Docstoc

5 Cara Menetapkan matlamat Yang POWER!

Document Sample
5 Cara Menetapkan matlamat Yang POWER! Powered By Docstoc
					Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

5 Cara Menetapkan
Matlamat Yang POWER!
“Sekiranya Anda Memiliki Matlamat Dan Serius Untuk Mencapainya, Bertindaklah dan Lakukan 5 Cara Ini!”

Khairulnahar a.k.a Thinkerich www.PemikirKaya.com

Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com

Page 2

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

5 Cara Menetapkan Matlamat Yang POWER!
Oleh : Khairulnahar a.k.a Thinkerich

Diterbitkan oleh: www.pemikirkaya.com Hak Cipta © Disember 2008 oleh PemikirKaya.com

Hakcipta Terpelihara tidak dibenarkan mengubah dan mengeluar ulang manamana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan laporan ini, dalam apa-apa juga bentuk dan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit. Pihak kami akan bertindak TEGAS melalui saluran undangundang jika didapati anda melanggar hakcipta ini.

LAPORAN INI ADALAH PERCUMA BUKAN UNTUK DIJUAL

Anda digalakkan untuk menyebarkan eBook ini kepada semua, agar lebih ramai yang mendapat manfaat dan faedah daripadanya!

Laporan ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat atau konsultansi profesional. Strategi yang dibincangkan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Penulis serta penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan,liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan ebook ini, secara langsung ataupun tidak langsung.

Untuk pelbagai info Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi yang lebih berinspirasi, sila lawati www.pemikirkaya.com
Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com Page 3

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Salam sejahtera,

Ramai yang mempunyai impian dan matlamat yang besar untuk mencapai apa sahaja yang mereka impikan. Namun begitu, impian mungkin hanya tinggal impian, jika sekiranya mereka masih tidak tahu cara bagaimana untuk menetapkan matlamat yang berkesan. Kebanyakan matlamat yang dibuat dan ditulis pada kertas hanya tinggal matlamat yang kosong kerana ianya tidak berjaya dicapai disebabkan oleh ketiadaan panduan dan bimbingan khusus. Menyedari hakikat dan keadaan tersebut, maka saya telah menjalankan beberapa kajian dan penyelidikan dan mendapati terdapat 5 cara dan langkah yang perlu diambil dalam Menetapkan Matlamat. Saya namakannya sebagai 5 Cara Menetapkan Matlamat Yang POWER! untuk panduan dan rujukan anda semua. Saya juga amat menyarankan agar anda kongsikan maklumat yang saya sediakan ini kepada seramai yang mungkin agar lebih ramai mendapat manfaatnya darinya. Selamat membaca dan mengamalkannya. Salam kekayaan,

Thinkerich
Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Bloger Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi www.pemikirkaya.com
Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com Page 4

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

5 CARA MENETAPKAN MATLAMAT YANG POWER!

Saya percaya ada di antara anda yang suka dan gemar membuat azam dan matlamat setiap kali munculnya tahun baru! Persoalannya, adakah matlamat anda itu telah tercapai dengan jayanya? Atau tidak lebih sekadar membuat azam dengan matlamat yang kabur? Kajian mendapati matlamat yang telah dirancang pada awalnya

kebanyakan tidak berjaya dicapai dengan sepenuhnya. Bahkan ada di antaranya jauh tersasar daripada matlamat yang telah ditetapkan sebelum itu.

Mengapa perkara sedemikian sering terjadi? Salah satu sebabnya mungkin berpunca daripada kurangnya pengetahuan tentang cara dan kaedah sebenar untuk menetapkan matlamat yang berkesan! Perkara ini mungkin terjadi kerana tiadanya panduan dan bimbingan yang khusus diberikan kepada mereka untuk menetapkan matlamat yang benarbenar berkesan dalam menghasilkan keputusan yang “POWER!” Kebanyakan daripada mereka menetapkan matlamat hanyalah sekadar suka-suka tanpa menghiraukan sama ada ianya boleh dicapai atau tidak. Mereka lebih berangan-angan daripada cuba merealisasikannya!

Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com

Page 5

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Kesudahannya matlamat yang dibuat didapati tidak mampu untuk mendorong dan memotivasikan mereka bagi mencapai impian tersebut!

Anda tidak boleh hanya sekadar berharap matlamat yang anda tetapkan itu menjadi realiti atau tercapai dengan hanya menulis dan mencatatkannya di atas kertas, dan kemudian berharap ianya berlaku dengan sendirinya! Ianya adalah mustahil! Kerana ianya tidak akan berkerja sedemikian rupa! Ini kerana bagi memastikan matlamat yang anda tetapkan itu berjaya memberikan keputusan dan hasil yang anda harap-harapkan, maka anda perlulah mengambil tindakan dan langkah berdasarkan 5 cara yang dinyatakan seperti berikut…………..

Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com

Page 6

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

CARA #1 : MATLAMAT MESTILAH SPESIFIK & BOLEH DIUKUR

Salah satu sebab utama mengapa kebanyakan matlamat yang ditetapkan itu tidak pernah tercapai adalah kerana anda sendiri tidak tahu apa yang anda inginkan! Ya, saya ulangi sekali lagi! Sebenarnya anda sendiri tidak tahu apa yang anda inginkan! Seringkali apabila saya bertanya kepada seseorang, apa yang mereka ingin capai 10 tahun dari sekarang?

Di antara jawapannya;“Saya ingin mempunyai wang yang banyak!” “Saya ingin mendapat pekerjaan yang lebih baik!” “Saya ingin hidup senang dan bahagia” “Saya mahu berjaya dalam hidup!” “Saya ingin menjadi Kaya!”

Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com

Page 7

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Itulah di antara jawapan balas yang selalu diberikan, dan jika anda selidiki kesemua jawapan yang diberikan adalah terlalu umum, tidak spesifik,tidak khusus, tidak tepat dan terlalu sukar untuk diukur! Lalu saya bertanya lagi untuk mendapatkan jawapan yang lebih khusus dan spesifik ;

“Berapa banyak jumlah wang yang anda mahukan?” “Pekerjaan apakah yang anda rasakan lebih baik daripada sekarang?” “Kehidupan senang dan bahagia yang bagaimana?” “Apa yang anda maksudkan dengan berjaya dalam hidup? Berjaya dalam bidang apa?” “Menjadi kaya? Berapakah jumlah kekayaan yang anda mahukan?”

Anda tahu apakah respon atau maklumbalas yang diberikan oleh kebanyakan dari mereka selepas saya bertanyakan soalan tersebut? Mereka kebingungan??? Mereka menggaru-garu kepala!

Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com

Page 8

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Mereka merenung dan membalikkan bola mata ke atas seolah-olah berfikir, mencari jawapan yang sebenarnya mereka sendiri tidak tahu… !!! Mereka tidak tahu apa yang ingin dijawab! Hmm..Hmmm..???

Mereka

sebenarnya

tiada

jawapan!

Berdasarkan kajian pakar-pakar psikologi ke atas perilaku ini, salah satu sebab utama ramai di antara mereka sengaja tidak memberikan jawapan yang khusus dan terperinci adalah kerana mereka takut untuk membuat KOMITMEN! Ya, mereka tidak berani untuk melakukan apa yang mereka tetapkan dalam matlamat tersebut! Itulah sebabnya yang utama! Mereka amat takut kalau-kalau mereka akan KECEWA jika sekiranya apa yang mereka tetapkan itu tidak berjaya dicapai! Maka sebab itulah mereka dengan mudah memberikan jawapan yang UMUM, jawapan yang tidak boleh diukur dan dikenalpasti.

Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com

Page 9

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Jadi jika anda benar-benar serius dan ingin mencapai apa yang anda impikan dengan matlamat yang telah anda buat maka anda perlu sediakan matlamat yang khusus! Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai matlamat seperti berikut;“Saya ingin mempunyai wang yang banyak!” Anda perlu nyatakan berapakah jumlah wang yang anda mahukan! Kenapa saya berkata begitu? Ini kerana saya sendiri tidak pasti bagaimanakah seseorang itu boleh mengukur jumlah wang yang banyak? Kerana “banyak” itu terlalu umum dan subjektif! Bagi seorang yang miskin RM10,000 mungkin banyak bagi mereka… Mereka yang berada di dalam lingkungan sederhana mungkin

menganggap RM100,000 adalah suatu jumlah yang banyak! Jadi anda kena tentukan dengan tepat dan khusus supaya anda boleh berusaha memperolehinya dengan cara yang lebih mudah. Katakan 10 tahun dari sekarang anda ingin mengumpul RM200,000 dalam Dana Unit Amanah Saham Bumiputra (ASB) anda, maka secara jelasnya itulah matlamat yang perlu anda tetapkan jumlahnya! Ianya khusus, tepat dan terperinci! Dengan cara ini anda akan lebih bermotivasi untuk mencapainya kerana anda ada petunjuk yang jelas ibarat „kompas‟ yang sentiasa membantu anda membetulkan arah dan destinasi setiap kali ada tersilap arah.
Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com Page 10

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Secara tidak langsung apabila anda telah mempunyai arah yang ingin dituju, maka anda akan lebih bersedia untuk merangka rancangan dan strategi untuk mencapainya. Sebagai contoh anda boleh menetapkan matlamat yang jauh lebih kecil setiap tahun dengan mengumpul RM20,000 setahun! Bukankah ianya nampak lebih mudah dan teratur? RM200,000 / 10 tahun = RM20,000 Maka setiap awal tahun, anda sudah boleh bersedia dan mengambil komitmen dengan meletakkan matlamat tahunan simpanan wang anda sebanyak RM20,000 setahun! Untuk memperolehi jumlah simpanan sebanyak itu setiap tahun, anda perlulah mencari strategi khusus untuk mendapatkannya. Bagaimana strategi tersebut, saya tidak akan bincang dalam ebook ini, tetapi anda harus ingat satu perkara yang tidak boleh anda lupakan sama sekali! TIADA YANG MUSTAHIL DALAM HIDUP INI! Cuma apa yang anda perlukan adalah strategi yang betul dan sentiasa bijak merubah strategi dari masa ke semasa sehinggalah anda berjaya mencapai matlamat anda! Jika matlamat itu tidak tercapai sebagaimana yang telah anda tetapkan jangan kecewa dan berputus asa! Teruskan berusaha dan cuba lagi!
Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com Page 11

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Tukar kepada strategi yang baru dengan pendekatan yang berlainan dan berbeza-beza! Anda harus ingat! Jika anda masih menggunakan cara yang sama, strategi yang sama dan tindakan yang sama MAKA anda akan mendapat HASIL yang SAMA! Jika anda hanya mampu menyimpan RM10,000.00 setahun, sedangkan matlamat anda RM20,000 maka anda kena berusaha lebih kuat dengan menggunakan kebijaksanaan yang ada pada anda untuk mendapatkan tambahan sebanyak RM10,000.00 lagi! Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan melakukan Kerja Part Time dan dalam masa yang sama anda boleh menjalankan Bisnes Part Time dan juga mula membina Pendapatan Pasif daripada Pendapatan Aktif sebagaimana yang saya dedahkan dalam eBook “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”! Ingat! Apabila anda menetapkan matlamat, biasanya anda tidak akan terus mencapainya! Sebenarnya, itu bukanlah suatu masalah bagi diri anda! Itu perkara normal! Apa yang LEBIH penting di sini, ialah usaha anda ke arah matlamat tersebut! Perbaiki strategi anda, ambil tindakan baru yang berbeza dan berlainan setiap kali anda menemui kegagalan, terus berusaha sehinggalah anda berjaya mencapai matlamat tersebut!

Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com

Page 12

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

CARA #2 : MATLAMAT MESTILAH MENCABAR & MENARIK!

Kebanyakan matlamat yang dibuat oleh seseorang individu itu didapati tidak mempunyai unsur yang mencabar keupayaan mereka! Ianya juga didapati tidak menarik untuk dicapai! Saya ingin bertanya anda, Yang manakah lebih menarik dan mencabar? Meningkatkan pendapatan anda 10% atau Meningkatkannya menjadi 2 kali ganda?

Yang manakah lebih memotivasikan anda? Mencapai kebebasan kewangan dan bersara dalam masa 10 tahun dari sekarang Atau Bekerja selamanya dan bersara 35 tahun dari sekarang?

Sebab utama begitu ramai orang tidak bermotivasi atau terdorong untuk mencapai apa yang mereka impikan adalah kerana matlamat yang mereka tetapkan itu tidak cukup menarik dan langsung tidak mencabar diri mereka!
Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com Page 13

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Manusia akan menjadi MALAS atau tidak bernafsu untuk melakukan sesuatu yang tidak menjadi tarikan dan minat mereka! Jika anda diberikan 2 pilihan untuk menyiapkan suatu kerja yang sama, satu kerja yang anda siapkan akan dibayar RM1,000 dan satu lagi anda akan dibayar RM10,000? Agak-agak anda yang mana satukah akan membuatkan anda lebih teruja dan lebih ghairah untuk melakukannya? Sudah pasti jumlah bayaran yang jauh lebih besar bukan? Maka, samalah juga untuk menetapkan matlamat yang „power‟!, anda perlulah menetapkan matlamat yang besar supaya mampu mendorong anda untuk berusaha bersungguh- sungguh bagi mencapainya! Matlamat yang akan memaksa anda keluar dari „zon selesa‟ anda, dan memaksa anda „berfikir di luar kotak‟ menggunakan minda dan daya imaginasi anda!

Anda sendiri tentu sedar, jika anda menetapkan matlamat untuk meningkatkan pendapatan anda menjadi 2 kali ganda, adalah mustahil untuk anda mencapainya jika anda masih melakukan perkara yang sama sepertimana yang anda buat sebelum ini! Oleh sebab itu, untuk mencapainya anda perlu memaksa minda anda berfikir dan mencari strategi dan cara baru bagi mendapatkan wang sebanyak itu agar matlamat yang anda tetapkan tercapai.

Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com

Page 14

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Kebanyakan orang mencadangkan agar berfikiran realistik ke atas setiap matlamat yang dibuat. Ini hanyalah satu alasan popular yang digunakan oleh kebanyakan orang untuk tidak menetapkan impian dan matlamat yang besar dalam hidup mereka.

MATLAMAT YANG kecil MENGHASILKAN PENCAPAIAN YANG kecil! Manakala, Matlamat yang BESAR menghasilkan pencapaian yang BESAR!

Apakah anda fikir menetapkan matlamat yang lemah boleh menghasilkan pencapaian yang baik dan POWER! ? Sudah tentu TIDAK! Dalam menetapkan matlamat kita tidak boleh terlalu bergantung dengan matlamat dan ALASAN yang realistik ini!

Apakah realistiknya Wright Bersaudara, yang langsung tiada pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan boleh berfikir untuk mencipta mesin terbang?

Kini ramai yang boleh menaiki Kapal Terbang untuk bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain dalam masa yang singkat!

Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com

Page 15

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Apakah realistiknya Barack Obama, seorang kanak-kanak kulit hitam yang mempunyai cita-cita sejak kecil untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat? Lihat matlamat beliau yang mampu dicapai! Kini sbejarah tercipta dan beliau merupakan Presiden Kulit Hitam pertama di Amerika Syarikat! Sama ada matlamat anda realistik atau tidak itu tidak membawa sebarang makna! Ini kerana semuanya adalah bergantung kepada diri anda! Bagaimana anda bertindak dan bagaimana anda mengambil strategi untuk mencapai matlamat tersebut!

