MORAL ASSIGNMENT DISKRIMINASI JANTINA@ YEE PIN by black90star

VIEWS: 13,840 PAGES: 24

									MPW 2153                 PENDIDIKAN MORAL             ASSIGNMENT 1




            SCHOOL OF ENGINEERING AND
           TECHNOLOGY INFRASTURCTURE


                       MPW 2153
                   PENDIDIKAN MORAL



                       ASSIGNMENT 1



TAJUK:
Diskriminasi Jantina Dan Kesannya Dalam Masyarakat Malaysia



     NO     NAMA                            MATRIK NO.
     1.     TAN YEE PIN                     KI 091393
     2.     CHONG PO HUI                    KI 091390


LECTURER’S NAME: ENCIK AZMI BIN AHMAD




                                                           Page | 1
MPW 2153                     PENDIDIKAN MORAL                ASSIGNMENT 1



                       KANDUNGAN


No                        Kandungan                           Muka Surat
1.  Pengenalan                                                    3
2.  Jenis-jenis Diskriminasi                                      4
3.  Diskriminasi Jantina                                         5-8
4.  Badan atau Pertubuhan yang Memperjuang                      9-13
5.  Hak-hak wanita                                              14-16
6.  Penyertaan wanita di bidang politik masih rendah             17
7.  Penglibatan wanita di dalam bidang pekerjaan meningkat      18-19
8.  Cara-cara Mengatasi Diskriminasi Jantina Di Kalangan        20-22
    Masyarakat Malaysia
9. Kesimpulan                                                     23
10. Rujukan                                                       24




                                                                  Page | 2
MPW 2153                             PENDIDIKAN MORAL                          ASSIGNMENT 1



                              PENGENALAN
   Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di
mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan.
Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia di
Malaysia.


   Diskriminasi berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan
manusia. Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ruang untuk berlaku
diskriminasi mencakupi perlbagai aspek, antaranya ialah perundangan, politik, ekonomi,
sosial, pendidikan, agama dan kerjaya. Ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi,
firma, malah oleh kerajaan.


   Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan
diskrimasi yang ketara adalah seperti berikut:


   1. Seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan
       yang diwakillinya.
   2. Seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada
       pekerja berdasarkan kumpulan yang diwakilinya.
   3. Sebuah institusi pendidikan enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia
       mempunyai kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam institusi berkenaan,
       disebabkan individu berkenaan mewakili kumpulan tertentu.


   Diskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip "setiap
manusia harus diberi hak dan peluang yang sama.




                                                                                       Page | 3
MPW 2153                            PENDIDIKAN MORAL                            ASSIGNMENT 1



                     Jenis-jenis Diskriminasi

   Diskriminasi adalah perlakuan buruk yang ditujukan terhadap kumpulan manusia tertentu.
Berdasarkan sasaran, diskriminasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti dibawah:


    1. Diskriminasi Jantina
Inidividu diberi layanan yang tidak adil kerana jantina mereka. Misalnya, seorang wanita
menerima gaji yang lebih rendah dengan lelaki sejawatnya, walaupun sumbangan mereka
adalah sama.


    2. Diskriminasi Umur
Inividu diberi layanan yang tidak adil kerana beliau tergolong dalam lingkungan umur
tertentu. Misalnya, di negara Malaysia remaja sentiasa dianggap orang yang menimbulkan
masalah sehingga timbul istilah "masalah remaja".


    3. Diskriminasi Kesihatan
Individu diberi layanan yang tidak adil kerana mereka menderita penyakit atau kecacatan
tertentu. Misalnya seorang yang pernah menderita sakit jiwa telah ditolak untuk mengisi
jawatan yang tertentu, walaupun ia telah sembuh dan mempunyai keupayaan yang diperlukan.


    4. Diskriminasi Ras
Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan ras yang diwakili mereka.


    5. Dikriminasi Agama
Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan agama yang dianuti.




                                                                                     Page | 4
MPW 2153                             PENDIDIKAN MORAL                         ASSIGNMENT 1



    Diskriminasi jantina ialah layanan berbeza terhadap individu atau kumpulan atas dasar
jantina. Hakikatnya, diskriminasi terhadap wanita timbul kerana ia sudah mendarah daging
dalam masyarakat sejak sekian lama, bukan sahaja dalam masyarakat Melayu, tetapi juga
dalam masyarakat India, Cina dan bangsa-bangsa lain. Keadaan ini pastinya umpama garam
                        yang sudah larut di dalam air, kerana ia sudah sebati dalam
                        kehidupan bermasyarakat dan akan dianggap janggal sekiranya
                        menyalahi.


                            Diskriminasi jantina mungkin berlaku disebabkan perbezaan
                        keadaan kekuatan fizikal lelaki dan perempuan. Lelaki dilihat secara
                        fizikalnya sebanyak seorang yang kuat, tegap dan boleh melakukan
                        kerja berat, manakala perempuan dilihat secara fizikal sebagai lemah,
tidak tegap dan sesuai dengan kerja mudah dan ringan.


    Perempuan juga bertanggungjawab melahir dan menjaga anak. Oleh sebeb perbezaan
yang wujud antara lelaki dengan perempuan, kedua-duanya diberikan tugas atau kerja yang
berbeza. Apabila terdapat perbezaan dalam mengagihkan tugas atau kerja ini mengikut
jantina dan diikuti pula dengan pemberian gaji yang berbeza, maka ada pihak mengatakan
bahawa amalan ini ialah suatu diskriminasi jantina. Biasanya, pihak yang didiskriminasi
dalam konteks ini ialah perempuan kerana layanan berbeza diberikan kepada mereka.


    Sebagai contoh, wanita dianggap lemah dari aspek pemikiran dan pendirian di Malyasia.
Kerana itu, wanita pada zaman dahulu tidak dibenarkan bersekolah tinggi kerana asasnya
tetap sama; akan masuk ke ceruk dapur juga. Akibatnya, berlakulah masalah buta huruf
dalam kalangan wanita sehingga menyebabkan mereka ketinggalan dalam perkembangan
dunia hari ini.




