Bajet 2011 (PDF)

					1
             TEKS UCAPAN BAJET 2011


Bismillahir Rahmanir Rahim


Allah s.w.t. menjanjikan rezeki kepada setiap makhluk
yang dilahirkan ke dunia ini seperti yang terkandung di
dalam surah Sabaa Ayat 39:


‫قل إ ِن ربي يبسطُ الرزق لِم بن يشَ باء م بن عب باده‬
ِ ِ ‫ّ ْ َ َ ْ َ ب ُ ِ ْ ِ َب‬        ُ َْ َّ ّ ْ ُ

‫ويقدر له وما أ َنفقتم من شيء فه بو يخْلف به وه بو‬
َ ُ َ ُ ُ ِ ُ َ ُ َ ٍ ْ َ ْ ِ ْ ُْ َ ْ َ َ ُ َ ُ ِ ْ ََ

                                        ‫خير الرازقين‬
                                        َ ِ ِ ّ ُ َْ

"Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan
rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di kalangan
hamba-hamba-Nya dan Dia juga menyempitkan
bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa
saja yang kamu nafkahkan (belanjakan), maka
Allah akan menggantinya dan Dialah jua sebaik-
baik pemberi rezeki."




                             2
Sebagai khalifah di bumi Allah, manusia diamanahkan untuk
menguruskan rezeki kurniaan ILAHI baik di daratan, di
lautan mahupun di angkasa.       Alhamdulillah, segala puji
bagi Allah S.W.T. kerana dengan izin dan rahmat dariNya
juga, saya dapat membentangkan Bajet Negeri Kelantan
bagi tahun 2011 di Dewan yang mulia ini bagi membolehkan
kita mencapai matlamat pembangunan Negeri meliputi
keperluan jasmani dan ruhani sekali gus.


Dalam kesempatan ini, izinkan saya merakamkan setinggi-
tinggi persembahan junjung kasih di atas limpah ampuni
perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad
Ke V berangkat ke Dewan Persidangan ini dan seterusnya
menyempurnakan perasmian Persidangan Kali Yang Ketiga
(Belanjawan) bagi tempoh Penggal Yang Ketiga Dewan
Negeri Kelantan Yang Keduabelas.


Kepada    seluruh   rakyat   negeri    ini,   setinggi-tinggi
penghargaan juga saya ucapkan di atas sokongan dan
dokongan yang telah diberikan selama ini. Kerajaan amat
menghargai semangat bersama yang telah ditunjukkan oleh

                             3
rakyat   jelata   sekalian   dalam       membangunkan         Negeri
Kelantan.


Di kesempatan ini, saya juga ingin menyeru semua Ahli-Ahli
Yang Berhormat untuk sekali lagi memperbaharui azam bagi
menyumbang khidmat yang terbaik, dengan penuh amanah,
seperti menatang       minyak yang penuh kerana takutkan
hisab    Maha Penghisab      di Padang Mahsyar nanti, selain
memenuhi     harapan    tinggi       rakyat   jelata   yang    telah
memberikan kita semua kepercayaan memewakili mereka
menjaga kemaslahatan rakyat dan negeri ini di semua
sudut, termasuk menguruskan kekayaan dan khazanah
negeri dengan jujur dan cekap serta sentiasa merngambil
berat kebajikan rakyat jelata.


Yang Berhormat Tuan Speaker,


TEMA BAJET 2011


Tema Bajet Tahun 2011 adalah “Belanjawan Penyayang”.
Ia mengambarkan hasrat Kerajaan yang berterusan untuk

                                 4
menyelesaikan pelbagai keperluan rakyat jelata meskipun
hasil negeri masih terbatas. Langkah yang diambil oleh
Kerajaan ialah mendahulukan apa yang patut didahulukan
dan mengimbangi antara kesempitan pendapatan dan
maslahah orang ramai. Pada masa yang sama, dasar utama
Kerajaan iaitu sentiasa berhemah dalam berbelanja dan
menjauhi pembaziran atau perbelanjaan tidak produktif
kekal menjadi amalan.


Perbelanjaan   berhemah    ini     dilakukan   bukan   kerana
kecilnya hasil Negeri semata-mata. Jika sekalipun Kelantan
ditakdirkan kaya raya sekalipun, polisi ini kekal tidak
berubah kerana itulah pedoman yang diberikan oleh Maha
Pencipta yang Maha Kaya, namun Ia tetap meminta
hambaNya bersifat pertengahan antara boros dan kedekut;

‫والذين إ ِذا أ َنفقوا لم يسرفوا ولم يقتروا وكان بين ذلك‬
َ َِ َ َْ َ َ َ ُ ُْ َ ْ ََ ُ ِ ْ ُ ْ َ ُ َ ْ َ َ ِ ّ َ
                           ً َ َ
                          ‫قواما‬
“ Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta),
mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan



                            5
adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang
demikian” Al Furqan: ayat 67.




Bagi memenuhi keutamaan semasa dan keperluan yang saya
sebutkan tadi, beberapa inisiatif baru telah dimasukkan
dalam Belanjawan 2011 ini;


   a. Kemudahan paip sambungan untuk bekalan air.


   RM 4 juta sebagai permulaan disediakan           untuk
   mengadakan paip sambungan dari saluran paip utama ke
   kampung-kampung       yang    memerlukan   sambungan
   bekalan air bersih.


   Bekalan air bersih adalah satu isu yang dibangkitkan
   oleh orang ramai. Selain loji-loji baru masih dalam
   pembinaan dan dijangka mula siap pada awal tahun
   hadapan dan Insya Allah akan meningkatkan kapasiti
   bekalan air di seluruh negeri, keperluan bagi paip
   sambungan juga didapati meningkat.

                             6
Bagi memenuhi keperluan itu, Kerajaan Negeri telah
menyediakan satu peruntukan khas.


Isu bekalan air bukanlah satu isu yang khusus untuk
negeri Kelantan semata-mata. Bekalan air adalah
tanggung jawab sosial yang memelukan kos yang tinggi
dan Kerajaan Kelantan diberikan kemudahan pinjaman
mudah oleh Kerajaan Pusat amat lewat berbanding
negeri-negeri lain di Malaysia.


Selepas mendapat pinjaman mudah bernilai RM 600 juta
secara berperingkat-peringkat sejak tahun 1994????,
Kerajaan Negeri telah melaksanakan sistem tender
terbuka untuk semua projek menaiktaraf lojui-loji
bekalan air di seluruh negeri. Untuk rekod dan
makluman semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, pemilihan
syarikat yang berjaya dilakukan oleh Kementerian
Kewangan    sendiri,   seperti    yang   disyaratkan   oleh
perjanjian pemberian pinjaman berkenaan.



                          7
   Kerajaan      Negeri    berharap      serentak      dengan
   beroperasinya loji-loji baru dan adanya peruntukan ini,
   keperluan   rakyat     Kelantan    kepada    perkhidmatan
   bekalan air dapat ditingkatkan.


   b. Gerbang Az Ziwaaj


   Islam memandang berat keperluan naluri manusia lelaki
   dan perempuan untuk         memiliki pasangan. Memang
   manusia itu dijadikan berpasangan lelaki dan wanita;

‫ومن آَياته أ َن خلق لكبم مبن أ َنفسبكم أ َزواجبا لتسبكنوا‬
  ُ ُ ْ َ ِ ‫َ ِ ْ َ ِ ِ ْ َ َ َ َ ُ ْ ِ ْ ْ ُ ِ ُ ْ ْ َ ًب‬
‫إ ِليها وجعل بينكُم مودة ورحمة إ ِن في ذلِك ل ََيات لقَوم‬
ٍ ْ ِ ٍ     َ َ َ   ِ ّ ً َ ْ َ َ ً ّ َ َ ْ ََْ َ َ َ َ َ َْ
                                                    َ ُ ّ َ ََ
                                                    ‫يتفكرون‬
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia
menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri,
supaya    kamu     cenderung      dan   merasa      tenteram
kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih
dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar    terdapat   tanda-tanda    bagi   kaum    yang
berpikir.” Surah Ar Rum: Ayat 21.

