Teknologi pengajaran

Shared by: azrina80
-
Stats
views:
1246
posted:
11/17/2010
language:
Malay
pages:
11
Document Sample
scope of work template
							ISI KANDUNGAN                                                  MUKA SURAT

PENGENALAN                                                             1

1.0   Peranan Teknologi Pengajaran                                   2-3
2.0   Pendekatan yang dapat menggalakkan
                                                                     3-4
      persekitaran pembelajaran positif
3.0   Media Pengajaran, Pengajaran
                                                                      5
      Pelbagai teknik, Pembelajaran Berjarak
4.0   Kon Pengalaman Dale                                           6–7
5.0   Virtual Classroom                                             7 - 11


SUMBER RUJUKAN                                                       11

LAMPIRAN




PENGENALAN


Proses globalisasi dan perkembanagan teknologi maklumat yang pesat telah menjadikan
dunia kita tiada batasan. Bilik darjah hari ini tidak lagi terbatas dalam empat dinding
berlindung. Dengan itu penggunaan maklumat dalam Laman Web dan Portal telah menjadi
semakin penting kepada guru yang ingin meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.




                                                                                     1
   1.0         Peranan Teknologi Pengajaran

   Teknologi Pengajaran adalah cabang daripada teknologi pendidikan. Heinich (1982)
menjelaskan bahawa teknologi pengajaran adalah teknologi yang bertanggung jawab
menggabungkan kesemua yang diketahui oleh guru ke dalam satu sistem pengajaran.
…“Penggabungan berbagai-bagai teknologi dalam pengajaran ke dalam satu sistem
pengajaran     manusia    mesin    adalah    tugas   utama     teknologi    pengajaran…”
Laporan Suruhanjaya Teknologi Pengajaran, Amerika Syarikat (1970) menjelaskan
pengertian umum teknologi pengajaran bermaksud media yang wujud daripada revolusi
komunikasi yang boleh digunakan untuk mengajar seperti papan tulis dan buku teks.
Peralataan yang terdapat di dalam teknologi pengajaran ialah seperti TV, filem, projector,
komputer dan bahan-bahan lain dianggap sebagai alat bersama bahan.

   Teknologi pengajaran merupakan gabungan secara teratur dari segi perkakasan, perisian,
seni mengguna dan mengendalikan pengajaran. Penyatuan antara ketiga-tiga unsur ini akan
menghasilkan pendekaatan pengajaran yang berkesan. Teknologi ini melibatkan penggunaan
kemahiran dan teknik moden dalam keperluan pendidikan dengan menggunakan media dan
kaedah pengawasan persekitaran setakat mana ia menimbulkan proses pembelajaran. (Unwin
1968).

   Tumpuan kepada beberapa definisi teknologi pengajaran dari tahun 1960an hingga
kepada tahun 1994 yang di sarankan oleh Seels dan Richey dan Jawatan Kuasa Association
for Educational Technology (1994) dan Reiser dan Dempsey (2002).

‘Instructional technology is the theory and practice of design, development, utilization,
management and evaluation of processes and resources for learning’ (Seels dan Richey,
1994, p.1)


         Penjelasan lima domain dalam definisi teknologi pengajaran    meliputi teori dan
amalan reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan
sumber untuk pembelajaran.


         Berdasarkan domain teknologi pengajaran ini menunjukkan sistem ini mempunyai
peranan yang sangat penting dalam program pendidikan. Antaranya ia dapat mengubah
peringkat membuat keputusan. Dengan penerimaan teknologi pengajaran pada peringkat

                                                                                        2
kurikulum, perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk
menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah. Cara ini akan lebih
menjamin keberkesanan perlaksanaan pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan.


       Peranan yang seterusnya ialah teknologi pengajaran ini dapat mengubah sistem atau
pendekatan pengajaran. Sebagai contoh ia boleh menukar kepada pendekatan konvensional,
menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas.
Selain itu juga boleh mengubah cara pengajaran yang telah dirancang dan disusun. Paranan yang
seterusnya ialah dapat mengubah pengalaman pembelajaran. Penggunaan atau aplikasi teknologi
pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran
yang khusus bagi menguasai sesuatu perkara.

       Teknologi sekali gus merupakan pengetahuan dan peralatan yang dihasilkan oleh
seseorang atau sesebuah masyarakat bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau
cuba mempertingkatkan hasil dan memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan politik individu
atau masyarakat (Naim 1996).