    Kaum wanita India Malaysia mengalami masalah dari dua segi iaitu menjadi wanita dan
juga miskin. Golongan ini menghadapi penindasan dan perlu bantuan. Walaubagaimanapun,
tuntutan terhadap wanita India telah diberi peluang yang sama dan bantuan khusus institusi
yang akan meningkatkan taraf sosial dan ekonomi mereka. Ini akan memberi kaum wanita



                                                                                      Page | 5
MPW 2153                              PENDIDIKAN MORAL                         ASSIGNMENT 1


kebebasan supaya dapat mengambil bahagian di khalayak orang yang membuat keputusan-
keputusan yang penting.


   Terdapat keluarga-keluarga melayu dan india di mana wanita menjadi ketua di keluarga
atau menjadi ibu tunggal. Keadaan ini mesti diawasi dan bantuan khas mesti dihulurkan
kepada keluarga-keluarga ini terutamanya di kategori pendapatan rendah dan pengetahuan
cetek.


   Dalam sesetengah kebudayaan, ibu bapa melakukan keganasan terhadap alat kelamin
anak-anak gadis mereka sebagai suatu amalan wajib berlandaskan kepercayaan atau
pegangan tertentu. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh UNICEF, lebih daripada 130 juta
wanita serta anak-anak gadis yang melalui kehidupan mereka kini telah menghadapi salah
satu bentuk kecederaan atau kerosakan pada alat kelamin (FGM/C) mereka, dan ini boleh
membawa akibat buruk kepada kesihatan, termasuklah kegagalan untuk sembuh sepenuhnya,
meningkatkan peluang untuk dijangkiti HIV, masalah-masalah ketika melahirkan anak,
penyakit-penyakit jangkitan kelamin dan juga gangguan pada saluran air kencing. Ini
merupakan salah satu bentuk diskriminasi terhadap wanita yang didorong oleh faktor
kebudayaan atau kepercayaan.



         Sebenarnya, isu berkaitan diskriminasi telah lama wujud. Sebagai contoh, pada zaman
jahiliyah, masyarakat Arab tidak suka anak perempuan. Mereka sanggup membunuh hidup-
hidup anak perempuan yang baru dilahir kerana dianggap boleh memalukan maruah and
status keluarga mereka.

         Bagi masyarakat Hindu, wanita dianggap sebagai unggun api yang bersemarak dan
pisau cukur yang tajam serta berpendapat wanita sebagai makhluk yang paling banyak
berdosa berbanding dengan makhluk lain.

         Kaum Yahudi pula menganggap wanita sebagai orang yang dilaknat dan dikutuk oleh
Tuhan.

         Bagi kaum Nasrani, wanita ialah orang yang paling teruk and buruk, meliputi segala
macam kerugian, membahayakan keselamatan keluarga dan mendatangkan musibah yang
berpanjangan. Jelas kepada kita bahawa kaum wanita memang tidak mendapat layanan baik
seperti kaum lelaki bagi kebanyakan bangsa di dunia ini pada masa dahulu.

                                                                                      Page | 6
MPW 2153                            PENDIDIKAN MORAL                          ASSIGNMENT 1


   Pada hari ini terdapat kumpulan yang memperjuangkan hak sama rata antara lelaki
dengan perempuan dalam pelbagai perkara termasuk sukan, perkerjaan pendidikan, ekonomi
dan politik. Mereka menentang kumpulan male chauvinist atau kumpulan tradisional yang
menganggap wanita sebagai wanita lemah dan membezakan wanita berbanding dengan lelaki
dari segenap segi. Bagi kumpulan ini, mereka membezakan antara lelaki dengan perempuan
atas beberapa sebab. Antaranya ialah:

   1) Lelaki dan perempuan berbeza dari segi fizikal, oleh itu perlu menduduki ruang dan
      tempat yang berbeza
   2) Manusia perlu bertindak dan dilayan bersesuaian dengan jantina mereka dan oleh
      sebab lelaki dan perempuan berbeza, mereka perlu diberikan layanan yang berbeza
      dan
   3) Manusia perlu berkelakuan serta dilayan sejajar dengan sifat semula jadi mereka dan
      kerana sifat semula jadi lelaki dan wanita berbeza, maka kedua-dua jantina ini perlu
      dipisahkan.



Sebaliknya, kumpulan yang memperjuangkan hak sama rata
antara jantina menganggap hujah kumpulan di atas sebagai
tidak rasional dan bermotif diskriminasi. Mereka menganggap
hujah

   1) Yang menggambarkan wanita sebagai kaum yang
      lemah, tidak rasional, tidak kreatif dan tidak berguna berbanding dengan kaum lelaki
      sebagai tidak berasas. Mereka merpersoal kenapa manusia yang berlainan jantina
      perlu dilayan secara berbeza dan layanan ini pula mesti bersesuaian dengan hakikat
      kejadian semula jadi. Mereka menganggap pandangan ini sengaja diadakan oleh
      kumpulan tradisional untuk memperkukuh sifat chauvinist mereka.
   2) Kumpulan ini diminta diperjelas apa yang dikatakan tingkah lakuyang sesuai dan
      layanan yang bagaiman dikhaskan kepada wanita dan lelaki. Mereka juga mempersoal
      bagaimana layanan yang harus diberikan kepada mereka yang lemah. Bagi mereka,
      wanita yang dianggap lemah boleh menjadi kuat dan bijak berbanding lelaki dengan
      keadaan tertentu.
   3) Kumpulan ini berpendapat bahawa tiada bukti kukuh untuk membuktikan perbezaan
      jantina yang bersifat sejagat dan menyeluruh kecuali perbezaan fizikal. Yang berbukti
      ialah, tidak semua kerja yang dilakukan oleh lelaki tidak dapat dilakukan wanita. Oleh
      itu, mereka berpendapat jurang permisahan antara jantina tidak perlu wujud.



