Docstoc

Antonim

Document Sample
Antonim Powered By Docstoc
					LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM




Antonim ialah perkataan berlawanan erti
Pilih perkataan berlawanan erti dengan perkataan bergaris dalam ayat-ayat di
bawah ini.


1     Selepas Tan berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.

      A     kabur
      B     pudar
      C     terang
      D     senang

2     “Kevin sering datang ke rumah saya,” kata Muniandy.

      A     jarang-jarang
      B     kadangkala
      C     selalu
      D     kerap

3     Persembahan budak itu mendapat pujian daripada orang ramai.

      A     sokongan
      B     galakan
      C     sindiran
      D     cacian

4     Orang yang berbaju merah itu gila.

      A     baik
      B     waras
      C     berguna
      D     sempurna




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   1
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM




5     Barang-barang itu telah diambil oleh tuannya semalam.

      A     diserahkan
      B     dirampas
      C     dipinjam
      D     diterima

6     Nada suara ayah tegang sahaja ketika memarahi abang.

      A     longgar
      B     lembut
      C     kendur
      D     ringan

7     Persahabatan mereka memang rapat semenjak kecil .

      A     renggang
      B     lama
      C     jauh
      D     baik

8     Vellu meluahkan makanan yang sudah basi.

      A     menghabiskan
      B     mengunyah
      C     menyimpan
      D     menelan

9     Cuaca malam ini panas.

      A     hangat
      B     sejuk
      C     suam
      D     merah




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   2
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



10    Ceramah yang disampaikannya agak hambar .

      A     elok
      B     lucu
      C     tepat
      D     menarik

11    Aqila tidak suka menonton filem jenaka.

      A     sedih
      B     lasak
      C     ganas
      D     rencana

12    Kerja-kerja menurap jalan itu terpaksa ditangguhkan atas arahan pihak
      berkuasa.
      A     diabaikan
      B     diteruskan
      C     ditundakan
      D     diselesaikan

13    Budak lelaki yang diculik itu telah dikurung olehpenculiknya.

      A     dilepaskan
      B     dipenjara
      C     dibunuh
      D     diperap

14
      Projek pembinaan rumah pangsa itu terbengkalai sejak setahun yang lalu.
      A     tertangguh
      B     separuh
      C     selesa
      D     siap




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   3
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



15    Hasil tenunan kain sutera itu sangat halus.

      A      kasar
      B      Kesat
      C      keras
      D      ketat


16    Hubungan Fiza dengan Arni menjadi renggang selepas peristiwa itu..
      A     akrab
      B     baik
      C     putus
      D     mesra

17    Saya meluat akan sikapnya yang mengada-ngada.

      A     suka
      B     benci
      C     terpesona
      D     menyampah

18    Kanak-kanak yang tidak siuman itu berlari-lari di hadapan pusat beli belah.

      A     gila
      B     waras
      C     mabuk
      D     terencat

19
      Anis mempelawa bapa saudaranya yang baru tiba dari Ipoh.
      A     mempersilakan
      B     mengundang
      C     menjemput
      D     menghalau




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   4
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



20    Sebagai ketua pasukan, Hafiz masih yakin bahawa pasukannya akan menang
      dalam perlawanan itu.
      A     tulus
      B     setuju
      C     sangsi
      D     berharap

21    Pisau yang tajam itu diasah oleh datuk.

      A     tebal
      B     karat
      C     rosak
      D     tumpul

22    Lee Lian berasa amat gembira setelah mendengar keputusan yang diumumkan
      oleh juruacara.
      A     seronok
      B     marah
      C     sedih
      D     ceria

23    Kapal terbang itu akan mendarat dua jam lagi.

      A     tiba
      B     sampai
      C     berlepas
      D     bergerak

24    Rumah mereka berdekatan dengan sekolah.

      A     berjauhan
      B     berhampiran
      C     bersebelahan
      D     bertentangan




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   5
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



25    Baju-baju yang basah itu dimasukkan ke dalam baldi oleh Amira.

      A     kuat
      B     tebal
      C     kering
      D     lembap

26    Saya tidak suka memakai baju yang tebal.

      A     nipis
      B     lebat
      C     padat
      D     sendat

27    Helmi merupakan murid yang paling pandai di dalam kelasnya.

      A     bijak
      B     bodoh
      C     cerdik
      D     pintar

Soalan 28 berdasarkan gambar 1




                                          Gambar 1

28    Pilih kata lawan bagi keadaan bunga di atas.

      A     mekar
      B     kuncup
      C     kempis
      D     kembung




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   6
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



29    Mei Lan gemar akan durian.

      A     suka
      B     duka
      C     Benci
      D     sayang

30    Rumah saya terletak di belakang pasar raya.

      A     kiri
      B     sisi
      C     tepi
      D     hadapan


31    Rapi sungguh rambut budak berbaju biru itu.

      A     kusut
      B     buruk
      C     hodoh
      D     kemas

32    “Pujian itu khusus untuk murid-murid Tahun Enam Mawar, ”kata guru besar.