       Kesimpulannya, teknologi pengajaran melibatkan ruang lingkup yang lebih luas
termasuk identifikasi, kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan pengelolaan serta
penggunaan alat dan bahan pengajaran. Teknologi pengajaran lebih tertumpu kepada
penggunaan dan penyusunan secara sistematik terhadap berbagai alat dan bahan teknologi
yang boleh membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (Abdul Rahim 1988).




2.0    Pendekatan yang dapat menggalakkan persekitaran pembelajaran positif.

       Pendekatan ini ialah pembelajaran boleh dimaksimumkan dengan adanya hubungan
yang baik antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar. Guru adalah punca utama
yang menjalinkan hubungan yang baik. Pendekatan ini menyatakan pengurusan bilik darjah
adalah satu set aktiviti di mana guru membentuk hubungan yang baik dan persekitaran bilik
darjah yang positif.

       Pandangan lain pula menyatakan bilik darjah adalah satu sistem sosial di mana proses
kumpulan adalah penting. Andaian di sebalik pandangan ini ialah pengajaran berlaku dalam


                                                                                           3
konteks kumpulan. Ini bermakna tingkah laku kumpulan member kesan yang signifikan
dalam pembelajaran walaupun pembelajaran dilihat sebagai proses individu. Pendekatan ini
menyatakan pengurusan bilik darjah sebagai satu set aktiviti di mana guru membentuk dan
menjaga organisasi bilik darjah yang berkesan.

       Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai
pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-
murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal
bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan- bahan pengajaran dan
sebagainya.

   Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan
sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yanag baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan
sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

   Faktor-faktor pengurusan bilik darjah juga perlu diambil kira untuk menggalakkan
pembelajaran yang positif antaranya Unsur manusia merupakan perhubungan antara guru
dengan murid dan perhubungan murid dengan rakan sebayanya. Aspek ini berkaitan dengan
saling interaksi, tingkahlaku, syahsiah dan kerjasama antara mereka.

   Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik
darjah. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi, meja, alatan, ruang
pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah. Susunan kemudahan fizikal yang menarik
dapat mendorong murid terhadap pembelajaran.

   Unsur operasi pula merupakan segala aktiviti yang dijalankan oleh guru dan murid dalam
bilik darjah. Pengurusan operasi secara lancar akan menjamin aktiviti pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan teratur dan sempurna.




                                                                                          4
3.0     Media Pengajaran

       Media bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang
bermaksud perantara. Berdasarkan maksud asal media, ia merujuk kepada apa sahaja yang
membawa maklumat penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem,
televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, computer dan pengajar.Bagi
Heinich et al.(2002) media digunakan untuk membantu proses komunikasi. Bagi Reiser dan
Gagne (1983) pula mendefinisikan media pengajaran ialah jika media itu membawa mesej
tentang pengajaran maka media digelar media pengajaran. Definisi yang jelas adalah media
pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada
pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat
serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

Pengajaran Pelbagai Teknik / Blended Instruction

       Pengajaran Pelbagai teknik adalah pendekatan yang digunakan oleh guru yang
sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya dalam pendekatan induktif ( iaitu pengajaran yang bermula daripada yang spesifik
kepada yang umum) pelbagai kaedah boleh digunakan seperti kaedah dapatan, inkuiri,
kaedah projek dan kaedah penyelesaian masalah. Walau bagaimanapun kaedah deduktif
boleh berubah sekiranya objektif pembelajaran yang hendak dicapai itu merupakan objektif
jangka pendek iaitu boleh dicapai dalam satu atau dua waktu pengajaran.

Pembelajaran Berjarak / Distance Learning

       Pembelajaran berjarak atau lebih dikenali sebagai pembelajaran jarak jauh (PJJ)
merupakan satu bentuk pembelajaran yang disampaikan jauh dari pusat pengendalian
pengajaran itu. Bersifat individual iaitu pembelajaran kendiri dan bahan pembelajaran boleh
berbentuk modul pembelajaran, kaset, nota kuliah dan sesi telesidang.




                                                                                         5
4.0     Kon Pengalaman Dale




        Terdapat pelbagai klasifikasi media yang diasaskan kepada sesuatu teori tertentu.
Antaranya ialah teori dan pendekatan yang diutarakan oleh Edgar Dale (1946) iaitu membina
Kon Pengalaman Dale. Dalam kon ini pengalaman konkrit dimulakan dengan pelajar sendiri
melibatkan diri dalam suatu pengalaman yang sebenar. Pengalaman konkrit ini semakin
berkurangan apabila peranan pelajar sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar
berkurangan. Peristiwa sebenar dalam bentuk salinan seperti rakaman video. Akhirnya
pengalaman abstrak dialami apabila pelajar mentafsir symbol visual dan lisan yang mewakili
peristiwa tersebut. Menurut Dale pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang
abstrak asalkan mereka telah mempunyai banyak maklumat kinkrit yang boleh digunakan
bagi mentafsir konsep yang abstrak tersebut.