   Selain itu, kumpulan penentang perbezaan jantina menuntut agar kaum wanita tidak
dilabelkan dengan perbagai imej buruk. Mereka menganggap kaum lelaki juga tidak kurang
keburukan, malah ada yang lebih buruk berbanding dengan kaum wanita.


                                                                                    Page | 7
MPW 2153                             PENDIDIKAN MORAL                          ASSIGNMENT 1


   Mereka juga menuntut hak dan peluang yang sama dengan kaum lelaki dan bukan hanya
menganggap kaum wanita sesuai menjadi pengurus suami dan rumah tangga. Hasil daripada
tuntutan itu, kini jurang perbezaan antara jantina semakin terhakis. Wanita sekarang boleh
memilih pekerjaan yang diminati dan mempelajari bidang yang disukai. Banyak pekerjaan
dahulunya dimonopoli oleh kaum lelaki, sekarang diceburi oleh kaum wanita. Akibatnya,
kaum lelaki mula terancam dengan fenomena ini.

   Dalam pendidkan, ramai wanita sudah mempelajari bidang yang dahulunya hanya
dipelajari oleh kaum lelaki seperti kejuruteraan dan astronomi. Penglibatan wanita dalam
perbagai bidang pekerjaan dan pendidikan yang baru ini membuktikan bahawa pandangan
penyokong perbezaan jantina terhadap kaum wanita adalah salah. Mereka juaga ingin
menyedarkan kumpulan tradisional bahawa perbezaan jantina hanyalah satu kepercayaan
semata-mata dan perlu dihapuskan. Kini di kebanyakan Negara maju seperti Amerika
Syarikat, isu perbezaan jantina semakin dilupakan dan diskriminasi jantina juga tidak
dibenarkan dalam memilih pekerja.

   Hasil daripada perjuangan kumpulan penentang perbezaan jantina ini telah membawa
perubahan kepada kehidupan kaum wanita. Kehidupan mereka lebih terjamin dengan
lulusnya beberapa akta yang meletakkan mereka setaraf dengan kaum lelaki. Pihak institusi
peergajian tinggi dan badan-badan sukan sekarang tidak lagi membezakan antara lelaki
dengan wanita untuk memasuki institusi mereka.

   Majikan juga tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap
kaum wanita dari segi perberian gaji, jenis pekerjaan, kenaikan
pangkat dan cuti. Bagaimanapun, ada pihak mempersoalkan
kewajaran menyamaratakan kedudukan wanita dengan lelaki. Bagi
kumpulan ini, pembebasan wanita daripada apa yang dikatakan
sebagai diskriminasi telah menjadikan golongan ini begitu ghairah untuk hidup bebas
sehingga menghanyutkan mereka ke lembah yang lebih berbahaya akibat timbulnya banyak
masalah social.

   Antaranya ialah, kadar penceraian meningkat sehingga menyebabkan ramai wanita
menjadi ibu tunggal, kemiskinan wanita, toleransi terhadap gaya hidup yang berlainan dan
eksploitasi wanita.




                                                                                        Page | 8
MPW 2153                             PENDIDIKAN MORAL                         ASSIGNMENT 1



    BADAN ATAU PERTUBUHAN YANG
           MEMPERJUANG
       Melihat kepada situasi semasa yang berlaku pada hari ini, terdapat pelbagai golongan
yang sering melaungkan isu kesamarataan hak asasi bagi wanita. Di Malaysia, antara badan
atau pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi berkaitan wanita adalah seperti Sister In
Islam. Munculnya golongan-golongan ini adalah disebabkan mereka beranggapan bahawa
hak mereka telah dinafikan atau ditindas oleh pihak yang berkuasa, atau mereka mahu
membuka mata Kerajaan terhadap peluang-peluang yang sepatutnya mereka miliki,
sebagaimana yang diterima oleh golongan lelaki.


       Untuk menyelesaikan masalah diskriminasi, kita boleh membina dunia yang selamat
untuk wanita-wanita dengan mendidik kaum lelaki daripada muda untuk menghormati
wanita-wanita dan anak-anak gadis.


       Wanita-wanita di Malaysia berkongsi suara dengan UNICEF sebagai tanda
pelancaran laporan Keadaan Kanak-Kanak Sedunia (SOWC) 2007 di peringkat kebangsaan
pada Hari Wanita Antarabangsa.


       Bertemakan “Wanita”– Imbuhan Berganda yang dibawa oleh Kesaksamaan Jantina”,
SOWC 2007 meneliti diskriminasi dan juga keadaan wanita yang tidak berupaya di mana
kebanyakan wanita terpaksa melaluinya sepanjang hidup mereka – dan juga memberi garis
panduan tentang apa yang perlu dilakukan untuk menghapuskan
diskriminasi terhadap jantina dan juga untuk memperkasakan
wanita serta anak-anak gadis.


       Diskriminasi terhadap wanita yang berleluasa akhirnya juga
menyebabkan muncul golongan yang memperjuangkan hak
berasaskan gender yang melampau, seperti Feminisme Liberal,
hatta mereka sanggup membidas hukum syarak dan
menganggapnya sebagai sekatan terhadap hak-hak wanita. Contohnya, di Malaysia sendiri
terdapat golongan seperti ini yang tidak menyetujui perihal pelaksanaan Undang-undang
Keluarga Islam di Malaysia kerana beranggapan ianya tidak memberikan keadilan dan


                                                                                      Page | 9
MPW 2153                              PENDIDIKAN MORAL                            ASSIGNMENT 1


kesaksamaan kepada wanita dari aspek poligami, perceraian, harta sepencarian dan
sebagainya lagi.


       Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita
(CEDAW) merupakan undang-undang yang wajar bagi melindungi hak-hak asasi manusia
dan kebebasan asas wanita. Perjanjian tersebut telah diangkat oleh Perhimpunan Umum
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1979. Ianya berkuatkuasa penggunaannya
pada 3 September 1981. Manakala penerimaannya di Malaysia adalah pada pada 5 Julai 1995
dimana terdapat beberapa bahagian isi kandungannya yang di reservasikan kerana didapaiti
bercanggah dengan hukum Syarak dan sebahagiannya bercanggah dengan perlembagaan
negara kita.


