Perbezaan Pemulihan Imbuhan

Document Sample
Perbezaan Pemulihan Imbuhan Powered By Docstoc
					Perbezaan Antara Pendidikan Pemulihan Dengan Pendidikan Imbuhan
        Walaupun pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan berkait rapat tetapi
ia tetap mempunyai perbezaan yang tertentu.

a. Menurut Kamus Dewan lengkap,perkataan imbuhan bermaksud tambahan pada
   barang-barang yang disukat,ditimbang dan lain-lain, manakala perkataan
   perulihan pula bermaksud pulih,sembuh atau kembali seperti sedia kala.
b. Daripada pengertian yang diberikan di atas, nyatalah bahawa ‘imbuhan
   ‘membawa maksud keadaan kekurangan atau kerugian yang memerlukan
   tambahan,manakala ‘pemulihan ‘ pula bermaksud suatu keadaan yang tidak
   memuaskan yang memerlukan pembaikan.
c. Pendidikan imbuhan menekankan kepada masalah ekonomi, pelajaran,
   kewangan ,peralatan dan makanan
d. Murid dari golongan kurang bernasib baik / kawasan luar Bandar akan keciciran
   jika tidak diberi perhatian
e. Pendidikan imbuhan juga dilaksanakan bagi merapatkan jurang pendidikan
   golongan berada dan miskin
f. Pendidikan imbuhan pada amnya bolehlah dianggap sebagai satu usaha atau
   tindakan yang diambil untuk menggantikan sesuatu kekurangan. Ia merupakan
   langkah-langkah yang rapi dan teliti yang diprogramkan untuk mencegah
   berlakunya sebarang kelemahan dalam kalangan murid.
g. Pencegahan seperti ini dilakukan pada peringkat awal pembelajaran. Biasanya
   pendidikan imbuhan melibatkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang
   sekiranya dibiarkan akan menyebabkan berlakunya keciciran.

Pendidikan Imbuhan Menitik Beratkan Perkara Berikut.

   a. Pendidikan imbuhan haruslah dilaksanakan lebih awal,iaitu pada peringkat
        awal pembelajaran.
   b. Guru      hendaklah        menentukan   aspek-aspek       pembelajaran   yang
        diperlukan.Pangajaran disusun dengan rapi dan teliti.
   c.   Guru hendaklah juga menentukan objektif tingkah laku murid dengan jelas
        dan khusus.
   d. Guru hendaklah boleh mengubahsuai bahan-bahan kurkulum dan kaedah
        pengajaran dan pembalajaran dalam bentuk yang lebih berkesan.
    e. Guru hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan agensi-agensi dan
       badan-badan lain yang boleh membantu meningkatkan prestasi murid.

Rumusan dan Kesimpulan

   Dalam membentuk strategi pendidikan imbuhan ,satu program menyeluruh yang
    melibatkan ibu bapa dan komuniti hendaklah dititikberatkan .Program ini juga
    harus meliputi    program   untuk   kesihatan   yang   sempurna,makanan   dan
    pemakanan.
   Pendidikan pemulihan pula adalah sebahagian daripada pendidikan imbuhan.
    Pendidikan pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid
    yang   menghadapi       masalah     pembelajaran   tertentu.Dalam   pendidikan
    pemulihan,murid ini biasanya di tempatkan dalam kelas khas di sekolah.
   Aktiviti pemulihan biasanya dijalankan dalam jangka masa yang pendek dan
    ditumpukan kepada usaha untuk mengatasai kelemahan dalam kemahiran-
    kemahiran asas.

Perbezaan Antara Pendidikan Pemulihan Dengan Imbuhan. Pendidikan
Pemulihan Dalam KBSR

Pelajar-pelajar di dalam kelas KBSR adalah berbeza dari segi minat, bakat dan
kebolehan.Oleh sebab kebolehan pelajar-pelajar adalah berbeza, maka kadar
pembelajaran juga berbeza.

Dalam suatu tempoh masa yang tertentu,terdapat pelajar yang masih belum
menguasai sesuatu kemahiran. Dengan itu,pendidikan pemulihan adalah diperlukan
bagi pelajar KBSR .

Peranan Guru Biasa Dalam Pelaksanaan Pemulihan Kelas Biasa.

 Guru biasa hanya menerima latihan yang terhad dalam teori dan amali
    pendidikan pemulihan.
 Guru biasa hanya dapat mengendalikan kes-kes yang ringan sahaja manakala
    kes-kes yang lebih serius dalam masalah pembalajaran dikendalikan oleh guru
    pemulihan khas yang telah menghadiri kursus pendidikan pemulihan khas.
Langkah-Langkah Khusus Dalam Pengelolan Pemulihan Kelas Biasa

     Sesi pemulihan kelas biasa.
     Pengenalpastian pelajar .
     Penganalisisan masalah.
     Perancangan.
     Pengajaran.
     Penilaian.
     Tindakan susulan.


1. Pengenalpastian Pelajar
   Cara-cara yang biasanya digunakan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar lambat
    ialah seperti pemerhatian,pentafsiran rekod prestasi dan rekod profil,ujian kertas
    dan pensil,latihan harian,soal jawab dan temu bual dengan guru darjah dan ibu
    bapa.
   Maklum balas yang diperolehi melalui cara-cara tersebut dapat memberi
    gambaran tentang pelajar-pelajar yang belum menguasai konsep dan kemahiran
    yang telah diajar oleh guru.


2. Penganalisisan Masalah
   Cara yang digunakan untuk menganalisis masalah pembelajaran ialah dengan
    memerhati cara pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran.Misalnya
    dengan memerhati bagaimana seseorang pelajar menjalankan operasi tambah
    atau tolak,guru dapat menentukan jenis-jenis masalah matematik yang dihadapi
    oleh seseorang pelajar.


3. Perancangan
   Perancangan program pemulihan hendaklah berasaskan keperluan-keperluan
    pelajar iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah bertujuan untuk mengatasi
    masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti.
   Prinsip Perancangan Pengajaran Pemulihan
            o Pengajaran pemulihan hendaklah seimbang dengan kebolehan pelajar.
               Elakkan daripada menyampaikan aktiviti pembelajaran yang terlalu
               banyak
Pengayaan

1. Satu rancangan pembelajaran untuk semua murid
2. Menekankan kemahiran pembelajaran sementara murid
3. Aktiviti dilaksanakan menarik minat dan menyeronokan dan dibentuk mengikut
   kebolehan murid
4. Murid dapat memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, sikap berdikari dan
   bertanggungjawab
rtanggungjawab

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:782
posted:12/12/2010
language:Malay
pages:4