BAB6_PENGUJIAN_ by fathibinshawri

VIEWS: 4,626 PAGES: 17

									                                     BAB 6




                     PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN




6.1 PENDAHULUAN




     Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan keatas pemasangan pengguna
      atau alat-alat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatu
      pemasangan telah terlaksana mengikut peraturan IEE, LLN atau JKR dan
      agar berfungsi dengan betul serta selamat digunakan.
     Pemeriksaan dan pengujian perlu dilaksanakan keatas perkara-perkara
      berikut:
         i.   Pemasangan baru
       ii.    Pemasangan tambahan atau pengubahsuaian
       iii.   Pemasangan elektrik yang sedia ada




                                       72
6.2 PEMERIKSAAN PENGLIHATAN




Tujuan pemeriksaan penglihatan dijalankan ialah:
   i.    Untuk memastikan bahan-bahan dan alat yang dipasang mengikut piawaian
         british (BS) atau dengan kelulusan SIRIM.
 ii.     Untuk memastikan pemasangan tersebut dijalankan mengikut peraturan IEE,
         LLN dan JKR.
 iii.    Untuk memastikan kerosakkan yang nyata (boleh dilihat) keatas pemasangan
         atau kelengkapan elektrik.




6.3      SENARAI PEMERIKSAAN PENGLIHATAN




        a. Sambungan pengalir-pengalir kabel
        b. Tanda pengenalan kabel
        c. Pemilihan pengalir kabel bagi kapasiti yang membawa arus dan susutan
               voltan
        d. Sambungan suis kutub tunggal ke pengalir fasa sahaja
        e. Sambungan yang betul keatas soket alur keluar dan pemegang lampu
        f. Wujudnya penahan api dan perlindungan daripada kesan haba
        g. Kaedah perlindungan daripada sentuhan terus:


          i.      Perlindungan dengan penebatan keatas bahagian-bahagian yang hidup
         ii.      Perlindungan dengan penahan dan penutup
        iii.      Perlindungan dengan halangan
         iv.      Perlindungan dengan mengelak jangkauan
         v.       Perlidungan dengan bahan bukan pengalir




                                            73
6.3.1 Turutan Pengujian




        Pengujian mestilah dijalankan mengikut turutan ini yang bertujuan
mengelakkaan bahaya kepada orang yang menguji dan untuk keselamatan
pemasangan serta alat-alat penguji. Berikut ialah senara yang perlu dijalankan
mengikut turutan:




   i.   Ujian keturusan pengalir litar akhir gelang
  ii.   Ujian pengalir perlindungan ini termasuk pengalir ikatan utama dan
        tambahan.
 iii.   Ujian rintangan elektrod bumi
 iv.    Ujian rintangan penebatan
  v.    Ujian penebatan bagi bahan struktur pemasangan pembinaan
 vi.    Ujian bahan perlindungan pemisah elektrikl
vii.    Ujian bahan perlindungan penutup dan penahan
viii.   Ujian penebatan lantai dan dinding
 ix.    Ujian kekutupan
  x.    Ujian galangan gelung kerosakan ke bumi
 xi.    Ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi




6.4 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA BAGI PENGGALIAN KABEL




        Bagi pemasangan kabel bawah tanah (underground cabel), terdapat banyak
langkah-langkah keselamatan yang perlu dititik beratkan bagi mengelakan daripada
berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Berikut adalah langkah-langkah
keselamatan yang perlu diikuti;




                                          74
   1. Tanda amaran
   2. Lampu amaran
   3. Pengawasan tempat penggalian
   4. Pengawasan lalu lintas sementara




Keterangan


   1. Sekiranya kerja dibuat ditepi jalan awam, tanda amaran dan lampu amaran
      hendaklah dipasang.
   2. Penempatan dan bentuk tanda amaran atau lampu amaran hendaklah
      mengikut ordinan lalulintas (trafik) 1958, Undang-undang lalulintas 1959 1-
      tanda amaran.
   3. Semua tanda lalulintas yang hendak dipasang adalah mesti dirujuk kepada
      Tenaga Nasional Berhad (TNB) terlebih dahulu.




6.5 TANDA AMARAN




   1. Bersabit pihak polis dan pihak berkuasa lebuhraya (highway autority), isyarat
      jalan (road sign) yang sedia ada boleh dilindungi di hadapan tempat
      penggalian dan hendaklah dibuat satu peraturan isyarat yang dikehendaki
      dengan munasabah.




   2. Tanda amaran penggalian lubang cubaan (trial holes), peparit kabel dan lopak
      sambungan kebel (cabel joint pit) hendaklah diletakkan ditempat yang sesuai
      dan tidak mudah dilanggar atau pada tempat yang mudah dilihat.




