Docstoc

Isu diskriminasi pekerja Wanita sekarang@ YEE PIN

Document Sample
Isu diskriminasi pekerja Wanita sekarang@ YEE PIN Powered By Docstoc
					Isu diskriminasi pekerja perempuan
By ton6312




Sebenarnya Indonesia sudah meratifikasi konvensi PBB mengenai penghapusan semua
bentuk diskriminasi terhadap perempuan (CEDAW) sejak 28 tahun lalu. Sayang aturan
tersebut belum diterjemahkan ke dalam praktek pada semua aspek perundangan terutama
yang berlaku untuk sektor perburuhan. Makanya, kalau mau lembur malam, sampai saat ini
pekerja perempuan harus tunduk pada ketentuan untuk meminta izin kepada suaminya.
Ini poin2 penting isu diskriminasi terhadap perempuan dalam dunia kerja :

   1. Selalu dianggap single oleh aparat pajak. Kaum perempuan selalu membayar pajak
      penghasilan yang lebih besar dibanding lelaki kerana statusnya dianggap tunggal
      walaupun sudah bersuami. Beda dengan lelaki yang mendapatkan pengurangan
      apabila sudah beristeri dan mempunyai anak, sampai kapanpun perempuan ya
      sorangan bae alias single. Perempuan bisa mendapatkan pengurangan pajak apabila ia
      menjadi tulang punggung keluarga, misalnya suaminya tidak bisa bekerja karena
      cacat, sakit, atau meninggal dunia. Eit, urusan ini tidak mudah, banyak formalitasnya,
      dan tahu sendiri aparat pajak kita yang punya ilmu mengulur waktu atau mapnya
      disimpan entah ke mana.
   2. Dianggap single juga oleh Jamsostek. Jadi kalau mereka jadi anggota Jamsostek
      tidak bisa menanggung biaya kesehatan untuk suami atau anak. Sama halnya dengan
      pembayaran pajak penghasilan, dikecualikan apabila yang bersangkutan bisa
      membuktikan bahwa pasangannya tidak bisa mencari nafkah karena alasan sakit,
      cacat, atau sudah almarhum. Sekali lagi, mengurus dokumen ke Jamsostek tidak
      semudah membaca peraturannya. Ini lembaga yang terkenal dengan birokrasi lelet
      dan data semrawut, padahal mereka mengelola dana trilyunan rupiah.
   3. Tidak boleh hamil selama satu tahun. Biasanya terjadi pada proses rekrutmen di
      public sebagai salah satu syarat employment. Alasan pabrik, supaya produktivitas
      tetap tinggi, maklum cuti hamil kan tiga bulan, rugi dong pabriknya yang harus
      membayar upahnya selama masa istirahat. Begitu alasan yang biasa dikemukakan
      oleh manajemen. Bagaimana kalau kebablasan hamil ? Gampang. Pabrik tidak akan
      membayar cuti hamilnya. selama tiga bulan. Hmmmm, sedih ya mentalitas bangsa
      kita ini.
   4. Kalau mau lembur malam harus ada izin suami. Ini aturan zaman baheula yang
      masih diberlakukan hingga sekarang dan masih dimintakan oleh aparat Depnaker saat
      pabrik memberlakukan shift malam. Kalau suaminya tidak ada, minimal orang tua
      atau wali yang harus membubuhkan tanda tangannya walaupun si anak sudah berusia
      lebih dari 21 tahun.
   5. Upah lebih rendah dibandingkan dengan lelaki. Di beberapa pabrik saya sering
      menemukan upah pekerja perempuan yang rendah dibandingkan lelaki dan bukan hal
      yang jarang terjadi. Salah satu alasan yang sering kita menemukan saat
      menananyakan alasan ini kepada pihak perusahaan kerana menurut mereka tenaga
      perempuan tidak sekuat lelaki.
   6. Pekerja migran perempuan. Yang ini lebih menyedihkan di mana perempuan
      dikenai aturan : tidak boleh menikah, tidak boleh menyekolahkan anaknya bagi yang
      membawa keluarga, dan tidak boleh bergabung dengan serikat buruh. Pelanggaran
      atas ketentuan tersebut dapat berakibat dideportasi, terutama banyak terjadi di
      Malaysia.

Di atas hanya isu yang terdapat dalam dunia buruh, sebenarnya masalah diskriminasi banyak
terjadi di berbagai-bagai bidang.




