DASAR EKONOMI BARU-Pengajian Malaysia@ YEE PIN by black90star

VIEWS: 9,320 PAGES: 17

									          SCHOOL OF ENGINEERING AND
         TECHNOLOGY INFRASTRUCTURE


                  MPW 2133
             PENGAJIAN MALAYSIA




                  ASSIGNMENT



TAJUK             : DASAR EKONOMI BARU
                  TERHADAP PEMBANGUNAN
                  NEGARA MALAYSIA

NAMA              : TAN YEE PIN

MATRIK NO         : KI 091393

LECTURER’S NAMA   : PN. SITI AWANIS ABDUL RASHID

TARIKH            : 03.05.2010



                                               1
ISI KANDUNGAN



NO                 KANDUNGAN                      MUKA SURAT
1.  Penghargaan                                       03
2.  Pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB)               04
3.  Objektif Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru          05
4.  Sebab-sebab Dasar Ekonomi Baru Dipekenalkan      05-08
5.  Strategi Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru         09-11
6.  Program Penyusunan Semula Masyarakat              11
7.  Kebaikan-kebaikan Dasar Ekonomi Baru             12-13
    terhadap pembangunan Negara Malaysia
8. Kelemahan-kelemahan Dasar Ekonomi Baru            14-15
    terhadap pembangunan Negara Malaysia
9. Kesimpulan                                         16
10. Bibliografi                                       17
11. Lampiran                                          18




                                                             2
PENGHARGAAN



       Melalui kursus MPW 2133 Pengajian Malaysia, saya Tan Yee Pin ingin merakamkan

penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya dalam

menjalankan kerja kursus ini. Bantuan dan dorongan serta tunjuk ajar mereka telah

membolehkan saya menjalankan kerja kursus ini dengan lancar.



       Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada lecturer saya iaitu Puan Siti

Awanis Abdul Rashid yang telah memberi dan membantu kami dalam kerja kursus ini. Di

samping itu, saya juga hendak berterima kasih kepada kawan saya yang terus memberi idea-

idea yang bagus dan hebat kepada saya dalam menjayakan kerja kursus ini yang bertajuk

dasar ekonomi baru ini.



       Dengan bantuan melalui maklumat internet dan buku rujukan, saya dapat mempelajari

kepentingan ekonomi di Malaysia pada zaman yang lepas. Saya dapat membezakan kebaikan

dan keburukan dasar ekonomi baru terhadap pembangunan Negara Malaysia pada zaman itu.

Dengan usaha-usaha yang telah dilaksanakan, maka lahirnya Negara Malaysia yang makmur,

cemerlang, gemilang dan aman pada zaman ini.




                                                                                           3
PENGENALAN DASAR EKONOMI BARU



Latar Belakang Dasar Ekonomi Baru

       Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan

perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan dan dasar 'pecah' dan perintah.

Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India

untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan

dan perladangan. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah

menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, jalan keretapi dan pembahagian kelompok

kaum mengikut sektor ekonomi.

       Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar

dan luar bandar bertambah besar. Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5

tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia

Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan

ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan

dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa

penjajahan masih berterusan.

       Dasar Ekonomi Baru dilancarkan ekoran peristiwa

berdarah 13 Mei 1969. Dasar Ekonomi Baru adalah satu

rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan Negara

dalam masyarakat berbilang kaum secara berperingkat

selama 20 tahun. Ia mengandungi dasar-dasar dan strategi-

strategi untuk mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi dan, dalam masa yang sama,

menentukan perkhidmatan-perkhidmatan dan pengagihan peluang-peluang yang saksama

untuk menyertai dan mendapat faedah daripada proses pembangunan.


                                                                                         4
OBJEKTIF PERLAKSANAAN DASAR EKONOMI BARU



       Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah

mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang

melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru.

       Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara

dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.




SEBAB-SEBAB DASAR EKONOMI BARU DIPERKENALKAN



       Akibat wujudnya masalah kemiskinan yang ketara dan guna tenaga yang rendah

terutamanya di kalangan bumiputera dan ketidakseimbangan dari segi pendapatan dan

ekonomi antara pelbagai kaum, Dasar Ekonomi Baru telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk

menguruskan proses pembangunan Negara melalui pewujudan persekitaran sosioekonomi

yang menyediakan peluang-peluang untuk memajukan semua warganegara Malaysia.




