Docstoc

Iklan Banner Berkesan

Document Sample
Iklan Banner Berkesan Powered By Docstoc
					Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




              Panduan Pengiklanan Banner
                    Yang Berkesan

                           “satu kajian dan pandangan”


                               Edisi Kemaskini 2007/2008!
                                          Versi 2.0




                                 Disediakan Oleh,
                              Mohd Zulfadli (SmartZul)
                               www.SmartUsaha.com




Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com             1
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif



              Panduan Pengiklanan Banner
                    Yang Berkesan
                           “satu kajian dan pandangan”

       Pengiklanan merupakan salah satu cara mempromosikan laman web bagi tujuan
       mendapatkan trafik atau pun pelawat, sama ada untuk tujuan menambahkan bilangan
       pelawat atau tujuan menukarkan pelawat tersebut kepada menjadi seorang pembeli.


       Di dalam usaha menarik pengguna internet untuk klik banner iklan kita, maka kita perlu
       tahu apakah ciri-ciri atau kriteria penting yang perlu ada pada satu-satu banner. Ini
       adalah amat penting agar bayaran yang dikeluarkan untuk iklan banner tersebut
       berbaloi dan memberikan kesan yang diinginkan iaitu menambahkan keuntungan
       jualan produk anda di laman web.


       Terdapat dua faktor utama yang perlu diketahui di dalam melakukan pengiklanan
       banner iaitu:
           1. Rekabentuk (design) banner itu sendiri
           2. Tempat mengiklan banner


       Boleh dikatakan ramai yang mengabaikan kedua-dua aspek utama ini terutama aspek
       yang kedua. Selain itu, satu perkara yang membezakan seorang usahawan yang
       serius di dalam aktiviti promosi laman webnya dengan yang tidak serius adalah,
       mereka tahu aspek-aspek atau 'pengiraan' penting terhadap promosi iklan banner
       mereka. Mereka bukan hanya membayar dan kemudian 'membiarkan' sahaja banner
       tersebut di situ dengan harapan, ramai yang akan klik.


       Di dalam laporan ringkas ini, saya akan menyentuh mengenai beberapa perkara
       penting seperti rekabentuk banner, tempat mengiklan dan pengiraan asas bagi
       kempen pengiklanan menggunakan banner. Selain itu, saya akan menerangkan asas-
       asas dan juga beberapa istilah penting bagi pengiklanan banner.



Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                                 2
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




       Asas Pengiklanan Banner

       Beberapa perkara penting yang perlu anda tahu di dalam pengiklanan banner adalah
       istilah-istilah yang berkaitan serta pengiraan asas untuk melihat keberkesanan iklan
       tersebut terhadap promosi jualan produk anda. Pengiraan? Oh, anda jangan risau, ia
       bukanlah pengiraan matematik yang susah tu, tetapi pengiraan budak darjah satu
       sahaja. :)


       Dan lebih memudahkan, kadang-kadang anda tidak perlu pun mengira kerana
       sesetengah sistem pengiklanan telah membuat pengiraan untuk anda. Dan di ruang
       pengiklanan smartusaha.com, anda diberikan akaun percuma untuk melihat statistik
       bagi pengiklanan banner anda di sistem yang digunakan.


       Antara istilah yang asas adalah seperti:


       CPM – Cost Per 1000 Impression / Views. Huruf M pada CPM mewakili perkataan
       'mille' yang diambil daripada bahasa Latin yang membawa maksud “one-thousand”. Ia
       bermaksud, berapakah bayaran untuk setiap 1000 kali paparan banner. Untuk
       mengira CPM, mudah sahaja dengan menggunakan formula ini:


                    CPM = (Kos Bayaran x 1000) / Bilangan Impression


       Sebagai contoh, katakan saya membuka ruang iklan banner dengan kadar RM35
       untuk 35,000 impression. Maka, untuk 1000 impression, anda perlu membayar
       sebanyak RM1.00 (inilah nilai CPM) iaitu RM1.00 untuk 1000 paparan (impression):


                                    CPM = (35 x 1000) / 35000
                                    CPM = RM1.00




Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                               3
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




       Latihan: Jika CPM adalah RM15 untuk 1000 kali paparan, berapakah kos yang
       perlu anda bayar untuk 15,000 kali paparan (impression)?


       Impression – Berapa kali banner anda akan dipaparkan pada laman web tersebut.
       Biasanya, iklan jenis banner menggunakan konsep rotate iaitu bergilir-gilir dengan
       banner-banner yang lain untuk dipaparkan di ruang iklan banner tersebut.


       CTR – Click Through Rate atau disebut juga Click Through Ratio. Inilah satu perkara
       yang perlu dan amat wajib anda tahu kerana dengan melihat nilai ini sahaja, ia sudah
       dapat menyatakan tahap keberkesanan pengiklanan banner tersebut.


