Docstoc

BAB9_ALAT2 ELEKTRIK_AKSESORI PENDAWAIAN_

Document Sample
BAB9_ALAT2 ELEKTRIK_AKSESORI PENDAWAIAN_ Powered By Docstoc
					                                        BAB 9




                            ALAT-ALAT TAMBAHAN.




9.1       PENDAHULUAN




          Alat tambahan adalah alat yang berkaitan dengan kerja-kerja pendawaian
           seperti ros syiling, pemegang lampu, soket keluaran, palam suis, fius
           pemutus litar, pemutus litar bocor ke bumi, papan agihan dan sebagainya.




9.1 ROS SILING




          Ros syiling adalah tempat sambungan penamat pendawaian tetap dan dari
           sana ia disambungkan ke kord atau ke kabel boleh lentur untuk sambungan
           kebeban seperti lampu, kipas syiling dan sebagainya.




                                         124
          Saiz piawaian ros syiling mengikut piawai British iaitu BS 67. Ros syiling
           biasanya 2, 3 atau 4 pelit terminal untuk sambungan kabel litar dan ‘kord’
           boleh lentur. Badan ros syiling diperbuat daripada penebat yang teguh iaitu
           baklit atau ‘persolin’.




9.2.PERATURAN IEE BAGI ROS SILING;




      1. Tidak dibenarkan untuk kegunaan di pemasangan yang lebih daripada 250v.
      2. Berpelit fasa kekal tidak boleh digunakan pada pendawaian tetap kecuali ia
           tidak mudah tersentuh (Pengadang).
      3. Tidak boleh dipasangkan besama-sama lebih daripada satu keluaran kord
           kabel lentur kecuali ia dibuat untuk berbilang keluaran.
      4. Punca bimu ros syiling            mestilah disambungkan kepada pengalir
           perlindungan litar pada setiap litar akhir.




9.3 PEMEGANG LAMPU




          Pemegan lampu (BS 5042) ialah alat yang digunakan untuk memega ng dan
           memudahkan untuk menukar ganti lampu. Berikut adalah jenis-jenis dan
           kadaran.




      1.     Pangkal kilas (Bayanet cap)          -      hingga 150w
      2.     Skru edison pertengahan              -      hingga 200w
      3.     Skru goliah                          -      melebihi 200w




                                            125
        Pemegang lampu mempunyai dua terminal iaitu untuk punca sambungan
         pengalir fasa dan neutral bagi menyambung kelampu. Pada kedua-dua
         terminal terdapat spring yang membolehkan terminal tersebut memberi satu
         sambungan yang berkesan ke punca lampu. Terdapat dua jenis pemegang
         lampu iaitu jenis pendant dan batten. Jenis pendant biasanya disambungkan
         ke ros syiling dengan menggunakan kord boleh lentur. Mankala jenis batten
         dipasang terus kepermukaan dinding atau syiling. Bahan buatan bagi
         membentuk sesuatu pemegang lampu mestilah daripada bahan jenis penebat
         yang baik.




9.3.1   STRUKTUR PEMEGANG LAMPU




    a) Ianya mempunyai dua terminal iaitu untuk punca sambungan pengalir fasa
        dan neutral bagi menyambung ke lampu .
    b) Pada kedua-dua terminal terdapat spring yang membolehkan terminal
        tersebut memberi satu sambungan yang berkesan ke punca lampu .
    c) biasanya disambung ke ros siling dengan menggunakan kord boleh lentur.
        Manakala jenis battern dipasang ke permukaan dinding atau siling .
    d) Bahan buatan bagi membentuk sesuatu lampu mestilah daripada jenis bahan
        penebat yang baik dan mampu untuk menanggung arus beban .             Pada
        kebiasaanya pemegang lampu dibuat daripada baklit atau tanah liat .




                                        126
9.3.2   PERATURAN IEE BAGI PEMEGANG LAMPU




   a) Pemegang lampu berfilamen hanya digunakan untuk litar yang dibekalkan
        oleh    voltan tidak melebihi 250 volt .
   b) Semua jenis pemegang lampu pangkal kilas yang digunakan di tempat
        lembap atau boleh dicapai semasa berdiri di atas logam yang dibumikan, ia
        mestilah dibumikan:
         Dibekalkan atau di dalam pemegang lampu .
         Diliputi dengan penebat sepenuhnya .


   c) Pemegang lampu pangkal kilas jenis acuan penebat mestilah daripada jenis
        tahan haba (perintang haba) apabila digunakan pada suhu lebih daripada 135
        celcius .


   d) Pemegang lampu yang mempunyai sentuhan luar atau berskru, punca
        sentuhan luar itu hendaklah disambungkan ke pengalir neutral .