       Namun begitu, menurut perlembagaan persekutuan, seseorang rakyat Malaysia
dilarang memegang dua kewarganegaraan. Ini menunjukkan bahawa, seseorang wanita asing
yang berkahwin dengan rakyat negara ini tidak boleh menjadi warganegara melainkan
dengan permohonan dan dia tidak menjadi warganegara mana-mana selepas itu. Menerusi
CEDAW ini, hak asasi wanita lebih dijamin terpelihara, meskipun terdapat beberapa perkara
di dalamnya yang menyalahi dan bertentangan dengan konsep Islam.


       Pada masa kini, terdapat pelbagai badan-badan bukan kerajaan memberi pengenalan
kepada beberapa siri program-program pendidikan untuk anak-anak muda. Antara lain,
termasuklah bengkel-bengkel tentang stereotaip wanita, hubungan di antara wanita,
keselamatan diri, kesedaran tentang rogol, keganasan terhadap wanita.


       Di Sekolah Perempuan Methodist (MGS) di Kuala Lumpur, mereka telah mendidik
anak-anak gadis dalam bagaimana mempertahankan diri mereka sendiri. Tetapi oleh kerana
golongan yang bertanggungjawab adalah selalunya lelaki, maka kita sepatutnya mendidik
pelajar-pelajar lelaki. Jika pelajar-pelajar lelaki dididik dari usia yang lebih muda untuk
menghormati wanita, akan berkuranganlah kejadian-kejadian penderaan serta rogol untuk
berlaku, menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih selamat untuk wanita.


       Selain itu, cara untuk mengatasi diskriminasi jantina juga boleh melaksanakan
advokasi untuk pendidikan seks, kasih sayang, perkahwinan dan juga kemahiran sebagai ibu


                                                                                        Page | 10
MPW 2153                             PENDIDIKAN MORAL                          ASSIGNMENT 1


dan bapa, iaitu perkara yang penting mengenai kesedaran hak-hak jantina di dalam dunia
masa kini.


       Sekiranya kita melihat keganasan terhadap wanita masih berlaku pada masa kini di
Malaysia, ia mungkin disebabkan oleh kurangnya pendidikan dan hormat terhadap wanita
dan insitusi keluarga. Institusi-institusi pendidikan sepatutnya meletakkan keutamaan di
dalam membentuk pelajar-pelajar mereka untuk menjadi seorang dewasa yang bersopan serta
mempunyai hormat terhadap antara satu sama lain.


       Sejarah berkenaan dengan kelahiran serta tarikh yang didapati daripada bancian yang
telah dilakukan menunjukkan kelahiran bayi lelaki yang tinggi dan juga lebih ramai bayi
lelaki yang hidup sehingga berumur lima tahun di Malaysia yang mencadangkan bahawa
terdapat kaedah memilih jantina fetus dan bayi di dalam negara yang, walaupun terdapat
inisiatif untuk menghapuskan amalan-amalan tersebut


       Pada masa dahulu, lebih daripada 15 juta kanak-kanak yang sepatutnya berada di
sekolah rendah tidak dapat menghadirinya. Untuk setiap 100 orang kanak-kanak lelaki yang
tidak menghadiri sekolah, terdapat 115 orang kanak-kanak perempuan yang berada di dalam
situasi yang sama.


       Keadaan yang tidak dapat dinafikan ialah lelaki dapat mengikuti persekolahan secara
tidak langsung telah menafikan kanak-kanak perempuan peluang untuk berkembang kepada
potensi mereka sepenuhnya. Kira-kira seorang kanak-kanak perempuan daripada lima orang
lelaki di sekolah rendah di Malaysia tidak dapat menghabiskan pendidikan di peringkat
sekolah rendah.


       Di Negara Malaysia, secara puratanya terdapat 43 peratus anak-anak gadis yang
berada di dalam lingkungan umur yang bersesuaian untuk menghadiri pengajian di sekolah
menengah. Kajian-kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa wanita yang
mempunyai pendidikan mempunyai kebarangkalian yang kurang untuk menghadapi masalah
ketika melahirkan anak seperti kematian dan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk
menghantar anak-anak mereka ke sekolah.




                                                                                     Page | 11
MPW 2153                            PENDIDIKAN MORAL                          ASSIGNMENT 1


       Soal-selidik yang dijalankan oleh UNICEF telah menunjukkan bahawa secara purata,
kanak-kanak yang mempunyai ibu yang tidak berpendidikan adalah dua kali ganda lebih
berkemungkinan untuk tidak mengikuti pendidikan di sekolah rendah berbanding kanak-
kanak di mana ibu mereka pernah mengikuti pengajian di peringkat sekolah rendah.


       Lebih daripada 130 juta wanita serta anak-anak gadis yang melalui kehidupan mereka
kini telah melalui salah satu bentuk kecederaan/kerosakan pada alat kelamin mereka, yang
boleh membawa akibat buruk kepada kesihatan mereka, termasuklah kegagalan untuk
sembuh sepenuhnya, meningkatkan peluang untuk dijangkiti HIV, masalah-masalah ketika
melahirkan anak, penyakit-penyakit jangkitan kelamin dan juga gangguan pada saluran air
kencing.


       Semakin muda anak-anak gadis melakukan perhubungan seks buat pertama kali, lebih
besar kemungkinan perhubungan seksual telah dipaksa terhadap mereka. Menurut kajian
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 150 juta gadis dan 73 juta lelaki di bawah umur 18 tahun
pernah mengalami hubungan seksual yang dipaksa atau sebarang bentuk keganasan fizikal
dan seksual dalam tahun 2002.