Tahukah anda bagaimana sejarah Genting Highlands dibina? Adakah sesuatu yang realistik ketika itu untuk membina sebuah pusat pelancongan dan hiburan serta hotel bertaraf antarabangsa di puncak bukit yang dikelilingi belukar tebal yang tidak didiami oleh manusia? Mendiang Lim Goh Tong, pengasas Genting pernah dianggap tidak siuman kerana cuba membina pusat pelancongan yang jauh daripada kehidupan manusia! Tetapi kini Genting menjadi pusat pelancongan yang masyhur di peringkat antarabangsa! Jadi, apabila berhadapan dengan impian dan matlamat yang besar, saya cadangkan anda buang jauh-jauh perasaan takut dan was-was anda dan benarkanlah diri anda untuk menetapkan matlamat dan berimpian BESAR!
Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com Page 16

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

CARA #3 : ANDA MESTI TAHU “KENAPA” MATLAMAT ITU PENTING!

Antara sebab lain yang menyebabkan ramai yang tidak berjaya mencapai matlamat mereka dan tidak terdorong untuk menjayakannya adalah kerana mereka sendiri tidak tahu KENAPA matlamat itu penting? Biasalah kalau sesuatu perkara itu tidak ada kepentingan buat apa susahsusah nak capainya! Betul tak? Lihat sahajalah orang berpolitik. Apa yang membuatkan mereka begitu bersungguh-sungguh, bahkan berlumba-lumba menetapkan matlamat dalam mengejar pangkat dan jawatan sama ada dalam parti mahu pun dalam kerajaan? KENAPA? Sebab ianya PENTING untuk masa depan dan karier politik mereka! Begitu juga dengan anda! Dalam menetapkan matlamat, anda perlu tahu kepentingannya untuk anda mencapai matlamat yang anda tetapkan itu! Tanya diri anda KENAPA anda perlukan matlamat tersebut? Tanya KENAPA? Kenapa ianya begitu penting buat anda? Dan sekiranya anda dapat memberi jawapan yang paling penting dalam hidup anda, sebagai contoh seperti pilihan antara hidup dan mati, saya percaya anda PASTI berusaha untuk mencapai matlamat tersebut!

Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com

Page 17

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Ini kerana jika anda ada alasan yang kukuh untuk mencapai matlamat yang anda tetapkan sudah pasti anda akan berkerja bersungguh-sungguh dengan penuh KOMITMEN untuk mencapainya!

“Apabila Kita Komited Melakukan Sesuatu, Biasanya Kita Dapat Melakukannya” - Thinkerich

Ini kerana manusia adalah makhluk yang beremosi, mereka akan bertindak melakukan apa sahaja jika itu yang mereka mahukan!

“ Apabila Kita Memberi 2 Pilihan Pada Minda Kita, Maka Kita Cenderung Bergerak Ke Arah Pilihan Yang Mudah. Namun Apabila Kita Tidak Diberi Pilihan Lagi.. Kita PASTI Mencari Jalan Bagi MELAKUKANNYA…” - Thinkerich

Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com

Page 18

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

CARA #4 : ANDA MESTI ADA PELAN TINDAKAN UNTUK BERTINDAK!

Anda

boleh

menetapkan

matlamat

yang

paling

mengujakan dengan sebab yang paling kukuh untuk mencapai matlamat tersebut.

