Word Document

Motivasi yang mencari kerja sambilan, kerja kosong & duit

You must be logged in to download this document
Description

motivasi bagi mereka yang mencari kerja sambilan, kerja kosong & duit

Reviews
Shared by:
Anonymous
Stats
views:
2072
downloads:
44
rating:
not rated
reviews:
0
posted:
5/19/2008
language:
Malay
pages:
0
Motivasi untuk yang mencari kerja sambilan, kerja kosong & duit KISAH MERCEDES C200 BERTUKAR MENJADI ROTTWEILER (anjing garang) BERTUKAR MENJADI eBook ini merupakan HADIAH PERCUMA untuk mereka-mereka yang menyertai PAKEJ BIMBINGAN BERSAMA LISA – Rahsia Menguasai Commission Junction. Anda dibenarkan untuk mengedarkan atau memberikan eBook ini kepada sesiapa sahaja dengan syarat tidak menukar apa-apa bahagian di dalam eBook ini. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pn. Lisa Hilmi di email : soal_lisa@yahoo.com atau lawati laman web beliau di http://kit4u.net Kisah ini terjadi beberapa tahun yang lepas. Ianya bermula apabila suami saya menghadiri satu majlis perkahwinan anak seorang sahabat beliau. Semasa di majlis beliau telah terserempak dengan seorang rakan sekolah lama beliau iaitu Encik Z (nama dirahsiakan atas sebab-sebab peribadi). „Eh…Z…lama tak jumpa kau‟ kata suami saya sambil bersalaman dengan En.Z „Mie..apa khabar kau…ha ah la…lama kita jumpa‟ jawab En.Z sambil bersalaman dengan suami saya. „Alhamdulillah…eh..jom kita makan sekali…‟ kata suami saya kepada En.Z Setelah itu mereka berdua bersama-sama menjamah juadah yang dihidangkan sambil berbual-bual terutama kisah-kisah silam mereka berdua di sekolah. En.Z menurut kata suami saya, semasa di sekolah dahulu merupakan di antara pelajar yang paling banyak memberi masalah kepada guru-guru. Kerap ponteng sekolah, selalu bergaduh dengan pelajar lain dan yang paling menariknya En.Z pernah mengambil upah mencuci pinggan mangkuk di kantin sekolah semasa waktu persekolahan. En.Z berasal dari keluarga yang miskin dan mempunyai 11 adik beradik. Di sebabkan kesusahan hidup maka En.Z selalu ponteng sekolah dan bekerja mengambil upah kontrak membina rumah, memotong rumput dan sebagainya demi untuk membantu kedua orang tuanya yang miskin. „Ok lah Mie…aku gerak dulu..ada kerja nak disiapkan..‟ kata En.Z kepada suami saya. „Samalah Z…aku pun nak balik ni….jom lah kita beransur dulu‟ balas suami saya pula. Sertelah bersalaman dengan tuan rumah suami saya & En.Z berjalan menuju ke kereta masing-masing. Alangkah terperanjat suami saya apabila mendapati En.Z rupa-rupanya memandu kereta mewah iaitu Mercedes C200. „Eh…Z…kereta siapa kau bawa ni?..‟ tanya suami saya. „Kereta aku la…habis tu kereta siapa pula..‟ jawab En.Z selamba. „Kau biar betul Z…kau jual dadah ke????..‟ Tanya suami saya kembali. „Ishh…kau ingat aku ni dah gila ke nak jual dadah…anak bini aku nak jadi apa…” balas En.Z. “Apasal kau ingat aku tak mampu ke nak pakai kereta ni…‟ sambung En.Z lagi sambil tergelak. Suami saya semakin kehairanan. Bagaimana seorang pelajar yang dilabelkan bermasalah oleh guru-guru di sekolah akhirnya berjaya memandu kereta mewah sedangkan suami saya sendiri yang berkelulusan ijazah hanya mampu memandu Proton Waja ketika itu. Setelah didesak berkali-kali oleh suami saya, En.Z bersetuju untuk menceritakan kisah bagaimana beliau berjaya memiliki kereta tersebut. „ok…Mie..jom kita lepak kat kedai mamak UDA…minum-minum kopi nanti aku „story‟ kat kau..