan dapatan-dapatan
yang telah kami perolehi daripada dua buah jurnal yang kami kaji. Kami memilih dua
buah jurnal berkenaan adalah kerana ianya sangat signifikan dengan perkembangan
yang ingin kami kajia iaitu perkembangan sosioemosi ke atas subjek yang kami pilih.


2.0   Kajian Literatur.

      Untuk tugasan dalam bahagian ini, kami telah sepakat untuk memilih sebuah
jurnal oleh Profesor Madya Anna Christina Abdullah untuk dijadikan bahan kajian.
Jurnal yang bertajuk Tingkah Laku Prososial Kanak-kanak Prasekolah : Mensasarkan
Kemahiran Menyelesaikan Masalah Interpersonal ini menjadi pilihan kami kerana ianya
dilihat signifikan dengan perkembangan yang ingin kami kaji iaitu perkembangan
sosioemosi. Kami juga menggunakan sebuah lagi jurnal dari Surakarta, Indonesia yang
bertajuk Keterampilan Sosial Anak Prasekolah Ditinjau dari Interaksi Guru-Siswa
Berdasarkan Model Mediated Leraning Experence.


2.1   Kemahiran Sosioemosi Pada Kanak-kanak.


      Hurlock (1997) menyebut masa atau usia tahun-tahun awal kanak-kanak sebagai
The Golden Age di mana terdapat enam perkembangan kanak-kanak yang dapat dilihat
pada tahap ini tetapi perkembangan yang paling sukar bagi kanak-kanak adalah
perkembangan sosioemosi di mana mereka berhadapan kesukaran untuk bergaul
dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan atau orang lain. Menurut Elksnin dan Elksnin, 1995
menyatakan anak-anak yang memiliki ketrampilan sosial yang baik akan lebih
mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih berani mengekspresikan diri, lebih mudah
diterima oleh rakan-rakan sebaya dan akan lebih berjaya dalam akademiknya.


      Ibubapa serta guru perlu sedar dan memainkan peranan penting dalam
menyuburkan dan memupuk perkembangan kognitif, emosi, sikap dan tingkah laku
yang positif di kalangan kanak-kanak. Program pendidikan awal kanak-kanak yang
                                          9
                                                  PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                         PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



berkualiti harus merangkumi perkembangan sosioemosi kanak-kanak di samping
peluang-peluang pengayaan pembelajaran kognitif dan berbahasa. Tidak dinafikan
bahawa pendidikan prasekolah harus menyediakan kanak-kanak untuk permulaan
pendidikan formal di sekolah rendah dengan membekalkan mereka dengan
pengetahuan dan kemahiran berfikir.


      Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa kekurangan kemahiran sosial
semasa zaman kanak-kanak akan berterusan sehingga kanak-kanak itu menjadi
dewasa (Farrington 1990; Kagan & Moss 1982). Terdapat bukti bahawa orang dewasa
yang mengalami penyakit psikiatri, terutama yang dalam keadaan bimbang, yang
mengalami gangguan emosi dan mempunyai personaliti yang tidak baik juga turut
mempunyai masalah dalam bersosial (Shaffer 1979). Beberapa kajian telah dilaporkan
menunjukkan program prasekolah yang mensasarkan kemahiran sosial telah
menghasilkan kesan jangka panjang dari aspek pengurangan tingkah laku anti-sosial
seperti mencuri, merosak kemudahan awam, berbohong dan pergaduhan (Barnett
1992; Berrueta-Clement, Schweinhart & Barnett, 1984).


2.1   Punca Salah Laku Sosial Di Kalangan Kanak-kanak.


      Semua kanak-kanak memerlukan kawan, bukan sahaja untuk berseronok dan
bermain, tetapi untuk mempelajari erti kerjasama, empati dan ciri-ciri lain yang mereka
perlu memiliki untuk membentuk pertalian yang erat apabila mereka dewasa kelak.
Persahabatan semasa zaman kanak-kanak bagaikan asas yang akan menentukan
bagaimana sifat dan sahsiah seseorang kanak-kanak itu apabila mereka dewasa nanti.
Proses tolak ansur dan rundingan yang berterusan yang dilakukan oleh kanak-kanak
semasa bermain dapat memupuk perkembangan sosial mereka serta meningkatkan
harga diri mereka. Sebagai orang dewasa, kita semua perlu tahu cara mendampingi
orang lain dan menyelesaikan konflik. Latihan dalam proses ini sebaik-baiknya bermula
dari zaman kanak-kanak lagi.


                                          10
                                                 PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                        PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



             Erikson (1982) mempercayai manusia perlu berkembang melalui lapan
peringkat pertumbuhan emosi sebelum mereka dapat berasa berkeupayaan dan
menikmatikepuasan diri (self-fulfilled) dalam kehidupan mereka. Tiap-tiap peringkat
bercirikan oleh satu pertempuran antara dua keadaan dalaman yang berlawanan, satu
negatif dan satu lagi positif. Semasa tahun-tahun prasekolah, pertempuran ialah antara
inisiatif dan perasaan bersalah (guilt). Kanak-kanak prasekolah yang sihat dalam aspek
emosi ingin mengambil tindakan dan menuntut kemahuan mereka.


      Mereka akan mencipta, mengambil risiko, main secara olok-olok dan menyertai
aktiviti-aktiviti yang berimaginasi dan beraksi. Apabila orang dewasa menggalakkan
aktiviti-aktiviti sedemikian dan elakkan teguran atau had-had yang melampau, maka
inisiatif kanak-kanak akan berkembang. Sekiranya kanak-kanak diyakinkan bahawa
usaha mereka adalah salah, maka mereka akan turut berasa salah. Kanak-kanak yang
dihukum atau ditegur kerana usaha mereka akan lama kelamaan berhenti mencuba
dan membina kepercayaan diri bahawa mereka adalah orang yang jahat.