                                         75
  3. Halangan-halangan yang kelihatan dari jarak 25 ela hendaklah dipasang
     ditepi jalan dengan tanda amaran yang sesuai.




  4. Tanda kerja dihadapan hendaklah diletakkan dengan sempurna dan
     memudahkan pemandu kenderaan bertindak.




  5. Tanda panah untuk mengubah arah pandu hendaklah diletakkan ditempat
     yang sepatutnya.




     Kelajuan lalulintas (km/j)                Jarak tanda amaran (m)
                 48                                     41
                 64                                     91
                 81                                     182
                 97                                     228
                 113                                    318


          Jadual 6.5.1: Jarak untuk meletakkan papan tanda amaran




6.6 LAMPU AMARAN




  1. Lampu amaran yang dikawasa yang mempunyai lubang percubaan yang
     ditinggalkan semalaman bertujuan untuk memberitahu pemandu kenderaan
     atau orang-orang yang berjalan kaki diwaktu malam, sepanjang dan seluas
     halangan yang tersebut diatas, mestilah dipasangkan lampu-lampu merah
     (continious lit red lamp) atau lampu berkelip (flashing amber beacons)




                                      76
       supaya akan menandakan yang halangan itu berpanjangan pada semua
       lalulintas yang tiba dari semua arah.




   2. lampu yang melintangi dihadapan halangan mestilah tidak melebihi dari 1.2m
       jarak antara satu sama lain di kawasan bandar dan 6.09m di kawasan yang
       kurang sesak.




6.7 PENGAWASAN TEMPAT PENGALIAN




       Semua penggalian       mestilah dipagar secukupnya bagi       mengelakkan
berlakunya kejadian yang tidak diingini. Kawat pagar dan tali dapat digunakan bagi
tujuan ini. Tanah buangan ditepi lubang yang digali yang mempunyai tinggi lebih
kurang 2 kaki boleh juga diangap sebagai pagar.




       Papan jalan kaki (footpath board) hendaklah dipasang merintangi peparit
kabel yang dilintas oleh kenderaan. Barries amat sesuat bagi tempat penggalian
seperti lubang cubaan dan lopak sambungan dimana ia akan disentuh (detectable)
oleh tongkat orang buta. Di sepanjang-panjang peparit kabel dan lopak sambungan
dibandar hendaklah didirikan Barricards.




6.8 PENGAWALAN LALU LINTAS SEMENTARA




       Untuk mengawal lalulintas, hendaklah digunakan tanda isyarat lalulintas
berheti/jalan. Kegunaan kain merah dan hijau tidak dibenarkan. Isyarat lalulintas




                                           77
adalah lebih baik dugunakan jikalau keadaan memerlukan dua orang pekerja
mengawal lalulintas.




        Isyarat lalulintas dihadapan atau pengawalan lalulintas dihadapan diletakkan
bergantung pada keadaan isyarat atau isyarat berhenti/jalan yang digunakan. Isyarat
tanda amaran hendaklah diletakkan dipertengahan diantara isyarat jalan diperbaiki
dihadapan dan halangan-halangan.




6.9 SEBAB-SEBAB UJIAN DIJALANKAN




Sebab-sebab ujian dijalankan mengikut turutan




6.9.1   Kepentingan ujian dijalankan mengikut turutan




       Untuk mengelakkan bahaya pada orang yang menguji dan untuk keselamatan
        pemasangan serta alat-alat penguji.




       Tujuan utama ujian ini ialah untuk memastikan pemasangan itu betul-betul
        selamat semasa digunakan




                                         78
6.9.2   Jenis ujian yang patut dijalankan mengikut urutan




       Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang
       Ujian pengalir perlindungan, termasuklah pengalir ikatan utama dan
        tambahan
       Ujian rintangan elektrod bumi
       Ujian kekutuban
       Ujian gelangan gelung kerosakan ke bumi
       Ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi




6.9.3   Peraturan IEE




       Peraturan umum, pengujian mestilah dijalankan mengikut urutan.
       Sesuatu pengujian haruslah mengesahkan keterusan semua pengalir
        (termasuk pengalir pelindung) dalam setiap litar akhir gelang.
       Setiap pengalir haruslah diuji secara berasingan untuk mengesahkan keadaan
        sesuatu pengalir dengan cara penyambungannya bagi penerus pengalir bumi.
       Untuk menguji rintangan penebat semua penyambung fius berada
        ditempatnya, semua suis (termasuk suis utama) ditutup kecuali untuk
        pemasangan TN-C, semua tiang atau fasa pendawaian disambungkan
        bersama secara elektrik
       Rintangan penebat ke bumi haruskah tidak kurang daripada 1 megaohm.
       Bagi rintangan elektrod bumi, arus ulang-alik yang bernilai stabil dibekalkan
        antara elektrod bumi T dan elektrod bumi tanbahan T1 yang diletakkan pada
        suatu jarak tertentu dari T supaya kawasan rintangan kedua-dua elektrod
        tidak bertindih.