                              8
Perkahwinan boleh menyelesaikan banyak isu social,
terutama jenayah seks dan kelahiran anak luar nikah
yang menghasilkan gejala buang bayi yang berleluasa
akhir-akhir ini.


Pasangan tanpa nikah ini melempiaskan keperluan seks
mereka di luar saluran pernikahan yang halal dan apabila
pasangan perempuan mengandung, demi menutup malu
dan   melepaskan        tanggungjawab       berkeluarga   kerana
belum dikahwinkan secara sah, lalu anak kandungan tadi
dicampakkan sesuka hati di mana-mana.


Peruntukan       yang    pertama     kali     diadakan     dalam
Belanjawan Negeri ini untuk memudahkan pasangan yang
kurang     pendapatan      melaksanakan      keperluan    mereka
dengan menjadi pasangan yang sah disisi agama dan
seterusnya membina mahligai berumahtangga mereka
sendiri,    di     harap     dapat      menjadi      pemangkin
mengurangkan gejala social yang buruk itu, Insya Allah.


                               9
Buat permulaan, sebanyak RM 1.5 juta diperuntukkan.


   c. Skim Al Itt’aam


Makanan adalah keperluan asasi manusia. Bagi keluarga
miskin dan fakir dengan bilangan anggota keluarga yang
besar, memenuhi keperluan pemakanan menjadi satu
beban dan masalah bagi mereka. Terutama bila ketua
keluarga jatuh sakit atau meninggal dunia.


Islam menetapkan keperluan manusia yang paling asasi
wajib dipandang berat oleh semua pihak, bermula dari
anggota keluarga terdekat dan jiran tetangga.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa tidak dianggap
beriman seseorang yang tidur malam sedangkan jiran
mereka yang miskin berada dalam kelaparan kerana
kemiskinan mereka.


Bagi memenuhi kewajipan paling asasi ini, Kerajaan
Negeri mengambil langkah memulakan contoh baik yang
diharap   dapat dikongsi dengan anggota masyarakat
seluruhnya, dalam memastikan keperluan paling asasi ini
                           10
sentiasa terjaga bagi kumpulan masyarakat yang dhaif
dan memerlukan.


Skim ini dinamakan Skim Al Itt’aam, yang bermaksud
menyediakan bantuan makanan ruji           berupa beras bagi
keluarga yang benar-benar memerlukan. Peruntukan bagi
tujuan ini diletakkan sebanyak RM 1.5 juta.



YB Datuk Speaker,



Bagi     membantu   Kerajaan        mencapai   objektif-objektif
Belanjawan 2011, paksi-paksi berikut telah dipilih sebagai
paksi utama;




Pertama     :   Penjanaan ekonomi untuk semua rakyat;
Kedua       :   Pembinaan Insan yang berteraskan Islam;
Ketiga      :   Pembelaan golongan daif dan miskin, orang
                kurang upaya, anak yatim, armalah, warga
                emas dan wanita.



                               11
Berasaskan kepada tema tersebut, Bajet 2011 akan terus
berpaksikan kepada strategi-strategi berikut :


   a) Mempastikan hasil dan tunggakan hasil Kerajaan
        Negeri dapat dipungut untuk pembangunan negeri
        bagi kesejahteraan rakyat dengan memantapkan
        jentera kutipan hasil melalui pemantauan berjadual
        dan   penguatkuasaan      secara    berterusan   untuk
        menambahkan hasil negeri.


   b) Memberi tumpuan untuk merancakkan pertumbuhan
        ekonomi dan taraf hidup rakyat dalam memberi
        fokus kepada semua aspek pembangunan negeri
        untuk mengurangkan keadaan ketidakseimbangan
        sosioekonomi,   terutamanya        bagi   mempastikan
        matlamat membasmi kemiskinan tegar di Negeri
        Kelantan dapat dicapai sepenuhnya.

   c)     Mempastikan      dasar    perbelanjaan    berhemah
        diteruskan supaya setiap perbelanjaan, dibelanjakan
        mengikut keperluan dan keutamaan sebenar untuk
                             12
   manfaat rakyat dan setiap projek yang bakal
   dilaksanakan dinilai dengan terperinci bagi mengelak
   kebocoran perbelanjaan (peningkatan kos bahan dan
   masa) atau dengan kata lain pelaksanaan projek
   berasaskan kepada “Outcome”.


d) Mempastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan
   kualiti kehidupan rakyat di Bandar dan Luar bandar
   terbela untuk membendung gejala-gejala sosial yang
   semakin    berleluasa     pada    masa     kini   dengan
   mengimbangi       di antara pembangunan fizikal dan
   rohani    untuk   pelbagai    lapisan    rakyat   melalui
   pendekatan pembangunan yang menyeluruh.


e) Memberi penekanan urustadbir yang baik, dengan
   mengutamakan ketelusan dan kecekapan menerusi
   pentadbiran       yang    berlandaskan       Ubudi’yyah,
   Mas’ulliyyah dan Itqan.




                            13
STRATEGI PERTAMA : PENJANAAN EKONOMI UNTUK
SEMUA RAKYAT


Pembangunan Infrastruktur Asas


Selaras    dengan   komitmen      Kerajaan      untuk   sentiasa
menjamin kesejahteraan rakyat, program sosioekonomi
bagi     meningkatkan   tahap     dan     kualiti   hidup    akan
dimantapkan lagi. Penggubalan strategi dan program dalam
Bajet 2011 akan diiringi dengan kesungguhan untuk
melaksanakannya secara berkesan. Dalam Bajet 2011
sejumlah RM35.00 juta telah diperuntukan di bawah
program penyediaan kemudahan infrastruktur asas kepada
rakyat.


Program     pembangunan     kemudahan       infrastruktur    asas
kepada rakyat akan tetap menjadi agenda utama Kerajaan
kerana     pembangunan      infrastruktur       akan    menjadi
pemangkin kepada pembangunan fizikal, perkembangan
ekonomi dan pembangunan sosial yang lain. Oleh itu,
Kerajaan     akan   terus       memberi      tumpuan        dalam

                             14
meningkatkan          kemudahan         infrastruktur      termasuk
pembinaan       jalan      dan        jambatan      baru       dalam
mempertingkatkan        lagi    tahap    keselamatan       pengguna
disamping      memperluaskan          sistem     rangkaian     jalan.
Contohnya      pada     tahun    2010,    sebanyak      RM12    juta
disediakan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri untuk
melaksanakan projek Pembinaan Jalanraya Bertingkat
Merentasi Laluan Rel Keretapi Dalam Bandar Pasir Mas,
Jambatan Merentasi Sungai Sat, Machang, Penggantian
Jambatan Kayu di Pengkalan China, Bachok dan yang
terbaru ialah Membina Jambatan Tok Din, Pasir Puteh bagi
menggantikan jambatan lama yang telah rosak. Sistem
rangkaian dan kemudahan jalan raya juga diperluaskan
seperti Pembinaan Jalan Pintas Kampung Tok Ku- Kedai
Lalat, Pembinaan Pembentung Merentasi Sungai Rekang,
Tangok, Bachok, pembinaan jambatan Sungai Guchil, Kuala
Krai   serta     kerja-kerja      memperluas        persimpangan-
persimpangan jalan yang sempit dan membaru muka jalan
yang rosak. Ia dilaksanakan bagi melancarkan lagi aliran
trafik dan bagi mengelakkan kemalangan dari berlaku.