      A     khas
      B     biasa
      C     umum
      D     tertentu

33    Biskut yang baru dibelinya lemau .

      A     garing
      B     keras
      C     rapuh
      D     rangup




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   7
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



34    Pokok sentul di hujung kampung itu condong.

      A     tegak
      B     lurus
      C     senget
      D     tumbang

35    Bunga itu layu di bawah terik cahaya matahari.

      A     kembang
      B     cantik
      C     mekar
      D     subur

36    Pada hari tertentu, semua ibu bapa dipelawa hadir ke sekolah.

      A     diajak
      B     ditegah
      C     diherdik
      D     dijemput

37    Murid kelas Enam Jaya sungguh biadap.

      A     patuh
      B     lemah
      C     sopan
      D     gemalai

38    Kapal yang sedang belayar itu milik Syarikat Teguh.

      A     mendarat
      B     berlabuh
      C     berhenti
      D     bergerak




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   8
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



39    Sejak akhir-akhir ini, perniagaannya mengalami kerugian.

      A     kekayaan
      B     kemajuan
      C     kemewahan
      D     keuntungan

40    Rumah sementara dibina bagi menempatkan penduduk setinggan di Johor.

      A     lama
      B     kekal
      C     sekejap
      D     sekarang

41    Anak warganegara asing itu berpakaian selekeh.

      A     kotor
      B     harum
      C     comot
      D     kemas

42    Masalah itu menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.

      A     sukar
      B     payah
      C     susah
      D     senang

43    Siti agak cuak untuk menyaksikan pameran hantu di ekspo itu.

      A     kuat
      B     cemas
      C     berani
      D     gementar




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   9
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



44    Pengawal keselamatan melarang Rashid memasuki pejabat itu.

      A     membenarkan
      B     menghalau
      C     menegah
      D     memberi

45
      Kamal tergesa-gesa mengenakan pakaian untuk menghadiri temu duga.
      A     tergopoh –gapah
      B     kelam-kabut
      C     senang
      D     tenang


46    Fikiran Mak Senah semakin kusut sejak akhir-akhir ini.
      A     tenteram
      B     serabut
      C     bahagia
      D     risau

47    Akhirnya pemuda itu mengaku bahawa dia yang mencuri motosikal itu.

      A     membangkang
      B     membenar
      C     menyetujui
      D     menafikan

48
      Faisal sebenarnya berpura-pura sakit perut pagi tadi.
      A     olok-olok
      B     main-main
      C     betul-betul
      D     diam-diam




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   10
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



49
      Penerangan penceramah agak kabur dalam sesi motivasi itu.
      A     samar
      B     keliru
      C     ceria
      D     jelas

50    Bilik yang disewa itu agak luas.

      A     kecil
      B     lebar
      C     selesa
      D     sempit

51    Ibu menanam pokok bunga ros di halaman rumah.

      A     menyemai
      B     mencabut
      C     membaja
      D     menjirus


52    Perniagaan Encik Sham semakin merosot sejak sebulan yang lalu.

      A     mengecil
      B     meningkat
      C     membesar
      D     meluas

53    Dia kelihatan resah apabila menerima berita sedih itu.

      A     tenang
      B     gelisah
      C     bimbang
      D     dukacita




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   11
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



Soalan 54 berdasarkan gambar 2




                                          Gambar 2

54    Pilih perkataan berlawanan yang sesuai dengan jenis haiwan tersebut.

      A     liar
      B     buas
      C     jinak
      D     ganas


55    Hujan lebat telah turun tidak berhenti-henti sejak malam tadi.
      A     banyak
      B     gerimis
      C     sedikit
      D     deras



56    Air sungai itu menjadi tohor pada waktu-waktu tertentu.

      A     banyak
      B     sedikit
      C     dalam
      D     cetek




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   12
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



57     Shamini membangkang cadangan abangnya untuk makan angin ke Melaka.

      A     menolak
      B     membantah
      C     menyokong
      D     membidas

58
      Kakaknya gemar memakai pakaian yang berwarna gelap.
      A     putih
      B     pudar
      C     cerah
      D     terang

59    Pencemaran sungai tersebut berpunca daripada kilang yang beroperasi di hulu
      sungai tersebut.
      A     hilir
      B     muara
      C     hujung
      D     tebing

60    Ibu menegah abang mandi pada waktu pagi untuk menjaga kesihatannya.

      A     melarang
      B     mendorong
      C     menghalang
      D     menyuruh

61    Pada musim ini pokok buah-buahan di dusun Pak Ali melawas.

      A     menjadi
      B     berlambak
      C     menimbun
      D     berkurangan




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   13
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



62    Mei Ling berasa dukacita apabila mengetahui bahawa dia gagal dalam
      peperiksaan itu.
      A     riang…lulus
      B     sedih…berjaya
      C     sukacita…kalah
      D     gembira…tumpas

63    Kata-kata yang diucapkan oleh Abang Shazni benar-benar mengecewakan
      Ai Ling.
      A     mendamaikan
      B     menambahkan
      C     menyenangkan
      D     menggembirakan