        Edger Dale (1990), melaporkan melalui kon pengalaman (cone ofexperiance) bahawa
sesuatu jenis media adalah untuk menangani unsur-unsur perbezaan antara seorang pelajar
dengan seorang pelajar lain. Ini adalah kerana setiap jenis media mempunyai ciri-ciri
tersendiri yang dapat mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap sesuatu mesej seorang
pelajar itu mungkin bertindak balas secara positif kepada suatu jenis media manakala seorang
pelajar lain pula berkeupayaan belajar dengan lebih berkesan melalui jenis media yang lain
pula.




                                                                                          6
         Berdasarkan lapisan kon Penglaman Dale, kita boleh bahagikan bahagian tersebut
kepada dua lapisan iaitu pembelajaran aktif dan pasif. Pembelajaran aktif melibatkan aktiviti
penggunaan otak untuk mengingat apa yang telah dilalui. Pembelajaran pasif pula melibatkan
aktiviti pelajar perlu belajar memahami. Ini menunjukkan setiap pelajar mempunyai tahap
pembelajaran yang berbeza. Kita sebagai guru perlu sesuaikan pengajaran dengan stail
pembelajaran pelajar supaya dapat memastikan tahap keperluan pelajar dapat dipenuhi.

      Secara ringkasnya Kon Pengalaman Dale pada asasnya adalah satu metafora visual untuk
idea sesuatu aktiviti-aktiviti pembelajaran yang boleh diletakkan dalam kategori luas
berdasarkan pengalaman sebenar. Dengan ini pemilihan media dan kaedah yang besesuaian
dengan stail pembelajaran pelajar.

5.0      Virtual Classroom

      Kemunculan teknologi digital dan peningkatan kepentingan penghantaran berkomputer
bagi pendidikan tinggi telah membawa kepada konsep “Virtual Classroom” iaitu e-
pembelajaran melalui mel elektronik, Internet, World Wide Web (WWW) dan multimedia.
Pasaran e-pembelajaran merangkumi bidang akademik, korporat dan consumer serta
mempunyai pelbagai segmen termasuklah penyediaan kandungan, vendo teknologi dan
penyedia perkhidmatan. Institusi pendidikan dan sektor korporat telah mula mengiktiraf e-
pembelajaran sebagai satu kuasa yang mampu mengubah prestasi, pengetahuan dan

                                                                                           7
kemahiran. Malaysia sebagai salah sebuah negara membangun telah menetapkan sasaran
tahun 2020 untuk mencapai taraf negara maju, sudah tentu tidak mahu ketinggalan dan ini
dibuktikan melalui pewujudan projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor,
MSC) yang telah meletakkan pembelajaran maya sebagai salah satu „flagship‟ yang akan
menghasilkan tenaga kerja mahir dan teknologi maklumat. Sejak teknologi maklumat (IT)
diletakkan pada mercu segala teknologi, pendidikan maya, universiti maya dan e-
pembelajaran menjadi simbol status yang membanggakan (Jamaludin, 2000).


   Definisi Virtual Classroom ialah satu cara proses pengajaran dan pembelajaran serta
latihan yang dikendalikan menerusi Internet atau rangkaian Internet syarikat. Kelas virtual
akan menjadi trend teknologi pembelajaran masa depan. Pemanfaatan teknologi pembelajaran
seperti video conference, audio conference, e-learning, CD interaktif telah dimulai di semua
institusi Pendidikan. Secara konsep kelas virtual memiliki sejumlah potensi antara lain
memberikan peluang bagi pelajar untuk berinterkasi dengan guru, rakan, dan bahan belajar
tanpa terikat oleh waktu dan tempat. Virtual Classroom juga ditafsirkan sebagai sebarang
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau
Internet) untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan.Internet,
Intranet, satelit, pita audio atau video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian
daripada media elektronik yang dimaksudkan dalam kategori ini. Pengajaran boleh
disampaikan secara synchronously iaitu pada waktu yang sama atau serentak, ataupun
asynchronously iaitu pada waktu yang berbeza atau tidak serentak. Bahan pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, animasi, simulasi, audio
dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk perbincangan kumpulan dan bantuan
professional isi kandungan pelajaran secara dalam talian (Learnframe, 2001).