                                 15
Program pembangunan jalan dan jambatan tersebut akan
terus diberi keutamaan dan disambung ke tahun 2011
dengan tambahan perancangan dan pelaksanaan projek-
projek baru seperti Pembinaan Jambatan Lapan Pari, Tok
Sadang, Kota Bharu, Pembinaan Jalan Kok Keli, Tumpat
serta Cadangan Pembinaan Jalan Tuju ke Jambatan
Merentasi Laluan Rel Keretapi dalam Bandar Pasir Mas Fasa
II.   Bagi tahun 2011, Jabatan Kerjaraya Negeri Kelantan
juga telah diperuntukan sejumlah RM12.0 juta untuk
tujuan tersebut.


Disamping itu, Kerajaan juga akan terus melaksanakan
program-program menaiktaraf jalan-jalan kampung dan
jalan-jalan pertanian di seluruh negeri ini. Sebanyak
RM10.0 juta disediakan bagi pembinaan dan menaiktaraf
jalan-jalan kampung, RM4.0 juta untuk      Jalan-jalan di
kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, RM300 ribu        untuk
Penyelenggaraan Jalan Pertanian, RM300 ribu lagi untuk
pembinaan jalan-jalan   di kawasan industri dan   RM200
ribu pula untuk penyelenggaran jalan Penguasa-Penguasa
Tempatan.

                           16
 Sebanyak        RM7.0     juta pula diperuntukan untuk
pembinaan dan pembaikian jambatan. Kerajaan juga
memperuntukkan sejumlah RM1.2 juta bagi pembinaan dan
penyelenggaraan longkang dan parit di kawasan Pihak
Berkuasa Tempatan. Ini termasuk sebanyak RM1.0 juta
diperuntukkan bagi   penyelenggaraan longkang dan parit
dan RM200 ribu untuk Rancangan Perlongkangan Pekan-
Pekan.


Proses perpindahan pengurusan bekalan air daripada
Kerajaan Negeri kepada Pengurusan Aset Air Bhd. sedang
berjalan dengan lancar dan Insya-Allah ianya akan dapat
diselesaikan sebelum akhir tahun ini. Adalah diharapkan
dengan penyerahan ini, mutu bekalan air dan pengurusan
bekalan air di negeri ini akan dapat dipertingkatkan. Dalam
hal ini, Kerajaan berharap pihak Air Kelantan Sendirian
Berhad (AKSB) mengambil tindakan yang lebih proaktif bagi
mempastikan semua projek yang diluluskan dilaksanakan
mengikut jadual yang ditetapkan demi mempastikan rakyat
dapat menikmati kualiti air yang lebih sempurna apabila

                            17
siapnya projek-projek tersebut.            Bagi rakyat kawasan
kampung dan desa yang belum lagi dibekal dengan air
bersih di bawah skim Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB),
Kerajaan    akan     terus      memberi      perhatian      dengan
memperuntukkan        sebanyak             RM1.0   juta         untuk
melaksanakan program air bersih kepada golongan ini
disamping penyaluran bekalan elektrik bagi rakyat miskin.




Pembangunan Sektor Pertanian


Sektor pertanian masih merupakan sektor terpenting dalam
menjana    ekonomi     Negeri     Kelantan.    Oleh      itu,    bagi
meningkatkan daya saing sektor pertanian, Kerajaan akan
terus     memberi     galakan        dan     sokongan       dengan
mempergiatkan        usaha untuk meningkatkan pelaburan
swasta dalam aktiviti pertanian serta industri hiliran dalam
pengeluaran bahan makanan berkualiti dan halal.


Kerajaan    Negeri    melalui    agensi-agensinya        khususnya
Jabatan Pertanian Negeri dipertanggungjawabkan untuk

                                18
menyusun      dan      melaksanakan     pelbagai   program
pembangunan secara lebih sistematik dan bersepadu. Di
antara program-program tersebut adalah seperti Program
Pembangunan Industri Padi, Program Pembangunan Industri
Pelbagai Komoditi, Program Pembangunan Industri Sayur-
sayuran dan Buah-buahan, Program Pembangunan Industri
Kecil Dan Sederhana Berasaskan Pertanian Dan Aktiviti
Hiliran   serta   Program     Pembangunan   Usahawan   Tani.
Seiring dengan ini, perkhidmatan pengembangan melalui
pendekatan Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP)
akan menjadi teras kepada sistem penyampaian dan
pemindahan        teknologi    untuk   meningkatkan    daya
pengeluaran yang lebih tinggi, berkualiti dan selamat
digunakan. Program-program utama Jabatan Pertanian
telah menggunakan konsep kelompok. Sebagai contoh, bagi
tahun 2010, seluas 35,765 hektar tanah dengan bilangan
peserta 21,546 orang telah dibangunkan dan dianggarkan
mengeluarkan hasil sebanyak 98 ribu metrik tan dengan
nilai yang dianggarkan sebanyak RM93.1 juta. Pada tahun
2011 sejumlah RM2.30 juta diperuntukkan di bawah
Jabatan Pertanian Negeri, disamping peruntukan prasarana

                               19
yang berkaitan pertanian turut diperuntukkan dibawah lain-
lain agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri
dan Pejabat Pembangunan Negeri.


Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Program
Pembangunan Tanah Terbiar adalah merupakan program
yang diberi penekanan iaitu untuk memulihkan tanah
terbiar di seluruh Negeri Kelantan dengan tanaman padi
dan juga tanaman-tanaman lain seperti tembikai, sayur-
sayuran, buah-buahan dan kelapa. Sepanjang tempoh RMK-
9 dari tahun 2005 hingga 2010, seluas 2,137 hektar tanah
terbiar telah dipulihkan meliputi 679 hektar di tanam
dengan padi dan 1,458 hektar dengan tanaman lain. Bagi
tahun 2010, dianggarkan seluas 417 hektar akan dipulihkan
iaitu 159 hektar dengan tanaman padi dan 338 hektar
dengan tanaman lain. Bagi tahun 2011 pula, dijangka 700
hektar lagi kawasan tanah terbiar akan dipulihkan untuk
mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar bagi pelbagai
tujuan pertanian.




                           20
Pada      tahun   2010,     pengeluaran       padi   di   negeri    ini
dianggarkan sebanyak 350 ribu metrik tan yang telah
mencapai      tahap       sara   diri   121     peratus.     Program
Pembangunan Industri Padi yang telah dirangka dalam RMK-
9   telah    berjaya      menyumbang      kearah     merealisasikan
matlamat Kerajaan menjadikan Kelantan sebagai Jelapang
Makanan Negara.        Program ini bertujuan mengurangkan
penggantungan       kepada       import    makanan         dan     padi
merupakan Tanaman Sekuriti Negara sebagai aset untuk
kegunaan semasa kecemasan atau bencana alam dan
mengatasi ketidakstabilan bekalan bahan mentah.                    Pada
tahun 2011 juga Kerajaan terus memperuntukan sebanyak
RM2.0 juta bagi penyediaan subsidi baja padi kepada para
petani.


Disamping itu, Program Pembangunan Tanaman Kekal
Pengeluaran Makanan Negara (TKPM) akan diteruskan pada
tahun 2011. Sehingga kini terdapat dua TKPM iaitu TKPM
Lojing dan TKPM Telong yang telah diusahakan dengan
tanaman sayuran dan buah-buahan. Jumlah pengeluaran
dari kedua-dua TKPM tersebut adalah sebanyak 833.3

                                  21
metrik tan yang bernilai RM1.3 juta bagi tahun 2009 dan
sehingga Julai 2010, sebanyak 546.2 metrik tan telah
dihasilkan yang bernilai RM830 Ribu. Bagi tahun 2011, dua
lagi TKPM baru akan beroperasi iaitu TKPM Batang Merbau
dan satu lagi diperingkat pembangunan iaitu TKPM Lojing II.


Melalui Pengoperasian Terminal Makanan Negara (TEMAN)
di Bandar Baru Tunjung dalam sedikit masa lagi, ianya
harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh para petani juga para
peladang. Lantaran itu program dan peruntukan yang
disediakan oleh Kerajaan dalam Bajet 2011 bagi sektor
pertanian adalah merupakan suatu momentum baru bagi
melonjakkan sektor pertanian.