64    Aminah kecundang dalam pertandingan itu.

      A     gagal
      B     tewas
      C     berjaya
      D     meningkat

65    Banyak manfaat jika kita melibatkan diri dalam kegiatan itu.

      A     sia-sia
      B     keburukan
      C     kerosakan
      D     kesilapan

66    Suzana amat kagum melihat suasana perkampungan tradisional di Kampung
      Chendering,Terengganu.
      A     klasik
      B     moden
      C     dinamik
      D     kontemporari




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   14
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



67    Seramai 51 orang telah terperangkap dalam operasi yang dijalankan semalam.

      A     sekat
      B     timpa
      C     bebas
      D     kurung

68    Cadangan pembinaan lebuh raya bertingkat dibantah oleh penduduk kampung.

      A     disukai
      B     dihalang
      C     disenangi
      D     dipersetujui

69    Shafiq bercadang untuk melipatgandakan aktiviti berpersatuan.

      A     meredakan
      B     menurunkan
      C     menyingkatkan
      D     mengurangkan

70     Semakin hari semakin maju perniagaannya.

      A     mundur
      B     lembap
      C     malas
      D     lesu

71    Ezad berhasrat berhenti menjadi kelasi kapal kerana tidak sanggup berpisah
      begitu lama dengan keluarganya.
      A     anak kapal
      B     awak-awak
      C     jurumudi
      D     nakhoda




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   15
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



72    Mangsa kemalangan itu mengalami kecederaan serius.

      A     Biasa
      B     Parah
      C     ringan
      D     Berat

73    Pintu kereta itu kelihatan rapat.

      A     kuat
      B     Ketat
      C     Kejap
      D     renggang

74    Ketika kami sampai, kapal tangki itu sedang berlabuh

      A     belayar
      B     bergerak
      C     mendarat
      D     bertambat

75    Pihak pembangkang memenangi pertandingan perbahasan itu.

      A     pencadang
      B     penyokong
      C     pembahas
      D     penonton

76    Nadirah makan dengan sopan sekali.

      A     lahap
      B     bising
      C     gemuruh
      D     rakus




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   16
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



77    Anak pasangan itu sering mengingati jasa ibu bapanya.

      A     mengeji
      B     melupai
      C     menolak
      D     membiarkan

78    Persengketaan antara negara itu terus berpanjangan.

      A     Permusuhan
      B     Persahabatan
      C     Perundingan
      D     Perdamaian

79    John fasih berbahasa Melayu.

      A     petah
      B     gugup
      C     gagap
      D     lancar

80    Wajah Noni kelihatan berseri apabila menerima berita itu.

      A     muram
      B     suram
      C     masam
      D     ceria

81    Pihak polis berjaya membongkar kes pembunuhan itu.

      A     menyembunyikan
      B     mengeluarkan
      C     membuka
      D     menutup




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   17
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



82    Penyerahan kuasa tersebut akan dijalankan pada petang ini di Dewan Orang
      Ramai Kampung Sentosa.
      A     Penutupan
      B     Pengambilan
      C     Penyampaian
      D     Penganugerahan

83    Mangsa bot karam yang terapung di laut sejak semalam telah diselamatkan.

      A     tenggelam
      B     hilang
      C     hanyut
      D     timbul

84    Pertelagahan antara kedua-dua pihak itu telah lama berlaku.

      A     Pergaduhan
      B     Perdamaian
      C     Permusuhan
      D     Pertengkaran

85    Saya amat jahil dalam bidang astronomi.

      A     prihatin
      B     pintar
      C     asing
      D     arif

86    Kebanyakan penduduk kampung itu amat daif kehidupannya.

      A     fakir
      B     mewah
      C     melarat
      D     merempat




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   18
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



87    Adik menyedut air dengan penyedut minuman.

      A     menghembus
      B     membuang
      C     menghisap
      D     meniup

88    Helmi mendongak apabila terdengar deruman kapal terbang.

      A     mengangguk
      B     menggeleng
      C     menunduk
      D     memaling

89    Pemuda itu meluahkan hasrat hatinya untuk memperisteri gadis yang cantik itu.

      A     mengumumkan
      B     memberitahu
      C     memendam
      D     merendam




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak   19
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM



ANTONIM

        1   A          2   A                      3   D             4   B                5    A

        6   B          7   A                      8   D             9   B                10   D

       11   A         12   B                    13    A            14   D                15   A

       16   A         17   A                    18    B            19   D                20   C

       21   D         22   C                    23    C            24   A                25   C

       26   A         27   B                    28    B            29   C                30   D

       31   A         32   C                    33    D            34   A                35   C

       36   B         37   C                    38    B            39   D                40   B

       41   D         42   D                    43    C            44   A                45   D

       46   A         47   D                    48    C            49   D                50   D

       51   B         52   B                    53    A            54   C                55   B

       56   C         57   C                    58    C            59   A                60   B

       61   A         62   A                    63    D            64   C                65   A

       66   B         67   C                    68    D            69   D                70   A

       71   D         72   C                    73    D            74   A                75   A

       76   A         77   B                    78    D            79   C                80   A

       81   D         82   B                    83    A            84   B                85   D

       86   B         87   A                    88    C            89   C




     Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak            20

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:695
posted:11/7/2010
language:Malay
pages:20