                                                                                        5
        Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung

Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Pembandingan kadar kemiskinan

Malaysia antara tahun 1970 dengan tahun 1990 di bandar dan luar bandar adalah berikut:



                 Tahun                             1970                     1990

Luar Bandar                                       58.7%                    21.8%

Bandar                                            21.3%                     7.5%

Kadar Kemiskinan Malaysia                         49.3%                    17.1%



        Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah seperti berikut:



  Kaum           Kadar kemiskinan (%)            Pendapatan purata keluarga sebulan
                                                               (RM)
Melayu                     64.8                               172.00

Cina                       26.0                                  394.00

India                      39.2                                  304.00

Lain-lain                  44.8                                  813.00




                                                                                         6
        Dari kajian Tahunan Hak milik Syarikat-syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan

Perangkaan dan rekod dari Pendaftar Syarikat adalah didapati hakmilik dan penguasaan

sector syarikat-syarikat pada tahun 1971 adalah seperti berikut:

                 Pemilikan                      Jumlah Pemilikan ( RM juta)      Peratus %

1. Bumiputera perseorangan dan agensi                        279.6                  4.3
amanah
a) Bumiputera Perseorangan                                   168.7                  2.6

b) Agensi Amanah                                             110.9                  1.7

2. Bukan Bumiputera                                         2,233.2                34.0

3. Warganegara asing                                        4,051.3                61.7

                  Jumlah                                    6,564.1                100.0



        Matlamat Dan Pencapaian Dasar Ekonomi Baru adalah ditunjukkan berikut:

Kadar Kemiskinan                        1970               1990               1990
                                                         (Matlamat)       (Pencapaian)
SemenanjungMalaysia                     49.3%                17.0%            15.0%

Sabah                                     -                    -              34.3%

Sarawak                                   -                    -              21.0%

Malaysia                                  -                    -              17.0%

Hak Milik Saham
Bumiputera                              2.4%                 30.0%            20.3%

Bukan Bumiputera                        34.3%                40.0%            46.2%

Rakyat Asing                            63.3%                30.0%            25.1%

Syarikat Calon                          2.0%-                  -               8.4%

Pertumbuhan Ekonomi                       1971-1990                    1971-1990
                                         (Matlamat)                   (Pencapaian)
                                               8.0%                       6.7%



                                                                                           7
       Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum

adalah seperti berikut:

                    Sektor                    Melayu       Cina          India   Lain-lain

1.Pertanian                                    67.6%      19.9%         11.5%        1.0%

2.Perlombongan                                 32.1%      58.7%          8.5%        0.7%

3.Perniagaan/ Perdagangan, Pentadbiran         42.6%      45.5%         10.7%        1.2%
Awam,Pelajaran, Pertahanan dan Kemudahan
Awam.




       Berikut adalah peratus struktur pengeluaran Malaysia pada tahun 1970 sehingga 1990

melalui dasar ekonomi baru:

                      1970          1975           1980           1985            1990

Pertanian                 29.0      26.7           22.9           20.8            18.7

Perlombongan              13.7      10.2           10.1           10.4            9.7

Pembuatan                 13.9      17.4           19.6           19.7            27.0

Pembinaan                 3.8        3.8           4.6            4.8             3.5

Perkhidmatan              36.2      39.6           40.1           43.6            42.3



       Kepincangan di atas dipercayakan telah merupakan suatu sebab utama berlakunya

peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini merupakan satu perusuhan perkauman yang telah

memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan. Dasar yang dikenali sebagai Dasar

Ekonomi Baru ini adalah satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970

melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan

sosial ekonomi yang wujud di Malaysia di antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan

di antara kawasan di wilayah yang sama.



                                                                                            8
STRATEGI PELAKSANAAN DASAR EKONOMI BARU

        Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun

melalui pengagihan ekonomi dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:

            a) Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan

                peluang peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

            b) Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya

                menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.




1. Membasmi kemiskinan



        Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di

kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini

boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum

dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada

aktiviti pertanian tradisional.



        Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek

pembangunan telah dirangka supaya:

  I.    Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

 II.    Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

                                                                                             9
 III.   Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya

        pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

 IV.    Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan

        luarbandar dan antara wilayah.

  V.    Memodenkan kehidupan di luarbandar.

 VI.    Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

VII.    Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.

VIII.   Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,

        kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.



 2. Penyusunan Semula Masyarakat



        Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham /

 ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini , di mana

 penyertaan Bumiputera sebanyak 30% , 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-

 pelabur luar negeri.



        Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut

 telah disusun :

   I.   Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses

        memodenkan kawasan luarbandar.

  II.   Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang

        terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi

        seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan

        kaum.


                                                                                            10
III.      Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan

          modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

IV.       Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan per- industrian di kalangan orang

          Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi

          dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank

          Pembangunan,Bank Bumiputera,Amanah

          Saham Nasional.

V.        Memajukan negeri dan kawasan yang

          dianggap mundur melalui pembangunan

          wilayah baru seperti DARA,KESEDAR,

          KEJORA dan sebagainya.



