Docstoc

FONETIK DAN FONOLOGI

Document Sample
FONETIK DAN FONOLOGI Powered By Docstoc
					FONETIK DAN FONOLOGI
                     FONETIK
• Berasal daripada bahasa Greek yg kemudiannya
  disebut phone bermaksud bunyi(suara), iaitu kajian
  bunyi2 ujaran manusia.
• Bertumpu kepada bunyi2 bahasa & bagaimana bunyi2
  itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
• Selidik bagaimana bunyi bahasa
  direalisasikan/dilafazkan dan turut melihat bagaimana
  organ2 pertuturan manusia bekerja untuk
  menghasilkan bunyi2.
• Sebahagian daripada bidang linguistik yang berkaitan
  dengan penyebutan kata dan lambang2 yang
  menunjukkan sebutannya.
                 FONOLOGI
• Kajian tentang bunyi bahasa.
• Turut meliputi morfologi,sintaksis dan
  sebagainya.
• Berhubung dengan anatomi dan fisiologi yang
  berkaitan organ2 ujaran manusia dan bagaimana
  menggunakan organ2 tersebut.
• Turut dikaitkan dengan sosiolinguistik, berhubung
  tingkah laku sosial dan kaitannya dengan ciri2
  bunyi yang digunakan untuk berhubung/
  berkomunikasi dalam masyarakat.
   PERBEZAAN FONETIK & FONOLOGI
             Fonetik                            Fonologi
Kajian terhadap bunyi fizikal       Kajian yang dilakukan mengenai
percakapn manusia.dikaitkan         pola bunyi bahasa iaitu tentang
dengan sifat fizikal bunyi, serta   bunyi-bunyi yang berfungsi dalam
proses penghasilan fisiologi,       sesuatu bahasa yang dikenali
penerimaan auditori, dan persepsi   sebagai bunyi bahasa.
nuerofizikal.
Mempelajari cara kerja organ        Ilmu tentang perbendaharaan
tubuh manusia, terutama yang        fonem sesebuah tatabahasa.
berhubungan dengan penggunaan
bahasa.
Kajian fenomena bunyi/pertuturan    Kajian sistem bunyi2 dalam
manusia keseluruhannya              pertuturan bagi sesuatu bahasa.
             BIDANG-BIDANG FONETIK
             • Kaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia (bunyi vokal dan
               konsonan) dgn guna alat tutur.
Artikulasi


             • Kaji gelombang bunyi dan cara gelombang mencapai pendengaran
               manusia
 Akustik

             • Kaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan
               cara bunyi2 diiterpretasikan.
             • Kaji cara telinga bertindak balas terhadap bunyi yang didengar dan
Auditori       cara otak menganalisis bunyi tersebut.
 ORGAN PERTUTURAN MANUSIA.
• Alat artikulasi : alat/organ yg berfungsi untuk
   mengeluarkan bunyi bahasa.
• Dibahagi kpd 2 :
I. Alat yg boleh digerakkan dengan bebas dan
    boleh diletakkan pada beberapa kedudukan
    di dalam mulut.
II. Daerah pengeluar, tempat yg tetap dan
    terletak di bahagian sebelah atas pengeluar.
    Boleh dicapai oleh alat2 pengeluar.
        ALAT ARTIKULASI
Hujung lidah       Rongga tekak
Hadapan lidah      Rongga hidung
Tengah lidah       Rongga mulut
Belakang lidah      Tenggorok
  Akar lidah         Epiglotis
   Rahang            Pita suara
 Anak tekak          Paru-paru
 DEFINISI

Alat artikulasi atau alat atau organ yang berfungsi untuk
mengeluarkan bunti bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat
dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat
dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk
menghasilkan bunyi bahasa. Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah
vokal, konsonan dan diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan
bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang
tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi,
lelangit, rongga hidung dan pita suara.
1       Bibir atas     11   Tengah lidah

2     Bibir bawah      12   Belakang lidah

3       Gigi atas      13     Akar lidah

4      Gigi bawah      14     Epiglotis

5         Gusi         15     Pita suara

6    Lelangit keras    16   Rongga tekak

7    Lelangit lembut   17   Rongga hidung

8      Anak tekak      18   Rongga mulut

9     Hujung lidah     19      Rahang

10   Hadapan lidah     20     Tenggorok
Lidah

Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang
belakang kepada pertuturan manusia.Lidah terbahagi kepada lima bahagian
iaitu belakang lidah,tengah lidah,hadapan lidah,daun lidah dan hujung lidah
serta pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi.

-Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan
                  dengan lelangit lembut.

-Tengah lidah atau akar lidah : bahagian lidah yang bertentangan antara
                pertemuan langit keras dan lelangit lembut

-Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras

-Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi

-Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi

Sebagai contoh,vokal depan sempit [i] dalam perkataan ‘ikan’ memerlukan
bahagian hujung lidah berada pada kedudukan paling tinggi dalam rongga
mulut.
Gigi
Selain lidah, Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan
bunyi bahasa meskipun peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya
yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran
udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah
yang seterusnya menghasilkan bunyi.
Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar
rongga mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh
dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan
bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu,Bibir juga menjadi
sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi
membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga
mulut
Gusi
Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi
ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai
daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi
membuat penyekatan.

Lelangit
Lelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian,iaitu lelangit
keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari
sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit
keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas
rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka
saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan,
rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga
mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan
udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.
Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh
lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup,
bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan
lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan
amat penting dalam penghasilan bunyi.Proses
pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas
dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua
keping selaput nipis berkenaan.
                 Takrif Daerah Artikulasi
•Daerah artikulasi adalah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi
semasa menghasilkan sesuatu bunyi.

• Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan
dan alat sebutan dimanipulasi.

Alat artikulasi yang sama akan menghasilkan bunyi bahasa yang
berlainan apabila menyentuh daerah artikulasi yang berlainan.

Contoh :

Jika hujung lidah menyentuh bahagian belakang atas gusi
dan lelangit lembut pula
menyentuh rongga belakang tekak,
maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi [t].
• Titik pertemuan antara alat artikulasi dengan bahagian
  yang tersentuh ketika menghasilkan sesuatu bunyi
  bahasa.
• Di dalam bahasa Arab, daerah artikulasi dirujuk
  sebagai tempat keluar sesuatu huruf.Tempat keluar
  huruf atau daerah artikulasi ini mestilah melibatkan
  dua alat artikulasi.

  Contoh :
• Artikulasi huruf /b/ ialah kombinasi bibir atas dan bibir
  bawah.

• Begitu juga dengan /l/ di mana untuk menyebutnya
  memerlukan kombinasi hujung lidah dengan gusi
  selain daripada hembusan ngin di sisi lidah
• Daerah artikulasi juga adalah kawasan yang di mana
  udara terganggu. Terdapat beberapa daerah artikulasi
  yang terlibat dalam penghasilan sesuatu bunyi iaitu :
• Dua bibir (bilabial)
• Bunyi dihasilkan dengan menggunakan bibir atas dan
  bawah.
• Terhasil apabila udara daripada paru-paru tersekat
  sepenuhnya di bahagian bibir.
• Contoh : [p], [b], [m], [w]
            Pasir [pasir]
            Mama [mama]
             HUJUNG LIDAH-GIGI (DENTAL)
♥ Terhasil apabila bahagian hujung lidah terletak di
antara bahagian gigi atas dan gigi bawah.
♥ Udara daripada paru-paru masih boleh mengalir
keluar apabila celahan-celahan kecil antara lidah dan
gigi tersebut.


                     Contoh :
                     Othman
             BIBIR –GIGI (LABIO-DENTAL
• Bunyi dibentuk dengan menggunakan gigi atas dan bibir
bawah.
• Terhasil apabila bibir bawah bersentuh dengan gigi bahagian
atas.
•Masih ada ruang untuk udara daripada paru-paru mengalir
keluar. Contoh: [f], [v]
Faham [faham]
Lava [lava]
Van [van]
           HUJUNG LIDAH-GUSI (ALVEOLAR)
☻Terhasil apabila hujung lidah menyentuh bahagian
gusi atas.
☻ Boleh terjadi secara sepenuhnya
Contoh :[t], [d], [n]
☻ Tidak sepenuhnya Contoh :[z], [s]
  HUJUNG LIDAH-GELUNGAN (RETROFLEKS)