Dari pengalaman pekerjaan saya, sangat sulit untuk memutus mata rantai diskriminasi
tersebut manakala aparat pemerintah terlanjur menikmati chauvinism dalam bentuk
pembiaran salah satu konvensi PBB yang telah ditandatangani oleh pemerintah sendiri. They
are not walk the talk alias gak konsisten dengan komitmen yang sudah dibuat untuk
menghapus semua bentuk diskriminasi khususnya dalam dunia kerja.

http://images.google.com.my/imgres?imgurl=http://mypotret.files.wordpress.com/2008/03/diskr.jp
g&imgrefurl=http://mypotret.wordpress.com/2008/03/17/isu-diskriminasi-pekerja-
perempuan/&usg=__CX1FGheDnncruHgm3VFddVxgbSk=&h=336&w=448&sz=22&hl=en&start=7&u
m=1&itbs=1&tbnid=QPvnCqGSNhsxeM:&tbnh=95&tbnw=127&prev=/images%3Fq%3Ddiskriminasi%
26hl%3Den%26um%3D1
Apakah itu diskriminasi? Diskriminasi boleh diertikan sebagai layanan tidak adil kepada seseorang
atau kelompok berdasarkan prejudis, iaitu sangkaan buruk, sama ada disebabkan oleh perbezaan
kelas, bangsa, gender, atau kategori-kategori selainnya. Ruang untuk berlaku diskriminasi mencakupi
perlbagai aspek, antaranya ialah perundangan, politik, ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan
kerjaya.



Melihat kepada situasi semasa yang berlaku pada hari ini, terdapat pelbagai golongan yang sering
melaungkan isu kesamarataan hak asasi bagi wanita. Di Malaysia, antara badan atau pertubuhan
yang memperjuangkan hak asasi berkaitan wanita adalah seperti Sister In Islam. Munculnya
golongan-golongan ini adalah disebabkan mereka beranggapan bahawa hak mereka telah dinafikan
atau ditindas oleh pihak yang berkuasa, atau mereka mahu membuka mata Kerajaan terhadap
peluang-peluang yang sepatutnya mereka miliki, sebagaimana yang diterima oleh golongan lelaki.



Hakikatnya, diskriminasi terhadap wanita timbul kerana ia sudah mendarah daging dalam
masyarakat sejak sekian lama, bukan sahaja dalam masyarakat Melayu, tetapi juga dalam
masyarakat India, Cina dan bangsa-bangsa lain. Keadaan ini pastinya umpama garam yang sudah
larut di dalam air, kerana ia sudah sebati dalam kehidupan bermasyarakat dan akan dianggap janggal
sekiranya menyalahi. Sebagai contoh, wanita dianggap lemah dari aspek pemikiran, pendirian dan
kekuatan fizikal. Kerana itu, wanita pada zaman dahulu tidak dibenarkan bersekolah tinggi kerana
asasnya tetap sama; akan masuk ke ceruk dapur juga. Akibatnya, berlakulah masalah buta huruf
dalam kalangan wanita sehingga menyebabkan mereka ketinggalan dalam perkembangan dunia hari
ini.



Dalam sesetengah kebudayaan, ibu bapa melakukan keganasan terhadap alat kelamin anak-anak
gadis mereka sebagai suatu amalan wajib berlandaskan kepercayaan atau pegangan tertentu. Dalam
satu kajian yang dijalankan oleh UNICEF, lebih daripada 130 juta wanita serta anak-anak gadis yang
melalui kehidupan mereka kini telah menghadapi salah satu bentuk kecederaan atau kerosakan
pada alat kelamin (FGM/C) mereka, dan ini boleh membawa akibat buruk kepada kesihatan,
termasuklah kegagalan untuk sembuh sepenuhnya, meningkatkan peluang untuk dijangkiti HIV,
masalah-masalah ketika melahirkan anak, penyakit-penyakit jangkitan kelamin dan juga gangguan
pada saluran air kencing. Ini merupakan salah satu bentuk diskriminasi terhadap wanita yang
didorong oleh faktor kebudayaan atau kepercayaan.



Diskriminasi terhadap wanita yang berleluasa akhirnya menyebabkan muncul golongan yang
memperjuangkan hak berasaskan gender yang melampau, seperti Feminisme Liberal, hatta mereka
sanggup membidas hukum syarak dan menganggapnya sebagai sekatan terhadap hak-hak wanita.
Contohnya, di Malaysia sendiri terdapat golongan seperti ini yang tidak menyetujui perihal
pelaksanaan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia kerana beranggapan ianya tidak
memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada wanita dari aspek poligami, perceraian, harta
sepencarian dan sebagainya lagi.
Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW)
merupakan undang-undang yang wajar bagi melindungi hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas
wanita. Perjanjian tersebut telah diangkat oleh Perhimpunan Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu pada tahun 1979. Ianya berkuatkuasa penggunaannya pada 3 September 1981. Manakala
penerimaannya di Malaysia adalah pada pada 5 Julai 1995 dimana terdapat beberapa bahagian isi
kandungannya yang di reservasikan kerana didapaiti bercanggah dengan hukum Syarak dan
sebahagiannya bercanggah dengan perlembagaan negara kita.