   Menurut Rossernberg (2001), e-pembelajaran merujuk kepada penggunaan teknologi-
teknologi Internet untuk menyampaikan penyelesaian yang luas yang meningkatkan
pengetahuan dan prestasi. Ini berasaskan tiga kriteria utama iaitu yang pertama E-
pembelajaran adalah berangkaian, yang membuatnya berupaya untuk melakukan proses
mengemaskini, menyimpan atau mendapatkan kembali, menyebar dan berkongsi pengajaran
atau maklumat dengan pantas. Keupayaan ini sangat penting yang mana ia menjadi keperluan
mutlak bagi e-pembelajaran. CD-ROM dan DVD digunakan untuk penyampaian pengajaran
dan maklumat,terutamanya untuk simulasi berasaskan media yang banyak, tetapi ia kurang
keupayaan dari segi rangkaian yang membolehkan maklumat dan pengajaran disebarkan dan
                                                                                          8
dikemaskinikan dengan pantas. Sungguhpun CD-ROM suatu sistem pembelajaran berasaskan
teknologi, ia tidak sepatutnya diklasifikasikan sebagai e-pembelajaran. Kriteria yang kedua
ialah ia disampaikan kepada pengguna akhir melalui komputer menggunakan teknologi
Internet yang berpiawai. Dan yang seterusnya ialah Ia memfokus terhadap pandangan yang
luas terhadap pembelajaran dan penyelesaian pembelajaran yang melampaui pradigma latihan
tradisional.


    Di dalam Virtual Classroom mod pengajaran berfokus kepada pelajar. Pelajar perlu
berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Suasana di
dalam kelas virtual akan memaksa pelajar memainkan peranan yang lebih aktif dalam
pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan persediaan dengan rapi untuk mencari
bahan atau maklumat berkaitan dengan pembelajaran atas daya usaha dan inisiatif sendiri.
Dengan ini membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar
boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka. Pelajar juga
berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga
dapat belajar di dalam suasana yang „selamat‟ tanpa berasa malu untuk bertanya. Pertanyaan
juga boleh dibuat di dalam talian (Jaya Kumar, 2001). Ada juga pelajar yang sudah mula
mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka melalui rakan sebaya di
dalam „chat groups‟ atau „bulletin board‟ (Alam Pendidikan Bulletin Board, 2001). Dengan
ciri-ciri menarik yang ada pada di dalam kelas virtual ini dapat menarik minat pelajar
terhadap fungsi-fungsi di dalam Internet, maka ianya telah digunakan dengan meluas untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran. Strategi pelaksanaan kelas virtual boleh dijalankan
dalam tiga peringkat iaitu peringkat asas, pertengahan dan tinggi. Peringkat asas meliputi
penghasilan bahan interaksi mudah dan penggunaan bahan mudah seperti projektor LCD
(Liquid Crystal Display) dan sistem komputer. Peringkat pertengahan melibatkan
penambahan multimedia dan pemindahan bahan persembahan ke dalam laman web.
Manakala peringkat tinggi melibatkan penghasilan bahan kursus berbentuk modul yang
diubahsuai daripada nota kuliah ke bentuk hiperteks dan pemindahan modul elektronik dalam
pelayan pusat untuk disalurkan ke rangkaian kawasan setempat.


    Sehubungan dengan itu, platform yang digunakan bagi memastikan perkembangan
teknologi IT dan ICT ini dapat diteruskan dan mencapai matlamat ke arah menjadikan
Malaysia pusat pendidikan yang terulung di Asia Tenggara, kerajaan mewujudkan sekolah
bestari untuk menjadi pemangkin kepada usaha celik IT dan celik maklumat di kalangan para
                                                                                         9
pelajar di Malaysia sama ada di peringkat menengah atau di peringkat yang lebih tinggi.
Untuk mencapai objektif ini, semua sekolah perlu dilengkapkan dengan komputer peribadi
(PC) dan disambungkan dengan Internet. dan berpandu kepada kurikulum yang
mengutamakan pemupukan kemahiran IT dan memperkenalkan budaya pembelajaran yang
baru. Di samping itu, kerajaan mengambil langkah untuk menggalakkan penubuhan
persekitaran mesra komputer dengan menggalakkan kecelikan komputer di tempat kerja,
rumah dan sekolah. Ini bertujuan memberi kebebasan kepada industri lama dan baru untuk
memanfaatkan pembangunan teknologi yang membawa banyak faedah bagi kebersaingan dan
pembangunan ekonomi kepada individu, syarikat dan negara secara keseluruhannya.