      Zaman awal kanak-kanak ialah masa genting untuk pembentukan perasaan
positif terhadap diri sendiri, orang lain dan dunia luar. Kanak-kanak yang mengalami
layanan yang menggalakkan dan menyokong serta diterima oleh orang dewasa dan
rakan sebaya akan menjadi kanak-kanak yang bersuaian secara emosional. Kanak-
kanak yang dianiayai, diabaikan atau disingkirkan boleh mengalami gangguan
kesihatan mental dan sosial. Kanak-kanak yang sihat dari aspek emosi lebih
berkebolehan menjalinkan pertalian yang positif dengan orang dewasa dan rakan
sebaya (Trawick-Smith, 2000).


      Kanak-kanak yang mempunyai tahap kebolehan sosial yang rendah bertindak
secara tidak bertanggungjawab, ganas, tidak bekerjasama dan tidak terkawal
(Knopczyk & Rhodes, 1996). Kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku sosial yang
kompeten ditanggap dengan lebih positif oleh masyarakat dan justeru dilayan dalam
cara yang lebih positif, kanak-kanak ini mengalami interaksi interpersonal yang lebih

                                         11
                                                   PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                          PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



memuaskan dan merasa lebih bahagia dibandingkan dengan rakan sebaya mereka
yang kurang berkompeten.


      Misalnya, kanak-kanak berumur 6 tahun yang telah menembak Kayla Roland,
rakan sebayanya di Michigan, A.S., mungkin telah berfikir yang itulah caranya untuk
menyelesaikan masalah interpersonalnya. Seorang pakar psikoanalyst yang ditemubual
tentang tragedi ini mengatakan bahawa kanak-kanak yang telah menembak rakan
sebayanya, “shows a failure, at a very significant level, to find other ways to deal with
troubles, and this could come from how (he has) been treated, or how (he has) seen
people being treated.” (New Sunday Times 2000).


      Kejadian-kejadian seperti ini mencadangkan bahawa satu punca salah laku
sosial ialah kekurangan dalam perkembangan sosioemosi pelajar-pelajar tersebut, dan
pada peringkat yang lebih khusus lagi, melibatkan kekurangan dari aspek kognitif sosial
yang dapat menyedari seseorang tentang kesan dan akibat sesuatu tindakan serta
pendapat yang membolehkan seseorang memikirkan tentang penyelesaian alternatif
yang tidak mempunyai unsur-unsur keganasan, sebaliknya dapat menghasilkan
kesudahan yang diingini. Kognitif sosial atau kefahaman sosial ini ialah komponen
penting dalam kemahiran menyelesaikan masalah sosial kanak-kanak, yang seterusnya
akan mempengaruhi tingkah laku sosialnya.


3.0   Metodologi Kajian.
Bahagian ini akan membincangkan cara atau kaedah kajian yang kami gunakan
sepanjang membuat pemerhatian terhadap subjek kajian kami iaitu Zaqwan.

3.1   Respondan/Subjek Kajian dan Latar Belakang Keluarganya.
Subjek yang kami pilih merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang bersekolah di
Prasekolah IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail, Kuala Terengganu. Beliau belajar di kelas
Al-Falah yang diajar oleh Cikgu Suzana dan duduk dalam kumpulan yang mempunyai 6
orang ahli. Kami telah mendapat kebenaran daripada kedua ibu bapanya untuk
menggunakan nama sebenar subjek kajian kami ini dengan panggilan nama Zaqwan.
                                           12
                                                      PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                             PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



3.2   Tempat Kajian

      Kami telah menjalankan kajian pemerhatian ini di Prasekolah IPG Kampus Dato‟
Razali Ismail, Kuala Terengganu. Tempat kajian pemerhatian telah dilakukan di dalam
dan di luar kelas Prasekolah IPG KDRI. Selain itu, kami juga telah berkunjung ke rumah
Zaqwan untuk membuat pemerhatian dengan lebih dekat bagaimana tingkahlakunya
ketika berada di rumah.

3.3   Kemahiran yang dikaji

      Bagi   menjalankan       kajian   ini,   kami   telah   memilih   dan   menfokuskan
perkembangan Sosioemosi sebagai kemahiran kajian pemerhatian kami terhadap
Zaqwan. Dalam perkembangan Sosioemosi, terdapat lima kemahiran yang akan kami
fokuskan dalam kajian ini iaitu pertama memahami dan mengurus emosi diri sendiri,
kedua berkomunikasi dengan berkeyakinan, ketiga membina perwatakan kendiri,
keempat kebolehan mengawal diri dan kelima membina kemahiran sosial dalam
interaksi dengan orang lain.

3.4   Instrumen Penaksiran

      Dalam kajian pemerhatian ini kami telah menggunakan instrumen Rekod
Berterusan untuk mencatat maklumat secara sistematik. Rekod Berterusan merupakan
catatan dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat ke atas individu atau kumpulan
murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Sepanjang tempoh pemerhatian, setiap
perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat.

      Kelebihan menggunakan Rekod Berterusan ini antaranya pertama dapat
memberi gambaran sebenar dan terperinci berkenaan situasi sebenar dalam tempoh
yang ditetapkan. Kedua, pelbagai aspek perkembangan dapat dilihat dalam satu rekod.
Ketiga, data-data dapat dikumpulkan secara objektif dan tepat. Dan terakhir, rekod
Berterusan ini juga memudahkan guru merekod dan mengumpulkan maklumat.



                                               13
                                                  PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                         PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



      Selain itu, terdapat beberapa kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini
antaranya pertama, kanak-kanak akan sedar tingkahlaku mereka diperhatikan. Kedua,
guru penat kerana lebih tertumpu pada proses merekod. Ketiga, guru kurang memberi
tumpuan pada kanak-kanak lain kerana terpaksa fokus pada merekod dan yang terakhir
ia memerlukan latihan bagi kemahiran merekod untuk mendapatkan hasil dapatan yang
bersesuaian dengan kemahiran yang diperhatikan.

      Sepanjang pemerhatian, kami telah membuat lima kali pemerhatian Rekod
Berterusan. Dua kali pemerhatian telah dilakukan di dalam dan dua kali pemerhatian
dilakukan di luar kelas Prasekolah IPG KDRI dan sekali pemerhatian telah dilakukan di
rumah Zaqwan. Tempoh yang kami gunakan untuk membuat pemerhatian yang
terperinci terhadap Zaqwan biasaya dijalankan dalam tempoh 20-30 minit.