                                                 Secara global, sebanyak 36 peratus
                                          daripada wanita yang berumur di antara 20-24
                                          tahun telah berkahwin sebelum mereka mencecah
                                          umur 28 tahun. Kehamilan dan kelahiran bayi
                                          yang tidak cukup bulan selalunya amat merbahaya
                                          lebih-lebih lagi untuk anak-anak gadis.


       Adalah dianggarkan seramai 4 juta orang anak-anak gadis yang berumur di dalam
lingkungan 15-19 tahun melahirkan anak setiap tahun. Jika seorang ibu berumur bawah 18
tahun, peluang untuk bayi tersebut meninggal dunia ketika tahun pertama hidupnya adalah 60
peratus lebih banyak berbanding dengan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang berumur lebih
daripada 19 tahun. Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang berumur kurang daripada 18
tahun besar kemungkinan akan mengalami berat badan yang rendah, kurang nutrisi dan juga
perkembangan fizikal dan kognitif yang lambat.




                                                                                    Page | 12
MPW 2153                                PENDIDIKAN MORAL                         ASSIGNMENT 1


           Setiap minit, seorang wanita akan meninggal dunia disebabkan oleh masalah
kehamilan. Bayi-bayi yang baru dilahirkan tetapi tidak mempunyai ibu mempunyai
kebarangkalian untuk meninggal dunia sebanyak 3 sehingga 10 kali berbanding dengan bayi-
bayi yang baru dilahirkan di mana ibu mereka masih hidup selepas melahirkan mereka.


           Wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti HIV berbanding dengan
lelaki, sebahagiannya disebabkan oleh faktor fisiologi. Tetapi diskriminasi jantina juga
memainkan peranan, menafikan hak wanita untuk berunding agar mereka dapat
mengurangkan risiko daripada dijangkiti.


           Kadar buta huruf yang tinggi di kalangan wanita telah mencegah mereka daripada
mengetahui tentang risiko-risiko jangkitan HIV dan cara-cara untuk melindungi diri mereka
sendiri.


           Wanita-wanita yang sudah berumur pula mungkin terpaksa menghadapi diskriminasi
berganda hanya berasaskan jantina dan juga umur mereka. Wanita mempunyai
kecenderungan untuk hidup lebih lama berbanding dengan lelaki, mungkin tidak mempunyai
kawalan terhadap sumber-sumber keluarga dan mungkin akan menghadapi diskriminasi di
dalam warisan harta and juga undang-undang yang berkaitan dengan harta benda.
           Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengingati Profesor Datuk Dr Sharifah
Hapsah tentang tanggungjawab beliau untuk “menjaga negara ini sebagai seorang ibu, isteri,
intelek dan juga dengan taat.


           Tenaga buruh di Malaysia hanya 47 peratus sahaja terdiri daripada wanita-wanita
walaupun sekarang terdapat lebih ramai graduan-graduan wanita berbanding dengan lelaki.
Keputusan untuk duduk di rumah bukanlah suatu keputusan yang langsung tidak baik kerana
kita mempunyai wanita-wanita yang berpendidikan untuk mendidik dan membesarkan anak-
anak mereka. Kebanyakan wanita adalah usahawan-usahawan dan mereka bekerja dari rumah
dan membawa pendapatan kepada keluarga. Walaupun wanita-wanita yang dikenali sebagai
suri rumah juga menjana pendapatan yang tinggi untuk keluarga mereka. Mereka bukan
duduk di rumah dan tidak berbuat apa-apa kerana kebanyakan mereka berniaga kecil-kecilan
dan amat produktif. Persekitaran tempat kerja yang positif akan menggalakkan untuk wanita-
wanita akan dapat meningkatkan lebih ramai graduan-graduan yang serius di dalam mencapai
kareer mereka.

                                                                                      Page | 13
MPW 2153                               PENDIDIKAN MORAL                            ASSIGNMENT 1



                               Hak-hak wanita
         Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita
(CEDAW) merupakan alat yang melindungi hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas
wanita. Konvensyen tersebut merupakan perjanjian yang berkait-rapat antara satu sama lain,
di mana ia menghubungkan masyarakat agar dapat bergerak maju terhadap hak-hak asasi
manusia.

         Dengan setiap satunya menjelaskan tentang hak-hak khusus yang tidak boleh dibeza-
bezakan berdasarkan jantina. Perjanjian ini melengkapi antara satu sama lain, melengkapi
seruan mereka dalam hak-hak dan tanggungjawab yang khusus serta memenuhi jurang-jurang
                                               yang penting yang mungkin wujud sekiranya
                                               masing-masing dibangunkan secara sendirian.

                                                      Walaupun perjanjian tersebut telah
                                               menerima penghebahan yang meluas, CEDAW
                                               telah melalui jalan yang penuh berliku di dalam
                                               mencapai penerimaan dan persetujuan.

                                                      Manakala 184 buah negara yang lain
                                               adalah memihak kepada CEDAW, terdapat
                                               beberapa buah negara yang telah menghantar
                                               persetujuan tetapi masih mempunyai kesangsian
                                               terhadap beberapa artikel di dalam CEDAW.
                                              Malahan, CEDAW mempunyai bilangan
kesangsian yang paling tinggi di antara lain-lain perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu, yang menunjukkan bahawa terdapat tentangan terhadap hak-hak wanita di seluruh
dunia.

         Mencapai kesaksamaan jantina dan memperkasa wanita adalah perlu untuk mencapai
pembangunan sosial, ekonomi dan politik. Hari ini, anak-anak gadis dan wanita masih terus
menerima manfaat daripada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan di mana wanita melepasi
lelaki dari segi kemasukan dan juga pencapaian akademik di dalam pelbagai situasi. Wanita-
wanita di Malaysia juga kini terlibat dengan lebih aktif di dalam politik dan lain-lain inisiatif
di peringkat kebangsaan.

                                                                                        Page | 14
MPW 2153                            PENDIDIKAN MORAL                          ASSIGNMENT 1


   Iltizam serta tekad yang telah diberikan oleh Malaysia terhadap kemajuan wanita-wanita
dapat dilihat dengan jelas melalui program-program serta dasar-dasar yang telah dilaksanakan
dalam masa dua dekad yang lepas.