PROGRAM PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

       1) Usaha meninggikan pengeluaran pendapatan dan mutu kehidupan golongan miskin di

          mana 64.8% adalah Melayu, 26.2% Cina dan 38.2% India. (86% berada di luar bandar)

       2) Usaha menseimbangkan struktur gunatenaga supaya menjelang 1990 ianya

          mencerminkan susunan penduduk mengikut etnik.

       3) Usaha menambahkan pemilikan modal rakyat Malaysia khususnya Bumiputra dalam

          Syarikat Berhad. (Bumiputra 2.4%, bukan Bumiputra 34.3% dan pelabur asing 63.3%)

       4) Usaha membentuk satu masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan

          Bumiputra supaya pada 1990 mereka akan memiliki dan menguruskan sekurang-

          kurangnya 30% daripada kegiatan dagangan dan perindustrian.

       5) Usaha memajukan negeri dan kawasan yang mundur melalui Program Pembangunan

          Wilayah.




                                                                                          11
KEBAIKAN-KEBAIKAN DASAR EKONOMI BARU TERHADAP PEMBANGUNAN

NEGARA MALAYSIA



       Pengenalan Dasar Ekonomi Baru dapat memberi banyak kebaikan kepada masyarakat

Malaysia dan pembangunan Negara pada zaman itu. Antaranya termasuk:



  I.      Menambah peluang pekerjaan kepada kadar yang cukup untuk mengurangkan tahap

          pengangguran semasa dan akhirnya mencapai guna tenaga penuh.

 II.      Meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka yang terlibat dalam aktiviti yang

          member pulangan yang rendah di luar Bandar dan di bandar dengan meningkatkan

          peluang menambah kemahiran, tanah, modal dan sumbar-sumber lain yang akhirnya

          mengurangkan guna tenaga yang rendah.

III.      Memperluaskan peluang-peluang bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti yang

          kurang produktif supaya beralih kepada aktiviti-aktiviti yang lebih produktif seperti

          pertanian, perhutanan, perikanan, perlombongan, pembinaan, pengangkutan,

          perkilangan, perdagangan dan industri.

IV.       Mengurangkan taburan pendapatan yang tidak seimbang antara kelas pendapatan dan

          kaum.

 V.       Memodenkan kehidupan luar bandar dan memperbaiki keadaan hidup golongan

          miskin di kawasan bandar melalui pemberian perkhidmatan sosial yang banyak

          seperti rumah awam, elektrik, bekalan air paip, pengangkutan, kesihatan dan

          perubatan, rekreasi dan kemudahan sosial.

VI.       Menggalak pewujudan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera(MPPB)

          supaya dalam tempoh satu generasi mereka akan memiliki dan menguruskan




                                                                                                  12
        sekurang-kurangnya 30% aktiviti perdagangan dan perindustrian Negara dalam semua

        kategori dan saiz operasi.

VII.    Menentukan bahawa guna tenaga dalam semua sector ekonomi dan peringkat

        pekerjaan mencerminkan komposisi kaum.

VIII.   Memperbanyakkan kemudahan-kemudahan pendidikan dan latihan, kemudahan-

        kemudahan social lain dan infrastruktur fizikal Negara untuk menyokong pencapaian

        objektif-objektif Negara.

 IX.    Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan

        luarbandar dan antara wilayah.

  X.    Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

 XI.    Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.

XII.    Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan

        modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

XIII.   Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan per- industrian di kalangan orang

        Melayu dan kaum Bumiputera

XIV.    Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan

        wilayah baru




                                                                                        13
KELEMAHAN-KELEMAHAN DASAR EKONOMI BARU TERHADAP

PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA



       Akibat perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, terdapat beberapa pihak tertentu yang

tidak berpuas hati terhadap dasar tersebut. Keadaan ini adalah disebabkan pencapaian Dasar

Ekonomi Baru ini bergantung kepada tindakan tegas oleh pihak kerajaan yang begitu

berpengaruh dalam menggalakkan usaha-usaha pembangunan menerusi badan-badan

perusahaan awam, maka terdapat berbagai-bagai pendapat dan tafsiran telah ditimbulkan oleh

mereka seperti campur tangan kerajaan untuk kemajuan, “peralihan dari pasaran bebas ke

arah sosialisme”, “pembangunan melalui keamanahan”, dan “diskriminasi positif”.



       Namum demikian, terdapat dua cirri penting tentang campur tangan kerajaan dalam

DEB. Pertama, walaupun kerajaan memiliki dan mengawal perusahaan-perusahaan awam,

tetapi ia dimaksudkan bertindak bagi pihak Bumiputera. Kedua, tindakan kerajaan ini bersifat

“sementara” sahaja dan tidak akan berkekalan lantaran adanya objektif dan jangka waktu

yang tertentu. Walaubagaimanapun, kedua-dua cirri tersebut tidak berhasrat untuk menyekat

sama sekali persaingan antara bumiputera dengan bukan bumiputera. Sebaliknya, ciri yang

pertama itu mewujudkan persaingan antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera, sementara

cirri yang kedua pula menentukan batasan masa bagi memperhebatkan lagi persaingan antara

kelompok-kelompok kaum ini. Dasar Ekonomi Baru juga ingin melihat golongan Bumiputera

menganuti budaya persaingan.