3.5   Kaedah Pengumpulan Data

      Kami mengumpulkan data-data berkaitan hasil dapatan kajian dengan
menggunakan kaedah rakaman, temubual, hasil kerja dan gambar. Sewaktu
pemerhatian dijalankan, kami akan mengambil gambar tingkahlaku yang menarik dan
pelik yang dilakukan oleh Zaqwan. Gambar juga menjadi sebagai bukti pemerhatian
yang telah kami jalankan pada waktu yang dinyatakan contohnya ketika Zaqwan
sedang melukis gambar keluarganya, tingkah lakunya semasa mengikut sesi p&p dan
kunjungan temubual kami bersama ibu bapanya di rumah mereka.

      Rakaman juga adalah bukti bagi mengukuhkan lagi catatan pemerhatian
sepanjang kajian dijalankan. Setiap apa yang terjadi ketika pemerhatian akan kami
rakam bagi memastikan setiap apa yan dicatat mempunyai bukti yang sahih. Terdapat
enam rakaman yang telah dibuat sepanjang pemerhatian kami ke atas Zaqwan.
Rakaman ini kami gunakan untuk melihat sejauh mana perkembangan Zaqwan setiap
kali melakukan sesuatu aktiviti.

      Selain itu, kami juga telah menemubual guru Zaqwan, ibu bapa Zaqwan dan
beberapa orang rakan Zaqwan untuk memastikan dapatan pemerhatian ini dan segala

                                         14
                                                    PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                           PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar. Kami telah menemubual guru, ibu
bapa dan rakan Zaqwan sebanyak sekali sepanjang pemerhatian dijalankan. Transkrip
temubual kami dengan ibu bapa dan guru Zaqwan telah ditukar kepada Bahasa Melayu
standart bagi memudahkan pembacaan terhadap kajian yang dijalankan.

3.6      Cara Pelaporan Kajian

         Dapatan kajian kami dilaporkan secara narrative.

4.0 Perbincangan

4.1 Latar belakang

         Subjek yang kami pilih merupakan kanak-kanak lelaki yang bernama Muhammad
Hariz Zaqwan Bin Mohd Hairil. Zaqwan dilahirkan pada 27 Mac 2004 di Hospital
Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Kini pada 2010 Zaqwan telah berumur 6
tahun.

         Bapanya bernama Mohd Hairil Bin Muda, berumur 33 tahun dan bekerja sebagai
Pembantu Am Pejabat di SMK Tengku Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu
manakala ibunya pula bernama Norhafiza Binti Alias, berumur 30 tahun dan bekerja
sebagai Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.
Zaqwan merupakan anak sulung daripada dua beradik dan mempunyai seorang adik
perempuan berumur 2 tahun. Mereka sekeluarga tinggal di rumah beralamat B-175
Kampung Desa Durian, Batu Rakit 21020 Kuala Terengganu.

         Zaqwan merupakan seorang kanak-kanak yang menulis menggunakan tangan
kanan. Zaqwan mennggemari semua jenis makanan tetapi tidak suka pada makanan
yang pedas. Meminati kuih donat dan semua jenis minuman. Aktiviti kegemarannya di
rumah ialah menonton televisyen. Selain itu, Zaqwan juga seorang kanak-kanak yang
tidak mempunyai masalah pertuturan dan kesihatan.

         Sebelum ini, Zaqwan telah dihantar ke pusat tadika Taski Darul Hikmah (ABIM)
di Banggol Tok Jiring seawal umur 4 tahun lagi. Tetapi walaupun telah bersekolah
                                            15
                                                 PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                        PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



seawal usia 4 tahun, ibu bapanya mengakui perkembangan Zaqwan dalam membaca
masih lemah dan lambat berbanding pengalamannya dengan rakan-rakannya yang lain.
Ketika di rumah, ibu bapanya akan mengajarnya mengaji Al-Quran pada setiap pagi
dan petang sewaktu musim cuti sekolah.



4.2 Rasional pemilihan kemahiran sosioemosial.

      Rasional kami memilih Zaqwan sebagai subjek kajian adalah berdasarkan
cadangan daripada guru prasekolah itu sendiri iaitu Cikgu Suzana. Beliau memilih
Zaqwan disebabkan Zaqwan mempunyai masalah berkaitan sosioemosi apabila
kelihatan sering bertindak ganas, mempunyai imaginasi yang tinggi dan sering tidak
memberi tumpuan terhadap sesi p&p. Setelah melihat dan berkenalan dengan Zaqwan,
kami dapati segala apa yang ingin diperhatikan berkaitan dengan perkembangan
sosioemosi dan beberapa kemahiran yang dikaji mempunyai kaitan yang bersesuaian
dengan Zaqwan.

4.3 Dapatan kajian melalui pemerhatian

      Pelbagai kaedah telah kami gunakan untuk memastikan segala maklumat dan
dapatan pemerhatian dapat dikumpul dan direkod secara sistematik. Dapatan kajian
telah dijalankan secara rakaman, gambar, temubual dan hasil kerja.

4.3.1 Berkomunikasi dengan keyakinan

      Berdasarkan pemerhatian melalui rekod berterusan di Lampiran 1, dapat dilihat
Zaqwan seorang kanak-kanak yang mudah mesra walaupun dengan orang yang baru
dikenalinya. Zaqwan seorang yang mudah memberi kerjasama apabila diminta
menceritkan mengenai keluarganya. Keyakinan yang ditunjukkan oleh Zaqwan juga
sangat tinggi apabila dia begitu bersemangat meyakinkan kami tentang ahli
keluarganya.



                                         16
                                                PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                       PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



      Perkara ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian rekod berterusan di lampiran 1
yang menunjukkan Zaqwan mempunyai fantasi dan imaginasi yang tinggi untuk
memiliki sebuah keluarga yang terdiri daripada kakak dan abang. Berdasarkan
pemerhatian yang dibuat, Zaqwan menceritakan tentang kewujudan kakak dan abang
khayalannya dengan penuh yakin. Ini dibuktikan dengan pengakuan Zaqwan sendiri:

             “ Ayoh dengan mok tak dok yang pandai melukis…belajar melukis dengan
kakak….”jawab Zaqwan ringkas. “Ummmm oo oo…kakak Zaqwan pun pandai melukis
rupanya”.