‟ kata En.Z sebagai tanda persetujuan untuk „membongkar‟ rahsia kejayaan beliau selama ini. Setelah berbual panjang, akhirnya suami saya merasakan satu perasaan kagum yang amat tinggi terhadap En.Z. Beliau telah mempelajari suatu rahsia yang tidak pernah didengari atau difikirkannya sebelum ini. Berikut ialah ringkasan cerita En.Z kepada suami saya. Sebelum itu, tahukah anda apa itu anjing Rottweiler? Ia sebenarnya ialah spesis anjing yang garang & ganas dan mudah mencederakan orang-orang yang tidak dikenali jika memasuki kawasan jagaannya. Kebiasaannya anjing jenis ini akan mengejar & menyerang orang-orang yang tidak dikenalinya atau yang disyaki mempunyai niat yang tidak baik di dalam kawasan jagaannya. Itulah Rottweiler, sejenis anjing yang anda sendiri tidak berani untuk berselisih dengannya…. Baiklah sekarang saya tanya anda lagi. Berapa saatkah yang anda perlukan untuk berlari pada jarak 100M? Adakah 10 saat atau 30 saat atau 50 saat? Ini semua pasti bergantung kepada keupayaan fizikal dan mental anda bukan? Mereka yang „fit‟ pasti mampu berlari lebih pantas daripada mereka yang kurang bersukan. TETAPI apa akan jadi jika anda sedang dikejar oleh Rottweiler pula, berapa saat yang akan anda ambil untuk larian sejauh 100M? Jika anda katakan 5 saat (pecah rekod dunia), saya percaya…. Bagaimana boleh jadi begitu? Kebiasaannya anda perlukan 20 saat untuk berlari 100M tetapi apabila dikejar anjing Rotweiler dalam masa 5 saat sahaja anda boleh melepasi jarak 100M, ini berlaku kerana ketika itu anda akan didorong oleh satu perasaan yang cukup hebat, perasaan ketakutan yang telah menguasai diri anda dan ketika itu akal fikiran anda hanya focus kepada satu perkara sahaja iaitu LARI…LARI…LARI…selamatkan diri….hasil dari pemfokusan pemikiran pada tahap tertinggi itu telah melahirkan satu kekuatan yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Inilah puncanya mengapa anda mampu berlari 10x ganda lebih pantas dari biasa. Untuk menguji betul atau tidak analisa saya ini, mungkin anda boleh mengujinya dengan membaling kayu pada anjing Rotweiler yang sedang berehat…lihat apa yang terjadi dan rasai kewujudan kekuatan yang „super power‟ muncul di dalam diri anda nanti. Oleh itu kesimpulannya, jika kita berlari secara normal kelajuannya ialah pada kadar biasa yang kita mampu tetapi apabila kita dikejar oleh seekor anjing Rotweiler maka kelajuannya pasti akan meningkat 10x ganda. Ini bermaksud kita akan berlari lebih laju lagi disebabkan ada seekor anjing Rotweiler mengejar di belakang kita. Sekarang anda sudah faham 2 perkara : 1. Anjing Rotweiler merupakan anjing yang sangat garang & ganas 2. Jika dikejar anjing garang anda akan mampu berlari lebih laju dari biasa (normal) Kita balik semula ke kisah En.Z tadi. Setelah tamat persekolahan beliau mula mencari kerja. Disebabkan tiada sijil atau kelayakan yang bersesuaian, En.Z terpaksa bekerja sebagai buruh kasar dengan berbagai syarikat kontraktor membina bangunan, rumah, jalanraya dan sebagainya. Hampir 10 tahun beliau mengabdikan dirinya di dalam bidang tersebut, sehingga beliau telah layak untuk menjawat jawatan Penyelia disebabkan pengalaman beliau yang cukup banyak di dalam bidang pembinaan. Syarikat terakhir beliau bekerja telah muflis disebabkan kegagalan pihak syarikat mengawal operasi & kewangan. Waktu itu En.Z cukup kecewa kerana gaji beliau ketika itu telah mencecah RM3,000 sebulan. Beliau cuba untuk memohon pekerjaan di tempat lain tetapi kebanyakan syarikat kontraktor di daerah beliau tidak mempunyai kekosongan jawatan penyelia kecuali sebagai buruh kasar sahaja. Hampir seminggu En.Z memikirkan jalan penyelesaian. Hasil dari titik peluh beliau selama 10 tahun, En.Z mempunyai simpanan wang yang agak besar juga jumlahnya. Akhirnya beliau bercadang untuk memulakan perniagaan pembinaan (kontraktor) beliau sendiri. Berbekalkan pengalaman yang ada beliau yakin beliau mampu untuk menguruskan perniagaan beliau sendiri. Malah beliau juga mempunyai ramai kenalan yang boleh membantu perniagaan beliau nanti. Tetapi satu perkara yang