       CTR adalah peratusan klik pada banner anda daripada jumlah paparan keseluruhan.
       Atau, daripada 100 paparan, berapakah yang akan klik pada banner anda. Bagaimana
       cara mengira CTR? Mudah sahaja, iaitu bahagikan bilangan klik yang telah dilakukan
       pada banner anda dengan jumlah impression di ruang iklan tersebut.


       Sebagai contoh, katakan anda menggunakan satu ruang iklan banner untuk 10,000
       views atau impression. Habis sahaja bilangan impression tersebut atau promosi
       melalui banner itu telah tamat, anda dapati sebanyak 2500 klik telah terhasil.


       Maka, CTR bagi iklan banner itu adalah:


                             CTR = (2500/10,000) X 100 = 25%


       Jika dinyatakan dalam bentuk nisbah (ratio), ia berbentuk begini: 10000:2500 iaitu
       dari 10,000 paparan, 2500 orang akan klik. Jika dikecilkan nilainya iaitu 10,000 bahagi
       2500, maka hasilnya adalah 4. Bermaksud, daripada 4 orang pelawat, 1 orang akan
       klik (4:1). Atau, untuk lebih mudah menilai erti CTR, 25% membawa maksud, daripada
       100 orang, 25 orang akan klik banner iklan anda tersebut.




Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                                  4
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




       Anda pasti bertanya, apakah nilai CTR yang terbaik? Soalan ini perlu ditujukan kepada
       diri anda sendiri. Jika kali ini nilai CTR bagi iklan banner anda adalah 25%, maka
       sudah pasti yang terbaik bagi anda adalah tingkatkan nilai CTR tersebut! Semakin
       tinggi CTR, bermaksud semakin berkesan pengiklanan anda melalui banner itu.
       Semakin naik CTR, semakin ramai (trafik) yang akan ke laman web anda.


       Bermaksud, semakin tinggi CTR bermakna semakin ramai yang klik pada iklan banner
       anda itu. Kadar CTR ini boleh ditingkatkan dengan dua faktor yang saya katakan
       sebelum ini iaitu rekabentuk banner dan juga tempat anda meletak iklan banner
       tersebut.


       Di dalam ebook ini, saya akan terangkan tip dan trik untuk meningkatkan CTR bagi
       iklan banner anda.


       Bilangan Klik – Semua sudah sedia maklum, bilangan klik bagi banner bermaksud
       berapakah jumlah klik yang telah dilakukan pada banner tersebut di ruang iklan
       tersebut.


       Bagaimana untuk mengetahui bilangan klik pada banner anda? Di sinilah pentingnya
       anda atau pihak penyedia ruang iklan menyedia sistem tracking untuk iklan banner
       tersebut. Ruang iklan di blog smartusaha menggunakan sistem sebegini yang mana
       pengiklan boleh melihat bilangan klik serta melihat statistik yang tertentu. Hebatnya,
       mereka tidak perlu mengira sendiri nilai CTR kerana sistem akan mengirakan untuk
       mereka.


       Andaikata tempat anda meletak iklan banner itu tidak menyediakan sistem sebegini,
       anda boleh lakukannya sendiri tetapi ada beberapa kekangan atau syaratnya.
       Pengiraan CTR memerlukan dua nilai iaitu jumlah impression dan juga bilangan klik
       pada banner.




Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                                 5
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




       Conversion Rate (CR) – Ia bermaksud, daripada jumlah keseluruhan pelawat laman
       web jualan anda, berapa peratuskah yang bertindak untuk membeli. Katakan sehingga
       hari ini, jumlah pelawat keseluruhan adalah 10,000 orang dan jualan keseluruhan atau
       bilangan yang membeli adalah sebanyak 200 jualan (bukan jumlah ringgit, tetapi
       bilangan produk yang telah dibeli – unit).


       Maka, conversion rate di sini adalah sebanyak 2%. Perkiraannya adalah seperti
       berikut:

                                  (200 / 10,000) X 100 = 2%



       Apa kaitan CR ini dengan iklan banner? CR digunakan untuk melihat sejauh mana
       keberkesanan iklan banner anda dan keberkesanan mengiklan di sesuatu laman
       web, maka anda perlu mengira nilai CR ini. Tetapi, amat cerewet untuk menilai nilai
       CR jika anda melakukan promosi dengan pelbagai cara kerana sukar untuk anda track
       maklumat pelawat seperti dari mana mereka datang.


       Namun, cara yang boleh anda lakukan adalah dengan menggunakan tracking system
       di laman web anda untuk melihat dari manakah pembeli tersebut datang. Jadi, dengan
       merujuk kepada sistem itu, anda dapat tahu berapa ramai pelawat yang datang dari
       laman web melalui iklan banner tadi dan daripada jumlah pelawat itu, berapa orangkah
       yang membeli.


       Maka, jika ramai yang membeli itu bermakna melakukan iklan banner di laman web
       tersebut amat berbaloi dan anda boleh meneruskan iklan di situ. Mengapa? Kerana
       laman web itu mempunyai 'highly targeted-buyers' yang saya nyatakan sebelum ini
       serta membuktikan 'design' banner anda adalah berkesan (berjaya menarik ramai
       orang untuk klik pada banner dan kemudian membeli).