      Ketika pemerhatian di atas dijalankan, kami tidak pasti tentang bilangan ahli
keluarga Zaqwan yang sebenar. Perkara ini terbukti apabila kami mengkaji rekod-rekod
peribadinya dan mendapati beliau adalah anak sulung daripada dua beradik. Ketika
kami mengunjungi rumahnya juga, telah terbukti menunjukkan Zaqwan tidak
mempunyai kakak dan abang seperti yang diceritakannya kepada kami. Ini dapat
dibuktikan melalui gambar keluarga Zaqwan yang hanya terdiri daripada ayah, ibu,
Zaqwan dan adik perempuannya.

4.3.2 Memahami dan mengurus emosi diri sendiri

      Zaqwan dilihat sebagai seorang kanak-kanak yang dapat mengurus emosi
dirinya sendiri apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang mengganggunya.
Perkara ini dapat dibuktikan melalui permehatian melalui rekod berterusan dalam
lampiran…yang menunjukkan Zaqwan tidak berminat untuk menyelesaikan tugasan
yang diberikan oleh Cikgu Suzana. Apabila perkara seperti itu berlaku, Zaqwan tidak
terus bergerak mengganggu rakan-rakan yang lain sebaliknya dia akan mengeluarkan
sebuah buku khas miliknya untuk dia menconteng dan melukis. Melalui cara ini, dapat
dilihat ibu bapanya telah mendisiplinkannya agar meluahkan perasaan dengan
menggunakan cara yang disukainya. Ini dibuktikan melalui pemerhatian rekod
berterusan di lampiran 3:




                                         17
                                                  PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                         PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



      “ Penat la nak tulis…penat nak tulis banyak-banyak…”. Kami bertanya lagi,
“Kalau cikgu minta Zaqwan melukis…Zaqwan penat tak?” Dengan pantas Zaqwan
mengeluarkan buku contengan khas untuk dia melukis dan tanpa disuruh Zaqwan
dengan pantas melukis apa sahaja yang difikirkannya di dalam buku itu.

      Zaqwan dilihat dapat mengurus emosi diri sendiri melalui lukisan dan contengan
yang dibuatnya. Melalui pemerhatian kami, ini mungkin disebabkan oleh cara didikan
yang diberikan oleh keluarganya yang memberi pendedahan awal agar tidak menjadi
kebiasanya menconteng dan meluahkan perasaan pada tempat yang tidak sepatutnya.
Ini dapat dibuktikan berdasarkan temubual kami bersama ibu bapa Zaqwan di rumah
mereka:

             “Hehe…sebelum ini di rumah lama kami banyak juga yang Zaqwan
conteng..tetapi kami telah mendidiknya selepas itu dan sentiasa membelikanya buku
mewarna, melukis, dan juga buku kosong untuk dia menconteng dan lama kelamaan
Zaqwan dengan sendiri mengikuti disiplin itu”.




             Berdasarkan transkripsi temubual kami bersama ibu bapa Zaqwan, ada
ketika itu Zaqwan tiba-tiba menyampuk dan mengeluarkan kata-kata yang agak ganas
bagi pemikiran seorang kanak-kanak sepertinya:

Zaqwan              : “Nanti Zaqwan dah besar, Zaqwan nak bunuh adik….nak rotan

                     ayah pulak..(dengan nada penuh keyakinan)”.

Bapa Zaqwan         : Zaqwan.. tak baik cakap macam tu depan cikgu ni.. macam itulah

                     cikgu..saya cuma risaukan kalau dia suatu hari nanti dah

                     bersekolah..takut dia menganiaya kawan-kawan.

      Melalui pemerhatian ini dapat kami lihat, Zaqwan seorang kanak-kanak yang
mempunyai sikap pendendam. Dia juga seorang yang berani melafazkan apa sahaja

                                           18
                                                   PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                          PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



yang terlintas di fikirannya. Kata-kata Zaqwan itu dengan pantas ditegur oleh bapanya
dan Zaqwan terus terdiam kerana menghormati bapanya dan tetamu yang datang. Ini
menunjukkan Zaqwan masih mampu mengawal emosinya walaupun hakikatnya dia
tidak mengetahui apa yang dilafazkan ketika itu.

4.3.3 Membina perwatakan kendiri

      Berdasarkan transkripsi temubual dengan ibu bapa Zaqwan di rumah mereka,
kami dapati Zaqwan seorang kanak-kanak yang mempunyai keyakinan iaitu percaya
bahawa dia boleh melakukan apa sahaja yang diingininya. Kanak-kanak pada tahap
umur Zaqwan ini adalah seorang pemerhati yang baik dan sentiasa percaya bahawa
mereka juga mampu melakukan apa sahaja yang mereka inginkan. Ini terbukti
berdasarkan temubual kami bersama ibu bapa Zaqwan di rumah mereka:

      “Ibu Zaqwan : Hmmm..Zaqwan ni jenis nak kena suruh baru nak buat. Tetapi
ada kalanya dia juga boleh diharap seperti membantu saya membuat kerja-kerja di
dapur seperti memotong bawang dan membancuh air dan saya masih perlu mengawasi
tingkahlakunya ketika berada di dapur”.

      Melalui dapatan kajian ini, kami dapati ibu Zaqwan bertindak secara positif
apabila menggalakkan Zaqwan membuat perkara yang disukainya seterusnya dapat
membantu anaknya mengawal emosi dan meningkatkan kendirinya.

