Contoh Format Resume UNIT 6 SURAT PERMOHONAN
Description
Contoh Format Resume document sample
Document Sample


UNIT 6
SURAT PERMOHONAN KERJA DAN RESUME
Kandungan Halaman
1. Pengenalan 2
2. Surat Permohonan Pekerjaan 2
2.1 Permulaan Surat 3
2.2 Isi 3
2.3 Penutup 4
3. Curriculum Vitae atau Resume 5
3.1 Format Resume 5
3.1.1 Tajuk
3.1.2 Kelayakan
3.1.3 Pengalaman Bekerja
3.1.4 Maklumat Peribadi
3.1.5 Perujuk
3.2 Jenis – jenis resume 8
3.2.1 Resume Asas 8
3.2.2 Resume Kronologi 9
3.2.3 Resume yang ditulis mengikut fungsi
(functional resume) 9
3.2.4 Resume Profesion 10
1
SURAT PERMOHONAN KERJA & RESUME
Ikhtisar
Bab ini akan membincangkan tentang penulisan surat memohon pekerjaan dan
curriculum vitae atau resume. Anda akan mendapati satu atau lebih resume yang
bersesuaian dengan anda daripada 4 jenis resume yang akan diterangkan. Oleh sebab
matlamat menulis surat ini adalah untuk mendapatkan pekerjaan yang dilamar, maka
kejayaan pemohon bukanlah setakat memiliki kelayakan yang diiklankan tetapi juga
keupayaan mereka menulis surat permohonan kerja yang berkesan dan meyakinkan
bakal para majikan. Selamat mencuba.
Objektif Modul
Pada akhir bab ini pelajar-pelajar dijangka
dapat menulis surat memohon pekerjaan sebagai mengiringi resume yang
dilampirkan.
dapat membezakan 4 jenis resume / curriculum vitae mengikut kelayakan dan
pengalaman bekerja yang dimiliki.
dapat menyiapkan resume yang baik supaya kelihatan menarik dan persuasif
sebagai usaha anda meyakinkan bakal majikan untuk memilih anda ke sesi
temuduga.
1. PENGENALAN
Sebagai usaha untuk mendapatkan pekerjaan yang dilamar, seseorang
pemohon bukan sahaja perlu memiliki kelayakan yang sesuai untuk pekerjaan
yang dipohon bahkan ia juga perlu memiliki keupayaan menunjukkan
kelayakannya itu dengan meyakinkan bakal majikan. Ada 2 cara anda boleh
memohon pekerjaan – memohon secara individu atau dengan cara
menghantar surat permohonan pekerjaan.
2. SURAT PERMOHONAN PEKERJAAN
Surat ini bolehlah diumpamakan sebagai surat jualan. Ia „menjual‟ kelayakan
anda, mendorong bakal majikan membaca resume yang dikepilkan serta
memujuknya memberikan anda peluang untuk ditemuduga.
Surat ini harus memperlihatkan cita-cita dan hasrat anda serta dapat
menunjukkan dengan jelas bagaimana kelayakan dan pengalaman yang anda
miliki berkait dengan pekerjaan yang anda pohon. Yang lebih utama lagi. surat
tersebut mestilah menunjukkan bahawa anda berkeupayaan melaksanakan
dengan baik tugas yang diminta.
Baik resume atau surat permohonan kerja, surat berkenaan mestilah disediakan
dengan sempurna dan profesional kerana kedua-duanya menjadi contoh
pekerjaan anda. Cara menulisnya adalah seperti berikut :
2
2.1 Permulaan Surat - Mulakan surat anda dengan menonjolkan sikap
anda yang berorentasikan perkhidmatan iaitu dengan menyebut apakah
sumbangan anda kepada syarikat / organisasi. Anda boleh
menyebutnya dengan pelbagai cara berikut. Misalnya ,
* Saya yakin bahawa kelayakan dan latihan profesional yang
saya terima dapat memenuhi keperluan jawatan sebagai pelatih
pengurusan seperti yang tuan iklankan dalam akhbar The
STAR kelmarin.