Pemprosesan hasil pertanian merupakan satu bidang yang
menguntungkan dan memberi kesan cepat (quick win)
kepada   usahawan.    Dengan     adanya   peranan   Jabatan
Pertanian dalam aspek peningkatan teknologi melalui
pemberian peralatan, bimbingan dan pertambahan bilangan
usahawan dalam bidang tersebut telah meningkatkan
pengeluaran daripada RM7.9 juta pada tahun 2005 kepada

                            22
RM21.6 juta pada tahun 2009 manakala nilai pengeluaran
sehingga Jun 2010 adalah RM1.5 juta yang melibatkan 543
peserta. Pada tahun 2011, program industri asas tani akan
terus memberi penekanan kepada peningkatan pengeluaran
dan ke arah Pengamalan Pengilangan Baik (GMP) sejajar
dengan kehendak pengguna semasa dan untuk menembusi
pasaran eksport.


Dengan terlaksananya pelbagai program pertanian yang
berteraskan “Bertani Satu Ibadah”, produktiviti sektor
pertanian   dapat   ditingkatkan   selaras   dengan   hasrat
kerajaan menjadikan sektor pertanian yang mampan dan
lestari mampu merealisasikan Kelantan sebagai Jelapang
Makanan Negara menjelang tahun 2015.


Disamping projek-projek yang diusahakan oleh agensi
Kerajaan, pihak swasta juga akan digalakkan untuk menjadi
peneraju dan pemangkin dalam usaha mengkomersilkan
sektor pertanian bagi mencapai matlamat menjadikan
Negeri Kelantan sebagai pengeluar yang kompetitif bagi
produk pertanian berkualiti tinggi, selamat dan memenuhi

                            23
piawaian antarabangsa.    Kerajaan juga berharap agensi-
agensi Kerajaan seperti seperti Perbadanan Kemajuan
Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Ladang Rakyat
dan Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) memainkan
peranan yang lebih proaktif sebagai perintis kepada
pelaburan yang besar dalam sektor pertanian disamping
mempelbagaikan pengeluaran produknya.


Para pertani juga akan dibantu untuk menghasilkan produk-
produk sampingan bagi menampung dan mempelbagaikan
pendapatan   bagi menyara keluarga         juga   menjadikan
industri pertanian suatu industri yang menguntungkan.


Melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran juga, sebanyak
RM5.12 Juta diperuntukan bagi menyediakan pelbagai
kemudahan infrastruktur asas yang memberi kebaikan
kepada para petani dan juga rakyat setempat seperti
Program Pembaikian Besar Skim Pengairan Dan Saliran,
Menaiktaraf Infrastruktur Pertanian, Pencegahan Hakisan
Pantai,   Pengairan   Tanah      Terbiar   dan    Rancangan
Pengairan/Saliran Untuk Pertanian.

                            24
Pembangunan Sektor Penternakan


Dalam pembangunan sektor Penternakan, Kerajaan Negeri
melalui   Jabatan   Perkhidmatan     Veterinar     akan    terus
memberi       penekanan     dalam    pembangunan          sektor
penternakan khususnya dalam penyediaan kemudahan dan
galakan agar lebih banyak pihak melibatkan diri dalam
pengeluaran hasilan ternakan di negeri ini. Pelan Strategik
Pembangunan Industri Ternakan Negeri Kelantan telah
dirumus menjelang tahun 2015 untuk meningkatkan hasil
ternakan dalam negeri.


Pada tahun 2011, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah
mengfokuskan kepada beberapa strategi untuk memacu
sektor    penternakan     melalui   transformasi     usahawan
ternakan yang berdaya maju ke arah bidangusaha secara
komersil, perladangan secara integrasi di kawasan-kawasan
tanaman utama, penternakan secara intensif (fidlot),
penghasilan    baka-baka ternakan     yang   lebih    bermutu

                              25
melalui kaedah Permanian Beradas (AI) dan Cross Breeding,
aplikasi bioteknologi dalam bidang penternakan bagi tujuan
menjaga kebersihan ladang, meningkatkan kecekapan kos,
dan kualiti hasil ternakan, galakan amalan perladangan
yang baik yang bukan sahaja mengambilkira keuntungan
pengusaha    tetapi   juga   kesejahteraan      alam    sekitar,
kesejahteraan ternakan dan keselamatan pengguna hasilan
ternakan dan juga menyediakan khidmat rundingcara dan
kursus-kursus penyembelihan ternakan bagi memenuhi
keperluan    syarak   selaras        dengan   hasrat   kerajaan
menjadikan Kelantan sebagai Hub Pengeluaran Makanan
Halal juga dalam bidangusaha baru yang berpotensi seperti
industri sarang burung walit.


Melalui pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh pihak
Kerajaan melalui jabatan Perkhidmatan Veterinar, industri
ternakan di Negeri Kelantan telah melalui perkembangan
dimana nilai pengeluaran hasil ternakan telah meningkat
sebanyak lebih 4.6% iaitu dari RM201.98 juta pada tahun
2009 kepada RM211.34 juta pada tahuan 2010 dan
berdasarkan kepada kemajuan terkini, dianggarkan nilai

                                26
pengeluaran hasil ternakan Negeri pada tahun 2011 akan
terus meningkat sebanyak RM5.0% iaitu dari RM211.34 juta
pada tahun 2010 kepada RM221.90 juta pada tahun 2011.


Dalam membantu penternakan tradisional dan berskala
kecil-kecilan, Kerajaan akan terus menyediakan peruntukan
pembangunan     bagi   melaksanakan           rancangan   untuk
kesejahteraan rakyat. Dalam Bajet 2011, sebanyak RM1.0
juta telah diperuntukan kepada Jabatan Perkhidmatan
Veterinar untuk melaksanakan program-program seperti
Rancangan    Operasi   Induk        Anak     Lembu,   Rancangan
Pemeliharaan Kambing dan Bebiri, Rancangan Pembakaan
serta Rancangan Perintis Pemeliharaan Rusa Timurensis dan
Anika Ternakan, Rancangan Perkembangan Perusahaan
Pedaging. Dengan cara ini, Kerajaan Negeri berharap agar
tahap sosioekonomi golongan yang berpendapatan rendah
akan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.


Kerajaan juga meneruskan peruntukan sebanyak RM800
ribu untuk    Program Bantuan Ternakan Lembu secara
‘fidlot’,   Program    Jihad        Ternak     dan    Rancangan

                               27
Perkembangan Perusahaan Lembu dan Kambing Tenusu.
Program-program ini diharap dapat meningkat pengeluaran
makanan dalam negeri disamping membantu golongan
rakyat yang miskin.     Dengan pelbagai usaha serta input
yang disediakan, diharap industri penternakan di negeri ini
akan terus mengalami perkembangan yang lebih tinggi di
masa hadapan.


Memacu Pembangunan Sektor Perikanan


Satu lagi sektor yang akan diberi perhatian oleh Kerajaan
adalah sektor perikanan. Sektor ini memainkan peranan
besar sebagai salah satu sektor penyumbang utama sumber
protein dan makanan Negara dan telah menyediakan
peluang pekerjaan kepada lebih 8,000 orang nelayan di
negeri Kelantan.


Pada   tahun    2009,    industri   tangkapan   ikan   telah
menyumbang sebanyak 62,175 tan metrik ikan yang bernilai
RM245 juta. Sebanyak 1,432 buah vesel menangkap ikan
komersil dan 209 buah bagi vesel laut dalam telah didaftar

                             28
dan dilesenkan sehingga kini dan dijangka akan terus
meningkat pada    akhir tahun 2010 dengan adanya lesen
sampan khas. Industri perikanan laut dalam juga akan terus
dipertingkatkan dengan adanya kemudahan Pelabuhan
Perikanan Tok Bali yang mempunyai kemudahan asas untuk
pendaratan dan pemasaran ikan serta bekalan minyak dan
air batu.