                                              Pada tahun 1985, Kerajaan Malaysia telah
                                       menyiapkan sebuah Dasar Kebangsaan untuk Wanita
                                       sebagai panduan bagi penglibatan para wanita di
                                       dalam proses pembangunan. Dasar tersebut boleh
                                       membantu meningkatkan taraf kehidupan wanita
                                       dengan menangani cabaran-cabaran melalui
                                       pendidikan dan penghapusan kemiskinan.
                                              Status wanita telah menjadi objektif utama
                                       Rancangan Malaysia ke-6 (1991 – 1995), di mana
                                       sebuah Dana khas disediakan untuk perkembangan
       wanita dan telah menjadi satu langkah yang penting di dalam menuju ke arah
       keperkasaan wanita-wanita di Malaysia. Rancangan-rancangan Malaysia seterusnya
       masih memberi perhatian kepada keperluan-keperluan wanita dengan cadangan untuk
       memajukan status mereka di dalam masyarakat.
      Dengan menyetujui pendapat-pendapat yang telah ditetapkan terlebih dahulu semasa
       Platform Beijing untuk Tindakan di Persidangan Sedunia PBB untuk Wanita yang
       Ke-Empat (1995), Kerajaan telah berjanji untuk 1) meningkatkan jentera kebangsaan
       untuk kemajuan wanita; 2) meningkatkan penglibatan para wanita dalam membuat
       keputusan; 3) mempertahan serta melindungi hak-hak wanita kepada kesihatan,
       pendidikan serta kesejahteraan sosial dan 4) mengatasi segala cabaran undang-undang
       serta amalan-amalan yang berunsur diskriminasi terhadap jantina.
      Pada tahun 1995, Kerajaan juga telah memperkenalkan Konvensyen PBB yang
       berkaitan dengan Penghapusan Sebarang Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita
       (CEDAW).
      Pada tahun 2001, Kerajaan telah menubuhkan Kementerian Pembangunan Wanita,
       Keluarga & Masyarakat dengan diberikan mandat untuk mengendalikan isu-isu
       berkaitan dengan wanita serta mengangkat martabat wanita di negara ini.
      Perlembagaan Malaysia telah digubal semula pada Ogos 2001 yang melarang
       sebarang bentuk diskiriminasi yang berasaskan gender di dalam mana-mana undang-
       undang.

                                                                                    Page | 15
MPW 2153                            PENDIDIKAN MORAL                        ASSIGNMENT 1


   Pihak Kerajaan masih terus memainkan peranan yang penting di dalam menyokong untuk
mencapai lebih kesaksamaan jantina dalam negara ini, dengan menyediakan persekitaran
yang sihat untuk memajukan wanita-wanita dalam arena kebangsaan dan juga antarabangsa.

       Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang
bertanggungjawab di dalam
mengetengahkan isu-isu wanita di
Malaysia telah diberikan peruntukan di
mana ia telah ditingkatkan daripada RM
1.8 juta (US$ 0.5 juta) pada tahun 2001
kepada RM 30.5 juta (US$ 8.6 juta) pada
tahun 2005, dan ia membuktikan bahawa
negara ini amat serius di dalam
komitmennya terhadap isu-isu wanita.

       Cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi pada masa hadapan yang patut diambil kira
termasuklah: mengetengahkan isu-isu seperti kemiskinan yang berterusan bagi rumahtangga
di mana wanita merupakan ketua keluarga; menentang keganasan terhadap wanita;
meningkatkan keberkesanan strategi-strategi yang mengutamakan gender; menghapuskan
halangan-halangan yang disebabkan oleh sikap yang boleh membawa kesan kepada
pembinaan kapasiti; serta meningkatkan tahap penglibatan wanita di dalam pasaran buruh,
perniagaan dan di dalam politik termasuklah kerajaan.




                                                                                 Page | 16
MPW 2153                                PENDIDIKAN MORAL                          ASSIGNMENT 1



 Penyertaan wanita di bidang politik masih
                 rendah
           Perwakilan wanita-wanita dalam badan-badan perundangan adalah merupakan salah
satu petunjuk yang membuktikan komitmen masyarakat di dalam memperkasakan wanita.
Penglibatan wanita-wanita di dalam proses-proses membuat keputusan yang berdasarkan
politik boleh membantu memastikan penghapusan ketidaksamaan yang dihadapi oleh wanita-
wanita.

           Semenjak merdeka, bilangan calon wanita yang telah dipilih untuk memasuki badan-
badan pembuat keputusan politik di Malaysia semakin bertambah, tetapi hanya pada kadar
yang sederhana dan masih berada di tahap yang rendah. Pada tahun 1990, hanya 5 peratus
daripada ahli-ahli parlimen terdiri daripada wanita. Bilangan ini telah berganda sebanyak 10
peratus pada tahun 1999 tetapi ia telah kekal di tahap tersebut walaupun selepas pilihanraya
umum pada tahun 2004.

           Dengan pendidikan di peringkat yang tinggi, yang seringkali melepasi lelaki, adalah
diharapkan wanita-wanita dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya di setiap peringkat
politik.




                                                                                       Page | 17
MPW 2153                            PENDIDIKAN MORAL                           ASSIGNMENT 1



        Penglibatan wanita di dalam bidang
               pekerjaan meningkat
       Di Malaysia, penglibatan wanita-wanita di dalam bidang pekerjaan, walaupun masih
rendah, telah meningkat daripada 44.7 peratus pada tahun 1995 kepada 47.3 peratus pada
                                                              tahun 2004. Semakin ramai
                                                              wanita-wanita kini yang
                                                              terlibat di dalam sektor
                                                              pekerjaan, peningkatan yang
                                                              amat ketara apabila sektor
                                                              perindustrian berada di tahap
                                                              yang tertinggi pada tahun
                                                              1980-an.