       Di dalam ebook ini, saya tidak akan menerangkan cara untuk membuat tracking.
       Perkara ini, anda perlulah belajar atau merujuk mana-mana sumber.



Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                               6
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




       Tip Rekabentuk Banner Yang Efektif

       1. Lebihkan 'ayat' yang berkesan daripada banyak menggunakan animasi grafik.
       Ini terbukti kepada salah seorang pelanggan iklan banner saya sebelum ini yang mana
       banner beliau hanya teks sahaja tetapi tiada imej. Iklan banner beliaulah yang paling
       banyak bilangan klik! Namun, jika anda ingin menggunakan grafik atau imej, jangan
       letak begitu banyak, berpada-padalah.


       2. Ada “Call To Action”.
       Banner anda mestilah diletakkan dengan ayat suruhan seperti “Klik Di Sini”,
       “Dapatkan Sekarang. Klik Di Sini!”, “Daftar Sekarang”, atau apa sahaja yang jelas
       dan mudah difahami. Ini amat penting kerana tanpa Call To Action, kita seolah-olah
       hanya berharap 100% kepada pelawat untuk klik, padahal kita mesti 'memaksa'
       mereka untuk klik.


       Kadang-kadang, ada juga pembaca iklan banner tidak tahu apa yang perlu dibuat,
       adakah banner tersebut tidak perlu diklik? Bahkan ada juga mereka yang masih baru
       dengan dunia internet, maka ayat suruhan sebegitu akan 'membantu' mereka
       memahami apa yang perlu dibuat (action).


       3. Warna teks atau warna banner mestilah tidak menyakitkan mata.
       Secara mudah, jangan berlebih-lebihan dan gunakan 2 atau 3 warna sahaja. Anda
       mungkin boleh merujuk di mana-mana laman web mengenai warna, kerana setiap
       warna atau kombinasi warna mempunyai kesannya tersendiri terhadap psikologi
       manusia.


       Dan setiap warna juga perlulah disesuaikan dengan perkara yang anda ingin iklankan.
       Jika mengenai kesihatan, mungkin warna tertentu, jika pasal kewangan, mungkin
       warna tertentu.




Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                                7
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




       4. Saiz file banner mesti rendah.
       Inilah antara aspek yang ramai mengabaikannya. Bandingkan satu banner yang
       bersaiz 200 kilobait (kb) dengan yang bersaiz 20 kb, yang mana satukah akan keluar
       atau terpapar lebih cepat di ruang iklan? Ya, sudah pasti yang 20Kb.


       Anda perlu tahu, tidak semua pengguna internet memiliki talian internet yang laju dan
       anda juga perlu tahu, masa adalah satu ciri yang penting dan ia amat berharga bagi
       pelawat laman web tersebut. Maka, ciri ke-5 ini perlu dititik-beratkan.


       Sebagai panduan asas, iklan bersaiz 468x60 digalakkan bersaiz 12kb hingga 20kb
       (cadangan) atau kurang daripada itu. Maka, anda mesti kurangkan penggunaan imej,
       animasi dan grafik untuk mendapatkan saiz banner yang rendah sebegitu. Cara lain
       untuk mengurangkan saiz file banner adalah menggunakan format gif.


       5. Teruskan mengiklan secara berulangan dengan design yang sama
       Jika boleh, sebelum melakukan cara ke-5 ini, pastikan banner anda sudah memiliki
       ciri-ciri banner yang berkesan. Tip kelima ini bermaksud, jika anda mengiklan di satu-
       satu tempat ruang iklan, teruskan mengiklan di ruang itu dengan menggunakan banner
       yang sama.


       Kajian pakar mengatakan, anda perlu melakukan pengiklanan dalam tempoh yang
       tertentu secara berulangan dengan design yang sama, untuk memastikan pelawat
       tahu akan kewujudan iklan anda dan membina keyakinan pada diri mereka.


       Selain itu, anda juga boleh gunakan banner yang sama untuk membina 'branding'
       tersendiri. Bermaksud, anda menggunakan design yang sama atau lebih kurang sama
       walau di mana sahaja anda mengiklan.


       6. Gunakan ayat yang “powerful” dan diperlukan sahaja
       Jika boleh, optimakan atau maksimakan penggunaan perkataan yang penting dan
       diperlukan sahaja. Utamakan perkataan-perkataan yang berkesan atau powerful
       seperti “percuma”, “hebat”, “murah”, “peluang terhad” dan lain-lain lagi.


Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                                 8
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




       7. Teknik TUJUH perkataan
       Formula ini menyarankan kita menggunakan tujuh perkataan atau kurang untuk satu
       ayat pada banner. Teknik ini ada kaitan dengan point yang ke-6 di dalam usaha
       meminimakan penggunaan perkataan.


