Kuliah Maghrib 19 may 2008 
Kuliah Maghrib Tarikh: 19 May 2008 Masjid : Masjid Sg Gelugor
Pada hari Ahad saya telah menghadiri kuliah maghrib. Ia adalah mengenai Solat Sunat. Salah satu kepentingan solat sunat adalah untuk menampal kekurangan solatsolat fardu. Hendaklah kita memahamai makna Surah Al-Fatihah agar solat kita lebih bermakna. Kita diharuskan solat sebagaimana Solat Nabi. Kita hendaklah konsentrasi dan tidak lalai. Kita tidak boleh solat untuk orang lain. Di akhirat kelak, perkara pertama yang disoal adalah solat. Jika kita lulus solat, maka amal yang lain akan diterima. Sebagai orang Islam kita harus solat. Dan ia merupakan salah satu rukun islam yang harus kita tunai. Sesungguhnya, amalan solat akan ditanya di akhirat kelak. Kita hendaklah melakukan amalam solat dengan khusyuk dan konsisten. Kita harus menunaikan solat yang Fardu dan diikuti oleh amalan sunat. Sekiranya kita selalu solat, Allah akan sentiasa merahmati kita. Di sini saya senaraikan solat-solat sunat muaakkad. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Solat sunat Subuh Solat Sunat sebelum Zuhur Solat sunat selepas Zuhur Solar sunat sebelum Asar Solat Sunat sebelum maghrib Solat sunat Selepas maghrib Solat sunat sebelum Isyak Solat sunat selepas isyak
Kita dikehendaki solat witir. Solat witir adalah solat yang ganjil rakaatnya. Sbg contoh, 1 ,3, 5 rakaat. Harus kita ingat , takde Solat sunat selepas asar. Dan utk pengkebumian, kita harus selesaikan sebelum fardu Asar dan hantar jenazah sebelum solat Asar. Wassalam.