       Dalam konteks masyarakat majmuk, budaya persaingan boleh membawa kepada

konflik perkauman kerana masyarakat keseluruhannya mudah terserat ke arah situasi zero-

sum, yakin kemenangan satu pihak akan ditafsirkan sebagai kekalahan kepada pihak yang


                                                                                          14
lain. Maka terdapat keadaan, misalnya perberian bantuan kepada Bumiputera oleh kerajaan

dianggap sebagai merugikan bukan Bumiputera, dan penglibatan Bumiputera dalam sector

perniagaan dianggap sebagai perampasan hak golongan bukan Bumiputera yang telah lama

berada dalam serta berkenaan. Gejala yang demikian boleh membawa kepada perasaan

bermusuhan.



       Namum begitu, perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru tetap mempunyai kosnya. Hal ini

tidak dapat dinafikan kerana tidak ada satu bentuk pembangunan pun yang tidak mempunyai

kesan sampingan yang negatif. Bukti menunjukkan bahawa pengagihan pendapatan dan asset

serta penyusunan semula masyarakat telahh berlaku melalui pertumbuhan ekonomi

keseluruhan dan juga pertumbuhan ekonomi setiap kaum. Oleh itu, semua kaum telah

mengalami keadaan ekonomi yang bertambah baik dari semasa ke semasa maka tidak

seharusnya timbul masalah deprivation terhadap bukan Bumiputera sekiranya konsep DEB

untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum telah terima.



       Di samping itu, terdapat kelemahan-kelemahan dalam perlaksanaan DEB yang

menyebabkan tindakan yang dipandang sebagai tidak adil dan penyelewengan kuasa.

Misalnya, ada pihak berkuasa yang memindahkan “peluang-peluang keuntungan” kepada

golongan tertentu atas pertimbangan politik dan kepentingan sendiri lebih daripada

pertimbangan kelayakan, kesahihan dan keadilan sosial. Maka tujuan untuk membangunkan

ekonomi Bumiputera dan meningkatkan keupayaan bersaing dengan kaum-kaum lain belum

tercapai sepenuhnya.

       Pergantungan yang berlebihan kepada ekonomi dunia telah menjejaskan pretasi

ekonomi Malaysia dengan teruknya berikutan daripada kemelesetan ekonomi dunia. Kadar

pengangguran yang dijangka menurun, sebaliknya naik kepada 6.9% pada tahun 1985.


                                                                                          15
KESIMPULAN

       Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses

pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan

negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang

diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu.



       Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan

kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari

sektor swasta. Kesimpulannya, pencapaian dan masalah yang timbul daripada perlaksanaan

DEB iaitu gagal menyatupadukan rakyat kerana ia beroperasi dalam suasana persaingan yang

tidak adil dengan budaya yang member kesan kepada soal moral dan tanggungjawab terhadap

bangsa dan Negara.



       Yang penting pada peringkat ini ialah kesedaran dan komitmen untuk mengurangkan

unsur persaingan yang tidak adil ini, dan memperkuatkan unsur kesefahaman dan kerjasama

antara kaum. Kerjasama hanya akan member erti, jika adanya sifat-sifat bertolak ansur dan

berkompromi. Menjelang tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu dengan

masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam

masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur,

penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi,

progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan

sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik,

cergas dan kental.




                                                                                            16
BIBLIOGRAFI

-http://icu.gov.my/icuV9/pdf/artikel/DEB.pdf

-http://www.powerpoint-search-engine.com/kelemahan-dasar-ekonomi-baru-ppt.html

-http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/DASAR/DASAR%20EKONOMI%20BARU%201.pdf

-http://www.isis.org.my/attachments/390_MAZ_Kompass_220907.pdf

-http://www.scribd.com/doc/19356550/DASAR-EKONOMI-BARU

-http://www.scribd.com/doc/21516911/DASAR-EKONOMI-BARU

http://books.google.com.my/books?id=YFcxdliJi_0C&pg=PA174&dq=kelemahan+dasar+ek

onomi+baru&hl=en&ei=bDrZS67HHIy8rAfAtOTuDw&sa=X&oi=book_result&ct=result&r

esnum=1&ved=0CDUQ6AEwAA#v=onepage&q=kelemahan%20dasar%20ekonomi%20bar

u&f=false




                                                                                 17

								
To top