                                          79
6.10 KAEDAH-KAEDAH UJIAN DIJALANKAN




        Secara amnya, tujuan pengujian dijalankan ke atas pemasangan atau alat
elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatau pemasangan telah terlaksana
mengikut peraturan IEE.




   1. Ujian keterusan litar akhir gelang.


       Ianya bertujuan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan
        disepanjang litar gelang.




   2. Ujian pengalir perlindungan, termasuklah pengalir ikatan utama dan
        tambahan.


       Ianya bertujuan untuk memastikan ia disambung secara betul dan berkesan.




   3.   Ujian rintangan alektrod bumi.


       Ianya dijalankan sekiranya nilai bacaan ujian galangan gelung bumi
       tinggi daripada had.
       Juga menguji keterusan elektrod bumi yang telah dipasang.




                                         80
   4. Ujian Rintangan Penebatan


      Ianya bertujuan untuk memastikan ketahanan penebatan antara pengalir dan
       ketahanan antara pengalir dengan bumi tidak berlaku sebarang kebocoran
       atau litar pintas.
      Pendek kata untuk memastikan tidak ada sebarang litar pintas di dalam
       pemasangan.




   5. Ujian kekutuban


      Ianya bertujuan untuk memastikan sambungan kekutuban pada setiap alat
       tambah dan alat elektrik berada pada tempat yang betul.




   6. Ujian galangan gelung kerosakan ke bumi


      Ianya bertujuan untuk mengetahui nilai galangan gelung bumi pada sesuatu
       pemasangan bagi menentukan jenis perlindungan kebocoran ke bumi yang
       sesuai digunakan.




   7. Ujian Kendalian Pemutus Litar Bocor Ke Bumi


      Ianya bertujuan untuk memastikan keberkesanan pengendalian pemutus litar
       bocor ke bumi ketika arus bocor ke bumi berlaku.




6.11   Alat-alat Pengukuran Yang Digunakan Bagi Setiap
       Ujian.




                                        81
         Alat penguji yang digunakan ialah Jangka Ohm atau meter Ohm.


         Peralatan yang digunakan ialah seperti meter volt, meter penguji bumi,
          penguji bumi transistor, dua belitan yang beserta meter volt dan meter
          ampere.


         Jangka meger Ohm ( Meger Ohm tester ), meter Ohm.


         Loceng penguji, lampu penguji dan jangka volt.


         Jangka penguji talian bumi ( meger earth line tester ), meter volt.


         Alat pengukir seperti pengubah dua lilitan dengan voltan sekunder tidak
          melebihi 45 volt.




6.11.1 Keputusan yang sepatutnya bagi setiap ujian.




         Ujian litar gelang- Rintangan di antara penghujung akhir bagi setiap
          pengalir litar gelang hendaklah mencapai ½ bacaan uian keterusan
          pengalir ke bumi.


         Ujian keterusan pengalir perlindungan- Bacaan ujian mestilah tidak boleh
          lebih daripada bacaan ujian galangan.


         Ujian Rintangan elektrod bumi- susutan voltan di antara rintangan
          elektrod bumi.




                                         82
         Ujian rintangan penebatan- Bacaan yang diambil daripada sambungan
          Plumbum penguji mestilah tidak kurang daripada 1 mega Ohm.


         Ujian kekutuban- Bacaan yang diambil mestilah kurang daripada 1 ohm
          ataupun, berbunyi jika menggunakan loceng.


         Ujian galangan gelung bumi- Bacaan yang diambil daripada jangka
          penguji mestilah tidak lebih daripada 500 ohm.


         Ujian kendalian pemutus litar- bekalan diberikan ( 415 volt ) di pengubah
          penguji, mengalir ke gelung pelantik dan pemutus litar dalam keadaan
          baik.




6.11.2 Peraturan IEE yang berkaitan.




         Setiap konduktor perlindungan hendaklah diuji untuk mengesahkan
          bahawa ia baik dari segi aliran arus elketrik dan disambung dengan betul.


         Suatu ujian hendaklah dijalankan untuk mengesahkan kesinambungan
          setiap konduktor termasuk konduktor pelindung setiap gelang litar akhir.