4.3.4 Kebolehan mengawal diri

      Berdasarkan pemerhatian kami melalui rekod berterusan pada lampiran……,
kami mendapati Zaqwan seorang kanak-kanak yang dapat mengawal diri dan
mendengar arahan apabila ditegur. Walaupun kadangkala Zaqwan dilihat tidak selesa
dengan keadaan yang sedang dilaluinya, tetapi dia masih boleh mengawal diri dan tidak
berkelakuan negatif sehingga mendatangkan masalah kepada orang lain. Ini dapat
dibuktikan melalui pemerhatian rekod berterusan di lampiran 2:




                                          19
                                                  PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                         PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



             “Apabila ustazah meminta semua murid menyebut ejaan di hadapan
papan putih dengan bimbingannya, Zaqwan dilihat tidak peka dengan arahan ustazah
dan dia juga duduk dalam keadaan berpeluk tubuh dan bermain-main mengusik kawan-
kawan disekitarnya. Sekali lagi Zaqwan ditegur oleh Ustazah agar tidak mengulanginya
lagi.Tiba-tiba Zaqwan dilihat bangun dari barisan dan berjalan ke tempat duduknya.
Dengan langkah yang bersahaja Zaqwan mengeluarkan patung mainan dari beg
sekolahnya. Dia meletakkan patung mainan itu dan meninggalkannya di atas mejanya.
Setelah itu dia kembali duduk di dalam barisannya”.

      Apabila ditegur oleh ustazah sebanyak dua kali, Zaqwan dilihat tidak
menghiraukan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung dan
melakukan sesuatu perkara yang tidak ketahui oleh kami. Secara tiba-tiba Zaqwan
bertindak mengeluarkan patung mainannya. Tetapi tindakan Zaqwan itu tidak
mendatangkan tingkahlaku yang mengganggu terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran ustazah.

      Selain daripada proses pengajaran dan pembelajaran di kelas ustazah,
pemerhatian rekod berterusan ketika Zaqwan melakukan aktiviti di luar bilik darjah juga
telah menunjukkan dia seorang kanak-kanak yang dapat mengawal diri. Ini berdasarkan
pemerhatian rekod berterusan di lampiran 4:

             “Terdapat juga beberapa kawan-kawan Zaqwan yang bermain di
sekitarnya. Mereka juga berminat bermain kiub bongkah bersama-sama dengan
Zaqwan. Di awalnya Zaqwan dilihat tidak berkira untuk berkongsi kiub bongkah untuk
bermain bersama-sama tetapi diakhirnya dia sudah tidak mahu berkongsi”.

             Melalui dapatan kajian ini, kami mendapati walaupun pada akhirnya
Zaqwan dilihat tidak mahu berkongsi kiub dengan kawan-kawannya yang lain, Zaqwan
masih bermain bersama-sama mereka tetapi dia ingin bermain secara sendirian. Ketika
pemerhatian, kami sentiasa menasihati Zaqwan dan kawan-kawannya agar bermain
bersama-sama bagi menggalakkan mereka membina kemahiran sosial dan emosi
melalui peraturan yang tertentu.

                                          20
                                                  PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                         PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



             Berdasarkan temubual dengan ibu bapa Zaqwan, kami mendapati
bapanya amat risau dengan tingakahlaku Zaqwan yang kadangkala terlampau ganas
dan memerlukan pengawasan yang berterusan. Melalui pengakuan ibunya, mereka
telah mencuba pelbagai cara bagi mengurangkan tingkahlaku agresif pada Zaqwan:

             “Ibu Zaqwan : Ada juga kami carikan Zaqwan air penerang hati melalui
rawatan Islam ni..kami cuma berharap agar hati Zaqwan mudah diterangkan dan
dilembutkan dan tidak lagi terlampau agregsif”.

             Melalui dapatan kajian ini, kami mendapati ibu bapa Zaqwan amat
mengambil berat tentang kebajikan anak mereka. Mereka juga lebih mengenali
tingkahlaku Zaqwan dan berharap Zaqwan tidak bertindak ganas diluar jangkaan
mereka.

4.3.5 Membina kemahiran sosial dalam interaksi dengan orang lain.

             Berdasarkan pemerhatian melalui rekod berterusan pada lampiran 5,
kami dapati Zaqwan dapat membina kemahiran sosial yang baik dengan orang lain
khususnya dengan kami yang baru dikenalinya. Ini dapat dibuktikan melalui dapatan
pada rekod berterusan semasa kami membuat pemerhatian ke atasnya:

             “Semasa menemubual ibu bapa Zaqwan, dia juga berada bersama-sama
kedua ibu bapanya. Sepanjang pemerhatian kami melihat tingkahlaku Zaqwan di
rumah, dia kelihatan mesra dengan ibu bapanya. Kedatangan kami juga telah
dimaklumkan oleh Zaqwan kepada ibu bapanya”.

             Melalui dapatan kajian ini, kami mendapati Zaqwan seorang kanak-kanak
yang mudah mesra dan sentiasa mengalu-alakan kedatangan tetamu kerumahnya. Ibu
bapanya juga sangat ramah melayani kunjungan kami ke rumah mereka. Semasa di
rumah, kami juga mendapati Zaqwan telah dididik agar menghormati tetamu seperti
bersalaman dan sentiasa mendengar teguran yang diberikan oleh bapanya.




                                           21
                                                PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                       PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



Nabilah Binti Jumal (880312565210)

      Bersyukur saya kehadat Allah s.w.t kerana dengan izinNya saya dapat
menyiapkan tugasan PRA 3111 ini. Pada semester 6 kali ini, saya telah mempelajari
tentang tajuk berkaitan dengan Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-Kanak
dalam Prasekolah. Tugasan ini memerlukan saya melakukan pemerhatian terhadap
kanak-kanak Prasekolah dan melihat perkembangan mereka melalui pelbagai aspek
dan kemahiran.

      Dalam tugasan saya ini. aspek yang diperhatikan adalah perkembangan
sosioemosi. Menurut Widmer (1970) menunjukkan kanak-kanak memerlukan banyak
peluang untuk bertindak balas dalam persekitarannya mengikut perbezaan individu
untuk membuat pilihan, bertindak dan bergerak balas dalam persekiatran yang
mengambil berat mengenai mereka termasuk perkembangan minat dan keupayaan.
Melalui kajian pemerhatian yang telah saya lakukan, pelbagai aspek kemahiran telah
dinilai bagi memastikan kanak-kanak dapat mencapai tahap perkembangan sosioemosi
yang sesuai dengan peringkat perkembangan umur mereka.