☻ Terhasil apabila bahagian hujung lidah dilipat naik lalu
menyentuh bahagian lelangit keras.
☻ Sentuhan tidak terjadi sepenuhnya.Contoh :[r]
   DEPAN LIDAH-LELANGIT KERAS (PALATAL)


☺ Terhasil apabila bahagian depan lidah dinaikkan lalu
menyentuh lelangit keras.
☺ Contoh :
☺Secara sepenuhnya : [∫],[dℨ],[ŋ]
☺[l] (udara yang dipam keluar daripada paru-paru
mengalir keluar di kedua-dua sisi lidah)


                                   Contoh :
                                   Syarikat [∫arikat]
                                   Syair [∫air]
                                   Belang (bəlaŋ)
    BELAKANG LIDAH-LELANGIT
        LEMBUT (VELAR)
• Terhasil apabila bahagian belakang lidah
  dinaikkan lalu menyentuh rapat pada bahagian
  lelangit lembut.

• Udara akan terhalang apabila dua organ tutur
  tersebut dilepaskan secara tiba-tiba, misalnya
  ketika menghasilkan bunyi [k] dan [g]
• Bunyi [n] terhasil apabila kedua-dua organ tutur
  tadi dibiarkan mengalir.
                    GLOTAL
• Terhasil apabila pita suara dibuka atau ditutup
  (menghasilkan bunyi seperti [h],[ʔ].
• Bunyi [h] terhasil apabila udara daripada paru-
  paru dipam keluar dan udara ini melewati pita
  suara yang terbuka luas.
• Bunyi [ʔ] terhasil apabila pita suara tertutup
  rapat dan udara yang terhalang ini
  kemudiannya dilepaskan secara tiba-tiba.
  Contoh : hari [hari]
                     GUSI

• Suara dikeluarkan apabila di hadapan
  lidahdinaikkan sehingga dekat atau
  menyentuhlengkungan gusi (bahagian
  belakang gigi atas)
• Contoh : [t], [d], [n], [s], [z,] [l], [r]
               ANAK TEKAK
• Terletak di bahagian belakang rongga mulut dan
  berhampiran dgn lelangit lembut.
• Bersambung dgn lelangit lembut.
• Daging yang tergantung dari lelangit lembut.
• Berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama
  lelangit lembut, khususnya utk menentukan sama
  ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu
  bunyi sengau/tidak.
• Anak tekak ini boleh digerakkan, sama ada
  dinaikkan/ diturunkan.
               PITA SUARA
• Terletak di dalam ruang tenggorok.
• Jika rosak, seseorang akan mengalami
  ganggua suara.
• Jika tiada, sesorang akan bisu.
• Terdiri daripada selaput yang boleh terbuka
  dan tertutup.
• Ruang antara kedua-dua selaput ialah glotis.
• Berperanan dalam menetukan sama ada bunyi
  yg dihasilkan itu bersuara/tidak.
   Selaput      Glotis sempit
 dirapatkan      & tertutup

    Selaput
                  Glotis luas
direnggangkan
Selaput udara disempitkan tapi
tidak terlalu
rapat/direnggangkan(glotis
terbuka)


     Udara dari paru-paru yg keluar
     melaluinya akan bergetar/tidak
     bergetar



         Menghasilkan bunyi
         bersuara/tidak bersuara.
                 RAHANG
• Tidak memainkan peranan yg terlalu penting
  semasa penghasilan bunyi2 bahasa.
• Kedudukan adalah penting dlm pembunyian
  vokal.

    Bukaan rahang           Vokal [i] & [u] /
     sempit/luas           [a] & [Ә]terhasil
                RONGGA
• Berperanan dlm menentukan penghasilan
  bunyi2 bahasa.
• Bahagian lapang yang menjadi tempat laluan
  udara keluar dari paru2.
• Terbahagi kepada 3 :
Rongga tekak
Rongga mulut
Rongga hidung
• Rongga tekak = bermula daripada bahagian atas
  selaput pita suara hingga ke bahagian anak tekak.
• Rongga mulut = bermula dari ruang di belakang
  lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam
• Rongga hidung = bermula dari bahagian belakang
  anak tekak menghala ke hidung.