* Empat tahun pengajian saya di Universiti Utara Malaysia di
tambah lagi dengan 2 tahun pengalaman bekerja sebagai
penolong kepada pengurus personel dalam Syarikat Sinar
Ringgit Sdn. Bhd. telah memberi saya keyakinan bahawa saya
layak untuk memenuhi jawatan Penolong Pengurus Personel
seperti yang tuan iklankan dalam akhbar NST kelmarin.
* Encik Vincent Tan dari Jabatan Akaun di tempat tuan ada
memberitahu saya bahawa syarikat tuan memerlukan siswazah
perakaunan. Saya percaya ijazah perakaunan saya dari
Universiti Islam Antarabangsa layak untuk tuan
pertimbangkan.
* Artikel terbitan akhbar the STAR bertarikh 12 Januari 2001 ada
menyebut bahawa syarikat tuan sedang berkembang maju
dalam bidang teknologi maklumat. Saya percaya bahawa
dengan ijazah pengurusan maklumat yang saya miliki ditambah
pula dengan pengalaman praktikal yang saya ada akan
membolehkan saya menjalankan tugas dengan baik selaku
jurutera jualan anak syarikat tuan itu.
Jangan pentingkan diri diri anda sahaja, seperti
* Saya berminat untuk memohon jawatan yang tuan iklankan
dalam akhbar the NST kelmarin. Saya tertarik kepada gaji,
faedah sampingan dan prospek kerjaya yang tuan tawarkan.
Sememangnya saya mencari pekerjaan yang cerah masa
depannya.
2.2 Isi surat - Ia harus membayangkan bahawa anda bukanlah manusia
hebat. Anda hanya perlu jujur dan realistik misalnya jawatan sebagai
Pembantu Peribadi kepada Pengerusi Syarikat Timah Bhd.
memerlukan budi bicara dan kebijaksanaan anda apabila berhubung
dengan orang ramai serta keupayaan kita bekerja dalam keadaan
tertekan.
3
Penyataan di atas lebih meyakinkan daripada menyebut cara ini „ saya
boleh melaksanakan segala tanggungjawab seperti yang ada diiklankan
itu kerana saya pernah bekerja sebagai Pembantu Peribadi kepada
Pengerusi Syarikat Timah Bhd.
2.3 Penutup – Perenggan akhir bukanlah untuk merumus isi surat
sebaliknya anda haruslah menunjukkan minat anda untuk menghadiri
sesi temuduga tanpa memaksa atau meminta-minta atau mengarahkan
mereka berbuat demikian. Misalnya “Jika tuan bersetuju dengan
kelayakan dan pengalaman saya, silalah beritahu saya bilakah saya
boleh ditemuduga. Tuan boleh menghubungi saya di alamat di atas
atau menelefon saya pada nombor yang saya catatkan dalam resume
saya ini.”
Contoh Surat Permohonan Pekerjaan daripada seorang graduan yang
mempunyai pengalaman bekerja.
Nama dan alamat Adam Idris
Penulis / pemohon 26, Taman Sentosa
80150, Johor Bahru
Johor
Tarikh 2 Januari 2000
Nama alamat penerima Pengurus Personel
(seperti dalam iklan) Techno Smart – Surat Sdn. Bhd.
67, Taman Melaka Raya
75000, Melaka
Sapaan kehormat Tuan,
Nama jawatan yang dipohon Permohonan Untuk Jawatan Eksekutif Personel
Pengajian dalam bidang pentadbiran dan 2 tahun pengalaman
Pengalaman dan kelayakan
bekerja di Bahagian Kontrak dan Bekalan, Jabatan
pemohon
Perbendaharaan melayakkan saya untuk memohon jawatan di atas
seperti yang tuan iklankan alam akhbar NST bertarikh 30/12/2000
Punca iklan
Kursus ijazah yang saya miliki banyak memberikan saya
pengetahuan asas yang luas mengenai pentadbiran. Pengkhususan
saya dalam bidang Psikologi dan Pentadbiran Awam telah
memberikan saya kefahaman yang luas mengenai aspek
kemanusiaan dalam pentadbiran.