   e) Pemegang lampu tidak boleh dipasang pada litar yang mempunyai
        perlindungan lebihan arus dengan kadaran yang lebh daripada yang
        ditetapkan dalam jadual di bawah:



                                    Kadar maksima alat pe rlidungan
 Jenis-jenis Pemegang lampu         arus lebihan yang melindungi litar
 Pangkal kilas B15                  6amp
               B22                  16amp
 Skru Edison B14                    6amp
                B27                 16amp
                B40                 16amp


                      Jadual 9.3.2.1 : Perlindungan Arus Lebihan




                                          127
9.4 SOKET ALUR KELUAR




       Soket alur keluar ialah alat yang mempunyai beberapa sesentuh pembawa
        arus yang tetap dan disambungkan kepada pemasangan pendawaian tetap.
        Kegunaannya adalah untuk membolehkan alat elektrik mudah alih disambung
        kelitar akhir dengan menggunakan palam yang sesuai.
       Bahan buatan bagi soket alur keluar adalah daripada baklit. Di dalamnya
        terkandung terminal-terminal dan tiub sesentuh bagi pengalir fasa, neutral
        dan bumi. Tiub-tiub sesentuh adalah daripada ‘forfos ganga’ atau loyang dan
        berada di tempat yang tidak mudah di sentuh oleh pengguna.




9.4.1   PERATURAN IEE BAGI SOKET ALUR KELUAR;




   1. Punca bumi setiap alur keluar mestilah di sambung ke pengalir keterusan
        bumi litar kecil akhir.
   2. Soket alur keluar tidak dibenarkan dipasang dalam bilik yang mengandungi
        air pancut dan kolam mandi.
   3. Bila soket alur keluar dipasang dalam lantai, usaha perlindungan hendaklah
        dibuat agar semasa membersihkan lantai atau membasuh lantai tidak berlaku
        renjatan elektrik.
   4. Bila soket alur keluar dipasang di dinding, ketinggian minimum ialah 150mm
        dari lantai iaitu 150mm dari permukaan kerja.
   5. Soket alur keluar tidak boleh digunakan pada voltan bekalan yang melebihi
        250v kecuali ia dibuat khas.
   6. Soket alur keluar untuk penggunaan perkakas seisi rumah mestilah dari jenis
        BS1363.




                                        128
            Gambarajah 9.4.1.1 : Soket Alur keluar




Jenis Soket Alur Keluar                      Arus Nominal


       BS 1363                                    13A
        BS 546                              2A, 5A, 15A, 30
        BS 196                               5A, 15A, 30A
       BS 1778                                    15A
      3BS 4343                           16A, 32A, 63A, 125A




  Jadual 9.4.1.2 Saiz asas kabel mengikut piawai British (BS)




                             129
9.5 SUIS.




       Suis ialah satu alat mekanikal yang boleh memutus, membawa dan
        menyambung arus litar secara manual dalam keadaan normal. Saiz piawai
        suis yang digunakan di pemasangan domestik mengikut piawai British (BS)
        ialah BS3676.




       Suis yang digunakan dalam fasa tunggal mestilah daripada jenis suis kutub
        tunggal. Terdapat berbagai-bagai jenis sius kutub tunggal yang digunakan
        dewasa ini yang berbeza-beza dari segi bentuk, kawalan dan sebagainya.
        Diantaranya adalah seperti berikut;
             1. Suis sehala
             2. Sius dua hala
             3. Suis perantaraan




9.5.1 KAWALAN SUIS SEHALA




       Suis sehala biasanya digunakan untuk mengawal lampu atau beban yang lain
pada satu kedudukan. Ia boleh mengawal beberapa daripada satu punca lampu tetapi
dengan syarat ketahanan, arus suis lebih daripada arus beban. Lampu atau beban
yang lebih perlu disambung secara selari. Ini bertujuan supaya setiap lampu atau
beban dapat menghasilkan kecekapan maksimum ketika dihidupkan dan juga
mengelakkan daripada satu punca lampu atau beban rosak dari menanggung beban
yang lain.




                                         130
                                        L1                 L2



                      N


                      L




                                      S1                   S2



                          Rajah 9.5.1.1 S1 kawal L1, S2 kawal L2




9.5.2    KAWALAN SUIS DUA HALA




        Suis dua hala dapat mengawal satu lampu atau lebih dari dua kedudukan yang
berlainan. Ia biasanya diggunakan dalam bilik tidur, tangga, dewan atau koridor.
Bagi penggunaan kawalan suis dua hala perlulah mempunyai dua unit suis dua hala.




        Suis dua hala mempunyai 3 terminal, salah satu daripada terminal dinamakan
sepunya ‘common’. Terminal sepunya bagi suis pertama adalah untuk kabel
kemasukan ( pengalir fasda daripada papan agihan atau suis lain ) manakala terminal
sepunya suis yang kedua adalah untuk sambungan ke lampu. Bagi dua terminal lagi
dari suis 1 akan disambung keterminal yang dua disuis 2.