Namun begitu jika anda tidak menyediakan pelan tindakan dan bertindak untuk mencapainya, ianya tidak akan membawa anda ke mana-mana! Anda masih tetap disitu! Matlamat anda juga tetap masih tinggal di atas kertas itu! Dan sudah pastinya matlamat yang anda tetapkan itu akan menjadi tidak REALISTIK sama sekali! Sesebuah Impian perlukan penetapan matlamat untuk berjaya. Matlamat pula perlu disertakan dengan pelan perancangan sebagai panduan untuk memastikan impian terlaksana. Dan apabila anda bertindak berdasarkan perancangan yang dibuat maka impian anda akan menjadi realiti! Untuk memiliki simpanan RM20,000 setiap tahun dan RM200,000 dalam masa 10 tahun, maka anda perlu sediakan pelan perancangan dengan bertanyakan soalan seperti berikut;Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com Page 19

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Berapa banyak pendapatan tambahan yang anda perlukan? Anda tidak boleh bergantung hanya pada satu sumber sahaja bahkan anda perlu usahakan agar ianya datang daripada pelbagai sumber!

Apakah bentuk usaha yang perlu anda lakukan sama ada bekerja atau berniaga?

Bagaimana nak menguruskan wang dan simpanan serta berapa banyak wang yang anda perlu simpan dan laburkan setiap bulan? (Anda boleh rujuk Cara #2- Mulai Mengurus Wang Anda, Cara #3Tingkatakan Pendapatan Anda, Cara #4- Mulai Membuat Simpanan Anda dan Cara #5- Gandakan Wang Anda! dari www.bajetwang.com )

Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com

Page 20

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

CARA #5 : MESTI ADA TEMPOH MASA UNTUK MATLAMAT ANDA

Matlamat anda hanya akan berjaya dicapai apabila anda membuat dan menetapkan tempoh masa untuk

mencapainya. Sebagai contoh tempoh masa perlulah realistik dengan usaha dan pelan perancangan anda! Jika sebelum ini anda hanya mampu membuat simpanan sebanyak RM1,200 setahun daripada hasil kerja makan gaji anda, lalu anda menetapkan matlamat untuk mengumpul RM10,000 setahun daripada sekarang, tanpa apa-apa usaha itu dinamakan tidak realistik!

Ianya

akan

menjadi untuk dan

realistik

jika

anda

membuat yang sama

perancangan menguntungkan

memulakan dalam masa

bisnes yang

mengamalkan dan mematuhi “4 Prinsip Kekayaan” sebagaimana yang dinyatakan dalam eBook “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Jadi anda sudah tahu “5 Cara Menetapkan Matlamat Yang POWER!” dan adalah sesuatu yang merugikan jika anda tidak bertindak menetapkan matlamat hidup anda!

Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com

Page 21

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Tidak kira sama ada ianya matlamat kewangan, keluarga, kerjaya dan apa sahaja berkaitan dengan hidup anda, gunakan dan praktikkanlah apa yang telah saya nyatakan di atas! Ingatlah bahawa sikap suka bertangguh merupakan pembunuh utama kejayaan!

BERTINDAKLAH sekarang! Semoga anda berjaya mencapai matlamat dan impian yang anda impikan! Salam kekayaan,

Thinkerich
Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Bloger Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi www.pemikirkaya.com
_____________________________________________________________________________________

INGIN MENGETAHUI CARA YANG MUDAH, TERATUR & BERKESAN UNTUK MENGATASI MASALAH KEKURANGAN WANG?

DAPATKAN PENYELESAIANNYA DI www.bajetwang.com
Hak Cipta Terpelihara © www.pemikirkaya.com Page 22


				
DOCUMENT INFO
Description: 5 Cara Menetapkan Matlamat Yang POWER! Ramai yang mempunyai impian dan matlamat yang besar untuk mencapai apa sahaja yang mereka impikan. Namun begitu, impian mungkin hanya tinggal impian, jika sekiranya mereka masih tidak tahu cara bagaimana untuk menetapkan matlamat yang berkesan. Kebanyakan matlamat yang dibuat dan ditulis pada kertas hanya tinggal matlamat yang kosong kerana ianya tidak berjaya dicapai disebabkan oleh ketiadaan panduan dan bimbingan khusus “Sekiranya Anda Memiliki Matlamat Dan Serius Untuk Mencapainya, Bertindaklah dan Lakukan 5 Cara Ini!”