      Kami berdua telah membuat perancangan bagi memastikan tugasan ini dapat
berjalan lancar dan sistematik. Pada permulaan, kami memulakan tugasan dengan
mencari dan mengumpul maklumat mengenai penaksiran dan penilaian perkembangan
kanak-kanak. Seterusnya kami mencari maklumat berkaitan dengan jurnal yang selari
dengan perkembangan sosioemosi yang ingin kami kaji. Setelah selesai mencari dan
mengumpulkan maklumat berkaitan dengan konsep, objektif, prinsip, teknik penaksiran
dan kajian literatur, kami memulakan langkah kedua iaitu membuat pemerhatian
terhadap kanak-kanak yang dikaji. Pada setiap minggu jika mempunyai kelapangan
masa, kami akan ke Prasekolah IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail untuk menjalankan
kajian ke atas kanak-kanak yang telah dipilih. Selain daripada instrumen rekod
berterusan yang kami gunakan, kami juga membuat kajian melalui pengumpulan data
seperti gambar, rakaman, hasil kerja, dan temubual. Kesemua kaedah ini amat
membantu kami dalam mendapatkan maklumat yang tepat sekaligus sahih berkaitan
dengan kanak-kanak yang diperhatikan.
                                        22
                                               PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                      PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



       Setelah selesai membuat pemerhatian, kami berdua membuat perbincangan
dalam melengkapkan laporan. Mengikut Rohaty (1992) pandangan kendiri yang positif
adalah merupakan asas kejayaan kepada kanak-kanak. Dengan adanya keinginan ini
maka dengan sendirinya kanak-kanak akan mengasah bakat kreatifnya. Perkara ini
terbukti melalui dapatan kajian pemerhatian saya ke atas kanak-kanak yang dikaji
menunjukkan beliau mempunyai imaginasi yang tinggi dalam membayangkan sesuatu
perkara seperti mempunyai keluarga khayalan walaupun hakikatnya perkara itu tidak
wujud dalam kehidupan sebenarnya. Selain itu, pergaulan melalui persekitaran juga
amat membantu kanak-kanak dalam membina kendiri yang positif atau negatif.

       Bedasarkan kajian kanak-kanak yang diperhatikan, saya berpendapat guru
prasekolah tersebut perlu mewujudkan suasana kelas yang dapat mempertingkatkan
tahap kreativti kanak-kanak yang mempunyai imaginasi yang tinggi. Melalui aktiviti
kreativiti, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan melalui lukisan dan pelbagai lagi
cara bagi menggalakkan pemikiran mereka yang mempunyai sifat ingin tahu dan berani
mencuba sesuatu perkara yang baru. Guru dan juga ibu bapa perlu sedar
tanggungjawab mereka dalam mengenal pasti kebolehan dan tahap keupayaan kanak-
kanak agar mereka dapat menyalurkan bakat semulajadi yang ada alam diri melalui
cara yang lebih efektif.

Kelebihan tugasan ini antaranya yang pertama ia telah melatih dan memahirkan saya
dalam kemahiran merekod terutamanya dalam membuat rekod berterusan. Selain itu,
rekod dan maklumat yang dikumpul amat memudahkan saya membuat rujukan tentang
tingkahlaku kanak-kanak yang dikaji. Segala maklumat dan dapatan yang diterima
adalah sebagai bahan bukti yang sahih bagi memastikan kajian yang dibuat mengikut
spesifikasi yang tepat. Kedua, tugasan ini juga telah memberi pengalaman yang amat
bermakna kepada saya dalam membuat pencarian jurnal daripada pelbagai maklumat.
Ini juga adalah pengalaman pertama saya sepanjang membuat tugasan di IPG. Segala
jurnal yang dikumpulkan adalah selari dan berkaitan dengan perkembangan dan
kemahiran yang dikaji. Kelebihan ketiga pula ialah saya dapati tugasan ini telah
mendekatkan saya dengan masyarakat sekeliling terutamanya dalam membina

                                        23
                                                  PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                         PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



hubungan yang positif dengan ibu bapa, keluarga, guru, pembantu prasekolah dan juga
kanak-kanak prasekolah. Pengalaman berinteraksi dengan masyarakat memberi
peluang kepada saya membina keyakinan diri dalam bersosial dengan orang lain. Saya
sebagai bakal guru prasekolah perlu mempersiapkan diri dalam membina hubungan
yang mesra dan rapat dengan ibu bapa terutamanya bagi memastikan setiap aktiviti
yang berkaitan dengan prasekolah mendapat sokongan dan kerjasama daripada ibu
bapa. Kelebihan terahkir dalam tugasan ini ialah ia telah menggalakkan saya
mempelajari dan memahirkan lagi tentang perkembangan yang terdapat pada kanak-
kanak. Melalui perkembangan sosioemosi ini, dapat saya rumuskan perkembangan
emosi dan sosial yang sihat sangat penting dalam kehidupan seseorang dan
seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka.

Kelemahan tugasan ini antaranya, pertama kami tidak mempunyai banyak masa untuk
menjalankan kajian terhadap kanak-kanak yang dikaji. Ini disebabkan oleh kekangan
masa untuk menghadiri kelas pada waktu pagi dan prasekolah hanya bersekolah pada
waktu pagi juga. Tugasan ini mungkin akan lebih bermakna jika ianya diberikan lebih
awal dan masa kajian boleh dilakukan lebih lama contonhnya tugasan ini diberikan
semasa praktikum selama dua bulan yang lalu. Permerhatian dan dapatan kajian
mungkin lebih teratur dan tidak terlampau singkat seperti yang dialami kini. Kelemahan
kedua pula ialah kesukaran mencari jurnal yang sesuai untuk dijadikan kajian literatur.
Keterbatasan pengalaman menyebabkan pencarian jurnal dilihat sukar dan bebanan
pada permulaan tugasan dirasakan amat berat untuk memahami apa yang tersirat di
dalam maklumat jurnal yang dicari. Kelemahan ketiga pula ialah saya tidak dapat
memahirkan diri dalam membuat catatan rekod-rekod yang lain kerana hanya
menfokuskan pada tugasan rekod yang diberikan sahaja. Rekod yang diperhatikan
hanyalah satu sahaja dan saya tidak berpeluang melatih dan memahirkan diri untuk
membuat catatan rekod yang lain. Manakala kelemahan yang terakhir pula ialah saya
dapati penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah tidak disempurnakan oleh
guru prasekolah. Sebagai bukti tiada maklumat mengenai rekod berterusan yang saya
kaji boleh dijadikan bahan rujukan daripada guru prasekolah.