         Rintangan penebatan antara konduktor hidup hendaklah diukur sebelum
          pemasangan di sambung kepada bekalan.


         Setiap fius dan kawalan kutub tunggal dan peranti pelindung di sambung
          dalam konduktor fasa sahaja.
         Di mana langkah-langkah perlindungan digunakan yang memerlukan
          pengetahuan tentang rintangan elektrod bumi ini hendaklah disekat.




                                         83
            Pemeriksaan secara mata kasar juga perlu sebelum pegujian dijalankan.


            Sijil pada setiap ujian hendaklah dikeluarkan oleh kontraktor atau orang
             yang bertanggungjawab mengarahkan pemasangan itu.


            Bagi setiap pemasangan ( pengubah yang besar ) hendaklah membuat
             catatan dalam sijil berkenaan




6.11.3 Kaedah Mengesan Kerosakkan




        Kaedah mengesan kerosakan ialah :




6.11.4 Punca Kerosakan




    Terdapat tiga jenis kerosakan :


    -       Litar terbuka
    -       Litar pintas
    -       Kerosakan bumi.


    Litar terbuka - disebabkan oleh salah satu perkara tersebut :


    - Pengalir kabel putus
    - Pengalir kabel terkeluar dari punca sambungan




                                             84
    Litar pintas - Litar pintas biasanya berlaku apabila pengalir fasa dan neutral
           bersentuh di antara satu sama lain. Punca terjadi perkara tersebut adalah
           disebabkan oleh salah satu perkara tersebut :


       - Penebat kabel rosak atau,:
       - Pengalir-pengalir yang longgar dari punca sambungan hingga bersentuhan
           dengan pengalir kutub yang berlawanan.




    Kerosakan bumi


       -    Terjadi apabila pengalir fasa sentuh dengan pengalir bumi atau badan
            ( logam ) alat perkakasan elektrik.




6.11.5 Langkah-langkah mengesan kerosakan




          Mengesan kerosakan litar terbuka
          Putuskan bekalan utama
          Sambungkan punca L dan N dalam P.F.A ke punca bumi mengikut Rajah 9A
          Suis (S) hendaklah ditutup.
          Dengan jangka ohm atau loceng penguji, sambungkan plumbum penguji
          di antara punca bumi (konduit) dan punca A, B dan C mengikut giliran.
          Bacaan jangka ohm rintangan tinggi atau loceng penguji tidak bunyi ini
          menunjukkan pengalir kabel tersebut putus atau suis rosak.
          Ujian ini menunjukkan pengalir kabel B putus.




                                              85
                                              A




Rajah 6a : Litar pengujian kerosakan




6.11.6 Mengesan kerosakan litar pintas




    Tanggalkan pengalir fasa dan neutral bagi litar yang dijangkakan daripada
      papan agihan.
    Bukakan (OFF) semua suis dalam litar.
    Tanggalkan semua beban.
    Jalankan ujian rintangan penebatan.
    Sambungkan prob penguji jangka ohm di antara pengalir fasa dan neutral di
      dalam papan agihan.
    Tutupkan “ON” setiap suis mengikut giliran sehungga bacaan jangka ohm
      menunjukkan rintangan rendah atau sifar.
    Kerosakan akan terjadi daripada suis yang menunjukkan rintangan rendah.
    Buatkan pembetulan ke atas punca kerosakan.




                                       86
6.11.7 Tatacara mengesan kerosakan bumi




                    Lakukan ujian seperti rajah di bawah :




                   Rajah 6.13.4.1: Pengujian kerosakan bumi




6.11.8 Cara-cara untuk mengelakkan berlakunya kerosakan.




1. Menggunakan alat perlindungan yang bersesuaian seperti :
                    Menggunakan fius atau pemutus litar
                    Menggunakan pemutus litar miniature/ kenit ( pemutus litar
                     bocor ke bumi )
2. Gunakan kabel serta alat elektrik yang sesuai seta mematuhi peraturan IEE.
3. Membuat perlindungan mekanikal ke atas kabel seperti :
                    Memasukkan kabel ke dalam kondiut
                    Menukar ganti kabel yang telah lama.
4. Elakkan daripada memberi keupayaan yang tinggi kepada alatan elektrik tanpa
   menggunakan alat perlindungan.




                                        87
5. Membuat ujian terhadap pengalir fasa dengan pengalir bumi atau badan ( logam )
   alat perkakasan elektrik, serta elakkan daripada bersentuhan.
6. Lakukan beberapa kekerapan ujian terhadap alatan elektrik serta kabel elektrik.




                                         88

								
To top