       Bandingkan dua ayat ini:


       Ayat 1: “Dapatkan pakej hosting yang servernya amat reliable dan mampu
       untuk anda membayarnya”.


       Ayat 2: “Pakej Hosting Paling Fleksibel Di Malaysia”.


       Pada pendapat anda, ayat yang mana satukah paling mudah dan cepat dibaca?
       Sudah tentu ayat yang kedua bukan? Susah untuk membuat ayat dengan hanya tujuh
       perkataan? Ia bukan satu formula yang wajib untuk anda ikuti, ia cuma satu saranan.


       Pendek kata, besederhanalah di dalam membentuk ayat pada banner. Perhatikan
       banner di bawah dan lihat bilangan perkataan yang digunakan, dan adakah anda jelas
       apa yang banner ini mahu sampaikan?




       Menarik, tertarik dan 'simple' bukan?


       8. Gunakan imej yang bersesuaian dan 'eye catching'
       Gunakan imej yang sesuai dan jangan berlebih-lebihan agar saiz file banner tidak
       besar. Cuba lihat contoh banner sebelum ini, imejnya hanya satu tetapi sudah cukup
       menarik perhatian dan sesuai dengan produk yang ditawarkan iaitu servis hosting.
       Tiada imej? Jangan risau, di internet ada banyak imej 'percuma' yang boleh anda
       ambil dan guna. Taip “free stock photo” di enjin carian seperti google, dan anda akan
       disenaraikan laman web yang memberikan foto/imej percuma.


Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                                9
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




       9. Kombinasi yang baik
       Banner yang seimbang adalah banner yang mempunyai kombinasi yang baik seperti
       teks yang di-bold-kan, imej atau foto, warna latar belakang dan animasi. Kesemua
       unsur ini perlu dibuat secara 'kontras' iaitu adanya timbal-balik di antara satu sama
       lain. Cuba perhatikan sekali lagi contoh banner tadi. Perhatikan baik-baik mengenai
       ciri ke-9 ini pada banner tersebut.


       10. Hadkan penggunaan jenis huruf (font)
       Hadkan kepada satu atau dua jenis font sahaja pada design banner anda. Jika anda
       gunakan font jenis Arial, gunakan font itu sahaja atau kombinasikan dengan font lain
       yang sepadan. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya keserabutan pada design
       banner anda dan ia membosankan pembaca (tidak menarik).


       11. Animasi yang tidak begitu laju
       Jika anda menggunakan animasi untuk banner, pastikan ia tidak begitu laju dan tidak
       juga begitu perlahan gerakannya. Jika begitu laju, animasi tersebut akan tidak berjaya
       menyampaikan mesej kepada pembaca iklan di banner anda.


       Itulah 11 tips yang perlu anda lakukan pada rekabentuk banner anda. Ingat, usaha
       yang dilakukan dengan 'susah' pada awalnya akan berbaloi kelak apabila anda
       menggunakan banner yang berkesan daripada usaha itu. Berbeza dengan banner
       yang tidak berkesan, anda akan menghabiskan banyak wang untuk meletak iklan
       banner anda, tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan.


       Pendek kata, banner anda mestilah mempunyai kombinasi yang baik di antara teks,
       warna, grafik dan animasi. Jika kombinasi ini seimbang, maka ia adalah banner yang
       berkesan. Cara terbaik untuk mempelajari banner yang efektif dan baik adalah dengan
       melihat banner-banner yang menarik perhatian anda, atau melihat di mana-mana
       laman web.




Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                                 10
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




       Lihat dan kaji, bagaimana banner tersebut direkabentuk, teksnya, grafiknya,
       animasinya. Dari situ, anda akan mendapat idea secara tidak langsung dan
       menambahkan daya kekreatifan anda.


       Contoh banner yang mempunyai kombinasi yang seimbang:




       Tip Ekstra 1: Ada kajian mengatakan, dengan menggunakan banner yang beranimasi
       (ada gerakan), bilangan CTR atau bilangan klik meningkat 33% berbanding banner
       statik (tiada animasi)! Tapi pastikan semua aspek yang berkaitan dipatuhi untuk
       mendapat hasil sebegitu.


       Tip Ekstra 2: Anda perlu melakukan percubaan demi percubaan (testing) untuk
       mengetahui design banner yang manakah memberikan hasil yang baik. Ini dapat
       diukur dengan peratusan CTR. Semakin tinggi CTR sesebuah banner, maka semakin
       tinggi keberkesanan banner tersebut dengan syarat, anda meletak banner tersebut di
       laman web yang sepatutnya serta mematuhi beberapa aspek yang lain.




       Di mana Tempat Mengiklan Yang Sesuai?

       1. Highly Targeted-Buyers / Traffics
       Sebagai contoh tempat mengiklan banner adalah di blog smartusaha.com sendiri.
       Target atau kategori pelawat di blog ini adalah terdiri daripada mereka yang berminat
       mengenai perniagaan dan keusahawanan internet. Maka, pada fikiran anda, apakah
       produk ataupun perkhidmatan yang sesuai untuk golongan pelawat ini?