                                             131
                                                  L1




                     N



                     L



                                 S1                            S2




           Rajah 9.5.2.1 : S1 dan S2 kawal L1, S1 dan S2 adalah suis dua hala




9.5.3    KAWALAN SUIS PERANTARAAN




        Suis perantaraan digunakan untuk mengawal lampu pada kedudukan yang lebih
daripada 2 iaitu bersama dengan dua suis dua hala. Contoh tempat suis perantaraan
diggunakan adalah dikoridor yang panjang seperti di bangunan asrama, hotel ataupun
di koridor laluan.




        Badan dan penutup suis mestilah diperbuat daripada bahan penebat yang baik
         dan tahan daripada arus beban yang mengalir melaluinya. Biasanya bahan
         yang biasa digunakan adalah dari jenis baklit. Terdapat dua terminal
         (bergantung kepada jenis suis) bagi punca penyambung diantara pengalir fasa
         bekalan dan beban. Kendalian pemutus suis terdiri daripada dua jenis iaitu
         sambungan dan putus cepat (quick make and break) dan celah mikro.




                                          132
   Pemutus secara sambung dan putus cepat, tangkai tonggel suis dapat
    dikendalikan dengan cepat dan pantas. Tujuannya adalah untuk mengelakkan
    arka ketika pemutusan dijalankan. Suis jenis ini biasanya ketika menutup dan
    membuka akan mengeluarkan bunyi yang kuat. Pemutusan bukan secara
    bukan celah mikro, tangkai tonggel suis hanya membuka sesentuh dengan
    jarak yang kecil iaitu 6mm dan secara ini hanya sesuai untuk kawalan litar
    arus ulang-alik. Suis jenis ini di kendalikan dengan tiadak mengeluarkan
    bunyi yang kuat. Jenis bentuk bandan suis adalah seperti berikut;
    1. Jenis permukaan (tumble and flash ivory).
    2. Jenis semi tersembunyi.
    3. Jenis tarik atau syiling.
    4. Jenis khusus untuk pemasangan dalam kondiut.




                            L1               L2            L3



               N


               L



                                           S1


                      Rajah 9.5.3.1: S1 kawal L1, L2, L3




                                     133
                                              L1



                  N


                  L


                               S1                            S3
                                              S2



 Rajah 9.5.3.2: S1, S2, S3 kawal L1, S1 dan S3 adalah suis dua hala, S2 suis antara




9.5.4   PERATURAN IEE BAGI SUIS;




   1. Di pemasangan dua dawai, satu daripada kutubnya terbumi, semua fius dan
        alat kawalan satu mestilah disambung kedawai hidup sahaja.
   2. setiap suis atau alat pemutus litar yang tidak diketahui tugasnya mestilah
        ditandakan.
   3. suis yang digunakan untuk mengawal peralatan elektrik mestilah diasingkan
        daripada peralatan tersebut kecuali pengalir hidup, suis hendaklah sependek-
        pendek yang boleh dan dihadang sekelilingnya.
   4. setiap suis yang digunakan untuk mandi mestilah diletakkan ditempat yang
        tidak mudah dicapai oleh pengguna.
   5. arus nominal yang mengawal setiap litar lampu discas mestilah tidak boleh
        kurang daripada dua kali ganda jumlah arus tetap yang mengalir didalam
        litar.




                                        134
   6. sekiranya suis tersebut digunakan untuk mengawal lampu filamen dan discas,
        arus nominalnya mestilah tidak boleh kurang daripada jumlah arus lampu
        filamen dan dua kali ganda jumlah arus tetap bagi lampu discas.




9.6 PEMUTUS LITAR




       alat ini adalah lebih baik dan berkesan daripada fius. Pengendaliannya secara
        automatik apabila berlaku kerosakan pada litar dan lebih melaluinya.
        Pemutus litar amat sesuai digunakan pada semua keadaan, malah disatu masa
        ia boleh menggantikan fius sebagai alat pelindung yang lebih selamat dan
        cekap kendaliannya. Pemutus litar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu;


   1. jenis kendalian haba
   2. jenis kendalian elektromagnet




9.6.1   PEMUTUS LITAR JENIS KENDALIAN HABA.




       Pemutus ini berfungsi dengan menggunakan kepanasan haba untuk
        memutuskan bekalan. Ia terdiri daripada dua jenis logam, salah satunya
        dalam gelungan jenis dawai nikron yang sensitif pada pengaliran haba dan
        satu lagi sebagai paksi pemutus. Apabila arus melaluinya melebihi had
        maksimum dawai nikron mengeluarkan haba dan logam apabila gelengan
        membengkok. Logam ini akan menolak logam paksi pemutus dan bekalan
        elektrik terputus.




