Docstoc

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN - DOC

Document Sample
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN - DOC Powered By Docstoc
					FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

 Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN MRSM

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu
usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti kepada diri
sendiri, masyarakat, Negara dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan
cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti,
kecemerlangan, penyuburan dan pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti.
Sesungguhnya setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpontensi tinggi untuk terus maju
dalam mencipta kecemerlangan.




  FALSAFAH PENDIDIKAN MALAYSIA
  " Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan
 lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
  rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
 kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
 Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
    Malaysia yang berilmu pengetahuan,
    berketerampilan, berakhlak mulia,
    bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
    sumbangan terhadap keharmonian dan
    kemakmuran masyarakat dan negara".

                   TERAS PERKHIDMATAN
         BERAZAM MENINGKATKAN MUTU
                 PERKHIDMATAN
            BEKERJA DENGAN PENUH
               TANGGUNGJAWAB
    BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN
                     DIRI
    BERKHIDMAT DENGAN PENUH MUHIBAH DAN
                  KEMESRAAN
     BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN
       RAKYAT DAN PEMBANGUNAN NEGARA
       BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN
                    AGAMA.




"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia
dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya
menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip
dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada
peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK
menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan
selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab
yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas
dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung
merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita
negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan
kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan
semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri
manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik
dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga,
masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu
dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan
yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan
sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta
masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang
menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti
sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan,
pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh
memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia
ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan
pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga
untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula
dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh
segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara
menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan
warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit
USM, 2007

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti
pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap
bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar
setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada
dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualSosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai
JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur
tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.

Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:659
posted:11/10/2010
language:Malay
pages:3