Kuliah Subuh 31 May 
Kuliah Subuh Tarikh: 31 May 2008 Masjid : Masjid Sg Gelugor
Alhamdulillah, saya dapat menghadiri kuliah subuh pada hari ini. Sesunguhyna kehidupan ini penting dan ia berlandaskan atas penentuan Allah S.W.T. Antara Ibadat paling penting yang harus kita kuatkan adalah solat. Solat adakah berwaktu. Kita mempunyai 5 solat fardu yang harus ditunaikan setiap hari. Hendaklah kita tunaikan sekiranya waktu solat sudah sampai. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah , Nabi bersabda : Sekiranya orang ramai mengetahui pahala solat yang dinikmati ketika sembahyang pada saf pertama pada waktu Subuh dan Isyak nescaya seseorang itu akan pergi ke masjid walaupun terpaksa merangkak. Sebagai manusia biasa kita tidak nampak kerugian apabila kota tak bersolat di masjid. Apa yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W pasti benar dan hendaklah kita menanamkan amalam bersolat di masjid sebagai amalan kita setiap hari. Sesunguhnya Islam itu adalah tinggi nilainya. Kita hendaklah paham pengisian Al-Quran dan hendaklah kita memahai kandungan Al-Quran. Diceritakan oleh penceramah, bahawa kiamat pasti akan berlaku dan apabila ia berlaku manusia adalah seperti kalkatu yang berkeliaran. Gunung-ganang pasti akan beterbangan. Kita harus ingat, tempat di akhirat adalah mengikut amalan masing-masing. Kita seharusnya menghabiskan masa dan harta kita untuk islam. Kita harus berdakwah pada diri kita dan kemudian sebarkan pada keluarga kita dan seluruhnya kepada masyarakat.
Seharusnya jika kita mati, hanya 3 perkara yang kita tinggalkan: 1. Harta /sedekah yang memberi manfaat. 2. Ilmu yang memberi manfaat 3. Anak yang saleh Oleh itu hendaklah kita mendidik anak kita dengan ilmu agama. Kehidupan ini ada arah tuju. Kehidupan ini harus bertunjangkan Alquran dan As-Sunnah. Tidak akan masuk syurga jika harta kita tidak dibelanjakan pada Jalan Allah S.W.T.
Sekiranya kita menjadi pemimpin, kita akan disoal . Kita sebagai bapa, kita akan disoal. Oleh itu berwaspadalah kita di dalam dunia ini. Ingatlah kehidupan yang senang lenang hanyalah ada di alam akhirat iaitu syurga. Oleh itu kita janganlah ringan amal. Kita hendaklah menilai diri kita. Jangan pentingkan kehidupan yang sementara ini. Kita hendaklah pikir perkara yang membawa manfaat pada kehidupan yang kekal abadi. Kita harus bersedia dengan persiapan. Persiapan untuk meningalkan dunia dengan aman. Hendaklah kita sentiasa berdoa agar kita mati dalam keadaan aman dan penyudah yang baik. Penyudah yang baik bermaksud orang yang akhir kalamnya akan masuk syurga. Ingatlah syurga di bawah tapak kaki ibu. Kita hendaklah berbuat baik pada kedua ibu-bapa kita. Kita hendaklah menjadi seorang muslim yang sentiasa berdoa. Kita harus mohon agar kita diwafatkan dengan penyudah yang baik. Kita harus berdoa dengan berkata “ Ya Allah matikanlah aku dalam keadaan beriman”. Syaitan akan rasa tulang belakangnya patah apabila kita berkata begitu. Dan yang penting sekali…jangan kita riya dalam amalan kita. Hendaklah kita berdakwah secara bijak. Wassalam