amat dirisaukan oleh En.Z, iaitu jika perniagaannya gagal. Beliau telah bekerja dengan 4 syarikat sebelum ini dan beliau telah melihat pelbagai masalah pengurusan sehingga ada yang terpaksa gulung tikar. Kebanyakan masalah yang dilihat adalah berpunca dari sikap pemilik syarikat itu sendiri. Ada yang menyalahgunakan wang syarikat sendiri, ada yang bersikap malas dan hanya bergantung harap kepada pekerja-pekerja malah ada yang lebih mementingkan benda lain dari syarikat sendiri walaupun itulah sumber pendapatan mereka. Perkara-perkara inilah yang amat En.Z takuti. Beliau sedar beliau hanyalah manusia biasa, kemungkinan beliau akan mempunyai sikap negatif seperti itu tetap ada. Ramai yang sebelum melakukan sesuatu usaha itu akan berkata..‟aku pasti akan bekerja keras sehingga berjaya‟…tetapi apabila usaha sudah dimulakan pelbagai sikap negatif akan muncul ibarat kata pepatah “hangat-hangat tahi ayam”. Bila perniagaan maju sedikit mulalah lupa diri atau bila perniagaan mempunyai masalah mulalah cepat patah semangat. Walaupun En.Z seorang budak nakal di sekolah tetapi beliau mempunyai pemikiran yang jauh. Beliau terlebih dahulu memikirkan buruk sesuatu perkara itu sebelum ianya berlaku berdasarkan pengalaman beliau sendiri. En.Z mengikuti pelbagai kursus perniagaan & motivasi untuk melengkapkan dirinya bagi memulakan perniagaan namun beliau masih belum lagi mempunyai keyakinan untuk memulakan perniagaan disebabkan perasaan takut bahawa nanti beliau sendiri yang akan menggagalkan perniagaan beliau, sehinggalah beliau telah berjumpa dengan seorang penceramah motivasi. Beliau telah meminta pandangan penceramah motivasi tersebut akan masalah keyakinan diri yang beliau hadapi sekarang. Pada mulanya penceramah motivasi tersebut agak terperanjat dengan soalan En.Z kerana selama lebih 15 tahun beliau menjadi pakar motivasi ini ialah pertama kali seseorang datang berjumpa beliau meminta pendapat bagaimana untuk menyelamatkan perniagaan yang bakal dibina dari kegagalan disebabkan sikap diri sendiri. Akhirnya setelah hampir 2 minggu, pakar motivasi tersebut telah menghubungi En.Z dan memberikan beliau 1 idea atau kaedah yang dirasakan amat berguna untuk En.Z praktikkan. Idea atau kaedah tersebut akhirnya telah berjaya menjadikan En.Z seorang kontraktor yang berjaya dan disegani di daerahnya. Apakah idea atau kaedah tersebut……………. BERSAMBUNG……… Untuk Bahagian 2 kisah ini anda boleh dapatkan salinannya dari Pn Lisa Hilmi selepas 25hb April 2008. Email atau YM beliau di alamat : soal_lisa@yahoo.com. Ianya adalah Percuma untuk sesiapa sahaja yang berminat walaupun anda tidak menyertai Pakej Bimbingan Bersama Lisa. Kekosongan masih terbuka untuk mereka yang berminat menyertai Pakej Bimbingan Bersama Lisa – Rahsia Menguasai Commission Junction. Maklumat lanjut boleh anda dapati di : http://kit4u.net *Pendapatan sampingan RM2,000 sebulan melalui Comission Junction (CJ.com) adalah tidak mustahil jika anda mempelajari ilmu & panduan yang betul. Kisah ini sesuai untuk motivasi bagi yang mencari peluang kerja sambilan,kerja kosong & duit

Related docs
Motivasi kerja
Views: 94  |  Downloads: 5
PROGRAM KERJA
Views: 331  |  Downloads: 14
Motivasi untuk Kerja
Views: 57  |  Downloads: 6
Contoh Laporan Kerja Di industri
Views: 867  |  Downloads: 17
MOTIVASI DAN KEPEMIMPINAN
Views: 81  |  Downloads: 11
RENCANA KERJA KURIKULUM 2008
Views: 387  |  Downloads: 33
Menumbuhkan Semangat Kerja Dalam 2
Views: 33  |  Downloads: 0
Motivasi adalah
Views: 443  |  Downloads: 11
MOTIVASI BERTERUSAN
Views: 24  |  Downloads: 2
Motivasi
Views: 1087  |  Downloads: 70
Jutawan yang Belum Anda Kenali
Views: 322  |  Downloads: 29
KUMPULAN TIPS-TIPS MOTIVASI
Views: 629  |  Downloads: 176
premium docs