Semasa bertugas di Jabatan Perbendaharaan, tanggungjawab saya
Minat terhadap jawatan yang meliputi pelbagai bidang - daripada menyediakan laporan
dipohon dan kesediaan untuk kakitangan, mengendalikan urusan personel, menganalisis
ditemuduga masalah, menetapkan matlamat, membuat keputusan sehinggalah
saya dilantik sebagai Pengurus Perhubungan Awam. Pengalaman
kerja saya telah mengajar saya bagaimana untuk berdepan dengan
situasi yang memerlukan lagi memalukan serta bagaimana
mencipta hubungan kerja yang harmoni dengan pelbagai manusia
yang mempunyai bermacam-macam minat dan latarbelakang
mereka.
4
Resume yang saya sertakan akan memberitahu tuan lebih lanjut
tentang kelayakan dan pengalaman saya. Sila dial nombor 09-
78774766 supaya dapat saya memberitahu tuan tentang masa
depan saya dengan Matsushita sebuah syarikat terkemuka di
Malaysia
Harap permohonan ini mendapat pertimbangan tuan.
Terima kasih.
Yang benar,
Adam
ADAM IDRIS
Lampiran Lamp.
3. RESUME
Resume atau dipanggil juga curiculum vitae(c.v),lembaran data atau bio-data
ialah maklumat ringkas, tepat tetapi padat berkenaan kelulusan, pendidikan
pengalaman pekerjaan, minat dan kebolehan seseorang. Ia memberitahu bakal
majikan akan siapa anda, apa yang anda boleh lakukan, apa yang telah anda
laksanakan dan apakah objektif kerjaya anda sebagai pemohon.
Maklumat yang anda berikan haruslah mengandungi segala keterangan yang
dapat membantu anda mencapai objektif menghantarnya iaitu untuk dipanggil
dalam sesi temuduga, yang demikian ia seharusnya dirancang dengan teliti,
menarik dan persuasif.
3.1 Format Resume
Lazimnya sesuatu resume mengandungi 5 bahagian iaitu tajuk,
kelayakan, pengalaman kerja, maklumat peribadi dan perujuk.
3.1.1 Tajuk – ia harus mencatatkan nama, alamat dan nombor telefon.
Nyatakan juga objektif pekerjaan yang anda pohon.
Hanafiah Bin Abdul Rahman
34, Jalan Pintar
Taman Guru
01000 Kangar
Perlis
No. Telefon : 04-778865
Objektif pekerjaan : Jawatan perakaunan di firma terkemuka
5
3.1.2 Kelayakan – ia ditulis mengikut kronologi dengan kelayakan terakhir
dicatat paling atas. Masukan sekali nama dan alamat institusi, ijazah
yang diterima dan kursus-kursus yang diambil serta tahun ijazah
tersebut dianugerahkan.
KELAYAKAN
1988 – 1991 Universiti Utara Malaysia
Sintok
06010 Jitra
Kedah
Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Perniagaan (dengan kepujian)
CGPA : 3.67 / 4.00
Kepujian : Senarai Dekan
Sejak Julai 1988
Aktiviti : Presiden kelab
Perakaunan 1989 – 1990
Kursus diambil: Hubungan Perniagaan
Antarabangsa, Pengurusan
Korporat, Undang-undang
Percukaian Malaysia, Perisian
Perakaunan Perniagaan,
Pengurusan Personel.
3.1.3 Pengalaman Pekerjaan
Nyatakan nama dan alamat majikan, tarikh bekerja, nama pekerjaan
dan tanggungjawab serta kemahiran dan pencapaian anda dalam
organisasi tersebut. Sekiranya pemohon kurang mempunyai
pengalaman pekerjaan, anda boleh menyatakan pekerjaan sukarela
yang anda laksanakan sebaliknya jika anda mempunyai pengalaman
yang sangat luas, anda boleh menyenaraikan tanggungjawab anda itu
mengikut fungsi pekerjaan yang anda lakukan.
6
PENGALAMAN BEKERJA
1983 – 1984 Penolong Penyelia Stor
Pasaraya Alor Setar
05300 Alor Setar
Menyelenggara Inventori
Memesan bekalan
Menolong Penyelia memulakan Sistem Kawalan
Inventori dalam talian
1981 – 1982 Penyelia Jualan Sambilan
Sun Agency
05300 Alor Setar
Menghubungi pelanggan secara individu atau melalui
telefon, mengemaskinikan Laporan Jualan Mingguan,
membantu merancang strategi jualan mingguan.