Rongga hidung dan tekak boleh ditutup/dibuka
  apabila
anak tekak & lelangit lembut dinaikkan/diturunkan.
BIBIR                GIGI
         DAERAH
        ARTIKULASI
GUSU            LELANGIT
                    BIBIR
• Terletak di bahagian luar rongga mulut.
• Sekat perjalanan udara.
• Terdiri daripada otot kenyal yg boleh
  dihamparkan & dibundarkan.
KEADAAN BIBIR
                    GIGI
• Berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa.
• Terbahagi kepada 2 :
Gig atas
Gigi bawah
• Tidak boleh digerakkan
• Tahan udara dariapda terus keluar dgn bebas
  melalui rongga mulut.
• Berperanan sbg daerah penyebutan [č] & [ ǰ ]
              GUSI(ALVEOLAR)
•   Terletak antara gigi dgn lelangit lembut keras.
•   Keadaan cembung.
•   Daerah penyebutan.
•   Tidak boleh digerakkan.
•   Terlibat dalam pengeluaran bunyi2 bahasa dgn
    bantuan hujung lidahutk sekat udara.
                         LELANGIT
• Terbahagi kepada 2 :
 Lelangit keras(palatal/palatum)
 Lelangit lembut(velar/velum)
• Lelangit keras - di antara gusi & lelangit lembut
• Lelangit lembut – ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit
  keras dan sebelum anak tekak.
• Lelangit lembut- tisu lembut di belakang lelangit
  keras.boleh dinaikkan/diturunkan.menentukan sama
  ada bunyi itu oral/nasal.
  2.0 Bunyi-bunyi Bahasa Melayu
• Berdasarkan vokal kardinal dan bunyi-bunyi
  dibuat oleh Daniel Jones, kita dapat mengenal
  pasti bunyi-bunyi vokal dan konsonan dalam
  bahasa Melayu.Dalam mendeskripsi bunyi-
  bunyi bahasa Melayu ini juga diklasifikasi
  kepada bunyi vokal dan konsonan.




                                              39
               Bunyi-bunyi Vokal Melayu

   Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat
lapan buah vokal dalam bahasa Melayu.Ini
diterapkan dalam rajah berikut.

                        Vokal Melayu
           Ada empat vokal depan dalam bahasa
  Melayu.[i],[e],[ ] dan [a];tiga vokal belakang,[u],[o]
dan[] dan satu vokal tengah, iaitu [ ].Memang vokal-
 vokal ini tidak betul-betul menyerupai vikal kardinal
  sepenuhnya.Walau bagaimanapun, vokal Melayu
ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan
                  vokal-vokal kardinal.
                                                       40
                     Diftong Melayu
     Diftong sebenarnya terbentuk daripada bunyi vokal yang
menggeluncur. Maksudya, sebutan sebuah vokal itu digabungkan
dengan sebuah vokal lain.Ini dapat dilihat dalam contoh diftong
[ai].Bunyi vokal itu bermula dengan vokal [a] dan sebutannya
diteruskan menggeluncurkan kepada vokal [i], menyebabkan
vokal [a] dan [i] bergabung menjadi [ai] sebagai satu bunyi. Ini
ialah diftong. Dalam bahasa Melayu ada tiga buah diftong, iaitu
[ai],[au] dan [oi]. Diftong ini adalah berbeza daripada rentetan
vokal. Diftong membentuk satu suku kata sperti dalam perkataan
pandai [pan-dai], tetapi rentetan vokal membentuk suku kata yang
berlainan seperti dalam perkataan sukai [su-ka-i].
     Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai bunyi-bunyi
vokal dan konsonan Bahasa Melayu.


                                                           41
              BUNYI-BUNYI VOKAL
   Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang
bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-
paru keluar berterusan melaui rongga tekak dan rongga
mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau
geseran. Dengan kata lain, bunyi-bunyi vokal
mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari
paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan
atau geseran.