                                          24
                                                PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                       PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



      Sebagai bakal guru prasekolah, aspek penaksiran dan penilaian terhadap
perkembangan kanak-kanak terhadap perkembangan mereka tidak patut diabaikan.
Kesemua perkembangan termasuk kognitif, bahasa, emosi dan sosial perlu
diperhatikan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab. Menurut Almy (1975)
berpendapat matlamat mana-mana program untuk kanak-kanak yang dikehendakinya
sepatutnya menyediakan persekitaran fizikal dan sosial yang akan meninggikan imej
diri kanak-kanak. Oleh itu guru perlu menyediakan segala kemudahan yang sesuai
dengan tahap perkembangan kanak-kanak.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini memberi pengalaman kepada saya sebagai bakal
guru prasekolah pada masa hadapan untuk menentukan penilaian dan penaksiran yang
sesuai digunakan ketika berada di prasekolah. Segala penilaian dan penaksiran yang
dijalankan adalah rekod, bukti dan maklumat yang dapat digunakan bagi memastikan
perkembangan     kanak-kanak    mempunyai    peningkatan    dari   pelbagai   aspek
perkembangan yang terdapat dalam kurikulum prasekolah kebangsaan.




5.0   Rumusan dan Cadangan.


Bahagian ini akan membincang dan menghuraikan rumusan keseluruhan daripada hasil
dapatan kajian kami serta cadangan-cadangan untuk kajian seterusnya.


5.1   Rumusan.


      Hasil kajian kami mendapati secara keseluruhannya Zaqwan masih belum dapat
mengawal emosinya dengan baik. Subjek yang kami pilih ini juga masih belum
sepenuhnya mempunyai kebolehan untuk menilai sama ada sesuatu idea itu baik atau
kurang baik. Selain itu juga, Zaqwan masih belum mampu membina kemahiran emosi

                                        25
                                                  PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                         PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



untuk memahami diri dengan orang lain dan juga masih belum mengamalkan tingkah
laku yang baik seperti yang sepatutnya. Hal ini dapat dibuktikan sepanjang pemerhatian
kami terhadap subjek. Sebagai contoh, situasi di mana subjek menconteng muka
adiknya dengan menggunakan pen kerana adiknya ingin berkongsi pensil warna dan
situasi di mana Zaqwan berlari-lari di atas tembok tanpa memikirkan bahaya dan tanpa
menghiraukan larangan ibu dan bapanya.


      Ini bertentangan dengan hasil kajian Profesor Madya Anna Christina Abdullah
dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia yang menyatakan
kanak-kanak semuda 4 tahun sudah dapat memahami yang tingkah laku mereka ada
punca-puncanya bahawa setiap orang mempunyai perasaan dan bahawa terdapat lebih
dari satu penyelesaian kepada setiap masalah. Selain itu, beliau juga ada menyatakan
kanak-kanak dalam peringkat umur tersebut sudah mempunyai kemahiran untuk
menilai sama ada sesuatu idea itu baik atau kurang baik.



      Berdasarkan pemerhatian yang telah kami jalankan, hanya terdapat satu cara di
mana Zaqwan dapat menguruskan emosinya sendiri dengan baik dan bagaimana cara
untuk menstabilkan emosinya iaitu melalui terapi lukisan.          Kami telah cuba
memerhatikan Zaqwan semasa beliau melukis. Beliau akan memberi sepenuh
perhatian dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Pada pendapat kami ini
juga adalah merupakan salah satu cara terbaik untuk melatih beliau memberi tumpuan
terhadap sesuatu pekerjaan lain yang dilakukan.

      Melalui sikap yang ditunjukkannya itu, kami membuat beberapa pembacaan dan
rujukan mengenai terapi emosi melalui seni atau lukisan. Kami juga pernah mengikuti
satu Kem Terapi Emosi pada semester dua. Melalui rujukan yang dan hasil daripada
kem tersebut, kami dapat memahami bahawa lumrah kanak-kanak suka melukis.
Bermula daripada contengan, kepada garis senget, bulatan, orang lidi sehingga mereka
pandai melakar bentuk tertentu, mereka akan melakukannya dengan tekun dan
sepenuh hati.
                                          26
                                                  PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                         PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



      Melukis bukanlah suatu kerja yang sia-sia walaupun lukisan seseorang kanak-
kanak itu kelihatan seperti cakar ayam. Justeru, minat kanak-kanak terhadap lukisan
tidak seharusnya dihalang kerana ia banyak memberi manfaat dan memberi
sumbangan besar terhadap perkembangan emosi, minda, intelek dan merangsang
kemahiran tangan kanak-kanak. Melukis boleh merangsang pembentukan minda kreatif
kanak-kanak selain „menggerakkan‟ otak kanan untuk berfikir. Kebanyakan aktiviti
seperti percakapan, analisis (mentafsir), rasional, logikal, belajar bahasa dan mengira
(termasuk mengenal abjad dan huruf) menggunakan otak kiri. Manakala otak kanan
pula digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan seperti lukisan,
kraf dan muzik.

      Mungkin tidak ramai ibu bapa sedar, melukis adalah aktiviti menggembirakan
dan boleh menenangkan perasaan anak. Keinginan ibu bapa melihat anak mereka
pandai dalam bidang akademik (termasuk membaca dan mengira) pada usia sangat
muda boleh membuat anak tertekan. Keadaan menjadi lebih sukar kerana kanak-kanak
tidak tahu untuk memberitahu mereka berasa tertekan.