2.1.4 Maklumat Peribadi - anda boleh masukkan maklumat seperti
tarikh lahir, taraf perkahwinan, kesihatan dan minat
DATA PERIBADI
Tarikh Lahir 21 Jun 1963
Bujang
5‟ 6” 60 kg
Kesihatan baik
Minat aktiviti luaran
3.1.5 Perujuk - masukkan nama dan alamat 2 orang perujuk yang boleh
menerangkan pengalaman, pendidikan atau perilaku anda tetapi anda
hendaklah mendapatkan persetujuan mereka dahulu.
Profesor Ali bin Darus
Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik
Universiti Utara Malaysia
06010 Jitra
Kedah
7
3.2 Jenis – jenis resume atau c.v.
Ada 4 jenis resume iaitu :
* Resume Asas
* Resume yang ditulis mengikut urutan masa atau resume kronologi
* Resume yang ditulis mengikut fungsi (functional resume)
* Resume profesional
3.2.1 Resume Asas (Basic Resume)
Resume Asas sangat sesuai bagi lepasan sekolah / universiti yang baru
memasuki pasaran buruh. Ia juga sesuai bagi 0mereka yang ingin
mencari pekerjaan baru dan juga bagi mereka yang kurang mempunyai
pengalaman bekerja
Maznah bt. Harun
120 Jalan Sultanah
05350 Alor Setar
Kedah
Telefon : 04 - 713280
KELAYAKAN
1987 Universiti Utara Malaysia
Akan tamat pengajian pada bulan Disember 1991
dengan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam.
CGPA : 3.56 / 4.00
Anugerah : Senarai Dekan, Semester Julai, 1990
Aktiviti kurikulum : Setiausaha Kelab Pentadbiran Awam,
Presiden Persatuan Debat dan Kesusasteraan Inggeris
Kursus yang diambil : Isu-isu semasa dalam Perniagaan dan Pencukaian.
Pengauditan,
Perakaunan Sektor Awam
Tingkah laku Organisasi,
Hubungan Perniagaan Antarabangsa,
Perhubungan Awam,
Perhubungan Industri.
PENGALAMAN BEKERJA
Jan 1983 - Sept. 1984
Penyelia Kawalan Mutu
Matsushita Electronics Bhd
Menyelia Kawalan Mutu
Mengemaskini Laporan Pengeluaran
Mengendalikan kursus latihan kawlan mutu
Merancang Jadual kerja
8
PERUJUK
Encik Allan Yap Dr. Zuraini Ramli
Pengurus Pengeluaran Sekolah Ekonomi Pentadbiran Awam
Matsushita Electronics Bhd Universiti Utara Malaysia
08000 Sungai Petani 06010 Jitra
Kedah Kedah
DATA 0PERIBADI
Lahir 24 May 1967
Bujang
Minat Berkhemah, tenis dan fiksyen Inggeris
Resume Asas
3.2.2 Resume Kronologi
Resume jenis ini lazimnya ditulis oleh pemohon-pemohon yang sudah
mempunyai pengalaman bekerja dan berhasrat untuk memohon
pekerjaan yang lebih baik. Dengan itu apa yang hendak ditonjolkan
ialah tanggungjawab, pencapaian dan pengalaman bekerja mereka
yang luas.
Copywriter
(January 1979 - September 1979)
Mereka bentuk susun atur untuk kempen pengiklana bagi pelanggan seperti
pemaju perumahan, penjual kereta dan peruncit fesyen.
KELAYAKAKAN
1978 Universal Machigan State
Sarjana Muda Komunikasi Massa
1974 Kolej TAN
Diploma Kewartawanan
3.2.3 Resume yang ditulis mengikut fungsi (functional resume)
Resume jenis ini biasanya ditulis oleh pemohon-pemohon yang bekerja
di bidang pengurusan, pengeluaran, pemasaran, kewangan,
penyelidikan, analisis sistem dan bidang-bidang lain yang berkaitan.