Berdasarkan percanggahan tersebut, Malaysia telah membuat reservasi ke atas lima Artikel iaitu
Artikel 2(f), 5(a), 7(b), 9 dan 16. Seterusnya, pada 1998, kerajaan menarik balik reservasi ke atas
Artikel 2(f), 9(1), 16(b),(d),(e) dan (h). Dengan penarikan balik reservasi ke atas beberapa artikel
tersebut, kini hanya tinggal Artikel 5(a), 7(b), 9(2),16 1(a),(c), (f) dan (g) dan 16 (2) yang masih
dikekalkan reservasi ke atasnya. Namun begitu, di peringkat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(SUHAKAM), mereka masih meneliti dan mengkaji supaya kerajaaan menarik balik reservasi ini.



Artikel 5 yang dikatakan bercanggah dengan perlembagaan negara kita di mana ianya berkaitan
dengan hak kewarganegaraan seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki asing. Di mana melalui
CEDAW ianya menuntut supaya secara automatik wanita tersebut menjadi warganegara suaminya.
Namun begitu, menurut perlembagaan persekutuan, seseorang rakyat Malaysia dilarang memegang
dua kewarganegaraan. Ini menunjukkan bahawa, seseorang wanita asing yang berkahwin dengan
rakyat negara ini tidak boleh menjadi warganegara melainkan dengan permohonan dan dia tidak
menjadi warganegara mana-mana selepas itu.



Di dalam artikel 16, ianya adalah di sebabkan bercanggah dengan hukum syarak. Antaranya
berkaitan dengan hak samarata di dalam perkahwinan dan sebagainya. Di dalam Islam, ianya
berbeza dengan di barat dimana hak perkahwinan dan perceraian itu terletak di tangan suami.
Misalnya di Amerika Syarikat, seseorang isteri itu boleh menceraikan suaminya dengan membuat
permohonan di mahkamah. Hal ini jelas bercanggah dengan Islam di mana kuasa untuk mentalakkan
isteri hanya pada suami.



CEDAW menjelaskan tentang hak-hak khusus yang tidak boleh dibeza-bezakan berdasarkan umur,
jantina, kelas ekonomi atau kewarganegaraan. Menerusi CEDAW ini, hak asasi wanita lebih dijamin
terpelihara, meskipun terdapat beberapa perkara di dalamnya yang menyalahi dan bertentangan
dengan konsep Islam. Antaranya ialah dari sudut falsafahnya yang kebaratan, di mana ia terlalu
mengutamakan konsep individualisme, sehingga mengenepikan agama, adat dan kebudayaan.
Namun, terdapat kebaikan-kebaikannya yang boleh dimanfaatkan oleh umat Islam, khususnya
wanita Islam sebagai perisai terhadap pencerobohan hak asasi wanita, selagi mana ia tidak
bertentangan dengan konsep ajaran Islam. Islam adalah agama universal, di mana ia menerima
setiap yang baik untuk diadaptasikan dalam ajaran agama Islam. Antara kandungan yang
dipersetujui dalam CEDAW ialah setiap negara yang mengesahkan Konvensyen berkaitan
Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) mestilah mengambil langkah
untuk mencegah segala bentuk perdagangan wanita dan pelacuran, hak wanita yang saksama dalam
menerima peluang pendidikan tanpa diskriminasi jantina atau agama, keadilan dalam bidang
pekerjaan dalam aspek penilaian kualiti kerja dan juga penggajian untuk kerja yang sama nilai.



Oleh itu, Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW)
perlulah dinilai dan dilihat secara baik untuk manfaat bersama, bukannya dengan menolak terus
prinsip dan dasar di dalamnya. Sesungguhnya Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk
berfikiran cetek dan menghukum tanpa usul periksa. Asasnya ialah setiap perkara yang tidak
bercanggahan dengan Islam boleh diambil dan diaplikasikan, sementara yang buruk atau
bertentangan hendaklah dijauhi dan ditinggalkan. Ia tidak seperti rukun iman; wajib ambil semua,
sebaliknya jika ada satu yang ditolak, maka terbatallah imannya.


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:749
posted:11/16/2010
language:Indonesian
pages:6
YEE  PIN YEE PIN http://
About