Program insentif akuakultur dan baik pulih kolam terbiar
yang diberikan pada tahun 2009 dan 2010 telah berjaya
meningkatkan pengeluaran akuakultur di Negeri Kelantan
dan sehingga kini dianggarkan sebanyak 1,216.77 tan
metrik ikan air tawar telah didaratkan, manakala bagi ikan
hiasan sejumlah 47,336 ekor telah dihasilkan dikalangan
1,274 pengusaha akuakultur tempatan yang berdaftar
dengan Jabatan Perikanan.        Antara ternakan akuakultur
yang diusahakan adalah melalui sistem ternakan termasuk
kolam, sangkar, tangki dan sebagainya.


Jabatan Perikanan Negeri akan terus memberikan bantuan
pinjaman peralatan pemprosesan dan khidmat nasihat

                            29
kepada peserta baru dan sedia ada untuk menggalakkan
lebih ramai lagi pengusaha menceburi bidang ini dan
seterusnya menggalakkan industri hiliran kearah lebih
berdaya saing dan berdaya maju.


Bagi   tujuan    tersebut,         Kerajaan    Negeri     telah
memperuntukan sejumlah RM478 ribu              kepada Jabatan
Perikanan Negeri bagi melaksanakan program-program
seperti Perkhidmatan dan Galakan Teknologi Pengendalian
Ikan, Galakan Pemindahan Teknologi Peralatan Perikanan,
Projek Asuhan Benih Ikan Air Tawar, Pemulihan Spesis
Ternakan Ikan Kelah, Ternakan Ikan Sangkar dan Pemulihan
Semula Sangkar Terbiar di Taman Kekal Pengeluaran
Makanan (TKPM), Pembangunan Tukun Tiruan dan Projek
Ternakan Lobster Airtawar Negeri Kelantan. Selain itu,
Kerajaan Negeri turut memperuntukan sebanyak RM80
Ribu bagi Bantuan Nelayan Pantai/Sungai dan Akuakultur
dan akan terus memastikan program bantuan pinjaman
peralatan   pemprosesan      dan     khidmat    nasihat   terus
disediakan untuk menggalakan lebih ramai peserta dapat
menceburi bidang usahawan pemprosesan dan seterusnya

                             30
menggalakkan perkembangan industri hiliran yang berdaya
maju.




Pembangunan Usahawan


Bajet kali ini juga akan terus memberi penekanan kepada
langkah-langkah untuk melahirkan generasi usahawan yang
berkualiti tinggi dan berdaya saing. Ia diberikan penekanan
dalam peruntukan yang lebih besar dengan harapan satu
mekanisme pembinaan kumpulan usahawan kecil dan
sederhana     dapat     dilakukan.     Bagi   menyokong     hasrat
kerajaan, bajet ini turut meliputi penyediaan infrastruktur
dan     kemudahan       asas    bagi     menggalakkan       aktiviti
perniagaan.


Pada tahun 2011, sebanyak            RM2.0 juta diperuntukan di
bawah Program Usahawan Berdikari yang menggabungkan
lima program pembangunan usahawan termasuk Program
Galakan     Perindustrian      dan     Pembangunan    Usahawan,
Gerakan     Berdikari    Rakyat       Kelantan,   Program     Khas

                                31
Siswazah, Skim Kerjaya Penganggur, Dana Belia Niaga dan
Tabung Usahawan Wanita. Disamping itu, sebanyak RM900
ribu disediakan di bawah Projek Infrastruktur Usahawan
serta peruntukan sebanyak RM200 ribu disediakan bagi
Program Pembangunan Sumber Manusia bagi tahun 2011.


Kerajaan juga sedang menaiktaraf pasar di Kota Jembal,
Kota Bharu dengan pembinaan sebuah pasar baru yang
berharga RM3.0 juta. Pasar tersebut dapat memberi
kemudahan dan keselesaan kepada peniaga-peniaga kecil di
sekitar kawasan tersebut apabila siap kelak. Disamping itu,
sebanyak RM2.0 juta juga disediakan untuk membina dan
membaiki pasar dan gerai di kawasan Pihak Berkuasa
Tempatan Negeri Kelantan.




Pembangunan Sektor Pelancongan


Sektor pelancongan masih kekal sebagai sektor utama
dalam menjanakan ekonomi Negeri Kelantan serta memberi
peluang   pekerjaan   dan   pendapatan     kepada   rakyat

                            32
tempatan. Sebagai contoh, pada tahun 2009, seramai 4.80
juta orang pelancong telah mengunjungi negeri ini yang
menyumbang sebanyak RM1.56 bilion kepada ekonomi
negeri. Sehingga bulan Ogos 2010, seramai 3.78 juta
pelancong telah melawat Kelantan termasuk 608,387 orang
pelancong antarabangsa.


Disamping program-program tahunan yang sedia ada seperti
Permainan      Tradisional,    Kebudayaan     dan     Kesenian,
Pertandingan    Seni   Suara    Burung   Ketitir,   Pesta    Wau
Antarabangsa        serta     Program-Program       Penghayatan
Ramadhan,      Kerajaan juga terus berkerjasama dengan
Majlis   Tindakan   Pelancongan     Negeri   Kelantan       dalam
menganjurkan beberapa program yang boleh merancakkan
lagi kunjungan pelancong ke negeri ini. Kerajaan yakin
Kelantan akan menerima kedatangan lebih ramai pelancong
baik dari dalam     mahupun luar negara khususnya dengan
adanya program-program secara tersusun, tidak ketinggalan
juga faktor kehijauan alam dengan flora dan fauna seperti
Taman Negara, di Kuala Koh, Air Terjun di Setong, Bukit
Bakau, Jeram Linang juga Jeram Pasu dan pantai-pantai

                               33
yang menarik telah menarik ramai pengusaha memajukan
chalet dan resort.     Industri kraftangan seperti batik serta
pertukangan     emas    dan    perak    turut    mengamit    para
pelancong ke Kelantan.        Kehijauan hutan khatulistiwa di
Kelantan turut menarik minat pengemar aktiviti 4 x 4 ke
Kelantan.      Program-program penghayatan Islam juga
mampu menjadi produk pelancongan dan sewajarnya
diketengahkan. Justeru,        kempen, promosi, pemasaran,
pengiklanan dan program pelancongan perlu diperhebatkan
lagi.    Destinasi   dan      produk    pelancongan      samaada
dibangunkan oleh kerajaan atau swasta perlu dilengkapi
dengan      infrastruktur     yang     lengkap     dan    budaya
penyenggaraan produk dan kemudahan pelancongan wajar
dipupuk sebaiknya.          Bagi tahun 2011 Kerajaan Negeri
menyediakan      peruntukan     sejumlah    RM2.5     juta   bagi
Galakan Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan, Promosi
dan Produk Pelancongan dan Pembangunan Seni dan
Budaya dan Pembangunan Infrastruktur Pelancongan.


Kerajaan turut menggalakkan rakyat melaksanakan program
Penginapan Desa (Homestay) yang dapat memberi peluang

                                34
kepada pelancong mengenali budaya hidup rakyat Kelantan
yang peramah, bersopan santun, menitik beratkan amalan
agama selaras dengan motto Kerajaan “ Membangun
Bersama Islam”.




STRATEGI KEDUA : PEMBINAAN INSAN YANG BERTERAS
ISLAM


Program memartabatkan agama Islam:


Sejajar dengan keadaan semasa dan tuntutan global,
Kerajaan turut memahami betapa pentingnya memiliki
sumber manusia dan modal insan yang berkualiti tinggi.
Berkualiti disini bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga
menuntut keperibadian tinggi. Untuk itu, aspek ini tidak
sesekali diabaikan dan kerajaan negeri menyediakan
beberapa peruntukan bagi mengadakan kursus, bengkel
latihan, ceramah dan lain-lain bagi meningkatkan kualiti
modal insan rakyat berteraskan Islam khususnya golongan



                             35
muda bagi menangkis segala kecelaruan sosial pada masa
kini.