       Inisiatif-inisiatif oleh pihak Kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan terhadap
laluan kepada pendidikan pada tahap yang tinggi telah membantu memberikan kekuatan




kepada sejumlah peratus wanita-wanita Malaysia yang lebih besar, dan lebih banyak lagi
telah diperhatikan bergerak menuju pekerjaan-pekerjaan yang berpendapatan tinggi.


                                                                                    Page | 18
MPW 2153                            PENDIDIKAN MORAL                          ASSIGNMENT 1


       Menurut statistik yang didapati daripada kajian semula Rancangan Malaysia ke-8
yang telah dilakukan pada jangkamasa pertengahan, bilangan wanita-wanita yang telah
menjadi pembuat undang-undang, pegawai-pegawai atasan dan pengurus-pengurus telah
meningkat daripada 5 peratus pada tahun 2000 kepada 5.3 peratus pada tahun 2002.

       Usaha-usaha untuk membuat pengiraan terhadap kerja-kerja yang tidak berbayar telah
mendapati bahawa wanita-wanita menjalankan “kerja penjagaan” yang lebih tinggi (75
peratus daripada wanita berbanding dengan 24 peratus lelaki), yang berjumlah kira-kira 76
bilion ringgit, atau 12 peratus daripada Jumlah Kasar Produk Domestik (GDP) Malaysia.

       Kemiskinan di kalangan rumahtangga yang diketuai wanita telah berkurangan
disebabkan program-program menjana pendapatan untuk ibu-ibu tunggal dan miskin serta
menyumbangkan tempat tinggal yang asas dan selamat kepada golongan yang disasarkan.

       Pertambahan bilangan wanita di dalam pasaran buruh akan memerlukan mereka
mengimbangi tanggungjawab mereka di tempat kerja dengan keluarga yang bersaing rapat di
antara satu sama lain. Pengurusan masa yang fleksibel di tempat kerja, kemudahan-
kemudahan penjagaan anak-anak yang selamat dan berkualiti tinggi serta termasuklah
„teleworking‟ yang akan menyokong penglibatan tenaga kerja wanita yang meningkat.

       Kekurangan dalam kemahiran-kemahiran pengurusan dan profesional selalunya
menjadi penghalang kepada peluang-peluang untuk wanita maju kepada jawatan-jawatan
profesional yang lebih tinggi. Peluang-peluang latihan pendidikan serta vokasional untuk
wanita perlu untuk menggalakkan penglibatan mereka dalam lapangan-lapangan yang
membawa kepada pekerjaan-pekerjaan yang berpendapatan tinggi dalam kesemua sektor.
Wanita secara umumnya kekurangan kemudahan kepada maklumat pinjaman dan pasaran
untuk mempertahankan perniagaan mereka.




                                                                                    Page | 19
MPW 2153                             PENDIDIKAN MORAL                          ASSIGNMENT 1



             Cara-cara Mengatasi Diskriminasi
Jantina Di Kalangan Masyarakat Malaysia

       Dunia yang bebas daripada diskriminasi mungkin kelihatan seperti sebuah impian
yang agak mustahil, walaubagaimanapun ia adalah sebuah impian yang boleh dicapai. Amat
jelas sekali bahawa perubahan ketara yang cenderung terhadap wanita dan anak-anak gadis
adalah tidak mustahil dan untuk kanak-kanak, tetapi perubahan ini adalah amat penting.

       Masyarakat antarabangsa amat berdedikasi di dalam mencapai kesaksamaan di antara
wanita dan lelaki dan juga untuk melindungi
hak-hak wanita serta anak-anak gadis.
Kesaksamaan jantina tertera dengan jelas
sekali di dalam Matlamat Pembangunan
Milenium yang telah ditetapkan pada tahun
2000 dan, semenjak September 2006, 184
buah negara telah mengesahkan Konvensyen
yang berkaitan Penghapusan segala Bentuk
Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW).

       Tetapi walaupun dengan komitmen
ini, untuk kebanyakan wanita dan anak-anak
gadis, janji tersebut masih belum dapat
dipenuhi

       . Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah untuk seluruh dunia menukarkan kata-
kata yang telah termeterai tersebut sebagai tindakan yang dapat dilaksanakan oleh pihak-
pihak kerajaan, badan-badan organisasi, lelaki dan remaja lelaki, para suami dan bapa, para
pengundi, para pendidik, pemimpin-pemimpin pertubuhan keagamaan dan sivil, pihak media,
sektor swasta dan, yang paling utama, wanita dan anak-anak gadis sendiri. Banyak langkah-
langkah yang telah diambil, tetapi perhatian masih perlu diberikan kepada lain-lain isu yang
berkaitan dengan diskriminasi jantina.


                                                                                     Page | 20
MPW 2153                            PENDIDIKAN MORAL                           ASSIGNMENT 1


       Untuk membawa perubahan di dalam perjuangan untuk mencapai kesaksamaan di
antara wanita dan lelaki, kita boleh cuba mengambil langkah-langkah berikut:

   1. Dapatkan maklumat

        Tindakan yang diambil memerlukan perhatian yang utama untuk memastikan ia
berkesan, oleh itu perkara pertama yang kita perlu lakukan ialah menilai keutamaan kita
(fikirkan apa yang paling penting bagi kita). Teliti beberapa faktor yang menyumbang kepada
ketidaksamaan jantina dan keganasan terhadap wanita di dalam masyarakat anda. Ini
termasuklah status ekonomi wanita yang rendah di dalam masyarakat, tradisi-tradisi dan
amalan-amalan yang membawa
kemudaratan, ketidakseimbangan kuasa
di dalam keluarga dan masyarakat;
wanita-wanita yang bergantung kepada
ekonomi, dan penerimaan bahawa
keganasan merupakan satu cara untuk
menyelesaikan pertelingkahan. Lebih
banyak isu-isu yang kita ketahui, lebih
berkesan tindakan yang ambil.