Tujuan utama ia ditulis ialah untuk menonjolkan pengalaman bekerja
pemohon tanpa menyebut nama syarikat / firma yang berkenaan. Ia
ditulis sedemikian untuk menjimatkan masa disebabkan kebanyakan
majikan sering mengenali syarikat-syarikat lain dalam industri yang
sama. Resume jenis ini juga lebih pendek daripada resume kronologi
disebabkan pengalaman bekerja. tanggungjawab dan pencapaian di
setiap syarikat / organisasi si pemohon bekerja dahulu tidak ditulis
berulang-ulang.
9
3.2.4 Resume professional
Ia ditulis oleh golongan professional yang berpengalaman luas dan
memiliki pengetahuan khusus untuk mengarah, membimbing,
menasihat malahan dapat memberi sumbangan besar dalam industri
ditempat ia bekerja. Apa yang perlu ditonjolkan dalam resume jenis ini
ialah kelayakan akademiknya. Pengalaman kepakaranyan yang luas,
bahan-bahan penerbitan, persidangan dan kertas kerja yang
dibentangkannya serta sumbangan atau khidmat yang berkaitan dengan
profesionnya.
Resume professional biasanya ditulis oleh ahli akademik yang
(a) berhasrat untuk mengikuti di universiti-universiti lain
(b) menulis resume mereka untuk dipertimbangkan sebagai
pemeriksa luar atau konsultan
(c) mencari pekerjaan di pelbagai universiti, firma atau syarikat
(d) sebab-sebab lain
Tan May Hwa
123 Jalan Clark
30300 Ipoh
Perak
Telefon : 06-652929
OBJEKTIF PEKERJAAN : Pengurus Pengguna atau Pengurus Perhubungan
Awam dalam syarikat pengeluaran barang-barang
pengguna.
PENGALAMAN BEKERJA: Sinaran Consultancy Sdn. Bhd. Ipoh
Penyelaras Perhubungan Awam
(Oktober 1984 – sekarang)
Pengarah Kreatif dan Ketua Projek bagi 5 orang
pakar perhubungan awam. Memulakan projek
perhubungan awam bagi menangani masalah-masalah
khusus seperti penolakan pengguna terhadap produk baru
dan hubungan media dalam pertikaian industri.
Pakar Perhubungan Awam
(September 1979 – Oktober 1984)
Mewujudkan program khusus untuk perhubungan awam,
menulis siaran akhbar dan menulis bahan-bahan promosi
untuk firma-firma baru.
Copywriter
(January 1979 - September 1979)
Mereka bentuk susun atur untuk kempen pengiklanan bagi
pelanggan-pelanggan seperti pemaju perumahan, penjual
kereta dan peruncit fesyen.
10
KELAYAKAN
1978 Michigan State University
Sarjana Muda Komunikasi Massa
1974 Kolej Tunku Abdul Rahman
Diploma Kewartawanan
Tan May Hwa
123 Jalan Clark
30300 Ipoh
Perak
Telefon : 06-652929
OBJEKTIF PEKERJAAN : Pengurus Pengguna atau Pengurus Perhubungan Awam
dalam Syarikat pengeluaran barang-barang
pengguna
RINGKASAN PENGALAMAN : Perhubungan Awam
BEKERJA Berkhidmat sebagai Pengarah kreatif dan Ketua Pentadbir
bagi sekumpulan 5 orang pakar. Menyediakan program
perhubungan pengguna syarikat.
Perhubungan Media
Menerbitkan siaran akhbar dalam akhbar-akhbar
tempatan dan luar negeri serta menerbitkan rencana dalam
majalah. Menyediakan berita mingguan dan rencana bagi
siaran radio tempatan. Mengendalikan program
perniagaan di radio tempatan
Pengurusan
Menyediakan belanjawan untuk pengiklanan di radio /
akhbar menyelaras dan mengendalikan mesyuarat
pengguna.
KELAYAKAN
1978 Michigan State University
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa
1974 Kolej Tunku Abdul Rahman
Diploma Kewartawanan
Resume yang ditulis mengikut fungsi
11
Get documents about "