Menerusi Pejabat Pembangunan Negeri, sejumlah RM3.0
juta disediakan bagi projek pembinaan dan pembaikian
masjid-masjid seluruh negeri termasuk pembinaan Masjid
Keputeraan di Lojing yang telah disempurnakan perasmian
Majlis Perletakan Batu Asas oleh Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Muhammad Ke V pada 24 Sya’aban 1431H
bersamaan 5 Ogos 2010. Peruntukan sebanyak RM500 ribu
juga disediakan di bawah program Pembangunan Pusat
Tarbiyyah dan Program Desa Taqwa bagi membangunkan
generasi muda berasaskan pegangan sistem nilai-nilai Islam
yang diterjemahkan kepada bentuk gaya hidup berkualiti
dan berwawasan. Apatah lagi Kerajaan sedar bahawa belia
hari ini merupakan pemangkin kepada pembangunan Negeri
Kelantan.




Kerajaan Negeri juga akan terus memberi penekanan bagi
mempastikan        langkah-langkah       penambahbaikan

                           36
pentadbiran Agama Islam dilaksanakan secara tersusun dan
mengikut perancangan yang ditetapkan.


Sehubungan dengan itu, menerusi Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Kelantan peruntukan sejumlah RM1.3 juta
telah disediakan untuk disalurkan kepada masjid dan surau
seluruh negeri pada tahun 2011.     Kerajaan juga telah
menambah peruntukan di bawah Pejabat Pembangunan
Negeri dimana sejumlah RM3.0 juta disediakan bagi projek
pembinaan dan pembaikian masjid-masjid seluruh negeri,
ini tidak termasuk sumbangan yang disalurkan menerusi
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
melalui wang zakat.


Kerajaan Negeri akan terus       melaksanakan program-
program ke arah membudayakan Al-Quran sebagai satu
prinsip yang seiring di antara pembangunan fizikal dan
pembangunan kerohanian secara terancang dan mantap. Ia
harus berkembang seluasnya merangkumi institusi masjid,
surau, pejabat kerajaan, sekolah dan media masa.



                           37
Justeru   Kerajaan   Negeri     akan     mempastikan       medium
pendidikan agama akan terus berkembang, malah menjadi
agenda    utama      kerajaan        melalui     program-program
pengemaskinian dan pengukuhan kurikulum, peningkatan
pengetahuan dan kemahiran Agama Islam serta peningkatan
kemudahan     pengajaran      dan     pembelajaran.      Kerajaan
percaya     serta     yakin      bahawa          program-program
pembangunan      kerohanian     yang     bersistematik     mampu
mengimbangi dan menangani pengaruh gejala maksiat
dikalangan remaja dan rakyat negeri ini. Program-program
pengukuhan akidah diteruskan bagi membasmi mana-mana
fahaman, ajaran dan amalan yang bertentangan dengan
akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Kerajaan juga akan terus mempastikan pendidikan agama
terus dikembangkan melalui pengemaskinian kurikulum,
peningkatan pengetahuan dan kemahiran guru-guru serta
kemudahan    pengajaran       dan     pembelajaran    di     bawah
Yayasan Islam Kelantan (YIK). Bagi tujuan tersebut,
Kerajaan Negeri telah menaikkan peruntukan kepada
RM60.0    juta    kepada   Yayasan       Islam    Kelantan    bagi

                                38
melaksanakan     program-program            pendidikan,    disamping
RM2.0    juta    lagi     bagi     projek     pembangunan      baru,
menaiktaraf dan menyelenggara bangunan sekolah-sekolah
Yayasan Islam Kelantan.             Kerajaan Negeri juga akan
menyediakan peruntukan sejumlah RM1.0 juta kepada
Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) untuk pembangunan
dan pengurusan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail
Petra (KIAS).


Seperti tahun-tahun lepas, Kerajaan Negeri akan terus
menyediakan sumbangan tahunan kepada Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, di mana bagi
tahun 2011,      sejumlah RM1.0 juta telah diperuntukan.
Program-program tahunan di bawah Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Kelantan juga akan diteruskan seperti
program-program         Ihya    Ramadhan      (peringkat    jajahan)
melalui peruntukan RM100 ribu, Tahfiz Al-Quran sebanyak
RM100 ribu, perayaan Agama Islam dan Hijratur Rasul
RM100    ribu,    Ujian        Tilawah   Al-Quran    RM100     ribu,
Pembangunan Islam Jajahan RM100 ribu, Hari Hudud RM30
ribu, Kecemerlangan Solat RM800 ribu, Skuad Amru RM80

                                   39
ribu, dan Nasyid diperuntukkan sejumlah RM50 ribu dan
Majlis   Bersama     Ulamak/Guru       Pondok/Ketua       Madrasah
berjumlah     RM50    ribu.      Kerajaan     juga      akan     terus
menyediakan peruntukan untuk program-program kursus
pembangunan        keluarga,    seminar     dan        kursus     pra-
perkahwinan     dimana        sebanyak     RM550        ribu     akan
diperuntukkan. Manakala program-program yang menjurus
ke arah pembinaan Insan akan mendapat peruntukan
sebanyak RM1.20 juta yang diperuntukan di bawah Pejabat
Pembangunan Negeri.


Kerajaan juga tidak lupakan golongan belia dan akan terus
melaksanakan       program       pembangunan           belia     yang
bersesuaian    dengan    jiwa    dan     rohani   mereka         untuk
melahirkan masyarakat, remaja dan belia yang sihat dan
beriman serta mematuhi etika-etika sosial. Bagi mencapai
matlamat tersebut, Kerajaan Negeri telah memperuntukan
sebanyak    RM3.5     juta       kepada     aktiviti     belia    dan
pembangunan     sukan.       Disamping    itu,    Kerajaan        juga
menyediakan peruntukan sebanyak RM60 ribu dibawah
Program Bantuan kepada Badan-Badan Pertubuhan Islam,

                                40
RM1.0 juta disediakan kepada Sumbangan Kebajikan Orang
Bukan Islam dan Orang Asli. Bajet 2011 juga tidak
menepikan kebajikan dan keperihatinan kepada kaum
wanita, sebanyak RM1.5 juta diperuntukan bagi Sumbangan
untuk Kebajikan dan Pembangunan Wanita, dan RM300
ribu untuk Program Latihan Belia dan wanita. Bagi tahun
2011, kerajaan telah memperuntukan RM1.5 juta bagi
program Gerbang Azziwaj untuk membantu rakyat yang
miskin untuk berkahwin bagi kali pertama.     Bantuan ini
diharap dapat mengurangkan gejala sosial/kes khalwat di
negeri Kelantan yang melibatkan orang miskin dimana
bantuan   ini   diharap   dapat   menampung   kos   urusan
perkahwinan mereka.


STRATEGI KETIGA : PEMBELAAN GOLONGAN DAIF DAN
MISKIN, ORANG KURANG UPAYA, ARMALAH, WARGA EMAS
DAN WANITA


Masyarakat Penyayang :




                             41
Kerajaan Negeri juga akan terus membela nasih golongan
daif dan miskin, orang kurang upaya, armalah dan warga
emas.     Oleh itu, Kerajaan akan terus menyediakan
peruntukan-peruntukan         secukupnya         untuk     program-
program     pembelaan         rakyat      miskin         dan     yang
memerlukannya. Dalam Bajet 2011, sebanyak RM1.20 juta
telah diperuntukan di bawah Program Pembelaan Rakyat
Miskin dan RM600 ribu untuk projek penempatan semula
penduduk. Kerajaan juga meneruskan program membantu
perbelanjaan    perubatan      kepada         rakyat   miskin    yang
menghidapi penyakit kronik dimana sejumlah RM500 ribu
di   peruntukan.       Disamping       itu,     RM500     ribu   lagi
diperuntukan kepada orang kurang upaya (OKU) bagi
membantu golongan-golongan tersebut dalam pelbagai
aktiviti memajukan diri mereka melalui pelbagai bidang
ekonomi   dan      kerjaya.   Kerajaan         turut   menyediakan
peruntukan khusus kepada Penjaga Pesakit di Hospital
dimana sebanyak RM50 ribu disediakan.