       Saya berikan satu contoh iaitu ebook “ panduan membina laman web”. Ya, sudah pasti
       mereka yang ingin berniaga di Internet perlu membina laman web. Katakan anda


Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                                11
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

       penulis ebook tersebut, maka amatlah sesuai jika anda mengiklan di ruang iklan
       smartusaha tersebut kerana ebook anda (produk) itu ada kaitannya dengan isi
       kandungan blog smartusaha.


       Inilah yang dimaksudkan dengan 'targeted buyers' atau paling kurang ada pelawat
       (trafik) yang berminat mahu tahu mengenai produk anda tersebut.


       Sebaliknya, jika produk anda mengenai kesihatan seperti penyakit kanser, maka amat
       kurang berkesan jika anda mengiklan di blog smartusaha kerana blog ini mengenai
       perniagaan internet, bukan blog kesihatan. Namun, jika produk kesihatan tersebut ada
       kaitan atau ada fokus atau diperlukan oleh usahawan internet, maka anda boleh
       mengiklankannya di blog ini.


       Contohnya, mungkin anda ada satu produk yang dapat menjaga kesihatan mata dan
       berguna    untuk   usahawan        internet,   yang   mana   mereka   biasanya   sentiasa
       menggunakan banyak masa di hadapan komputer dan perlu menjaga kesihatan mata
       mereka. Maka produk itu sesuai diiklankan di blog smartusaha.com yang
       kandungannya banyak fokus kepada usahawan internet.


       Contoh lain yang tidak digalakkan adalah, katakan produk anda berkaitan dengan hobi
       mengumpul setem, atau sebuah ebook mengenai kucing, atau ebook resepi masakan,
       maka ia tidak sesuai diiklankan di sebuah blog perniagaan internet. Sebaliknya, anda
       perlulah mencari blog atau laman web yang berkaitan dengan produk tersebut. Jika
       produk berkaitan dengan kucing, maka carilah laman web yang berkaitan dengan
       kucing untuk meletak iklan anda.


       “Bukankah mereka yang masuk ke blog perniagaan internet tu pun manusia biasa,
       mesti ada minat juga kan terhadap benda-benda lain.”. Anggapan ini betul, tetapi
       TIDAK TEPAT. Ketahuilah, mereka masuk ke blog perniagaan internet adalah untuk
       mencari maklumat mengenai mengenai keusahawanan internet dan yang berkaitan,
       bukan pasal kucing.




Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                                    12
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

       Maka, 90% fokus mereka adalah lebih kepada maklumat yang mereka mahukan, dan
       mereka sudah tidak pedulikan lagi mengenai perkara lain pada masa tersebut. Inilah
       dikatakan mereka bukan targeted-buyers untuk produk yang tidak berkaitan dengan
       laman web tersebut.


                      Kata-kata Hikmah: “Target As Deep As You Can”.




       2. Ruang Iklan Banner Tidak “Over-Sell”
       Saya tidak galakkan anda mengiklan di ruang iklan (laman web, portal, dan lain-lain)
       yang PENUH DENGAN IKLAN banner! Atau dalam erti kata yang mudah, mereka
       over-sell ruang iklan mereka. Atau dalam bahasa yang lagi mudah, mereka terus
       terima dan terima bayaran dari pembeli iklan dan mereka hanya meletakkan di ruang
       iklan mereka tanpa melihat dan menekan aspek keberkesanan. Mudah cerita, mereka
       tidak kisah banner anda ada klik atau tak, janji mereka untung!


       Walaupun portal mereka ada puluhan ribu pelawat sehari, bagi saya ia kurang berbaloi
       dan berkesan kerana banner anda terselit di antara banner-banner yang lain. Maka,
       belilah ruang iklan banner yang tidak sesak dengan banner yang lain dan hati-hatilah
       dengan tawaran banner yang ruang iklannya over-sell. Ini hanya sekadar pandangan,
       tetapi terserah kepada anda. Tidak salah untuk mencuba.


       Pendek kata, ruang iklan yang terbaik adalah laman web atau portal yang mempunyai
       isi kandungan yang sama dengan laman web atau produk yang anda ingin iklankan
       melalui banner tersebut. Pastikan juga ruang iklan tersebut tidak sesak dengan iklan!
       Bagi ruang iklan di blog smartusaha, hanya bilangan banner tertentu sahaja yang
       diterima bagi satu-satu masa, tiada unlimited, tiada over-sell.


       Ada juga pihak penyedia iklan banner menggunakan konsep bid, yang mana, jika anda
       ingin meletakkan banner di antara teratas, maka anda perlu bid dengan harga
       (bayaran) yang lebih tinggi daripada pengiklan yang lain. Semakin tinggi nilai bidaan
       yang anda letak, semakin ataslah kedudukan banner anda.



Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                                13
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




       Soalan saya, jika anda pernah melakukan hal ini, adakah ia memberikan kesan yang
       menguntungkan kepada jualan di laman web anda (convertion rates)? Bukan saya
       menyalahkan konsep bid, tetapi anda telah bid untuk membayar satu ruangan iklan
       yang kurang sesuai dan rendahnya kadar targeted-buyers! Jadi sebelum melakukan
       pengiklanan melalui cara bid ini, pastikan keberkesanan iklan dan ruang iklan tersebut.


       3. Iklan di laman web iklan?
       Saya tidak ada statistik dan fakta untuk mengatakan mengiklankan banner anda di
       laman web iklan (samada berbayar atau percuma) berkesan atau tidak. Cuma, dari
       segi pemerhatian saya, ia kurang berkesan kerana peratusan besar yang masuk ke
       laman web iklan hanyalah untuk membuat iklan, bukan untuk membaca iklan.


       Maka, dari situ pun kita sudah dapat menganggap bahawa, keberkesanan terhadap
       promosi iklan banner kita adalah rendah. Ingin saya ulangi sekali lagi, pengiklanan
       banner yang berkesan adalah di laman web yang berkaitan dengan apa yang anda
       ingin promosikan. Ini kerana anda mempunyai targeted-visitors atau targeted-buyers.


       Lagi-lagilah jika laman iklan tersebut AMAT PENUH dengan iklan banner dan ini
       biasanya terdiri daripada banner piksel yang kecil. Saya yakin anda tahu banner jenis
       ini, cantik, cute, nice... Banner kecil ini biasanya diletak di tepi laman web iklan
       tersebut dan di manakah letaknya banner anda? Ya, terselit di celah-celah kesesakan
       banner lain. :) Banner jenis ini juga ada menggunakan konsep bid, dan soalnya,
       sejauh manakah keberkesanannya?


       Mengapa saya sering menekankan mengenai targeted buyers atau laman web yang
       berkaitan dengan produk yang ingin diiklankan? Mudah sahaja. Jika anda keluarkan
       kos untuk mengiklan dan anda tidak mendapat hasil daripada iklan itu, adakah anda
       mendapat untung? Dalam bisnes, kita jangan mudah melabur atau mengeluarkan kos
       tanpa perancangan dan strategi yang efektif. Fikir-fikirkan.




Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                                  14
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




       4. Iklan di laman web yang ada 'kandungan'
       Saya telah huraikan hal ini di 'point' pertama, tetapi saya mahu menerangkan sedikit
       lagi. Mengiklan di laman web, portal atau blog yang mempunyai kandungan seperti
       artikel lebih berkesan dan efektif. Mengapa? Kerana, point pertama telah menjawab
       soalan ini iaitu adanya TARGETED-BUYERS dan laman web sebegini tidak oversell
       ruang iklan dan bukanlah laman web iklan semata-mata.


       Anda juga perlu tahu, sesebuah laman web seperti sebuah blog mempunyai pelawat
       yang konsisten dan tetap, tidak seperti laman web iklan percuma atau ruang-ruang
       iklan lain yang semata-mata iklan sahaja.


       Seperti di point pertama, saya galakkan anda mengiklan di laman web yang berkaitan
       dengan produk yang anda ingin promosikan kerana ia lebih berkesan berbanding
       mengiklan di laman web atau ruang iklan yang umum.


       Sebagai contoh, jika produk anda untuk penyakit kencing manis, maka sudah
       semestinya adalah lebih sesuai dan efektif anda mengiklan di laman web mengenai
       kesihatan. Begitu juga jika anda ingin mempromosikan perisian yang anda jual, adalah
       lebih berkesan jika mengiklan di laman web mengenai komputer dan lebih efektif jika
       di laman web yang fokus kepada perisian.


       Mengapa? Saya sudah menjawabnya, kerana jika anda lakukan cara ini, anda
       mempunyai prospek yang bertumpu (targeted buyers/traffics).


       Persoalan lain, bagaimana saya boleh mencari ruang iklan yang efektif sebegini?
       Mudah sahaja.. Teruskan membaca, saya akan memberikan tip dan trik untuk anda.


       5. Iklankan di laman web atau blog yang ramai pelawat
       Salah satu faktor yang menyebabkan iklan anda akan banyak diklik ialah meletak
       banner di laman web yang mempunyai trafik yang tinggi. Trafik di sini bermaksud
       pelawat (orang) yang datang ke laman web tersebut. Semakin ramai pelawat, maka
       semakin tinggi kemungkinan untuk iklan banner anda diklik.

Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                               15
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




       Kedudukan banner
       Semasa ingin menentukan lokasi atau kedudukan banner yang berkesan, anda pilihlah
       bahagian atau spot (ruang) yang sentiasa menjadi tumpuan biasa mata pelawat laman
       web atau blog. Contohnya ruang paling atas (top), di bahagian sidebar (tepi) bahagian
       atas dan juga di akhir artikel laman web tersebut.