                                                   42
Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan
oleh beberapa ciri tertentu iaitu keadaan bibir > sama
ada dihmparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang
terlibat > sama ada depan lidah atau belakang lidah,
turun naik lidah > sama ada dinaikkan setinggi-
tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan
lelangit lembut,> sama ada dinaikkan dan udara dari
paru-paru keluar melaui rongga mulut sahaja (
menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau
dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-
paru keluar melaui rongga mulut dan juga rongga hidung
( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaujan)
dan keadaan glotis > glotis dirapaatkan dan semasa
udara keluar dari pru-paru pita suara bergetar. Selain
vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal
                                                   43
rangkap.
                   Depan           Tengah       Belakang


sempit         i                                        u

Separuh sempit
                       e                            o
                                            ə
Separuh luas
                           ɛ                    ‫כ‬

 Luas
                               a




                                                            44
                SEPARUH VOKAL
      Bunyi separuh Vokal mempunyai ciri-ciri bunyi
vokal , tetapi tidak merupakan vokal sepenuhnya.
Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi separuh vokal, alat-
alat artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu
kedudukan, kemudian dengan segera beubah kepada
kedudukan vokal lain yang berlaku secara geluncuran.
Oleh sebab itu, separuh vokal tidak digolongkan ke
dalam golongan vokal tetapi sebagai konsonan. Contoh
separuh vokal ialah /w/ dan /y/.




                                                     45
               VOKAL RANGKAP
       Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh, dan
tiap-tiap vokal merupakan vokal penuh yang tersendiri.
Misalnya daun dan lain. Dalam daun, misalnya a dan u
ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri daripada
dua suku kata iaitu da dan un.

Dalam perkataan lain 2 vokal berturut-turut dalam satu
perkataan




                                                    46
     Cara menghasilkan bunyi-bunyi vokal.
            Vokal [i](depan sempit)

   Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan sempit.
Untuk menghasilkannya, hujung lidah diletakkan
paling tinggi di hadapan mulut tetapi tidak menyekat
arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan/leper.
Glotis dirapatkan, lelangit lembut dinaikkan, udara
ditekan keluar dari paru-paru pada pita suara bergetar.
Contoh kehadiran dalam perkataan:

                      Pelita   jahitan
                      Ikan     hasil
                      Tidur    pahit
                                                   47
    VOKAL [E](DEPAN SEPARUH SEMPIT)

      Untuk    menghasilkannya,      hujung      lidah
diturunkan kira-kira 1/3 daripada kedudukannya
semasa menghasikan vokal depan sempit [i] dan
lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. 2 Bibir
dihamparkan/leperkan dan glotis dirapatkan. Lelangit
lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru
dan pita suara bergetar, contoh kehadiran dalam
perkataan:

                     Ekor tauge
                    Petak geser
                    Mereka selesa
                                                   48
        VOKAL [Ɛ](DEPAN SEPARUH
             LUAS/LAPANG)
       Untuk menghasikannya, hujung lidah diturunkn
kira-kira 1/3 dari kedudukan depan separuh sempit
(e) dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-
paru. Bibir dihamparkan/leper, glotis dirapatkan dan
lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari
paru-paru dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam
beberapa dialek. Dalam bahasa baku, vokal ini
merupakan kelainan bagi vokal [e], misalnya:


                 [ɛ]   untuk   [elo?]
                                                    49
    VOKAL [A](VOKAL DEPAN LUAS)
     Untuk menghasilkannya, depan lidah diturunkan
serendah-rendahnya dalam rongga mulut dan udara
dari   paru-paru     lalu    tanpa  sekatan.     Bibir
dihamparkan/leper , glotis dirapatkan dan lelangit
lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru
dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam
perkataan:
                Atur      dia
                Pagi      usang
                Pelangi peluang


                                                  50
         Vokal [u](belakang sempit)

Untuk menghasilkannya, belakang lidah dinaikan
setinggi-tinggi mungkin, tetapi tidak menyekat arus
udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat , glotis
dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara
ditekan keluar dai paru-paru dan pita suara bergetar.
Contoh penggunaan dalam perkataan:

                  Ular        haru
                  Gunting     tikus
                 Beruang     beliung
                                                  51
    VOKAL [O](BELAKANG SEPARUH
               SEMPIT)
       Untuk menghasilkanya, belakang lidah diturunkan
kira-kira satu pertiga daripada kedudukan semasa
menghasilkan bunyi vokal belakang sempit [o], dan
lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir
dibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit
lembut dinaikkan .Udara ditekan keluar dari paru-paru
dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam
perkataan:

                   Oleh    pidato
                   Boleh   kuno
                   Celoteh pleno                  52
   Vokal [‫] כ‬belakang separuh luas
      Untuk menghasilkannya, belakang lidah
diturunkan       dua        pertiga      daripada
kedudukannya semasa menghasilkan vokal
[u], dan lidah tidak menyekat arus udara dari
paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat, glotis
dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara
ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara
bergetar. Seperti vokal [ɛ], vokal [‫ ]כ‬hadir dalam
dialek-dialek dan dalam bahasa baku merupakan
kelainan bagi vokal [o], misalnya [ ] untuk [oleh].
                                                  53
          BUNYI KONSONAN
• Konsonan atau tradisional dinamakan huruf
  mati ialah huruf-huruf selain vokal.
• Bunyi-bunyi konsonan mungkin bersuara dan
  mungkin tidak bersuara.
• Semasa menghasilkan bunyi konsonan, udara
  yang keluar dari paru-paru menerima sekatan,
  sempitan dan geseran, sama ada di bahagian
  tekak, rongga mulut atau hidung.

                                             54
• bunyi konsonan boleh mempengaruhi bunyi
  vokal dalam sebutan, misalnya apabila
  menyebut konsonan sengau, bunyi vokal yang
  mengikutinya akan turut disengaukan.
• Konsonan terbahagi kepada dua, iaitu konsonan
  melayu asli dan konsonan pinjaman.




                                             55
[p]   Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara
[b]   Konsonan letupan dua bibir bersuara
[t]   Konsonan letupan gusi tidak bersuara
[d]   Konsonan letupan gusi bersuara
[k]   Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara
[g]   Konsonan letupan lelangit bersuara
[?]   Hentian glotis
[č]   Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara
[ǰ]   Konsonan letusan lelangit keras bersuara
[s]   Konsonan geseran gusi tidak bersuara
[r]   Konsonan getaran gusi bersuara
[h]   Kondonan geseran glotis bersuara
[l]   Konsonan sisian gusi bersuara
[m]   Konsonan sengau dua bibir bersuara
[n]   Konsonan sengau gusi bersuara
[Ƞ]   Konsonan sengau lelangit lembut bersuara
[ɳ]   Konsonan sengau gusi- lelangit keras bersuara
[w]   Separuh vokal dua bibir bersuara                  56
[j]   Separuh vokal lelangit keras bersuara
[p]   Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara
[b]   Konsonan letupan dua bibir bersuara
[t]   Konsonan letupan gusi tidak bersuara
[d]   Konsonan letupan gusi bersuara
[k]   Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara
[g]   Konsonan letupan lelangit bersuara
[?]   Hentian glotis
[č]   Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara
[ǰ]   Konsonan letusan lelangit keras bersuara
[s]   Konsonan geseran gusi tidak bersuara
[r]   Konsonan getaran gusi bersuara
[h]   Kondonan geseran glotis bersuara
[l]   Konsonan sisian gusi bersuara
[m]   Konsonan sengau dua bibir bersuara
[n]   Konsonan sengau gusi bersuara
[Ƞ]   Konsonan sengau lelangit lembut bersuara
[ɳ]   Konsonan sengau gusi- lelangit keras bersuara
[w]   Separuh vokal dua bibir bersuara                  57
[j]   Separuh vokal lelangit keras bersuara
[f]   Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara
[v]   Konsonan letupan dua bibir bersuara
[ɵ]   Konsonan letupan gusi tidak bersuara
[ŏ]   Konsonan letupan gusi bersuara
[z]   Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara
[š]   Konsonan letupan lelangit bersuara
[x]   Hentian glotis
[ϓ]   Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara




                                                        58
                     DIFTONG
        Diftong ialah urutan yang salah satunya terdiri
     daripada vokal penuh dan lainya geluncuran.
Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu hembusan
nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan.
Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal
               misalnya /ai/, /ou/ dan /au/.

Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pasa masa
      mula-mula hendak menyebut diftong dan

  vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada ahkir
                 sebutan diftong.
                                                   59
      Diftong Bahasa Melayu.
 Bahasa Melayu mempunyai 3 bunyi diftong yang
standart, iaitu (ai), (au) dan (oi).
Dalam bahasa melayu, diftong dianggap sebagai
satu suku kata yang dilambangkan oleh 2 fomem
vokal, tetapi disebut sebagai satu bunyi.
Pergerakan lidah semasa membunyikan diftong
bermula dengan keadaan lidah berada pada
kedudukan menyebut satu vokal yang lain
kemudiannya bergerak menuju ke arah kedudukan
menyebut vokal yang lain yang tidak disempurnakan
artikulasinya.
     Cara membunyikan setiap diftong
                         Diftong (ai).
   Keadaan bibir agak terhampar.
   Hujung lidah terkena gigi bawah.
   Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan
    vokal depan rendah (a).
   Lidah secara cepat diluncurkan ke arah cara
    membunyikan vokal depan tinggi (i).
   Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup
    rongga hidung supaya udara tidak terkeluar melaluinya.
   Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.
   Pita suara digetarkan
                  Diftong (au).
• Keadaan bibir daripada hampar ke bundar.
• Hujung lidah kena gigin bawah.
• Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan
  vokal depan rendah (a).
• Lidah secara cepat diluncurkan ke arah cara
  membunyikan vokal belakang tinggi (u) dengan lidah
  melenkung ke arah langit keras.
• Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup
  rongga hidung supaya udara tidak terkeluar melaluinya.
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.
 Pita suara digetarkan.
                 Diftong (oi).
• Keadaan bibir daripada hampar ke bundar.
• Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan
  vokal separuh tinggi (o).
• Lidah secara cepat diluncurkan ke arah cara
  membunyikan vokal depan tinggi (i) dengan lidah
  dinaikkan ke arah lelangit keras, rendah sedikit
  daripada membunyikan vokal (i).
• Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi
  menutup rongga hidung supaya udara tidak terkeluar
  melaluinya.
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.
 Pita suara digetarkan.
           Jenis-jenis Diftong
• Terbahagi kepada 2 jenis.
                  Diftong Naik.
 Diftong yang bunyi vokal keduanya disebut
  lebih kuat atau nyaring, lebih panjang lebih
  tekanan daripada vokal pertama.
 Diftong ini banyak terdapat pada bahasa
  inggeris.
 Contoh pier (pia).
              Diftong Turun.

• Diftong yang bunyi vokal pertamanya disebut
  lebih kuat atau nyaring, lebih panjang lebih
  tekanan daripada vokal kedua.
• Contoh ‘gulai’ , ‘pulai’ dan ‘kaloi’.
        FONEM BAHASA MELAYU
• Fonem :
 Unit bahasa yg terkecil & boleh dipenggal-
  penggalkan.
 Tidak mempunyai sebarang makna jika diletakkan
  berasingan
 Unit penggalan bahasa yg terkecil yg boleh
  membawaperbezaan makna.
             FONEM VOKAL
• Terdapat 6 : /a/, /e/, /i/, /o/, /u/ & /Ә/.
• Huruf ‘e’ digunakan melambangkan 2 fonem :
Fonem e PEPET ditulis dlm fonetik /Ә/
Fonem e TALING ditulis dlm fonetik /e/
            FONEM KONSONAN
• Terdapat 18 konsonan asli.
• Mewakili setiap huruf Rumi
• Huruf : b, c, d, g, h, j, k, l,m, n, ng, ny, p, r, s, t,
  w & y.
       KONSONAN PINJAMAN
• Terdapat 8.
• Berasal drp bahasa Arab, bahasa Inggeris/
  bahasa selain BM.
• Huruf : f, v, th, dh, z, sy, kh & gh.

				
DOCUMENT INFO
Categories:
Tags:
Stats:
views:2690
posted:11/8/2010
language:Malay
pages:69