Kerajaan turut meneruskan tradisi bagi membela golongan
ARMALAH (wanita tanpa suami) dengan mengekalkan

                               42
peruntukan sebanyak RM2.0 juta bagi tahun 2011.           Di
samping itu bantuan kepada anak yatim juga disediakan
peruntukan sejumlah RM2.0 juta.         Kerajaan juga terus
memperuntukan Bantuan Am (Bantuan Bulanan) sebanyak
RM6.38 juta semenjak tahun 2009 dan peruntukan yang
sama disediakan pada tahun 2011. Peruntukan-peruntukan
ini disediakan sesuai dengan hasrat memupuk masyarakat
penyayang,      selari   dengan    tuntutan   Islam   kearah
mewujudkan masyarakat dan negeri sejahtera. Walaupun
dalam kewangan negeri yang agak terhad, Kerajaan tetap
komited   dan     akan    terus    menyediakan   peruntukan-
peruntukan bagi tujuan pembelaan dan kesejahteraan
rakyat.


Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, Kerajaan Negeri
juga akan terus memberi tumpuan dalam melaksanakan
Program Perumahan Rakyat khususnya Program Perumahan
Awam Kos Rendah dan Mampu Milik. Untuk tujuan tersebut,
satu peruntukan berjumlah RM2.0 juta disediakan kepada
Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
untuk     melaksanakan       usaha-usaha      membangunkan

                              43
kemudahan Perumahan Awam Kos Rendah dan Mampu
Milik.   Disamping   itu,     Kerajaan      Negeri      juga    akan
mempertingkatkan     usaha      bagi     melaksanakan      Program
Usahasama dengan pemaju swasta dalam membangunkan
kemudahan penempatan baru dengan memberi penekanan
kepada perumahan kediaman mampu milik. Kerajaan amat
menyedari    masih   ramai      rakyat    di   negeri     ini   yang
memerlukan kemudahan perumahan sedemikian rupa.
Kerajaan juga menaruh harapan yang tinggi supaya
Kerajaan Persekutuan        dapat membantu Kerajaan Negeri
dalam penyediaan peruntukan bagi melaksanakan Projek
Perumahan     Awam     Kos      Rendah      dan      Mampu      Milik
sebagaimana yang disediakan kepada Kerajaan Negeri lain
sejak sekian lama.




Sektor perkhidmatan Awam dan pentadbiran
Berasaskan prinsip Keislaman:


Kerajaan    Negeri   sentiasa    menghargai       sokongan       dan
komitmen kakitangan sektor awam dan sumbangan mereka

                                44
dalam mencapai matlamat pembangunan negeri. Kerajaan
akan terus mempastikan kebajikan dan keselesaan mereka
terus diberi perhatian yang utama. Kerajaan yakin bahawa
kakitangan      awam          negeri     akan      terus   komited
mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dengan cemerlang
dan penuh tanggungjawab.               Sebagai imbuhan awalan,
Kerajaan     Negeri    bersetuju       mengikuti   sama    Kerajaan
Persekutuan untuk membayar bayaran saguhati sebanyak
RM500.00 kepada semua anggota perkhidmatan awam
negeri bagi menyambut Aidil Fitri yang lalu.


Pada tahun 2010, suatu anjakan Perkhidmatan Awam
Negeri Kelantan yang berteraskan kepada “Budaya Kerja
Berprestasi Tinggi” telah diperkenalkan oleh Pentadbiran
Negeri dan sedang menjadi amalan Pentadbiran Awam
Negeri.      Anjakan      ini amat bertepatan sekali untuk
diamalkan kerana setiap perkhidmatan bahkan Negara
memerlukan Perkhidmatan Awam yang dinamis berprestasi
tinggi untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik
kepada     rakyat     serta   menyediakan       persekitaran   yang
kondusif bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi dan

                                  45
meningkatkan          daya          saing            negara.


Justeru, menjadi tanggungjawab setiap peringkat organisasi
perkhidmatan awam negeri untuk terus responsif kepada
persekitaran dan mengambil tindakan yang proaktif melalui
pelaburan     modal   insan    dalam        aspek     pemeliharaan
kebajikan, pembangunan kerjaya, penguasaan pengetahuan
dan kemahiran, dan amalan nilai-nilai peribadi mulia dalam
memastikan       anggota      perkhidmatan          awam         dapat
melaksanakan tugas mereka dengan berkesan dan ke arah
“Zero Defect” (tiada kesalahan) melalui inovasi dan
kreativiti   pentadbiran   melalui     proses       “reengineering”
(Perekayasaan)    pentadbiran       awam.     Amalan        5S   yang
diterapkan    oleh    Pentadbiran     Negeri        telah        mula
menampakan hasil yang memberangsangkan seperti urusan
kerja menjadi cepat dan tepat, malahan telah menjadi
“role model” (ikutan) banyak jabatan dan agensi di luar
Kelantan yang telah mengadakan lawatan ke pejabat-
pejabat serta agensi kerajaan negeri untuk melihat sendiri
keberhasilan berkenaan.



                               46
Berlandaskan kepada anjakan berkenaan, diharapkan ianya
dapat membantu Kerajaan khususnya dalam meningkatkan
sistem penyampaian dan tadbir urus yang baik (Good
Governance).     Program-program       pembangunan       kearah
kesejahteraan rakyat di negeri ini juga turut juga
merangsang penyertaan sektor swasta dengan melabur di
negeri ini secara aktif, malah jentera Kerajaan akan
menyempurnakan          peranannya   sebagai   pemudah     cara
supaya penglibatan sektor swasta turut menyumbang
kepada daya maju ekonomi negeri. Kerajaan berharap
peruntukan pembangunan sebanyak RM179.50 juta yang
disediakan dalam Bajet 2011 akan dapat          dirancang dan
dilaksanakan untuk merealisasikan pembangunan yang
menyeluruh kearah meningkatkan kesejahteraan hidup
rakyat di negeri ini.


Sejumlah RM19.7 juta diperuntukan untuk membina blok
baru pejabat di Kota Darulnaim disamping pembinaan
bangunan baru Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas dan
Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu yang sedang dalam
proses pembinaan.         Ini mencerminkan sokongan padu

                               47
kerajaan   kepada   jentera    Pentadbiran     Awam      Negeri
Kelantan yang telah banyak membangunkan negeri ini.




               BAJET NEGERI TAHUN 2011


Bajet Negeri Kelantan Tahun 2011 merupakan belanjawan
defisit di mana perolehan hasil yang dianggarkan bakal
diperolehi ialah berjumlah RM410.89 juta, manakala
Perbelanjaan Mengurus dianggarkan berjumlah RM464.13
juta. Oleh itu defisit bagi tahun 2011 dijangka berjumlah
RM53.24juta,    berbanding dengan defisit dalam bajet
tahun 2010 yang berjumlah RM29.50 juta.


Anggaran Hasil Tahun 2011 sebanyak RM410.89 juta telah
menunjukkan    peningkatan     berbanding     Anggaran    Hasil
Tahun 2010 yang berjumlah RM387.38 juta.                 Namun
kenaikan   berkenaan   masih       tidak   dapat   menampung
kenaikan perbelanjaan mengurus dan telah menyebabkan
peningkatan defisit berbanding tahun 2010.