                                         135
        Proses ini berulangan dan logam paksi perlu diset semula kepada keadaan
         asal untuk menggunakannya, contohnya seperti pemutus litar beban lampu.
         Pemutus banyak digunakan kendaliannya secara elektromagnet apabila arus
         melaluinya.




        Apabila berlaku arus lebih atau beban lampu, arus lebihan ini akan
         membentuk elektromagnet pada gelongan pengesan dan memutuskan bekalan
         secara automatik, contohnya pemutus litar arus baki atau pemutus litar bocor
         ke bumi.


        1. Keadaan arus =      iaitu satu kadar arus maksima yang dapat mengalir
                               olehfius tanpa menyusutkan nilai arus tersebut.
        2. Arus lakutan =      iaitu satu arus minima yang mengalir melaluinya
                               bolehmemutuskan fius tersebut.
        3. Faktor lakuran =    iaitu satu nisbah bagi arus lakuran dengan kadaran
           arus.




9.7 JENIS-JENIS FIUS




         Fius boleh di kategorikan kepada beberapa jenis iaitu;




9.7.1    FIUS JENIS DAWAI SEMULA




        Iaitu sejenis fius yang murah dan mudah didapati. Ianya digunakan secara
         meluas seperti didalam kotak fius agihan. Kadaran fius yang biasa didapati



                                          136
        seperti 5A, 10A, 15A dan 20A. Walaupun fius ini banyak digunakan ia
        mempunyai banyak keburukan antaranya:


           1. permukaan elemen fius dengan dawai ataupun saiz yang salah oleh
              individu yang tidak mengetahui saiz sebenar.
           2. kadar arus dan arus lakuran tidak sama pada satu elemen yang betul di
              tukarkan pada elemen yang salah.
           3. fius ini terhad penggunaannya untuk melindungi penggunaan arus
              yang besar pada beban.
           4. fius ini tidak tahan lama dan cepat rosak.
           5. percikan bunga api dan bunyi yang kuat semasa fius putus boleh
              merosakkan dan membahayakan.




9.7.2   FIUS KATRIJ




        Fius ini lebih cekap dan lebih baik daripada fius dawai semula kerana
         elemennya diselkan dalam satu tiub kaca oleh pembuatnya. Oleh itu orang
         yang tidak bertanggungjawab tidak boleh munukar elemen fius ini dengan
         sesuka hati. Ia mempunyai kadaran seperti 0.2A, 0.5A, 1A, 2A, 5A, 13A
         dan 60A. Oleh itu fius ini boleh digunakan didalam alat-alat elektronik
         seperti radio, kaset dan juga alat-alat elektrik seperti palang palam 3 pin,
         suis utama, fius perkhidmatan dan sebagainya.




        Fius ini juga boleh dikenali olehkod warna yang dikeluarkan oleh pengeluar
         seperti
                          1. Putih -           5A
                          2. Perang –          13A
                          3. Biru    –         15A



                                         137
                          4. Merah –           30A
                          5. Ungu –            60A




Antara kebaikkan fius ini ialah:
   1. Kadaran fius boleh diketahui warnanya.
   2. Elemenfius tidak mudah terbakar atau rosak.
   3. Nilai kadarnya sentisa tetap.
   4. Keselamatan elemen terjamin dan tidak dapat diusik.




Antara keburukan fius ini ialah:


   1. Elemen fius lebih mahal jika dibandingkan dengan fius dawai semula.
   2. Fius ini tidak sesuai digunakan dimana arus litar pintas terlalu tinggi.
   3. Pembaziran kerana fius ini boleh digunakan sekali sahaja.




9.7.3   FIUS KEUPAYAN PEMUTUS TINGGI (HBC @ HRC)




       Fius ini direka untuk memenuhi keperluan arus yang tiggi dikilang-kilang
        atau perindustrian bagi menggantikan fius dawai semula dan fius katrij. Ia
        amat sesuai bagi beban yang memerlukan daya pemutus yang cekap dan
        berkesan. Nilai kadaran fius ini adalah 60A dan 100A.




       Kebaikkannya ialah:
        1.   Fius ini mempunyai daya pemutus yang lebih berkesan.
        2.   Fius berkeupayaan bagi beban yang menggunakan arus tinggi.
        3.   Fius ini tidak mudah terbakar untuk arus permulaan yang tinggi.



                                         138
   Keburukan fius ini pula ialah penggunaannya terhad untuk beban yang tinggi
    sahaja dan kos bagi menghasilkannya juga tinggi.




                                    139

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:6184
posted:11/9/2010
language:Indonesian
pages:16