KBSR _WAJIB TAHU_

Document Sample
KBSR _WAJIB TAHU_ Powered By Docstoc
					2.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR )

1.           Matlamat Pendidikan Persekolahan
Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi
pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis
dan berakhlak mulia.

2.          Matlamat KBSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan
potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini
meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang
seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

3.        Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk
membolehkan untuk membolehkan murid:

             i.      Menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai
                     Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;

             ii.     Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca
                     dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;

             iii.    Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan
                     menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;

             iv.     Menguasai kemahiran belajar;

             v.      Menguasai kemahiran berfikir;

             vi.     Bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris
                     selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

             vii.    Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;

             viii.   Membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;

             ix.     Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan
                     terhadap manusia dan alam sekitar;

             x.      Menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;

             xi.     Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti
                     amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan
                     nasional;

             xii.    Menjaga kesihatan dan kecergasan diri;

             xiii.   Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif
                   terhadap keusahawanan dan produktiviti;

           xiv.    Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami
                   pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;

           xv.     Menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan
                   mengamalkan akhlak mulia;

           xvi.    Membina semangat patriotisme;

           xvii.   Mengembangkan bakat dan kreativiti; dan

           xviii. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni
                  yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.

4.        Prinsip KBSR
     KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan
     Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-
           i. Pendekatan Bersepadu;
           ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;
           iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan
           iv. Pendidikan seumur hidup.
           v. Murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan
                   kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding
                   dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti
                   pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup
                   mengikut peringkat
           vi. Suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan
                   galakkan interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di
                   kalangan murid
           vii. Aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan
                   pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara
                   aktif dalam proses menguasai kemahiran asas
           viii. Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel
           ix. Penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)
           x. Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)
           xi. Penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran
                   dalam bilik darjah
           Ciri-Ciri KBSR




5.       Penekanan
     Fokus Tahap I
           i.    Penguasaan kemahiran asas berbahasa
                 (mendengar, bertutur, membaca dan menulis)
           ii.  Penguasaan nombor dan operasi asas mengira
           iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-
                 ayat Al-Quran;
           iv.  Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

     Fokus Tahap II
           i.    Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;
           ii.  Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian
                 masalah;
           iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain
           iv.  Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan
                 Kreatif;
           v.    Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran
                 Al-Quran;
           vi.  Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

6.        Struktur KBSR

     Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-
            i.   Komunikasi;
            ii.  Manusia dan Alam Kelilingnya; dan
            iii. Perkembangan Diri Individu.

     Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras
     kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-
            i.    Kemahiran Asas;
            ii.   Manusia dengan Persekitaran;
            iii.       Kesenian dan Kesihatan;
                iv.         Kerohanian, nilai dan sikap
                v.           Kemahiran Hidup; dan
                vi.         Kokurikulum

7.   Bidang Pelajaran

                                            Matapelajaran
 Bidang                  Komponen           Fasa 1             Fasa 2
                                            Bahasa Melayu      Bahasa Melayu
                                            Bahasa Inggeris    Bahasa Inggeris
 Komunikasi              Kemahiran Asas     Bahasa Cina        Bahasa Cina
                                            Bahasa Tamil       Bahasa Tamil
                                            Matematik          Matematik
                                            Pendidikan Islam   Pendidikan Islam
 Manusia dan             Sikap , Nilai      Pendidikan Moral   Pendidikan Moral
 Persekitaran            dan Spiritual                         Sains
                                         -                     Kajian Tempatan
 Perkembangan                            -                     Kemahiran Hidup
 Diri Individu           Kemahiran Hidup Pendidikan            Pendidikan
                         Seni dan Riadah Muzik                 Muzik
                         Kokurikulum     Pendidikan Seni       Pendidikan Seni
                                         Pendidikan            Pendidikan
                                         Jasmani dan           Jasmani dan
                                         Pendidikan            Pendidikan
                                         Kesihatan             Kesihatan

      Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:-

       i.              Bidang Komunikasi
                1.           Bahasa Melayu;
                2.          Bahasa Inggeris;
                3.          Bahasa Cina;
                4.          Bahasa Tamil; dan
                5.          Matematik.

       ii.            Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya
                1.           Pendidikan Islam;
                2.          Pendidikan Moral;
                3.          Sains; dan
                4.          Kajian Tempatan.

       iii.           Bidang Perkembangan Diri Individu
                1.            Kemahiran Hidup;
                2.           Pendidikan Muzik;
                3.           Pendidikan Seni;
                4.           Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan


8.          Peruntukan Masa
      Mata           Sekolah Kebangsaan                        Sekolah Jenis Kebangsaan
      Pelajaran      Tahap 1            Tahap 2                Tahap 1              Tahap 2
      Perkara        1      2     3     4       5       6      1       2      3     4      5      6
      Bahasa
                     450    450    450    300    300    300    270    270    270    150    150    150
      Melayu
      Bahasa
                     240    240    240    210    210    210                  60     90     90     90
      Inggeris
      Bahasa
                                                               450    450    450    300    300    300
      Cina/Tamil
      Sains                               150    150    150                         150    150    150
      Matematik      210    210    210    210    210    210    210    210    210    210    210    210
      Pend.
                     180    180    180    180    180    180    150    150    150    150    150    150
      Islam/Moral
      Pendidikan
                     60     60     60     60     60     60     60     60     60     60     60     60
      Seni
      Pendidikan
                     60     60     60     60     60     60     60     60     60     60     60     60
      Muzik
      Kemahiran
                                          60     60     60                          60     60     60
      Hidup
      Kajian
                                          120    120    120                         120    120    120
      Tempatan
      Pend. Jas. &
                     90     90     90     60     60     60     90     90     90     60     60     60
      Kes.
      Perhimpunan    30     30     30     30     30     30     30     30     30     30     30     30
      Pilihan Guru
                     30     30     30                          30     30     30
      Besar
      JUMLAH         1350   1350   1350   1440   1440   1440   1350   1350   1350   1440   1440   1440

9.     Teras KBSR
            i.    Penggabungjalinan;
            ii.   Penyerapan;
            iii.  Penilaian;
            iv.   Pengkayaan; dan
            v.    Pemulihan.

10. Penekanan Dalam KBSR
    Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:-
           i.    Kemahiran asas;
           ii.   Kemahiran berfikir;
           iii.  Nilai Merentas Kurikulum;
           iv.   Bahasa merentas kurikulum;
           v.    Patriotisme merentas kurikulum;
           vi.   Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid;
           vii.  Penilaian berterusan;
           viii. Pemulihan dan pengayaan;
           ix.   Prinsip mudah ubah; dan
           x.    Sains dan teknologi merentas kurikulum

11.          Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
      Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada
      murid, seseorang guru seharusnya;
i.     Mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang
       pembelajaran;
            Kemudahan fizikal kelas
            ·     ruang pembelajaran yang selesa;
            ·     sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan
                yang interaktif;
            ·     ruang pameran hasil kerja;
            ·     bahan rujukan untuk penggunaan murid;
            ·     bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.
              Aspek emosi sosial
            ·     penggunaan bahasa yang mesra;
            ·     keupayaan guru memahami muridnya;
            ·     penggunaan teknik yang pelbagai.

ii.    Mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran
       dan pembelajaran.
             ·    Melibatkan murid secara aktif;
             ·    Menjalankan penilaian yang berterusan;
             ·    Mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka;
             ·    Melatih murid meneroka pelbagai cara dalam
               menyelesaikan tugasan;
             ·    Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman
               yang berulang kali dalam situasi yang berlainan;
             ·    Menyediakan suasana pembelajaran yang
               menggalakkan murid membuat keputusan secara
               rasional;
             ·    Memberikan penghargaan di atas usaha murid
               supaya dapat membantu dan membina sifat berani,
               yakin dan daya juang;
             ·    Melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam
               kemahiran berfikir;
             ·    Mengambil tindakan segera terhadap masalah
               pembelajaran murid.

iii.   Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

       Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
       bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah
       menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif. Guru
       boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan
       ataupun individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada
       kebolehan murid yang hampir-hampir sama ataupun kepada
       kebolehan yang pelbagai.

       Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut;
             ·           Simulasi
             ·           Lakonan
             ·           Permainan
             ·           Tunjuk ajar
             ·           Lawatan
                            ·           Bercerita
                            ·           Projek
                            ·           Sumbangsaran
                            ·           Main peranan
                            ·           Pidato

12.         Penilaian
               i.    Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS)
                     Penilaian Kendalian Sekolah Rendah

               ii.   Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

13. Pengubahsuaian Dalam Sukatan KBSR

      Program KBSR memulakan percubaannya dalam tahun 1982 sementara KBSM
      dilaksanakan berperingkat-peringkat mulai tahun 1988. Selepas tahun 1988,
      program KBSR disemak semula untuk melihat kekuatan dan kelemahannya.
      Akibatnya KBSR, yang dikenali sebagai KurikulumBaru Sekolah Rendah ditukar
      menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah untuk mencerminkan matlamat dan
      objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, globalisasi dan
      pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Draf baru sukatan Tahun 1
      disediakan pada November 1992 dan kemudian dilaksanakan pada Disember
      1994.

      Antara perubahan besar dalam KBSR ialah
      i)      penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran
      ii)     penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian
      iii)    menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada
              yang paling kompleks mengikut topik
      iv)     mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran
      v)      mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke
              dalam topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat
      vi)     mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran
              iaitu Sains dan Kajian Tempatan
      vii)    pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan
              semua matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1
              dan Tingkatan 6 Rendah mulai Januari 2003 serta
      viii)   pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran
              dan pembelajaran Matematik dan Sains

14. Peranan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum (KBSR/KBSM)
Mentafsir adalah
memahami dan menhargai FPK dan Matlamat Pendidikan (sikap positif, beriltizam
untuk mengembangkan kurikulum : membaca , memahami, organisasi pengalaman &
menhargai objektif sukatan)
mentafsir sukatan (mengkaji sukatan, panduan khas oleh PPK, mengubah suai dimana
perlu)
memindahkan matlamat, objektif dan domain yang terpilih sesuai dengan keperluan

Merancang adalah
rancangan semester, rancangan pelajaran harian (objektif pengajaran dan
pembelajaran, topic dan kandungan, strategi, penilaian)
mengatur aktiviti pengajaran untuk murid dengan cara yang sesuai bagi memudahkan
pembelajaran (Gagne & Briggs, 1979)
pemilihan strategi pengajaran, bahan, isi kandungan dan pengalaman pembelajaran
untuk mencapai hasil yang di inginkan

Mengubah suai adalah
berdasarkan keperluan (murid , persekitaran)
sumber yang ada
penggunaan ICT

Melaksanakan adalah
Melaksanakan didalam bilik darjah

Penilaian adalah
untuk mendapatkan hasil/keputusan tentang prestasi
analisis keputusan
mendapat maklum balas untuk pengubahsuaian

15. Rumusan

Program KBSR terbahagi kepada dua tahap . Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3)
menekankan penguasaan 3M dan Tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6)
memperkukuhkan semula penguasaan 3M serta pembinaan dan kandungan sains
yang kukuh

    Pengubahsuaian tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya
matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat
direalisasikan dengan lebih berkesan lagi.

    Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan
mereka termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasikan, dan melaksanakan
kurikulum.



  | Pelajar | Penilaian Kursus | Pelaksanaan Kerja Kursus | Kurikulum | KBSR | Bilik Darjah | Kembali |


  Penafian/Disclaimer.
  Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan
  yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini


  Dibina pada 17 Nov2006 dan dikemaskini pada 10 Mar 2007 oleh Pengendali@2006



  Report Content · Report Problem Ad · Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message
  Forums · Mailing Lists
  Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email
  Marketing
  powered by            bravenet.com

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:828
posted:11/7/2010
language:Malay
pages:9