                              48
             ANGGARAN HASIL TAHUN 2011


Anggaran Hasil Negeri pada Tahun 2011 dijangka akan
diperolehi sebanyak RM 410.89 juta yang meliputi Hasil
Cukai sebanyak RM86.64 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak
RM217.49 juta, sementara Terimaan Bukan Hasil sebanyak
RM106.76 juta.


Jumlah tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan
dalam hasil sebanyak RM23.51 juta ataupun sebanyak 6
peratus berbanding dengan Anggaran Hasil Tahun 2010
yang berjumlah RM387.38 juta.



Peningkatan hasil bagi pada Tahun 2011 adalah berpunca
daripada beberapa penyelarasan semula hasil yang dibuat
oleh   jabatan-jabatan.   Hasil   Tanah   akan   menjadi
penyumbang terbesar dengan jumlah RM107.21 juta atau
35.10 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil. Ia
menunjukan peningkatan sebanyak RM3.38 juta jika

                          49
dibandingkan    anggaran   belanjawan   tahun   2010   iaitu
sebanyak RM110.59 juta. Hasil tanah meliputi pungutan
Cukai Tanah sebanyak RM35.28 juta, Premium Tanah
RM36.45 juta, Bayaran Pendaftaran       RM6.0 juta serta
Bayaran Gadaian sebanyak RM3.81 juta.


Manakala Perhutanan menyumbang sejumlah RM144.21
juta atau 26.09 peratus daripada keseluruhan jumlah
hasil. Ianya menunjukkan peningkatan sebanyak RM36.73
juta jika dibandingkan dengan anggaran belanjawan tahun
2010 yang berjumlah RM107.48 juta. Hasil hutan meliputi
Royalti Kayu Kayan yang akan menyumbangkan sebanyak
RM25.00 juta,      Tribute Konsesi Hutan sebanyak RM4.20
juta, Permit dan Lesen Perhutanan menyumbang RM2.61
juta   sementara    Premium    Perhutanan   pula   sebanyak
RM65.00 juta.


Kerajaan    akan      meneruskan     usaha-usaha       untuk
meningkatkan kesedaran kepada pemilik-pemilik tanah agar
menjelaskan premium dan cukai tanah serta tunggakan
menerusi kempen dan usaha bersepadu oleh semua Pejabat

                              50
Tanah dan Jajahan. Ini bertujuan untuk mempertingkatkan
kecekapan dalam urusan kutipan hasil dan cukai disamping
mengenalpasti   punca-punca      hasil   baru.   Kesungguhan
Kerajaan menerusi penubuhan Pasukan Petugas Khas serta
peruntukan peralatan, kewangan dan kakitangan dijangka
mampu    menjana    peningkatan    pungutan      hasil.   Walau
bagaimanapun kempen dan galakan promosi kutipan hasil
perlu berjalan seiring dengan tindakan undang-undang
seperti yang diperuntukkan dibawah Kanun Tanah Negara.
Aktiviti penguatkuasaan perlu dipergiat dan diperkemas lagi
supaya benar-benar berkesan.


Selaras dengan usaha tersebut, Kerajaan Negeri juga
berharap agensi-agensi negeri seperti Pihak Berkuasa
Tempatan, Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), Yayasan
Islam Kelantan (YIK) dan Perbadanan Kemajuan Iktisad
Negeri Kelantan (PKINK) akan terus berusaha untuk
mempertingkatkan hasil atau mencari punca hasil baru.
Mereka perlu kreatif, inovatif dan proaktif dalam usaha ini
supaya dapat berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada
sumber bantuan Kerajaan Negeri.

                            51
Kerajaan juga mengucapkan tahniah kepada Pejabat-
Pejabat   Tanah   dan    Jajahan   yang     telah   berjaya
mengurangkan masalah tunggakan permohonan tanah di
satu tahap yang baik. Namun demikian, kita tidak
seharusnya berpuashati dengan pencapaian tersebut malah
perlu melipatgandakan usaha ke arah menyelesaikannya
secepat   mungkin.   Langkah    sedemikian     perlu   bagi
meyakinkan rakyat bahawa Kerajaan Negeri sentiasa
berusaha dan bersungguh-sungguh dalam memberi milikan
tanah kepada rakyat yakni memberi khidmat penyampaian
yang terbaik kepada semua lapisan rakyat.




  ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS TAHUN 2011




Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2011 berjumlah
sebanyak RM464.13 juta berbanding sebanyak RM416.88
juta dalam tahun 2010, iaitu meningkat sebanyak RM47.25

                           52
juta atau       12 peratus,          merangkumi Perbelanjaan
Tanggungan sebanyak RM37.90 juta dan Perbelanjaan
Bekalan berjumlah RM426.23 juta.




Dari jumlah tersebut, RM219.29 juta atau 47.25 peratus
adalah untuk Pemberian dan Kenaan Tetap, RM147.26 juta
atau 31.73 peratus untuk Emolumen, RM80.29 juta atau
17.30 peratus bagi Perkhidmatan dan Bekalan, RM16.15
juta atau 3.48 peratus untuk Aset dan RM1.14 juta atau
0.24 peratus untuk Lain-Lain Perbelanjaan.

Selaras dengan dasar serta tema Bajet 2011 iaitu Bajet
Penyayang,    Kerajaan      negeri    telah   meneliti     secara
terperinci anggaran belanjawan jabatan dan jabatan
Kerajaan bagi mempastikan peruntukan yang disediakan
adalah merupakan keperluan sebenar jabatan dengan
mengambilkira     kenaikan      kos-kos       pengurusan      dan
mengelakkan      sebarang     pembaziran       atau      ketirisan
perbelanjaan demi memaksimumkan konsep “Nilai Untuk
Wang” (value for money). Juga projek yang dilaksanakan
berorientasikan kepada “Out Come” (Pulangan). Oleh yang
                               53
demikian, perbelanjaan mengurus bagi tahun 2011 telah
dapat disediakan ke paras yang amat munasabah dan
memenuhi keperluan sebenar setiap jabatan.         Oleh itu,
setiap anggota perkhidmatan awam negeri perlu bersedia
dan turut menyumbang ke arah peningkatan prestasi dan
produktiviti kerja dalam usaha memenuhi kehendak dan
keperluan rakyat selaku pelanggan utama kerajaan.




ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN TAHUN 2011


Peruntukan   Pembangunan     bagi   tahun   2011     adalah
berjumlah sebanyak RM179.50 juta yang dibiayai dibawah
peruntukan negeri termasuk sebanyak RM75.0 juta daripada
sumber pinjaman.   Kerajaan Negeri akan terus memberi
fokus dan penekanan semaksimum mungkin kepada usaha
mempertingkatkan penyediaan prasarana dan kemudahan
bagi   memajukan   tahap   sosioekonomi     rakyat    jelata
berasaskan kepada kemampuan kewangan Kerajaan Negeri.




                           54
                           PENUTUP


Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan disini untuk
menyampaikan ucapan setinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pegawai-
Pegawai dan Kakitangan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun,
Penguasa-Penguasa       Tempatan,    Pegawai   dan     Anggota
Keselamatan, Pemimpin-Pemimpin Masyarakat dan seluruh
rakyat Negeri Kelantan ini yang telah bersama-sama
berusaha       untuk   mewujudkan    perpaduan,   keamanan,
kemakmuran serta kesejahteraan hidup di negeri yang kita
sayangi ini.


Marilah    kita    sama-sama   berdoa   agar   Allah    S.W.T
menjadikan Belanjawan Negeri Kelantan Tahun 2011 yang
bertemakan “Bajet Penyayang” yang kita bentang ini akan
dilimpahi dengan seribu petunjuk, rezeki dan keberkatan.


Saya Pohon Mencadangkan.


Wabillahit Taufiq Wal Hidayah

                               55
Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Pejabat Menteri Besar
Kota Darulnaim
Kota Bharu

Bertarikh:   30 Zulkaedah 1431
             07 November 2010




                          56

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:305
posted:11/10/2010
language:Malay
pages:56