       Itulah beberapa bahagian yang amat digalakkan untuk anda pilih. Walaupun mungkin
       bahagian tersebut mahal, namun ia amat berbaloi kerana kita bermain dengan masa
       & 'psikologi' pelawat laman web tersebut. Jika kita meletak banner di bahagian yang
       tidak strategik, maka kemungkinan klik akan kurang dan pengiklanan anda di situ
       mengalami kerugian.




                                                       Top Banner




                                                                            Side Banner




                   Ruang Iklan Banner di blogSmartUsaha.com




Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                                16
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




                                Iklan selepas artikel (bawah)




       Saiz Standard Banner
       Terdapat banyak saiz standard yang digunapakai di dalam pengiklanan banner. Saiz
       standard yang diwujudkan ini adalah untuk memudahkan pihak pengiklan dan pihak
       yang menyediakan ruang iklan itu mudah untuk melakukan proses pengiklanan banner
       tersebut. Namun begitu, saiz-saiz standard tersebut bukanlah sesuatu yang wajib
       untuk diikuti, tetapi sebaliknya ia bertujuan untuk memudahkan sahaja.


       Antara saiz banner yang standard dan banyak digunapakai boleh dirujuk di laman web
       berikut: http://www.iab.net/standards/adunits.asp.




Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                             17
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




       TIP & TRIK:
       Jika anda mengetahui sesebuah blog atau portal web tertentu mempunyai trafik yang
       tinggi dan berkaitan dengan produk anda, anda boleh mengiklan di laman web
       tersebut WALAUPUN mereka tidak menawarkan ruang iklan di laman web mereka.
       Bagaimana? Ada dua cara, yang pertama percuma dan kedua adalah berbayar.


       Trik 1: Anda melakukan 'banner exchange' dengan web tersebut. Anda letak
       bannernya di laman web anda dan pihak web tersebut meletak banner anda di laman
       webnya. Sebelum melakukan banner exchange, pastikan laman web anda dan pihak
       tersebut masing-masing mempunyai potensi yang sama rata dan memberi kesan yang
       baik untuk kedua-dua belah pihak (Win-Win Situation). Inilah banner exchange yang
       berkesan dan bukan banner exchange yang tidak fokus seperti yang anda biasa
       dengar dan tahu.


       Trik 2: Anda membuat permohonan kepada pemilik laman web tersebut. Beritahu
       kepadanya bahawa anda berminat untuk meletakkan banner di laman webnya bagi
       mempromosikan produk anda. Cadangkan harga bayaran untuk beliau atau anda
       memintanya menyatakan apa-apa caj (jumlah bayaran) dengan kiraan tertentu seperti
       untuk tempoh tertentu atau bilangan 'impression' banner.


       Minta kepadanya agar letak di mana-mana bahagian yang berkesan seperti yang saya
       nyatakan sebelum ini dan tajuk untuk bahagian tersebut jika boleh ditandakan dengan
       tajuk yang baik seperti “produk terbaik”, “sponsor” atau sebagainya. Dengan trik ini,
       anda dengan 'mudah' akan terselamat daripada mengiklan di laman web atau portal
       yang tidak sesuai dan tidak 'targeted'.. Malah mungkin hanya banner anda sahaja
       berada di laman web tersebut!


       Daripada trik di atas, anda tidak hanya perlu menunggu sesebuah laman web atau
       blog itu menawarkan ruang iklan dan baru anda mahu bertindak mengiklan di situ.
       Tetapi, anda boleh meminta pemilik laman web itu menyediakan ruang iklan untuk
       anda. Jika tidak dengan cara banner exchange, maka bayarlah kepadanya untuk
       meletak iklan di situ.


Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                                18
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif


       Contoh Iklan
       Contoh iklan banner di blog SmartUsaha.com:




                                     Saiz 468x60 (bahagian Top)




                                          Di bahagian sidebar




                                  Di bahagian sidebar paling bawah



Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                      19
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




       Kesimpulan
       Sebagai penutup kepada laporan ringkas pengiklanan banner berkesan ini, terdapat
       tiga aspek yang perlu anda kuasai dan fahami iaitu rekabentuk yang berkesan, tempat
       iklan banner yang sesuai (targeted) dan 'pengiraan' asas.


       Dengan mengamalkan beberapa tips dan triks yang telah saya berikan di sini,
       insyaAllah banner iklan anda akan mendapat klik yang banyak, namun saya tidak
       mahu menjanjikan 1001 mimpi indah. Anda cuba sendiri dan tentukan apakah yang
       terbaik untuk anda.


       Setiap teknik kadang-kadang sesuai untuk anda tetapi tidak untuk orang lain. Maka
       cara untuk mengetahui ia berguna atau tidak untuk anda adalah, anda perlu
       mencubanya sendiri.


       Ada beberapa perkara yang saya sentuh di dalam laporan ini mungkin tidak tepat dan
       ia adalah pandangan peribadi saya. Nasihat saya adalah, anda jadilah PENGGUNA
       yang BIJAK di dalam melakukan apa sahaja jenis pengiklanan termasuk iklan banner.