   2. Ketahui dengan lebih banyak –
      laksanakan satu soal-selidik


        Satu soal-selidik boleh memberi
kita maklumat yang tepat tentang
bagaimana ketidaksamaan jantina
memberi kesan kepada keluarga yang
kita sayangi serta masyakarat. Ia juga boleh memberi kita maklumat tentang pendapat orang
ramai berkenaan diskriminasi jantina dan juga boleh membantu kita di dalam mencapai jalan-
jalan penyelesaian untuk menangani masalah tersebut. Setelah anda menetapkan apakah
maklumat-maklumat yang anda perlukan, langkah berikutnya adalah untuk mereka soalan-
soalan yang boleh mengumpulkan maklumat-maklumat tersebut dengan cekap.




                                                                                   Page | 21
MPW 2153                            PENDIDIKAN MORAL                          ASSIGNMENT 1


   3. Sertai badan bukan kerajaan untuk membina sekutu dan rakan kerjasama.


       Sila cari lain-lain kumpulan yang mempunyai pengalaman yang berkaitan ataupun
yang mempunyai minat untuk menggalakkan hak-hak wanita dan anak-anak gadis di
Malaysia. Bekerja dengan wanita-wanita daripada masyarakat yang berada di kawasan
pedalaman, wanita-wanita daripada kumpulan-kumpulan minoriti, wanita-wanita yang pernah
menjadi mangsa keganasan dan wanita-wanita yang mempunyai keperluan khas atau wanita
yang kurang mendapat perkhidmatan kesihatan akan membantu mereka mengetahui tentang
hak-hak mereka. Mereka akan menjadi kuat sekiranya mereka bersatu antara satu sama lain.

   4. Bersuara dengan memecahkan kesenyapan


       Kendalikan kempen-kempen, perbincangan-perbincangan, dialog-dialog, pementasan
di kawasan yang terdapat orang ramai di dalam masyarakat anda dan kumpulkan orang ramai
untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan sikap sosial dan norma-norma yang
mencegah wanita daripada menyedari hak-hak mereka. Ruang tamu kita, kampus, pusat-pusat
komuniti, tempat beribadat, dan lain-lain merupakan tempat-tempat di mana kita boleh
adakan perjumpaan sebegini. Dapatkan video-video yang bermaklumat ataupun penceramah
untuk program kita.

   5. Menyebarkan maklumat kepada orang ramai melalui media


         Dengan menulis surat kepada pihak media sebagai maklum balas kepada artikel-
artikel, editorial ataupun pendapat-pendapat yang berkaitan dengan hak-hak wanita. Kita juga
boleh menulis pendapat anda sendiri. Tetapi kita perlu beringat bahawa media merupakan
rakan kerjasama yang kuat yang boleh membawa tekanan daripada orang ramai serta
mengetengahkan isu-isu pencabulan hak-hak wanita.

   6. Lelaki juga patut mengambil tindakan


       Meningkatkan kesedaran; membentuk kumpulan-kumpulan perbincangan yang
tertumpu kepada media. Menggalakkan kesaksamaan jantina bukan sahaja sebagai sesuatu
yang „hanya untuk wanita‟ sahaja.




                                                                                   Page | 22
MPW 2153                            PENDIDIKAN MORAL                         ASSIGNMENT 1



                             KESIMPULAN
       Kesimpulanya, diskriminasi adalah sikap diskriminasi tidak patut diamalkan di
kalangan masyarakat Malaysia pada zaman moden ini. Ini adalah kerana diskriminasi akan
menyebabkan perbalahan antara jantina, prestasi Negara akan terjejas, hubungan baik antara
Negara juga akan terguagt dan banyak lagi. Diskriminasi juga menyebabkan banyak
keburukan berlaku di kalangan masyarakat Malaysia.

       Cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi pada masa hadapan yang patut diambil kira
termasuklah: mengetengahkan isu-isu seperti kemiskinan yang berterusan bagi rumahtangga
di mana wanita merupakan ketua keluarga; menentang keganasan terhadap wanita;
meningkatkan keberkesanan strategi-strategi yang mengutamakan gender; menghapuskan
halangan-halangan yang disebabkan oleh sikap yang boleh membawa kesan kepada
pembinaan kapasiti; serta meningkatkan tahap penglibatan wanita di dalam pasaran buruh,
perniagaan dan di dalam politik termasuklah kerajaan.

       Oleh itu, masyarakat Malaysia perlu dipupuk agar menjalinkan hubungan baik dan
menghargai antara satu sama lain serta mendekatkan diri dengan tuhan untuk membentuk
masyarakat yang penyayang, bertanggungjawab dan baik hati agar dapat mengawal semua
tingkah laku yang boleh mengugat hubungan sesame antara manusia.


       Selain itu, kita juga perlu mengamalkan nilai hidup bersama secara aman iaitu hidup
berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup
tanpa mengira jantina. Selanjutnya, tanpa diskriminasi, semua orang akan hidup dalam
keadaan yang harmoni dan damai untuk mencapai WAWASAN 2020.




                                                                                   Page | 23
MPW 2153                            PENDIDIKAN MORAL      ASSIGNMENT 1



                                    Rujukan

-http://www.indianmalaysian.com/tuntutan.htm
-http://www.unicef.org/malaysia/msl/reallives_6214.html
-http://www.unicef.org/malaysia/msl/reallives_6214.html
-http://www.unicef.org/malaysia/msl/support_6111.html
-http://www.unicef.org/malaysia/msl/reallives_6252.html
-http://ms.wikipedia.org/wiki/Diskriminasi
-http://www.unicef.org/malaysia/msl/support_6099.html
-http://www.unicef.org/malaysia/msl/support_6118.html
-http://www.unicef.org/malaysia/msl/support_6224.html
-http://www.unicef.org/malaysia/msl/support_6225.html
-http://www.irishblogs.ie/images/339245.gif
-http://www.unicef.org/malaysia/msl/support_6117.html
-Buku teks moral




                                                              Page | 24

								
To top