      Lukisan juga boleh menjadi medium untuk seseorang meluahkan perasaan.
Kanak-kanak lebih besar seperti prasekolah pandai menyatakan emosi atau apa terjadi
kepada mereka melalui lukisan wajah sedih, marah, gembira atau takut. Mereka juga
melukis apa yang ingin dimiliki atau dilakukan.

      Ini juga sebabnya lukisan dijadikan terapi (dikenali sebagai terapi seni) ke atas
kanak-kanak yang alami masalah psikiatri atau melalui trauma. Terapi seni digunakan
untuk membantu kanak-kanak yang mengalami trauma dengan kematian ibu bapa dan
hilang tempat tinggal seperti insiden taufan, gempa bumi atau peperangan.

      Namun, terapi seni bukan hanya untuk kanak-kanak bermasalah saja. Seni sama
ada lukisan, kraf, kolaj atau yang menggunakan tanah liat juga mempunyai kesan
terapeutik kepada semua golongan.



                                           27
                                                 PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                        PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



      Kini ramai ibu bapa moden, terutama yang tinggal di bandar, mula menghantar
anak ke kelas seni dan kraf selepas menyedari manfaatnya, terutama dalam membantu
perkembangan minda serta terbukti dapat meningkatkan daya tumpuan ketika belajar.
Melukis juga cara anak meluahkan pemikiran dan perasaan. Oleh kerana penguasaan
bahasa terhad, kebanyakan kanak-kanak tidak tahu menceritakan apa yang ada dalam
fikiran mereka. Ibu bapa boleh menjadikan lukisan anak sebagai perantara untuk
berkomunikasi dengan si kecil. Beri rangsangan kepada anak dengan memuji lukisan
mereka cantik, walaupun pada pandangan anda ia hanya corengan.

      Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Ia juga
proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit. Ini
berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu
membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan kemahiran
dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan, meningkatkan jati diri.


      Presiden Persatuan Pskiatri Malaysia sendiri iaitu Dr Yen Teck Hoe ada
mengatakan bahawa seni asasnya adalah produk pemikiran dan emosi. Ia juga boleh
diklasifikasikan sebagai perangkap persepsi yang mewakili minda pada satu-satu masa.
Walaupun hanya satu garisan, ia adalah luahan emosi pelukis.


      Dr Yen berkata, di Malaysia sekurang-kurangnya seorang daripada sembilan
pesakit gangguan psikotik berhadapan dengan masalah tekanan, kekacauan bipolar
dan skizofrenia. Mereka kerap tidak difahami dan kadangkala tidak diberi peluang untuk
pulih. Beliau menambah, proses perubatan itu hanya bersifat holistik. Ubat saja tidak
boleh mengubati masalah berkaitan komunikasi atau sosial dengan orang lain bagi
mereka yang sakit mental. Namun, terapi seni lukisan, malah muzik dan tarian boleh
membantu mereka meluahkan perasaan tanpa bercakap.


      Dengan cara itu katanya, ia dapat mengurangkan tekanan, ketakutan dan
kebimbangan sebaliknya memberikan mereka satu bentuk kebebasan dalam pemikiran.

                                         28
                                                 PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                        PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



Proses kreatif ini melonjakkan harga diri mereka, membantu proses pemikiran dan
membolehkan mereka meneroka persoalan peribadi.


      Apa yang dapat kami simpulkan adalah ibubapa tidak seharunya membuat
tafsiran sendiri kerana mereka tidak tahu apa yang ada dalam fikiran anak, sebaliknya
ibubapa perlu meminta anak-anak bercerita mengenai lukisan mereka. dengan cara ini,
ibubapa sekaligus dapat menggalakkan menggalakkan anak-anak untuk berfikir iaitu
bermula daripada proses melukis hinggalah kepada bercerita. Sesetengah kanak-kanak
sukar diajak berkomunikasi, terutama jika mereka seorang yang pendiam. Sebenarnya
komunikasi perlu berlaku dalam dua hala dan lukisan boleh menjadi medium untuk
berinteraksi dengan anak-anak.

      Kami telah membuat rujukan di sebuah blog di mana penulisnya, mengatakan
bahawa komen positif terhadap hasil kerja kanak-kanak seperti lukisan akan
membuatkan mereka gembira. Beliau juga menyatakan biasanya dalam keadaan
gembira kanak-kanak lebih mudah berinteraksi dan bercerita. Hal ini dapat kami lihat
sendiri dengan jelas pada Zaqwan, di mana beliau sebenarnya adalah seorang yang
agak sukar untuk bergaul dengan orang lain kecualilah saudara terdekat dan rakan-
rakan dari jantina yang sama sahaja. Tetapi, apabila kami meminta beliau untuk
melukis beliau akan menunjukkan minat yang tinggi dan senang untuk bercerita
mengenai lukisannya. Lebih banyak ibubapa terbabit dalam aktiviti ini, anak-anak akan
berasa lebih seronok. Malah, ibubapa boleh melukis bersama dengan anak yang
secara tidak langsung bukan saja dapat mengeratkan hubungan, tetapi menghabiskan
masa berkualiti bersama kanak-kanak.

      Mungkin ada ibu bapa tidak tahu bagaimana hendak memberi rangsangan
tambahan kepada anak selain membeli alat melukis dan meluangkan masa bersama
mereka. Sebenarnya, banyak usaha lain yang boleh dilakukan seperti menyediakan
tempat atau bilik khas untuk mempamerkan lukisan anak-anak. Sebagai contoh,
sekiranya sesebuah rumah itu sempit, ibubapa boleh membuat „ampaian khas‟ untuk
menggantungkan lukisan anak-anak dengan hanya menggunakan tali dan penyepit. Ini
                                         29
                                              PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN
                                                     PERKEMBANGAN KANAK-KANAK



memudahkan ibubapa menukar lukisan baru apabila kanak-kanak menghasilkan karya
baru. Kaedah mudah begini memberi galakan kepada anak meluahkan kreativitinya di
atas kertas dan ibubapa juga dapat membantu tugas guru dalam mengesan perubahan
emosi kanak-kanak bagi memastikan perkembangan sosioemosi yang positif dan sihat
di kalangan kanak-kanak.




                                       30

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:15570
posted:12/12/2010
language:Malay
pages:30