Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

Intipati Bajet 2011 _2_

VIEWS: 17 PAGES: 6

									Intipati Bajet 2011

Okt 15, 10 4:14pm

Kongsi 769

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di
Dewan Rakyat.

Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.


Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010

Perbelanjaan kos operasi - RM162.8 bilion
Perbelanjaan kos pembangunan - RM49.2 bilion

Berikut petikan penting ucapannya:

     Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh

     Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama
      2010

     Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011

     Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini
      berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

     Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini
      berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

     Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan
      inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
                              Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek
                              bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang
                              dijadual siap pada 2020

                                 Pembinaan projek pembangunan bercampur termasukkediaman
                                 
                              mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.

                                  Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan
                              Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak
                              dengan peruntukan RM252 juta.

                                  Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asasmenggalakkan
                              petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

                                  Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan
                              pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran
                              bahan makanan sehingga 2015.

                                  Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan
                              Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus
                              daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.

   Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat
    tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.

   Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus
    dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah

   Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan
    mereka yang bekerja sendiri
   Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel(Program B5) secara mandatori bermula di
    Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka

   Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

   RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor
    dan wilayah.

   RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti
    penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah
    dalam setiap bidang ekonomi.
   Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta
    bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
   RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang
    berkualiti tinggi.
   Gaji pokok minimum pengawal keselamatandinaikkan kepada
    RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011

   Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempohcuti
    bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.

   Skim Rumah Pertamakubantu golongan muda yang baru bekerja
    dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki
    rumah

   Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5
    peratus kepada 6 peratus

   Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan

   RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti
    membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar

   RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar
    bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di
    Semenanjung Malaysia

   Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan
    diterima baik penjawat awam

   Satu projek besar dirancang melibatkan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia seluas 2,680 ekar
    di Sungai Buloh

   Sistem pengangkutan MRT untuk Greater KL akan dilaksanakan bermula 2011 bertujuan meningkatkan
    penggunakan pengangkutan awam hingga 40 peratus
   RM100 juta diperuntukkan untuk melaksanakan program termasuk menyelesaikan isu berkaitan
    hak tanah Orang Aslidan sempadan penempatan

   Imbuhan guru KAFA dinaikkan daripada RM500 kepada RM800. Elaun bagi imam pula dinaikkan daripada
    RM450 dan RM750

   Elaun pengerusi JKKK, JKKP, Tok Batin dan Pengerusi JKKK Orang Asli kpd RM800.

								
To top