       Jangan jadi mangsa kepada mereka yang hanya mahu mengaut keuntungan semata-
       mata melalui servis iklan walaupun portal atau web mereka mempunyai puluhan ribu
       pengunjung setiap hari.


       Dan jika anda adalah pihak penyedia iklan atau ingin menyediakan sedikit ruang iklan
       di laman web anda, jagalah 'kebajikan' pelanggan anda. Anda tahu apa yang saya
       maksudkan. Kita berniaga bukan untuk sehari dua, tetapi binalah satu hubungan dua
       hala dengan pelanggan kita dan salah satu caranya, jaga 'kebajikan' mereka. Inilah
       usahawan yang sebenar.


       Sekian.




Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                               20
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




                         Anda boleh sebarkan “special report” ini secara
                       percuma (jangan dijual!) untuk kebaikan bersama.
                             Hakcipta adalah milik SmartUsaha.Com.


                         Edarkan dengan apa cara sekalipun selagi tidak
                                   mengenakan sebarang harga.




       Yang Ikhlas,




       Mohd Zulfadli @ SmartZuL
       http://blog.smartusaha.com
       “Blog Keusahawanan Internet”


       ps. Pastikan anda telah mendaftarkan diri di http://banner.malaysiasoho.com agar
       kami dapat menghantar maklumat dan info yang terkini mengenai kemaskini Ebook
       ini, di samping tips dan panduan percuma terus ke emel anda.


       pps. Lawatilah selalu blog SmartUsaha.Com yang sentiasa dikemaskini dari semasa
       ke semasa. Blog ini adalah di antara perintis utama mengenai perniagaan internet
       menggunakan bahasa Malaysia di dalam rangka untuk mendidik dan memberikan
       informasi mengenai Keusahawanan Internet kepada rakyat Malaysia. Lawati
       blog ini di http://blog.smartusaha.com.


       ppps. Perlukan khidmat design banner bagi pengiklanan anda? Sila rujuk pada
       mukasurat berikut.




Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                           21
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




                      Langkah Bijak Pengiklanan Banner!


       Jika anda tidak tahu merekabentuk iklan banner sendiri, tidak usahlah menyusahkan
       diri sendiri. Serahkan segalanya kepada yang PAKAR.


       Berikut adalah enam orang 'designer' yang boleh membantu anda menyediakan
       banner yang anda mahukan dengan kadar kos yang amat berpatutan. Jangan lupa
       berpesan kepada mereka agar membuat banner yang menarik, berkesan dan efektif. :)




             1. Cheapest-design.com menyediakan perkhidmatan design seperti
             banner, minisite, ecover, header, menu, footer dan banyak lagi. Anda
             hanya beri perhatian kandungan website/surat jualan anda, kami
             hasilkan grafik yang berkualiti bagi mewarnai kandungan tersebut.

             Hubungi kami di http://www.cheapest-design.com
             Nurulhayati Binti Mohamed (Luvlee)
             No telefon: 013-4569270



             2. Perlukan Banner Yang Menarik? ImpianWanita.com menawarkan
             perkhidmatan tempahan banner yang menarik mengikut selera anda.
             Sesuai untuk laman web dan promosi. Statik atau beranimasi juga
             pelbagai ukuran. 100% Unik. Harga bermula dari RM15.00.

             Hubungi kami di http://design.impianwanita.com
             Rasyidah Omar
             No telefon: 07-4846108, 019-7760600



             3.    Berpatutan dan berkualiti. Dapatkan banner untuk produk
             pengiklanan anda dengan kami. Kepuasan anda menjadi sasaran
             kami.

             Hubungi kami di http://www.18design.co.nr
             Izzuddin
             Email: mvpoty18@yahoo.com




Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                            22
Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif




             4. Dapatkan Banner Berkualiti Tinggi Pada Harga Termurah. 30 Hari
             Jaminan Wang Dikembalikan. Diskaun 70% Untuk 5 Rakyat Malaysia
             Terawal Setiap Bulan. Diskaun 50 % Untuk Seterusnya.

             Maklumat lebih lanjut di http://www.myproecover.com/banner
             Ahmad Mawardi
             No telefon: 014-8204360 (Celcom) atau 014-2325080 (Maxis)



             5. Dapatkan banner beranimasi yang menarik dengan kadar bayaran
             yang mampu anda bayar. Info lanjut sila hubungi kami.

             Hubungi kami di http://www.formulasakti.com
             Mohamad Asmid
             No telefon: 016-7583483



             6. Ingin membina grafik sendiri untuk ebook, laman web dan juga
             bagi pengiklanan anda? Dapatkan panduan yang mudah difahami
             daripada kami. *Khidmat rekabentuk banner juga disediakan.

             Dapatkan maklumat lanjut di http://www.pakejatoz.com
             Shuhaimi Ismail
             Emel: huntai77@gmail.com




Hakcipta Terpelihara © 2006-2008 SmartUsaha.Com                                  23

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:229
posted:11/16/2010
language:Malay
pages:23