   Selain daripada itu Virtual Classroom ini banyak memberi manfaat kepada pelajar
antaranya dapat memberikan peluang bagi pelajar untuk berinteraksi dengan guru, teman,
serta dengan bahan belajarnya. Pelajar dapat berkomunikasi dengan gurunya melalui e-mail.
Komunikasi ini bersifat dua hala antara pelajar dan gurunya sahaja. Pelajar dapat mengajukan
sebarang pertanyaan pada bila-bila masa. Guru akan menjawab secepat mungkin sesuai
dengan waktunya. Cara berkomunikasi seperti ini jauh lebih cepat daripada komunikasi yang
dilakukan melalui pertemuan di dalam kelas tradisional. Selain itu juga manfaat lain ialah
pelajar dapat berkomunikasi dengan guru dan teman-temannya secara bersama-sama melalui
forum. Dalam forum ini pertanyaan seorang pelajar kepada guru dapat dibaca oleh teman-
temannya yang mengambil pelajaran yang sama. Jawapan guru juga dapat dibaca oleh pelajar
lain yang tidak mengajukan pertanyaan. Dalam proses ini guru juga dapat melontarkan
pertanyaan tadi kepada pelajar yang lain. Pelajar yang lain dapat memberikan jawapan yang
akan dibaca oleh seluruh pelajar di dalam kelas virtual. Dengan demikian sesuatu persoalan
dapat diselesaikan bersama antara guru dan semua pelajar di dalam “kelas virtual-nya”.


       Komunikasi antara pelajar dan guru atau antara pelajar dengan pelajar lain itu dapat
dilakukan secara tidak bersamaan waktu (a-synchronous) atau secara bersamaan waktu
(synchronous). Komunikasi melalui e-mail dan forum seperti yang dinyatakan di atas
dilakukan secara tidak bersamaan waktu. Pengiriman dan penerimaan informasi tidak
dilakukan pada waktu yang sama. Komunikasi yang dilakukan dalam waktu yang bersamaan
(synchronous) dapat dilaksanakan melalui forum diskusi secara on-line. Diskusi ini
dilakukan mengikut jadual waktu yang telah dirancang. Dengan itu pada waktu yang sama
semua peserta diskusi akan membuka internetnya. Masing-masing akan dapat membaca
informasi yang masuk dan pada waktu itu juga akan dapat memberikan tanggapan.
                                                                                         10
Selain itu juga manfaat kelas virtual ini ialah komunikasi antara pelajar dengan isi pelajaran.
Di mana pelajar akan mempelajari sendiri bahan belajar yang disajikan secara on-line.
Kerana bahan belajar on-line itu biasanya disertai dengan latihan pengukuhan, pelajar akan
dapat menguji kemajuan belajar dirinya sendiri. Bila pelajar memerlukan pengayaan bahan
belajar pelajar juga dapat mencari sumber bacaan yang sesuai melalui internet. Hal tersebut
akan mernbiasakan pelajar mencari maklumat dan sumber belajar sendiri, tanpa berharap
kepada guru.


   Manfaat kepada guru pula ialah guru dapat mengawal aktiviti pembelajaran melalui
internet. Guru akan dapat melihat pelajar belajar, topik apakah yang dipelajari, berapa lama ia
mempelajarinya, berapa kalikah ia mengulangi topik itu. Guru juga dapat melihat apakah
pelajar telah membuat latihan setelah selesai mempelajari topik tertentu, berapa banyak
soalan yang dapat dijawab dengan betul serta berapa skornya dan sebagainya.



SUMBER RUJUKAN

Abd. Ghafar Md. Din(2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor, Utusan
Publication& Distrib.

Ee Ah Meng (2000), Pendidikan di Malaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan
Sekolah(edisi kedua), Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Ee Ah Meng (2001), Pedagogi II Perlaksanaan Pengajaran , Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Ngui Kuan Sang (1989), Teknologi Pendidikan, Penggunaannya dalam Pengajaran
Geografi, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Yusuf Hashim (1997), Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan, Selangor: Fajar
Bakti

Wager Walter (1975), Media Selection in the Affective Domain: A Futher Interpretation of
Dale’s come of Experience for Cognitive and Afective, Learning Education Technology.

Jeff (2007). Edgar Dale‟s Cone Experience. [online]
Available:http://ctl.mc.maricopa.edu/blogcast/?p=118. [ 2009, August 24]


                                                                                            11

						
Related docs